The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN PK KDN VOL.34 (3-16 JULAI 2023) (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Seksyen Pengurusan Strategik SPS, 2023-07-28 21:33:55

BULETIN PK KDN VOL.34 (3-16 JULAI 2023) (1)

BULETIN PK KDN VOL.34 (3-16 JULAI 2023) (1)

BULETIN PK KDN Vol.34, 3 - 16 Julai 2023 Vol.34, 3 - 16 Julai 2023 RANCAK-RANCAK SEMAKAN AL-QUR'AN UNTUK PERAKUAN KDN WHAT MATTERS : PRINTING PRESSES AND PUBLICATIONS ACT KURSUS PEMANTAPAN KOMPETENSI PEGAWAI DALAM PENGUATKUASAAN 'SMART ENFORCEMENT'


02 PK KDN telah menyita pelbagai jenis peranti elektronik yang mengandungi filem tanpa Perakuan B serta bahan Al-Qur'an tanpa perakuan KDN bernilai RM61,890 dan menahan seorang lelaki berusia 30an di sebuah premis perniagaan di Kampung Seberang Takir di Kuala Terengganu. Dalam sidang media oleh YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, Setiausaha Bahagian PK KDN, rampasan ini adalah hasil daripada risikan dan pemantauan melalui platform e-dagang. 'Smart Enforcement' yang dilaksanakan oleh PK KDN Putrajaya bersama PK KDN Terengganu telah berjaya menyita 12 unit pemacu pena (pendrive) mengandungi 12,000 filem pelbagai tajuk, 28 unit kad memori mengandungi 12,040 filem pelbagai tajuk dan 25 unit pemain video disyaki digunakan untuk menonton filem terbabit. Selain itu, satu unit komputer riba mengandungi 2,000 filem pelbagai tajuk disita bersama satu unit cakera keras mengandungi 2,000 filem pelbagai tajuk. Turut disita ialah 25 unit kad memori mengandungi 30 juzuk ayat Al-Qur'an dan 25 unit radio elektronik. Sitaan melibatkan filem yang tiada perakuan B kerana kesalahan di bawah Akta Penapisan Filem (APF) 2002 manakala bahan Al-Qur'an elektronik yang tidak mempunyai perakuan KDN menerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur'an (LPPPQ) adalah merupakan kesalahan di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an (APTQ) 1986. 16 JULAI 2023  | AHAD KUALA TERENGGANU


03 SUMBER : BH ONLINE TARIKH : 16 JULAI 2023 SUMBER : BERNAMA TARIKH : 16 JULAI 2023 SUMBER : HARIAN METRO TARIKH : 16 JULAI 2023 SUMBER : ASTRO AWANI TARIKH : 16 JULAI 2023 SUMBER : SAMUDERA TARIKH : 16 JULAI 2023 SUMBER : HEAD TOPICS TARIKH : 16 JULAI 2023 SUMBER : LUMI TARIKH : 16 JULAI 2023 SUMBER : UTUSAN MALAYSIA TARIKH : 16 JULAI 2023


3 - 7 JULAI 2023  | ISNIN - JUMAAT PUTRAJAYA PK KDN Ibu Pejabat telah menganjurkan Kursus Pemantapan Kompetensi Pegawai Dalam Penguatkuasaan pada 3 hingga 7 Julai 2023 di Bilik Lavendar, Blok D9, Kompleks D, Putrajaya. Kursus ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK dan dihadiri oleh 11 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa PK KDN Gred KP41 dari seluruh Malaysia. Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan, memberi kefahaman dan memantapkan lagi pengetahuan Pegawai Penguatkuasaan berkaitan bidang tugas penguatkuasaan. Selain memfokuskan kepada pengetahuan serta kefahaman dalam penguatkuasaan, kursus ini turut mendedahkan Pegawai Penguatkuasa kepada tatacara pengurusan pejabat serta kewangan. Peserta kursus turut diberikan tugasan secara individu dan berkumpulan untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan di kalangan pegawai dalam menyempurnakan tugasan berkumpulan mahupun individu, kursus ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kompetensi pegawai. 04


