PERLEMBAGAAN
MAJLIS GURU
BESAR DAERAH
PORT DICKSON
,
PERLEMBAGAAN
MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSONNEGERI SEMBILAN
BERKEBAJIKAN, BEKERJASAMA, MESRA DAN SISTEMATIK
FASAL 1
1. NAMA DAN ALAMAT
1.1. Nama Majlis ini ialah Majlis Guru Besar Daerah Port Dickson,
ringkasnya MGBD dan selepas itu disebut Majlis.
1.2. Pejabat Majlis ini ialah di sekolah Setiausaha bertugas atau ditentukan
oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis.
1.3. Tempat mesyuarat Majlis akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa
Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
FASAL 2
2. DEFINISI
2.1. Perkataan Guru Besar bermaksud semua guru yang dilantik oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Guru Besar di sekolah
rendah dalam Daerah Port Dickson.
2.2. Pendaftar maknanya Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
2.3. Penasihat maknanya Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson
dan
2.4. Pegawai Perhubungan maknanya Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah) Daerah Port Dickson.
2.5. Ahli maknanya semua GuruBesar sekolah rendah dalam Daerah Port
Dickson.
2.6. Pegawai Tadbir Majlis maknanya Guru Besar yang dipilih atau dilantik
dalam Mesyuarat Agung Majlis yang terdiri daripada Pengerusi,
Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong
Setiausaha dan Bendahari.
2.7. Ahli Jawatankuasa maknanya Guru Besar yang dipilih dalam
Mesyuarat Agung Majlis.
2.8. Jawatankuasa Tadbir Majlis merupakan sebuah jawatankuasa yang
bertanggungjawab mentadbir urus Majlis dengan diketuai oleh
Pengerusi dan barisan Pegawai Tadbir Majlis yang lain bersama-sama
dengan barisan Ahli Jawatankuasa.
2.9. Majlis Guru Besar Negeri Sembilan (MGBNS) maknanya Majlis
peringkat negeri yang menggabungkan semua Majlis Guru Besar
Daerah dalam Negeri Sembilan.
FASAL 3
3. TUJUAN
3.1. Mengeratkan hubungan muhibah di antara Guru-guru Besar di semua
peringkat dan semua jenis sekolah rendah dalam Daerah Port Dickson.
3.2. Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pengalaman
pentadbiran dan pendapat yang boleh meningkatkan prestasi
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah rendah Daerah Port
Dickson.
3.3. Menyokong dan bekerjasama dengan Majlis Guru Besar Negeri
Sembilandan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.
3.4. Memberi kerjasama kepada Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi melicinkan pelaksanaan dan keperluan Dasar
Pendidikan Kebangsaan serta program dan aktiviti pendidikan.
3.5. Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.6. Berusaha meningkatkan kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan
dan profesion guru besar.
3.7. Berusaha meningkatkan kebajikan, kemasyarakatan dan tatasusila
guru besar.
FASAL 4
4. KEAHLIAN
4.1. Keahlian Majlis Guru Besar Daerah Port Dickson adalah terdiri
daripada Guru-Guru Besar sekolah rendah kerajaan dan sekolah
rendah bantuan kerajaan dalam Daerah Port Dickson,
FASAL 5
5. KEWAJIBAN AHLI
5.1. Mematuhi Perlembagaan
5.2. Menjelaskan Yuran Tahunan mengikut kehendak perlembagaan Fasal
11 Ceraian 2.
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
5.3. Melaksanakan segala keputusan yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis dalam mesyuarat agung biasa atau luar
biasa.
5.4. Menyokong segala usaha, aktiviti dan program yang dianjur dan
dikelolakan oleh Majlis Guru Besar Daerah Port Dickson.
FASAL 6
6. HAL AHLI
6.1. Mendapat faedah mengikut Fasal 3
6.2. Hak bersuara
6.3. Hak mengundi
FASAL 7
7. PELUCUTAN KEAHLIAN
7.1. Mana-mana ahli yang tidak mematuhi perlembagaan, peraturan atau
arahan Jawatankuasa Tadbir Majlis maka keanggotaannya boleh
digantung atau diberhentikan daripada menjadi ahli setelah diputuskan
oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis..
