LAPORAN PELAKSANAAN GOTONG ROYONG
KHIDMAT MASYARAKAT DI PANTAI TELUK SISEK
RINGKASAN PROJEK
JENIS PROJEK: Khidmat Masyarakat
JANGKA WAKTU / MASA: 8 a.m.-10 a.m.
LOKASI: Pantai Teluk Sisek, Kuantan
PESERTA: Murid sekolah menengah SMK Cenderawasih bersama ahli keluarga
mereka.
JUMLAH PESERTA: 20 orang
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN:
1. Memungut sampah di kawasan tepian pantai
2. Membersihkan di sekitar kawasan pantai (tempat berkelah, pondok berehat)
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Fasa Perancangan
2.1 Pemerhatian, kajian ringkas etc
2.2 Kertas kerja
2.3 Carta Gantt etc
3.0 Fasa Pelaksanaan
3.1 Proses pembersihan pantai
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
5.0 Analisis SWOT
5.1 Kekuatan
5.2 Kelemahan
5.3 Peluang
5.4 Ancaman
6.0 Cadangan penambahbaikan
7.0 Penutup
LAPORAN PELAKSANAAN GOTONG ROYONG KHIDMAT MASYARAKAT DI PANTAI
TELUK SISEK
1.0 Pengenalan
Amalan gaya hidup lestari merangkumi pelbagai jenis aktiviti untuk melestarikan alam
sekitar. Khidmat masyarakat juga merupakan salah satu aktiviti lestari alam sekitar yang
mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat akan kepentingan
mengekalkan kehijauan alam dan pemeliharaan alam sekitar. Hal ini penting sebagai
salah satu langkah proaktif bagi menangani isu alam sekitar yang berkaitan seperti
penebangan hutan yang tidak terkawal serta pengurangan sumber semulajadi.
Sehubungan itu, isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti gotong-royong khidmat masyarakat
kerap juga diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak kebaikan kepada
masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong mewujudkan dan mengeratkan
hubungan silaturrahim dalam kalangan kaum masyarakat di Malaysia. Bak kata perpatah
“berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” itulah kata-kata
yang boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum di Malaysia. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, gotong royong khidmat masyarakat adalah sikap atau
kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasama dan saling tolong
menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela. Aktiviti gotong-
royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang dilakukan dibandar
pada masa kini. Pada pendapat kami, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali
dalam masyarakat di Negara ini untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum.
Menurut surat khabar Kosmo yang bertarikh 22 Oktober 2022, sikap jelik sebahagian
besar rakyat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata dilihat memberi impak
negatif kepada kebersihan negara apabila Malaysia berada di tangga 130 dalam Indeks
Prestasi Alam Sekitar (EPI). Berdasarkan laporan indeks tahunan itu, Malaysia hanya
mengutip sebanyak 130 mata seterusnya berada di tangga ke-50 sebagai negara paling
kotor di dunia. Justeru, Pantai Teluk Sisek dipilih sebagai lokasi program kerana pantai ini
sering menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar untuk berekreasi dan menjamu
selera terutama ketika hujung minggu. Kebersihan kawasan pantai amatlah penting bagi
memastikan keselesaan pengunjung dan kelestarian alam sekitar. Aktiviti ini juga
dijalankan bagi menyahut seruan aspirasi United Nation Sustainable Development Goals
(UNSDG) dalam kluster-3 Good Health and Well Being dan kluster ke -15 (Life on Land),
serta memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat akan kepentingan dan kebersihan
kawasan hidupan akuatik selain di kawasan perhutanan.
