The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Seksyen Pengurusan Strategik SPS, 2025-03-04 11:01:20

VOL. 54 BULETIN PK JAN 2025 (1)

VOL. 54 BULETIN PK JAN 2025 (1)

B e r p a d u b e r t a m b a h S e j a h t e r a Ra n ca k3+ VOL.54 I JANUARI 2025 B e r p a d u B e r t a m b a h S e j a h t e r a PK KDN UNGGUL BERPADU Pemerkasaan i berpadu i kompetensi


Encik Muhammad Sukry bin Pauzi Puan Normaira binti Jalali Encik Vimlen a/l Balakrishnan Cik Nur Ain Afini binti Rofli 03-88863909 [email protected] KETUA EDITOR PRODUKSI MEDIA TROOPERS Encik Ahmad Hilmi bin Said Puan Ely Zarina binti Aman Encik Kamal bin Abdul Rahim PENAUNG Tuan Nik Yusaimi bin Yussof Encik Samsudin bin Sulaiman Cik Filzah Irdina binti Samsudin 2025 EDITOR Encik Mohamad Ridzuan bin Yusof Ketua Editor Ahmad Hilmi Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam PK KDN UNGGUL Berpadu. Alhamdulillah, dengan segala nikmat dan rahmat yang diberikan oleh Allah S.W.T, kita sekali lagi diberi peluang untuk meneruskan penerbitan Buletin PK KDN bagi tahun 2025. Tahun ini, kita menyaksikan banyak perkembangan dan perubahan dalam perkhidmatan dan operasi Kementerian Dalam Negeri. Dan melalui Buletin PK KDN ini, kami berhasrat untuk terus berkongsi pencapaianpencapaian penting, inisiatif baru, serta perkembangan terkini kepada semua warga PK KDN dan masyarakat. Sebagai ketua editor, saya amat berterima kasih kepada seluruh pasukan editorial dan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan terbitan ini. Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan amat dihargai dalam memastikan setiap edisi buletin ini kekal relevan dan memberi manfaat kepada pembaca. Sebagai organisasi yang sentiasa bergerak maju, kita akan terus berusaha untuk memberikan informasi yang tepat dan terkini, serta memupuk semangat kerjasama dan kesatuan dalam kalangan semua anggota PK KDN. Saya berharap, Buletin PK KDN 2025 ini akan terus menjadi platform yang memberi inspirasi, maklumat, dan motivasi kepada semua. Semoga tahun 2025 membawa lebih banyak kejayaan dan keberkatan buat kita semua. Terima kasih.. linktree @PKKDN


2025 & 3 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam PK KDN UNGGUL Berpadu. Saudara-saudari sekalian, Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, kita masih diberikan peluang untuk meneruskan perjuangan dalam menjalankan amanah yang digalas oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK KDN). Pada tahun 2025 ini, saya ingin mengajak semua anggota PK KDN untuk menyemarakkan semangat kebanggaan dan kecintaan terhadap organisasi kita yang tercinta ini. Sebagai sebuah organisasi yang berperanan penting dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman negara, kita harus sentiasa berbangga dengan peranan yang kita mainkan. Kebanggaan terhadap tugas dan tanggungjawab kita akan menjadi pemangkin untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan. Marilah kita bersama-sama mengukuhkan rasa kecintaan kita terhadap organisasi ini, agar kita sentiasa memberikan yang terbaik demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Setiap cabaran yang kita hadapi adalah peluang untuk kita berkembang. Di tahun 2025 ini, saya ingin mengajak semua untuk mencabar keupayaan diri masing-masing. Kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian semasa, sebaliknya perlu berusaha untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang kita ceburi. Setiap individu di dalam bahagian ini mempunyai potensi yang luar biasa. Oleh itu, mari kita saling memberi sokongan dan motivasi dalam mempertingkatkan prestasi serta mencipta kejayaan yang lebih besar. Akhirnya, marilah kita bersama-sama menggandakan keberhasilan dan kejayaan kita. Keberhasilan tidak datang dengan mudah, tetapi dengan usaha yang berterusan, disiplin yang tinggi, dan kerjasama yang erat, kita pasti dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Setiap langkah yang kita ambil, setiap keputusan yang kita buat, haruslah membawa kita lebih dekat kepada kejayaan yang kita impikan. Kejayaan organisasi adalah kejayaan kita bersama, dan kejayaan individu akan menguatkan lagi kekuatan organisasi ini. Saya percaya, dengan komitmen, semangat, dan tekad yang tinggi, kita akan dapat terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar di tahun 2025 ini. Mari kita hadapi cabaran ini dengan penuh kesungguhan dan keyakinan. Bersama-sama, kita pasti akan berjaya! BERPADU BERTAMBAH SEJAHTERA PK KDN…………. RANCAK! RANCAK! RANCAK! Setiausaha Bahagian PK KDN


Hidup memerlukan pengorbanan, Pengorbanan memerlukan perjuangan, Perjuangan memerlukan ketabahan, Ketabahan memerlukan keyakinan, Keyakinan pula menentukan kejayaan, Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan, Pergorbanan yang ikhlas tidak semestinya akan terkorban. 4


YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan syarahan pada Majlis Siri Syarahan Menteri anjuran Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertemakan “Madani Sedang Direalisasi, Dekad Baharu Malaysia”. Program Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) turut diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar, warga UiTM Shah Alam dan orang ramai untuk menukar Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN, rosak serta lusuh kepada Al-Qur’an baharu yang mempunyai perakuan KDN secraa percuma. Sebanyak 200 naskhah AlQur’an telah diterima daripada orang awam disepanjang program ini berlangsung. 16 JANUARI 2025 | KHAMIS SHAH ALAM, SELANGOR 5


