The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by surayasaat08, 2021-10-29 07:55:19

MESYUARAT AGUNG PIBG SKPD KALI KE-47 2021

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN PORT DICKSON,
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN,
KM 1, JALAN PANTAI 71000 PORT DICKSON

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

PERASMIAN OLEH:
TUAN HAJI KAMANIZAM BIN HAJI TINDEK, PJK

KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PORT DICKSON

SABTU
30 OKTOBER 2021
APLIKASI GOOGLE MEET (SECARA ATAS TALIAN)
SK PORT DICKSON
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

1 | SK PORT DICKSON SKK TS25

Setinta Madah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera
dan salam 1 Malaysia.

Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berhimpun dan berkampung sekali
lagi untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47, 2021 secara atas
talian menggunakan Aplikasi Google Meet.

Sekalung penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada barisan PIBG
SK Port Dickson yang diterajui oleh Yang Di Pertua PIBG dan semua ahli
jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2018, ibu bapa dan guru SKPD
yang sama-sama terlibat dengan memberikan sepenuh usaha, tenaga, wang
dan kerjasama sepanjang sesi persekolahan 2021.

Kecemerlangan murid dan sekolah ini bukanlah terhasil daripada pihak
guru dan sekolah semata-mata tetapi penglibatan ibu bapa / penjaga (PIBK)
sangat penting bagi memastikan kecemerlangan secara menyeluruh dalam
semua bidang khususnya kemenjadian murid, akademik dan kokurikulum. Ini
menjadikan SK Port Dickson sebagai salah sebuah sekolah yang paling
terkemuka di Negeri Sembilan.

Sebagai penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru, saya mengharapkan
sokongan dan kerjasama padu daripada semua ibu bapa / penjaga dan
komuniti bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan sekolah dalam
semua bidang dapat dilestarikan dan diteruskan ke masa akan datang.

Justeru, sokongan moral, tenaga, idea, kepakaran dan sumber
kewangan sangat diperlukan dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini.
Warga pendidik sekolah ini akan terus berusaha untuk memberikan pendidikan
berkualiti, efisien dan berkesan ke arah melahirkan murid yang berilmu
pengetahuan, holistik, berkeperibadian tinggi, sejajar dengan matlamat untuk
mencapai kegemilangan pendidikan.

Kepada semua guru dan kakitangan sekolah, saya mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas usaha gigih semua
sehingga Sekolah Kebangsaan Port Dickson telah mencapai kecemerlangan
dalam semua bidang dan menjadi salah satu sekolah kluster yang cemerlang di
Negeri Sembilan.

2 | SK PORT DICKSON SKK TS25

Sekian, segala sumbangan tuan puan dalam semua aspek khususnya
buah fikiran, tenaga, usaha dan kewangan telah menaikkan semangat
pentadbiran sekolah malahan murid semakin bersemangat untuk datang ke
sekolah bersama guru untuk melestarikan sekolah ini bersama-sama. PIBG, guru-
guru dan kakitangan akan terus berusaha dengan mantap bagi menjadikan
SKPD terbilang di daerah, negeri dan negara. Insha-Allah.
Syabas semua!
We’re the best !
We can beat the rest !
All out SKPD !
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,

3 | SK PORT DICKSON SKK TS25

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Guru guru, ibu bapa dan murid murid yang saya hormati,

Saya mendoakan semoga semua ahli masyarakat Sekolah Kebangsaan
Port Dickson SKK sentiasa berada dalam keadaan gembira dan diberkati.

Dua penggal saya diberi kepercayaan sebagai Yang Di Pertua PIBG SK
Port Dickson Sekolah Kluster Kecemerlangan. Sepanjang tempoh itu saya
merasa dan mengalami erti persahabatan, kesetiaan ,kerjasama dan kasih
sayang yang memperkayakan lagi warna-warni hidup saya. Saya amat
menghargai sokongan dan sumbangan ahli masyarakat SKPD dalam
memastikan SKPD menjadi tempat pembelajaran anak-anak yang kondusif.
Alhamdulillah kita telah sama sama mengharung pahit dan manis serta melihat
kejayaan dan kesukaran. SKPD tetap gagah.

Setiap sumbangan yang telah diberikan hanya Allah Yang Maha Bijak
akan memberi ganjaran terbaik. Rekod yang ditunjukkan sekolah sepanjang
kita bersama sangat memberangsangkan. SKPD telah mendapat nama baik
dan menjadi kebanggaan kita semua. Itu semua adalah atas perancangan
hebat dari Guru Besar, Puan Hajah Zuraidah Binti Ahmad dan kecekalan guru-
guru yang melaksanakannya di samping usaha yang berterusan dari ibu bapa
serta penjaga. Anak-anak yang selesa ini telah melahirkan insan yang
cemerlang sekaligus membanggakan nama SKPD. Tahniah untuk semua.

