BULETIN PK KDN RANCAK-RANCAK Vol.32, 5 -18 Jun 2023 LIBAT URUS KDN BESAMA CENDEKIAWAN ISLAM & ASATIZAH MENYELAMI PEMULIAAN AL-QUR'AN DI DASAR LAUTAN JOHOR PEMANTAPAN SIASATAN & PENGENDALIAN BARANG KES
KDN telah mengadakan Majlis Libat Urus Bersama Cendekiawan Islam dan Asatizah sebagai satu proses penyediaan cadangan penambahbaikan Arahan Pentadbiran berkaitan penggunaan kalimah ALLAH. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. KDN dalam satu kenyataan memaklumkan, majlis tersebut selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, AlSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 5 Jun lepas, supaya kerajaan mengharmonikan situasi semasa dan pada masa sama meletakkan penggunaan kalimah ALLAH pada konteks yang betul dengan mengambil kira keselamatan negara, kemaslahatan ummah dan kedudukan Baginda serta Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam. Melalui sesi libat urus itu, para jemputan telah diberikan ruang untuk mengutarakan cadangan bagi menoktahkan isu berbangkit mengenai kawalan dan penguatkuasaan penerbitan keagamaan di Malaysia dalam lingkungan skop mengekalkan dasar sedia ada berhubung penggunaan kalimah ALLAH. Turut hadir di majlis ini ialah YBhg. Dato’ Haji Ruji bin Haji Ubi, KSU KDN, YBhg. Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman, TKSU(K) KDN, YBrs. Tuan Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, TKSU(D) KDN dan YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN. 8 JUN 2023 | KHAMIS PARLIMEN MALAYSIA 02
04
SUMBER : MALAYSIAPOST TARIKH : 09 JUN 2023 SUMBER : BBC PORTAL TARIKH : 09 JUN 2023 SUMBER : HEADTOPICS TARIKH : 09 JUN 2023 SUMBER : BERITA HARIAN TARIKH : 09 JUN 2023 SUMBER : NEWSWAVE TARIKH : 09 JUN 2023 SUMBER : LUMINEWS TARIKH : 09 JUN 2023 SUMBER : SABAH OKAY TARIKH : 11 JUN 2023 04 SUMBER : SINAR HARIAN TARIKH : 09 JUN 2023
05 KERATAN AKHBAR SUMBER : METRO AHAD TARIKH : 11 JUN 2023 SUMBER : BERITA HARIAN AHAD TARIKH : 11 JUN 2023 SUMBER : BERITA HARIAN TARIKH : 11 JUN 2023 SUMBER : SINAR HARIAN TARIKH : 7 JUN 2023 SUMBER : KOSMO! TARIKH : 8 JUN 2023 SUMBER : SINAR HARIAN TARIKH : 7 JUN 2023 SUMBER : BERITA HARIAN TARIKH : 8 JUN 2023 SUMBER : BERITA HARIAN TARIKH : 8 JUN 2023
06 KERATAN AKHBAR SUMBER : THE STAR TARIKH : 8 JUN 2023 SUMBER : MALAYSIA NANBAN TARIKH : 8 JUN 2023 SUMBER : SINAR HARIAN TARIKH : 8 JUN 2023 SUMBER : CHINA PRESS TARIKH : 8 JUN 2023 SUMBER : SIN CHEW DAILY TARIKH : 8 JUN 2023 SUMBER : NANYANG SIANG PAU TARIKH : 11 JUN 2023 SUMBER : CHINA PRESS TARIKH : 9 JUN 2023
07 KERATAN AKHBAR SUMBER : THE SUN TARIKH : 14 JUN 2023 SUMBER : THE STAR TARIKH : 14 JUN 2023 SUMBER : NST TARIKH : 14 JUN 2023 SUMBER : GUANG MING DAILY TARIKH : 11 JUN 2023 SUMBER : SIN CHEW DAILY TARIKH : 11 JUN 2023 SUMBER : CHINA PRESS TARIKH : 9 JUN 2023 SUMBER : CHINA PRESS TARIKH : 08 JUN 2023 SUMBER : CHINA PRESS TARIKH : 08 JUN 2023 SUMBER : NANYANG SIANG PAU TARIKH : 08 JUN 2023