JEQ SEMPENA SIRI SYARAHANMENTERI& JEQSEMPENA SIRI SYARAHAN MENTERI& JEQSEMPENASIRI SYARAHAN MENTERI & PAMERAN KESELAMATANDAN KETENTERAMANAWAM PAMERAN KESELAMATAN DANKETENTERAMAN AWAM PAMERAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM 6


Program Sua Mesra KDN yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, bertujuan untuk mempererat hubungan antara pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan masyarakat setempat. Program ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan, Kulim, Kedah, dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab KDN. Dalam program ini, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, (PK KDN) turut dijemput untuk mengadakan sesi advokasi dan pameran yang memberi penjelasan kepada pengunjung mengenai akta-akta yang dikuatkuasakan. Program ini juga disertakan dengan aktiviti "Jom Exchange Al-Quran", di mana orang ramai diberikan peluang untuk menukar naskhah AlQur'an yang tiada perakuan KDN, lama/rosak dengan yang baharu sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat memiliki Al-Qur’an yang telah diakui sah oleh KDN. Sambutan daripada masyarakat Kulim, Kedah, sangat menggalakkan. Sebanyak 250 naskhah Al-Qur'an diterima daripada orang awam untuk ditukar ganti dalam program ini. 25 JANUARI 2025 | SABTU KULIM, KEDAH Program Sua Mesra Program Sua Mesra 7


8


9 7 & 24 JANUARI 2025 | SELASA & JUMAAT IBU PEJABAT PK KDN, PUTRAJAYA Jawatankuasa Penilaian Pelesenan dan Penerbitan (JKPPP) telah bermesyuarat bilangan ke 1, 2 dan 3 bagi tahun 2025 bertujuan untuk menilai permohonan Lesen Mesin Cetak (LMC) dan Permit Penerbitan (PP) di bawah AMCP 1984. Pada mesyuarat kali ini, JKPPP telah membuat penilaian serta mengemukakan syor tindakan ke atas 149 tajuk penerbitan yang ditahan dilapangan dan disempadan pintu masuk negara. Pembentangan Pembentangan JKPPP 115 TAJUK DAN BAHAN PENERBITAN MELALUI PROSES


10


LESEN MESIN CETAK PERMIT PENERBITAN KEPUTUSAN JKPPP BIL.1, 2 (KHAS) & 3/2025 BAHARU PERTUKARAN PEMBATALAN 8 4 25 BAHARU PERTUKARAN PEMBATALAN 81 5 2 TAHAN PENGHANTARSERAHAN LULUS CADANG PERINTAH LARANGAN TOLAK PENGIMPORTAN KEPUTUSAN TINDAKAN 1 17 9 78 LAIN-LAIN 10 HASIL PENERBITAN YANG DITAHAN 11


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap enam penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) kerana mengandungi kandungan yang mungkin memudaratkan kemoralan. Menerusi satu kenyataan, kementerian itu berkata enam penerbitan terlibat ialah A Million Kisses In Your Lifetime oleh Monica Murphy, Lose You To Find Me (Erik J Brown), Scattered Showers (Rainbow Rowell), Punai (Asyraf Bakti), When Everything Feels Like The Movie (Raziel Reid) dan What If It’s Us (Becky Albertalli dan Adam Silverra). Tindakan yang diambil itu juga selaras dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan bagi mengelakkan penyebaran ideologi atau gerakan yang bertentangan dengan budaya serta nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang majmuk. Perintah Larangan di bawah Akta 301 ini adalah berasaskan konsep kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan itu berlaku. Dalam masa yang sama, masyarakat turut mendapat pendedahan dan kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan yang tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum. 12


13


KES MAHKAMAH PEMILIK KEDAI CETAK DIDENDA RM2,500 GUNA MESIN TANPA LESEN TERENGGANU, 7 JAN 2025 (SELASA) Seorang pemilik premis kedai cetak di daerah ini didenda RM2,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan mesin cetak tanpa lesen yang sah daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Oktober tahun lalu. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati menggunakan mesin cetak tanpa lesen yang sah daripada KDN pada 22 Oktober lepas, kira-kira pukul 10.45 pagi di premis perniagaannya di Jalan Sulaimani, Chukai. PETALING JAYA, 28 JAN 2025 (SELASA) Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat kawalan keselamatan masingmasing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menjalankan perniagaan persendirian tanpa lesen, Oktober tahun lalu. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Agensi Persendirian (AAP) 1971 yang boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN TIADA LESEN, SUAMI ISTERI DIDENDA RM10,000 14


KES MAHKAMAH PENDAKWAAN DI BAWAH AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR'AN 1986 (PINDAAN) 2023 KEDAH, 21 JAN 2025 (SELASA) Seorang Pengarah Syarikat didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan memiliki Al-Qur’an tiada perakuan KDN yang melanggar Seksyen 13(1) Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 (Pindaan) 2023. PETALING JAYA, 27 JAN 2025 (ISNIN) Seorang pemilik kedai perhiasan didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya setelah mengaku bersalah kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 (Pindaan) 2023 berkaitan menjual bahan Al-Qur’an tanpa perakuan KDN. DENDA RM9,000 KERANA LANGGAR AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR’AN 1986 15


Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan telah mengadakan Mesyuarat Bersama Rakan Strategik, berhubung dengan cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Ruhaidi bin Azmi, Timbalan Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan di Kompleks Setia Perkasa. Mesyuarat membincangkan dan membandingkan tiga akta iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Perbincangan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kesesuaian serta perbezaan dalam pelaksanaan perundangan yang terkandung dalam setiap akta dengan memberikan fokus kepada pelbagai aspek seperti penguatkuasaan, tanggungjawab serta peranan yang dimainkan oleh kementerian-kementerian berkenaan. Selain itu, semakan silang antara akta tersebut turut dibuat untuk memastikan tidak wujud pertindihan dalam penguatkuasaan terutamanya kandungan dalam talian bagi mengelakkan sebarang konflik yang boleh menjejaskan keberkesanan pelaksanaan undang-undang dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan. Mesyuarat telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Penasihat Undang-undang KDN. Diharapkan kerjasama ini dapat mencapai pemahaman bersama dalam usaha meningkatkan kecekapan penguatkuasaan undangundang yang berkaitan dan membantu KDN untuk menambah baik cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 17 JANUARI 2025 | JUMAAT KDN PUTRAJAYA Ke Arah Reformasi Penerbitan: Ke Arah Reformasi Penerbitan: MESYUARAT BERSAMA RAKAN STRATEGIK 16


17


PSUB PSUB PSUB BILIK TETAMU AUDITORIUM, SETIA PERKASA 8, KOMPLEKS SETIA PERKASA, PUTRAJAYA JAN 2025 21(SELASA) 18


Program Semarak Unggul Berpadu (SELASA) PUTRAJAYA Program Semarak Unggul Berpadu (PSUB) telah diadakan pada 21 Januari 2025 oleh PK KDN Ibu Pejabat melalui Seksyen Pengurusan Strategik (SPS). Program tersebut yang berlangsung di Bilik Tetamu Auditorium, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya dan melibatkan penyertaan seramai 38 orang peserta. Peserta program ini terdiri daripada warga PK KDN Cemerlang Ibu Pejabat yang diwakili oleh pelbagai gred dan jawatan. Program ini bertujuan untuk memupuk rasa kecintaan yang mendalam serta menyemai kebanggaan dalam kalangan pegawai dan anggota terhadap organisasi sekaligus meningkatkan semangat jati diri serta komitmen mereka dalam menjalankan tugas. Selain daripada sesi taklimat yang diberikan oleh penceramah berwibawa, program ini turut memperkenalkan slot khas daripada AKRAB. Slot ini bertujuan untuk melaksanakan aktiviti khidmat bimbingan kepada warga organisasi, di samping memupuk semangat kerjasama yang erat dan berpasukan antara pegawai dan anggota. Aktiviti ini dijalankan dengan pendekatan yang interaktif dan berfokus kepada pengukuhan hubungan profesional serta pembinaan kepercayaan antara satu sama lain. Melalui program ini, peserta dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya nilai-nilai integriti dan kerjasama berpasukan dalam memastikan kejayaan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK KDN). 19


Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Qur'an, atau lebih dikenali sebagai Lajnah Tasheh Al-Qur'an, telah dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 29 Januari 2025 yang lalu. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang ahli lajnah yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang pengajian AlQur'an, bahasa, serta percetakan bertujuan untuk menyemak dan menilai teks-teks Al-Qur'an serta bahan berkaitan sebelum ia diluluskan untuk tujuan pencetakan dan edaran. Sebanyak 20 permohonan telah diterima untuk penyemakan. Semua permohonan ini telah melalui proses penyemakan yang teliti bagi memastikan ketepatan dan kesahihan teks yang akan digunakan dalam pencetakan. Setelah proses semakan selesai, kesemua bahan yang disemak ini akan dibawa untuk pertimbangan dan keputusan lanjut oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur'an (LPPPQ). LPPPQ bertanggungjawab untuk memastikan hanya teks-teks Al-Qur'an yang sah dan tepat sahaja yang diluluskan untuk dicetak dan disebarkan kepada masyarakat 26 - 29 JANUARI 2025 | AHAD - RABU KEDAH 20


21


27 JANUARI 2025  | ISNIN DEWAN GEMILANG, KDN PUTRAJAYA Di tahun baharu ini, beliau mahu setiap warga PK KDN menanam semangat cinta kepada organisasi, menguji keupayaan yang sebenar disamping tugas baharu dan tugasan luar kebiasaan. Beliau juga berharap warga PK KDN melipatgandakan keberhasilan dalam pelbagai aspek bagi tahun 2025 ini. Majlis diteruskan dengan pengumuman pekerja contoh bulanan, sijil penghargaan kepada kakitangan yang bertukar serta sumbangan dari Kelab PK KDN. Majlis diakhiri dengan persembahan daripada SRP, acara memotong kek dan acara memakan ‘Yee Sang’ bagi meraikan Perayaan Tahun Baharu Cina 2025. JANUARI 2025 JANUARI 2025 Perhimpunan Semarak Perhimpunan Semarak Perhimpunan Semarak PK KDN bagi Bulan Januari dianjurkan oleh Seksyen Regulatori Penerbitan (SRP) di Dewan Gemilang KDN. Perhimpunan semarak ini turut disertai oleh warga PK KDN seluruh negara secara dalam talian. Perhimpunan ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu penjawat awam dan lagu PK KDN Terunggul. Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar PK KDN, doa dan seterusnya amanat daripada SUB PK KDN, YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof. 22


