The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Seksyen Pengurusan Strategik SPS, 2024-05-16 19:42:18

Vol.45 Buletin PK April 2024 (5) (1)

Vol.45 Buletin PK April 2024 (5) (1)

R A N C A K VOL. 45 I APRIL 2024 3 OPS MULIA


Encik Muhammad Sukry bin Pauzi Encik Mohamad Ridzuan bin Yusof Puan Normaira binti Jalali Encik Mohamad Norraimi bin Abdul Hamid Encik Vimlen A/L Balakrishnan Cik Nur Ain Afini binti Rofli 2024 03-88863910 [email protected] linktree @PKKDN EDITOR MEDIA SIDANG EDITORIAL TROOPERS Encik Ahmad Hilmi bin Said Puan Ely Zarina binti Aman Encik Kamal bin Abdul Rahim PENAUNG Tuan Nik Yusaimi bin Yussof Encik Samsudin bin Sulaiman Puan Aqilla Farhana binti Mohd Amin


BULETIN PK KDN 03 Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan (PK) KDN telah menahan 164 individu dan merampas 26,213 naskhah Al-Qur’an serta bahan Al-Qur’an bernilai RM3.1 juta menerusi Ops Mulia yang dijalankan di seluruh negara sepanjang Mac lepas. Setiausaha Bahagian PK KDN, Nik Yusaimi bin Yussof berkata kesemua warga tempatan yang berusia 30 hingga 50 itu ditahan di lokasi berasingan kerana disyaki mengedar, menjual dan menjilid Al-Qur’an di tempat yang tidak sepatutnya. Sebanyak 1,082 premis diperiksa sepanjang Ops Mulia dengan sebuah syarikat percetakan di Seri Kembangan, Selangor dikesan melakukan kerja menjilid Al-Qur’an tanpa kebenaran selain membenarkan ia dilakukan orang bukan Islam. Kesemua Al-Qur’an yang dirampas ini tidak mempunyai cap perakuan dan pelekat hologram KDN. Sebahagian Al-Qur’an yang dirampas itu turut diperoleh menerusi program advokasi Jom Exhange Al-Qur’an(JEQ). PK KDN komited untuk memastikan hanya teks Al-Qur'an yang sahih dan telah mendapat kelulusan KDN dalam pelbagai bentuk berada dalam kalangan komuniti. 3 APRIL 2024  | RABU IBU PEJABAT PK KDN, PUTRAJAYA SIDANG MEDIA OPS MULIA 1/2024


BULETIN PK KDN 04


Liputan Media OPS MULIA 1/2024 BULETIN PK KDN 05 THE STAR TARIKH : 4 APRIL 2024 THE SUN TARIKH : 3 APRIL 2024 KOSMO TARIKH : 3 APRIL 2024 MALAYSIA GAZETTE TARIKH : 3 APRIL 2024 TA MYMETRO RIKH : 3 APRIL 2024 SINAR HARIAN TARIKH : 3 APRIL 2024 UTUSAN ONLINE TARIKH : 3 APRIL 2024 BERNAMA TARIKH : 3 APRIL 2024


BULETIN PK KDN 06 4 APRIL 2024  | KHAMIS LENGGONG, PERAK PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA RAKYAT DI KAMPUNG ANGKAT MADANI KDN Program Jalinan Mesra Bersama Rakyat di kampung angkat MADANI KDN disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri di SK Beng, Lenggong, Perak. Kampung angkat MADANI merupakan program dibawah Dana Komuniti MADANI (DKM) yang bertujuan untuk membantu komuniti desa memulakan projek ekonomi sendiri. Sejumlah dana telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pelaksanaan program ini yang memberikan peluang kepada komuniti untuk menentukan projek ekonomi yang ingin dibangunkan oleh mereka. Kampung Beng Lenggong Perak ini merupakan Kampung angkat MADANI bawah seliaan KDN. YBrs. Tuan Nik Yusaimi Bin Yussof, Setiausaha Bahagian PK KDN, turut hadir menjayakan program tersebut dengan melibatkan beberapa program yang dijalankan seperti Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ) bersama masyarakat setempat di Lenggong.


