The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN PK KDN VOL.38 (10- 30 Sept 2023) (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Seksyen Pengurusan Strategik SPS, 2023-10-21 06:22:01

BULETIN PK KDN VOL.38 (10- 30 Sept 2023) (1)

BULETIN PK KDN VOL.38 (10- 30 Sept 2023) (1)

BULETIN PK KDN Vol.38, 10-30 SEPTEMBER 2023 RANCAK-RANCAK PEMURNIAN GARIS PANDUAN APTQ 1986 PK KDN JOHOR LAKSANA PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH PELANCARAN SUKAN PK IBU PEJABAT DISAMBUT PENUH SEMANGAT


02 Jawatankuasa Penilaian Pelesenan dan Penerbitan (JKPPP) telah bermesyuarat untuk kali ke-15 bagi tahun 2023 bertujuan untuk menilai permohonan Lesen Mesin Cetak (LMC) dan Permit Penerbitan (PP) di bawah AMCP 1984. Pada mesyuarat kali ini, JKPPP telah membuat penilaian serta mengemukakan syor tindakan ke atas 69 penerbitan yang ditahan di lapangan dan di pintu-pintu masuk negara. 19 SEPTEMBER 2023 | SELASA PK KDN PUTRAJAYA


TAHAN PENGHANTARSERAHAN LULUS CADANG PERINTAH LARANGAN 4 34 26 5 TOLAK PENGIMPORTAN 03 keputusan JKPPP Bil. 15/2023 KEPUTUSAN JKPPP BIL.15/2023 BAHARU - 1 PERTUKARAN - 2 PEMBATALAN - 20 LESEN MESIN CETAK PERMIT PENERBITAN BAHARU - 2 PERTUKARAN - 1 PEMBATALAN - 1 ANTARA PENERBITAN DAN BAHAN PENERBITAN YANG DITAHAN


04 Bahagian PK mengukuhkan kerjasama bersama industri percetakan tempatan melalui Mesyuarat Bersama Industri Percetakan Tempatan Malaysia yang telah diadakan di Pejabat PK KDN, Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nor Azlina binti Mohamad Yazid, TSUB PK KDN. Dalam sesi mesyuarat tersebut, situasi semasa industri percetakan turut dibincangkan termasuk teknologi percetakan serta tren industri di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. PK KDN berharap agar jalinan kerjasama bersama industri ini akan diteruskan dan diperkukuhkan lagi pada masa hadapan. 12 SEPTEMBER 2023  | SELASA PK KDN PUTRAJAYA


05 15-17 SEPTEMBER 2023  | JUMAAT- AHAD PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN Dalam usaha memperkasakan kawal selia terhadap AlQur’an di Malaysia, KDN melalui Bahagian PK telah mewujudkan beberapa garis panduan sebagai rujukan dan panduan industri untuk memastikan setiap AlQur’an yang berada di dalam negara adalah sahih dan betul serta mematuhi Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an (APTQ) 1986. Dengan itu, Seksyen Regulatori Al-Qur’an telah menganjurkan Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan APTQ 1986 terhadap 8 garis panduan sedia ada serta 1 garis panduan baharu dengan dihadiri oleh ahli Lajnah Tasheh Al-Qur’an, KDN.


06 DIHARAMKAN SUMBER : HARIAN METRO TARIKH : 10 OGOS 2023 SUMBER : BERITA HARIAN TARIKH : 9 OGOS 2023 SUMBER : THE MERDEKA TIMES TARIKH : 10 OGOS 2023 SUMBER : BERNAMA.COM TARIKH : 10 OGOS 2023 13 SEPTEMBER 2023 | RABU PUTRAJAYA KDN mewartakan Perintah Larangan terhadap jam Swatch kerana merupakan penerbitan dalam apaapa bentuk yang berkaitan lesbian, gay, biseksual, transgender, pelik (LGBTQ+) dan koleksi termasuk kotak, pembalut, aksesori atau benda lain yang berkaitan melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 236 bertarikh 10 Ogos 2023. Pewartaan Perintah Larangan ini selaras peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 iaitu Hasil penerbitan tidak diingini yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan tersebut dilarang secara mutlak di Malaysia. Hasil penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana ia merupakan hasil penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan, kepentingan awam dan kepentingan negara dengan mempromosikan, menyokong, dan menormalisasikan gerakan LGBTQ+ yang tidak diterima oleh masyarakat umum di negara ini.