23


BERITA NEGERI 16 JANUARI 2025 | KHAMIS PEJABAT PK KDN MELAKA YBrs. Tuan Nik Yusaimi Yussof, SUB PK KDN telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat PK KDN Melaka. Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau pengoperasian dan pentadbiran di PK KDN Melaka. Dalam sesi kunjungan tersebut, beliau berkesempatan menyampaikan amanat serta pengharapan bagi tahun 2025, selain bertemu mesra bersama anggota dan kakitangan PK KDN Melaka. Dalam lawatan kerja tersebut, Pengarah PK KDN Melaka, Tuan Mohammad Amir bin Azizan telah menyampaikan taklimat pengoperasian dan pencapaian PK KDN Melaka kepada Tuan SUB dan mengiringi Tuan SUB untuk melihat sekitar pejabat. 24


25


Program Semarak Unggul Berpadu PK Selangor 2025 telah dianjurkan dengan penuh semangat di bawah kepimpinan Ketua Seksyen Perancangan Strategik, Tuan Ahmad Hilmi bin Said serta bersama pegawai-pegawai dari Seksyen Pengurusan Strategik, Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Putrajaya. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu rasmi PK KDN Terunggul yang membangkitkan semangat patriotisme dan kebersamaan. Seterusnya, Pengarah PK Selangor, Puan Sharifah Rohaiza binti Syed Rozali mengetuai bacaan ikrar bahagian sebagai simbol komitmen dan kesetiaan kepada organisasi. Program ini merupakan inisiatif Seksyen Pengurusan Strategik dalam usaha menyampaikan penerangan serta memperkukuh kefahaman warga PK KDN di peringkat negeri. Ia bertujuan memupuk rasa kecintaan, kebanggaan, serta semangat kebertanggungjawaban dalam kalangan anggota terhadap organisasi, selaras dengan visi dan misi PK KDN. Program Semarak Unggul Berpadu PK Selangor 2025 telah dianjurkan dengan penuh semangat di bawah kepimpinan Ketua Seksyen Perancangan Strategik, Tuan Ahmad Hilmi bin Said serta bersama pegawai-pegawai dari Seksyen Pengurusan Strategik, Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Putrajaya. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu rasmi PK KDN Terunggul yang membangkitkan semangat patriotisme dan kebersamaan. Seterusnya, Pengarah PK Selangor, Puan Sharifah Rohaiza binti Syed Rozali mengetuai bacaan ikrar bahagian sebagai simbol komitmen dan kesetiaan kepada organisasi. Program ini merupakan inisiatif Seksyen Pengurusan Strategik dalam usaha menyampaikan penerangan serta memperkukuh kefahaman warga PK KDN di peringkat negeri. Ia bertujuan memupuk rasa kecintaan, kebanggaan, serta semangat kebertanggungjawaban dalam kalangan anggota terhadap organisasi, selaras dengan visi dan misi PK KDN. PK KDN SELANGOR PSUB:MERONA CINTA DI SELANGOR 22 JANUARI 2025 | RABU SHAH ALAM, SELANGOR 26


27


28 Program Semarak Unggul Berpadu terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan kali ini dianjurkan di PK KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, melibatkan penyertaan penuh warga organisasi. Program yang penuh bermakna ini diketuai oleh Ketua Seksyen Pengurusan Strategik (SPS), Tuan Ahmad Hilmi bin Said, bersama pegawai-pegawai dari SPS, Ibu Pejabat Putrajaya. Program ini bertujuan memperkukuh lagi hubungan antara pegawai serta mempererat semangat kecintaan kepada organisasi. Majlis dimulakan dengan penuh rasa patriotik melalui nyanyian lagu kebangsaan Negaraku yang menyatukan semua peserta dalam semangat kebangsaan yang mendalam. Diikuti dengan nyanyian lagu rasmi PK KDN Terunggul, yang menekankan nilai-nilai murni dan integriti yang menjadi teras organisasi. Suasana semangat ini diteruskan dengan bacaan ikrar bahagian, yang diketuai oleh Mohammad Ramzi bin Jailani. Bacaan ikrar ini menjadi simbol komitmen warga PK KDN untuk terus menegakkan integriti, kecemerlangan, serta menanamkan rasa bangga terhadap organisasi. Program ini adalah inisiatif oleh SPS dengan tujuan memperkukuh kefahaman serta menanamkan rasa kecintaan terhadap organisasi dalam kalangan warga PK KDN. Selain itu, ianya memberi peluang kepada warga organisasi untuk lebih memahami peranan masing-masing dalam mencapai visi dan misi PK KDN yang lebih besar. Melalui sesi penerangan yang jelas dan penglibatan langsung daripada semua lapisan warga, diharapkan dapat memperkukuh lagi jalinan kerjasama dalam organisasi, dan seterusnya mempertingkatkan tahap prestasi dalam mencapai misi dan visi PK KDN yang lebih cemerlang. 23 JANUARI 2025 | KHAMIS KUALA LUMPUR PK KDN WPKL Semarak Merona Cinta di Kuala Lumpur