BULETIN PK KDN 07


BULETIN PK KDN 08 5 APRIL 2024  | JUMAAT LENGGONG, PERAK MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI BERSAMA YB TMDN & JOM EXCHANGE AL-QUR’AN DI LENGGONG, PERAK Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong, Perak. Turut hadir bersama Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri, penyerahan AlQur’an bagi Program Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ) dan sumbangan zakat.


2 & 25 APRIL 2024  | SELASA & KHAMIS IBU PEJABAT PK KDN, PUTRAJAYA BULETIN PK KDN 09 Jawatankuasa Penilaian Pelesenan dan Penerbitan (JKPPP) telah bermesyuarat buat bilangan ke 7 & 8 bagi tahun 2024 bertujuan untuk menilai permohonan Lesen Mesin Cetak (LMC) dan Permit Penerbitan (PP) di bawah AMCP 1984. Pada mesyuarat kali ini, JKPPP telah membuat penilaian serta mengemukakan syor tindakan ke atas 198 penerbitan yang ditahan di lapangan dan di sempadan pintu masuk negara. MENILAI 89 TAJUK DAN BAHAN PENERBITAN YANG DITAHAN JKPPP


BULETIN PK KDN 09


BULETIN PK KDN 10 LESEN MESIN CETAK PERMIT PENERBITAN KEPUTUSAN JKPPP BIL.07 & 08/2024 BAHARU PERTUKARAN PEMBATALAN 4 21 40 BAHARU PERTUKARAN PEMBATALAN 6 3 1 TAHAN PENGHANTARSERAHAN LULUS CADANG PERINTAH LARANGAN TOLAK PENGIMPORTAN KEPUTUSAN TINDAKAN 10 50 22 7 ANTARA PENERBITAN DAN BAHAN PENERBITAN YANG DITAHAN


BULETIN PK KDN 11 Dua pengarah syarikat masing-masing didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana tidak mematuhi syarat serta tiada lesen daripada Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur’an (LPPPQ) untuk menjilidkan 3,800 naskhah kitab suci berkenaan. Majistret Farah Azura Mohd Saad, memutuskan hukuman berkenaan terhadap pengarah Tihani Cetak Sdn Bhd dan Hua Mei Industry Sdn Bhd, masing-masing Muhammad Hatim Ab Wahab, 34, dan Sum Yew Hom, 41, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan. Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pengarah itu yang tidak diwakili peguam dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda. 2 PENGARAH SYARIKAT DIDENDA RM8,000 LANGGAR AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR’AN Keputusan Mahkamah 23 APRIL 2024  | SELASA MAHKAMAH MAJISTREET 2 PETALING JAYA


BULETIN PK KDN 12 TINJAUAN SUB PK KDN KE TAPAK CADANGAN PEJABAT DI DAERAH TAWAU SUB PK KDN, YBrs. Tuan Nik Yusaimi Yussof berkesempatan meninjau tapak cadangan pejabat cawangan PK Sabah yang terletak di Daerah Tawau. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pengarah PK Sabah, Tuan Vensis bin Sabin @ William. Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk meninjau lokasi-lokasi cadangan yang telah dikenalpasti untuk tindakan pihak pengurusan selanjutnya. 29 APRIL 2024 | ISNIN TAWAU, SABAH Lawatan Kerja Di Sabah


BULETIN PK KDN 13 MB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha KDN telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Penyediaan Tadbir Urus dan Penguatkuasaan Dasar Penggunaan Kalimah “Allah” yang diputuskan Majlis Raja-Raja. Mesyuarat yang diurus setiakan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN bertujuan meneliti dengan lebih lanjut khususnya mengenai pelaksanaan dasar berkenaan dari sudut pandang Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri Sabah. Turut hadir pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri dalam mesyuarat tersebut. 30 APRIL 2024  | SELASA KOTA KINABALU, SABAH Mesyuarat Penyediaan Tadbir Urus dan Penguatkuasaan Dasar Penggunaan Kalimah “Allah”


BULETIN PK KDN 14 Tindakan Kajian Kesauran SESI PERBINCANGAN BERSAMA PEMBEKAL 28 - 30 APRIL 2024  | AHAD- SELASA W.P PUTRAJAYA Sesi perbincangan antara Subject Matter Expert (SME) dengan pembekal, TitanFour Business Solution Sdn. Bhd. telah berlangsung di Hotel Dorsett Putrajaya. Perbincangan ini bertujuan mengenal pasti tindakan segera yang perlu diambil bagi melengkapkan modul terhadap program yang sedang dijalankan untuk dibentangkan kepada Tuan SUB PK KDN nanti.


