The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RANCAK-RANCAK BULETIN PKK KDN EDISI MINGGUAN V1.0,2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Seksyen Pengurusan Strategik SPS, 2022-12-31 05:23:02

BULETIN PKK KDN V1.0

RANCAK-RANCAK BULETIN PKK KDN EDISI MINGGUAN V1.0,2022

RancBaUkL-ETRINaPnKcKakKDN
EDISI MINGGUAN VOL 1.0

ENCIK NIK YUSAIMI BIN YUSSOF

DI ATAS PELANTIKAN
SEBAGAI SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN

(PKK)

PUTRAJAYA, 26 SEPTEMBER 2022
Sesi penyerahan pelantikan oleh YBhg. Dato' Sri Wan Dahlan bin Haji Abdul
Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, kepada YBrs. Encik Nik
Yusaimi bin Yussof sebagai Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan
Kawalan (PKK).

KERATAN AKHBAR

KDN ADAKAN PROGRAM PENERANGAN LESEN MESIN CETAK ZON PANTAI BARAT

KOTA KINABALU, 15 SEPTEMBER
2022 - Program dilaksanakan
Ketua Seksyen Regulatori
Penerbitan Puan Norhanita yang
memberi pendedahan kepada
pemegang lesen berhubung Garis
Panduan dan Peraturan termasuk
akta lain berkaitan yang
berkuatkuasa dalam memastikan
keselamatan dan ketenteraman
awam terus terpelihara.
Dalam pada itu program tersebut
juga disertai Pengarah Bahagian
Penguatkuasaan dan Kawalan
KDN Sabah, En. Vensis Sabin yang
menyatakan program sebegini
dapat mewujudkan jalinan
kerjasama diantara kedua-dua
pihak.
Beliau juga turut berkongsi aktiviti
penguatkuasaan Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan 1984 (Pindaan)
2012 kepada peserta.
-SUMBER UTUSAN BORNEO-

KURSUS SIASATAN (PERNIAGAAN ATAS TALIAN)

SUNGAIPETANI,26-28SEPTEMBER2022-Pelaksanaan kursus ini
adalah untuk meningkatkan pengetahuan pegawai penguat
kuasa di dalam mengendalikan siasatan berkaitan
perniagaan atas talian bagi Akta Mesin Cetak & Penerbitan
(AMCP 1984) , Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ 1986) dan
Akta Penapisan Filem (APF 2002). Kursus ini disampaikan oleh
ASP Shahrizal bin Salleh dari Seksyen Penguatkuasaan dan
Pematuhan (SPP), Ibu Pejabat.

WACANA HADITH

TERENGGANU, 27 SEPTEMBER 2022-

Program Wacana Hadith Negeri

Terengganu Tahun 2022 bertempat di

Dewan Teater Perbadanan Perpustakaan

Awam, Terengganu. Kira-kira 85 orang

peserta terdiri daripada pelbagai jabatan

yang hadir bagi menjayakan program ini.

Program ini diadakan bagi memberi

penerangan, pendedahan dan

pengawalan terhadap penyebaran

hadith-hadith palsu di kalangan

masyarakat khususnya berkaitan

ancaman keselamatan dan

ketenteraman awam kepada

masyarakat.

Program ini dimulakan dengan

pembentangan Hadith Maudu' dan

Hukumnya, kemudian pembentangan

Panduan Penyemakan Sumber Hadith

oleh Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Mohd Amin

Pengerusi Lajnah Tahqiq Hadith KDN.

Majlis perasmian Wacana Hadith telah

dirasmikan oleh Dr. Mohd Zamir bin

Bahall, Ketua Penolong Setiausaha

Seksyen Regulatori Al-Quran Hadith

Bahagian PKK, KDN.

KEMPEN HIFZ QURAN : SEMINAR PENERBITAN AL-QURAN RASM UTHMANI NEGERI PAHANG

PAHANG, 28 SEPTEMBER 2022- PKK Pahang telah mengadakan Program Kempen Hifz Quran :
Seminar Penerbitan Al-Quran Rasm Uthmani Negeri Pahang Tahun 2022M / 1444H bertempat di
Auditorium Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Kampus Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Kuantan.
Jemputan Peserta Seminar terdiri daripada kakitangan Universiti Islam Sultan Ahmad Shah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, Maahad Tahfiz Negeri
Pahang, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu & Jabatan Mufti Negeri Pahang dan
Sekolah Agama Swasta Negeri Pahang.
Disamping itu juga, turut diadakan Penyerahan Al-Quran Mushaf KDN kepada Jabatan Mufti
Negeri Pahang dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Majlis
penutup telah disempurnakan oleh Tuan Syolahuddin bin Noor Azmi, Pengarah Bahagian
Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Pahang, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

SOROTAN BERITA

PEMULIAAN TEKS AL-QURAN

SEGAMAT, 29 SEPTEMBER 2022 - Seminar Pemuliaan Al-Quran dan
Pelupusan Teks Al-Quran Peringkat Negeri Johor 2022 di dewan
Terbuka Masjid Taman Yayasan, Segamat, Johor.
Turut hadir, Pengerusi Masjid Taman Yayasan Ramlee Ramlan,
Pegawai Pentafsir Al-quran Jabatan Agama Islam Segamat (JAIS)

Mohd Faiz Abidin, Kkitangan Jabatan Kadi Segamat dan 300
peserta seminar pelbagai usia.-SUMBERMETROTV-