07 13 SEPTEMBER 2023 | RABU PUTRAJAYA DIHARAMKAN KDN telah mewartakan perintah larangan terhadap penayangan filem kontroversi berjudul ‘Mentega Terbang‘. Pewartaan ke atas filem arahan Khairil Anwar ini bertarikh 1 September 2023 dan dibuat mengikut Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023. Perintah Larangan terhadap filem ini adalah kerana ianya telah melanggar aspek kepentingan awam di seluruh Malaysia. Menurut warta berkenaan, larangan itu dibuat menerusi Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 turut mencakupi larangan pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem.


08 Muhammad Sukry bin Pauzi -PK Ibu Pejabat Kamal bin Abdul Rahim - PK Ibu Pejabat Nurul Asma Ansariah binti Ab Rahman - PK KDN Pulau Pinang Qhasidah Nuraisyah binti Abu Bakar - PK KDN Kedah Madihah binti Chek Deraman- PK KDN Selangor Majlis penyerahan penempatan kepada Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 baharu telah dimulakan dengan sesi Penyampaian Amanat daripada Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN sebelum Sesi Penyerahan Surat Penempatan. Berikut adalah senarai penempatan pegawai baharu berkenaan; Majlis diakhiri dengan sesi menandatangani Aku Janji dan Lafaz Ikrar Berpadu PK yang diketuai oleh Tuan Dzulpadzli bin Sha'arin, Ketua Sektor Penguatkuasaan PK KDN. 15 SEPTEMBER 2023 | JUMAAT IPUTRAJAYA


09 15 SEPTEMBER 2023  | JUMAAT PUTRAJAYA Biro Sukan Kelab PK KDN telah mengadakan Majlis Perasmian Sukan Peringkat PK Ibu Pejabat di ruang legar Aras 6, Bahagian PK. Majlis perasmian ini telah disempurnakan dengan ucapan oleh Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN serta gimik pelancaran Sukan Piala SUB PK. Dalam majlis tersebut, pertandingan ‘’war cry’ di antara setiap rumah sukan telah diadakan bagi meningkatkan lagi semangat setiap rumah sukan dalam merebut gelaran Juara sekaligus memenangi Piala Sub PK. Sebanyak 6 rumah sukan bertanding iaitu Hitam, Merah, Biru, Putih, Hijau dan Kuning yang menyaksikan juara ‘war cry’ dimenangi oleh Rumah Hitam. Aksi sorak pasukan rumah sukan Piala SUB PK Kontinjenrumah sukan Ibu Pe Gimik Pelancaran Sukan PK jabat2023 oleh SUB PK KDN Pengumuman keputusan pertandingan ‘War Cry’ Ucapan perasmian Sukan PK Ibu Pejabat 2023 Juri jemputan bagi pertandingan ‘ war cry’


GREEN FIGHTER AKSI ‘WAR CRY’ WHITE ANGEL RUMAH HITAM RUMAH PUTIH RUMAH MERAH BLACK STALLION RED FOX RUMAH KUNING RUMAH HIJAU RUMAH BIRU BLUE PHOENIX YELLOW DRAGON 10