04 13-15 JUN 2023 | SELASA-KHAMIS KELANTAN PK KDN telah mengadakan Kursus Siasatan dan Pengendalian Barang Kes selama 3 hari 2 malam di Kota Bharu, Kelantan. Kursus ini telah dihadiri oleh 21 orang peserta yang terdiri daripada pegawai penguatkuasa PK KDN seluruh Malaysia. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kepada pegawai penyiasat berkaitan prosedur untuk menjalankan tugas siasatan dengan lebih mantap dan efektif. Majlis Penutup Kursus Siasatan dan Pengendalian Barang Kes telah disempurnakan oleh Tuan Dzulpadzli bin Sha'arin, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Penguatkuasaan dan Pematuhan, PK KDN. 08
An b ug agi erah bulan Pekerja Contoh Mei2023 12 JUN 2023 | SELASA DEWAN GEMILANG, PUTRJAYA BacaanIkrar Lapor 'command' Bacaan Ikrar Amanat SUB PK KDN Perhimpunan Semarak PK KDN untuk bulan Jun 2023 telah dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan Strategik PK KDN di Dewan Gemilang KDN. Majlis dimulakan dengan amanat SUB PK, YBrs Tuan Nik Yusaimi bin Yussof dan disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan ikrar. Selain itu, sijil penghargaan kepada pekerja contoh bagi bulan Mei 2023 dan sambutan ulang tahun kelahiran warga PK KDN pada bulan Jun turut diadakan. Kemuncak perhimpunan kali ini adalah dengan meraikan persaraan 'Cikgu' Encik Kunaisekaran A/L Sadayan, Pembantu Penguatkuasa KP22 yang bersara wajib pada 7 Jun 2023 setelah menyumbang bakti berkhidmat sebagai penjawat awam selama 40 tahun. Majlis perhimpunan diakhiri dengan acara memotong kek, sesi bergambar bersama dan laungan semangat berpadu oleh semua warga PK. Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Mei 2023 Meraikan persaraan En. Kunaisekaran A/L Sadayan Sesi memotong kek meraikan Hari Lahir Pemberian Kad Ucapan Hari Lahir 09
10
PK JOHOR PK SELANGOR PK SABAH PK SARAWAK PK MELAKA PK NEGERI SEMBILAN PK PERAK PK PULAU PINANG PK KEDAH PK PERLIS PK TERENGGANU PK KELANTAN PK PAHANG PK WPKL 11
PK Johor telah dijemput oleh Jabatan Mufti Negeri Johor bagi menghadiri Program Melarutkan Abu Al-Qur'an 2023. Tuan Mohd Nashuddin Bin Hj Daud dan Encik Jonyman bin Ismail telah menghadiri program tersebut bagi mewakili PK KDN Johor. Program tersebut telah berlangsung dari 6-8 Jun 2023 di Pulau Rawa, Pulau Tinggi dan Pulau Aur, Mersing, Johor yang melibatkan Jabatan Mufti Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, 21 Gerup Gerak Khas (GGK Mersing), Pejabat Daerah Mersing, Jabatan Taman Laut Sultan Ismail Mersing, Royal Press Official Johor dan Wakaf An Nur. Sebanyak 200kg debu Al-Qur'an berjaya di larutkan dengan kaedah menyelam dan meletakkan bata (debu Al-Qur'an) ke dasar laut. BERITA NEGERI 06-08 JUN 2023 | SELASA-KHAMIS JOHOR 12
Mendapatkan kebenaran dari pihak LPPPQ / JAINJ untuk melupuskan Al–Qur'an yang disita/rosak PROSES Pemuliaan Al-Qur'an Pemuliaan Al-Qur'an Pemuliaan Al-Qur'an Kaedah Melarutkan Bata Debu Al-Qur'an Ke Dasar Laut Di Negeri Johor Al-Qur’an yang telah diluluskan untuk tujuan pemuliaan akan dibawa ke tempat pelupusan untuk proses pendebuan Bata debu Al–Qur'an yang telah sempurna akan dibawa ke pelabuhan/ jeti untuk dibawa ke lokasi pelarutan yang telah ditetapkan dengan menggunakan kapal / bot. Setelah sampai ke lokasi pelarutan yang telah ditetapkan, bata debu Al–Qur'an diturunkan ke dasar laut oleh para penyelam. Bata debu Al–Qur'an tersebut akan disusun dan diletakkan ke dasar laut, setelah siap disusun dan para penyelam naik ke bot / kapal.
