The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Seksyen Pengurusan Strategik SPS, 2024-06-12 03:17:00

Vol.46 Buletin PK MEI 2024 (1) (1)

Vol.46 Buletin PK MEI 2024 (1) (1)

R A N C A K 3 DSA & NATSEC ASIA 2024 PENGANJURAN TERBAIK VOL. 46 I MEI 2024 SHOOTING PROGRAMME


Encik Muhammad Sukry bin Pauzi Encik Mohamad Ridzuan bin Yusof Puan Normaira binti Jalali Encik Mohamad Norraimi bin Abdul Hamid Encik Vimlen A/L Balakrishnan Cik Nur Ain Afini binti Rofli 2024 03-88863910 [email protected] linktree @PKKDN EDITOR MEDIA SIDANG EDITORIAL TROOPERS Encik Ahmad Hilmi bin Said Puan Ely Zarina binti Aman Encik Kamal bin Abdul Rahim PENAUNG Tuan Nik Yusaimi bin Yussof Encik Samsudin bin Sulaiman Puan Aqilla Farhana binti Mohd Amin


BULETIN PK KDN 03 Pameran pertahanan Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) ASIA 2024 anjuran dan juga dihoskan bersama Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri telah berlangsung pada 6 hingga 9 Mei 2024 (Isnin-Khamis) di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Dengan bertemakan “Building Resilient Nations for the Next Generation”, penganjuran kali ini disertai 1,200 pempamer dengan penglibatan 34 pavilion antarabangsa yang terdiri daripada negara Asia, Eropah dan Amerika Utara. Pameran ini juga mengumpulkan pemain industri pertahanan dan keselamatan antarabangsa dengan teknologi dan produk terkini. 6 - 9 MEI 2024  | ISNIN - KHAMIS MITEC KUALA LUMPUR


BULETIN PK KDN 04 Program menembak khas ini dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri telah diadakan di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu Putrajaya dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Program ini adalah salah satu acara dwi tahunan yang dianjurkan dengan penglibatan pesertapeserta dari dalam dan luar negara yang terlibat dengan Pameran DSA NATSEC Asia 2024. Turut hadir dalam program ini adalah YBhg. IG Tan Sri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan). Manakala antara wakil daripada Kementerian Pertahanan yang hadir adalah YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBrs. Mohd Yani bin Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Leftenen Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Don, Panglima Angkatan Bersama (PAB) dan Leftenen Jeneral Dato’ Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD). 8 MEI 2024  | RABU PUTRAJAYA PROGRAM MENEMBAK BERSEMPENA PAMERAN DEFENSE SERVICES ASIA (DSA) DAN NATIONAL SECURITY (NATSEC) ASIA 2024


Lens@ PROGRAM MENEMBAK BERSEMPENA PAMERAN DSA & NATSEC 2024 PK KDN BULETIN PK KDN 05


Perhimpunan Semarak PK KDN bagi bulan April dan Sambutan Semarak Raya PK KDN 2024 telah berlangsung secara sederhana tetapi meriah di ruang legar PK KDN Ibu Pejabat, Putrajaya. PK KDN tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan untuk meraikan Sambutan Semarak Raya PK 2024 meskipun pada penghujung Syawal. Majlis sambutan semarak raya PK KDN turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dr. Abdul Gapar Abu Bakar, pegawai-pegawai kanan KDN, warga PK KDN negeri serta kakitangan KDN dari pelbagai jabatan, agensi dan bahagian. Sambutan hari raya kali ini disambut meriah dengan kesungguhan warga PK KDN menyediakan kios foto dan hiasan gerai makanan. Disamping itu, sebanyak tujuh gerai makanan dengan pelbagai juadah telah dipertandingkan dalam acara gerai terbaik, pertandingan pakaian raya tercantik kategori lelaki dan wanita serta satu kategori 'surprise' iaitu 'the choosen one' merupakan kategori khas buat warga PK cemerlang sempena Semarak Raya PK. Selain itu, persembahan lagu raya oleh warga PK diiringi live band diadakan bagi memeriahkan lagi majlis serta menceriakan suasana hari raya. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan dan memeriahkan suasana sepanjang majlis Semarak Raya PK KDN 2024. BULETIN PK KDN 06 9 MEI 2024  | KHAMIS PUTRAJAYA Perhimpunan Semarak PK KDN bagi bulan April dan Sambutan Semarak Raya PK KDN 2024