7.2. Mana-mana ahli yang telah digantung atau diberhentikan
keanggotaannya maka ia boleh membuat rayuan bertulis kepada
Pengerusi untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Tadbir Majlis. Keputusan majoriti Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir
Majlis adalah muktamad.
7.3. Mana-mana ahli yang telah bersara, berhenti tugas oleh pendaftar,
pindah tugas di luar Daerah Port Dickson, pindah tugas ke
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah atau lain-lain agensi telah lucut keahlian.
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
FASAL 8
8. PENTADBIRAN
8.1. Penasihat
8.2. Pegawai Penyelaras Perhubungan
8.3. Majlis Guru Besar Daerah Port Dickson akan ditadbir oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis yang terdiri daripada:
8.3.1. Enam orang Pegawai Tadbir
8.3.1.1. Seorang Pengerusi
8.3.1.2. Seorang Timbalan Pengerusi
8.3.1.3. Seorang Naib Pengerusi
8.3.1.4. Seorang Setiausaha
8.3.1.5. Seorang Penolong Setiausaha
8.3.1.6. Seorang Bendahari
8.3.2. Tujuh orang Ahli Jawatankuasa
8.4. Semua Anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah dipilih dalam
Mesyuarat Agung Tahunan Biasa tiga tahun sekali.
8.5. Pegawai Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk melantik mana-mana
Pegawai Tadbir Majlis atau Ahli Jawatankuasa jika berlaku
kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Majlis.
8.6. Jawatankuasa Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk melantik mana-
mana ahli jika berlaku kekosongan jawatan Jawatankuasa.
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
8.7. Jawatankuasa Tadbir Majlis diberi kuasa menubuhkan Jawatankuasa
Kecil.
8.8. Secara automatik Pengerusi dan Setiausaha akan mewakili daerah
untuk menjadi Anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis Peringkat Negeri.
Sekiranya berlaku keadaan di mana Pengerusi atau Setiausaha
enggan menjadi Anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis Peringkat
Negeri, ia perlu menulis surat rasmi kepada Jawatankuasa Tadbir
Majlis
8.8.1. Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah bermesyuarat untuk
memilih pengganti berdasarkan merit, kesesuaian dan
keperluan.
8.8.2. Memaklumkan secara rasmi kepada Jawatankuasa Tadbir
Majlis Peringkat Negeri.
8.9. Sekiranya Pengerusi atau Setiausaha Majlis Guru Besar Daerah Port
Dicksonyang dipilih/dilantik menjadi Pegawai Tadbir Majlis Negeri
Sembilan, maka Majlis perlu menggantikan kuota Ahli Exco Majlis
Negeri bagi Port Dickson berdasarkan jawatan yang disandang oleh
Pegawai Tadbir Majlis atau Ahli Jawatankuasa Tadbir tersebut
berdasarkan merit, kekananan, keperluan dan kepentingan kepada
Majlis Guru Besar Negeri Sembilan ataupun Majlis guru Besar Daerah
Port Dickson.
FASAL 9
9. MESYUARAT-MESYUARAT
9.1. Mesyuarat Agung Majlis hendaklah diadakan sekali setiap tahun
sebelum bulan April tahun tersebut kecuali mendapat kebenaran
bertulis daripada Pendaftar.
9.2. Mesyuarat Agung Tahunan Majlis ini diadakan untuk membentang dan
meluluskan hal-hal seperti berikut:
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
9.2.1. Menerima dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung
Perwakilan daerah yang lepas.
9.2.2. Menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan
Jawatankuasa Tadbir Majlis.
9.2.3. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan
Majlis.
9.2.4. Membentang dan menerima Anggaran Pendapatan dan
Perbelanjaan Tahunan
9.2.5. Setiap tiga (3) tahun memilih Pegawai-Pegawai Tadbir Majlis
bagi jawatan dalam Fasal 8 (Ceraian 8.3.1.1 hingga 8.3.1.3).
9.2.6. Jawatan dalam Fasal 8 (Ceraian 8.3.1.4 hingga 8.3.1.6) iaitu
Setiausaha, Bendahari dan Penolong Setiausaha adalah
lantikan oleh Pengerusi dari kalangan mana-mana Ahli
Jawatankuasa atau ahli..