09 18 SEPTEMBER 2023  | ISNIN IWANGSA BOWL, IOI CITYMALL Acara pertama yang dipertandingkan dalam Sukan Piala SUB PK ialah Kejohanan Tenpin Boling dan telah diadakan di Wangsa Bowl, IOI City Mall, Putrajaya. Setiap rumah sukan adalah diwajibkan untuk menghantar 2 pasukan untuk menyertai pertandingan ini. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut: Berpasukan Lelaki Juara - Rumah Biru Naib Juara - Rumah Hijau Ke-3 - Rumah Merah Berpasukan Wanita Juara - Rumah Hitam Naib Juara - Rumah Merah Ke-3 - Rumah Biru Individu lelaki - Mohd Sanri (rumah biru) Individu wanita - Siti Noor Atika (rumah Hitam) Individu VIP - Ust. Farid Hadi (rumah merah) Pasukan sorak terbaik - Rumah Merah Peserta Rumah Kuning Peserta Rumah Hijau Pasukan RumahPutih Pasukan Rumah Biru Pasukan Rumah Hitam Pasukan Rumah Merah


12 17 SEPTEMBER 2023  | AHAD BUKIT BERUNTUNG, SELANGOR PK KDN Johor telah menganjurkan Seminar Kesedaran Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor di Kompleks Rakan Muda Desaru Bandar Penawar, Kota Tinggi. Seminar ini bertujuan memberikan kesedaran dan pengetahuan tentang bahana pengambilan dadah di tempat bekerja. Peserta juga telah didedahkan tentang jenis-jenis dadah masa kini dan senario yang berlaku di kalangan masyarakat di Malaysia terutama yang melibatkan penagihan dadah. Aktiviti latihan dalam kumpulan juga telah dilaksanakan untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan serta dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kakitangan PK KDN Johor. BERITA NEGERI


AKTIVITI PENGUATKUASAAN OPS BERSEPADU PK KDN KEDAH BERSAMA JHEAIK DAN PEJABAT AGAMA DAERAH KOTA SETAR 12 SEPTEMBER 2023 | SELASA ALOR SETAR, KEDAH 13 Ops Mulia bersepadu PK KDN Kedah bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) dan Pejabat Agama Daerah Kota Setar yang diketuai oleh Encik Mohd Abdulwali bin Nawi, mensasarkan penjualan penerbitan serta bahan Al-Qur'an di bawah AMCP 1984 & APTQ 1986. Ops telah dijalankan terhadap dua premis yang menjual penerbitan dan bahan Al-Qur'an. PENGUATKUASAAN PK KDN SABAH LIBATKAN RAMPASAN BERNILAI RM2,864 PK KDN Sabah telah melaksanakan Ops Mulia dengan menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa premis di sekitar Lahad Datu, Sabah. Operasi diketuai oleh Encik Nigel Sinclair Narujin. Hasil daripada ops tersebut, PK KDN Sabah telah merampas sebanyak 355 bahan penerbitan dan teks Al-Qur’an yang bernilai RM2,864 kerana menyalahi akta yang dikuatkuasakan. 12 SEPTEMBER 2023 | SELASA LAHAD DATU, SABAH


PEMERIKSAAN BERNOTIS KOLABORASI PK KDN WPKL DAN CGSO WPKL PK KDN WPKL telah menjalankan pemeriksan bernotis bersama dengan CGSO WPKL di sebuah premis yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk memastikan pertubuhan mematuhi syarat-syarat seperti di dalam perlembagaan. Hasil pemeriksaan bernotis tersebut, persatuan diberi teguran dan perlu melakukan penambahbaikan segera dalam tempoh yang telah ditetapkan. 18 SEPTEMBER 2023 | ISNIN CHERAS, KUALA LUMPUR 14 OPS MAYA BERJAYA RAMPAS ALAT MAINAN SEKS DI PERAK Bertindak atas maklumat risikan, operasi yang diketuai oleh Encik Alias Md Yusof bersama 4 orang anggota penguatkuasa telah mensasarkan sebuah premis penjualan alat mainan seks. Hasil daripada serbuan tersebut, sebanyak 81 unit alatan mainan seks yang bernilai RM1,620 dirampas kerana menyalahi Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 19 SEPTEMBER 2023 | SELASA KAMUNTING, PERAK


