The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rubasirieprabagaran, 2021-06-26 23:05:56

TOKOH PEMIMPIN JOHOR, TUN HUSSEIN ONN

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

 NAMA: RUBASIRIE PRABAGARAN
 KELAS:5P
 SEKOLAH:SMK TAMAN PUTRI

 PENDAHULUAN
 BIODATA TOKOH PEMIMPIN
 PENDIDIKAN TOKOH
 KERJAYA TOKOH
 SUMBANGAN TOKOH
 NILAI KEPIMPINAN
 PENUTUP/KESIMPULAN

 Tun Hussein bin Dato’ Onn merupakan Perdana Menteri
Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981.

 Beliau merupakan anak Johor yang pertama dapat mecapai taraf
dan kedudukan politik yang tertinggi di negara ini.

 Beliau dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas dalam
perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai
reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba
mambangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.

 Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia,Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai
“Bapa Perpaduan”.

 Nama sebenar ialah Tun Hussein bin Dato Onn
 Beliau dilahirkan di Johor Bahru serta

merupakan anal sulung kepada Dato’ Onn bin
Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada
tahun 1946.Ibunya bernama Datin Halimah
Hussein
 Dilahirkan pada 12 Februari 1922
 Merupakan anak sulung daripada 8 orang
adik beradik
 Berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan
Sri Haji Mohd Noah
 Dikurniakan enam orang anak iaitu dua
anak lelaki dan empat anak perempuan

 Beliau menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau Primary
School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di England
College(kini Maktab Sultan Abu Bakar),Johor Bahru

 Selepas persekolahannya ,beliau menyertai Pasukan Tentera
Johor sebagai kadet pada tahun 1940.

 Setahun kemudian,beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst,
di Dehradun,India.

 Selepas ditauliahkan,beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19
(Tentera India)dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu
peperangan.

 Selepas peperangan,kerajaan British melantik beliau sebagai
pangajar di “ Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya” di
Rawalpindi.

 Bermula tahun 1942,beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di
Mesin,Syria,Palestin,Iran dan Iraq.Apabila Pearang Dunia Kedua meletus di rantau
Asia,beliau ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British,India di
New Delhi.

 Beliau kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan
melatih para pejuang bawah tanah melayu menentang tentera Jepun yang
menawan Malaya. Dari Madras Tun Hussein merancang dan menggerakkan
operasi peperangan gerila terhadap Jen.

 Beliau pulang ke Malaya (kemudian Persekutuan Tanah Melayu; kini
Semenanjung Malaysia) pada 1945 dan dilantik sebagai Komaden Depot Polis
Johor Bahru.

 Beliau kemudiannya bersara daripada daripada perkhidmatan ketenteraan dengan
berpangkat kapten ,satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang
bumiputera semasa penjajahan British.Selama 6 tahun berkhidmat dalam
tentera,beliau dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa.
Seterusnya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong
Pegawai Pentadbir di Segamat , Johor.

 Beliau juga pernah bekerja di negeri Selangor sebagai Pengawai Daerah untuk
Klang dan Kuala Selangor.

1946(umur 24) : Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin
Jaafar menubuhkan Pengerakan Melayu Johor Semenanjung dan
dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO.

1950(umur 28):Dilantik seabagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang pertama ;
juga dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping
menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis
Kerja Negeri Johor.

1951(umur 29):Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan
Independent of Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.

1958(umur 36):Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln’s Inn,England
1964(umur 42):Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak,

Yang DiPertua UMNO
1969(umur 47):Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja

Tertinggi UMNO) pada Jun.

1970(umur 48):Menjadi Menteri Pelajaran pada September
1972(umur 50):Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
1973(umur 51):Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8

Ogos oleh Majlis Tertinggi UMNO berikutan kematian
Tun Dr. Ismail. Juga dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri pada 13 Ogos dan memegang
portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
1976(umur 54):Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO
berikutan kematian Tun Razak. Menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.
1978(umur 56):Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.
1981 (umur 59):Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan
jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari
kepimpinan negara.Meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri negara pada Juali 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih
oleh Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad.

 Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970
apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak.Di
bawah pentadbiran beliau,Kementerian Pelajaran terus meningkat maju.

