The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN PK KDN VOL.33 (19JUN- 2 JULAI 2023) (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Seksyen Pengurusan Strategik SPS, 2023-07-07 10:00:15

BULETIN PK KDN VOL.33 (19JUN- 2 JULAI 2023) (1)

BULETIN PK KDN VOL.33 (19JUN- 2 JULAI 2023) (1)

BULETIN PK KDN Vol.33, 19 Jun - 2 Julai 2023 Vol.33, 19 Jun - 2 Julai 2023 RANCAK-RANCAK PK KDN SEDIA KUATKUASAKAN AKTA PERTUBUHAN 1966 PEMERKASAAN STRATEGIK PACU HALA TUJU PK KDN PERANAN PK DI BSI DAN KSAB DIPANTAU


SUB PK telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Bahagian PK KDN Bil 2/2023 yang dihadiri oleh pegawaipegawai kanan PK KDN serta Pengarah PK KDN Negeri. Lapan pembentangan berkaitan pemantapan serta pemerkasaan fungsi dan peranan Bahagian termasuk kertas cadangan telah dibincangkan. SUB PK turut menegaskan agar pegawai-pegawai kanan serta Pengarah PK KDN Negeri supaya mempunyai kefahaman yang sama agar segala mesej yang disampaikan difahami oleh setiap anggota di Bahagian PK KDN seluruh negara. Selain itu, pada mesyuarat ini juga telah diadakan penyerahan sijil penurunan kuasa beserta kad kuasa di bawah Seksyen 3B (1) Akta Pertubuhan 1966 daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) melalui SUB PK kepada Pengarah PK KDN Negeri. 22-24 JUN 2023  | KHAMIS-SABTU JOHOR BAHRU 02


22 JUN 2023  | KHAMIS JOHOR BAHRU YBrs. Tuan Nik Yusaimi Yussof, SUB PK KDN telah mengadakan lawatan kerja ke selatan iaitu Pejabat PK Negeri Johor di Setia Tropika, Pejabat Cawangan PK KDN di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau pengoperasian aktiviti penguatkuasaan di PK KDN Johor selain bertemu dengan semua kakitangan PK KDN Johor dan cawangan di dalam misi berpadu melaksanakan penguatkuasaan yang cekap dan adil. PEJABAT PK KDN JOHOR 03


0408 PEJABAT PK KDN BSI PEJABAT PK KDN KSAB 04


05 Jawatankuasa Penilaian Pelesenan dan Penerbitan (JKPPP) telah bersidang untuk kali ke 8 dan 9 bagi tahun 2023 yang bertujuan untuk menilai permohonan Lesen Mesin Cetak (LMC) dan permit penerbitan di bawah AMCP 1984. Selain itu, Jawatankuasa ini turut membuat penilaian serta mengemukakan syor tindakan ke atas 86 bahan penerbitan yang ditahan di lapangan dan di pintu masuk negara. 20 & 26 JUN 2023 | SELASA & ISNIN PK KDN PUTRAJAYA


LULUS BERSIH TAHAN PENGHANTARSERAHAN SYOR PERINTAH LARANGAN TOLAK PENGIMPORTAN RAYUAN ANTARA PENERBITAN DAN BAHAN PENERBITAN YANG DITAHAN DAN DIKENAKAN TINDAKAN TOLAK PENGIMPORTAN keputusan JKPPP Bil. 8-9/2023 19 43 13 3 KEPUTUSAN JKPPP BIL.8 & 9 /2023 BAHARU - 3 PERTUKARAN - 11 PEMBATALAN - 31 LESEN MESIN CETAK PERMIT PENERBITAN BAHARU - 3 PERTUKARAN - 5 PEMBATALAN - 4 8 06


Satu majlis rasmi Penyerahan Sijil Penurunan Kuasa serta Kad Kuasa JPPM kepada Pegawai Penguatkuasa Bahagian PK KDN telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Nawardi bin Saad, Ketua Pengarah JPPM. Tuan Dzulpadzli bin Sha'arin, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Penguatkuasaan dan Pematuhan, PK KDN telah hadir mewakili PK KDN untuk menerima sijil penurunan kuasa serta kad kuasa tersebut. Sijil penurunan kuasa serta kad kuasa ini seterusnya telah diedarkan kepada pegawai-pegawai yang dilantik di PK KDN seluruh negara untuk dikuatkuasakan. 8 JUN 2023  | SELASA JPPM KDN PUTRAJAYA 07