05


06 Tuan Dzulpadzli bin Sha'arin, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Seksyen Penguatkuasaan Dan Pematuhan (SPP) PK KDN Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat PK KDN Selangor. Taklimat pengurusan telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Hilmi bin Said, Pengarah PK KDN Selangor. KPSU turut menyampaikan amanat kepada semua kakitangan mengenai pengoperasian terkini Bahagian. Selain itu, beliau turut melawat Pejabat Cawangan Pelabuhan Klang, Selangor bagi memantau pengoperasian aktiviti penguatkuasaan di pintu masuk. 10 JULAI 2023 | ISNIN SELANGOR


07 Jawatankuasa Penilaian Pelesenan dan Penerbitan (JKPPP) telah bermesyuarat untuk kali ke-10 bagi tahun 2023 yang bertujuan untuk menilai permohonan Lesen Mesin Cetak (LMC) dan Permit Penerbitan (PP) di bawah AMCP 1984. Pada mesyuarat kali ini, JKPPP telah membuat penilaian serta mengemukakan syor tindakan ke atas 89 bahan penerbitan yang ditahan di lapangan dan di pintu masuk negara. 11 JULAI 2023 | SELASA PK KDN PUTRAJAYA


ANTARA PENERBITAN DAN BAHAN PENERBITAN YANG DITAHAN DAN DIKENAKAN TINDAKAN TAHAN PENGHANTARSERAHAN 08 LULUS TAHAN PENGHANTARSERAHAN TOLAK PENGIMPORTAN keputusan JKPPP Bil. 10/2023 41 32 16 KEPUTUSAN JKPPP BIL.10/2023 BAHARU - 3 PERTUKARAN - 3 PEMBATALAN - 33 LESEN MESIN CETAK PERMIT PENERBITAN PERTUKARAN - 2


Seksyen Regulatori Penerbitan PK KDN Ibu Pejabat telah menganjurkan Kursus Speed Reading bertempat di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Kuala Lumpur. Tujuan kursus ini diadakan bagi mendedahkan serta memberi latihan berkenaan teknik kemahiran menganalisa bahan penerbitan dengan lebih efisien kepada Penguatkuasa KDN dalam menjalankan tugas penganalisaan bahan penerbitan. Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN. 13 JULAI 2023 | KHAMIS IBTM KUALA LUMPUR 06


13 JULAI 2023  | KHAMIS PK KDN PUTRAJAYA 09 Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadith atau Lajnah Tahqiq Hadith telah bermesyuarat untuk kali kedua dalam tahun ini di Bilik Mesyuarat Murni, PK KDN Ibu Pejabat Putrajaya. Pada mesyuarat ini, seramai 12 ahli telah hadir bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan hadith. Jawatankuasa atau Lajnah ini berperanan dalam menyemak dan menentukan kesahihan sumber hadith dalam usaha untuk mengekang penyebaran hadith-hadith palsu ataupun tidak benar kepada masyarakat. Satu garis panduan berkaitan kesahihan hadith telah dimuatnaik dalam Portal KDN. Garis panduan ini dibangunkan sebagai manfaat kepada semua penulis dan penerbit dalam menjaga kedudukan dan kemuliaan hadith.


16-20 JUN 2023  | JUMAAT- RABU PULAU PINANG 10 Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Qur'an atau Lajnah Tasheh Al-Qur'an telah bersidang untuk kali kedua untuk tahun ini di Pulau Pinang dengan dihadiri oleh seramai 30 orang Ahli Lajnah. Dalam mesyuarat kali ini sejumlah 16 permohonan telah disemak dan diperiksa merangkumi teks Al-Qur'an selain bahan Al-Qur'an untuk diperakukan sebelum ianya dibawa kepada Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur'an (LPPPQ) untuk kelulusan.


