The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hisam_75, 2021-12-29 02:56:03

Artikel Ilmiah

eBook

PENGGUNAAN BAHAN BANTU VISUAL DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU BAHASA MELAYU

Dr Hisamuddin Bin Abd Ghani
[email protected]

Nur Hanisah Binti Redhuan
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai

59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana penggunaan bahan bantu visual dalam
pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini ialah kajian
tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen kajian ini ialah soal selidik yang
mengandungi 36 item. Responden kajian terdiri daripada 95 orang guru bahasa Melayu
yang mengajar di lapan buah sekolah rendah di sekitar Zon Bangsar/ Pudu. Data
dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif menggunakan perisian
Statistical packafe for the Social Sciences (SPSS) versi 22. Statistik deskriptif melibatkan
pengukuran min dan sisihan piawai untuk menganalisis dapatan kajian persepsi, tahap
kemahiran dan kekangan dihadapi dalam penggunaan bahan bantu visual dalam
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu. Kesimpulannya, analisis statistik
deskriptif menunjukkan bahawa persepsi, tahap kemahiran dan kekangan dihadapi dalam
penggunaan bahan bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran guru bahasa
Melayu adalah tinggi. Justeru, hasil kajian ini telah memberikan cadangan tindakan yang
perlu dilaksanakan guru bahasa Melayu dan institusi yang terlibat seperti pihak sekolah
serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menambahbaik penggunaan
bahan bantu visual dan mengatasi kekangan yang dihadapi supaya dapat meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Kata Kunci: penggunaan bahan bantu visual, persepsi, tahap kemahiran, kekangan, guru
bahasa Melayu

ABSTRACT
This study was conducted to assess the extent to which the use of visual aids in the
teaching and learning of Malay Language teachers. The design of this study was a survey
study using a quantitative approach. The instrument of this study is a questionnaire
containing 36 items. The respondents comprised of 95 Malay teachers who teach in eight
primary schools around Bangsar Zone / Pudu. Data were collected and 1nalyse1 using
descriptive statistics using Statistical packafe for the Social Sciences (SPSS) version 22.
Descriptive statistics involved the measurement of means and standard deviations to
analyse the findings of perceptions, skill levels and constraints encountered in the use of

1

visual aids in teaching and learning. Malay. In conclusion, descriptive statistical analysis
showed that perception, skills and constraints encountered in the use of visual aids in the
teaching and learning of Malay language teachers is high. Thus, this study has provided
recommendations to be implemented teacher and institutions such as schools and the
Ministry of Education (MOE) in improving the use of visual aids and overcome the
constraints faced in order to improve the quality of teaching and learning languages other
than English.
Keywords: the use of visual aids, perception, skills, constraints, teachers Malay

2

PENGENALAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan antara mata pelajaran teras
dalam sistem pendidikan di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Dalam Bahasa Melayu, terdapat
empat kemahiran bahasa dalam Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa
Melayu (2003), iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah bagi
membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk
memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai
dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Oleh itu, perancangan
pengajaran dan pembelajaran perlu disusun mengikut tahap dan kesesuaian murid serta
disokong dengan bahan bantu mengajar untuk merangsang perkembangan potensi
murid.

Dalam kajian ini, perbincangan akan lebih menjurus kepada penggunaan bahan
bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru Bahasa Melayu.
Penggunaan bahan bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran seperti gambar
dapat memberikan pengaruh yang positif khususnya dalam kecekapan bahasa murid
(Tomlinson & Masuhara, 2004). Perkara ini disokong oleh pendapat Hedge (2003) yang
menyatakan bahawa guru yang menggunakan bahan visual dapat menggalakkan murid
untuk berfikir, memberi pandangan dan menafsir maksud illustrasi secara aktif.
Keupayaan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bergantung
kepada pemilihan kaedah pengajaran guru itu sendiri. Guru sebagai seorang pendidik
perlulah bijak dalam memilih bahan yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan
pengajaran untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kesan
pengajaran bergantung pada pengolahan bahan yang diaplikasikan oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsang dan menggalakkan murid
berfikir secara kritis dan kreatif, seterusnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan

3

berkesan. Oleh itu, guru perlulah sentiasa menitikberatkan amalan pengajaran di dalam
bilik darjah, iaitu dengan menyediakan bahan bantu mengajar seperti bahan visual dan
mendalami isi kandungan yang hendak diajar supaya bahan tersebut dapat diaplikasikan.
Shukri (2007) menyatakan bahawa guru mesti mempelbagaikan kaedah pengajaran
mereka agar potensi murid dapat diperkembangkan semaksimum yang mungkin. Kaedah
pengajaran dapat dipelbagaikan dengan mewujudkan bahan bantu mengajar seperti
bahan visual yang berkesan yang dapat menaikkan semangat murid untuk belajar di
dalam bilik darjah. Penggunaan bahan visual yang sesuai dan menarik bukan sahaja
dapat meningkatkan mutu penyampaian seseorang guru, malah akan menjadikan
sesuatu pembelajaran yang lebih bermakna dan menyeronokkan. Oleh itu, penggunaan
bahan bantu visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memudahkan
pemahaman murid sekaligus membantu guru mencapai matlamat negara dalam
menghasilkan pengajaran yang bermutu dan berkesan.

