The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN PK KDN VOL.35 (17- 30 JULAI 2023) (2) (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Seksyen Pengurusan Strategik SPS, 2023-08-19 12:17:48

BULETIN PK KDN VOL.35 (17- 30 JULAI 2023) (2) (1)

BULETIN PK KDN VOL.35 (17- 30 JULAI 2023) (2) (1)

BULETIN PK KDN Vol.35, 17 - 30 Julai 2023 RANCAK-RANCAK JKPPP NILAI 55 BAHAN PENERBITAN YANG DITAHAN PEMERIKSAAN PAMERAN & JUALAN BUKU KAPAL MV DOULOS HOPE MESYUARAT LPPPQ BIL 108/2.2023 SLU KDN


02 Sesi libat urus (SLU) antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Ahli Akademik (Sosiologi dan Keselamatan Awam) yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta cadangan berkaitan isu kawalan dan penguatkuasaan terhadap penerbitan bercetak di Malaysia serta membincangkan kaedah-kaedah yang bersesuaian bagi membantu pihak Kementerian Dalam Negeri dalam usaha untuk membuat penambahbaikan terhadap Arahan Pentadbiran 1986. Sesi libat urus ini telah dipimpin oleh YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dengan turut dihadiri oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah. Selain itu, sesi libat urus ini juga dihadiri oleh Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi KDN dan Pegawai-pegawai Kanan di KDN bagi mendengar pandangan dan cadangan yang diberikan oleh jemputan yang hadir di samping memberikan maklumbalas terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Sesi libat urus KDN ini akan diadakan secara berterusan bersama kumpulan berbeza latar belakang bagi mendapatkan cadangan serta pandangan daripada pelbagai pihak bagi memastikan penambahbaikan terhadap Arahan Pentadbiran 1986 dapat disediakan dengan mencakupi segala aspek berkaitan. 18 JULAI 2023  | SELASA PUTRAJAYA


03


27-29 JULAI 2023  | KHAMIS-SABTU MELAKA PK KDN telah mengurusetiakan Mesyuarat Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan AlQur’an (LPPPQ) Bil 108/2.2023 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) buat kali kedua pada tahun 2023. Mesyuarat ini melibatkan seramai 15 orang Ahli Lembaga dari seluruh negara yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan atau Raja. Kebanyakan Ahli Lembaga terdiri daripada Mufti-mufti Negeri. LPPPQ ditubuhkan bertujuan untuk memastikan kesucian dan kemuliaan teks Al-Qur’an di Malaysia terpelihara, sebagaimana tertakluk di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an (APTQ) 1986. Pada mesyuarat kali ini sejumlah 15 permohonan pruf akhir teks Al-Qur'an telah diputuskan selain memutuskan kaedah pemuliaan terhadap teks dan bahan Al-Qur'an yang telah dirampas kerana menyalahi APTQ 1986. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga turut membentangkan penyelarasan penggunaan isyarat kod tangan Al-Qur'an Standard Malaysia. 04


05


06 SUMBER : BERNAMA TARIKH : 9 OGOS 2023 SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE TARIKH : 9 OGOS 2023 KENYATAAN MEDIA TARIKH : 2 OGOS 2023 SUMBER : KOSMO TARIKH : 9 OGOS 2023 SUMBER : HARIAN METRO TARIKH : 9 OGOS 2023


07 28 JULAI 2023  | JUMAAT MELAKA TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di Pertua Negeri Melaka telah menerima kunjungan hormat muhibbah oleh Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan AlQur'an (LPPPQ) di Istana Negeri Melaka bersempena dengan Mesyuarat Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur'an Bil.108/2.2023 yang telah berlangsung selama 3 hari di Melaka. SUB PK KDN Tuan Nik Yusaimi bin Yussof bersama-sama delegasi Ahli Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) iaitu Dato’ (Dr) Haji Nooh Gadot, Pengerusi LPPPQ; Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Kaya Perba Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Timbalan Pengerusi LPPPQ; Datuk Hajjah Hakimah bin Mohd Yusoff, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diiringi oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Melaka dalam kunjungan Hormat Muhibbah tersebut.