BULETIN PK KDN 07


BULETIN PK KDN 08 12 MEI 2024  | AHAD LENGGONG, PERAK YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah merasmikan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kampung Beng, Lenggong, Perak. Majlis yang bermula seawal jam 7.00 pagi dihiasi dengan pertandingan memancing, pertandingan mewarna, pertandingan memasak di mana Bahagian PK adalah urus setia kepada ketiga-tiga pertandingan tersebut serta mengadakan pameran dan juga program JOM EXCHANGE AL-QUR'AN (JEQ). Turut dimeriahkan lagi dengan reruai pameran dari agensi dan jabatan dibawah KDN yang menyediakan perkhidmatan terus kepada penduduk setempat. Pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti pertunjukan payung terjun, demonstrasi penyelamatan serta tayangan wayang pacak. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak di samping itu, turut hadir YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, KSU KDN, pegawaipegawai kanan KDN serta ketua agensi/jabatan di bawah KDN. Turut hadir sama Setiausaha Bahagian PK KDN, Ybrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof dalam menjayakan program tersebut. MAJLIS PELUNCURAN KAMPUNG ANGKAT MADANI KDN, KAMPUNG BENG, LENGGONG, PERAK


BULETIN PK KDN 09


16 & 28 APRIL 2024  | SELASA & KHAMIS IBU PEJABAT PK KDN, PUTRAJAYA BULETIN PK KDN 10 Jawatankuasa Penilaian Pelesenan dan Penerbitan (JKPPP) telah bermesyuarat buat bilangan ke 9 & 10 bagi tahun 2024 bertujuan untuk menilai permohonan Lesen Mesin Cetak (LMC) dan Permit Penerbitan (PP) di bawah AMCP 1984. Pada mesyuarat kali ini, JKPPP telah membuat penilaian serta mengemukakan syor tindakan ke atas 53 penerbitan yang ditahan di lapangan dan di sempadan pintu masuk negara. MENILAI 53 TAJUK DAN BAHAN PENERBITAN YANG DITAHAN JKPPP


BULETIN PK KDN 11


BULETIN PK KDN 12 LESEN MESIN CETAK PERMIT PENERBITAN KEPUTUSAN JKPPP BIL.09 & 10/2024 BAHARU PERTUKARAN PEMBATALAN 4 8 40 BAHARU PERTUKARAN PEMBATALAN 2 - - TAHAN PENGHANTARSERAHAN LULUS CADANG PERINTAH LARANGAN TOLAK PENGIMPORTAN KEPUTUSAN TINDAKAN 1 38 12 2 ANTARA PENERBITAN DAN BAHAN PENERBITAN YANG DITAHAN


BULETIN PK KDN 13 PK KDN telah mengadakan Kursus Siasatan dan Pengendalian Barang Kes selama 3 hari 2 malam di Port Dickson, Negeri Sembilan dan telah dihadiri oleh 47 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota penguatkuasa PK KDN seluruh Malaysia. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kepada pegawai penyiasat berkaitan prosedur untuk menjalankan tugas siasatan dengan lebih mantap dan efektif. Majlis Penutup Kursus Siasatan dan Pengendalian Barang Kes ini telah disempurnakan oleh Tuan Dzulpadzli bin Sha'arin, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Penguatkuasaan dan Pematuhan, PK KDN. Pemantapan Siasatan dan Pengendalian Barang Kes 15-17 MEI 2024  | RABU-JUMAAT PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN


BULETIN PK KDN 14 HRMC Bilangan 1 Tahun 2024 dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, persidangan ini adalah penganjuran bersama oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Bahagian SM) KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia merupakan platform untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan perkongsian amalan terbaik jabatan/agensi bawah KDN. YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN hadir pada persidangan ini. Turut dihadiri YBhg. CP Dato’ Sri Azmi bin Abu Kassim, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Setiausaha-setiausaha bahagian bawah Sektor Pengurusan, Ketua Unit Integriti dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) jabatan/agensi. 19 -21 MEI 2024  | AHAD- SELASA GEORGE TOWN, PULAU PINANG PERSIDANGAN PENGURUS SUMBER MANUSIA (HRMC) KEMENTERIAN DALAM NEGERI BIL..1/2024