29


PENGUATKUASAAN 21 JANUARI 2025 | SELASA KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN PK KDN Negeri Sembilan telah merampas beberapa unit bahan penerbitan disyaki menyalahi AMCP 1984 iaitu seunit bingkai perhiasan yang memaparkan daun ganja dalam satu ops serbuan sebuah premis pakaian di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Rampasan ini dianggarkan bernilai RM150. PK KDN NEGERI SEMBILAN RAMPAS BAHAN PENERBITAN YANG DISYAKI MENYALAHI MENYALAHI AMCP 1984 AMCP 1984 24 JANUARI 2025 | JUMAAT KUCHING, SARAWAK Ops Bersepadu PK KDN Sarawak bersama JPPM Sarawak di bawah Akta Pertubuhan 1966 telah dijalankan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan kepada pertubuhan berdaftar. Pasukan pemeriksa telah menasihatkan pihak persatuan supaya mematuhi perlembagaan dan melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan seperti yang ditetapkan. Selain itu, teguran dan nasihat telah diberikan agar pihak persatuan memperkemaskan buku perbelanjaan pertubuhan serta buku yuran ahli bagi memastikan ketelusan dan pengurusan yang lebih sistematik. OPERASI BERSEPADU PK KDN SARAWAK BERSAMA JPPM SARAWAK DI BAWAH AKTA PERTUBUHAN 1966 30


PENGUATKUASAAN 14 JANUARI 2025 | SELASA LARKIN, JOHOR BAHRU PK KDN Johor yang diketuai oleh Pengarahnya, Tuan Mohd Nashuddin Bin Hj. Daud dan turut hadir sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Johor dalam Ops bersepadu pemeriksaan ke atas kad pengenalan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959, Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990. Pemeriksaan telah dijalankan di Terminal Bas Larkin bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan. Sebanyak 47 kad pengenalan telah diperiksa, yang terdiri daripada MyKad biru dan MyPR. Semasa pemeriksaan dijalankan, beberapa isu telah dikenalpasti termasuk pemilik tertinggal kad pengenalan, kad pengenalan rosak, serta cap jari pemilik yang tidak dapat dibaca. Bagi setiap kes yang dikesan, nasihat telah diberikan mengenai peraturan dan cadangan untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat. OPS BERSEPADU PK KDN JOHOR BERSAMA JPN NEGERI JOHOR 31


PENGUATKUASAAN 27 JANUARI 2025 | ISNIN SUBANG JAYA, SELANGOR Ops Tera di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984) yang dijalankan secara bersepadu bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan PPPN 1990. Operasi ini melibatkan pemeriksaan terhadap premis percetakan yang tidak memiliki Lesen Mesin Cetak di bawah AMCP 1984 serta pemeriksaan kad pengenalan mengikut peruntukan di bawah PPPN 1990. Hasil daripada operasi ini, pasukan pemeriksa telah merampas 2 unit cabile power supply, 1 unit toner (hitam & putih), 4 unit toner (warna), dan 4 unit drum. Selain itu, penyitaan telah dilakukan ke atas 1 unit mesin cetak Fuji Xerox DocuCentre IV C4470 dan 1 unit mesin cetak Canon Image Runner Advance dengan anggaran nilai sebanyak RM 18,000.00. OPS TERA BERSEPADU PK KDN SELANGOR BERSAMA MBSJ 32


14 JANUARI 2025 | SELASA MELAKA PK KDN Melaka telah menjalankan pemeriksaan bernotis berkolaborasi bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ke atas sebuah persatuan di Taman Paya Rumpur Perdana, Melaka. Hasil daripada pemeriksaan ini, Persatuan/Pertubuhan diberikan nasihat agar melakukan penambaikan dan melaksanakan cadangan yang diberikan oleh pihak JPPM supaya selari dengan Perlembagaan Persatuan. PEMERIKSAAN BERNOTIS BERSAMA JPPM DI BAWAH SEKSYEN 63 AKTA PERTUBUHAN 1966 27 JANUARI 2025 | ISNIN KUCHING, SRAWAK Operasi Bersepadu bersama JPPM Sarawak telah dijalankan bagi pemeriksaan bernotis ke atas persatuan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pasukan pemeriksaan menasihatkan persatuan agar mematuhi perlembagaan dan melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan. Teguran serta nasihat turut diberikan bagi memperkemaskan penyata kewangan dan minit mesyuarat tahunan. 14 JANUARI 2025 | SELASA KUANTAN, PAHANG Pemeriksaan pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 telah dijalankan melalui kolaborasi bersama JPPM Pahang bagi memastikan pematuhan terhadap perlembagaan yang ditetapkan. Hasil pemeriksaan, teguran lisan diberikan atas ketidakpatuhan terhadap beberapa fasal yang termaktub dalam perlembagaan. PENGUATKUASAAN 33


| SELASA PK KDN PERLIS ANJUR SESI LIBAT URUS BERSAMA PENGUSAHA PREMIS KITA SEMULA PK KDN Perlis telah menganjurkan sesi libat urus bersama pengusaha-pengusaha bahan kitar semula di negeri Perlis. Sesi perjumpaan ini bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai pengurusan bahan kitar semula, khususnya yang berkaitan dengan aspek agama. Fokus utama diberikan kepada prosedur pelupusan ayat-ayat dan bahan yang berkaitan dengan Al-Qur'an. 14 JANUARI 2025|SELASA KANGAR, PERLIS ADVOKASI PK KDN SELANGOR DI KONTI RADIO UFM PK KDN Selangor telah mengambil langkah berimpak dengan menjalankan hebahan melalui siaran ke udara di UFM Radio sempena Program Siri Syarahan Menteri Dalam Negeri. Hebahan telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Selangor, Puan Sharifah Rohaiza binti Syed Rozali. Penerangan ini meliputi kefungsian PK KDN. Kesempatan melalui hebahan platfom ini juga Pengarah PK KDN Negeri Selangor dapat mempromosikan program JEQ yang dijalankan di reruai PKKDN. 16 JANUARI 2025 | KHAMIS UITM SHAH ALAM, SELANGOR SanaSiniPK 34