PK KDN Kedah telah turut serta dalam Program KDN Madani bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan mengadakan pameran dan advokasi bagi memberi pengetahuan serta menyampaikan maklumat mengenai Program JEQ yang telah dilancarkan oleh PK KDN kepada masyarakat di Sungai Petani, Kedah. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan masyarakat setempat dengan warga KDN, disamping memberikan kesedaran berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam di dalam komuniti. BERITA NEGERI 06-08 JUN 2023 | SELASA-KHAMIS SG. PETANI, KEDAH 08


14 PK KDN Perlis telah merampas beberapa helai pakaian dan topi yang menyalahi AMCP 1984 selepas membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis menjual pakaian sekitar Kangar, Perlis. Operasi yang diketuai oleh Encik Mohamed Alif bin Mohamed Zamri bersama-sama 4 orang anggota penguatkuasa merampas bahan penerbitan tersebut kerana didapati telah melanggar Seksyen 7(1) AMCP 1984 . AKTIVITI PENGUATKUASAAN PAKAIAN DAN TOPI MENYALAHI AMCP 1984 DIRAMPAS 21 JUN 2023 | RABU KANGAR, PERLIS 09


OPS COTA BERSEPADU RANCAK DI NEGERI PAHANG PK KDN Pahang telah mengadakan operasi bersepadu bersama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan menjalankan pemeriksaan terhadap pengawal keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Ops Cota yang dilaksanakan secara bersepadu ini menyasarkan pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah-sekolah di daerah Kuala Lipis, Pahang. Daripada pemeriksaan yang dijalankan mendapati pengawal keselamatan yang bertugas tiada tapisan keselamatan serta tidak mematuhi syarat pemakaian seragam pengawal keselamatan. 20-21 JUN 2023 | ISNIN- SELASA KUALA LIPIS, PAHANG 10


PK SARAWAK TERUSKAN KERANCAKAN OPS COTA BERSEPADU 22 JUN 2023 | KHAMIS BINTULU, SARAWAK PK KDN Sarawak telah mengadakan Ops Cota bersepadu mensasarkan pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian (AAP) 1971 bersama KPM, JPN dan PPD Bintulu di Sarawak. Pemeriksaan diketuai oleh Encik Abdul Hadi bin Zulaihi, Penolong Pegawai Penguatkuasa PK KDN Sarawak. Hasil pemeriksaan mendapati seramai 10 orang pengawal keselamatan tiada maklumat tapisan keselamatan. OPS COTA BERSEPADU TERUS RANCAK DI BINTULU Ops Cota secara bersepadu telah dijalankan melibatkan PK KDN Sarawak bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangau, Pejabat Pendidikan Negeri Sarawak (JPN) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTM) Sarawak di daerah Selangau, Sarawak menjalankan pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian (AAP) 1971. PK KDN Sarawak telah mengambil tindakan terhadap majikan berkaitan kesalahan yang ditemui termasuk keperluan menghantar pengawal keselamatan untuk menjalani kursus Certified Security Guard (CSG) bagi pengawal keselamatan tempatan. 21 JUN 2023 | SELASA SELANGAU, SARAWAK 11


RAMPASAN BERNILAI RM1,085 DALAM OPS MULIA BERSEPADU DI PAHANG 23 JUN 2023 | JUMAAT TEMERLOH, PAHANG Ops Mulia bersepadu PK KDN Pahang bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh yang diketuai oleh Encik Mohd Lotnapi bin Jusoh, memfokuskan kepada penjualan penerbitan serta bahan Al-Qur'an di bawah AMCP 1984 & APTQ 1986. Ops telah dijalankan terhadap tiga premis yang menjual penerbitan dan bahan Al-Qur'an. Hasil daripada Ops tersebut, pasukan operasi telah merampas barangbarang yang dianggarkan bernilai RM1,085 kerana menyalahi AMCP 1984 & APTQ 1986. OPS COTA BERSEPADU DI PERAK Ops Cota secara bersepadu telah dilaksanakan oleh PK KDN Perak bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk, Perak melibatkan pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. 25 JUN 2023 | AHAD BAGAN DATUK, PERAK 12


RM3,075 NILAI RAMPASAN OPS SERBUAN PK KDN PULAU PINANG PK KDN Pulau Pinang telah mengadakan Ops serbuan di sebuah premis menjual filem di bawah Akta Penapisan Filem (APF) 2002. Operasi ini turut disertai oleh Pengarah PK KDN Pulau Pinang iaitu Tuan Muhammad Hafizu bin Mohd Bokhori. Dalam serbuan tersebut, pasukan operasi telah merampas sejumlah 615 filem DVD pelbagai tajuk yang tiada perakuan B yang menyalahi Seksyen 18 APF 2002 dengan nilai rampasan berjumlah RM3,075 . 26 JUN 2023 | ISNIN KEPALA BATAS, PULAU PINANG 13