1
2.0 Fasa Perancangan
Fasa perancangan melibatkan perancangan kertas kerja cadangan. Pada fasa ini,
beberapa aspek dalam merangka kertas kerja cadangan turut dipertimbangkan seperti
matlamat dan objektif program, cadangan aktiviti pelaksanaan, anggaran perbelanjaan
serta peruntukan. Berikut merupakan kertas kerja cadangan yang telah dirangka bagi
menjayakan program ini:
2
KERTAS KERJA CADANGAN
GOTONG ROYONG KHIDMAT MASYARAKAT
DI
PANTAI TELUK SISEK
TARIKH: 21 OKTOBER 2022
DISEDIAKAN OLEH:
NUR IZZAH NAJIHAH BINTI MOHD RAZDI
4
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Matlamat
3.0 Objektif
4.0 Rasional
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
6.0 Rancangan aktiviti
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Penghijauan di SK Bandar Baru Ampang
8.0 Penutup
4
1.0 Pengenalan
Khidmat Masyarakat yang memerlukan penglibatan individu secara kumpulan dalam
aktiviti masyarakat dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian
yang boleh membantu dan meningkatkan kesedaran diri dan komuniti terhadap gaya
hidup lestari dalam kehidupan seharian.
Melalui Khidmat Masyarakat ini, individu dapat mengaplikasikan pengetahuan kemahiran
dan nilai kelestarian yang diterapkan dalam diri setiap individu. Melalui aktiviti ini, individu
juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang
bertanggungjawab dan prihatin. Dengan ini murid SMK Cenderawasih juga dapat
membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan
kepada sekolah dan masyarakat.
2.0 Matlamat
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memupuk kesedaran ahli keluarga dan masyarakat
setempat akan kepentingan aktiviti pembersihan kawasan pantai sebagai salah satu
amalan gaya hidup lestari bagi memastikan alam sekitar terpelihara. Amalan gotong-
royong khidmat masyarakat ini bertujuan untuk mewujudkan semangat positif anatara ahli-
ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan
secara berkesan. Aktiviti ini juga bermatlamat untuk memberikan satu semangat kepada
masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu
baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua
perkara yang dialami oleh masyarakat seperti isu alam sekitar dapat diatasi dalam masa
yang singkat dan mudah jika semua pihak menjalankan tugas masing-masing dengan
efisien dan prihatin. Sehubungan itu, aktiviti ini memberikan satu suntikan baru tentang
konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan urbanisasi.
Aktiviti khidmat masyarakat ini juga bertujuan mewujudkan perpaduan kaum amat penting
dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Melayu,
Cina, India dan lain-lain. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bersempena
dengan Hari Pembersihan Sedunia, perpaduan masyarakat akan terjalin sacara langsung
atau secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan wujudnya perpaduan kaum di
kalangan rakyat, negara kita akan terus aman, maju dan bukan sahaja membentuk
masyarakat yang harmoni, malah mampu juga membentuk masyarakat yang cakna dan
prihatin terhadap kepentingan alam sekitar dan kebersihannya.
6
Bergotong-royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran
menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan
menjadi sekadar ‘indah khabar dari rupa.’ Amalan gotong-royong juga dapat
membersihkan dan melindungi kawasan persekitaran daripada menjadi sarang pelbagai
penyakit seperti Aedes.
3.0 Objektif
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
i) Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti tempat sebagai kawasan yang
bersih, indah, selamat dan ceria.
ii) Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
iii) Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar,
ibu bapa, pendidik dan masyarakat setempat dalam melaksanakan aktiviti yang
berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam menjaga kelestarian alam
sekitar.
iv) Meningkatkan keprihatinan dan komitmen pelajar dan warga setempat terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.
v) Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.