PERNYATAAN MASALAH

Terdapat juga segelintir guru yang masih juga mengamalkan kaedah pengajaran
secara tradisional yang disifatkan sebagai pengajaran berpusatkan guru semata-mata
seperti syarahan dan hafalan (Md Yusoff et al. 2006). Walaupun pendidikan di Malaysia
telah dilanda reformasi dari segi kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan
insentif, sikap guru terhadap kaedah pengajaran yang lama masih lagi dikekalkan. Majoriti
guru masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah (Azura Ishak et al. 2009).
Pembelajaran yang sebegini akan menyebabkan murid mudah berasa bosan dan hilang
minat untuk belajar. Kaedah pengajaran guru yang tidak berkesan dikatakan sebagai
punca utama kepada sikap negatif murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu menjadi pasif dan murid tidak menguasai
apa yang diajarkan serta pembelajaran menjadi kurang berkesan.

4

Seterusnya, terdapat juga segelintir guru yang masih kurang mengamalkan kualiti
pengajaran yang betul dan berkesan. Perkara ini dapat dibuktikan dengan pendapat Che
Mohd Noor dan Ahmad (2015) yang menyatakan bahawa semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dilaksanakan, terdapat segelintir guru yang
masih menggunakan kaedah dan teknik membaca buku teks semata-mata dalam
pengajarannya. Perkara ini menyebabkan murid menjadi bosan sekaligus menyebabkan
murid kurang bermotivasi terhadap pelajaran yang dikendalikan oleh guru tersebut. Rasa
bosan yang timbul dalam diri murid terhadap pengajaran guru boleh menyebabkan murid
tersebut terus hilang minat dan membuat tanggapan negatif terhadap dalam Bahasa
Melayu. Keadaan ini membuktikan bahawa guru tersebut tidak kreatif dalam mewujudkan
suasana yang menyeronokkan sehingga menjadikan kelas berasa bosan dan tidak
seronok.

Selain itu, kebanyakkan murid menganggap bahasa Melayu sebagai satu mata
pelajaran yang kurang menarik dan membosankan. Kaedah pengajaran yang kurang
menarik menyebabkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut menjadi kurang berkesan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
bergantung kepada keupayaan guru melaksanakannya dengan berkesan. Pengajaran
yang berkesan merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik serta
dapat memotivasikan murid mereka untuk terus belajar bagi mencapai meningkatkan
mutu pembelajaran (Abdul Rasid Jamian, 2016). Malah, proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah lazimnya didapati lebih cenderung
menggunakan kaedah kuliah atau syarahan sebagai teknik pengajaran yang utama.
Pengajaran menggunakan kaedah tradisional ini kadangkala didapati membosankan
hingga menimbulkan rasa mengantuk dalam kalangan murid (Alizah Lambri & Zamri
Mahamod, 2015). Kaedah ini juga boleh menyebabkan murid menjadi pasif. Oleh itu,
bahan visual dilihat sebagai bahan bantu mengajar yang boleh digunakan bagi mengatasi
masalah ini.

5

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini terdapat empat objektif kajian bagi mencapai tujuan kajian. Objektif kajian itu
adalah seperti yang berikut;

i. Mengenal pasti persepsi guru tentang penggunaan bahan visual dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

ii. Mengenal pasti tahap kemahiran guru terhadap penggunaan bahan visual
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

iii. Mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan bahan
visual dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

SOALAN KAJIAN

i. Apakah persepsi guru terhadap penggunaan bahan visual dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu?

ii. Apakah tahap kemahiran guru terhadap penggunaan bahan visual dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

iii. Apakah kekangan yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan bahan visual
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan tujuan untuk
mendapatkan maklumat dan data bagi menjawab persoalan kajian tentang penggunaan
bahan bantu visual dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah. Chua Yan Piaw
(2012) menyataan bahawa kajian tinjauan adalah satu kaedah untuk mendapatkan
maklumat dan menggunakan soalan yang sama untuk setiap individu dan bilangan yang
besar, iaitu populasi. Kajian tinjauan termasuk dalam kajian yang diklasifikasikan oleh
Mohd Majid Konting (1998) sebagai salah satu jenis kajian dalam penyelidikan deskriptif.
Kajian berbentuk deskriptif merupakan bentuk yang mendasari kajian ini bagi