9.2.7. Setiap tiga (3) tahun memilih dua orang Juruaudit Dalam.
* Tidak boleh dipilih dari kalangan mana-mana anggota
Jawatankuasa Tadbir Majlis
9.2.8. Menerima cadangan-cadangan dan usul-usul oleh perwakilan
atau daripada Jawatankuasa Tadbir.
9.2.9. Sekiranya berlaku kekosongan jawatan mana-mana Juruaudit
Dalam, Jawatankuasa Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk
melantik dengan kadar segera mana-mana ahli untuk
menggantikannya.
9.3. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah diadakan sekurang-
kurangnya tiga (3) bulan sekali. Mana-mana Jawatankuasa Tadbir
Majlis yang tidak dapat hadir perlu dinyatakan secara bersurat.
9.4. Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa boleh diadakan dalam mana-
mana keadaan berikut:
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
9.4.1. apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Tadbir
9.4.2. atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 1/3
daripada jumlah ahli Majlis Guru Besar Daerah Port Dickson.
9.4.3. atas arahan Pendaftar
9.5. Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa
9.5.1. hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh
keputusan Jawatankuasa Tadbir, atau tarikh penerimaan
permintaan Ahli Majlis Guru Besar atau tarikh arahan
Pendaftar mengikut mana yang berkenaan.
9.5.2. Notis Bertulis Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa
hendaklah dikemukakan kepada perwakilan selewat-lewatnya
7 hari dari tarikh persidangan hendak diadakan dan perlu
menyatakan tujuan mesyuarat tersebut diadakan.
9.5.3. Urusan Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa hendaklah
dihadkan kepada tujuan mesyuarat tersebut sahaja.
9.6. Mesyuarat Agung Tahunan Biasa dan Luar Biasa dipengerusikan oleh
Pengerusi Majlis atau seseorang yang dilantik dalam Mesyuarat Agung
berkenaan.
9.7. Pengerusi mempunyai hak undi pemutus yang muktamad sekiranya
tiada majoriti
FASAL 10
10. KUORUM
10.1. Ahli-ahli Mesyuarat Agung Tahunan adalah terdiri daripada:
10.1.1. Semua Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis
10.1.2. Semua ahli
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
*Hanya mereka yang telah membayar Yuran Tahunan
layak.
10.2. Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan Biasa atau Luar Biasa hendaklah
tidak kurang daripada tiga kali jumlah bilangan Pegawai Tadbir Majlis
dan Ahli Jawatankuasa.
10.3. Kuorum Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sekurang-kurangnya satu
perdua ( ½ ) daripada jumlah Pegawai Tadbir Majlis dan Ahli
Jawatankuasa.
FASAL 11
11. TANGGUNGJAWAB
11.1. Pengerusi
11.1.1. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir
Majlis.
11.1.2. Mempunyai hak undi pemutus yang muktamad
11.1.3. Menandatangani Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir
Majlis yang diluluskan.
11.1.4. Mengawasi pentadbiran Majlis
11.1.5. Memerhati bahawa undang-undang yang termaktub dalam
perlembagaan ini dipatuhi oleh ahli.
11.1.6. Menghadiri dalam mana-mana majlis perjumpaan mesyuarat
jika diundang oleh mana-mana pihak.
11.1.7. Mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar, ulasan dan
sebarang maklumat mengenai perjalanan badan ini dari semasa
ke semasa.
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
11.1.8. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar pembayaran
atau pelulus transaksi dalam talian bagi pihak Majlis
11.1.9. Menjadi Pengerusi Disiplin dan Tatatertib Majlis.
11.1.10. Menjadi Ahli Exco Majlis Guru Besar Negeri Sembilan.
11.2. Timbalan Pengerusi
11.2.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke
semasa..
11.2.2. Membantu Pengerusi dan menjalankan tugas Pengerusi
semasa ketiadaannya atau apabila diarahkan.
11.2.3. Tugas-tugasnya adalah seperti terkandung di dalam Fasal 11.1
kecuali 11.1.8
11.2.4. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.3. Naib Pengerusi
11.3.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke
semasa.
11.3.2. Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dan
menjalankan tugas Pengerusi / Timbalan Pengerusi semasa
ketiadaan mereka atau apabila diarahkan.
11.3.3. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.4. Setiausaha
11.4.1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi.
