BULETIN PK KDN Vol.39, 9-21 OKTOBER 2023 RANCAK-RANCAK
02 Majlis Libat Urus Bersama Cendekiawan Islam dan Asatizah sebagai satu proses penyediaan cadangan penambahbaikan Arahan Pentadbiran berkaitan penggunaan kalimah ALLAH. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. Melalui sesi libat urus ini, para jemputan telah diberikan ruang untuk mengutarakan cadangan bagi menoktahkan isu berbangkit mengenai kawalan dan penguatkuasaan penerbitan keagamaan di Malaysia dalam lingkungan skop mengekalkan dasar sedia ada berhubung penggunaan kalimah ALLAH. Sesi libat urus ini telah dipimpin oleh YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dengan turut dihadiri oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah. Sesi libat urus KDN ini akan diadakan secara berterusan bersama kumpulan berbeza latar belakang bagi mendapatkan cadangan serta pandangan daripada pelbagai pihak bagi memastikan penambahbaikan terhadap Arahan Pentadbiran 1986 dapat disediakan dengan mencakupi segala aspek berkaitan. SESI LIBAT URUS KDN BERSAMA CENDEKIAWAN ISLAM DAN ASATIZAH 8 JUN 2023 | KHAMIS PARLIMEN MALAYSIA 8 JUN 2023 | KHAMIS SESI LIBAT URUS KDN BERSAMA AHLI AKADEMIK (SOSIOLOGI DAN KESELAMATAN AWAM) 18 JULAI 2023 | SELASA PUTRAJAYA 18 JULAI 2023 | SELASA
03 SLU ke-3 ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dan dihadiri seramai 25 orang pengamal undang-undang serta Pegawaipegawai Pengurusan Tertinggi KDN dan Pegawai-pegawai Kanan di KDN bagi mendengar pandangan dan cadangan yang diberikan oleh jemputan yang hadir di samping memberikan maklumbalas terhadap isu-isu yang dibangkitkan. KDN men yatakan komitmen dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam. Siri keempat ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri dengan kehadiran seramai 23 orang jemputan dari Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Melalui majlis ini, KDN telah memperoleh input dan cadangan agar parameter kawalselia yang dirangka selari dengan hasrat dan misi agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat serta seiring dasar yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja kelak. SESI LIBAT URUS KDN BERSAMA BADAN PERUNDANGAN (SIVIL DAN SYARIAH) 17 OGOS 2023 | KHAMIS PUTRAJAYA 17 OGOS 2023 | KHAMIS SESI LIBAT URUS KDN BERSAMA BADAN PENGURUSAN SYARIAH MALAYSIA 17 SEPTEMBER 2023 | KHAMIS PUTRAJAYA
04 Sesi Libat Urus (SLU) antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Badan Pengurusan Keharmonian Agama merupakan SLU yang ke-5 dan terakhir dilaksanakan oleh KDN bagi mendapatkan gambaran keseluruhan berhubung urusan kawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” di seluruh Negara serta membincangkan kaedah-kaedah yang bersesuaian bagi membantu pihak Kementerian Dalam Negeri dalam usaha untuk membuat penambahbaikan terhadap Arahan Pentadbiran 1986. Sesi libat urus ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dengan turut dihadiri oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri Agama, pegawai-pegawai kanan KDN, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Komunikasi dan Digital, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), para agamawan, dan pemimpin-pemimpin agama bukan Islam. Hasil daripada kelima-lima siri libat urus tersebut akan dijadikan input bagi Kementerian Dalam Negeri dalam memperkemas Arahan Pentadbiran KDN selaras dengan dasar yang akan ditetapkan oleh MKI dan Majlis Raja-Raja untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri kelak. 09 OKTOBER 2023 | ISNIN PUTRAJAYA
05
06 SUMBER : BERITA HARIAN TARIKH : 9 OKTOBER 2023 SUMBER : ASTRO AWANI TARIKH : 9 OKTOBER 2023 SUMBER : HMETRO TARIKH : 9 OKTOBER 2023 SUMBER : SINAR TARIKH : 9 OKTOBER 2023 SUMBER : NANYANG SIANG PAU TARIKH : 10 OKTOBER 2023 SUMBER : CHINA PRESS TARIKH : 10 OKTOBER 2023
07 SUMBER : THE STAR TARIKH : 24 OKTOBER 2023 SUMBER : BERITA HARIAN TARIKH : 24 OKTOBER 2023 SUMBER : THE SUN TARIKH : 24 OKTOBER 2023
08 3 OKTOBER 2023 | SELASA PEJABAT PK KDN, PUTRAJAYA AUDIT ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS) MS ISO 370001:2016 KDN Audit dalam ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM MS ISO 37001:2016 KDN telah dilaksanakan di PK KDN Putrajaya. Tuan Dzulpadzli bin Sha'arin selaku KPSU Seksyen Penguatkuasaan dan Pematuhan, PK KDN mempengerusikan sesi audit dalaman tersebut. Audit dalaman ini diadakan bertujuan bagi menyemak kepatuhan KDN dalam aktiviti berkaitan ABMS sejak pensijilannya pada 25 November 2021 yang lalu. Semua warga PK KDN telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk menerima pasukan audit dalam KDN.