6

mengenalpasti dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan penggunaan
bahan bantu visual dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

Kajian yang dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengenalpasti
persepsi guru terhadap penggunaan bahan visual, tahap kemahiran guru terhadap
penggunaan bahan visual dan kekangan yang dihadapi guru dalam penggunaan bahan
visual sebagai bahan bantu mengajar. Dalam kajian ini, data telah dikumpul dengan
menggunakan borang soal selidik. Dalam usaha mengumpul data ini, kaedah soal selidik
dianggap sebagai kaedah yang paling sesuai untuk mendapat maklumat bagi
melaksanakan kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji memilih guru-guru yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu di lapan buah sekolah rendah sekitar zon Bangsar/ Pudu
sebagai populasi untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan bahan bantu
visual dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah.

Soal selidik yang digunakan telah diadaptasi daripada soal selidik kajian Mohd
Suhaimi Omar, Noor Shah Saad dan Mohd. Uzi Dollah (2017) yang bertajuk Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar Guru Matematik Sekolah Rendah dan disahkan oleh pakar
bidang, pakar metodologi dan pakar bahasa. Soal selidik yang digunakan dalam kajian
ini mengandungi 35 item yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A ialah
demografi responden bagi mendapatkan maklumat seperti jantina, kaum, pengalaman
mengajar, opsyen dan jumlah waktu mengajar Bahasa Melayu. Bahagian B mengandungi
10 item soalan tentang persepsi responden terhadap penggunaan bahan visual,
manakala Bahagian C mengandungi 10 item yang meninjau tahap kemahiran guru
terhadap penggunaan bahan visual. Bahagian D pula mengandungi 10 item untuk
meninjau kekangan yang dihadapi oleh responden dalam penggunaan bahan visual.

Instrumen soal selidik dalam kajian ini diuji melalui kajian rintis kepada 30 orang
guru Bahasa Melayu sekolah rendah di sekitar Alor Setar, Kedah. Hasil analisis data
kajian rintis mendapati bahawa nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik
ialah 0.863 yang bermaksud kebolehpercayaan yang sangat tinggi. Berdasarkan Pallant
(2010), nilai pekali Alpha Cronbach yang lebih tinggi daripada 0.7 menunjukkan instrumen
memiliki kebolehpercayaan yang boleh diterima. Dalam kajian ini, soal selidik dijawab
oleh 95 orang guru bahasa Melayu daripada 125 populasi guru bahasa Melayu di lapan

7

buah sekolah rendah di sekitar zon Bangsar/Pudu. Akhirnya, data soal selidik dianalisis
secara deskriptif iaitu melihat kepada skor min dan sisihan piawai.

Pengkaji telah menggunakan interpretasi skor min yang telah diadaptasi daripada
Azman Jais (2018) sebagaimana yang dikemukakan dalam Jadual 1.

Jadual 1

Pemeringkatan Skala Skor Min diadaptasi daripada Azman Jais (2018)

Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 -2.33
Rendah (kurang setuju/ kurang membantu/ kurang mahir/
2.34-3.66
3.66-5.00 kurang memenuhi/ tidak pasti/ kadang-kadang/

tiada/ sebahagian kecil)

Sederhana (setuju/ membantu/ mahir/ memenuhi/ separuh)

Tinggi (sangat setuju/ sangat membantu/ sangat mahir/

sangat memenuhi/ sangat selalu/ semua/

sebahagian besar)

Sumber Azman Jais (2018)

Dalam kajian ini, persepsi, tahap kemahiran guru dan kekangan dikategorikan
kepada tiga tahap iaitu skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap yang rendah, skor
min 2.34 hingga 3.66 menunjukkan tahap sederhana. Skor min 3.66–5.00 pula
menunjukkan tahap persepsi, kemahiran dan kekangan yang tinggi.

Di samping itu, data yang dikumpul turut disimpulkan melalui bacaan sisihan piawai
untuk mengukur keserakan pemboleh ubah kajian. Untuk analisis sisihan piawai bagi data
yang diperoleh, pengkaji akan menggunakan interpretasi nilai sisihan piawai berdasarkan
sumber Irwan et al. (2016) sebagai panduan.