11 Seksyen Khidmat Pengurusan (SKP) PK KDN telah mengadakan Kursus Pentadbir HRMIS untuk tahun 2023 kepada semua Pentadbir HRMIS PK Ibu Pejabat dan Negeri di Kuala Terengganu pada 14 hingga 16 Julai 2023. Kursus ini diadakan khusus kepada semua pentadbir HRMIS iaitu Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir yang berperanan dalam mengendali dan mengemaskini pelaporan dalam sistem HRMIS. Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KDN bagi mengatasi permasalahan serta kemusykilan para pentadbir dalam isu-isu berkaitan sistem HRMIS. Majlis Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN. 14-16 JULAI 2023  | JUMAAT- AHAD TERENGGANU


12 12 JULAI 2023  | RABU TRAXX FM, RTM Satu temubual secara live streaming telah berlangsung di Radio Traxx FM melalui segmen What Matters dengan topik "Printing Presses And Publications Act" bersama Puan Norhanita Kayat, KPSU Seksyen Regulatori Penerbitan PK KDN dan Pengarah PK KDN WPKL, Tuan Mohammad Amir bin Azizan. Temubual ini bertujuan bagi memberikan penerangan kepada para pendengar mengenai Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan garis panduan penerbitan, permit penerbitan serta lesen mesin cetak. Selain itu, temubual ini turut menyelitkan pengenalan fungsi dan peranan Bahagian PK KDN serta isu serta cabaran dalam mengawalselia dan penguatkuasaan AMCP 1984. BERITA NEGERI


AKTIVITI PENGUATKUASAAN OPS MULIA PK KDN SELANGOR 4 JULAI 2023 | SELASA KLANG, SELANGOR 13 Barangan perhiasan bernilai RM1,830 telah dirampas dalam Ops Mulia yang dijalankan sekitar Klang selepas didapati menyalahi Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an (APTQ) 1986. Ops ini mensasarkan dua premis yang menjual bahan Al-Qur'an berbentuk perhiasan berdasarkan aduan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Antara barang yang dirampas ialah 3 naskhah AlQur'an tiada perakuan KDN dan 15 unit bingkai hiasan ayat Al-Qur'an.


PEMERIKSAAN KALIGRAFI KHAT DI TERENGGANU PK KDN Terengganu telah membuat pemeriksaan ke atas kaligrafi khat di masjid-masjid sekitar daerah Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu bersama Pejabat Agama Daerah. Pemeriksaan terhadap kaligrafi khat ini memfokuskan kepada hiasan di dinding-dinding masjid yang menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an (APTQ) 1986. Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, terdapat beberapa kesalahan pada ayat Al-Qur'an di bingkai-bingkai hiasan masjid. Susulan itu, Ahli Jawatankuasa Masjid diminta untuk menurunkan bingkai-bingkai yang mengandungi kesalahan dengan segera. 24-13 JULAI 2023 | SELASA-KHAMIS TERENGGANU 14


SERANTAAN PK KDN WPKL DI KLFM Pengarah PK KDN WPKL, Tuan Muhammad Amir bin Azizan telah bersiaran secara langsung di KLFM. Sesi bual bicara ini diadakan dalam usaha bagi mendekati masyarakat dan mempublisitikan fungsi serta peranan Bahagian PK KDN. Beliau juga turut menyentuh mengenai akta-akta yang dikuatkuasakan oleh Bahagian ini. 04 JULAI 2023  | SELASA TERENGGANU PROGRAM JEQ PK KDN TERUS RANCAK DI TERENGGANU 03 JULAI 2023  | ISNIN KUALA LUMPUR Program JEQ PK KDN Terengganu terus dirancakkan dalam usaha memastikan orang awam dapat menukar Al-Qur'an yang tiada perakuan KDN, lusuh atau rosak kepada Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN. Selain itu, program pameran dan advokasi mengenai peranan dan fungsi Bahagian PK KDN serta akta-akta yang dikuatkuasakan oleh Bahagian ini turut disampaikan kepada masyarakat. 15


