The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN BERTEMA ISRAK MIKRAJ-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhairanimn, 2022-03-02 18:20:46

PAMERAN BERTEMA ISRAK MIKRAJ

PAMERAN BERTEMA ISRAK MIKRAJ-converted

PAMERAN BERTEMA
ISRAK & MIKRAJ 2022 / 1443

PSS SEJORA
SK JORAK MUAR













Israk dan Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab beberapa
tahun sebelum hijrah adalah peristiwa yang agung. Ia tidak
pernah berlaku sebelumnya dan mustahil berlaku seperti itu
lagi.

Ketika Rasulullah hendak melelapkan matanya di rumah
sepupunya Ummu Hani', malaikat Jibril datang dan
menjemput baginda untuk perjalanan yang hebat, daripada
kota Makkah ke kota Baitulmakdis. Pada zaman itu,
perjalanan sejauh ini mengambil masa hampir sebulan.
Namun, baginda dapat merentasi jarak yang jauh itu dengan
masa yang sangat singkat.

Baginda menunggang Buraq, iaitu seekor binatang yang
tidak wujud di dunia ini. Ketinggian Buraq ini adalah
antara ketinggian kuda dan keledai. Kakinya pula dapat
dipanjangkan dan dipendekkan. Buraq tiada kepak maka
ia tidak terbang.

Tetapi ia boleh merentasi gunung hanya dengan
memanjangkan dan memendekkan kakinya.
Sebelum melepasi gunung, ia akan memendekkan kaki
depannya dan memanjangkan kaki belakangnya. Selepas
ia melepasi puncak gunung, ia akan memanjangkan pula
kaki depannya dan memendekkan kaki
belakangnya. Dengan ini, Rasulullah yang duduk di
atasnya tidak bergoyang badan ketika Buraq bergerak.

Perjalanan ke Baitulmakdis ini dinamakan Israk
kerana ia berlaku pada waktu malam. Dalam
bahasa Arab, Israk bermaksud belayar pada
waktu malam.

Setibanya di Baitulmakdis baginda dijemput
untuk menjadi imam bagi solat yang
dimakmumkan oleh semua para nabi dan rasul.
Baginda kemudian dijemput oleh malaikat Jibril
untuk naik ke langit. Perjalanan ini dinamakan
Mikraj, yang membawa erti pendakian.

Apabila Rasulullah dan malaikat Jibril tiba di pintu
langit pertama, malaikat penjaganya bertanya
sama ada Rasulullah sudah mendapat jemputan
daripada Allah untuk mendaki ke langit
seterusnya.

Pintu itu hanya dibuka setelah Jibril memberitahu
bahawa Rasulullah telah dijemput oleh Allah. Maka
baginda dan Jibril naik ke langit kedua sehinggalah ke
langit yang ketujuh.

Pada setiap langit, peristiwa yang sama berlaku, iaitu
baginda ditahan daripada pergi ke langit seterusnya
kecuali setelah dimaklumkan oleh Jibril bahawa
baginda telah mendapat jemputan daripada Allah.
Pada setiap langit, baginda bertemu dengan
sebahagian para nabi dan rasul.

Di langit pertama, baginda bertemu dengan
Nabi Adam;
di langit kedua dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya;
di langit ketiga dengan Nabi Yusuf;
di langit keempat dengan Nabi Idris;
di langit kelima dengan Nabi Harun;
di langit keenam dengan Nabi Musa;
dan di langit yang ketujuh dengan Nabi Ibrahim.

Selepas langit ke tujuh, Rasulullah dibawa ke
bawah Arasy dan di situ baginda mendapat
perintah solat lima waktu, yang pada asalnya 50
waktu. Namun pahala mengerjakannya kekal
seperti mengerjakan 50 waktu.

Rasulullah kemudian dibawa kembali ke kota
Makkah. Mengikut setengah riwayat, Rasulullah
pulang ke tilamnya sebelum tilam itu hilang
kehangatan badan baginda ketika baginda mula-
mula bangun dijemput oleh malaikat Jibril.

Ini menunjukkan bahawa keseluruhan perjalanan
Israk dan Mikraj berlaku dalam waktu yang amat
singkat. Tetapi untuk Rasulullah, ia merupakan
perjalanan yang mengambil masa yang agak lama
kerana baginda menghadapi berbagai peristiwa
dalam perjalanan tersebut.




Click to View FlipBook Version