Jadual 2

Interpretasi nilai sisihan piawai berdasarkan Irwan et al. (2016)

Nilai sisihan piawai Interpretasi nilai sisihan Konsensus responden

0.00 hingga 0.25 piawai
0.26 hingga 0.50
0.51 hingga 0.75 Sangat rendah Sangat tinggi
0.76 hingga 1.00
Rendah Tinggi
>1.01
Sederhana Sederhana

Tinggi Kurang

Sangat tinggi Sangat kurang

Sumber Irwan et al. (2016)

8

Menurut Lim Chong Hin (2007), data berdekatan antara satu sama lain jika nilai
sisihan piawai adalah rendah, manakala data berjauhan antara satu sama lain jika nilai
sisihan piawai adalah tinggi. Hal ini bermaksud semakin rendah nilai sisihan piawai,
semakin dekat taburan data dengan skor min dan lebih homogen set data itu. Sebaliknya,
semakin tinggi nilai sisihan piawai, semakin jauh taburan data daripada skor min dan lebih
heterogen set data itu.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menjawab kepada tiga soalan kajian iaitu berkaitan persepsi
guru, tahap kemahiran guru dan kekangan yang dihadapi dalam penggubaan bahan
bantu visual.

Jadual 3

Analisis item B1 hingga B10 persepsi guru terhadap penggunaan bahan visual

Bil Item Min Sisihan Piawai Tahap
(µ) (SP)

B1 Penggunaan bahan bantu visual dapat 4.68 .467 Tinggi
meningkatkan kefahaman murid. 4.64 .563 Tinggi
4.63 .546 Tinggi
B2 Penggunaan bahan bantu visual dapat menarik 4.64 .524 Tinggi
minat murid 4.71 .453 Tinggi
4.66 .475 Tinggi
B3 Penggunaan bahan bantu visual dapat 4.61 .588
meningkatkan penglibatan murid Tinggi
4.68 .489 Tinggi
B4 Penggunaan bahan bantu visual dapat
memupuk perasaan ingin tahu murid 4.69 .485 Tinggi
4.52 .633 Tinggi
B5 Penggunaan bahan bantu visual dapat
merangsang minda murid

B6 Penggunaan bahan bantu visual sesuai untuk
aktiviti pemulihan.

B7 Penggunaan bahan bantu visual memudahkan
guru untuk menyampaikan isi pelajaran.

B8 Penggunaan bahan bantu visual mampu
mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan.

B9 Pengajaran yang disampaikan melalui bahan
bantu visual lebih jelas dan lancar

B10 Penggunaan bahan bantu visual lebih
menjimatkan masa

9

Skor min keseluruhan 4.22 .655 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 3 menunjukkan min keseluruhan bagi persepsi guru
terhadap penggunaan bahan visual berada pada tahap tinggi, iaitu (µ= 4.22) yang
menunjukkan responden mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan
bahan visual. Nilai sisihan piawai pula berada pada tahap sederhana, iaitu (SP=.655).
Nilai sisihan piawai menunjukkan tahap bahawa set data dalam kajian ini adalah agak
terserak. Berdasarkan Jadual 3 tersebut, min semua item berada pada tahap tinggi. Item
B5 mempunyai nilai min tertinggi, iaitu (µ= 4.71) yang menunjukkan responden sangat
bersetuju bahawa penggunaan bahan bantu visual dapat merangsang minda murid,
manakala item B10 mempunyai nilai min terendah, iaitu (µ= 4.52).

Jadual 4

Analisis item C1 hingga C10 tahap kemahiran guru terhadap penggunaan bahan visual

Bil Item Min Sisihan piawai Tahap
(µ) (sp)

C1 Saya mahir memilih bahan bantu visual yang 4.45 .614 Tinggi
sesuai dengan objektif pelajaran. 4.46
4.20 .665 Tinggi
C2 Saya mahir menyesuaikan bahan bantu visual 4.41
dengan isi pelajaran bahasa Melayu. 4.17 .708 Tinggi
4.44
C3 Saya mahir mencipta bahan bantu visual yang 4.50 .555 Tinggi
baharu untuk mencapai objektif pengajaran. 4.56
.729 Tinggi
C4 Saya mahir menggunakan bahan bantu visual 4.56
sebagai bahan bantu mengajar .631 Tinggi
4.56
C5 Saya mahir mempelbagaikan jenis bahan .599 Tinggi
bantu visual setiap kali sesi pengajaran.
.577 Tinggi
C6 Saya mahir mengendalikan bahan bantu visual
dengan cekap. .577 Tinggi

C7 Saya mahir mengawal tingkah laku murid .577 Tinggi
semasa menggunakan bahan bantu visual.

C8 Saya mahir memberi arahan kepada murid
semasa menggunakan bahan bantu visual.

C9 Saya mahir mengendalikan kelas
menggunakan bahan bantu visual sewaktu
PdP

C10 Saya mahir menggunakan masa yang
diperuntukkan untuk menggunakan bahan
bantu visual dalam PdP bahasa Melayu.