09 Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Qur'an (JPPTQ) atau Lajnah Tasheh Al-Qur'an (LTAQ) telah bersidang untuk kali kedua untuk tahun ini di Kuantan, Pahang dengan dihadiri oleh seramai 30 orang Ahli Lajnah. Dalam mesyuarat kali ini sejumlah 16 permohonan telah disemak dan diperiksa merangkumi teks AlQur'an selain bahan Al-Qur'an untuk diperakukan sebelum ianya dibawa kepada Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur'an (LPPPQ) untuk kelulusan. 6-10 OKTOBER 2023 | JUMAAT- SELASA KUANTAN, PAHANG
10 Mesyuarat Jawatankuasa Lajnah Tahqiq Hadith (LTH) Kementerian Dalam Negeri telah bermesyuarat untuk kali ke-3 dalam tahun ini di Langkawi, Kedah. Pada mesyuarat ini, seramai 7 orang ahli telah hadir bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan hadith. Jawatankuasa atau Lajnah ini berperanan dalam menyemak dan menentukan kesahihan sumber hadith dalam usaha untuk mengekang penyebaran hadith-hadith palsu ataupun tidak benar kepada masyarakat. Mesyuarat ini signifikan dengan peranan LTH di KDN bagi memberi input hadith-hadith berkaitan keselamatan negara. 6-10 OKTOBER 2023 | JUMAAT- SELASA LANGKAWI, KEDAH
INISIATIF PEMANTAPAN DATA PK KDN MELALUI AID Seksyen Pengurusan Strategik PK KDN Ibu Pejabat telah menganjurkan Kursus Analisa dan Interpretation Data (AID) 2023 yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kepada aspek teori dan praktikal bagi pengurusan data yang merangkumi pengumpulan, pemprosesan, penganalisaan dan pentafsiran serta perancangan strategi Bahagian. Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Dzulpadzli bin Sha'arin, Ketua Sektor Penguatkuasaan, PK KDN Putrajaya. 9-11 OKTOBER 2023 | ISNIN-RABU PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN 11
12 12-14 OKTOBER 2023 | KHAMIS-SABTU CAMERON HIGHLAND, PAHANG Mesyuarat Hala Tuju dan Pemantapan Seksyen Penyelidikan dan Pelesenan (SPL) telah diadakan di Cameron Highlands, Pahang. Mesyuarat ini diadakan bertujuan membincangkan hala tuju Seksyen Penyelidikan dan Pelesenan bagi tahun 2024 dan menambahbaik 2 tatacara dan prosedur kerja di bawah tanggungjawab SPL isitu SOP perintah larangan dan pembatalan lesen mesin cetak. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Seksyen Penyelidikan dan Pelesenan iaitu YBrs. Puan Siti Khairunisah binti Osmin. HALATUJU PENYELIDIKAN DAN PELESENAN DIPERKUKUH
13 Jawatankuasa Penilaian Pelesenan dan Penerbitan (JKPPP) meneruskan tanggungjawab dalam menilai permohonan Lesen Mesin Cetak (LMC) dan Permit Penerbitan (PP) di bawah AMCP 1984 melalui Mesyuarat JKPPP untuk kali ke-16 & 17 bagi tahun 2023. Pada mesyuarat kali ini, JKPPP telah menilai serta mengemukakan syor tindakan ke atas 67 penerbitan yang ditahan di lapangan dan di pintu-pintu masuk negara. 10 & 19 OKTOBER 2023 | SELASA PK KDN PUTRAJAYA
14 ANTARA PENERBITAN DAN BAHAN PENERBITAN YANG DITAHAN TAHAN PENGHANTARSERAHAN LULUS CADANG PERINTAH LARANGAN 10 25 14 18 TOLAK PENGIMPORTAN keputusan JKPPP Bil. 16 & 17/2023 KEPUTUSAN JKPPP BIL.16 & 17/2023 BAHARU - 6 PERTUKARAN - 10 PEMBATALAN - 58 LESEN MESIN CETAK PERMIT PENERBITAN PERTUKARAN - 3
12-14 OKTOBER 2023 | KHAMIS-SABTU KOTA BHARU, KELANTAN Seksyen Regulatori Al-Qur’an dan Hadith telah menganjurkan Kursus Pembangunan SME Rasm dan Dhabt Al-Qur’an untuk tahun ini di Kota Bharu, Kelantan dengan dihadiri oleh seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada anggota penguatkuasa dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam PK KDN seluruh negara. Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk membangunkan profil kompetensi pegawai dan anggota di negeri dalam menjalankan penguatkuasaan di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an (APTQ) 1986 dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. Antara pengisian kursus ini termasuklah penerangan berkaitan pindaan APTQ oleh Nur Jihan binti Mohd Azman, Pegawai Undang-undang KDN. 15
Bahagian PK KDN berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam pengurusan aset aleh kerajaan melalui Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang dianjurkan oleh Seksyen Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat dengan penglibatan Ketua Pembantu Tadbir Ibu Pejabat dan Negeri. Sepanjang 3 hari berkursus, para peserta didedahkan dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang betul dan baik selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan AM 2.0 hingga AM 2.8 bagi memastikan aset Kerajaan dapat diurus dengan lebih bersistematik. Majlis Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Puan Nor Ezreen Fitri Azura binti Kasim, Ketua Sektor Pengurusan, PK KDN. 16-18 OKTOBER 2023 | ISNIN-RABU NEGERI SEMBILAN 16
23-26 OKTOBER 2023 | ISNIN-KHAMIS BANGI, SELANGOR PK KDN telah mengadakan Kursus Tatacara Pengendalian Kes dan Pendakwaan (pra perbicaraan dan teknik pendakwaan) di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi, Selangor dengan dihadiri oleh anggota penguatkuasa PK KDN Ibu Pejabat dan Negeri. Kursus ini telah dianjurkan dengan kerjasama Seksyen Penguatkuasaan dan Pematuhan, PK KDN Ibu Pejabat dan ILKAP selaku pusat latihan khusus yang mempunyai kepakaran dalam bidang pendakwaan. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai penguatkuasa PK KDN mengenai prosedur pengendalian kes dan tatacara pelaksanaan pendakwaan. Kursus ini juga dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mengenai prosedur yang terlibat sebelum dan semasa pengendalian kes perbicaraan di mahkamah. 17