4.0 Rasional
Aktiviti khidmat masyarakat di kawasan pantai yang bakal dijalankan ini adalah diharapkan
supaya dapat mengekalkan kebersihan pantai daripada sebarang kekotoran dan
pencemaran daripada sumber asing. Hal ini demikian kerana, oksigen yang dihasilkan
daripada hutan hanyalah 28 peratus sahaja, manakala 70 peratus sebahagian besarnya
adalah daripada hidupan marin serta dua peratus lagi daripada lain-lain. Jika laut kotor
dan tercemar, organisma-organisma marin ini juga akan turut terjejas dan tidak mustahil,
bekalan oksigen bumi juga akan terganggu. Pantai yang bersih bukan sahaja penting
untuk pembiakan ikan, malah amalan ini juga mampu mengundang hidupan marin lain
seperti penyu. Aktiviti ini juga diharapkan dapat membentuk masyarakat yang amanah
terhadap alam semula jadi dan rakyat yang bertanggungjawab. Sebagai manusia, apabila
kita menjaga kebersihan kawasan ini, itu adalah tanda kita bersyukur dan beramanah
menggunakan nikmat tersebut dengan sebaiknya. Malah dari sudut orang awam, hal ini
menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya agar dapat memberi manfaat kepada
6
semua. Pantai yang bersih pasti akan menjadi pilihan awam sebagai tempat bersantai,
tumpuan pelancong luar yang ingin merasai kehangatan cuaca di pantai Malaysia, malah
boleh menaikkan imej kawasan tersebut sebagai tempat menarik. Diharapkan melalui
penglibatan dalam aktiviti ini, pelajar dan masyarakat setempat mempunyai kesedaran
terhadap tugas sebagai rakyat untuk mempunyai kesedaran sendiri dalam menjaga
keadaan pantai dan laut supaya kawasan-kawasan ini terpelihara secara mampan.
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
Tarikh: 21 Oktober 2022
Tempat: Pantai Teluk Sisek
Sasaran: 20 orang pelajar dan orang awam
Cadangan nama program: Gotong Royong Khidmat Masyarakat
6.0 Rancangan aktiviti
Beberapa aktiviti akan dirancang bagi menjayakan program penghijauan ini. Aktiviti-aktiviti
tersebut merangkumi proses memungut sampah di kawasan tepian pantai dengan
menggunakan sarung tangan dan plastik sampah yang disediakan dan aktiviti
membersihkan di sekitar kawasan pantai seperti tempat berkelah, tempat rekreasi orang
awam dan juga pondok berehat.
6
7.0 Carta alir pelaksanaan aktiviti gotong royong khidmat masyarakat di Pantai Teluk
Sisek
Pengenalpastian pantai yang
berdekatan dan sesuai
Perbincangan mengenai alatan
yang perlu dibawa untuk
membersihkan kawasan pantai
Proses kelulusan daripada pihak
sekolah untuk melibatkan para
pelajar
Penyebaran poster berkaitan
aktiviti yang bakal dilaksanakan
Pelaksanaan aktiviti gotong royong
khidmat masyarakat bertempat di
Pantai Teluk Sisek, Kuantan
7
8.0 Penutup
Sebagai kesimpulannya, aktiviti gotong-royong kepada masyarakat dan Negara bersesuaian
dengan peribahasa melayu ‘muafakat membawa berkat’. Pihak kerajaan boleh juga memupuk
amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan surat khabar secara
berterusan. Aktiviti gotong-royong khidmat masyarakat ini wajar diamalkan dan digiatkan
secara aktif oleh pelbagai pihak seperti badan kerajaan dan bukan kerajaan. Oleh itu, semua
pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan gaya hidup lestari dalam
kehidupan seharian.
Disediakan oleh,
Izzah
………………….………………………….
(NUR IZZAH NAJIHAH BINTI MOHD RAZDI)
8
3.0 Fasa Pelaksanaan
Seterusnya, fasa semasa pelaksanaan pula melibatkan aktiviti yang dijalankan sepanjang
aktiviti gotong royong khidmat masyarakat ini berlangsung seperti yang telah dirangka
dalam kertas kerja cadangan di atas. Aktiviti tersebut merangkumi perbincangan
mengenai alatan yang perlu dibawa untuk membersihkan kawasan pantai, penyebaran
poster berkaitan aktiviti yang bakal dilaksanakan, aktiviti memungut sampah di kawasan
tepian pantai dan aktiviti membersihkan di sekitar kawasan pantai seperti tempat
berkelah, tempat rekreasi orang awam dan juga pondok berehat.