PEMERIKSAAN ADUAN SALAH LAKU PENGAWAL KESELAMATAN DI BAWAH AAP 1971 PK KDN Kedah telah menjalankan pemeriksaan berdasarkan aduan salah laku pengawal di bawah Akta Agensi Persendirian (AAP) 1971. Menurut aduan, pengawal keselamatan terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta tidak menjalankan tugasan kawalan keselamatan. Pemeriksaan ini turut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Kulim. Hasil pemeriksaan mendapati pengawal keselamatan terbabit telah lulus tapisan keselamatan dan bercanggah dengan aduan. 26 SEPTEMBER 2023 | SELASA KULIM, KEDAH 15


FAIL DAN REKOD DILUPUSKAN SEWAJARNYA 12 SEPTEMTBER 2023  | SELASA KOTA BHARU, KELANTAN PK KDN KELANTAN LAKSANA PEMULIAAN AL-QUR’AN 10 SEPTEMBER 2023  | AHAD PK KDN, JOHOR PK KDN Kelantan telah melaksanakan program pemuliaan teks dan bahan Al-Qur’an di Pusat Pelupusan Jabatan Agama Dan Hal Ehwal Islam Negeri Kelantan. Program ini dilakukan oleh anggota PK KDN Kelantan mengikut kaedah yang telah ditetapkan dalam garis panduan. 16 PK KDN Johor telah menjalankan pelupusan ke atas fail dan rekod negeri setelah mendapat kelulusan daripada Arkib Negara Malaysia. Pelupusan ini telah melibatkan sejumlah 106 fail pentadbiran dan 60 kertas siasatan. Pelaksanaan pelupusan ini adalah mengikut kaedah menggunting, mengoyak dan merincih setiap dokumen dan fail berkenaan.


12 SEPTEMBER 2023 | SELASA HULU TERENGGANU, TERENGGANU 17 12 SEPTEMBER 2023  | SELASA KUANTAN, PAHANG JALINAN SINERGI PK KDN PAHANG BERSAMA TPR PAHANG Pengarah PK KDN Negeri Pahang, Tuan Syolahuddin bin Noor Azmi bersama pegawainya telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya Negeri Pahang (TPR) bagi mengadakan perbincangan berkaitan dengan Akta-akta yang dikuatkuasakan oleh Bahagian PK serta tatacara pengurusan kes. Dengan adanya kolaborasi ini, pengurusan kes dan penguatkuasaan akan lebih efektif dan berkesan. PK KDN TERENGGANU ANJUR WACANA HADITH NABAWI PK KDN Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan program Wacana Hadith Nabawi. Wacana ini telah dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan. Selain itu, pameran berkaitan APTQ 1986 juga dilaksanakan bagi memafhumkan masyarakat setempat.


13 SEPTEMBER 2023 | RABU SETAPAK, KUALA LUMPUR 12 SEPTEMBER 2023  | SELASA JITRA, KEDAH 18 MEMAFHUMI MASYARAKAT KEDAH SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN PK KDN Kedah telah melaksanakan pameran di SK Padang Perahu bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2023. Semasa pameran ini, PK KDN Kedah telah memberikan pengetahuan serta pendedahan kepada pengunjung yang hadir berkenaan fungsi serta peranan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan dalam mengawalselia serta menguatkuasakan Akta-akta yang berkaitan. PROGRAM ADVOKASI BERSAMA KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK WPKL PK KDN WPKL telah melaksanakan program pendidikan dan pencegahan di Kolej Vokasional Setapak WPKL sempena Program Pembangunan Sahsiah Unggul. Bersempena program ini, PK KDN WPKL menggunakan pendekatan advokasi kepada para pelajar berkaitan salah laku berkaitan penerbitan, Al-Qur'an serta filem. Selain itu, ceramah bertajuk ‘Pencegahan LGBT Melalui Penerbitan’ turut disampaikan oleh Pengarah PK KDN WPKL, Tuan Mohammad Amir bin Azizan kepada para pelajar yang hadir.