10

Skor min keseluruhan 4.43 .478 Tinggi

Dapatan berdasarkan Jadual 4 menunjukkan min keseluruhan bagi tahap
kemahiran guru terhadap penggunaan bahan visual berada pada tahap tinggi, iaitu (µ=
4.43) yang menunjukkan responden mempunyai kemahiran tinggi terhadap penggunaan
bahan visual. Nilai sisihan piawai pula berada pada tahap rendah, iaitu (SP=0.478) yang
menunjukkan bahawa set data sedikit terserak, namun masih menghampiri ukuran pusat.
Berdasarkan Jadual 4 tersebut, semua item berada pada tahap tinggi. Item C8, C9 dan
C10 mempunyai nilai min tertinggi, iaitu (µ= 4.56), yang menunjukkan bahawa kemahiran
responden terhadap penggunaan bahan bantu visual berada pada tahap yang tinggi dan
baik, manakala item C5 mempunyai nilai min terendah, iaitu (µ= 4.17) yang berkaitan
dengan kemahiran mempelbagaikan jenis bahan bantu visual setiap kali sesi pengajaran

Jadual 5

Analisis item D1 hingga D10 kekangan yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan
bahan visual

Bil Item Min (µ) Sisihan piawai Tahap
(sp)
D1 Penggunaan bahan bantu visual berpotensi 4.24 Tinggi
mengelirukan murid jika digunakan secara .883 Tinggi
melulu dan tidak teratur 3.88 Tinggi
4.50 .955 Tinggi
D2 Bahan bantu visual yang sesuai dengan isi 4.49 .616 Tinggi
pelajaran bahasa Melayu sangat terhad. 4.14 .712 Tinggi
4.05 .811 Tinggi
D3 Kekurangan masa untuk membina atau 4.23 .829 Tinggi
menghasilkan bahan bantu visual 3.95 .804 Tinggi
4.48 .898
D4 Silibus pengajaran banyak dan tekanan pihak .783
pentadbir untuk menghabiskan silibus.

D5 Kurang kreativiti untuk menghasilkan bahan
bantu visual menarik

D6 Pilihan dan variasi penggunaan bahan bantu
visual adalah terhad

D7 Kos penyediaan bahan bantu visual adalah
tinggi

D8 Kurang pengalaman dan kepakaran untuk
menggunakan bahan bantu visual

D9 Beban kerja berlebihan menyebabkan guru
tidak dapat menyediakan bahan bantu visual

11

D10 Saiz kelas yang terlalu besar untuk 4.28 .694 Tinggi
menggunakan bahan bantu visual .569 Tinggi

Skor min keseluruhan 4.22

Dapatan berdasarkan Jadual 5 menunjukkan min keseluruhan bagi kekangan yang

dihadapi oleh guru dalam penggunaan bahan visual berada pada tahap tinggi, iaitu (µ=

4.22) yang menunjukkan terdapat kekangan yang dihadapi responden dalam

penggunaan bahan visual. Manakala, nilai sisihan piawai ialah (SP=0.569). Nilai sisihan

piawai pula berada pada tahap sederhana yang menunjukkan bahawa set data agak

terserak, namun masih menghampiri ukuran pusat. Semua item berada pada tahap tinggi.

Item D3 mempunyai nilai min tertinggi, iaitu (µ= 4.50) yang menunjukkan responden

menghadapi kekangan masa untuk membina atau menghasilkan bahan bantu visual,

manakala item D2 mempunyai nilai min terendah, iaitu (µ= 3.88).

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu di lapan buah
sekolah rendah di Zon Bangsar/ Pudu mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap
penggunaan bahan bantu visual. Kajian ini juga mendapati guru-guru tersebut
mempunyai kemahiran mengaplikasikan permainan bahasa pada tahap tinggi dan
menghadapi beberapa kekangan dalam menggunakan bahan visual dalam PdP. Dalam
kajian ini, masalah ini turut dibincangkan dan menjadi cadangan pengkaji dalam usaha
meningkatkan tahap kemahiran guru dalam penggunaan bahan bantu visual.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu sekolah rendah zon
Bangsar/ Pudu mempunyai persepsi yang baik terhadap penggunaan bahan bantu visual
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Dapatan kajian ini disokong oleh
beberapa kajian lain yang turut menyatakan hal yang sama.

Antaranya, kajian Ghulam et al. (2015) yang menunjukkan bahawa majoriti guru
mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan alat bantuan visual seperti gambar dan
projektor sebagai alat motivasi dalam meningkatkan perhatian murid dalam membaca
teks sastera. Malah, kajian ini juga turut disokong oleh dapatan Mohd Suhaimi Omar,

12

Noor Shah Saad & Mohd. Uzi Dollah (2017) dimana dapatan kajian menunjukkan
persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar juga adalah positif.