Rajah 1 dan 2: Proses pelaksanaan aktiviti gotong royong di pantai
12
3.1 Proses pembersihan pantai
Proses pembersihan ini dilaksanakan dengan mengikut tentatif yang dirancang.
Berikut merupakan langkah-langkah yang terlibat semasa proses gotong-royong
ini dilaksanakan:
3.1.1 Perbincangan alatan yang bersesuaian
Alatan yang bersesuaian seperti sarung tangan diperlukan untuk
memungut sampah sarap dan juga plastik sampah untuk mengumpul
sampah. Selain itu, alatan seperti pencakar daun dan juga kereta
sorong bagi memudahkan peserta untuk mengumpul semua sampah
sarap dan memindahkan ke satu tempat adalah perlu untuk
memastikan kelancaran aktiviti ini.
Rajah 3: Alatan yang digunakan untuk membersihkan kawasan sekitar
3.1.2 Penyebaran poster berkaitan aktiviti gotong royong
Notis mengenai aktiviti yang dijalankan ini telah diuar-uarkan melalui
penyebaran poster dua hari sebelum hari pelaksanaan aktiviti ini.
Poster tersebut telah dihasilkan dan disunting menggunakan aplikasi
Canva sebelum disebarkan kepada orang awam.
3.1.3 Taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti pembersihan
Setibanya di lokasi program, para pelajar dan orang awam telah
mendengar taklimat ringkas daripada ketua program mengenai alatan
yang akan digunakan untuk membersihkan kawasan sekitar pantai,
sebelum diarahkan berpecah kepada beberapa kumpulan mengikut
tempat yang diagihkan untuk proses pembersihan dan gotong royong.
Pada jam 8:55 pagi, para peserta mula bergotong-royong mengutip
12
sampah di kawasan persisiran pantai. Semua peserta bekerjasama
semasa khidmat gotong-royong ini dijalankan.
Rajah 4 dan 5: Proses pembersihan persisiran pantai dan papan tanda yang
diletakkan di kawasan pantai
12
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
Akhir sekali, fasa selepas pelaksanaan pula merangkumi perbincangan post-
mortem yang dijalankan pada akhir aktiviti khidmat masyarakat ini. Perbincangan
post-mortem tersebut melibatkan pengenalpastian kekuatan, kelemahan, peluang,
ancaman dan cadangan penambahbaikan. Penulisan laporan mengenai
pelaksanaan program turut dilaksanakan pada fasa selepas pelaksanaan ini.
5.0 Analisis SWOT (Kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman)
5.1 Kekuatan
Unsur-unsur seperti kerjasama dan tolong-menolong semasa aktiviti berlangsung jelas
terpamer dan kelihatan antara satu sama lain dalam kalangan peserta. Hasilnya,
projek yang dirancang dan dijalankan berjalan dengan lancar. Aktiviti ini juga telah
mewujudkan perhubungan yang erat dan dinamis dalam kalangan pelajar dan orang
awam. Interaksi dan perhubungan ini telah membolehkan para peserta dan juga saya
mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan baik. Selain itu, aktiviti khidmat
masyarakat ini sememangnya menyuntik dan menyelitkan nilai-nilai yang dikehendaki
dalam diri setiap individu seperti nilai kasih saying dan prihatin terhadap alam sekitar.
Aktiviti yang telah dijalankan ini juga telah memberi peluang khususnya kepada saya
untuk mengasah bakat kepimpinan dan pengurusan masa dalam diri masing-masing
memandangkan program ini dikendalikan sepenuhnya oleh ketua program.
5.2 Kelemahan
Dari segi kelemahan aktiviti yang dilaksanakan ini, bilangan peserta yang terlibat
dalam aktiviti ini adalah kurang daripada sasaran yang dikehendaki. Hal ini telah
membuatkan peserta yang sedia ada mempunyai bebanan kerja yang lebih
berbanding jikalau program ini mempunyai bilangan peserta yang tinggi. Bilangan
peserta yang tinggi dan ramai akan membolehkan setiap peserta tidak terasa terbeban
dengan kerja yang diagihkan, berikutan dengan kawasan yang luas dan tugasan yang
terbahagi kepada proses pembersihan persisiran pantai dan juga sekitar kawasan
pantai. Selain itu juga, terdapat beberapa pelajar yang mencuri tulang ketika aktiviti
pembersihan dilaksanakan. Pelajar-pelajar tersebut lebih memilih untuk bersiar-siar
dan berehat di tepian pantai daripada memungut sampah sarap di kawasan sekitarnya
dan membersihkan daripada sebarang bendasing.