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
11.4.2. Mencatat segala peringatan mesyuarat majlis.
11.4.3. Bertanggungjawab tentang hal surat-menyurat.
11.4.4. Menjalankan atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
11.4.5. Menyedia Laporan Tahunan.
11.4.6. Menyimpan semua surat-menyurat atau semua dokumen Majlis.
11.4.7. Menyimpan semua data peribadi Pegawai dan Jawatankuasa
Tadbir.
11.4.8. Setiausaha hendaklah menandatangani semua cek, baucar dan
dokumen kewangan bersama-sama Bendahari semasa
ketiadaan Pengerusi.
11.4.9. Bertanggungjawab mengeluarkan sebarang maklumat dan
siaran berita, mengenai aktiviti Majlis kepada media massa
setelah mendapat persetujuan Pengerusi.
11.4.10. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.4.11. Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis, Mesyuarat
Agung Tahunan Biasa dan Luar Biasa pada bila-bila masa yang
dikehendaki.
11.4.12. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat
dan dokumentasi.
11.4.13. Menjadi Ahli Exco Majlis Guru Besar Negeri Sembilan
11.5. Penolong Setiausaha
11.5.1. Membantu kerja-kerja Setiausaha.
11.5.2. Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaannya atau
apabila diarahkan seperti FASAL 11.5 kecuali 11.5.8.
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
11.5.3. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.6. Bendahari
11.6.1. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan.
11.6.2. Menerima dan menyimpan di bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Tadbir segala wang kepunyaan Majlis.
11.6.3. Menyimpan dan mengemaskini segala buku kira-kira kepunyaan
Majlis ini.
11.6.4. Menyedia laporan kira-kira Tahunan Majlis ataupun kira-kira
semasa jika dikehendaki oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.6.5. Membentangkan akaun dalam mesyuarat jawatankuasa dan
dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
11.6.6. Membayar bil-bil Majlis
11.6.7. Bendahari bersama-sama Pengerusi atau Setiausaha
hendaklah menandatangani cek dan baucar yang dikeluarkan
oleh Majlis ini.
11.6.8. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
11.6.9. Melaporkan kepada Ahli-Ahli dan Jawatankuasa Tadbir Majlis
kedudukan harta, kewangan dan apa-apa milik Majlis.
11.6.10. Mengutip Yuran Tahunan Ahli sebelum bulan Mac setiap tahun
11.6.11. Memastikan pembayaran Yuran Tahunan Ahli dibuat kepada
Bendahari Majlis Guru Besar Negeri Sembilandan diselesaikan
sebelum bulan Mei setiap tahun.
11.7. Ahli Jawatankuasa Majlis
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
11.7.1. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke
semasa.
11.7.2. Membayar Yuran Tahunan setiap tahun sebelum bulan Mac
tahun berkenaan.
11.7.3. Menghadiri setiap Mesyuarat Agung Tahunan .
11.8. Jawatankuasa Tadbir Majlis
11.8.1. Mengawal perjalanan dan menyelesaikan masalah-masalah
Majlis Guru Besar Daerah Sepang.
11.8.2. Menetapkan tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir dan
Mesyuarat Agung Tahunan Biasa, Luar Biasa Majlis.
11.8.3. Mengawal dan menentukan perbelanjaan dan menamakan
mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan
menetapkan tempat menyimpan wang.
11.8.4. Menunaikan dan melaksanakan segala syarat yang dikehendaki
oleh Perlembagaan.
11.8.5. Bekerjasama dengan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia,
Majlis Guru Besar Negeri Sembilan, agensi-agensi yang
dibenarkan oleh Pendaftar, Jabatan dan Kementerian
Pendidikan Malaysia, Negeri Sembilan dan Daerah-daerah.
Fasal 12
12. KEWANGAN
12.1. Tahun Kewangan Majlis
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
12.1.1. Tahunan Kewangan Majlis ini bermula daripada 1 Januari
hingga 31 Disember setiap tahun dan hendaklah diaudit
oleh Juruaudit Dalam.