08 Jawatankuasa Penilaian Pelesenan dan Penerbitan (JKPPP) telah bermesyuarat untuk kali ke-11 bagi tahun 2023 yang bertujuan untuk menilai permohonan Lesen Mesin Cetak (LMC) dan Permit Penerbitan (PP) di bawah AMCP 1984. Pada mesyuarat kali ini, JKPPP telah membuat penilaian serta mengemukakan syor tindakan ke atas 55 bahan penerbitan yang ditahan di lapangan dan di pintu masuk negara. 25 JULAI 2023 | SELASA PK KDN PUTRAJAYA


TAHAN PENGHANTARSERAHAN LULUS CADANG PERINTAH LARANGAN 10 27 16 2 TOLAK PENGIMPORTAN 09 keputusan JKPPP Bil. 11/2023 KEPUTUSAN JKPPP BIL.11/2023 BAHARU - 2 PERTUKARAN - 5 PEMBATALAN - 19 LESEN MESIN CETAK PERMIT PENERBITAN PERTUKARAN - 2 PEMBATALAN - 1 ANTARA PENERBITAN DAN BAHAN PENERBITAN YANG DITAHAN


10 Mesyuarat Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bagi Kluster Keselamatan anjuran KDN yang telah berlangsung di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur. Seramai 20 orang Penguatkuasa PK KDN telah dilibatkan secara langsung dalam penyediaan input kajian tersebut. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengimbangi antara keperluan kebajikan penjawat awam dan kelangsungan fiskal negara dalam membiayai perbelanjaan berkaitan emolumen, elaun serta kemudahan berkaitan penjawat awam khususnya dari Kluster Keselamatan. YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, KSU KDN telah merasmikan upacara penutup mesyuarat ini. 30 JULAI 2023 | AHAD KUALA LUMPUR


11 Pemandu PK KDN Ibu Pejabat dan negeri telah dilibatkan dengan Kursus Pemanduan Defensif dan Beretika. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan etika serta kemahiran yang perlu ada pada setiap pemandu dan memberikan tunjuk ajar berkaitan pengurusan kenderaan meliputi dokumentasi, kaedah pemanduan defensif dan beretika. Selain itu, pemandu turut didedahkan dengan tatacara penyelenggaraan kenderaan dengan betul dan selamat. Kursus ini telah dikendalikan dengan kerjasama Bahagian Pengajian Memandu, Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor. Majlis Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Norhanita binti Kayat, Ketua Sektor Pengurusan PK KDN. 14-16 JULAI 2023  | JUMAAT- AHAD MUAR, JOHOR


12 29 JULAI 2023  | SABTU PULAU PINANG Pemeriksaan pameran dan penjualan buku di atas kapal MV Doulos Hope yang di bawa oleh GBA Ships sempena lawatannya ke Malaysia telah dijalankan oleh PK KDN Pulau Pinang di Swettenhem Pier Cruise Terminal di Pulau Pinang. Pemeriksaan diketuai oleh Pengarah PK Pulau Pinang, Tuan Muhammad Hafizu bin Mohd Bokhori disertai dengan kehadiran Puan Hanita binti Kayat, KPSU PK KDN dan Encik Arfazheel bin Amsir, PSU dari Bahagian Keselamatan, KDN. Selain itu pemeriksaan juga turut melibatkan beberapa orang pegawai daripada PDRM, JAIPP, JAKIM dan wakilwakil syarikat perkapalan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 13 naskhah penerbitan yang menyalahi AMCP 1984 dan ditahan untuk tindakan selanjutnya. BERITA NEGERI


AKTIVITI PENGUATKUASAAN PK KDN MELAKA PERGIAT OPS COTA BERSEPADU 24 - 28 JULAI 2023 | ISNIN-JUMAAT MELAKA 13 Ops COTA secara bersepadu telah dijalankan melibatkan PK KDN Melaka bersama Bahagian Perolehan Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Banda Hilir dan Melaka Tengah, Melaka. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap 36 pengawal keselamatan warganegara Malaysia dan daripada pemeriksaan tersebut didapati hanya 30 pengawal keselamatan telah menjalankan tapisan keselamatan manakala 3 lagi tiada tapisan keselamatan yang mana telah melanggar Akta Agensi Persendirian (AAP) 1971. PK KDN telah memberi teguran kepada pihak majikan supaya mengambil tindakan terhadap teguran yang diberikan.