19 13 SEPTEMBER 2023  | RABU AYER KEROH, MELAKA Bahagian Pelesenan PDRM IPK Melaka telah menjalankan auditan senjata api terhadap PK KDN Melaka merangkumi pemeriksaan lesen senjata api serta tatacara penyimpanan senjata. Selain itu, taklimat berkenaan penggunaan senjata api dan keselamatan penyimpanan senjata api serta peluru di bilik kebal turut disampaikan kepada anggota PK KDN Melaka. 13 SEPTEMBER 2023 | RABU SHAH ALAM, SELANGOR PK KDN SELANGOR ANJUR SEMINAR PENERBITAN AL-QUR'AN RASM UTHMANI PK KDN Selangor telah menganjurkan Seminar Penerbitan Al-Qur'an Rasm Uthmani yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penulisan AlQur’an dalam Rasm Uthmani selain turut memafhumkan hadirin berkenaan peranan dan fungsi Bahagian PK KDN serta pendedahan tentang ancaman pemalsuan dan penyelewengan terhadap teks atau bahan Al-Qur’an di Malaysia. AUDITAN SENJATA API PK KDN MELAKA


13 SEPTEMBER 2023 | RABU ARAU, PERLIS PK KDN PERLIS DEKATI PELAJAR SMK SYED AHMAD, PERLIS PK KDN Perlis telah mengadakan sesi pameran di SMK Syed Ahmad, Arau sebagai salah satu usaha untuk mengadvokasi para pelajar di peringkat pertengahan dan guru berkaitan teks dan bahan Al Qur'an yang dibenarkan di Malaysia selain turut memperkenalkan fungsi dan peranan Bahagian. Pengunjung juga telah diberikan pengetahuan berkaitan kawalan penerbitan di Malaysia dengan harapan agar para pelajar ini dapat memahami kesan dan akibat daripada membaca bahan penerbitan yang dilarang dan teks Al-Qur'an yang tiada perakuan KDN. 20 15 SEPTEMBER 2023  | JUMAAT KUCHING, SARAWAK PK KDN Sarawak telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak menganjurkan Program Ziarah Imarah Madani Masjid dan Surau di Masjid Darul Hasanah, Kuching. Dalam program ini, ceramah bertajuk ‘Ancaman Terhadap Penerbitan Al-Qur'an’ telah disampaikan oleh Ustaz Habiburrahman bin Muhd Sedek, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam PK KDN Sarawak. Melalui program ini, masyarakat didedahkan dengan fungsi dan peranan Bahagian PK KDN dalam usaha mengawal selia serta menguatkuasakan teks dan bahan Al-Qur'an yang menyalahi APTQ 1986. ZIARAH IMARAH MADANI MASJID & SURAU DI KUCHING, SARAWAK


16 SEPTEMBER 2023  | SABTU ARAU, NEGERI PERLIS PAMERAN PK KDN PERLIS SEMPENA HARI MALAYSIA 2023 PK KDN Perlis telah mengadakan pameran bersempena Hari Malaysia tahun 2023 yang berlangsung di Masjid Negeri Arau, Perlis. Pameran ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan fungsi dan peranan Bahagian PK serta akta-akta yang dikawal selia dan dikuatkuasakan oleh PK KDN. Melalui pameran ini PK KDN dapat mendekati masyarakat setempat sebagai salah satu usaha untuk menyebarluas tentang kawalan penerbitan serta teks dan bahan Al-Qur’an di Malaysia. 21 16 SEPTEMBER 2023  | SABTU SEBERANG JAYA, PULAU PINANG PK KDN PULAU PINANG MANTAPKAN KESEDARAN BERKENAAN FILEM PK KDN Pulau Pinang mengadakan Program Pendidikan dan Pencegahaan melalui pameran di GSC Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya. Pameran ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat berkaitan filem tidak bertapis di Malaysia selain turut mendedahkan masyarakat berkenaan bahan penerbitan yang dilarang.