05 JULAI 2023 | RABU JOHOR PK KDN JOHOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI AGAMA JABATAN PENJARA SIMPANG RENGGAM PK KDN Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Agama Jabatan Penjara Simpang Renggam, Ustaz Syamsul Rizal bin Mohd Rozali. Ianya bertujuan bagi merangka jalinan kolaborasi Program JEQ dan Program Pemuliaan Al-Qur'an. Selain itu, sebanyak 10 naskah Al-Qur'an yang tiada perakuan KDN serta rosak turut diserahkan kepada Pengarah PK KDN Johor, Tuan Mohd Nashuddin bin Daud ketika kunjungan hormat ini. 16 05 JULAI 2023  | RABU KLANG, SELANGOR PK KDN SELANGOR MENDIDIK MASYARAKAT Program Jom Exchange Al-Qur'an telah diadakan oleh PK KDN Selangor bersempena dengan Program Membudayakan Kemuliaan Al-Qur'an anjuran Pejabat Agama Islam Petaling Jaya. Pengarah PK KDN Selangor, Tuan Ahmad Hilmi bin Said turut menyampaikan ceramah yang bertajuk "Ancaman Al-Qur'an Yang Tiada Perakuan KDN" bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan pentingnya membaca Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN.


17 08 JULAI 2023 | SABTU SARAWAK PROGRAM PEMULIAAN BAHAN/TEKS AL-QUR'AN PK KDN SARAWAK Sebanyak 360 teks Al-Qur'an dan 110 surah Yasin dengan anggaran berat 700kg telah dilupuskan dalam Program Pemuliaan Bahan/Teks Al-Qur'an anjuran PK KDN Sarawak. Kesemua barang kes dilupuskan dengan cara meracik helaian demi helaian supaya ayat Al-Qur'an tidak jelas kelihatan untuk proses pemuliaan seterusnya. 06 JULAI 2023  | KHAMIS KENINGAU, SABAH PK KDN SABAH ANJUR PROGRAM HIFZ QUR'AN TAHUN 2023 Program Hifz Qur'an Tahun 2023 anjuran PK KDN Sabah telah diadakan di Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah. Tujuan utama program diadakan bagi memafhumi para peserta program bagi mengetahui dasar dan peraturan KDN dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan AlQur'an di negara ini.


08 JULAI 2023  | SABTU TERENGGANU PK KDN TERENGGANU DEKATI MASYARAKAT MELALUI PROGRAM JEQ Seiring "Ke Arah Sifar Al-Qur'an Tiada Perakuan KDN", PK Terengganu telah merancakkan Program JEQ di Kuala Terengganu. Dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan kepentingan membaca Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN, orang awam turut diberi kesempatan untuk menukar Al-Qur'an yang tiada perakuan atau rosak kepada Al-Qur'an baru dengan perakuan KDN. Sesi pameran dan advokasi turut dijalankan. 18 08 JULAI 2023  | SABTU MELAKA PROGRAM LATIHAN MENEMBAK PK KDN MELAKA ASAH KEMAHIRAN PENGUATKUASA Program Latihan Menembak Tahun 2023 PK KDN Melaka telah diadakan di Lapang Sasar IPK Melaka. Latihan menembak ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran serta kecekapan anggota penguatkuasa dalam pengendalian dan penggunaan senjata api serta tembakan mengenai sasaran.