Saya yakin pemimpin yang akan meneruskan kerja-kerja yang telah kita
rintis akan melakukan yang lebih baik. Saya mengajak kawan-kawan yang
tidak lagi memegang jawatan dalam PIBG SKPD agar terus menyumbang dan
memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan kepimpinan yang akan
datang sama atau melebihi daripada apa yang mereka telah bantu kita.
Mudah-mudahan kita bukan sahaja baik semasa kita memimpin tapi baik juga
apabila kita kembali menjadi pengikut.

Sebagai manusia yang tidak mungkin sunyi dari membuat kesalahan
saya secara peribadi menyusun jari memohon maaf jika sepanjang tempoh
saya bersama kawan-kawan, saya telah melukai perasaan kawan-kawan.
Semoga kita akan kekal bersahabat serta memperkukuh silaturrahim kita.

Akhir kata saya mendoakan kejayaan mesyuarat agung ini dan
membuahkan hasil yang positif bagi membantu murid-murid SKPD menggapai
kecemerlangan dari pelbagai segi iaitu jasmani, rohani, intelek, sosial dan
emosi.

4 | SK PORT DICKSON SKK TS25

Selamat maju jaya.
Sekian, terima kasih.

5 | SK PORT DICKSON SKK TS25

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PORT DICKSON
71000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN Kod Sek : NBB 2014
No. Tel : 06-6471293

No. Faks : 06-6463209

Ruj. Kami : Bil (30) dlm PIBGSKPD 2021
Tarikh : 27 SEPTEMBER 2021

Kepada,

Semua AJK PIBG/ Ibubapa / Penjaga
Sekolah Kebangsaan Port Dickson.

Tuan / Puan,

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
SECARA ATAS TALIAN APLIKASI GOOGLE MEET

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Oktober 2021
SABTU
Hari : 8. 45 pagi
KEDIAMAN MASING-MASING
Masa pendaftaran :

Tempat :

3. Dengan segala hormatnya tuan/puan adalah dijemput hadir ke majlis tersebut dan
bersama-sama berbincang dan memenuhi tanggungjawab kita sebagai ahli PIBG, SKPD.
Kehadiran tuan/puan adalah penting sebagai tanda sokongan kepada PIBG untuk memastikan
penglibatan yang efektif dalam membantu usaha-usaha ke arah kecemerlangan sekolah.

4. Bersama-sama ini disertakan lampiran usul yang akan di bawa dalam Mesyuarat Agung
PIBG Kali-47. Sila kemukakan usul melalui GOOGLE FORM yang disediakan sebelum 8
Oktober 2021 (Jumaat). Usul-usul tidak akan dibaca sekiranya pembawa usul tidak hadir
dalam mesyuarat tersebut. Sila tuliskan nama penuh, alamat dan nama anak tuan/puan dengan
jelas.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERA”

6 | SK PORT DICKSON SKK TS25

…………………………………………… No. Tel :……………………
……………………………………………
……………………………………………

Kepada: Tarikh:………………………

Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sek. Keb. Port Dickson,
Sekolah Kluster Kecemerlangan,
71000 Port Dickson,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Tuan/ Puan,

MESYUARAT AGUNG PIBG SEK.KEB. PORT DICKSON SKK KALI KE- 47

Saya ………………………………………… ibu/bapa/penjaga kepada murid yang
bernama:

1. ……………………………………. dari kelas …………………………….
2. ……………………………………. dari kelas …………………………….
3. ……………………………………..dari kelas ……………………………..

2. Bersama-sama ini saya senaraikan usul-usul / cadangan-cadangan untuk
tindakan pihak tuan.

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………

* Sila kembalikan surat usul ini kepada pihak sekolah melalui GOOGLE FORM

sebelum 8 Oktober 2021( Jumaat ).*

7 | SK PORT DICKSON SKK TS25

ATURCARA MAJLIS

9.15 pagi Kehadiran ibu bapa, penjaga, tetamu kehormat dan
9.30 pagi guru-guru di dalam Aplikasi Google Meet.

12.30 tengah hari Kata-kata aluan oleh Pengacara Majlis.

Bacaan Doa

Persembahan Multimedia

Ucapan Yang Dipertua PIBG SKPD

Ucapan Perasmian oleh :

Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson

Persembahan Multimedia penyerahan sumbangan
kepada murid tahun 6 yang berjaya ke Sekolah
Berasrama Penuh dan MRSM.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 47 dimulakan.

Bersurai

8 | SK PORT DICKSON SKK TS25

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 47, 2021.