KEKAL HARAM KEKAL HARAM 25 SEPTEMBER 2023 | ISNIN PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan perintah Menteri Dalam Negeri yang mengharamkan buku bertajuk ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’, tiga tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan demikian secara majoriti 2-1 selepas membenarkan rayuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia. Dengan keputusan itu, mahkamah mengekalkan pengharaman buku ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ yang dikeluarkan oleh KDN pada 27 November 2020. Pengharaman buku berkenaan adalah sejajar dengan undang-undang, rasional dan tidak melanggar keadilan. Pada 18 Disember 2020, Kementerian Dalam Negeri telah mewartakan Perintah Larangan terhadap dua penerbitan, antaranya adalah buku ‘Gay is OK! A Christian Perspective’ di bawah Seksyen 7(1). Pada 18 Mei lalu, Ahmad Hanir yang mewakili perayu berhujah, hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila membenarkan semakan kehakiman oleh penulis buku tersebut dan penerbitnya. SUMBER : THE STAR TARIKH : 26 SEPTEMBER 2023 18
KENYATAAN MEDIA TARIKH : 03 OKTOBER 2023 SUMBER : BERITA HARIAN TARIKH : 3 OKTOBER 2023 SUMBER : UTUSAN MALAYSIA TARIKH : 3 OKTOBER 2023 DIHARAMKAN 3 OKTOBER 2023 | SELASA PUTRAJAYA Pengharaman penjualan penerbitan novel grafik bertajuk 'When I Was A Kid 3' oleh Cheeming Boey dilakukan kerana memudaratkan moral, kepentingan awam dan kepentingan negara dengan menimbulkan kebimbangan serta kegelisahan dalam kalangan masyarakat. Perintah Larangan itu diwartakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 283 bertarikh 25 September 2023 selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. KDN turut mengingatkan bahawa mana-mana pihak yang melanggar peruntukan Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. 19
SUMBER : CHINA PRESS TARIKH : 4 OKTOBER 2023 SUMBER : NANYANG SIANG PAU TARIKH : 10 OKTOBER 2023 SUMBER : GUANG MING DAILY TARIKH : 4 OKTOBER 2023 SUMBER : SIN CHEW DAILY TARIKH : 4 OKTOBER 2023 SUMBER : GUANG MING DAILY TARIKH : 4 OKTOBER 2023 SUMBER : NANYANG SIANG PAU TARIKH : 4 OKTOBER 2023 SUMBER : SIN CHEW DAILY TARIKH : 4 OKTOBER 2023 20
1 OKTOBER 2023 | AHAD CHERAS, KUALA LUMPUR Program KDN MADANI @ Bandar Tun Razak telah diadakan di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang bertujuan untuk mendekati masyarakat sekitar dalam usaha untuk menyampaikan informasi serta menyebar luas perkhidmatan Jabatan/Agensi di bawah KDN. Program ini telah dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri dan turut disertai oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, isteri YAB Perdana Menteri. Turut hadir adalah YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, KSU KDN, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, TKSU (K) serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN. BERITA NEGERI 21 PROGRAM KDN MADANI @BANDAR TUN RAZAK
Majlis Ramah Mesra YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri bersama warga KDN Sabah telah diadakan di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah. Majlis ini telah diadakan dengan tujuan untuk mendekatkan YB Menteri Dalam Negeri bersama warga KDN Negeri Sabah dalam menyampaikan amanat dan hasrat beliau kepada warga KDN. Majlis dimulakan dengan ucapan YB Menteri Dalam Negeri dan diteruskan dengan penyerahan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK), sesi Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ) serta penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK). Turut hadir YBhg Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, KSU KDN, YBhg. Dato' Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), YDH DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara, YBhg Datuk Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi bawah Kementerian Dalam Negeri di Sabah. 22 JEQ BERSAMA WARGA KDN NEGERI SABAH 16 OKTOBER 2023 | AHAD KOTA KINABALU, SABAH
Program JEQ anjuran Bahagian PK KDN telah melengkapkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh peserta Advance Leadership and Management Program (ALMP) telah diadakan bertempat di Masjid As-Syafie, Felda Gugusan Raja Alias, Jempol, Negeri Sembilan. Selain JEQ, ceramah berkaitan “Al-Qur'an di Malaysia” telah turut diadakan. Selain itu, masyarakat setempat berkesempatan untuk menukar Al-Qur'an yang tiada perakuan atau rosak kepada Al-Qur'an baru yang mempunyai perakuan KDN. Sesi pameran dan advokasi turut dijalankan dalam usaha memberi pendedahan kepada penduduk sekitar berkaitan teks serta bahan AlQur’an yang didapati mempunyai kesalahan di bawah akta. 23 JEQ LENGKAPKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT PROGRAM ALMP 16 OKTOBER 2023 | AHAD JEMPOL, NEGERI SEMBILAN