PEMULIAAN AL-QURAN : KERJASAMA PK KDN WPKL, JABATAN AGAMA ISLAM WPKL DAN JABATAN LAUT MALAYSIA. PK KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan Mesyuarat Penyelarasan Program Pemuliaan Al-Qur’an melibatkan kerjasama antara PK KDN, Jabatan Agama Islam WP Kuala Lumpur dan Jabatan Laut Malaysia. Taklimat telah diberikan oleh TPO Encik Kamaldin bin Mohd Damin mengenai perjalanan program pemuliaan Al-Qur’an yang akan dijalankan nanti. 20 JANUARI 2025 | ISNIN KOMPLEKS PUSAT ISLAM, KUALA LUMPUR PK KDN PULAU ADAKAN LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE JPN PK KDN Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah SPU. Lawatan ini bertujuan untuk menerima taklimat berkaitan perlaksanaan EKSA dan dokumentasi yang berkenaan. Ini penting dalam memastikan PK KDN sentiasa mematuhi kehendak piawaian EKSA. 22 JANUARI 2025 | RABU JPPN, PULAU PINANG 35


SESI LIBAT URUS (SLU) PK KDN BERSAMA PREMIS PERNIAGAAN KITAR SEMULA NEGERI SARAWAK 13 pemilik perniagaan kitar semula di Negeri Sarawak telah dijemput hadir dalam menjayakan program advokasi berkenaan dengan pelupusan bahan-bahan terpakai khususnya barangan yang mempunyai cetakan teks atau ayat Al-Qur’an. Pemilik perniagaan dapat memahami dan celik berkenaan peranan Bahagian PK KDN dalam usaha menjaga kesucian dan kemuliaan Al-Qur’an. 23 JANUARI 2025 | KHAMIS PK KDN SARAWAK PK KDN MELAKA ADAKAN LAWATAN KE JPN MELAKA Pengarah PK KDN Melaka bersama beberapa anggota hadir ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Melaka dalam menjalankan lawatan meningkatkan kefahaman tentang pelaksanaan EKSA dengan mendapatkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman daripada JPN Negeri Melaka yang telah menerima status Sijil Cemerlang EKSA dan pemenang tempat ketiga Anugerah Inovasi Persekitaran Berkualiti sempena Hari Inovasi JPN 2017 yang lalu. 23 JANUARI 2025 | KHAMIS JPPN MELAKA 36


TAKLIMAT BERKENAAN PEMERIKSAAN BERNOTIS JPPM PK KDN Melaka mengerahkan kesemua anggota dalam menerima taklimat berkenaan dengan pendedahan serta pengetahuan asas berkaitan konsep pengurusan pertubuhan dan pemeriksaan bernotis. Taklimat ini dipandang serius oleh setiap warga PK KDN dalam memastikan kerja-kerja dilapangan lebih berkesan dan berimpak bukan sahaja pada peringkat KDN atau JPPM tetapi juga kepada persatuan pertubuhan di luar. 23 JANUARI 2025 | KHAMIS DEWAN PK KDN MELAKA KURSUS CERTIFIED SECURITY GUARD SIRI 01/2025, PULAPOL KUALA LUMPUR. Kursus Certified Security Guard (CSG) siri 01/2025 telah berjaya dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Kursus ini melibatkan sejumlah pengawal keselamatan tempatan yang hadir daripada pelbagai syarikat kawalan keselamatan. Kursus ini penting kepada pengawal keselamatan dalam mendapatkan fahaman dan praktikal yang seharusnya dilakukan di lapangan. Kursus ini disempurnakan oleh YDH DSP Lee Kim Li iaitu Ketua Cawangan Pengajian Akademik PULAPOL, Kuala Lumpur. 24 JANUARI 2025 | JUMAAT PULAPOL KUALA LUMPUR 37


KUNJUNGAN HORMAT KEPADA JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM KELANTAN PK KDN Kelantan menjalankan kunjungan hormat kepada Jabatan Keselamatan Dalam kegeri dan ketenteraman Awam (KDNKA) Kelantan. Kunjungan hormat dan sesi suai kenal antara jabatan dan bahagian dilihat adalah amat penting dalam memastikan keterjaminan keselamatan dalam negara pada tahap yang lebih baik. Pelbagai perkongsian maklumat, pertukaran pandangan, penyelarasan operasi, dan perancangan pada masa hadapan turut dibincangkan. 28 JANUARI 2025 | SELASA IPK KELANTAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI SARAWAK PK KDN Sarawak telah menjalankan kunjungan hormat kepada Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak. Kunjungan hormat yang dijalankan adalah bertujuan menjalinkan hubungan kerjasama strategik selain memperkenalkan Bahagian PK KDN dan bidang tugas serta tanggungjawab yang digalas Bahagian. Melalui kunjungan hormat ini, JPN Sarawak turut meluahkan rasa sudi dan kelapangan Jabatan dalam menyambut baik penyertaan bersama sekiranya diperlukan dalam menjalankan sebarang operasi/pemeriksaa secara bersepadu. 28 JANUARI 2025 | SELASA JPN SARAWAK 38