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi.
2. Ucapan Penasihat PIBG, SKPD.
3. Membentangkan Notis Panggilan Mesyuarat Agung

Kali Ke-47.
4. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung

Kali Ke- 46.
5. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG

2020/2021.
6. Membentang dan Menerima Laporan Penyata

Kewangan
PIBG 2020/2021.
7. Membahaskan Usul- usul.
8. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021.
9. Perlantikan Pengerusi Mesyuarat.
10. Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022.
11. Perlantikan Pemeriksa Kira-kira.
12. Ucapan Yang Di Pertua PIBG yang baru, Sesi
2021/2022.
13. Ucapan Penangguhan.

9 | SK PORT DICKSON SKK TS25

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
KALI KE – 46, 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN PORT DICKSON,
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

_______________________________________________________________________

TARIKH : 22 Februari 2020
HARI : Sabtu
MASA : 8.30 pagi
TEMPAT : Dewan Seri Mutiara, SK Port Dickson SKK.

KEHADIRAN IBU BAPA : 250 orang.
PERASMI :
Yang Berhormat Dato’ M. Ravi,
Adun Sri Tanjung merangkap
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri

1.0 UCAPAN YANG DI-PERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU -
LEFTENAN KOLONEL MOHAMAD RAFEE BIN MOHAMED ZIN.

1.1 Ucapan alu-aluan dan rasa bersyukur serta jutaan terima kasih kepada
ibu bapa dan penjaga kerana sudi hadir dan mengucapkan terima kasih
kepada Yang Berhormat Dato’ M. Ravi, Adun Sri Tanjung merangkap
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan kerana sudi
hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Port Dickson kali ke – 46,
2020.

1.2 Mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan ibu bapa kerana telah
memberikan komitmen terhadap sekolah dengan begitu baik serta
mengucapkan tahniah untuk murid yang cemerlang dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seramai 11 orang mendapat 6A dan
6 orang mendapat 5A 1B. Beliau juga mengucapkan tahniah untuk murid
yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Kelas Kafa (UPKK) seramai 18
orang mendapat 8A. Beliau menyatakan halatuju PIBG adalah
berfokuskan kecemerlangan murid. Beliau juga meminta mesyuarat pada
hari berfokuskan kepada perbincangan yang ilmiah dan tidak saling
menuduhi antara satu sama lain. Beliau juga meminta ibu bapa
menggunakan saluran yang betul iaitu menggunakan pihak PIBG
sebagai platform untuk membuat sebarang aduan dan bukannya
mengambil tindakan sesuka hati. Beliau juga mengucapkan tahniah
kepada murid-murid yang menyumbangkan kejayaan kepada pihak
sekolah dari segi akademik, kokurikulum dan pelbagai lagi.

10 | SK PORT DICKSON SKK TS25

1.3 Yang Di Pertua PIBG meminta ibubapa untuk sama-sama membayar
Dana PIBG untuk pelbagai program dan aktiviti di sekolah. Beliau juga
memaklumkan sekolah tidak mempunya dana kewangan yang
mencukupi untuk membaiki dan menambahbaikan infrakstruktur di
sekolah. PIBG terpaksa bergerak sendiri untuk mencari dana bagi tujuan
tersebut. Oleh itu, beliau mengharapkan kekangan yang dihadapi oleh
pihak sekolah ini dapat dibantu oleh pihak ibu bapa secara harmoni di
sekolah. Selain itu, beliau juga menegaskan SKPD merupakan antara
sekolah yang terbesar di daerah Port Dickson serta mempunyai murid
yang ramai di sini. Banyak masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah
seperti masalah tandas, masalah kemudahan yang rosak dan pelbagai
lagi. Oleh itu, perkara ini perlulah mendapat kefahaman yang tepat
untuk pihak ibu bapa bagi mengatasi masalah ini bersama-sama.

1.4 Yang Di Pertua PIBG mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG 2019/2020 yang telah memberikan komitmen yang
terbaik kepada PIBG pada tahun lepas. Beliau mengharapkan supaya
mesyuarat dapat dijalankan dengan berhemah dan mematuhi tatacara
mesyuarat.

2.0 UCAPAN PERASMI : YANG BERHORMAT DATO’ M. RAVI, ADUN SRI TANJUNG
MERANGKAP TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI.

2.1 Ucapan alu-aluan dan terima kasih kerana sudi menjemput beliau untuk
merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 46.

2.2 Beliau mengucapkan tahniah kerana berjaya mengadakan Mesyuarat
Agung PIBG SK Port Dickson kali ke – 46 bagi membincangkan agenda
dan program sekolah serta membincangkan kedudukan pelajaran anak-
anak di sekolah ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah
kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun
lepas. Beliau juga menyatakan bahawa SKPD merupakan sekolah yang
bagus kerana cemerlang di dalam Negeri Sembilan dan bukan di dalam
daerah sahaja.