AKTIVITI PENGUATKUASAAN OPS BERSEPADU PEMERIKSAAN LESEN MESIN CETAK BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN KANGAR 02 OKTOBER 2023 | SELASA KANGAR, PERLIS Ops Mulia bersepadu PK KDN Perlis bersama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah diketuai oleh Encik Mohamed Alif bin Mohamed Zamri bersama 4 orang anggota PK KDN Perlis, mensasarkan premis pencetakan serta penerbitan di bawah AMCP 1984. Operasi telah dijalankan terhadap 4 premis dengan memeriksa profil perniagaan, status lesen, maklumat mesin dan penyimpanan dan pelupusan. OPERASI BERSEPADU LAWATAN PEMATUHAN BERSAMA JPN PERAK & PPD KERIAN PK KDN Perak telah mengadakan Ops Cota secara bersepadu memfokuskan penguatkuasaan ke atas pengawal keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak (PPD). Pemeriksaan telah dijalankan ke atas sejumlah 6 orang pengawal keselamatan di beberapa sekolah di sekitar Tanjung Piandang, Perak. 03 OKTOBER 2023 | RABU KERIAN, PERAK 24
OPS MULIA BERSEPADU PK KDN BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK DAN IPK SARAWAK PK KDN Sarawak telah mempergiat Ops Mulia di negeri Sarawak dengan melaksanakannya secara bersepadu bersama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Bahagian Ekstremis Sosial Cawangan Khas (E2) IPK Sarawak di bawah Akta Pencetakan Teks AlQur'an (APTQ) 1986. Hasil daripada ops ini, sebanyak 4 naskhah Al-Qur’an yang disyaki menyalahi APTQ 1986 diserahkan kepada PK KDN Sarawak untuk tindakan lanjut. 06 OKTOBER 2023 | JUMAAT KUCHING, SARAWAK PEMERIKSAAN ADUAN SALAH LAKU PENGAWAL KESELAMATAN DI BAWAH AAP 1971 Bertindak atas aduan, PK KDN Melaka telah menjalankan pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan di Taman Perumahan sekitar Alor Gajah, Melaka yang diketuai oleh Encik Azizul bin Lajis bersama 3 orang anggota penguatkuasa. Hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati seorang pengawal keselamatan bertugas adalah warganegara Pakistan dan pengawal keselamatan telah melakukan kesalahan etika arahan pemakaian seragam keselamatan. 09 OKTOBER 2023 | ISNIN ALOR GAJAH, MELAKA 25
PK KDN JOHOR PERGIAT OPS COTA BERSEPADU PK KDN Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian (AAP) 1971. Pemeriksaan ini turut melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Batu Pahat. Sebanyak 5 sekolah diperiksa di sekitar Batu Pahat. Hasil pemeriksaan mendapati 10 orang pengawal keselamatan telah lulus tapisan keselamatan dan mematuhi etika arahan pemakaian seragam keselamatan. 09 OKTOBER 2023 | SELASA BATU PAHAT, JOHOR OPS COTA BERSEPADU PK KDN SABAH OPS COTA bersepadu telah dijalankan melibatkan PK KDN Sabah bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) di beberapa hospital di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap 34 pengawal keselamatan warganegara Malaysia, hasil pemeriksaan didapati hanya 19 pengawal keselamatan lulus tapisan keselamatan dan seorang pengawal keselamatan gagal ujian saringan air kencing. 11 OKTOBER 2023 | RABU KOTA KINABALU, SABAH 26
OPS COTA BERSEPADU PK KDN KEDAH DAN AADK PK KDN Kedah telah melaksanakan Ops Cota bersepadu bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan tenaga Kerja. Ops ini mensasarkan pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan yang ditempatkan di kompleks kerajaaan sekitar Alor Setar, Kedah di bawah Akta Agensi Persendirian (AAP) 1971. Hasil pemeriksaan, kesemua pengawal keselamatan negatif ujian saringan air kencing. 09 OKTOBER 2023 | SELASA ALOR SETAR, KEDAH PK KDN TERENGGANU LAKSANA OPS COTA BERSEPADU BERSAMA JPN & AADK Ops Cota bersepadu telah dilaksanakan oleh PK KDN Terengganu bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Hospital Hulu Terengganu, Terengganu. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap 14 pengawal keselamatan warganegara Malaysia. Antara perkara yang diperiksa oleh PK KDN ialah tapisan keselamatan, kehadiran kursus Certified Security Guard (CSG), pemakaian pakaian seragam dan lain-lain manakala AADK telah menjalankan ujian saringan air kencing dan JPN memeriksa ketulinan kad pengenalan pengawal keselamatan. 11 OKTOBER 2023 | RABU TERENGGANU 27
OPS COTA BERSEPADU PK KDN PULAU PINANG & CGSO PK KDN Pulau Pinang telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Negeri Pulau Pinang di bawah Akta Agensi Persendirian (AAP) 1971. Operasi ini diketuai oleh Pengarah PK KDN Pulau Pinang iaitu Tuan Muhammad Hafizu bin Mohd. Bokhori dengan kekuatan seramai 5 orang penguatkuasa PK KDN. Operasi ini telah turut disertai oleh Pengarah CGSO Pulau Pinang. Dalam operasi ini dua (2) premis di Bukit Mertajam telah diperiksa melibatkan sejumlah 5 orang pengawal keselamatan. 11 OKTOBER 2023 | SELASA BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG OPS COTA BERSEPADU PK KDN SABAH & AADK DI KOTA KINABALU Ops Cota bersepadu telah dilaksanakan oleh PK KDN Sabah bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kota Kinabalu, Sabah. Operasi diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa, Encik Amdan bin Ibrahim. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap 16 pengawal keselamatan warganegara Malaysia. Hasil pemeriksaan mendapati 6 orang pengawal keselamatan telah lulus tapisan keselamatan, 6 tiada rekod dan seorang dalam proses tapisan keselamatan. 12 OKTOBER 2023 | KHAMIS KOTA KINABALU, SABAH 28