PK KDN JOHOR PERGIAT OPS COTA BERSEPADU BERSAMA JIM Ops Cota bersepadu telah dilaksanakan oleh PK KDN Johor bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor di beberapa premis sekitar Johor Bahru, Johor di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Hasil pemeriksaan mendapati seorang pengawal keselamatan warga Nigeria menyalahi AAP 1971 dan Akta Imigresen. Pengawal tersebut diserahkan kepada pihak JIM untuk penahanan dan tindakan selanjutnya. 27 JUN 2023 | SELASA JOHOR BAHRU 14


LATIHAN MENEMBAK MANTAPKAN KOMPETENSI PENGUATKUASA KENDALI SENJATA API PK Negeri Sembilan telah menganjurkan Latihan Menembak kepada seluruh anggota penguatkuasa negeri. Latihan ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran serta kecekapan anggota peguatkuasa dalam menggunakan senjata serta pengendalian senjata api. 20 JUN 2023  | SELASA TERENGGANU PK TERENGGANU METERAI KERJASAMA MEMANTAU TULISAN KHAT DI MASJID BERSAMA JHEAT Perbincangan Mengenai Tulisan Kaligrafi (KHAT) bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah diadakan. Ianya bertujuan untuk membincangkan tulisan khat yang terdapat di masjidmasjid sekitar Terengganu. Hasil perbincangan bersama, mesyuarat bersetuju bagi menjalankan pemantauan secara berjadual bersama Bahagian Pengurusan Masjid dan Bahagian Penyelidikan bagi mengenal pasti kaligrafi yang mempunyai kesalahan. 15 20 JUN 2023  | SELASA NEGERI SEMBILAN


21 JUN 2023 | RABU PAHANG PK PAHANG LUNCURKAN PROGRAM JEQ DI UITM Program Jom Exchange Al-Qur'an telah diadakan di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Antara intipati program ialah taklimat ''Ancaman Terhadap Al-Qur'an". Pameran dan advokasi turut dijalankan bagi memberi kesedaran kepada orang awam yang hadir berkenaan fungsi dan peranan Bahagian PK KDN serta mendedahkan masyarakat berkaitan pentingnya AlQur'an yang mempunyai perakukan KDN. 20 JUN 2023  | SELASA KELANTAN PK KELANTAN ANJUR LATIHAN MENEMBAK Latihan Menembak Siri 1 / 2023 telah diadakan di Lapang Sasar Persatuan Menembak Kelantan bagi semua anggota penguatkuasa negeri. Latihan menembak ini diadakan bagi tujuan mengekalkan kemahiran dalam prinsip menembak dan mengekalkan disiplin ketika menggunakan senjata api. Latihan juga merangkumi pengendalian komponen & fungsi senjata api serta asas menembak pistol. 16


22 JUN 2023 | KHAMIS PAHANG PK PAHANG MEMAFHUMI MASYARAKAT 22 JUN 2023  | KHAMIS SABAH PK SABAH ANJUR PROGRAM WACANA HADITH PERINGKAT NEGERI 2023 PK Sabah telah melaksanakan Program Wacana Hadith Peringkat Negeri Tahun 2023. Seramai 48 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada badan persekutuan dan negeri, pengajian tinggi serta pendidikan. Taklimat berkenaan wacana hadith tersebut telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Najahuddin bin Lateh iaitu salah seorang Ahli Lajnah Tahqiq Hadith, KDN. PK Pahang telah mengadakan ceramah berkaitan Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 bersempena program Pelupusan Al-Qur'an anjuran Pejabat Agama Islam Pahang. Selain itu, pameran dan advokasi turut dijalankan dalam usaha memafhumi masyarakat berkaitan kesalahan yang biasa ditemui di lapangan di bawah APTQ 1986 dan AMCP 1984. 17