2.3 Beliau mahu SKPD melahirkan murid yang cemerlang dari pelbagai segi
dan menjadi contoh kepada sekolah lain untuk mengikut jejak sekolah ini.

2.4 Beliau juga menegaskan bahawa cara pengajaran zaman dahulu dan
sekarang adalah berbeza. Ibu bapa harus menyokong anak untuk
perkembangan dan pencapaian yang cemerlang dari segi kurikulum
dan kokurikulum.

2.5 Selepas itu, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Port Dickson kali
ke – 46, 2020.

11 | SK PORT DICKSON SKK TS25

3.0 MEMBENTANG NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46.

3.1 Notis Panggilan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 46 telah di bentangkan
oleh Setiausaha PIBG - En.Ahmad Shakir b. Che Ali @ Bahari. (rujuk m/s 5)

4.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE- 44

4.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 45 telah dibentangkan oleh
Setiausaha PIBG - En.Ahmad Shakir b. Che Ali @ Bahari. (rujuk m/s 9 -15)
Minit Mesyuarat Agung disahkan oleh mesyuarat.

Cadangan : Pn. Sherida Bt Baharudin
Sokongan : En. Kalitas

5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG 2019/2020

5.1 Laporan Tahunan dibentangkan kepada mesyuarat oleh Setiausaha PIBG
- En.Ahmad Shakir b. Che Ali @ Bahari. (rujuk m/s 23-24)
Laporan Tahunan PIBG disahkan oleh mesyuarat :

Cadangan : Pn. Nabisah Bt Shamsudin
Sokongan : Pn. Mimi Fadzury Bt Md. Tahir

6.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN

6.1 Laporan Kewangan dibentangkan oleh Bendahari PIBG – Pn. Rusliza bt
Che Md Noor.
Membentangkan Penyata Kewangan PIBG SKPD.
(rujuk m/s 16-19 kertas berwarna kuning)
Penyata Kewangan diterima oleh mesyuarat :

Cadangan : Pn. Nooriah Bt Mohammad
Sokongan : Pn. Rohana Bt Baharom

7.0 MEMBAHASKAN USUL- USUL

7.1 Pembawa usul- Pn.Aimizawati.

7.1.1 Beliau mencadangkan tandas murid di baiki dan di ceriakan. Selain itu,
kawalan keluar masuk murid ke kawasan sekolah juga perlu ditingkatkan.

-Guru Besar menyatakan bahawa tindakan akan di ambil. Murid di
larang membawa botol air mineral dari rumah kerana murid
memasukkan botol air berkenaan di dalam lubang tandas. Guru besar

12 | SK PORT DICKSON SKK TS25

juga memaklumkan bahawa pengawal keselamatan baru bertukar, oleh
sebab itu pengawal keselamatan akan di berikan taklimat semasa ke
semasa berkaitan perjalanan sekolah dan peraturan di sekolah.

7.2 Pembawa usul- En. Hasdal Tasrin.

7.2.1 Beliau meminta guru menulis tajuk subjek di setiap buku latihan murid.

- Guru Besar menyatakan bahawa pihak pengurusan sekolah
akan memantau dari semasa ke semasa berkenaan perkara demikian.
Guru-guru juga akan menampal pelekat di setiap buku latihan murid
mengikut warna.

7.3 Pembawa usul- En. Khairul Wardi Bin Ismail.

7.3.1 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru
agama di atas keputusan UPKK yang cemerlang dan juga kepada guru-
guru tahun 1 di atas pengurusan minggu transisi murid tahun 1 yang
sangat baik.

- Guru Besar menyatakan terima kasih kepada beliau atas ucapan
berkenaan.

7.4 Pembawa usul- En. Khairul Naim.

7.4.1 Beliau meminta pihak sekolah memasang CCTV di kawasan murid
menunggu ibu bapa dan penjaga mengambil dan menghantar murid.
Sekian itu, beliau meminta pihak sekolah menyediakan rak buku untuk
murid kerana beg murid yang berat.

- Guru Besar menyatakan CCTV telah dipasang di kawasan tersebut
namun selepas tamatnya kontrak pengawal keselamatan yang lama,
CCTV itu turut diambil balik. Pihak sekolah dalam usaha sedang mencari
kontraktor untuk memasang CCTV yang baharu. Manakala untuk rak
buku pula, sekoah tidak dapat melaksanakan sistem pemasangan rak
buku kerana berlaku masalah ibu bapa yang tidak bersetuju dengan
pemasangan berkenaan kerana selepas setahun, murid akan berpindah
ke kelas yang lain. Selain itu, faktor kelas yang agak sempit menyukarkan
murid untuk bergerak jika pemasangan diteruskan serta masalah
kehilangan kunci yang terlalu kerap.