OPS COTA BERSEPADU RANCAK DI PULAU PINANG PK KDN Pulau Pinang telah menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigeresen Negeri Pulau Pinang di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Ops Cota yang dilaksanakan secara bersepadu ini menyasarkan pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan di sebuah pasaraya di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dalam pemeriksaan ini, sejumlah 15 orang pengawal keselamatan telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati tiada penemuan kesalahan berkaitan Akta dijumpai. 16 OKTOBER 2023 | ISNIN BAYAN LEPAS, PULAU PINNAG OPS COTA BERSEPADU PK KDN SELANGOR BERKOLABORASI BERSAMA AADK & JPN Ops Cota bersepadu telah dilaksanakan melibatkan PK KDN Selangor bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Hospital Shah Alam, Selangor. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap 78 pengawal keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Hasil pemeriksaan mendapati 52 orang pengawal keselamatan lulus tapisan keselamatan, 25 pengawal keselamatan tiada maklumat, seorang gagal tapisan keselamatan dan kesemua pengawal keselamatan negatif terhadap ujian saringan air kencing. 18 OKTOBER 2023 | RABU SHAH ALAM, SELANGOR 29
OPS COTA BERSEPADU DI KELANTAN Ops Cota secara bersepadu telah dilaksanakan oleh PK KDN Perak bersama Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Negeri Kelantan yang melibatkan pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 di Hospital Tanah Merah. Ops ini telah diketuai oleh Pengarah PK KDN Kelantan, Muhammad Afiq bin Abu Hassan. Seramai 52 orang pengawal keselamatan diperiksa dalam operasi ini. 16 OKTOBER 2023 | ISNIN TANAH MERAH, KELANTAN OPS COTA BERSEPADU PK KDN SELANGOR KOLABORASI BERSAMA AADK & JPN Ops Cota bersepadu telah dilaksanakan oleh PK KDN Selangor bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Hospital Shah Alam, Selangor. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap 78 pengawal keselamatan. Hasil pemeriksaan didapati 52 orang pengawal keselamatan lulus tapisan keselamatan, 25 pengawal keselamatan tiada maklumat, seorang gagal tapisan keselamatan dan kesemua pengawal keselamatan negatif terhadap ujian saringan air kencing. 18 OKTOBER 2023 | RABU SHAH ALAM, SELANGOR 30
PK KDN PAHANG PERGIAT OPS COTA BERSEPADU BERSAMA AADK & JPN Pengarah PK KDN Pahang, Tuan Syolahuddin bin Noor Azmi telah mengetuai Ops Cota bersepadu yang dilaksanakan oleh PK KDN Pahang bersama Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pahang di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.. Seramai 121 orang pengawal keselamatan diperiksa di dalam operasi ini. Hasil pemeriksaan mendapati seramai 16 pengawal keselamatan tiada tapisan keselamatan dan seramai 75 orang belum menghadari kursus CSG. 18 OKTOBER 2023 | RABU KUANTAN, PAHANG OPS COTA BERSEPADU PK KDN WPKL BERSAMA JIM Ops Cota bersepadu telah dilaksanakan oleh PK KDN WPKL bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) WPKL di beberapa premis resindensi sekitar Bangsar, Kuala Lumpur di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Hasil pemeriksaan mendapati 2 orang pengawal keselamatan warga India dan seorang warga Pakistan menyalahi AAP 1971 dan Akta Imigresen 1959. Pengawal tersebut diserahkan kepada pihak JIM untuk penahanan dan tindakan selanjutnya. 19 OKTOBER 2023 | KHAMIS BANGSAR, KUALA LUMPUR 31
PK KDN MELAKA MENELUSURI MASYARAKAT SETEMPAT 3 OKTOBER 2023 | SELASA SARIKEI, SARAWAK PK KDN SARAWAK MENGANJURKAN PROGRAM PEMULIAAN AL-QUR’AN 01 OKTOBER 2023 | AHAD BUKIT PALAH, MELAKA PK KDN Sarawak telah melaksanakan program pemuliaan teks dan bahan Al-Qur’an dengan kerjasama Lembaga Kebajikan Islam Sarikei dan Masjid-Masjid di sekitar Sarikei. Semasa program berkenaan, taklimat dan demonstrasi pelaksanaan pemulian Al-Qur'an turut dijalankan. Program Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) dan pameran telah dilaksanakan di Dataran Kompleks Islam Melaka. PK KDN Melaka telah menyampaikan maklumat berkenaan fungsi dan peranan PK kepada masyarakat setempat yang hadir. Penukaran AlQur’an yang tiada perakuan juga turut dilaksanakan. 32
33 4 OKTOBER 2023 | RABU KOTA BHARU, KELANTAN PK KDN Kelantan menjalani auditan senjata api dari Bahagian Pelesenan Senjata IPK Kelantan. Audit dibuat secara berkala bagi memastikan Bahagian PK sentiasa mematuhi SOP dan dapat menjalankan tugas dengan lebih efisien yang melibatkan senjata api. Penambahbaikan sistem pengurusan senjata api di bawah Akta Senjata Api 1971 turut dikongsikan kepada warga PK KDN Kelantan. PK KDN KELANTAN MENJALANI AUDIT SENJATA API 4 OKTOBER 2023 | RABU PEKAN, PAHANG PROGRAM ADVOKASI BERSAMA MASYARAKAT PEKAN PAHANG PK KDN Pahang menganjurkan program pameran mengenai AMCP 1984 dan APTQ 1986 bagi memberi kesedaran kepada masyarakat. Selain itu, Program Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) juga dilaksanakan bagi memberi peluang kepada orang awam untuk menukar Al-Qur'an yang lama dan lusuh serta tiada perakuan KDN kepada Al-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN.