PK KDN Pulau Pinang telah mengadakan operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pulau Pinang dan telah menjalankan pemeriksaan terhadap pengawal keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Operasi bersepadu ini telah dijalankan di beberapa buah Syarikat Kawalan keselamatan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tujuan Ops bersepadu diadakan adalah supaya memastikan perkhidmatan kawalan keselamatan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian. AKTIVITI PENGUATKUASAAN 12 JUN 2023 | ISNIN PULAU PINANG 14
15 07 JUN 2023 | RABU RTM, KUALA LUMPUR JALINAN SINERGI PK KDN WPKL BERSAMA RTM Pengarah PK KDN WPKL, Tuan Mohammad Amir Bin Azizan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Penyiaran RTM untuk membincangkan gerak kerja yang dapat dijalinkan bersama. Dengan adanya kolaborasi kedua-dua pihak, program advokasi dapat dilakukan dengan lebih mantap dan berkesan. 07 JUN 2023 | RABU KIAS, KELANTAN PENATAAN PROGRAM PK KDN KELANTAN BERSAMA KIAS Penataan PK KDN Kelantan bersama Kolej Universiti Islam Sultan Ismail Petra (KIAS) yang diwakili Prof Emiritus Dr. Ab. Azizi bin Mohd Zin telah diadakan bagi membincangkan kolaborasi yang dapat dilakukan kedua-dua jabatan. Hasil daripada perbincangan, mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan beberapa program dan seminar iaitu Seminar Penulisan Al-Qur'an Rasm Uthmani, Program Pemuliaan Al-Qur'an dan Program Wacana Hadith. Penataan program ini jelas menunjukkan PK KDN sentiasa komited dalam mendekati masyarakat.
16 11 JUN 2023 | ISNIN KELANTAN PK KDN KELANTAN ANJUR PROGRAM PEMULIAAN AL-QUR'AN Program Pemuliaan Al-Qur'an dan Bahan Teks AlQur'an telah dilaksanakan oleh PK KDN Kelantan yang melibatkan semua kakitangan. Tujuan program ini diadakan bagi memastikan proses pemuliaan Al-Qur'an dijalankan mengikut kaedah dan tatacara yang telah ditetapkan. 08 JUN 2023 | KHAMIS NEGERI SEMBILAN MAJLIS PELUPUSAN EKSIBIT PK KDN NEGERI SEMBILAN Majlis Pelupusan Eksibit PK KDN Negeri Sembilan telah diadakan bagi melupuskan bahan eksibit. Majlis pelupusan yang disempurnakan oleh Encik Yusri bin Hajudin dan turut dihadiri dan disaksikan oleh wakil dari JHEAINS dan wakil dari JPN Negeri Sembilan serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari Bahagian ini. Sebanyak 824 bingkai hiasan ayat Al-Qur'an, 14 jam dinding, 758 perhiasan, 20 naskah buku dan 12 tasbih telah dilupuskan. Kesemuanya dirampas kerana menyalahi AMCP 1984 dan APTQ 1986.