24 JUN 2023 | SABTU SABAH PK Sabah telah menyambut baik jaringan kerjasama strategik bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sabah (JPPM) dan SPRM Sabah. Wakil daripada PK Sabah turut menyampaikan taklimat kesedaran mengenai kepentingan melantik perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan KDN serta fungsi dan peranan Bahagian kepada para peserta seminar yang terdiri daripada wakil pertubuhan penduduk sekitar Kota Kinabalu Sabah. 26 JUN 2023  | ISNIN PUTRAJAYA PERBINCANGAN BERKAITAN ADUAN PENCETAKAN MUSHAF TAJWID BERWARNA Satu perbincangan berkaitan aduan pencetakan mushaf tajwid berwarna telah dihadiri YBrs. Tuan Nik Yusaimi Yussof, SUB PK KDN dan pegawai-pegawai kanan bersama Seksyen Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Putrajaya. Perbincangan ini diadakan bertujuan bagi menyelaras isu mengenai pertikaian mushaf Al-Qur'an tajwid berwarna dan aduan yang diterima oleh KPDNHEP berkaitan isu ini. JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK PK SABAH BERSAMA JPPM DAN SPRM SABAH 18


26 JUN 2023 | ISNIN JOHOR PK Johor bersama-sama Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Laut Wilayah Selatan dan Jabatan Mufti Negeri Johor telah menyempurnakan proses pemuliaan AlQur'an di perairan Tanjung Piai, Johor. Sebanyak 2.5 tan kiub debu Al-Qur'an telah dilarutkan. Program ini merupakan tindakan proaktif dalam memberikan pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kaedah pemuliaan Al-Qur'an yang betul sekaligus memelihara kesucian ayat-ayat suci AlQur'an pada setiap masa. 27 JUN 2023  | SELASA SABAH KURSUS RESENSI BUKU PK SABAH PK Sabah telah melaksanakan Kursus Resensi Buku kepada seluruh anggota penguatkuasa negeri. Objektif utama kursus ini adalah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan anggota mengenai cara atau kaedah yang bertepatan ketika proses resensi buku bagi melancarkan tindakan kajian penerbitan. Taklimat Kursus Resensi Buku telah disampaikan oleh Puan Siti Rinawati Awang Ali daripada Perpustakaan Negeri Sabah. PK JOHOR MULIAKAN 2.5 TAN KIUB DEBU AL-QUR'AN 19


20 28 JUN 2023 | RABU SARAWAK KUNJUNGAN HORMAT PK SARAWAK KE JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN NEGERI SARAWAK Dalam usaha menjalinkan kerjasama strategik bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sarawak, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh PK Sarawak kepada Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sarawak. Melalui kunjungan hormat ini, JPPM Sarawak menyambut baik dan sedia bekerjasama dengan PK Sarawak dalam merangka gerak kerja dan tugasan yang mendatang. 30 JUN 2023  | AHAD SARAWAK PK SARAWAK PERGIAT ADVOKASI KEPADA UMUM PK Sarawak pergiat program pameran dan advokasi dengan menyertai Program Ziarah Imarah Masjid anjuran JAKIM Sarawak. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memafhumi masyarakat mengenai fungsi dan peranan bahagian serta mendedahkan masyarakat berkaitan Al-Qur'an yang diperakukan oleh KDN. Program turut diselitkan dengan ceramah mengenai ''Ancaman Terhadap Al-Qur'an'' yang disampaikan oleh Tuan Asydidi bin Hamzah.


18 JUN-2 JULAI 2023 PK IBU PEJABAT PK JOHOR PK NEGERI SEMBILAN PK SARAWAK 21 PK SABAH PK MELAKA PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN PK KDN Menyemarakkan semangat kerjasama berkumpulan


22 PK KEDAH PK SABAH PK SARAWAK PK SELANGOR PK TERENGGANU PK KEDAH


23 359 JUMLAH KESELURUHAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN 25 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI PINTU MASUK PINTU MASUK STATISTIK MINGGUAN (18 JUN- 2 JULAI 2023) 898 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI LAPANGAN PROGRAM ADVOKASI LAPANGAN AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 AAP 1971 SERBUAN : 1 PEMERIKSAAN : 111 NILAI RAMPASAN: RM3,075 KOMPAUN : RM1,000 SERBUAN : 4 PEMERIKSAAN : 412 NAZIRAN LMC : 18 NAZIRAN PP : 12 RAMPASAN : 21 NILAI RAMPASAN: RM11,495 SERBUAN : 5 PEMERIKSAAN : 180 RAMPASAN : 117 NILAI RAMPASAN: RM2,323 OPS BERSEPADU : 3 PEMERIKSAAN : 120 NAZIRAN SYARIKAT : 32 PK TIADA TAPISAN : 57 1,257 JEQ TAKLIMAT/ PAMERAN CERAMAH HEBAHAN MEDIA MASSA 9 5 3 8 JUmlah PROGRAM JUmlah PROGRAM AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 PEMERIKSAAN : 256 KONSAINAN : 75,750 PEMERIKSAAN : 51 KONSAINAN : 1,688 PEMERIKSAAN : 52 KONSAINAN : 1,689