OPS BERSEPADU PENGOPERASIAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PULAU PINANG 18 JULAI 2023 | SELASA PULAU PINANG 14 PK KDN Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pulau Pinang terhadap sebuah syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang diketuai oleh Puan Syazwani binti Abdul Gaffur, Penolong Pegawai Penguatkuasa PK KDN Pulau Pinang. Hasil daripada pemeriksaan mendapati dokumentasi syarikat tidak lengkap dan telah menyalahi AAP 1971. PK KDN PULAU PINANG LAKSANA OPS COTA BERSEPADU BERSAMA JIM Ops Cota bersepadu telah dilaksanakan oleh PK KDN Pulau Pinang bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pulau Pinang di beberapa premis sekitar Tasek Gelugor, Pulau Pinang di bawah Akta Agensi Persendirian (AAP) 1971. setelah menerima aduan melalui Sistem Pengaduan Awam (SISPAA) KDN. Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan mendapati seorang pengawal keselamatan warga Sri Lanka menyalahi AAP 1971 dan Akta Imigresen. Pengawal tersebut diserahkan kepada pihak JIM untuk penahanan dan tindakan selanjutnya. 19 JULAI 2023 | RABU PULAU PINANG


RM4,360 NILAI RAMPASAN OPS CAKERA PK SELANGOR PK KDN Selangor telah menjalankan serbuan ke atas sebuah premis menjual filem yang diketuai oleh Encik Ahmad Faisal bin Arshad, Penolong Pegawai Penguatkuasa PK KDN Selangor di bawah Akta Penapisan Filem (APF) 2002. Dalam serbuan tersebut, pasukan operasi telah merampas sejumlah 436 filem DVD pelbagai tajuk yang tiada perakuan B yang menyalahi Seksyen 18 APF 2002 dengan nilai rampasan berjumlah RM4,360. 20 JULAI 2023 | KHAMIS SELANGOR 15 PK KDN PERLIS RAMPAS PENERBITAN DAN BARANGAN MENYALAHI APTQ 1986 DAN AMCP 1984 PK KDN Perlis telah merampas beberapa penerbitan bercetak yang menyalahi AMCP 1984 dan menahan penerbitan yang menyalahi APTQ 1986 selepas membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis di Arau, Perlis. Operasi yang diketuai oleh Encik Mohamed Alif bin Mohamed Zamri, Penolong Pegawai Penguatkuasa dijalankan bersama-sama 4 orang anggota penguatkuasa merampas dan menahan bahan penerbitan tersebut kerana ianya telah melanggar Seksyen 7(1) AMCP 1984 dan Seksyen 14(1) APTQ. 21 JULAI 2023 | JUMAAT PERLIS


PENGLIBATAN PK KDN WPKL DALAM PROGRAM DISKUSI ISU ISLAM : PENULISAN KALIGRAFI PK KDN WPKL telah terlibat secara langsung dalam Program Diskusi Islam : Penulisan Kaligrafi yang disempurnakan oleh Sahibus Samahah Dato' Mufti WPKL, Dato' Prof Madya Dr Luqman bin Haji Abdullah. Diskusi yang membincangkan isu-isu berkaitan tulisan khat turut dipadatkan dengan perbincangan mengenai aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu. Pameran dan advokasi turut dilaksanakan bagi mendekati masyarakat setempat. 17 JULAI 2023  | ISNIN JOHOR RAPAT UMUM PK KDN JOHOR DI MAJLIS BUAL MESRA PIKM JOHOR 17 JULAI 2023  | ISNIN KUALA LUMPUR Satu Majlis Bual Mesra Bersama Ahli Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Zon Selatan yang beribu pejabat di negeri Johor telah diadakan. Ianya menjadi sebagai satu platform rapat umum ahli PIKM bersama wakil dari syarikat agensi persendirian bagi berbincang perkara berkaitan Akta Agensi Persendirian (AAP) 1971. Wakil dari PK KDN Johor, YM Tengku Nasarudin bin Tengku Ahmad turut menyampaikan taklimat ringkas kepada peserta yang hadir berkaitan penguatkuasaan AAP 1971 di lapangan. 16