17 13 JUN 2023 | SELASA PULAU PINANG MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) SAHUT PANGGILAN JEQ PK KDN Pulau Pinang telah menyerahkan 50 naskhah AlQur'an bagi Program Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ) oleh Wakaf Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Simbolik penyerahan ini menandakan Program JEQ membuahkan hasil dalam memberi kesedaran kepada orang awam bagi memastikan Al-Qur'an yang dimiliki mempunyai perakuan daripada KDN. Selain itu, hubungan antara Bahagian PK Pulau Pinang dan MAINPP turut dapat dijalinkan dan dikekalkan. 13 JUN 2023 | SELASA PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM LAWATAN KERJA DAN RAMAH MESRA YB TMDN Pengarah PK KDN Negeri Sembilan telah hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Program Lawatan Kerja Dan Ramah Mesra YB TMDN bagi membincangkan berkenaan Program Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ) yang akan menjadi intipati kepada program ini. Aktiviti turut membincangkan berkenaan tentatif dan pembahagian tugas bagi memastikan kelancaran program. Dengan keterlibatan PK KDN Negeri Sembilan dalam program ini, pastinya Program JEQ dapat diperluaskan di peringkat negeri.
18 14 JUN 2023 | RABU TERENGGANU MAJLIS PELUPUSAN BARANG KES PK KDN TERENGGANU Sebanyak 24 surah Yassin, 309 naskah buku Mari Sembahyang, 3 helai sejadah dan 5 kertas siasatan yang telah selesai pada tahun 2021 dan 2022 telah dilupuskan di Majlis Pelupusan Barang Kes PK KDN Terengganu. Kesemua barang kes dilupuskan dengan cara dikoyakkan helaian demi helaian dengan menggunakan gunting dan shredder machine. Tiga orang saksi turut hadir bagi menyaksikan pelupusan barang kes. 18 JUN 2023 | AHAD SUNGAI PETANI, KEDAH ADVOKASI DAN PAMERAN PK KDN KEDAH SEMPENA PROGRAM KDN MADANI YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Kementerian Dalam Negeri hadir dan meluangkan masa melawat reruai pameran Program Advokasi, Pameran Dan Pendidikan, PK KDN Kedah sempena Program KDN Madani yang bertempat di Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK). Turut hadir YBhg. Datuk Haji Ruji Bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Pameran diadakan bagi memberi penerangan kepada pengunjung yang hadir berkenaan fungsi dan peranan Bahagian, mendedahkan masyarakat berkaitan Al-Qur'an yang diperakukan oleh KDN berserta kesalahan-kesalahan yang sering ditemui di bawah APTQ 1986.
19 PK SABAH JUN 2023 | SELASA LATIHAN MENEMBAK PK SABAH, PK SARAWAK DAN PK TERENGGANU PK Sabah, PK Sarawak dan PK Terengganu telah mengadakan Latihan Menembak kepada seluruh anggota penguatkuasa negeri masing-masing. Kursus Pengendalian Senjata Api turut diadakan bagi memberi penerangan kepada anggota sebelum bermulanya latihan menembak. Objektif utama latihan ini adalah untuk memastikan setiap anggota lebih mahir dalam menembak dan mengendalikan senjata dengan selamat . PK SARAWAK PK TERENGGANU
5-18 JUN 2023 PK KDN IBU PEJABAT PK KDN SABAH PK KDN johor PK KDN SARAWAK PK KDN KELANTAN PK KDN PAHANG 20 PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN PK KDN Menyemarakkan semangat kerjasama berkumpulan
21 PK KDN terengganu PK KDN WPKL PK KDN KEDAH PK KDN MELAKA PK KDN PERLIS PK KDN PERAK
22 PK KDN WPKL PK KDN SELANGOR PK KDN KEDAH PK KDN NEGERI SEMBILAN PK KDN johor PK KDN PERAK