4 OKTOBER 2023 | RABU PULAU PINANG KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN PENDAKWA RAYA PULAU PINANG Kunjungan hormat ke Pejabat TPR Pulau Pinang telah diketuai oleh Tuan Muhammad Hafizu Bin Mohd Bokhori, Dalam kunjungan tersebut, peranan dan fungsi Bahagian PK telah ditaklimatkan. Selain itu, turut dibincangkan adalah berkenaan kes-kes berkaitan AMCP 1984 dan APTQ 1986 serta kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi memantapkan pengendalian kes meliputi siasatan dan pendakwaan bagi Akta-akta yang dikuatkuasakan oleh Bahagian PK KDN. 7 OKTOBER 2023 | SABTU KLUANG, JOHOR PROGRAM WACANA HADITH DIRANCAKKAN DI NEGERI JOHOR Program Wacana Hadith dianjurkan oleh PK KDN Johor sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Tengah, Kluang. Selain advokasi berkenaan Garis Panduan dan Penerbitan Hadith, pameran Bahagian PK KDN serta Program Jom Exchange AlQur’an (JEQ) juga dilaksanakan bagi memeriahkan lagi majlis ini. 34
11 OKTOBER 2023 | SELASA KUANTAN, PAHANG PROGRAM WACANA HADITH DI KUANTAN PAHANG Program Wacana Hadith peringkat negeri Pahang telah diadakan di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Kuanta. Antara pengisian program ini ialah penyampaian ceramah bertajuk Panduan Penyemakan Sumber dan Status Hadith dan Hadith Dhaif serta Hukumnya oleh Profesor Dr Mohd Fauzi bin Mohd Amin, Pengerusi Lajnah Tahqiq Hadith KDN serta pameran berkaitan AMCP 1984 dan APTQ 1986. 10 OKTOBER 2023 | SELASA MERU, PERAK PK KDN PERAK MENYANTUNI JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN PERAK Sinergi antara PK KDN Perak dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Perak dijalinkan melalui kunjungan hormat yang diketuai oleh Pengarah PK KDN Negeri Perak, Tuan Arnajid bin Jimy. Kedua-dua pihak saling menerangkan fungsi dan matlamat serta membincangkan kerjasama yang boleh dibuat pada masa akan datang. Dengan kerjasama ini, peranan dan fungsi Jabatan masing-masing lebih mudah sampaikan kepada masyarakat setempat. 35
12 OKTOBER 2023 | KHAMIS KANGAR, PERLIS 12 OKTOBER 2023 | KHAMIS GELANG PATAH, JOHOR 2.5 TAN ABU AL-QUR’AN DIMULIAKAN DI JOHOR SEMINAR PENERBITAN TEKS AL-QUR'AN DAN RASM UTHMANI DI PERLIS Advokasi tentang sejarah dan perkembangan Al-Qur’an serta ceramah tentang kelebihan Surah Al-Fatihah disampaikan kepada para peserta. Selain itu, fungsi dan peranan PK KDN juga diterangkan kepada para peserta. Pameran melibatkan AMCP 1984 dan APTQ 1986 dilakukan bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih memahami dan cakna dalam kehidupan seharian. PK KDN Johor telah melakukan proses pemuliaan bahan dan Teks Al-Qur’an dengan kerjasama Myshred Mobile Sdn Bhd dan Jabatan Laut Wilayah Selatan Johor. Kesemua teks dan bahan Al-Qur’an yang dimuliakan adalah merupakan eksibit daripada 39 kes yang telah mendapat kelulusan lucuk hak daripada dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur’an (LPPPQ). 36
13 OKTOBER 2023 | JUMAAT SUBANG JAYA, SELANGOR MENDEKATI MASYARAKAT MELALUI PROGRAM JEQ PK KDN Selangor telah mengadakan program Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ) di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Selangor dalam usaha mendekati masyarakat untuk meningkatkan kesedaran mengenai Al-Qur’an dengan kelulusan. Antara intipati program ini ialah taklimat ''Ancaman Terhadap Al-Qur'an". Pameran dan advokasi turut dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada orang awam yang hadir berkenaan fungsi dan peranan Bahagian PK KDN selain membuat pertukaran Al-Qur’an yang lama, rosak dan tiada perakuan kepada Al-Qur’an dengan perakuan KDN. 14 OKTOBER 2023 | SABTU KUALA TERENGGANU, TERENGGANU PK KDN SERTAI SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI PENDAFTAN NEGARA 2023 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU PK KDN Terengganu menggiatkan lagi pameran dan advokasi kepada masyarakat setempat di Dewan Tungku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu dalam mendedahkan masyarakat berkenaan peranan dan fungsi PK KDN. Pameran ini diadakan bersempena dengan program MEKAR anjuran Jabatan Pendaftaran Negara selain sambutan Hari Pendaftaran Negara 2023. 37