17 JULAI 2023 | ISNIN JOHOR BAHRU, JOHOR PK KDN JOHOR ANJUR KURSUS PEGENDALIAN SENJATA API SIRI 1 17 17 JULAI 2023  | ISNIN JOHOR BAHRU, JOHOR PROGRAM JEQ DILUNCURKAN LAGI DI JOHOR Program Jom Exchange Al-Qur'an telah diadakan oleh PK KDN Johor di Bank BSN, Johor. Dengan adanya program ini, jalinan kerjasama PK KDN Johor bersama institusi perbankan dapat diadakan. Pengarah PK KDN Johor, Tuan Mohd Nashuddin bin Daud turut menerangkan kaedah menjaga kemuliaan Al-Qur'an, penyimpanan dan pelarutan debu Al-Qur'an khususnya Al-Qur'an yang dibakar kepada Tuan Mohd Zulkarnain bin Hj Ismail. PK KDN Johor telah menganjurkan Kursus Pengendalian Senjata Api Siri 1 kepada seluruh anggota penguatkuasa negeri. Kursus ini bertujuan untuk memastikan semua anggota dapat mengendalikan senjata api dengan cara yang betul. Selain itu, anggota turut diberikan pengetahuan serta kefahaman berhubung dengan asas pengendalian senjata api secara teori dan praktikal serta undang-undang berkaitan dengannya.


18 19 JULAI 2023 | RABU KUCHING, SARAWAK PK KDN SARAWAK LAKSANA ADVOKASI DI PAWAGAM 18 JULAI 2023  | SELASA AMSAS, PAHANG PROGRAM LATIHAN MENEMBAK PK KDN PAHANG ASAH KEMAHIRAN PENGUATKUASA Program Latihan Menembak Tahun 2023 PK KDN Pahang telah diadakan di Lapang Sasar Akademi Maritim Sultan Haji Ahmad Syah (AMSAS). Latihan menembak ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran serta kecekapan anggota penguatkuasa dalam pengendalian dan penggunaan senjata api serta tembakan mengenai sasaran. Program pameran dan advokasi telah dipergiatkan lagi oleh PK KDN Sarawak di pawagam mengenai Akta Penapisan Filem 2002. Langkah proaktif diambil bagi memafhumi masyarakat mengenai tiga klasifikasi baharu iaitu P12, 13 dan 16. Klasifikasi filem itu bertujuan memelihara dan melindungi kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun daripada terdedah dengan kandungan filem tidak sesuai.


23 JULAI 2023  | AHAD SARAWAK PK KDN SARAWAK DEKATI MASYARAKAT MELALUI PROGRAM JEQ Dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan kepentingan membaca Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN, PK KDN Sarawak telah mengadakan Program JEQ di Masjid Al-Muttaqin bersempena dengan Majlis Kesyukuran Perdana 60 Tahun Sarawak Merdeka. Orang awam turut diberi kesempatan untuk menukar Al-Qur'an yang tiada perakuan atau rosak kepada Al-Qur'an baru dengan perakuan KDN. Sesi pameran dan advokasi turut dijalankan. 19 23 JULAI 2023  | AHAD KUCHING, SARAWAK LANGKAH KE DEPAN PK KDN SARAWAK ADVOKASI DI PAWAGAM PK KDN Sarawak ambil langkah ke depan dengan memilih untuk melaksanakan pameran dan advokasi di pawagam. Advokasi ini diadakan bagi mendekati orang awam khususnya ibu bapa agar lebih bertanggungjawab dalam membimbing anak-anak memilih kandungan filem yang sesuai untuk ditonton. Pendedahan mengenai Akta Penapisan Filem (APF) 2002 turut diterangkan kepada orang awam.


24 JULAI 2023  | ISNIN JOHOR 23 JULAI 2023  | AHAD TERENGGANU PK KDN TERENGGANU RANCAKKAN PROGRAM JEQ 20 Program JEQ PK KDN Terengganu terus dirancakkan dalam usaha memastikan orang awam dapat menukar Al-Qur'an yang tiada perakuan KDN, lusuh atau rosak kepada AlQur'an yang mempunyai perakuan KDN. Selain itu, program pameran dan advokasi mengenai peranan dan fungsi Bahagian PK KDN serta akta-akta yang dikuatkuasakan oleh Bahagian ini turut disampaikan kepada masyarakat. Ceramah berkaitan "Ancaman Terhadap Al-Qur'an" turut disampaikan kepada pengunjung. Majlis Pelupusan Eksibit PK KDN Johor telah diadakan bagi melupuskan bahan eksibit. Majlis pelupusan telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Nashuddin bin Daud dan turut dihadiri dan disaksikan oleh wakil dari JPPM, Johor dan JPM Johor serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari Bahagian ini. Sebanyak 707 bahan penerbitan dan 2106 keping filem telah dilupuskan. Kesemuanya dirampas kerana menyalahi AMCP 1984 dan APF 2002. MAJLIS PELUPUSAN EKSIBIT PK KDN JOHOR