18 SEPTEMBER 2023 | ISNIN MUARA SG MELAKA, MELAKA 22 PK KDN MELAKA TINGKATKAN KERJASAMA BERSAMA AGENSI DI ICQS MELAKA Kerjasama antara agensi penguatkuasaan di ICQS Melaka dipertingkat bagi mencegah kemasukan barangan terlarang melalui pintu masuk negara. Oleh yang demikian, satu lawatan kerja oleh lketua-ketua agensi penguatkuasa termasuk pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Siastan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM IPK Melaka telah diadakan bagi melihat proses kemasukan dari luar negara ke dalam negara melalui ICQS tersebut. Dalam sesi lawatan kerja berkenaan, JSJN turut memberikan taklimat ringkas berkaitan aktiviti penyeludupan dadah serta membincangkan usahausaha dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi mengekang aktiviti penyeludupan bahan terlarang ini. 22 SEPTEMBER 2023  | JUMAAT KUCHING, SERAWAK MAJLIS PENUTUPAN KURSUS CERTIFIED SECURITY GUARD (CSG) SIRI 11/2023 Kursus Certified Security Guard (CSG) telah diadakan bagi memberikan pengetahuan asas serta kemahiran kepada pengawal-pengawal keselamatan tempatan yang bekerja di dalam Negara. Oleh yang demikian, Majlis Penutupan Kursus CSG Siri 11/2023 Negeri Sarawak telah diadakan di PULAPOL Kuching dan dirasmikan oleh Tuan Supt. Ernest John, Timbalan Komandan PULAPOL Sarawak. Turut hadir di majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Penguatkuasa PK Sarawak, Encik Atom Ak Peter.


23 PROGRAM HIFZ AL-QUR'AN TAHUN 2023 PK KDN JOHOR 23 SEPTEMBER 2023  | SABTU PONTIAN, JOHOR Program Hifz Qur'an Tahun 2023 anjuran PK KDN Johor telah diadakan di SMA Bugisiah Benut, Pontian, Johor. Program ini telah dihadiri seramai 500 orang guru dan pelajar dengan tujuan untuk memberikan pendedahan berkenaan kawal selia teks dan bahan Al-Qur’an di dalam negara oleh Bahagian PK KDN. Program ini turut diisi dengan Program Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ) melibatkan penukaran Al-Qur’an yang telah lama, rosak dan tiada perakuan KDN kepada Al-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN. 21 SEPTEMBER 2023  | RABU PK KDN, KELANTAN PK KDN KELANTAN KUKUHKAN KOLABORASI BERSAMA AGENSI SWASTA PK KDN Kelantan tidak terlepas dalam merangka dan merancakkan Program Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) dengan mengadakan mesyuarat bersama Syarikat Enurr bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam usaha untuk memastikan masyarakat sedar akan kepentingan membaca Al-Qur’an yang mempunyai perakuan daripada KDN.


24 21 SEPTEMBER 2023 | RABU PK KDN, SARAWAK PK KDN SARAWAK LUPUS EKSHIBIT LUCUT HAK PK KDN Sarawak telah mengadakan pelupusan ke atas ekshibit yang mendapat perintah lucut hak daripada mahkamah bagi filem dan penerbitan serta arahan daripada LPPPQ bagi teks dan bahan Al-Qur’an. Pelupusan ini melibatkan sejumlah 13 kertas siasatan dengan nilai ekshibit dianggarkan sebanyak RM16,000 berjaya dilupuskan mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. 25 SEPTEMBER 2023  | ISNIN MUADZAM SHAH, PAHANG PAMERAN PK KDN PAHANG SEMPENA KEMBARA FALAK JELAJAH MASJID PK KDN Pahang telah menjayakan Program Pameran sempena Kembara Falak bertempat di Masjid Al-Ansar, Jalan Felda Selancar, Muadzam Shah, Pahang. Pameran ini diadakan bagi memberi penerangan kepada pengunjung yang hadir berkenaan fungsi dan peranan Bahagian, mendedahkan masyarakat berkaitan Al-Qur'an yang diperakukan oleh KDN berserta kesalahankesalahan yang sering ditemui di bawah APTQ 1986.