7.5 Pembawa usul- Pn. Sherida Bt Baharudin.

13 | SK PORT DICKSON SKK TS25

7.5.1 Beliau meminta pihak sekolah menukarkan salah 1 tandas di blok C yang
menyukarkan murid untuk ke tandas serta bekalan tali leher yang belum
sampai di kedai buku sekolah.

- Guru Besar menyatakan tandas tersebut akan ditukar kan kepada
tandas lelaki berkuat kuasa serta merta dan bekalan tali leher akan
dimaklumkan kemudian.

7.6 Pembawa usul- Pn. Sarinah bt Abdullah.

7.6.1 Beliau meminta tandas di baiki dengan segera, murid dilepaskan terlalu
lewat ketika waktu rehat, beliau meminta guru mengambil gambar kerja
latihan di papan tulis untuk dimasukkan ke dalam Group Whatsapp Kelas
bagi murid yang tidak siapkan latihan dan memantau kebersihan kantin.

- Guru Besar menyatakan tandas akan diselenggara setelah
mendapat peruntukan dari PPD Port Dickson manakal PIBG akan
menggunakan sedikit sumbangan untuk membiayai penyelenggaraan
tandas. Berkenaan dengan waktu rehat, loceng telah dipasang dan guru
akan mengikut loceng ketika melepaskan murid untuk waktu rehat.
Berkaitan guru mengambil gambar latihan di papan tulis untuk
dimasukkan ke dalam Group Whatsapp Kelas adalah tidak digalakkan
kerana murid perlu belajar untuk salin dan menyiapkan kerja tepat pada
waktunya. Guru besar juga menyatakan kantin SKPD telah di pantau oleh
pegawai dari Kementerian Kesihatan dan MPPD, kantin SKPD telah
mendapat gred A namun begitu, pihak sekolah akan memantau kantin
dari semasa ke semasa.

7.7 Pembawa usul- En. Kalitas.

7.7.1 Beliau menyatakan kelas DLP perlu diadakan ujian bertulis untuk saringan
ke kelas berkenaan.

- Guru Besar menyatakan taklimat berkaitan kelas DLP telah
diberikan semasa minggu transisi murid tahun 1 dan guru akan membuat
3 pentaksiran untuk murid iaitu pentaksiran bertulis, respon murid di dalam
kelas dan penguasaan murid di dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris.

8.0 HAL -HAL LAIN

8.1.1 Pn. Mimi Fadzuri Bt Md. Tahir mencadangkan bahawa Dana PIBG
sebanyak RM50.00 satu keluarga dan Majalah Sekolah sebanyak RM12.00
satu keluarga dikekalkan untuk tahun 2020.

14 | SK PORT DICKSON SKK TS25

- Ahli mesyuarat PIBG sebulat suara bersetuju dengan cadangan Dana

PIBG RM50.00 satu keluarga dan Majalah Sekolah RM12.00 satu keluarga

dikekalkan.

Pengesahan : Pn. Norehan Bt Mat

Sokongan : Pn. Sharifah Elaisa Beth

8.1.2 Pn. Nancy bertanya mengenai pengawal lalu lintas di pintu pagar 2 yang
telah berhenti, adakah akan disambung semula.

- Guru besar menyatakan pihak sekolah memberhentikan pengawal lalu
lintas berkenaan kerana faktor usia beliau yang telah menjangkau 60
tahun, selain itu komitmen bulanan yang tidak menyebabkan pihak
sekolah tidak mampu untuk menggaji pengawal lalu lintas berkenaan.
Pihak sekolah ingin memupuk budaya ibu bapa sendiri yang melintaskan
anak mereka, selain itu, YB Ravi pernah menyatakan persetujuan untuk
membayar gaji pengawal lalu lintas berkenaan namun masih tiada
khabar berita dari beliau, pengawal tersebut juga tidak mempunyai hak
atau kuasa untuk menghalang kenderaan untuk berhenti, ibu bapa
digalakkan menurunkan anak di pintu pagar 3.

8.1.3 Ahli mesyuarat PIBG juga bersetuju memutuskan bahawa hanya ibu
bapa atau penjaga yang mempunyai urusan rasmi sahaja boleh masuk
ke kawasan sekolah. Semua urusan perlulah melalui pengawal
keselamatan yang berada di pos pengawal di pintu pagar 1 sekolah.

8.1.4 Ahli mesyuarat PIBG juga bersetuju memutuskan bahawa ibu bapa tidak
dibenarkan mengambil atau menurunkan anak di pintu pagar 1 iaitu
laluan guru dan kakitangan sekolah untuk masuk ke kawasan sekolah. Ibu
bapa hanya di benarkan masuk melalui pintu pagar 1 jika hujan lebat
dan keluar melalui pintu pagar 2 sahaja.