Dapatan kajian ini juga disokong oleh kajian Jayalatchumy (2006) berkenaan
penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dalam kalangan guru
sejarah di daerah Segamat, Johor. Teknologi maklumat merupakan salah satu daripada
bahan visual. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai persepsi yang
positif terhadap kepentingan bahan bantu mengajar. Malah, dapatan kajian Lai Kim
Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan (2001) juga menyokong dapatan kajian ini, dimana
hasil dapatan kajian menunjukkan persepsi responden amat positif tentang peranan
bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru bahasa Melayu sekolah
rendah di zon Bangsar/ Pudu mempunyai tahap kemahiran yang tinggi terhadap
penggunaan bahan bantu visual. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain
yang turut menyatakan hal yang sama. Dapatan kajian ini hampir sama dengan kajian
yang dijalankan oleh Noor Azlan Ahmad Zanzali & Nurdalina Daud (2010) dimana data
kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru berada
pada tahap tinggi dimana responden mahir menggunakan bahan bantu mengajar.
Seterusnya, hasil kajian ini bertentangan dengan dapatan kajian Abdul Rasid Jamian,
Shamsudin Othman & Humaizah Hashim (2012) tentang kemahiran penggunaan kartun
dalam pengajaran penulisan karangan. Hasil dapatan data daripada kajian ini
menunjukkan kemahiran penggunaan kartun sebagai bahan bantu visual dalam
pengajaran penulisan karangan berada pada tahap sederhana.

Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah di zon
Bangsar/ Pudu menghadapi kekangan pada tahap yang tinggi dalam penggunaan bahan
bantu visual. Dapatan kajian ini disokong oleh beberapa kajian lain yang turut menyatakan
hal yang sama. Mohd Suhaimi Omar, Noor Shah Saad & Mohd. Uzi Dollah (2017), dalam
kajiannya membuktikan bahawa terdapat beberapa kekangan dan cabaran dalam
penggunaan bahan bantu mengajar dikalangan guru Matematik sekolah rendah di daerah
Batang Padang. Hasil kajian membuktikan bahawa akan sentiasa terdapat kekangan
dalam apa jua yang dipraktikkan oleh guru dan keadaan ini juga terjadi dalam

13

penggunaan bahan bantu mengajar seperti bahan visual. Kekangan yang selalu dihadapi
oleh responden adalah kekangan masa, disamping kekangan lain seperti silibus
pengajaran yang terlalu banyak dan tekanan dari pihak pentadbir untuk menghabiskan
silibus.

Berdasarkan dapatan kajian ini bagi responden menghadapi kekangan masa untuk
membina atau menghasilkan bahan bantu visual. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian
Mohd Faeez Ilias, Muhamad Faiz Ismail, Kamarul Azmi Jasmi (2016), dimana hasil
dapatan kajian daripada temu bual dengan responden menunjukkan bahawa kekangan
masa merupakan halangan utama bagi guru untuk menggunakan bahan bantu mengajar.
Perkara ini juga disokong oleh kajian-kajian lepas yang menyatakan bahawa kekangan
masa merupakan halangan dalam penggunaan bahan bantu mengajar (Mohd Izham dan
Noraini Attan, 2007). Kebanyakkan responden memberi respon bahawa kekangan masa
merupakan perkara utama yang mereka sering hadapi, disamping cabaran-cabaran lain
seperti silibus pengajaran yang terlalu banyak dan tekanan dari pihak pentadbir untuk
menghabiskan silibus.

Implikasinya, kajian ini berupaya membolehkan guru-guru bahasa Melayu
membuat refleksi terhadap tahap kemahiran dan pengetahuan menggunakan bahan
bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun banyak kajian penggunaan
bahan bantu visual dilaksanakan, namun masih kurang kajian mengenai penggunaan
bahan bantu visual dijalankan yang berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran guru
bahasa Melayu, maka kajian ini telah mengisi kelompang tersebut. Kajian ini telah
memberi implikasi dari aspek praktikal. Pengkaji memilih guru bahasa Melayu sebagai
sampel bagi melihat sendiri penggunaan bahan bantu visual ini dilaksanakan dengan
lebih mendalam. Oleh itu, dapatan kajian ini sangat penting untuk menjadi rujukan kepada
guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah. Menurut Kleickmann et al. (2013),
pengetahuan guru mengenai isi kandungan, pedagogi dan bahan pengajaran sangat
mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian
ini bukan sahaja dapat mendedahkan guru Bahasa Melayu sekolah rendah tentang
kemahiran dan pengetahuan tentang penggunaan bahan bantu visual dalam pengajaran
dan pembelajaran guru bahasa Melayu, malah dapat mendedahkan tentang kekangan