13 OKTOBER 2023 | JUMAAT GEORGETOWN, PULAU PINANG 14 OKTOBER 2023 | SABTU MERSING, JOHOR PK KDN JOHOR SELAMI MASYARAKAT FELDA TENGGAROH 2 DEMI JEQ SINERGI PK KDN PULAU PINANG BERSAMA PEJABAT APM PULAU PINANG PK KDN Johor meneruskan usaha "Ke Arah Sifar AlQur'an Tiada Perakuan KDN" melalui JEQ bersempena program ‘Galaria Informasi dan Advokasi Penguatkuasa’ di Dewan Serbaguna Felda Tenggaroh 2 Mersing, Johor. Aktiviti ceramah dan pameran turut diadakan kepada masyarakat setempat bagi memberikan penerangan mengenai Akta yang dikuatkuasa oleh Bahagian ini. Dalam usaha menjalinkan kerjasama strategik bersama Jabatan/Agensi berkaitan, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh PK KDN Pulau Pinang kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengarah PK KDN Pulau Pinang, Tuan Muhammad Hafizu bin Mohd. Bokhori. Melalui kunjungan hormat ini, APM menyambut baik usaha PK KDN dan bersedia untuk memberikan kerjasama dalam merangka gerak kerja dan tugasan yang mendatang. Selain itu, topik mengenai latihan asas keselamatan, kawad kaki, dan pengurusan keselamatan semasa kecemasan dan bencana turut dibincangkan. 38
16 OKTOBER 2023 | ISNIN KUALA TERENGGANU, TERENGGANU TEKS DAN BAHAN AL-QUR’AN DIMULIAKAN DENGAN TERTIB PK KDN Negeri Terengganu dengan kerjasama JHEAT telah melaksanakan pemuliaan Al-Qur’an melibatkan teks serta bahan Al-Qur’an yang tidak mempunyai perakuan serta kelulusan dari pihak KDN. Pemuliaan ini melibatkan teks dan bahan Al-Qur’an yang telah mendapat arahan lucut hak daripada Lembaga Pengawalan Pelesenan dan Pencetakan Al-Qur’an (LPPPQ) serta Al-Qur’an yang lama, rosak dan tiada perakuan yang diperolehi melalui program JEQ. 19 OKTOBER 2023 | KHAMIS PK KDN MELAKA EKSIBIT MENYALAHI AMCP 1984 DILUPUSKAN PK KDN Melaka menjalankan pelupusan ekshibit yang telah mendapat perintah lucut hak daripada mahkamah di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. Sebanyak 25 bahan ekshibit telah melalui kaedah menggunting, mengoyak dan merincih. 39
21 OKTOBER 2023 | JUMAAT KUCHING, SARAWAK 19 OKTOBER 2023 | KHAMIS PULAU PINANG WACANA HADITH KDN TAHUN 2023 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAKLIMAT ANCAMAN TERHADAP PENERBITAN AL-QUR’AN PK Pulau Pinang telah melaksanakan Program Wacana Hadith Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023. Antara pengisian semasa program ini ialah ceramah adalah mengenai panduan penyemakan sumber dan status Hadith serta Hadith Mawdu’ dan hukumnya. Selain itu program JEQ dan pameran turut dijalankan. Program Jom Exchange Al-Qur'an telah diadakan di Auditorium Kampus IKMAS 2, IKMAS, Kuching. Antara intipati program ialah taklimat ''Ancaman Terhadap Al-Qur'an". Pameran dan advokasi turut dijalankan bagi memberi kesedaran kepada orang awam yang hadir berkenaan fungsi dan peranan Bahagian PK KDN serta mendedahkan masyarakat berkaitan pentingnya Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN. 40
PENGUKUHAN PK KDN 41 Seksyen Sumber Manusia (SSM) PK KDN Ibu Pejabat telah mengadakan Kursus Intervensi Aspirasi Budaya Kerja Tahun 2023 yang memfokuskan kepada pengukuhan berpasukan, elemen kerjasama dan persefahaman kepada semua peserta. Dengan selesainya kursus ini, semangat berpadu dapat diterapkan dengan lebih mendalam kepada kakitangan seiring dengan Ikrar BERPADU Bahagian PK KDN. 01-03 OKTOBER 2023 | AHAD-SELASA ULU SLIM, PERAK ASPIRASI BUDAYA KERJA DIPERTINGKATAN