 Beliau maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO
tahun 1972, beliau telah menjadi salah seorang daripada tiga orang
Naib Presiden yang dipilih.

 Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973,beliau
dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian daripada
Tun Dr.Ismail.Apabila Tun Dr.Ismail meninggal dunia,beliau dilantik
menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 sekaligus
merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.Pemergian Tun
Abdul Razak ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan
rakyat di seluruh negara ini.

 Berikutan itu,dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17
Januari, beliau telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO.Pada
hari Khamis, 15 Januari 1976, Beliau mengangkat sumpah sebagai
Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara.Pada tahun
1978, beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.

 Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah meneruskan agenda
pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya
dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru.

 Sebagai seorang pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal keselamatan.
Belaiu juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tertangga dan
perjuangn terhadap ancaman dadah.

 Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesar
dan dipermodenkan apatah lagi pada ketika itu ranatau di Asia Tenggara
telah menjadi gempar ekoran jatuhnya kerajaan Vietnam Selantan ke
tangan komunis dan terbinalah cita-cita “Teori Domino” komunis.

 Semasa pentadbirannya pada tempoh darurat, usaha membanteras
pengganas komunis di hutan dan bandar telah diperhebat malah golongan
yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi generasi-
generasi pengnitipan yang dikatakan berjaya.

 Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan
Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak
kontroversi.Dasar-dasar dan program-program yang diketengahkannya
tidak peranah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.Walaupun pada ketika
ekonomi negara terjejeas oleh kemelesetan ekonomi dunia,belaiu berjaya
untuk mengawal keadaaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi
ekonomi dan sosial. Beliau pernah menjalani rawatan jantung atau pintasan
koronari pada awal 1981.

 Beliau juga telah berjaya melancarakn Rancangan Malaysia Keempat pada bulan
April 1981. Belaiu juga telah mengikut jejak langkah bapanya yang sentiasa
mencuba untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak
ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi
ekonomi. Dengan itu,pada 20 April 1981, belaiu melancarakan pula Skim Amanah
Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang
membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

 Keamanan negara yang diperkukuhnya telah menarik pelabur luar untuk untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik dan
ekonomi. Sumabangan beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan
yang kukuh.

 Akibat kesihatan beliau yang merosot, beliau menyatakan hasratnya untuk tidak
mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengndurkan diri daripada
kepimpinan negara. Beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan
sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih
oleh timbalanya, Dato’ Seri Dr.Mahathir Bin Mohamad(kini bergelar “Tun”)pada 18
Julai 1981.

 Selepas beliau meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau masih aktif
dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan Institut Kajian
Strategik dan Antarabangsa (ISIS) semasa hayatnya.

 Disebabkan perkhidmatnya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan
gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.

Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang adalah seperti
berikut:

 Beliau ialah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat
keputusan yang melibatkan hal ehwal negara

 Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip
hidupnya.

 Pengalaman dalam bidang ketenteraan telah menjadikan beliau
sebagai seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan
masa.

 Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah
untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan harapan bahawa
perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya.

 Beliau ialah seorang negarawan yang disegani dan dihormati.

 Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur.

 Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai
“Penyambung Warisan Yang Terbilang”. Usaha beliau dalam
memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah
Berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia.

 Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang
oleh ayahandanya serta program pembangunan yang dijana
oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh
dedikasi.Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran
kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr.Mahathir dalam
keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.

 Tun Hussein Onn telah memberi banyak sumbangan
melalui kepimpinanya kepada rakyat.

 Beliau juga memberi cintoh kepimpinan dan teladan
yang baik kepada semua rakyat untuk menjadi hebat
seperti beliau.

 Sifat beliau yang merendah diri serta jujur juga
menunjukkan bukti beliau berjaya berkhidmat dalam
tempoh yang lama dalam kerjaya beliau.

 Usaha beliau dalam memupuk semangat perpauan a

 ntara berbilang kaum hendaklah diteruskan oleh semua
pihak bagi mengekalkan keamanan negara.

 Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah menghargai setiap
jasa dan sumbangan semua tokoh pemimpin negara.


Click to View FlipBook Version