14

yang dihadapi dalam penggunaan bahan visual supaya guru lebih bersedia dan
menambahbaik masalah yang dihadapi bagi menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Kajian ini juga boleh memberi implikasi dari aspek teori.
Kajian tinjauan berkaitan penggunaan bahan bantu visual dalam pengajaran dan
pembelajaran guru bahasa Melayu yang menggabungkan teori dan model masih kurang
dilaksanakan di negara ini. Oleh itu, kajian ini dapat mengisi kelompangan tersebut
kerana kajian ini telah menggabungkan Teori Edgar Dale (1942) dan Model Pembelajaran
VAK (visual, auditori, kinestetik) untuk mengenal pasti penggunaan bahan bantu visual
dalam pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu.

Kajian ini turut memberi cadangan kepada beberapa pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam organisasi pendidikan. Pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) boleh merancang serta bertindak dengan mengadakan
program yang sesuai dan efesien bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan terhadap
penggunaan bahan visual terus ditingkatkan seterusnya diaplikasikan secara berterusan
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya matapelajaran Bahasa
Melayu. Antara aktiviti atau tindakan yang boleh dilaksanakan adalah kursus, seminar,
latihan dalam perkhimatan dan menyediakan modul khas tentang penggunaan bahan
visual supaya memudahkan serta menjadi panduan guru. Malah, pihak sekolah perlulah
menyediakan inisiatif bahan bantu visual yang sesuai kepada guru-guru. Kos yang diambil
untuk menghasilkan bahan yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran perlu disediakan oleh pihak sekolah melalui peruntukan yang disediakan
untuk setiap panitia. Perkara ini dapat mengurangkan beban guru, malah dapat menjadi
pendorong untuk meningkatkan sikap positif guru terhadap penggunaan bahan bantu
mengajar terutamanya bahan visual dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu
mengajar seperti bahan visual dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran kerana mampu mempercepatkan proses pemahaman pelajar,
terutamanya terhadap konsep pembelajaran yang sukar (Shaharom Noordin & Nur
Faizah & Zainal Abiden, 2010). Melalui penggunaan bahan bantu mengajar terutamanya
bahan bantu visual yang terancang dan bersesuaian secara tidak langsung dapat
meningkatkan kecekapan, kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.

15

Sebagai cadangan kajian lanjutan, kajian ini boleh dikembangkan kepada lokasi
yang lebih luas dan bukan hanya tertumpu kepada satu zon sahaja. Pengkaji yang
seterusnya juga boleh meninjau penggunaan bahan bantu visual dalam kalangan guru
yang berada di sekolah luar bandar atau pedalaman. Hal ini demikian kerana kajian yang
telah dilakukan ini hanyalah dijalankan di lapan buah sekolah rendah di zon Bangsar/
Pudu sahaja di kawasan bandar. Kajian lanjutan juga dicadangkan untuk melaksanakan
penyelidikan tentang penggunaan bahan bantu visual dalam pengajaran dan
pembelajaran guru bahasa Melayu yang menggunakan pendekatan multimetodologi
untuk menambahkan maklumat yang lebih kukuh mengenai keputusan kajian. Perkara ini
disokong oleh pendapat Creswell (2014) yang menyatakan bahawa kaedah campuran
atau gabungan dapat memberikan pandangan yang lebih lengkap. Cadangan yang
seterusnya, kajian lanjutan juga dilaksanakan menggunakan topik yang sama tetapi
menggunakan pendekatan yang berbeza seperti pendekatan kualitatif untuk mendalami
dan mengesahkan lagi dapatan kajian sama ada berubah atau kekal. Kelebihan
pendekatan kualitatif sebagai pendekatan yang membolehkan kefahaman mendalam
tentang sesuatu femomena, keadaan atau peristiwa (Tomas Pernecky, 2016). Ini
membolehkan penyelidik memahami secara mendalam berkaitan dengan penggunaan
bahan bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu.

RUMUSAN

Kesimpulannya, guru-guru mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan
bahan bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Selain itu, hasil
kajian juga membuktikan bahawa tahap kemahiran guru terhadap penggunaan bahan
visual berada pada tahap yang baik. Seterusnya, hasil kajian juga membuktikan bahawa
akan terdapat kekangan dalam penggunaan bahan bantu visual dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu. Secara keseluruhan, bahan bantu visual penting
dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini dan masa hadapan. Situasi kini
meletakkan para pendidik supaya bersikap proaktif dan responsif terhadap sebarang
perkembangan penddikan dari semasa ke semasa. Semoga hasil dapatan kajian ini dapat

16

menjadi garis panduan bagi pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan pencapaian
akademik murid-murid.