42 Seksyen Penguatkuasaan dan Pematuhan (SPP) PK KDN Ibu Pejabat telah menganjurkan Kursus Pengukuhan dan Pemerkasaan Penguatkuasa Tahun 2023 di Carpe Diem Orchard Home, Serendah. Kursus ini telah disertai oleh seramai 28 orang anggota dan pegawai penguatkuasa yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman kepada pegawai penguatkuasa berkaitan teori dan latihan lapangan bagi aktiviti penguatkuasaan untuk menjalankan tugas dengan lebih efektif dan berkualiti. Objektif kursus ini ialah melahirkan anggota yang berilmu dan berdisiplin serta bersedia untuk menghadapi cabaran dan risiko semasa menjalankan tugas di lapangan. Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Dzulpadzli bin Sha'arin, Ketua Seksyen Penguatkuasaan dan Pematuhan (SPP), PK KDN. PENGUKUHAN JATI DIRI PENGUATKUASA KDN 13-15 OKTOBER 2023 | JUMAAT-AHAD SERENDAH, SELANGOR
Dalam usaha memantapkan lagi kompetensi Pegawai Penguatkuasa PK KDN, satu bengkel berkaitan telah diadakan bagi membincangkan dengan lebih fokus berkenaan modul-modul kursus bagi anggota penguatkuasa KDN. Bengkel ini telah melibatkan 12 orang pegawai dan anggota penguatkuasa daripada PK Ibu pejabat dan PK Negeri. Melalui bengkel ini, keperluan latihan dan peningkatan kemahiran serta pengetahuan pegawai dan anggota penguatkuasa PK KDN dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan telah dirancang. 43 PEMANTAPAN KOMPETENSI PEGAWAI PENGUATKUASA BAHAGIAN PK 17-18 OKTOBER 2023 | SELASA-RABU PUTRAJAYA
Weight Loss Challenge (WLC) 1 2 3 4 5 RED FOX WANITA RED FOX YELLOW DRAGON GREEN FIGHTER BLUE PHOENIX BLACK STALLION WHITE EAGLE 9-21 OKTOBER 2023 | ISNIN-JUMAAT PK KDN IBU PEJABAT SUKAN PK IBU PEJABAT - ‘PIALA SUB PK’ Sukan PK KDN Ibu Pejabat - Piala SUB PK dirancakkan lagi dengan penganjuran beberapa sukan ‘indoor games’ antaranya Weight Loss Challenge (WLC), Dart, Congkak dan Karom. Berikut adalah sorotan dari pertandingan yang berlangsung serta keputusan pertandingan. Dart YELLOW DRAGON LELAKI GREEN FIGHTER BLUE PHOENIX BLACK STALLION WHITE EAGLE 6 44
45 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 BLACK STALLION PASUKAN RED FOX YELLOW DRAGON GREEN FIGHTER BLUE PHOENIX WHITE EAGLE BLACK STALLION KAROM CONGKAK PASUKAN 6 RED FOX YELLOW DRAGON GREEN FIGHTER BLUE PHOENIX WHITE EAGLE 6
46 9- 21 OKTOBER 2023 PK IBU PEJABAT PK TERENGGANU PK SARAW PK K AK ELANTAN PK PERLIS PK KEDAH PK NEGERI SEMBILAN PK SABAH PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN PK KDN Menyemarakkan semangat kerjasama berkumpulan
47 PK PERAK PK KEDAH PK PAHANG PK PUlau PINANG PK SABAH PK JOHOR PK MELA PK PERAK KA PK SEL P ANGOR K johor
653 JUMLAH KESELURUHAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN 38 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI PINTU MASUK PINTU MASUK STATISTIK MINGGUAN (9-21 OKTOBER 2023) 1,785 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI LAPANGAN PROGRAM ADVOKASI LAPANGAN AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 AAP 1971 PEMERIKSAAN : 250 RAMPASAN : 981 NILAI RAMPASAN : RM3,635 KOMPAUN : RM5,000 SERBUAN : 10 PEMERIKSAAN : 718 NAZIRAN LMC : 12 NAZIRAN PP : 14 RAMPASAN : 129 NILAI RAMPASAN: RM479 SERBUAN : 5 PEMERIKSAAN : 392 RAMPASAN : 163 NILAI RAMPASAN : RM1,290 OPERASI : 32 PEMERIKSAAN : 320 NAZIRAN SYARIKAT : 32 PK TIADA TAPISAN : 311 PENGAWAL HARAM : 12 2,438 JEQ TAKLIMAT/ PAMERAN CERAMAH HEBAHAN MEDIA MASSA 14 7 3 14 JUmlah PROGRAM JUmlah PROGRAM AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 PEMERIKSAAN : 472 KONSAINAN : 204,951 PEMERIKSAAN : 91 KONSAINAN : 2,299 PEMERIKSAAN : 90 KONSAINAN : 2,298
Tahniah KEPADA Setinggi-tinggi Atas Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan bagi DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN (P.S.K) YBRS. TUAN NIK YUSAIMI BIN YUSSOF DARIPADA SELURUH WARGA BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI
UNIT INTEGRITI KEMENTERIAN DALAM NEGERI HADIRKAN DIRI Ketua Unit Integriti Kementerian Dalam Negeri Aras 6, Blok SP9, Kompleks Setia Perkasa, 62546 Putrajaya TELEFON 03-88852845/2846 ADUAN E-MEL [email protected] TOLERANSI SIFAR TERHADAP RASUAH LAPORKAN SEGERA!