Lens@ PK KD SESI PERBINCANGAN BERSAMA PEMBEKAL BULETIN PK KDN 15 N


MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KDN MADANI 2024 Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri KDN MADANI di pekarangan Kompleks Setia Perkasa telah berlangsung dengan gilang-gemilang pada 2 Mei 2024 Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri di samping kehadiran YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri dan timbalannya, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah serta beberapa orang YB Ahli Jemaah Menteri. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha KDN bersama dengan pegawai-pegawai kanan KDN serta agensi bawahnya di samping kehadiran pegawai-pegawai kanan kementerian lain. BULETIN PK KDN 16


BULETIN PK KDN 18 5 APRIL 2024  | JUMAAT PK KDN PERAK PK KDN PERAK YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan Lawatan kerja ke Pejabat PK KDN Perak di Ipoh, Perak. Dalam lawatan kerja ini, beliau berkesempatan meninjau keadaan ruang pejabat serta berinteraksi dengan warga kerja PK KDN Perak. Kehadiran YBrs. TKSU amat dihargai bagi menyemarakkan semangat warga PK KDN Perak untuk terus berkhidmat dengan cemerlang. YBrs. Tuan Nik Yusaimi Yussof, SUB PK KDN dan SUPT. Tuan Mohd Fahmi bin Sumali turut hadir sama menemani YBrs. TKSU ketika lawatan kerja tersebut berlangsung. Lens@ Pilihan


BULETIN PK KDN 19 LAWATAN KERJA TKSU (P) KDN KE PEJABAT PK KDN PERAK


BULETIN PK KDN 20 24 APRIL 2024  | RABU PEJABAT PK KDN PK KDN WPKL YBrs. Tuan Nik Yusaimi Yussof, SUB PK KDN telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat PK KDN WPKL. Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau pengoperasian dan pentadbiran di PK KDN WPKL selain bertemu mesra bersama anggota dan kakitangan PK KDN WPKL. Dalam lawatan kerja tersebut, Pengarah PK KDN WPKL, Puan Nor Juliena Azleen binti Ahmad telah menyampaikan taklimat pengoperasian dan pencapaian PK KDN WPKL kepada SUB. Lens@ Pilihan


BULETIN PK KDN 21 LAWATAN KERJA SUB PK KDN KE PEJABAT PK KDN WPKL


BULETIN PK KDN 22 24-26 APRIL 2024  | RABU-JUMAAT KOTA KINABALU, SABAH PK KDN SABAH PK KDN Sabah telah mengadakan pameran berkaitan teks dan bahan Al-Qur'an di bawah APTQ 1986 serta Program JEQ bersempena dengan Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024M / 1445H dari 24-26 April 2024 bertempat di Dewan Sri Putatan, Putatan Sabah. Pameran yang diadakan selama dua hari ini diisi dengan penerangan berkenaan fungsi dan peranan Bahagian selain mendedahkan masyarakat berkaitan Al-Qur'an yang diperakukan oleh KDN berserta kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan di bawah APTQ 1986. Majlis Perasmian dan Penangguhan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Qur'an Peringkat Negeri Sabah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin Yang Di - Pertua Negeri Sabah. Lens@ Pilihan PROGRAM JEQ SEMPENA MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN PERINGKAT NEGERI SABAH 1445H/2024M