RUJUKAN

A. H. Dawi. (2002). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Quantum Books.

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim. (2012). Persepsi guru
terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan
bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (MyLEJ), 2(1), 48-56.

Alizah Lambri & Zamri Mahamod. (2015). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
berpusatkan pelajar di institusi pengajian tinggi: pelaksanaan dan penerimaan
pelajar. Jurnal Personalia Pelajar. 18(1). 1 – 9.

Azman Jais. (2018). Penerimaan dan penggunaan inovasi persekitaran pembelajaran
maya (VLE) dalam kalangan guru. (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan).
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Che Mohd Noor, C. M. S. Z & Ahmad, A. R. (2015). Kreativiti guru dalam meningkatkan
kefahaman dan penghayatan sejarah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Chua Yan Piaw. (2012). Kaedah dan statistik penyelidikan buku 2 asas statistik
penyelidikan. Mc Graw Hill.

Creswell, J. W. (2014). Research design: qualitative, quantitative, and mixed methods
approaches. Research design qualitative quantitative and mixed methods
approaches (fourth). SAGE Publications, Inc.

Ghulam Shabiralyani, Khuram Shahzad Hasan, Naqvi Hamad & Nadeem Iqbal. (2015).
Impact of visual aids in enhancing the learning process case research: district dera
ghazi khan. Journal of Education and Practice. 6 (19). 2222-1735.

Hedge, T. (2003). Teaching and learning in the language classroom. Oxford University.

Irwan, Wan Mohd Fazrul, Walid, Nisar, Amir Shaharuddin, Mohd Aizuddin & Bilal Jaliani.
(2016). Kefahaman Fiqh di pusat pemindahan mangsa banjir: Kajian perintis di
daerah Temerloh dan Maran, Pahang. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa,
82, 44-53.

J. Pallant. (2010). SPSS survival manual a step by step guide to data analysis using SPSS
for windows ,4rd edition. New South Wales.

Jayalatchumy Subramaniam. (2006). Penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan
teknologi maklumat di kalangan guru Sejarah. Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya.

17

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah.
(2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru
cemerlang pendidikan islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and
Arabic Education. 3(1): 59-74.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Falsafah pendidikan kebangsaan, matlamat dan
misi, pusat pembangunan kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu
sekolah rendah bahasa Melayu 2003. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan negara 2013-
2020. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kleickmann, T., Richter, D., Kunter, M., Elsner, J. & Besser, M. (2013). Teachers’ content
knowledge and pedagogical content knowledge: The role of structural differences
in teacher education. Journal of Teacher Education, 64 (1), 90-106.

Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan. (2001). Satu kajian mengenai
penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran Matematik di
sekolah rendah. Jabatan Matematik, Maktab Perguruan Batu Lintang.

Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan kuantitatif dan kualitatif.
McGraw-Hill.

Marzuki, S.C. (2005). Amalan guru yang berkesan: kajian di beberapa sekolah menengah
di Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.

Md Yusoff Daud, Mazalah Ahmad & Maimun Aqsha Lubis. (2006). Penggunaan internet
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Mohd Izham & Noraini Attan. (2007). Tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan
teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Jurnal Teknologi, 45-60.

Mohd Majid, K. (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nadzrah Abu Bakar, Norsimah Mat Awal & Nor Hashimah Jalaludin. (2011). Writing
proficiency of upper secondary school students. GEMA Online™ Journal of
Language Studies, 11(2).

Noor Azlan Ahmad Zanzali & Nurdalina Daud. (2010). Penggunaan bahan bantu
mengajar di kalangan guru pelatih utm yang mengajar matapelajaran Matematik.
pp. 1-6. (Unpublished).

Nor Azura Mohd Zaki. (2008). Menerangkah konsep istilah penging dalam mata pelajaran
pengajian perniagaan tingkatan 6 dengan motivasi “my aura map.” Jurnal
Penyelidikan Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu Sabah Tahun 2008, 89-98.

Shaharom Noordin & Nur Faizah & Zainal Abiden. (2010). Tahap penggunaan bahan
bantu mengajar dalam kalangan bakal guru fizik semasa latihan mengajar. Tahap

18

penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan bakal guru fizik semasa
latihan mengajar. pp. 1-8. (Unpublished).
Shukri Zain. (2007). Pengantar pemikiran. Quantum Books.
Suhaimi Omar, Noor Shah Saad & Mohd. Uzi Dollah. (2017). Penggunaan bahan bantu
mengajar guru Matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia, (7), 1.
Tomas Pernecky. (2016). Epistemology and metaphysics for qualitative research. SAGE
Publications Ltd.
Tomlinson, B. & Masuhara, H. (2004). Developing language course materials. SEAMEO
Regional Language Centre.

19


Click to View FlipBook Version