12.2. Yuran
12.2.1. Yuran Tahunan bagi tiap-tiap Guru Besar ahli Majlis Guru
Besar Daerah Port Dickson ialah *RM50 (Ringgit: Lima
Puluh Sahaja)
12.2.2. Yuran akan diperuntukan *RM30 untuk Majlis Guru Besar
Daerah Port Dickson *RM10 untuk Majlis Guru Besar Negeri
Sembilan dan RM10 untuk Gabungan Majlis Guru Besar
Malaysia.
12.2.3. Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan ahli selewat-lewatnya
14 hari sebelum bulan April atau tarikh Mesyuarat Agung
Tahunan mengikut mana yang terdahulu.
*Bergantung kepada Daerah dan Negeri masing-masing..
12.3. Derma
12.3.1. Dengan persetujuan daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan
memungut derma atau sumbangan daripada orang ramai
atau syarikat bagi tujuan menambah kewangan.
12.3.2. Dengan persetujuan daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan
membuat perjanjian dengan agensi perniagaan bagi
mencetak, mengedar bahan-bahan pengeluarannya atau
apa-apa jua kerjasama dengan mana-mana agensi yang
berkaitan.
12.3.3. Semua sumbangan derma yang diterima daripada mana-
mana pihak hendaklah diluluskan dan dipersetujui terlebih
dahulu oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
12.3.4. Wang Majlis ini hendaklah disimpan di mana-mana bank
yang diluluskan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir
Majlis.
Fasal 13
13. PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1. Sebarang pindaan Perlembagaan Majlis ini tidak boleh dilakukan
kecuali mendapat kelulusan sekurang-kurangnya dua per tiga (⅔)
jumlah perwakilan yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Biasa
atau Luar Biasa.
13.2. Sebarang permohonan pindaan perlembagaan Majlis ini mengikut
FASAL 13.1 hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Majlis untuk
kelulusan terlebih dahulu.
13.3. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang
dicadangkan.
13.4. Pindaan kepada perlembagaan akan berkuatkuasa mulai daripada
tarikh permohonan pindaan diluluskan oleh Pendaftar Majlis.
Fasal 14
14. PEMEGANG AMANAH
14.1. Mana-mana Majlis Guru Besar sama ada Malaysia atau Negeri atau
Daerah/Jajahan mestilah membuka akaun di mana-mana Bank
Tempatan di Malaysia yang mudah bagi Pegawai-pegawai Majlis Guru
Besar menyimpan wang atau harta atau berurus niaga.
14.2. Pegawai-pegawai memegang amanah Majlis terdiri daripada
Pengerusi Setiausaha dan Bendahari (penandatangan cek).
14.3. Pengeluaran kewangan hanya dibenarkan jika ada dua daripada tiga
orang penandatangan cek.
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
14.4. Bendahari dibenarkan hanya memegang wang tunai Majlis ini tidak
lebih daripada RM500 dalam satu-satu masa.
14.5. Bendahari tidak dibenarkan mengeluarkan atau menggunakan wang
lebih daripada RM1000 tanpa kebenaran Jawatankuasa Tadbir Majlis.
14.6. Pengauditan Tahunan Kewangan Majlis ialah dari 1hb. Januari hingga
31hb. Disember setiap tahun.
Fasal 15
15. PENTAFSIRAN
15.1. Jika terdapat sebarang kekeliruan berkaitan pentafsiran Perlembagaan
Majlis, maka hendaklah dirujukkan kepada Jawatankuasa Tadbir Majlis
ini. Pentafsiran yang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis adalah
muktamad.
Fasal 16
16. PEMBUBARAN
16.1. Gabungan Majlis ini tidak boleh dibubarkan tanpa mendapat
persetujuan daripada Pendaftar Majlis.
16.2. Sekiranya Majlis ini dibubarkan, segala hutang-hutang Majlis ini
hendaklah dijelaskan. Wang yang berlebihan itu hendaklah dibahagi-
bahagikan kepada ahli-ahli Majlis ataupun mengikut budi bicara dan
keputusan Jawatankuasa Tadbir Majlis bagi tujuan kepentingan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah rendah
seluruh daerah.
Fasal 17
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
17. PERTIKAIAN
17.1. Sebarang pertikaian yang berlaku tidak boleh dibawa ke mahkamah.
Ia hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan
oleh Pendaftar Majlis.
MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON
2020
- TAMAT -
PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH PORT DICKSON