9.0 MEMBUBARKAN AJK PIBG SESI 2019/2020

Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli Jawatan Kuasa
PIBG 2019/2020 dan seterusnya membubarkan AJK PIBG 2019/2020.

10.0 PERLANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

YDP : En. Anuar Kamarudin b Yaacob
NYDP : En. Syed Abu Bakar
Setiausaha : En. Ahmad Shakir Bin Che Ali @ Bahari
Naib Setiausaha : Pn. Norhayati Bt Rashid
Bendahari : Pn. Rusliza bt Che Md Noor

AJK Ibu Bapa : En. Syed Syukri Nizam B Jaafar

15 | SK PORT DICKSON SKK TS25

AJK Guru En. Hairulnizam Bin Safari
En. Khairul Wardi
En. Siva Balan A/L Akumugam
En.Salahuddin b Shiyamuddin
En.Fazli
En.Kalitas
Pn. Sharifah Elaisa Beth
Pn. Sherida Bt Baharudin
: Pn. Norehan bt Mat
Pn. Sarimah Bt Mohamed
Pn. Paizah Bt Mohamad
En. Muhamad Firdaus Bin Nordin
Pn. Norhanim bt Baharuddin
Pn. Shazatul Hazirah Bt Shamsudin
Pn. Nur Azimah Shahirah Bt Abdullah
Pn. Salmiza Bt Salehudin

Pemeriksa Kira-Kira : Pn. Mimi Fadzury Bt Md. Tahir
( wakil ibu bapa )

: Pn. Salmiza Bt Salehudin ( wakil guru)

12.0 UCAPAN PENANGGUHAN

12.1 Yang Di Pertua PIBG mengucapkan tahniah kepada semua Ahli
Jawatankuasa PIBG yang baru dilantik. Beliau akan meneruskan segala
program dan aktiviti yang telah dirancang pada tahun 2019. Harapan
beliau ialah ibu bapa serta penjaga dapat bekerjasama dengan pihak
sekolah untuk kecemerlangan murid pada tahun 2020 ini.

12.2 Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa
PIBG yang baru dilantik bagi sesi 2020/2021.

12.3 Yang Di Pertua PIBG menangguhkan mesyuarat pada jam 12.30
tengahari.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

16 | SK PORT DICKSON SKK TS25

PENYATA
KEWANGAN PIBG
SK PORT DICKSON
YANG BERAKHIR

PADA
30 SEPTEMBER 2021

17 | SK PORT DICKSON SKK TS25

PENYATA KEWANGAN PIBG SK PORT DICKSON SKK
YANG BERAKHIR PADA 30 SEPTEMBER 2021

BIL PENERIMAAN AMAUN (RM) PERBELANJAAN AMAUN (RM) (RM)
1. Baki daripada 31 Dis 2019 1682.00
33,829.79 A. PENGURUSAN PIBG
2. Sumbangan Menteri Besar
Negeri Sembilan 2019 untuk 1. Makan dan minum mesyuarat penyelarasan kerja AJK PIBG
sekolah
30,000.00 a.Mesyuarat ajk pibg 1/2020 133.00
3. Baki kutipan sumbangan 100.00
PIBG 2020 b.Mesyuarat ajk pibg 3/2021 1449.00

4. Baki bayaran Majalah 2. Baju korporat untuk AJK PIBG sesi 2019/2020
Sekolah
8800.00 B. KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN MURID 4638.00
5. Sumbangan Bank Rakyat 1. Infrared Termometer
untuk 100 orang murid asnaf 2. Infrared Termometer 1m 1250.00
590.00
1908.00 3. Set sanitizer 1 598.00
4. Set sanitizer 2
5. Sumbangan kematian murid 1 Smart (Mohd Al Fatih Qayyum-25/7/2021) 1000.00
200.00
10,000.00 6. Peruntukan untuk pengoperasian semula sekolah pada 4/10/2021
1000.00

C. ALATAN DAN BANGUNAN 15,274.00
1. Pemasangan loceng automatik
2. Pembelian cat minyak untuk projek keceriaan sekolah 1875.00
3. Pemasangan lampu LED dan Timer lampu di susur gajah 350.00
4. Pemasangan pendingin hawa di bahagian bilik makan guru di kantin 500.00
5. Pendawaian dan pemasangan kipas di bilik sukan, pendawaian LCD
1610.00
di Dewan Seri Mutiara 1060.00
6. Baik pulih kerosakan elektrik dan pemasangan lampu makmal dan blok G
7. Pendawaian dan pemasangan PA sistem 1075.00
8. Penggantian 4 unit kipas syiling di kantin 6600.00
9. Menaik taraf sudut PPDA sekolah
10. Menaik taraf bilik Doktor Muda sekolah 800.00
11. Pendawaian elektrik dan pemasangan lampu koridor blok Tahun 1 380.00
684.00
340.00