19 10 JULAI 2023 | ISNIN NEGERI SEMBILAN PK KDN Negeri Sembilan diketuai Pengarahnya, Tuan Mohamad Ridzuan bin Yusof telah mengadakan sesi taaruf bersama Ahli Lajnah Tasheh Al-Qur'an Negeri Sembilan. Dapatan daripada program ini, komunikasi dua hala dalam memahami peranan penting Bahagian PK dan Ahli Lajnah Tasheh Al-Qur'an dapat dibincangkan bagi membanteras AlQur'an yang tiada perakuan KDN dalam kalangan masyarakat. Selain itu, kolaborasi program dan aktiviti turut dirangka dan diperhalusi bagi masa akan datang. TAARUF PK KDN NEGERI SEMBILAN BERSAMA AHLI LAJNAH TASHEH AL-QUR'AN, NEGERI SEMBILAN 12 JULAI 2023  | RABU NEGERI SEMBILAN JALINAN SINERGI PK KDN NEGERI SEMBILAN BERSAMA JPPM Pengarah PK KDN Negeri Sembilan, Tuan Mohamad Ridzuan bin Yusof bersama pegawainya telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendaftaran Dan Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Sembilan bagi membincangkan gerak kerja yang dapat dijalinkan bersama dalam aktiviti penguatkuasaan. Dengan adanya kolaborasi antara kedua-dua pihak ini, program pameran dan advokasi juga dapat dilakukan dengan lebih mantap dan berkesan.


20 12 JULAI 2023  | RABU PERAK PROGRAM LATIHAN MENEMBAK PK KDN PERAK TAHUN 2023 PK KDN Perak telah melaksanakan Program Latihan Menembak Tahun 2023 kepada seluruh anggota penguatkuasa negeri. Objektif utama program ini diadakan adalah bagi memastikan anggota terdedah dengan penggunaan senjata api, keselamatan pengendalian, undang-undang berkaitan dan latihan untuk mengasah kemahiran menembak statik. PK KDN Sarawak pergiat program pameran dan advokasi di pawagam mengenai Akta Penapisan Filem 2002. Langkah proaktif diambil bagi memafhumi masyarakat mengenai lima pengelasan klasifikasi filem baharu iaitu U, P12, P13, P16 dan P18. Klasifikasi filem yang mula berkuatkuasa mulai 1 Februari 2023 bertujuan untuk menambah baik klasifikasi filem yang sedia ada dan menggalakkan ibu bapa agar lebih bertanggungjawab dalam membimbing anakanak memilih kandungan filem yang sesuai untuk ditonton. 15 JULAI 2023  | SABAH SARAWAK LANGKAH PROAKTIF PK KDN SARAWAK PAMERAN DAN ADVOKASI DI PAWAGAM


15 JULAI 2023  | SABTU SABAH KURSUS PENGUKUHAN PK KDN SABAH MANTAPKAN SEMANGAT BERPADU PK KDN Sabah telah mengadakan Kursus Pengukuhan Pasukan yang memfokuskan kepada elemen kerjasama dan persefahaman kepada semua peserta. Dengan selesainya kursus ini, semangat berpadu dapat diterapkan dengan lebih mendalam kepada kakitangan seiring dengan Ikrar BERPADU Bahagian PK KDN. 21 PENGUKUHAN PK KDN


3 - 16 JULAI 2023 PK IBU PEJABAT PK JOHOR PK KELANTAN PK SARAWAK 22 PK TERENGGANU PK PERLIS PENGUKUHAN PK KDN Menyemarakkan semangat berpadu seluruh negara