2 APRIL 2024 | SELASA NILAI, NEGERI SEMBILAN TEMUI BINGKAI PERHIASAN TEKS AL-QUR’AN MENYALAHI AKTA DI NILAI, NEGERI SEMBILAN PK KDN Negeri Sembilan telah menjalankan Ops Mulia Bersepadu bersama anggota RELA dan PDRM di bawah pemeriksaan Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 (APTQ) dan telah berjaya merampas 9 unit bingkai perhiasan pelbagai saiz mengandungi ayat Al-Qur’an yang disyaki menyalahi akta. Sebanyak 2 buah premis terlibat dalam Ops ini. PK KDN Johor telah merampas sebanyak 24 buku dan bahan penerbitan setelah memeriksa sebuah kotak yang di bawa masuk dari negara jiran Indonesia di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, pusat mel dan kurier Johor Bahru, Larkin. Bahan penerbitan tersebut dirampas kerana disyaki melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984, di bawah Seksyen 11(3) dan Seksyen 7(1). Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM244. 16 APRIL 2024 | SELASA LARKIN, JOHOR PK KDN JOHOR TAHAN 24 NASKHAH PENERBITAN PELBAGAI TAJUK BULETIN PK KDN 23


22 APRIL 2024 | ISNIN KUALA ROMPIN, PAHANG RAMPASAN BAHAN AL-QUR’AN DISYAKI MENYALAHI APTQ 1986 OLEH PK KDN PAHANG 23 APRIL 2024 | SELASA TAIPING, PERAK PK KDN PERAK RAMPAS BAHAN PENERBITAN YANG MENYALAHI AMCP 1984 PK KDN Perak telah menahan 18 unit bahan penerbitan disyaki menyalahi APTQ 1986 selepas memeriksa sebuah premis menjual pakaian di Taiping Perak. Rampasan ini dianggarkan bernilai RM350 kerana disyaki menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. BULETIN PK KDN 24 PK KDN Pahang telah mempergiat Ops Mulia di negeri tersebut dengan melaksanakannya secara bersepadu bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an (APTQ) 1986. Hasilnya, sebanyak 2 unit bingkai ayat Kursi yang disyaki menyalahi APTQ 1986 yang dianggarkan bernilai sebanyak RM90 dirampas.


SANA SINIPK 01 APRIL 2024 |ISNIN KULAI, JOHOR 02 APRIL 2024 |SELASA AYER KEROH, MELAKA BULETIN PK KDN 25 PK KDN Melaka menjalankan Program Advokasi Semarak JEQ sempena Program Tadarus dan Khatam Al-Qur’an Perdana Puspanita Negeri Melaka. Penerangan berkenaan kesalahan-kesalahan Teks dan Bahan Al-Qur’an serta memberi kesedaran tentang tanggungjawab bersama dalam memelihara kesucian Al-Qur’an kepada komuniti yang hadir. PROGRAM JEQ DIRANCAKKAN DI KULAI JOHOR ADVOKASI APTQ 1986 BERSAMA PUSPANITA NEGERI MELAKA PK KDN Johor melaksanakan advokasi dan ceramah berkenaan isu-isu penyelewengan Al-Qur’an sempena program JEQ “Ihya Ramadahan” bersama komuniti di Surau Al-Hidayah Kg. Sri Paya Kulai Johor. Komuniti setempat berpeluang untuk menukar AlQur’an yang tiada perakuan KDN secara percuma dan mendapat maklumat berkenaan APTQ 1986 dan AMCP 1984.


BULETIN PK KDN 26 03 APRIL 2024 | RABU KUALA TERENGGANU, TERENGGANU PK KDN Terengganu mengadakan pameran bagi menyampaikan maklumat berkenaan fungsi PK KDN dan akta yang dikawal selia dan dikuatkuasakan. Selain itu, progrem JEQ memberi peluang kepada masyarakat untuk menukarkan Al-Qur’an yang tiada perakuan kepada AL-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN. Program ini telah mendapat sambutan baik dari warga setempat di Masjid Gong Tok Nasek Kuala Terengganu. 03 APRIL 2024 | RABU IPOH, PERAK PK KDN Perak telah menganjurkan ceramah bertajuk “Al-Qur’an kita sama ke Idok?” bersempena sambutan Nuzul Al-Qur’an peringkat Majlis Bandaraya Ipoh. Program JEQ dan ceramah dapat memberi kesedaran kepada masyarakat agar membaca dan mememiliki Al-Qur'an yang telah disemak serta mempunyai perakuan KDN. Selain itu, fungsi dan peranan PK KDN juga disampaikan kepada para peserta yang datang ke program ini. PAMERAN PROGRAM JEQ DI KUALA TERENGGANU CERAMAH BERKENAAN AL-QUR'AN MEMBERI INPUT YANG BERMAKNA