D. KURIKULUM 8142.00
1. Program peningkatan pdp Bahasa Ingggeris
2. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 420.00
3855.00
(Rujuk Lampiran A)
3. Hadiah untuk semua murid yang menyertai program PBL/KMR 2021 3867.00

E. PENGELUARAN KHAS 40,000.00
1. Sumbangan Menteri Besar Negeri Sembilan 2019 30,000.00

a.Peruntukan untuk Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKPD-RM5000.00 10,000.00 3730.00
b.Peruntukan untuk program dan pembangunan sekolah -RM25,000.00
2. Sumbangan Bank Rakyat untuk 100 orang murid asnaf 600.00
160.00
F. AM / LAIN-LAIN 120.00
1. Lawatan Penanda Aras SK Serom 3 2700.00
2. Cenderahati Program Bersama Polis 150.00
3. Cenderahati Untuk Mantan YDP PIBG 2019/2020
4. Pengangkutan barang-barang daripada KHAZANAH
5. Sticker dan banner bilik kaunseling

84,537.79 JUMLAH PERBELANJAAN 73,466.00
BAKI DIBAWA KE HADAPAN 11,071.79

DISEMAK OLEH: 84,537.79
…………………………
DISEDIAKAN OLEH : PN.SALMIZA BT SALEHUDIN DISEMAK OLEH:
Juruaudit Wakil Guru
………………………. PIBG SKPDSKK ……………………
PN.RUSLIZA BT CHE MD NOR Sesi 2020/2021 PN.MIMI FADZURY BT MD.TAHIR
Bendahari
PIBG SKPDSKK Juruaudit Wakil Ibu Bapa
Sesi 2020/2021 PIBG SKPDSKK
Sesi 2020/2021

18 | SK PORT DICKSON SKK TS25

LAMPIRAN 1
19 | SK PORT DICKSON SKK TS25

LAPORAN TAHUNAN
1. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

SEKOLAH KEBANGSAAN PORT DICKSON SKK

YDP : En. Anuar Kamarudin Bin Yaacob
NYDP : En. Syed Abu Bakar Bin Syed Ahmaluddin
Setiausaha : En. Ahmad Shakir Bin Che Ali @ Bahari
Naib Setiausaha : Pn. Norhayati Binti Rashid
Bendahari : Pn. Rusliza Binti Che Md Noor
AJK Ibu Bapa
: En. Syed Syukri Nizam Bin Jaafar
AJK Guru En. Hairulnizam Bin Safari
En. Khairul Wardi Bin Ismail
Pemeriksa Kira-Kira En. Siva Balan A/L Akumugam
En.Salahuddin Bin Shiyamuddin
En. Muhamad Fadhli Bin Zainuddin
En.Kalitas a/l Arumugam
Pn. Sharifah Elaisa Beth
Pn. Sherida Binti Baharudin

: Pn. Norehan Binti Mat
Pn. Sarimah Binti Mohamed
Pn. Paizah Binti Mohamad
En. Muhamad Firdaus Bin Nordin
Pn. Norhanim Binti Baharuddin
Pn. Shazatul Hazirah Binti Shamsudin
Pn. Nur Azimah Shahirah Binti Abdullah
Pn. Salmiza Binti Salehudin

: Pn. Mimi Fadzury Binti Md. Tahir
( wakil ibu bapa )

: Pn. Salmiza Binti Salehudin ( wakil guru)

20 | SK PORT DICKSON SKK TS25

2. KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2020/202

Bil Nama Jawatan 27.6.2020 12.4.2021 4.9.2021 25.9.2021
1. En. Anuar Kamarudin Bin Yang Di H H TH H
Pertua
Yaacob Naib Yang Di H H H H
2. En. Syed Abu Bakar Bin Syed Pertua
Setiausaha H H H H
Ahmaluddin
3. En. Ahmad Shakir Bin Che Ali @ Naib H H H H

Bahari H
4. Pn. Norhayati Bt Rashid H
H
Setiausaha H
TH
5. Pn. Rusliza bt Che Md Noor Bendahari H H H H

6. Pn. Norehan Bt Mat AJK GURU H H H H
H
7. Pn.Hafizah Binti Ismail AJK GURU H TH H
H
8. Pn. Sarimah Bt Mohamed AJK GURU H H H
H
9. Pn. Paizah Bt Mohamad AJK GURU H TH TH H