21 24 JULAI 2023  | ISNIN SARAWAK 25 JULAI 2023  | SELASA TERENGGANU Sebanyak 750kg bahan atau teks Al-Qur'an telah dilupuskan ketika Program Pemuliaan Al-Qur'an dan Bahan Teks Al-Qur'an yang telah dianjurkan oleh PK KDN Sarawak. Tujuan program ini diadakan bagi memastikan proses pemuliaan Al-Qur'an dijalankan mengikut kaedah dan tatacara yang telah ditetapkan. PK KDN TERENGGANU MEMAFHUMI MASYARAKAT MELALUI PROGRAM JEQ PK KDN SARAWAK ANJUR PROGRAM PEMULIAAN AL-QUR'AN Dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan kepentingan membaca Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN, PK KDN Terengganu telah menganjurkan Program JEQ kepada masyarakat setempat. Program ini juga turut memberi ruang kepada orang awam untuk menukar Al-Qur'an yang tiada perakuan atau rosak kepada Al-Qur'an baru dengan perakuan KDN. Sesi pameran dan advokasi turut dijalankan.


22 25 JULAI 2023  | SELASA KEDAH 28 JULAI 2023  | JUMAAT KOTA KINABALU, SABAH PK KDN Kedah telah mengadakan Latihan Menembak kepada seluruh anggota penguatkuasa negeri masing-masing. Objektif utama latihan ini adalah untuk memastikan setiap anggota lebih mahir dalam menembak dan mengendalikan senjata dengan selamat . MAJLIS TAMAT LATIHAN PROGRAM LATIHAN CSG DI KK, SABAH LATIHAN MENEMBAK PERKUKUH KEMAHIRAN MENEMBAK ANGGOTA Majlis Tamat Latihan Program Latihan CSG bertempat di Dewan Panglima, PULAPOL Kota Kinabalu, Sabah telah dihadiri oleh Encik Stephen Ak Bakum, Penolong Pegawai Penguatkuasa PK KDN Sabah. Keterlibatan PK KDN dalam program ini jelas menunjukkan peranan bahagian ini dalam penguatkuasaan Akta Agensi Persendirian 1971 di lapangan.


Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring campuran PK KDN iaitu Nforce United kerana telah berjaya meraih tempat ketiga di Kejohanan Bola Jaring campuran 7 Sebelah anjuran Kelab KDN. Sebanyak 11 pasukan telah menyertai kejohanan terbuka pada kali ini. SUB PK KDN, Tuan Nik Yusaimi bin Yussof berkesempatan untuk turut hadir bagi memberikan sokongan dan menyuntik semangat kepada pasukan PK KDN. 23 PENGUKUHAN PK KDN 29 JULAI 2023  | SABTU UNITEN SPORT ARENA, SELANGOR NFORCE UNITED PK KDN IBU PEJABAT BERJAYA RAIH TEMPAT KETIGA


17 - 30 JULAI 2023 24 MENYEMARAKKAN SEMANGAT BERPADU SELURUH NEGARA PK IBU PEJABAT PK TERENGGANU PK K PK SARAWAK ELANTAN PK PERLIS PK KEDAH PK NEGERI SEMBILAN PK SABAH


25 PK PERAK PK WPKL PK PAHANG PK KELANTAN PK SABAH PK JOHOR PK ME PK PERAK LAKA P PKSELANGOR K kedah


26 424 JUMLAH KESELURUHAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN 22 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI PINTU MASUK PINTU MASUK STATISTIK MINGGUAN (17-30 JULAI 2023) 986 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI LAPANGAN PROGRAM ADVOKASI LAPANGAN AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 AAP 1971 SERBUAN : 1 PEMERIKSAAN : 117 RAMPASAN : 436 SERBUAN : 7 PEMERIKSAAN : 433 NAZIRAN LMC : 12 NAZIRAN PP : 18 RAMPASAN : 91 NILAI RAMPASAN: RM9,642 SERBUAN : 4 PEMERIKSAAN : 199 RAMPASAN : 99 NILAI RAMPASAN: RM1,238 OPERASI BERSEPADU : 30 PEMERIKSAAN : 135 NAZIRAN SYARIKAT : 30 PK TIADA TAPISAN : 38 1,410 JEQ TAKLIMAT/ PAMERAN CERAMAH HEBAHAN MEDIA MASSA 7 3 5 7 JUmlah PROGRAM JUmlah PROGRAM AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 PEMERIKSAAN : 311 KONSAINAN : 186,263 PEMERIKSAAN : 54 KONSAINAN : 1,295 PEMERIKSAAN : 59 KONSAINAN : 1,295