JOM EXCHANGE JOM EXCHANGE JOM EXCHANGE AL-QUR'AN (JEQ) AL-QUR'AN (JEQ) AL-QUR'AN (JEQ) Program-program berbentuk penerangan bagi meningkatkan tahap kesedaran orang awam terhadap Al-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN dirancakkan sepanjang tahun di seluruh negeri di dalam Malaysia. Pada masa yang sama, para pengunjung boleh membuat penukaran bagi Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN atau rosak kepada Al-Qur'an yang mempunyai perakuan melalui program JEQ secara percuma. 16 Januari 2025 | Khamis Pejabat PK KDN Sarawak 16 Januari 2025 | Khamis UiTM Shah Alam, Selangor 18 Januari 2025 | Sabtu WP Kuala Lumpur 25 Januari 2025 | Sabtu Sungai Karangan, Kedah 39


PK PERLIS PK JOHOR LATIHAN KAWAD DAN KECERGASAN PK KDN SELANGOR PK KDN KELANTAN PK KDN MELAKA PK KDN SELANGOR PK KDN MELAKA PK KDN KELANTAN PK KDN NEGERI SEMBILAN PK KDN KEDAH 40


TIPS NUMBER 1 LAPANGAN PINTU MASUK 1-31 JANUARI 2025 AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 AAP 1971 8,583 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI LAPANGAN 889 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI PINTU MASUK AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 JUMLAH KESELURUHAN 9,472 SERBUAN : 14 PEMERIKSAAN : 6,116 NAZIRAN LMC : 20 NAZIRAN PP : 16 RAMPASAN : 122 NILAI RAMPASAN: RM2,167,864 PEMERIKSAAN : 262 RAMPASAN : RMTANGKAPAN : - SERBUAN : 11 PEMERIKSAAN : 1,308 RAMPASAN : 235 NILAI RAMPASAN : RM19,934 PEMERIKSAAN : 835 NAZIRAN SYARIKAT : 1 PK TIADA TAPISAN : 131 PENGAWAL HARAM : 17 PEMERIKSAAN : 642 KONSAINAN : 1,088,139 PEMERIKSAAN : 126 KONSAINAN : 4,915 PEMERIKSAAN : 121 KONSAINAN : 4,485 STATISTIK STATISTIK PROGRAM ADVOKASI TAKLIMAT/ CERAMAH JEQ HEBAHAN MEDIA MASSA PAMERAN 26 JUmlah PROGRAM JUmlah PROGRAM 8 5 3 10 BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 41


Pada tahun 2025, SUB PK KDN telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Kebajikan Kelab KDN. Sempena kepengerusian Biro Kebajikan Kelab KDN maka PK KDN telah bertindak sebagai urusetia kepada Biro Kebajikan. Dalam usaha untuk meraikan Hari Lahir warga Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jawatankuasa Kebajikan Kelab KDN telah mengambil inisiatif untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang menyambut hari kelahiran pada bulan Januari. Sebanyak 25 orang warga KDN yang lahir pada bulan Januari telah menerima hadiah berbentuk sejambak bunga dan kek sebagai tanda ingatan. Penghantaran hadiah ini akan dilakukan secara mingguan, memastikan bahawa setiap individu yang menyambut hari lahir pada bulan tersebut diberi perhatian dan diraikan secara peribadi. Langkah ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara warga KDN serta memberikan suasana ceria dan mesra di tempat kerja. Inisiatif ini membuktikan komitmen Jawatankuasa Kebajikan Kelab KDN dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan warganya selain memperkukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan kakitangan kementerian. Pemberian hadiah ini diharapkan dapat memberi kegembiraan dan motivasi kepada setiap penerima untuk terus berkhidmat dengan cemerlang. BIRO KEBAJIKAN KELAB KDN MENYEMARAKKAN RASA KASIH HARI ISTIMEWA WARGA KDN 42


Januari 2025 43


Goodies kepada Pegawai KDN berbangsa cina sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 25


MPUB PK KDN UNGGUL BERPADU K O M P I L A S I PROGRPSUB AM SEMARAK UNGGUL BERPADU K O M P I L A S I 26


AKRONIM BAHAGIAN PK PEMAKLUMAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN DAHULU SEBAGAI PKK KINI DIKENALI SEBAGAI PK KDN BAHAGIAN PK KDN PUTRAJAYA MOHA ENFORCEMENT OFFICIAL 03-88893145 [email protected]


LESEN MESIN CETAK LESEN MENCETAK TEKS AL-QUR’AN PERMIT PENERBITAN BAHAGIAN PK KDN PUTRAJAYA MOHA ENFORCEMENT OFFICIAL 03-88893145 [email protected] [email protected] BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI Perubahan maklumat perhubungan bagi permohonan: 03-88868416/3951 03-88868416/3951 INFO TERKINI