UNTUK TONTONAN VIDEO SILA IMBAS

MESYUARAT BERSAMA BAHAGIAN PENAPISAN FILEM (PPF) DAN AHLI LEMBAGA PENAPISAN FILEM (LPF) KEMENTERIAN DALAM NEGERI

SABAH, 29 SEPTEMBER 2022- Bertempat di Bilik Mesyuarat Nabalu, PKK Sabah, Aras
3, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah telah diadakan mesyuarat
bersama Pejabat Penapis Filem (PPF) dan Ahli Lembaga Penapis Filem (LPF).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Hj. Mohd Dusuki bin Hj Ya'acob,
Pengerusi Lembaga Penapis Filem.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan dan mengatasi isu-isu berkenaan
dengan tugasan pemprosesan penapisan filrm dan bahan publisiti filem di
pejabat PKK Sabah. Turut hadir dalam mesyuarat ini, SUB Pejabat Penapis Filem
(PPF) Puan Yusniza binti Yusuf, Pengarah PKK Sabah Tuan Vensis bin
Sabin@William, Pegawai- Pegawai PPF, LPF serta Pegawai daripada PKK Sabah.

PEMERIKSAAN DAN PENGUATKUASAAN

BATUPAHAT,JOHOR 25SEPTEMBER2022- PemeriksaanAMCP1984&APTQ1986
Pemeriksaan dilakukan di premis FREEDOM, Susur Ilham SdnBhd , Taman Kristal Parit Raja , Johor.
Sebanyak 47 naskah Muqaddam tanpa kelulusan KDN dirampas.

BUKIT MERTAJAM , PULAU PINANG 26 SEPTEMBER 2022 - Operasi APTQ 1986 Penguatkuasaan
dilakukan di Mydin Mall . Sebanyak16NaskahAl-Qurandirampas.

PASIRGUDANG,JOHOR29SEPTEMBER2022- PemeriksaanPintuMasuk

Pemeriksaan terhadap 795 naskah Buku rujukan (education book) berbahasa Inggeris serta
2714 naskah Buku Agama Kristian berbahasa Inggeris. Hasil pemeriksaan , tiada kesalahan di
bawah AMCP 1984 dan tiada sebarang rampasan dilakukan.

Secara keseluruhannya, sepanjang tempoh 26Septembersehingga2Oktober2022, PKK seluruh
negara telah menjalankan pemeriksaan di lapangan melibatkan 4 akta iaitu AMCP 1984, APTQ 1986,
APF 2022 & AAP 1971. Sepanjang tempoh tersebut, PKK telah menjalankan pemeriksaan sebanyak :

AMCP 1984 : 218
APTQ1986 :88
APF2002 :50

AAP 1971 : 61
Nilai rampasan di bawah AMCP 1984 & APF 2002 adalah sebanyak RM8,886.64serta 1tangkapan.

PROGRAM "KITA DEMI NEGARA"ZON SABAH

KOTA KINABALU, 1 & 2 Oktober 2022- telah diadakan
Program Kita Demi Negara Zon Sabah anjuran
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertempat di
Kompleks Likas, Kota Kinabalu. Program ini telah
dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri
Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Sesi Town Hall YB Datuk Seri Panglima Hamzah bin
Zainudin, Menteri Dalam Negeri bersama
masyarakat Sabah telah diadakan dan hadir sama
YB Datuk Jonathan bin Yasin,TMDN ll, YBhg. Dato' Sri
Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, KSU KDN,
YBhg. Dato' Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, TKSU
(Keselamatan), YBhg. Dato' Mohd Sayuthi bin Bakar
TKSU (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, YBhg.
Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa TKSU (Dasar dan
Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, Ketua polis
Negara, Ketua- ketua Jabatan di bawah agensi KDN
dan pegawai pegawai kanan KDN.

PKK Negeri Sabah terlibat sebagai pempamer di
booth pameran untuk Program Pendidikan dan
Pencegahan serta sebagai Jawatankuasa Kerja
Tapak Jualan Murah (MAFI) dan Tapak Bazar Selera.
Pelbagai Aktiviti dan Pogram diadakan yang turut
memberi peluang kepada rakyat Sabah hadir
khususnya sekitar Bandaraya Kota Kinabalu untuk
melihat pameran aset Polis Diraja Malaysia ( Royal
Malaysia Police ). Diskaun saman 50 peratus oleh
Polis Diraja Malaysia (PDRM), perkhidmatan ‘Mobile’
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Program
Jualan Murah #KeluargaMalaysia serta booth-booth
pameran daripada pelbagai Jabatan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri Sabah.

RANG UNDANG-UNDANG PENCETAKAN TEKS AL-QURAN (PINDAAN)2022

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2022 – Sesi taklimat dan dialog mengenai Rang
Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan 2022) kepada Kerajaan
Keluarga Malaysia Backbenchers Council (KKMBC) di Dewan Banquet, Parlimen
Malaysia. Taklimat berkenaan disampaikan oleh YBrs. Encik Nik Yusaimi bin
Yusoff, Setiausaha Bahagian, Bahagian Penguatkuasaan & Kawalan,
Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir sama adalah YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail
bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, YB Datuk Johnathan
bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj
Abdul Rahaman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) dan YBhg. Datuk
Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Kawalan)
Kementerian Dalam Negeri. Bacaan kedua RUU APTQ (Pindaan) 2022 telah
dibentangkan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, TMDN I di
Dewan Rakyat dan diluluskan pada hari yang sama.


Click to View FlipBook Version