BULETIN PK KDN 27 03 APRIL 2024 | RABU KEM MUARA TUANG, SARAWAK PK KDN Sarawak laksana advokasi bersempena Program Khatam Al-Qur’an di Kem Muara Tuang Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat. Penerangan berkenaan fungsi dan peranan Bahagian PK KDN kepada masyarakat serta akta yang dikawal selia dan dikuatkuasakan. Turut hadir bersama Panglima Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi bin Md Lepi bagi menyempurkan program yang berlangsung. 04 APRIL 2024 | KHAMIS KUCHING, SARAWAK PK KDN Sarawak telah mengadakan pameran berkenaan Al-Qur’an yang mempunyai perakuan dan yang tiada kelulusan KDN. Selain itu, turut diadakan advokasi berkenaan fungsi dan peranan Bahagian PK KDN kepada komuniti serta akta yang dikawal selia juga disampaikan. Komuniti berpeluang untuk menukarkan Al-Qur’an secara percuma dalam program tersebut PROGRAM BERSAMA TENTERA DARAT PEMERINTAHAN MEDAN TIMUR PAMERAN APTQ 1986 SEMPENA PROGRAM WORLD QURAN HOUR


BULETIN PK KDN 28 PK KDN Negeri Sembilan menganjurkan program advokasi JEQ Ihya Ramadhan sempena pelancaran Bazar Ramadan di Jabatan Pendidikan, Negeri Sembilan. Peserta yang hadir diberi penerangan tentang kesalahan-kesalahan di bawah APTQ 1986. Selain itu, komuniti dapat menukar Al-Qur’an yang tiada perakuan atau rosak kepada Al-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN. 04 APRIL 2024 | KHAMIS KUANTAN, PAHANG Advokasi berkenaan kesalahan-kesalahan di bawah APTQ 1986 disampaikan sempena Majlis Khatam AlQur’an Perdana Peringkat Kuantan Barat Negeri Pahang. Seramai 225 peserta yang hadir bagi memeriahkan majlis. Selain itu, peserta yang hadir berpeluang untuk menukarkan Al-Qur’an yang tiada perakuan atau rosak kepada Al-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN. PROGRAM ADVOKASI JEQ DI NEGERI SEMBILAN PK PAHANG ANJUR TAKLIMAT ANCAMAN TERHADAP AL-QUR’AN 04 APRIL 2024 | KHAMIS NEGERI SEMBILAN


BULETIN PK KDN 29 24-27 APRIL 2024| RABU-SABTU KOMPLEKS RTM, KUANTAN, PAHANG 26 APRIL 2024| JUMAAT DEWAN SRI PUTATAN, SABAH 25 APRIL 2024| KHAMIS ILP PASIR GUDANG, JOHOR 24 APRIL 2024| RABU BANGUNAN SULTAN ISKANDAR, KUCHING, SARAWAK 16 APRIL 2024| SELASA KUALA NERUS, TERENGGANU Program advokasi berkenaan fungsi dan peranan PK KDN dilaksanakan di seluruh negara. Penerangan bagi meningkatkan kesedaran mempunyai Al-Qur’an yang ada perakuan KDN diterangkan kepada para pengunjung yang hadir. Selain itu, para pengunjung juga boleh menukar Al-Qur’an yang tiada perakuan atau rosak kepada Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN. PROGRAM JEQ TERUS DIRANCAKKAN DISELURUH NEGARA