25 PROGRAM JELAJAH UMMAH MALAYSIA MADANI DI BINTULU, SARAWAK 21 SEPTEMBER 2023  | KHAMIS BINTULU, SARAWAK PK KDN Sarawak telah menyertai Program Jelajah Ummah Malaysia Madani anjuran JAKIM Sarawak bertempat di Masjid Darul Mutaqqin, Sebauh, Bintulu. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memafhumi masyarakat mengenai fungsi dan peranan Bahagian serta mendedahkan masyarakat berkaitan Al-Qur'an yang diperakukan oleh KDN. Program turut diselitkan dengan ceramah mengenai ''Ancaman Terhadap Al-Qur'an'' yang disampaikan oleh Ustaz Habiburrahman bin Muhd Sedek, PPHEI PK KDN Sarawak. PROGRAM PAMERAN DAN ADVOKASI MENGENAI APF 2002 DIPERGIATKAN 27 SEPTEMBER 2023  | RABU NILAI, NEGERI SEMBILAN PK KDN Negeri Sembilan mempergiat program pameran dan advokasi mengenai Akta Penapisan Filem (APF) 2002 di pawagam MMCineplexes, Messa Mall, Nilai. Langkah proaktif ini diambil bagi meningkatkan pengetahuan serta kesedaran masyarakat mengenai lima klasifikasi filem terkini iaitu U, P12, P13, P16 dan P18. Klasifikasi filem yang mula berkuatkuasa mulai 1 Februari 2023 ini adalah bertujuan untuk menambah baik klasifikasi filem yang sedia ada dan menggalakkan masyarakat untuk lebih bertanggungjawab dalam membimbing anak-anak memilih kandungan filem yang sesuai untuk ditonton.


26 28 SEPTEMBER 2023 | RABU BUKIT PALAH, MELAKA JEQ RANCAK BERSEMPENA KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL DI MELAKA PK KDN Melaka menyahut slogan JEQ "Ke Arah Sifar AlQur'an Tiada Perakuan KDN" dengan menggiatkan lagi Program JEQ kepada masyarakat setempat di Dataran Kompleks Islam Melaka, Jalan Bukit Palah, Melaka. Pameran dan advokasi turut diadakan kepada pengunjung bagi memberikan penerangan kepada masyarakat mengenai Akta-akta yang dikuatkuasa oleh Bahagian ini.


27 10 -30 SEPTEMBER 2023 PK IBU PEJABAT PK TERENGGANU PK SARAW PK K AK ELANTAN PK PERLIS PK KEDAH PK NEGERI SEMBILAN PK SABAH PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN PK KDN Menyemarakkan semangat kerjasama berkumpulan


28 PK PERAK PK KEDAH PK PAHANG PK PUlau PINANG PK SABAH PK JOHOR PK MELA PK PERAK KA PK SEL P ANGOR K johor


29 459 JUMLAH KESELURUHAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN 36 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI PINTU MASUK PINTU MASUK STATISTIK MINGGUAN (10 - 30 SEPTEMBER 2023) 1,528 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI LAPANGAN PROGRAM ADVOKASI LAPANGAN AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 AAP 1971 SERBUAN : 3 PEMERIKSAAN : 248 RAMPASAN : 981 NILAI RAMPASAN : RM3,635 KOMPAUN : RM5,000 SERBUAN : 12 PEMERIKSAAN : 695 NAZIRAN LMC : 12 NAZIRAN PP : 14 RAMPASAN : 675 NILAI RAMPASAN: RM4,994 SERBUAN : 7 PEMERIKSAAN : 314 RAMPASAN : 50 NILAI RAMPASAN : RM3,502 PEMERIKSAAN : 198 NAZIRAN SYARIKAT : 25 PK TIADA TAPISAN : 12 1,987 JEQ TAKLIMAT/ PAMERAN CERAMAH HEBAHAN MEDIA MASSA 12 7 3 14 JUmlah PROGRAM JUmlah PROGRAM AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 PEMERIKSAAN : 312 KONSAINAN : 364,279 PEMERIKSAAN : 75 KONSAINAN : 2,244 PEMERIKSAAN : 72 KONSAINAN : 2,242