MEMUDARATKAN KESELAMATAN Mengandungi unsur menyentuh sensitiviti dalam Perlembagaan Persekutuan, hasutan, fahaman atau ideologi yang bertentangan dan kenyataan palsu dan salah sehingga mengancam keselamatan negara 3 MEMUDARATKAN KEPENTINGAN AWAM 6 MEMUDARATKAN KEMORALAN Mengandungi perkara yang mengikut rupa, bentuk dan perlakuan atau dengan apa-apa cara yang boleh membayangkan kata-kata atau idea-idea yang lucah, mengghairahkan atau selainnya yang bertentangandengan kesopanan awam 2 MEMUDARATKAN KEPENTINGAN NEGARA Mengandungi unsur yang boleh memudaratkan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. 7 HASIL Penerbitan Tak Diingini MEMUDARATKAN KETENTERAMAN AWAM MENGGEMPARKAN FIKIRAN ORANG RAMAI Mengandungi perkara yang tidak berasas, palsu atau menyalahi fakta dan boleh menimbulkan kekeliruan, keraguan, kegelisahan atau ketakutan orang ramai Mengandungi apa-apa bentuk laporan, artikel, rencana, gambar, ilustrasi atau kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan masyarakat atau kepercayaan agama BERLAWANAN DENGAN UNDANG-UNDANG Mengandungi unsur yang bertentangan dan berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan, mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri termasuk kaedah dan peraturan mahupun fatwa rasmi yang dikeluarkan 5 4 Ertinya apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi apaapa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mengikut apa-apa jua cara memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara. HASIL PENERBITAN TIDAK DIINGINI SEKSYEN 7(1) AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1986 Mengandungi unsur menggalakkan keganasan, permusuhan, pecah keamanan, kebencian termasuk ajaran atau fahaman yang bercanggah dengan Agama 1 BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN (PK) KEMENTERIAN DALAM NEGERI


SEKSYEN 7(1) AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1986 01 SENSITIF 02 MENGHASUT 03 BERTENTANGAN 04 KENYATAAN PALSU BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN (PK) KEMENTERIAN DALAM NEGERI Penerbitan yang menimbulkan perkara sensitif termasuklah yang mengenai hak, status, kedudukan, keistimewaan yang telah dipelihara dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. MEMUDARATKAN KESELAMATAN Mengandungi unsur menyentuh sensitiviti dalam Perlembagaan Persekutuan, hasutan, fahaman atau ideologi yang bertentangan dan kenyataan palsu dan salah sehingga mengancam keselamatan negara Menghasut ketidakpuasan terhadap kedaulatan dan institusi beraja di Malaysia atau bertentangan dengan Rukunegara dan keselamatan negara. Menyebarkan fahaman atau ideologi yang bertentangan dengan amalan demokrasi negara ini. Kenyataan palsu dan salah serta memutarbelitkan kenyataan sesuatu kejadian di Malaysia sehingga boleh mengancam keselamatan negara.


SEKSYEN KESALAHAN RASUAH s e k s y e n 1 6 A K T A S P R M 2 0 0 9 Mana-mana orang yang meminta atau terima suapan Menggunakan kedudukan atau jawatan untuk apa-apa suapan s e k s y e n 1 7 A K T A S P R M 2 0 0 9 Penjawat awam menerima suapan atau penjawat awam ditawarkan suapan s e k s y e n 1 8 A K T A S P R M 2 0 0 9 Mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu dalam membuat tuntutan bayaran BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN HADIRKAN DIRI E-MEL TELEFON Ketua Unit Integriti Kementerian Dalam Negeri Aras 6, Blok D9, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62546 Putrajaya 03-88858426 [email protected] s e k s y e n 2 3 A K T A S P R M 2 0 0 9 s e k s y e n 2 5 A K T A S P R M 2 0 0 9 Kegagalan melaporkan perbuatan rasuah Polisi Anti Rasuah Polisi Penerimaan dan Pemberian Hadiah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat Polisi Konflik Kepentingan JANGAN MINTA, TOLAK DAN LAPORKAN JANGAN MINTA, TOLAK DAN LAPORKAN


Click to View FlipBook Version