10. En. Muhamad Firdaus Bin AJK GURU H H H H
H
Nordin H

11. Pn. Norhanim bt Baharuddin AJK GURU H H H TH

12. Pn. Shazatul Hazirah Bt AJK GURU H H H H

Shamsudin H
TH
13. Pn. Nur Azimah Shahirah Bt AJK GURU H H H H
H
Abdullah

14. Pn. Salmiza Bt Salehudin AJK GURU H H H

15. En. Syed Syukri Nizam B AJK IBUBAPA H H H

Jaafar

16. En. Hairulnizam Bin Safari AJK IBUBAPA H H H

17. En. Khairul Wardi Bin Ismail AJK IBUBAPA H H H

18. En. Siva Balan A/L AJK IBUBAPA H H H

Akumugam

19. En.Salahuddin b AJK IBUBAPA H TH TH

Shiyamuddin

20. En. Muhamad Fadhli Bin AJK IBUBAPA H TH H

Zainuddin

21. En.Kalitas A/L Arumugam AJK IBUBAPA H H H

22. Pn. Sharifah Elaisa Beth AJK IBUBAPA H TH TH

23. Pn. Sherida Bt Baharudin AJK IBUBAPA H TH H

24 Pn. Mimi Fadzury Bt Md. Tahir AJK IBUBAPA H TH H

H - HADIR B -BERSEBAB TT - TIDAK TERLIBAT

Setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Guru Besar sebagai Penasihat PIBG turut
hadir bersama-sama: Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Guru
Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

21 | SK PORT DICKSON SKK TS25

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PORT DICKSON SKK

AHLI JAWATANKUASA
SESI 2021/2022

JAWATAN NAMA

YANG DIPERTUA
NAIB YANG DIPERTUA
SETIAUSAHA
NAIB SETIAUSAHA
BENDAHARI
AHLI JAWATANKUASA (IBUBAPA)
AHLI JAWATANKUASA (IBUBAPA)
AHLI JAWATANKUASA (IBUBAPA)
AHLI JAWATANKUASA (IBUBAPA)
AHLI JAWATANKUASA (IBUBAPA)
AHLI JAWATANKUASA (IBUBAPA)
AHLI JAWATANKUASA (IBUBAPA)
AHLI JAWATANKUASA (GURU)
AHLI JAWATANKUASA (GURU)
AHLI JAWATANKUASA (GURU)
AHLI JAWATANKUASA (GURU)
AHLI JAWATANKUASA (GURU)
AHLI JAWATANKUASA (GURU)
AHLI JAWATANKUASA (GURU)

PEMERIKSA KIRA-KIRA (IBU BAPA)
PEMERIKSA KIRA-KIRA (GURU)

22 | SK PORT DICKSON SKK TS25

SENARAI MURID CEMERLANG TAHUN 6 2020 YANG
BERJAYA KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN
MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM).
TAHNIAH DAN SYABAS !!!

1. NUR NATANIA SASHA BINTI ALIF KHAN PHILIP – KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA

2. KASIH ADRIANNA AZWARI BINTI AHMAD AZWARI➡️MRSM GEMENCHEH

3. NUR HANA HUMYSHA BINTI MOHAMAD RIZAL➡️ SEKOLAH MENENGAH AGAMA
PERSEKUTUAN KAJANG

4. DAIYAN HAKEEM BIN NOR AMRIL ➡️ SEKOLAH MENENGAH AGAMA
PERSEKUTUAN LABU

5. MUHAMMAD QADIR BIN RIDZUAN➡️ SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK

6. NUR AN NAZIHAH BINTI NORZAHARUDIN➡️ TUNKU KURSHIAH COLLEGE

7. ANISS SOFIYAH BINTI AZLAN➡️MRSM TUN GHAZALI SHAFIE

8. SHARIFAH JAMEYLIN RASHIDA BINTI SYED SHUKRI NIZAM➡️ SEKOLAH
MENENGAH SAINS TUANKU AISHAH ROHANI SEREMBAN

9. NUR HASYA AYUNI BINTI MOHD ZUL AZRI ➡️ SEKOLAH BERASRAMA PENUH
INTEGRASI JEMPOL

10. NURMIRZA ALYSHA BINTI MOHD ADIB- SM SAINS TUANKU AISHAH ROHANI
SEREMBAN

11. NUR MITHALINA UZMA BINTI MOHD FITRI ➡️SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU
AISHAH ROHANI SEREMBAN

12. MUHAMMAD NAQIB BIN NOOR ARIFF ➡️SEKOLAH MENENGAH SAINS TUNAKU
MUNAWIR

13. HASYA ADINNA BINTI RIZAL➡️ SEKOLAH MENENGAH SAINS REMBAU

23 | SK PORT DICKSON SKK TS25


Click to View FlipBook Version