INFO MEDIA SOSIAL PK Bahagian PK KDN MOHA Enforcement Official MOHA Enforcement Official Bahagian PK KDN #PKKDN JOM FB LIKE PK KDN WAKTU OPERASI: 9.00PG-4.30PTG BILIK GERAKAN PK TALIAN HOTLINE PK KDN [email protected] 03-88893145 BAHAGIAN PK KDN


BERLAWANAN DENGAN UNDANG-UNDANG Mengandungi unsur yang bertentangan dan berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan, mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri termasuk kaedah dan peraturan mahupun fatwa rasmi yang dikeluarkan 5 MEMUDARATKAN KESELAMATAN Mengandungi unsur menyentuh sensitiviti dalam Perlembagaan Persekutuan, hasutan, fahaman atau ideologi yang bertentangan dan kenyataan palsu dan salah sehingga mengancam keselamatan negara 3 MEMUDARATKAN KEPENTINGAN AWAM 6 MEMUDARATKAN KEMORALAN Mengandungi perkara yang mengikut rupa, bentuk dan perlakuan atau dengan apa-apa cara yang boleh membayangkan kata-kata atau idea-idea yang lucah, mengghairahkan atau selainnya yang bertentangan dengan kesopanan awam 2 MEMUDARATKAN KEPENTINGAN NEGARA Mengandungi unsur yang boleh memudaratkan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial 7 HASIL Penerbitan Tidak Diingini MEMUDARATKAN KETENTERAMAN AWAM MENGGEMPARKAN FIKIRAN ORANG RAMAI Mengandungi perkara yang tidak berasas, palsu atau menyalahi fakta dan boleh menimbulkan kekeliruan, keraguan, kegelisahan atau ketakutan orang ramai Mengandungi apa-apa bentuk laporan, artikel, rencana, gambar, ilustrasi atau kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan masyarakat atau kepercayaan agama 4 Ertinya apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi apaapa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mengikut apa-apa jua cara memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara. HASIL PENERBITAN TidAK DIINGINI SEKSYEN 7(1) AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 Mengandungi unsur menggalakkan keganasan, permusuhan, pecah keamanan, kebencian termasuk ajaran atau fahaman yang bercanggah dengan agama 1 BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN (PK) KEMENTERIAN DALAM NEGERI


SEKSYEN 7(1) AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 Mengandungi unsur yang boleh memudaratkan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial MEMUDARATKAN KEPENTINGAN NEGARA BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN (PK) KEMENTERIAN DALAM NEGERI


05 5 01 SEKSYEN 16 02 Mana-mana orang yang meminta atau memberi suapan 03 04 SEKSYEN UTAMARASUAH AKTA SPRM 2009 SEKSYEN 17 Penjawat awam menerima suapan atau penjawat awam ditawarkan suapan SEKSYEN 18 Mengemuka dokumen yang mengandungi butiran palsu dalam membuat tuntutan bayaran SEKSYEN 23 Menggunakan kedudukan atau jawatan untuk apa-apa suapan SEKSYEN 25 Kegagalan melaporkan perbuatan rasuah


BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN PK PERUBAHAN AKRONIM DARI PKK KEPADA K E M E N T E R I A N D A L A M N E G E R I B A H A G I A N P E N G U A T K U A S A A N D A N K A W A L A N BERKUATKUASA 8 MAC 2023 PUNCA KUASA : KEPUTUSAN MESYUARAT JKPSM BIL.2/2023 PADA 7 MAC 2023


TALIAN HOTLINE HOTLINE PK KDN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 03-88893145 03-88893145 Aduan, pertanyaan dan maklum balas boleh disalurkan ke TALIAN HOTLINE PK KDN dan saluran sedia ada [email protected]


Click to View FlipBook Version