BULETIN PK KDN 15 Keputusan Mahkamah SELANGOR, 24 MEI 2024 PENGARAH SYARIKAT JAM ISLAMIK DIDENDA RM13,500 MILIKI 703 UNIT JAM TIADA PERAKUAN KDN Seorang pengarah sebuah syarikat jam islamik didenda RM13,500 di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan memiliki 703 jam azan bernilai RM222,000 yang tiada perakuan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur’an (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6(1) Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau keduaduanya, jika sabit kesalahan. PULAU PINANG, 28 MEI 2024 PENIAGA WANITA MENGAKU SALAH MILIKI 102 PERALATAN MAINAN SEKS Peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan mainan seks di sebuah premis kompleks beli-belah Persiaran Bayan Indah, Penang pada 6 Februari lalu. Beliau mengaku bersalah dan Majistret menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 dan berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal bayar denda.


BULETIN PK KDN 16 PK KDN telah mengadakan advokasi dan pameran bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di WTC, Kuala Lumpur yang berlangsung sepanjang minggu cuti sekolah penggal pertama pada tahun 2024. Aktiviti bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam melibatkan kerjasama petugas daripada PK KDN Ibu Pejabat Putrajaya dan PK KDN WPKL. Disamping memberi penerangan kepada pengunjung berkenaan AMCP 1984 dan APTQ 1986, petugas pameran juga menjalankan pemantauan ke atas bahan penerbitan berdasarkan akta yang sedang dikuatkuasakan. 24 MEI - 2 JUN 2024 | JUMAAT-AHAD PUSAT DAGANGAN DUNIA KUALA LUMPUR SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2024 Advokasi dan Pameran


Lens@ PK KDN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2024


BULETIN PK KDN 18 26 & 30 MEI 2024  | AHAD & RABU PUSAT DAGANGAN DUNIA KUALA LUMPUR Advokasi telah disampaikan oleh dua orang penceramah iaitu Ustaz Zulwaqar bin Mumtaz, Penolong Setiausaha, Seksyen Regulatori Al-Qur'an dan Hadith, dengan pengisian bertajuk 'Tanggungjawab Terhadap Al- Qur’an', manakala tajuk ‘Penerbitan Tidak Diingini’ telah disampaikan oleh Puan Norhanita Kayat, Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Regulatori Penerbitan PK KDN. Advokasi ini diadakan pada jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari pada 26 & 30 Mei 2024 bertempat di Pentas Dunia Buku, Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bersempena dengan program PBAKL 2024. USTAZ ZULWAQAR BIN MUMTAZ PUAN NORHANITA KAYAT


BULETIN PK KDN 19 PK KDN berbesar hati menerima jemputan sebagai panelis dalam wawancara sofa putih ITBM membicarakan topik "Di Bawah Mikroskop: Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984". Kupasan topik ini menampilkan Puan Norhanita Kayat, Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Regulatori Penerbitan PK KDN dan Tuan Firdaus bin Abdullah, Pegawai Penguatkuasa PK KDN, Seksyen Penguatkuasaan dan Pematuhan. Wawancara ini bertujuan untuk memberi penerangan bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat berkaitan bahan-bahan penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Wawancara ini diadakan secara langsung di Pentas Utama, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bersempena dengan PBAKL 2024. 31 MEI 2024  | KHAMIS PUSAT DAGANGAN DUNIA KUALA LUMPUR Wawancara Sofa Putih ITBM MENGUPAS TOPIK MENGENAI AMCP 1984


BULETIN PK KDN 20 YBrs. Tuan Nik Yusaimi Yussof, SUB PK KDN telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat PK KDN Sabah. Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau pengoperasian dan pentadbiran di PK KDN Sabah selain bertemu mesra bersama anggota dan kakitangan PK KDN Sabah. Semasa lawatan tersebut, taklimat ringkas berkaitan pengoperasian dan pengurusan PK Sabah telah disampaikan oleh Tuan Vensis bin Sabin@William, Pengarah PK Sabah. SUB PK KDN turut menyampaikan amanat, sesi suai kenal bersama warga kerja PK KDN Sabah dan seterusnya melawat ruang kerja di pejabat. 14 MEI 2024  | SELASA PK KDN SABAH PK KDN SABAH Lens@ Pilihan