15
5.3 Peluang
Pada hari ini, tugas kita untuk terus menjaga, memelihara dan memulihara pantai dan
laut agar alam sekitar ini kekal menjadi warisan pusaka bangsa. Justeru, peluang yang
disediakan melalui penglibatan aktiviti adalah generasi yang akan datang berpeluang
untuk merasa dan menikmati alam semulajadi dan hidupan-hidupan marin di lautan
hasil daripada aktiviti yang dijalankan pada masa ini. Perubahan dan kejayaan yang
besar biasanya bermula daripada usaha kecil yang konsisten. Aktiviti khidmat
masyarakat gotong-royong ini membuka platform yang bagus kepada masyarakat
untuk melakukan aktiviti sukarelawan sekaligus dapat mendidik diri untuk menjaga
kebersihan di sekeliling kita.
5.4 Ancaman
Disebabkan tempat aktiviti yang dijalankan berdekat dengan kawasan air dan lautan,
ancaman yang akan dihadapi adalah dari segi keselamatan. Keluarga yang
mempunyai anak-anak kecil sebaiknya tidak perlu melibatkan anak-anak kecil
berhampiran dengan kawasan pantai tanpa pengawasan yang tinggi. Hal ini kerana,
aktiviti gotong-royong yang tidak mempunyai bilangan peserta yang tinggi, berisiko
untuk menyebabkan peserta yang sedia ada terleka dengan tugasan yang diberikan
lalu membiarkan anak-anak kecil bermain seorang diri berhampiran dengan kawasan
air tanpa pengawasan daripada ibu bapa.
6.0 Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan kelemahan-kelemahan dan ancaman yang telah dinyatakan, antara
penambahbaikan yang dapat dicadangkan adalah pendedahan kepada orang awam
mengenai program ini harus dibuat dengan lebih awal komuniti setempat dapat
merancang dan meluangkan masa mereka pada hari yang ditetapkan. Seterusnya, ketua
program yang mengendalikan projek ini perlu lebih awal memaklumkan anggota
penyelamat di pantai untuk sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga ketika aktiviti
dilaksanakan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingi berlaku. Ketua
program juga seharusnya menyediakan alatan seperti first aid-kit sebagai langkah
berjaga-jaga daripada sebarang kecelakaan ringan yang berlaku seperti terseliuh.
15
7.0 Penutup
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini dilihat berjaya mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, penglibatan daripada pihak luar dan juga badan
bukan kerajaan amatlah dipertimbangkan di masa yang akan datang. Penglibatan
daripada badan-badan tersebut bukan sahaja membuka pelbagai peluang kemudahan
dan peruntukan kepada projek ini, malah menggalakkan bilangan peserta yang ramai dan
seterusnya memeriahkan aktiviti khidmat masyarakat ini secara tidak langsung.
Diharapkan agar aktiviti gotong-royong khidmat masyarakat ini mampu memberi impak
positif dan menyuntik kesedaran dalam kalangan peserta dan juga para pengunjung di
pantai tersebut mengenai kebersihan dan kelestarian kawasan pantai.
Disediakan oleh,
Izzah
……………………………………………
(NUR IZZAH NAJIHAH BINTI MOHD RAZDI
16
RUJUKAN
Amree Ahmad. (2022, Ogos 5). Kosmo! Retrieved from Malaysia tangga ke-130 indeks
bersih dunia: https://www.kosmo.com.my/2022/08/05/malaysia-tangga-ke-130-
indeks-bersih-dunia/
16