23 PK KEDAH PK SABAH PK SARAWAK PK melaka PK KELANTAN PK PAHANG


24 403 JUMLAH KESELURUHAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN 23 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI PINTU MASUK PINTU MASUK STATISTIK MINGGUAN (3 - 16 JULAI 2023) 1,284 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI LAPANGAN PROGRAM ADVOKASI LAPANGAN AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 AAP 1971 SERBUAN : 12 PEMERIKSAAN : 157 RAMPASAN : 547 NILAI RAMPASAN: RM36,350 KOMPAUN : RM1,000 SERBUAN : 4 PEMERIKSAAN : 572 NAZIRAN LMC : 18 NAZIRAN PP : 14 RAMPASAN : 109 NILAI RAMPASAN: RM745 SERBUAN : 8 PEMERIKSAAN : 273 RAMPASAN : 97 NILAI RAMPASAN: RM34,155 PEMERIKSAAN : 199 NAZIRAN SYARIKAT : 27 PK TIADA TAPISAN : 98 1,687 JEQ TAKLIMAT/ PAMERAN CERAMAH HEBAHAN MEDIA MASSA 7 5 5 6 JUmlah PROGRAM JUmlah PROGRAM AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 PEMERIKSAAN : 273 KONSAINAN : 82,364 PEMERIKSAAN : 65 KONSAINAN : 1,784 PEMERIKSAAN : 65 KONSAINAN : 1,784


BERLAWANAN DENGAN UNDANG-UNDANG Mengandungi unsur yang bertentangan dan berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan, mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri termasuk kaedah dan peraturan mahupun fatwa rasmi yang dikeluarkan 5 MEMUDARATKAN KESELAMATAN Mengandungi unsur menyentuh sensitiviti dalam Perlembagaan Persekutuan, hasutan, fahaman atau ideologi yang bertentangan dan kenyataan palsu dan salah sehingga mengancam keselamatan negara 3 MEMUDARATKAN KEPENTINGAN AWAM 6 MEMUDARATKAN KEMORALAN Mengandungi perkara yang mengikut rupa, bentuk dan perlakuan atau dengan apa-apa cara yang boleh membayangkan kata-kata atau idea-idea yang lucah, mengghairahkan atau selainnya yang bertentangandengan kesopanan awam 2 MEMUDARATKAN KEPENTINGAN NEGARA Mengandungi unsur yang boleh memudaratkan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. 7 HASIL Penerbitan Tidak Diingini MEMUDARATKAN KETENTERAMAN AWAM MENGGEMPARKAN FIKIRAN ORANG RAMAI Mengandungi perkara yang tidak berasas, palsu atau menyalahi fakta dan boleh menimbulkan kekeliruan, keraguan, kegelisahan atau ketakutan orang ramai Mengandungi apa-apa bentuk laporan, artikel, rencana, gambar, ilustrasi atau kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan masyarakat atau kepercayaan agama 4 Ertinya apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi apaapa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mengikut apa-apa jua cara memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara. HASIL PENERBITAN TidAK DIINGINI SEKSYEN 7(1) AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 Mengandungi unsur menggalakkan keganasan, permusuhan, pecah keamanan, kebencian termasuk ajaran atau fahaman yang bercanggah dengan Agama 1 BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN (PK) KEMENTERIAN DALAM NEGERI


SEKSYEN 7(1) AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 Mengandungi apa-apa jua perkara yang mengikut rupa, bentuk dan perlakuan atau dengan apa-apa cara yang boleh membayangkan kata-kata atau idea-idea yang lucah, mengghairahkan atau selainnya yang bertentangan dengan kesopanan awam, nilai-nilai murni, tatasusila masyarakat dan pegangan agama. HASIL PENERBITAN YANG MEMUDARATKAN ATAU MUNGKIN MEMUDARATKAN KEMORALAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN (PK) KEMENTERIAN DALAM NEGERI


SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH 01 POLISI ANTIRASUAH POLISI PENERIMAAN HADIAH 02 POLISI YANG 4BERKUAT KUASA BERKUAT KUASA AMBIL TAHU HAYATI 03 POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT POLISI KONFLIK KEPENTINGAN 04 AMALKAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN POLISI UTAMA


TALIAN HOTLINE PK KDN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 03-88893145 Aduan, pertanyaan dan maklum balas boleh disalurkan ke TALIAN HOTLINE PK KDN dan saluran sedia ada [email protected]


Click to View FlipBook Version