23 314 JUMLAH KESELURUHAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN 18 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI PINTU MASUK PINTU MASUK STATISTIK MINGGUAN (5 - 18 JUN 2023) 908 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI LAPANGAN PROGRAM ADVOKASI LAPANGAN AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 AAP 1971 PEMERIKSAAN : 256 KOMPAUN : RM2,500 SERBUAN : 2 PEMERIKSAAN : 285 NAZIRAN LMC : 18 NAZIRAN PP : 12 RAMPASAN : 179 NILAI RAMPASAN: RM1,595.00 SERBUAN : 3 PEMERIKSAAN : 148 RAMPASAN : 140 NILAI RAMPASAN: RM6,397 OPS BERSEPADU : 5 PEMERIKSAAN : 148 NAZIRAN SYARIKAT : 31 PK TIADA TAPISAN : 64 1,222 JEQ TAKLIMAT/ PAMERAN CERAMAH HEBAHAN MEDIA MASSA 5 5 3 5 JUmlah PROGRAM JUmlah PROGRAM AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 PEMERIKSAAN : 180 KONSAINAN : 7,850 PEMERIKSAAN : 78 KONSAINAN : 1,361 PEMERIKSAAN : 56 KONSAINAN : 1,340
MEMUDARATKAN KESELAMATAN Mengandungi unsur menyentuh sensitiviti dalam Perlembagaan Persekutuan, hasutan, fahaman atau ideologi yang bertentangan dan kenyataan palsu dan salah sehingga mengancam keselamatan negara 3 MEMUDARATKAN KEPENTINGAN AWAM 6 MEMUDARATKAN KEMORALAN Mengandungi perkara yang mengikut rupa, bentuk dan perlakuan atau dengan apa-apa cara yang boleh membayangkan kata-kata atau idea-idea yang lucah, mengghairahkan atau selainnya yang bertentangandengan kesopanan awam 2 MEMUDARATKAN KEPENTINGAN NEGARA Mengandungi unsur yang boleh memudaratkan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. 7 HASIL Penerbitan Tak Diingini MEMUDARATKAN KETENTERAMAN AWAM MENGGEMPARKAN FIKIRAN ORANG RAMAI Mengandungi perkara yang tidak berasas, palsu atau menyalahi fakta dan boleh menimbulkan kekeliruan, keraguan, kegelisahan atau ketakutan orang ramai Mengandungi apa-apa bentuk laporan, artikel, rencana, gambar, ilustrasi atau kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan masyarakat atau kepercayaan agama BERLAWANAN DENGAN UNDANG-UNDANG Mengandungi unsur yang bertentangan dan berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan, mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri termasuk kaedah dan peraturan mahupun fatwa rasmi yang dikeluarkan 5 4 Ertinya apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi apaapa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mengikut apa-apa jua cara memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara. HASIL PENERBITAN TIDAK DIINGINI SEKSYEN 7(1) AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1986 Mengandungi unsur menggalakkan keganasan, permusuhan, pecah keamanan, kebencian termasuk ajaran atau fahaman yang bercanggah dengan Agama 1 BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN (PK) KEMENTERIAN DALAM NEGERI
SEKSYEN 7(1) AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1986 Mengandungi unsur yang menggalak keganasan terhadap orang atau harta. Menggalakkan sesuatu tindakan dan perlakuan yang membawa kepada pecah keamanan. Menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain. Menyebarkan ajaran atau fahaman salah, menyeleweng, mengelirukan atau mempersendakan agama Islam atau lain-lain agama yang dipraktikkan di Malaysia. Mempropaganda atau menyebarkan ajaran atau mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah, hukum dan pegangan Ahli Sunnah walJamaah. Mempersenda atau mempersoal kewibawaan atau membuat penyelewengan ke atas sumbersumber hukum Islam yang utama iaitu al-Qur'an, al-Hadith, Ijma’ dan Qiyas. BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN (PK) KEMENTERIAN DALAM NEGERI
KEPADA TIMBALAN SETIAUSAHA BAHAGIAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI DARIPADA WARGA CEMERLANG PK KDN