BULETIN PK KDN 21 LAWATAN KERJA SUB PK KDN KE PEJABAT PK KDN SABAH


BULETIN PK KDN 22 SUB PK KDN, Tuan Nik Yusaimi Yussof berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang. Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato' Haji Rosli bin Isa dan timbalannya (pengurusan), Tuan Abdul Kahar bin Abdullah telah menyambur mesra kunjungan PK KDN tersebut. Manakala, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang iaitu Tuan Mohamad Shariman bin Sahar, mengalu-alukan kedatangan PK KDN ke pejabatanya. Dihujung kunjungan, SUB PK menyampaikan mushaf AlQur’an KDN sebagai tanda penghargaan kunjungan ini. 21 MEI 2024  | SELASA PULAU PINANG Lens@ Pilihan


6 MEI 2024 | ISNIN NILAI, NEGERI SEMBILAN RAMPASAN BINGKAI PERHIASAN BAHAN AL-QUR’AN MENYALAHI AKTA DI NILAI, NEGERI SEMBILAN PK KDN Negeri Sembilan telah menjalankan Ops Mulia di bawah pemeriksaan Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 (APTQ) dan telah berjaya merampas 10 unit bingkai perhiasan pelbagai saiz mengandungi ayat Al-Qur’an yang disyaki menyalahi Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 Pindaan 2023. Beberapa buah premis turut diperiksa dalam operasi ini. PK KDN Melaka telah menjalankan pemeriksaan aduan bernotis bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perak ke atas tiga (3) persatuan di Alor Gajah, Melaka. Pemeriksaan ini diketuai oleh Tuan Mohammad Amir bin Azizan, Pengarah PK KDN Melaka. Hasil daripada pemeriksaan ini, dapat mengumpul maklumat mengenai persatuan ekoran daripada aduan bernotis serta maklumat diperolehi hasil dari temubual dan dokumen berkaitan akan digunakan untuk siasatan lanjut. 7 MEI 2024 | SELASA ALOR GAJAH, MELAKA PEMERIKSAAN ADUAN BERNOTIS KE ATAS PERTUBUHAN/PERSATUAN BULETIN PK KDN 23


19 MEI 2024 | AHAD JOHOR BAHRU, JOHOR OPS BERSEPADU DI JOHOR RAMPAS 53 HELAI PAKAIAN DISYAKI MENYALAHI AKTA APTQ 1986 10 MEI 2024 | JUMAAT MIRI, SARAWAK PK KDN SARAWAK RAMPAS BAHAN PENERBITAN YANG MENYALAHI AMCP 1984 PK KDN Sarawak telah merampas 6 unit bahan penerbitan disyaki menyalahi AMCP 1984 selepas memeriksa satu konsainan di Pejabat Poslaju Miri (Kastam), Sarawak. . Rampasan ini dianggarkan bernilai RM350 kerana disyaki menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. PK KDN JOHOR telah melaksanakan operasi secara bersepadu bersama Polis Di Raja Malaysia(PDRM) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an (APTQ) 1986. Hasilnya, sebanyak 2 unit bingkai ayat Kursi dianggarkan bernilai sebanyak RM90 telah dirampas. BULETIN PK KDN 24


SANA SINIPK 02 MEI 2024 |KHAMIS KUCHING, SARAWAK 07 MEI 2024 |SELASA JOHOR BAHRU,JOHOR BULETIN PK KDN 25 PK KDN Johor bersama agensi-agensi kerajaan lain menganjurkan taklimat pemerkasaan dan pemahaman perundangan bagi menjaga keharmonian syiar Islam, perkauman dan Instituti Diraja di Malaysia. PK KDN Johor menyampaikan fungsi dan peranan PK KDN kepada hadirin yang hadir dari pelbagai agensi. PK SARAWAK LAKSANA KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT MUFTI TAKLIMAT PEMERKASAAN DAN PEMAHAMAN PERUNDANGAN PELBAGAI AGENSI KERAJAAN PK KDN SARAWAK laksana kunjungan hormat kepada Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin yang diketuai oleh Pengarah PK Sarawak Tuan Asydidi bin Hamzah. Perbincangan dan penerangan berkenaan isu kalimah Allah diterangkan oleh Mufti Sarawak berhubung penggunaan kalimah ini yang secara khas di negeri Sarawak.