TINDAKAN TEGAS SEKIRANYA; Seksyen 3 (2) mentafsirkan Mesin Cetak ertinya mesin perkakas atau benda untuk mencetak, menyalin atau menghasil semula apa-apa yang diperihalkan dalam Jadual 1 Akta Mesin Cetak Pencetakan 1984. (Melebihi 1000 teraan sejam untuk tujuan perniagaan percetakan dan penerbitan). Seksyen 3 (2) mentafsirkan Mesin Cetak ertinya mesin perkakas atau benda untuk mencetak, menyalin atau menghasil semula apa-apa yang diperihalkan dalam Jadual 1 Akta Mesin Cetak Pencetakan 1984. (Melebihi 1000 teraan sejam untuk tujuan perniagaan percetakan dan penerbitan). Seksyen 3 (3) AMCP 1984 , Menteri boleh menurut budi bicaranya memberi kepada mana-mana orang suatu lesen bagi menyimpan untuk digunakan atau mengguna mesin cetak selama suatu tempoh sebagaimana dinyatakan dalam lesen itu dan dia boleh menurut budi bicaranya menolak mana-mana permohonan untuk mendapatkan lesen atau boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung lesen itu selama sesuatu tempoh yang difikirkannya mustahak. Seksyen 3 (3) AMCP 1984 , Menteri boleh menurut budi bicaranya memberi kepada mana-mana orang suatu lesen bagi menyimpan untuk digunakan atau mengguna mesin cetak selama suatu tempoh sebagaimana dinyatakan dalam lesen itu dan dia boleh menurut budi bicaranya menolak mana-mana permohonan untuk mendapatkan lesen atau boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung lesen itu selama sesuatu tempoh yang difikirkannya mustahak. Apa itu Lesen Mesin Cetak DEFINISI MESIN CETAK PELESENAN MESIN CETAK KESALAHAN UNTUK MENYIMPAN UNTUK DIGUNAKAN ATAU MENGGUNA MESIN CETAK TANPA LESEN Mana-mana orang yang menyimpan untuk digunakan atau mengguna mesin cetak tanpa lesen sah yang diberi di bawah subseksyen (3), atau berlanggaran dengan mana-mana syarat yang dikenakan di dalamnya, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya dan deposit yang disimpan di bawah seksyen 10 bolehlah dilucuthak. Seksyen 3(4) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 Mana-mana orang yang mencetak atau menghasilkan atau menyebab atau membenarkan dicetak atau dihasilkan dengan pengguna mesin cetak atau mesinnya apa-apa hasil penerbitan atau dokumen :- yang lucah atau selainnya bertentangan dengan kesopanan awam; atau yang mengandungi perkara mengganas terhadap orang-orang atau harta, menggalakkan pencabulan undang-undang atau terhadap apa-apa perintah yang sah di sisi undang-undang atau yang melakukan pecah keamanan atau yang mungkin membawa kepada pecah keamanan atau menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian, keharmonian atau pecah belah. Seksyen 4(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 Premis Pencetakan yang memiliki apa jua jenis mesin cetak yang mempunyai keupayaan mencetak melebihi seribu teraan sejam hendaklah memohon dan memiliki lesen mesin cetak. Tindakan tegas juga akan diambil ke atas mana-mana pihak yang terlibat dengan kesalahan memudaratkan kemoralan, ketenteraman awam, keselamatan negara, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara. Jika disabitkan kesalahan, pihak atau individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. LESEN MESIN CETAK Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI INFOGRAFIK OLEH : sps DESIGNBY .PKKDN DESIGNBY .PKKDN


POLISI PENERIMAAN DAN PEMBERIAN HADIAH, KERAIAN DAN TAJAAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI PENERIMAAN DAN PEMBERIAN HADIAH OLEH PEGAWAI Melibatkan tugas rasmi Pegawai KDN dilarang menerima atau memberi apa-apa hadiah berkaitan dengan tugas rasminya; atau membenarkan ahli keluarga terdekatnya atau mana-mana orang lain menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam keadaan yang sukar ditolak, pegawai KDN boleh terlebih dahulu menerima hadiah tersebut dan menguruskan penerimaan seperti tatacara yang berikut: Pegawai tidak perlu mendapatkan kelulusan penerimaan hadiah daripada Ketua Jabatan Hadiah bernilai kurang HERRAMIENTAS HERRAMIENTAS daripada RM300 Hadiah bernilai RM300 dan ke atas Termasuk barang cepat rosak atau tidak tahan lama (contoh: buah-buahan, sayursayuran, bunga, makanan dan seumpamanya), pegawai perlu dengan seberapa segera yang praktik memaklumkan kepada Ketua Jabatan untuk mendapatkan kelulusan awal dan sekembalinya ke pejabat, melengkapkan borang Lampiran UP.7.2.5 (A). Tidak melibatkan tugas rasmi Penerimaan atau pemberian hadiah tidak melibatkan tugas rasmi pertunangan, membabitkan keadaan seperti perkahwinan, hari jadi, persaraan, keagamaan dan seumpamanya. Tatacara bagi penerimaan hadiah tidak melibatkan tugas rasmi adalah seperti jadual berikut: Nilai/Jenis Hadiah Pemberi Hadiah Prosedur Nilai hadiah kurang daripada ¼ emolumen kurang atau daripada RM500 (yang mana lebih rendah) Orang perseorangan atau kumpulan orang (termasuk rakan sekerja), syarikat swasta, persatuan atau kerajaan asing. Tidak perlu kelulusan penerimaan hadiah daripada Ketua Jabatan. Nilai hadiah adalah ¼ emolumen dan ke atas atau RM500 dan ke atas (yang mana lebih rendah) Orang perseorangan atau kumpulan orang (termasuk rakan sekerja), syarikat swasta, persatuan atau kerajaan asing. Perlu mendapatkan kelulusan penerimaan hadiah daripada Ketua Jabatan dengan menggunakan borang Lampiran UP.7.2.5 (A). Barang cepat rosak atau tidak tahan lama Orang perseorangan atau kumpulan orang (termasuk rakan sekerja), syarikat swasta, persatuan atau kerajaan asing. Tidak perlu kelulusan penerimaan hadiah daripada Ketua Jabatan. Apa-apa nilai Ahli keluarga terdekat Tidak perlu kelulusan penerimaan hadiah daripada Ketua Jabatan.


Click to View FlipBook Version