BERLAWANAN DENGAN UNDANG-UNDANG Mengandungi unsur yang bertentangan dan berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan, mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri termasuk kaedah dan peraturan mahupun fatwa rasmi yang dikeluarkan 5 MEMUDARATKAN KESELAMATAN Mengandungi unsur menyentuh sensitiviti dalam Perlembagaan Persekutuan, hasutan, fahaman atau ideologi yang bertentangan dan kenyataan palsu dan salah sehingga mengancam keselamatan negara 3 MEMUDARATKAN KEPENTINGAN AWAM 6 MEMUDARATKAN KEMORALAN Mengandungi perkara yang mengikut rupa, bentuk dan perlakuan atau dengan apa-apa cara yang boleh membayangkan kata-kata atau idea-idea yang lucah, mengghairahkan atau selainnya yang bertentangandengan kesopanan awam 2 MEMUDARATKAN KEPENTINGAN NEGARA Mengandungi unsur yang boleh memudaratkan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. 7 HASIL Penerbitan Tidak Diingini MEMUDARATKAN KETENTERAMAN AWAM MENGGEMPARKAN FIKIRAN ORANG RAMAI Mengandungi perkara yang tidak berasas, palsu atau menyalahi fakta dan boleh menimbulkan kekeliruan, keraguan, kegelisahan atau ketakutan orang ramai Mengandungi apa-apa bentuk laporan, artikel, rencana, gambar, ilustrasi atau kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan masyarakat atau kepercayaan agama 4 Ertinya apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi apaapa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mengikut apa-apa jua cara memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara. HASIL PENERBITAN TidAK DIINGINI SEKSYEN 7(1) AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 Mengandungi unsur menggalakkan keganasan, permusuhan, pecah keamanan, kebencian termasuk ajaran atau fahaman yang bercanggah dengan Agama 1 BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN (PK) KEMENTERIAN DALAM NEGERI


SEKSYEN 7(1) AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN (PK) KEMENTERIAN DALAM NEGERI Mengandungi apa-apa berita, rencana, atau maklumat yang diperbesar-besarkan, digembargemburkan, atau yang mengelirukan atau menimbulkan salah faham. Penyebaran berita yang tidak berasas, cerita palsu atau yang menyalahi fakta sehingga menimbulkan kekeliruan, keraguan, kegelisahan atau ketakutan di kalangan orang ramai. Mengandungi perkara yang tidak berasas, palsu atau menyalahi fakta dan boleh menimbulkan kekeliruan, keraguan, kegelisahan atau ketakutan orang ramai


UNIT INTEGRITI KEMENTERIAN DALAM NEGERI LAPORKAN SEGERA KEPADA Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali HADIRKAN DIRI Ketua Unit Integriti Kementerian Dalam Negeri Aras 6, Blok D9, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62546 Putrajaya TELEFON 03-88858426 ADUAN E-MEL [email protected] GAGAL MELAPOR PEMBERIAN, JANJI ATAU TAWARAN RASUAH SEKSYEN 25(1) DAN (2) AKTA SPRM 2009 Elle Pinkebelle DESIGN BY TOLERANSI SIFAR TERHADAP RASUAH Kegagalan melaporkan PERMINTAAN atau PEROLEHAN RASUAH tanpa alasan munasabah boleh DIDENDA DI BAWAH SEKSYEN 25 AKTA SPRM 2009 KESALAHAN GAGAL MELAPOR PERMINTAAN ATAU MEMPEROLEH SUAPAN SEKSYEN 25(3) DAN (4) AKTA SPRM 2009 Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN


BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN PK PERUBAHAN AKRONIM DARI PKK KEPADA K E M E N T E R I A N D A L A M N E G E R I B A H A G I A N P E N G U A T K U A S A A N D A N K A W A L A N BERKUATKUASA 8 MAC 2023 PUNCA KUASA : KEPUTUSAN MESYUARAT JKPSM BIL.2/2023 PADA 7 MAC 2023


TALIAN HOTLINE HOTLINE PK KDN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 03-88893145 Aduan, pertanyaan dan maklum balas boleh disalurkan ke TALIAN HOTLINE PK KDN dan saluran sedia ada [email protected]


Click to View FlipBook Version