BULETIN PK KDN 26 7 MEI 2024 | SELASA TELOK SENA, PERAK PK KDN Perak dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS telah melaksanakan program pemuliaan Al-Qur’an bersama pelajar-pelajar Maahad Tarbiah Islamiyyah. Taklimat pengurusan pemuliaan Al-Qur’an disampaikan oleh pegawai JPS, manakala PK KDN menerangkan fungsi dan peranan bahagian kepada pelajar-pelajar dalam menjaga keselamatan dan keharmonian negara. 9 MEI 2024 |KHAMIS BUKIT PALAH, MELAKA PK KDN Melaka telah mengadakan program JEQ dan advokasi bersempena Majlis Tilawah & Hafazan AlQur’an peringkat negeri Melaka. Kesedaran melalui video tentang kesedaran dan tanggungjawab dalam menjaga kesucian Al-Qur’an. Masyarakat yang hadir diberi penerangan tentang fungsi dan peranan PK KDN dan berpeluang untuk menukar Al-Qur’an yang tiada perakuan atau rosak kepada Al-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN. PEMULIAAN AL-QUR’AN ANJURAN PK KDN PERAK JOM EXCHANGE AL-QUR’AN (JEQ) DAN PAMERAN APTQ 1986 DI MELAKA


BULETIN PK KDN 27 9 MEI 2024 | KHAMIS PULAPOL, JOHOR Majlis penutupan CSG siri 6/2024 telah dihadiri oleh 127 orang pengawal keselamatan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Supt. Airy Zaidi selaku Komandan Pulapol PDRM. Turut hadir bersama Y.M. Raja Abd Assis Al Haj Ibn Y.A.M. Raja Laksamana Abu Bakar (wakil PIKM Zon Selatan). 10 & 11 MEI 2024 | JUMAAT & SABTU KUCHING, SARAWAK PK KDN Sarawak telah mengadakan pameran berkenaan Al-Qur’an yang mempunyai perakuan dan yang tiada kelulusan KDN. Selain itu, turut diadakan advokasi berkenaan fungsi dan peranan Bahagian PK KDN kepada komuniti serta akta yang dikawal selia juga disampaikan. Komuniti berpeluang untuk menukarkan Al-Qur’an secara percuma dalam program tersebut melalui program JEQ. MAJLIS PENUTUPAN CSG SIRI 6/2024 PELUPUSAN EKSHIBIT DAN PEMULIAAN AL-QUR’AN DI SARAWAK


BULETIN PK KDN 28 PK KDN Kedah telah menganjurkan program advokasi dan JEQ sempena karnival Transformasi Ilmu di Jabatan Imigresen (JIM), Negeri Kedah. Peserta yang hadir diberi penerangan tentang kesalahan-kesalahan di bawah APTQ 1986. Dalam program ini, sebanyak 22 naskhah Al-Qur’an yang tiada perakuan berjaya ditukar kepada Al-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN. 12 /13 MEI 2024 | AHAD /ISNIN SENAI, JOHOR Bengkel penyediaan Garis Panduan Pemerkasaan dan Pemahaman Perundangan bagi menjaga keharmonian Syiar Islam, Perkauman dan Institusi Diraja dari pelbagai agensi seperti PK KDN, PDRM, SKMM, JKDM dan pelbagai lagi. Bengkel ini dilaksanakan bagi menangani isu 3R oleh Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Johor. PROGRAM ADVOKASI DAN JEQ DI NEGERI KEDAH BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PEMERKASAAN DAN PEMAHAMAN PERUNDANGAN 13 MEI 2024 | ISNIN BUKIT KAYU HITAM, KEDAH


BULETIN PK KDN 29 PK KDN Melaka menerima kunjungan hormat dari Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM). Kunjungan hormat ini bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara PK KDN Melaka bersama Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2023-2025. Kerjasama dalam setiap program dan aktiviti bagi memastikan hubungan terus terjalin antara kedua-dua organisasi telah dibincangkan bagi mendapat keputusan bersama. 15 MEI 2024 | RABU MITC, MELAKA Pengarah PK KDN Melaka Tuan Mohammad Amir bin Azizan mengetuai kunjungan hormat kapada Tuan Ahmad Sazali bin Omar selaku Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka. Perjumpaan ini dilakukan untuk menjalinkan hubungan antara agensi sekaligus berbincang berkenaan sinergi yang boleh lakukan bersama bagi meningkatkan produktiviti penguatkuasaan. JALINAN MESRA PIKM MELAKA BERSAMA PK KDN MELAKA KUNJUNGAN HORMAT PK KDN MELAKA KE PEJABAT PENDAKWAAN 14 MEI 2024 | SELASA PK KDN MELAKA