BULETIN PK KDN 30 18 APRIL 2024 | KHAMIS JHEAT, TERENGGANU 24 APRIL 2024 |RABU AUDITORIUM ILKKM, JOHOR Program Keselamatan bersama pertubuhan di Auditorium Sri Perdana Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Johor Bharu. Program ini dihadiri Tuan ASP Selviam A/L Parumal (Bhg Risikan dan Pencegahan Jenayah Komunikasi). Majlis dirasmikan oleh Puan Saerah binti Ahmad, Ketua Cawangan Penguatkuasaan dan Kawalan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Negeri Johor. Program ini memberi pendedahan terhadap pencegahan jenayah dan akta-akta berkaitan Pertubuhan. Dalam program tersebut juga turut diberi pendedahan berkaitan akta-akta yang dikawal selia oleh PK KDN. PROGRAM PEMULIAAN AL-QUR'AN BIL 2/2024 PROGRAM KESELAMATAN BERSAMA PERTUBUHAN Program pemuliaan Al-Qur'an Bilangan 2 tahun 2024 di tapak pelupusan relau, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT). Program ini dihadiri oleh KPP Bahagian Penyelidikan dan pegawai JHEAT. Pemuliaan ini hasil daripada Program JEQ yang telah dilaksanakan PK KDN Terengganu dari Mac sehingga April 2024. Sebanyak 570 naskhah Al-Qur'an yang Tiada Perakuan KDN dan rosak telah dimuliakan di tapak relau pelupusan terbabit.


BULETIN PK KDN 31 PENGUKUHAN PK KDN LATIHAN KAWAD PK SARAWAK PK MELAKA PK KEDAH PK SABAH PK PERAK PK PERLIS PK TERENGGANU PK JOHOR


BULETIN PK KDN 32 PROGRAM PERKONGSIAN ILMU PK PERAK PK SARAWAK PK KELANTAN PK JOHOR PK PAHANG PK MELAKA PK PULAU PINANG PK TERENGGANU


TIPS NUMBER 1 LAPANGAN PINTU MASUK 1-31 MAC 2024 AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 AAP 1971 2,065 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI LAPANGAN 658 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI PINTU MASUK AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 JUMLAH KESELURUHAN 2,723 SERBUAN : 6 PEMERIKSAAN : 1083 NAZIRAN LMC : 12 NAZIRAN PP : 16 RAMPASAN : 23NILAI RAMPASAN: RM794 PEMERIKSAAN : 253 KOMPAUN : RM2,500 SERBUAN : 7 PEMERIKSAAN : 448 RAMPASAN : 31 NILAI RAMPASAN : RM2,547 PEMERIKSAAN : 264 NAZIRAN SYARIKAT : 4 PK TIADA TAPISAN : 45 PENGAWAL HARAM : 6 PEMERIKSAAN : 556 KONSAINAN : 219,533 PEMERIKSAAN : 97 KONSAINAN : 4,019 PEMERIKSAAN : 5 KONSAINAN : 150 STATISTIK STATISTIK PROGRAM ADVOKASI TAKLIMAT/ CERAMAH JEQ HEBAHAN MEDIA MASSA PAMERAN 29 JUmlah PROGRAM JUmlah PROGRAM 12 5 3 9 BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI


BAHAGIAN PK KDN MOHA ENFORCEMENT OFFICIAL 03-88893145 [email protected] AKRONIM BAHAGIAN PK PEMAKLUMAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN DAHULU SEBAGAI PKK KINI DIKENALI SEBAGAI PK


PAUTAN MEDIA SOSIAL Stay Connected! BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN linktr.ee/PKKDN BAHAGIAN PK KDN MOHA ENFORCEMENT OFFICIAL


KAJIAN PENERBITAN HENDAKLAH DISELESAIKAN HENDAKLAH DISELESAIKAN DALAM TEMPOH BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 30 HARI DARIPADA TARIKH NOTIS TAHAN DIKELUARKAN DIKELUARKAN


UNIT INTEGRITI KEMENTERIAN DALAM NEGERI HADIRKAN DIRI Ketua Unit Integriti Kementerian Dalam Negeri Aras 6, Blok SP9, Kompleks Setia Perkasa, 62546 Putrajaya TELEFON 03-88852845/2846 ADUAN E-MEL [email protected] TOLERANSI SIFAR TERHADAP RASUAH LAPORKAN SEGERA!


TALIAN HOTLINE PK KDN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 03-88893145 Aduan, pertanyaan dan maklum balas boleh disalurkan ke TALIAN HOTLINE PK KDN dan saluran sedia ada [email protected]


Click to View FlipBook Version