BULETIN PK KDN 30 20 MEI 2024| ISNIN SMK SELISING, KELANTAN 20 MEI 2024| JUMAAT MARANG, TERENGGANU 19 MEI 2024| AHAD SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG 17-18 MEI 2024| JUMAAT-SABTU SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN 17 MEI 2024| JUMAAT KUALA LAWAS, SARAWAK Program advokasi berkenaan fungsi dan peranan PK KDN dilaksanakan di seluruh negara. Penerangan bagi meningkatkan kesedaran mempunyai Al-Qur’an yang ada perakuan KDN diterangkan kepada para pengunjung yang hadir. Selain itu, para pengunjung juga boleh menukar Al-Qur’an yang tiada perakuan atau rosak kepada Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN. PROGRAM ADVOKASI DAN JEQ TERUS DIRANCAKKAN DISELURUH NEGARA


BULETIN PK KDN 31 26 MEI 2024| AHAD ANGSANA MALL, JOHOR 30 MEI APRIL 2024| KHAMIS KOTA TINGGI, JOHOR 24 MEI 2024| JUMAAT ANGSANA MALL, JOHOR 24 MEI 2024| JUMAAT AYER KEROH, MELAKA 23 MEI 2024| KHAMIS ANGSANA MALL, JOHOR PROGRAM ADVOKASI DAN JEQ TERUS DIRANCAKKAN DISELURUH NEGARA


BULETIN PK KDN 32 16 MEI 2024 | KHAMIS PULAPOL SEGAMAT, JOHOR 17 MEI 2024 |JUMAAT PERKIM SARAWAK PK KDN Sarawak mengadakan kunjungan hormat ke Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Sarawak yang diketuai Pengarahnya iaitu Tuan Asydidi bin Hamzah. Kunjungan hormat ini adalah bertujuan memberi penerangan kepada PERKIM mengenai fungsi dan peranan bahagian PK KDN. Kehadiran PK KDN juga adalah bertujuan untuk menyampaikan ucapan penghargaan di atas sumbangan naskhah Al-Qur'an untuk Program JEQ sepanjang tahun 2023. MAJLIS PENUTUPAN KURSUS CSG SIRI 7/2024 KUNJUNGAN HORMAT PK KDN SARAWAK KE PERKIM SARAWAK Majlis penutupan kursus CSG siri 7/2024 telah dihadiri oleh pengarah PK KDN Johor, Mohd Nashuddin bin Hj Daud dan dirasmikan oleh DSP Mohd Hairuddin, Turut hadir sama Datuk mohd Tahir bin Hj Mohd Noah (Pengerusi PIKM Negeri Johor. Seramai 131 orang pengawal keselamatan menghadiri program tersebut yang diadakan di PULAPOL Segamat, Johor. Kursus ini adalah penting bagi pengawal keselamatan menimba ilmu khusus berkenaan skop kawalan keselamatan.


BULETIN PK KDN 33 20 MEI 2024 | ISNIN JAINJ, JOHOR 21 MEI 2024 |SELASA JTK KUCHING, SARAWAK Wakil anggota PK KDN Sarawak hadir ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak yang diketuai oleh Pengarah PK KDN negeri iaitu Tuan Asydidi bin Hamzah. Objektif utama taklimat diadakan adalah untuk menerima penjelasan dan tutorial Undang-undang Perburuhan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Bil.2 Tahun 2024 bersama syarikat-syarikat kawalan keselamatan. Jalinan kerjasama baik dan perkongsian pendapat antara Bahagian PK KDN bersama pihak JTK dan syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang terlibat dalam majlis tersebut sedikit sebanyak membantu meningkatkan kadar celik agensi lain berkenaan dengan akta khususnya AAP 1971. PERBINCANGAN BERSAMA JAINJ TUTORIAL UNDANG-UNDANG PERBURUHAN PK KDN Johor mengadakan inisiatif dengan mengadakan kerjasama bersama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berkenaan pewujudan Garis Panduan Berkaitan Alat Ibadat Umat Islam. Hasil daripada perbincangan tersebut, wakil PK KDN negeri dapat merangka draf Garis Panduan secara kasar. Perbincangan juga meliputi akta-akta yang dikawal selia dan dikuatkuasakan seperti AMCP 1984 dan APTQ 1986.


BULETIN PK KDN 34 23 MEI 2024 | KHAMIS PPKS, SARAWAK VALIDASI PEMATUHAN PERCETAKAN KESELAMATAN BERSAMA CGSO DAN MOF PK KDN Sarawak hadir ke Percetakan Nasional Malaysia Berhad bagi membincangankan berkenan AMCP 1984. Turut hadir dalam Validasi Pematuhan ini adalah pihak pengurusan PNMB, Encik Sawing dan Encik Micheal. Turut hadir bersama pihak CGSO yang bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan dengan kawalan keselamatan. 23 MEI 2024 |SELASA SERIAN, SARAWAK ADVOKASI DAN JEQ DIBAWAH AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR'AN 1986 Program advokasi ke arah “Sifar Al-Qur'an Tiada Perakuan KDN” melalui Jom Exchange Al-Qur'an bersempena Program Jelajah Hifzul Quran siri 6/2024. Hasil daripada Program ini mendapati sebanyak 71 naskhah Al-Qur'an yang tiada perakuan KDN, rosak dan lusuh telah ditukarkan kepada 49 Naskhah Al-Qur'an yang baharu yang mempunyai kelulusan KDN.


BULETIN PK KDN 35 PENGUKUHAN PK KDN LATIHAN KAWAD PK SARAWAK PK MELAKA PK KEDAH PK SABAH PK PULAU PINANG PK PERLIS PK TERENGGANU PK JOHOR


BULETIN PK KDN 36 PROGRAM PERKONGSIAN ILMU PK PERAK PK SARAWAK PK KELANTAN PK JOHOR PK NEGERI SMBILAN PK MELAKA PK PULAU PINANG PK TERENGGANU


TIPS NUMBER 1 LAPANGAN PINTU MASUK 1-31 MEI 2024 AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 AAP 1971 2,082 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI LAPANGAN 923 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI PINTU MASUK AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 JUMLAH KESELURUHAN 3,005 SERBUAN : 7 PEMERIKSAAN : 998 NAZIRAN LMC : 12 NAZIRAN PP : 16 RAMPASAN : 70 NILAI RAMPASAN: RM9,370 PEMERIKSAAN : 235 KOMPAUN : RM6,500 SERBUAN : 1 PEMERIKSAAN : 443 RAMPASAN : 17 NILAI RAMPASAN : RM1,158 PEMERIKSAAN : 352 NAZIRAN SYARIKAT : 15 PK TIADA TAPISAN : 83 PENGAWAL HARAM : 6 PEMERIKSAAN : 683 KONSAINAN : 262,915 PEMERIKSAAN : 121 KONSAINAN : 4,513 PEMERIKSAAN : 119 KONSAINAN : 4,482 STATISTIK STATISTIK PROGRAM ADVOKASI TAKLIMAT/ CERAMAH JEQ HEBAHAN MEDIA MASSA PAMERAN 36 JUmlah PROGRAM JUmlah PROGRAM 16 5 3 12 BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI


BAHAGIAN PK KDN MOHA ENFORCEMENT OFFICIAL 03-88893145 [email protected] AKRONIM BAHAGIAN PK PEMAKLUMAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN DAHULU SEBAGAI PKK KINI DIKENALI SEBAGAI PK


PAUTAN MEDIA SOSIAL Stay Connected! BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN linktr.ee/PKKDN BAHAGIAN PK KDN MOHA ENFORCEMENT OFFICIAL


UNIT INTEGRITI KEMENTERIAN DALAM NEGERI HADIRKAN DIRI Ketua Unit Integriti Kementerian Dalam Negeri Aras 6, Blok SP9, Kompleks Setia Perkasa, 62546 Putrajaya TELEFON 03-88852845/2846 ADUAN E-MEL [email protected] TOLERANSI SIFAR TERHADAP RASUAH LAPORKAN SEGERA!


TALIAN HOTLINE PK KDN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 03-88893145 Aduan, pertanyaan dan maklum balas boleh disalurkan ke TALIAN HOTLINE PK KDN dan saluran sedia ada [email protected]


Click to View FlipBook Version