R A N C A K VOL. 44 I MAC 2024 3 Sempena pemerintahan Baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-16
Encik Muhammad Sukry bin Pauzi Encik Mohamad Ridzuan bin Yusof Puan Normaira binti Jalali Encik Mohamad Norraimi bin Abdul Hamid Encik Vimlen A/L Balakrishnan Cik Nur Ain Afini binti Rofli 2024 03-88863910 [email protected] linktree @PKKDN EDITOR MEDIA SIDANG EDITORIAL TROOPERS Encik Ahmad Hilmi bin Said Puan Ely Zarina binti Aman Encik Kamal bin Abdul Rahim PENAUNG Tuan Nik Yusaimi bin Yussof Encik Samsudin bin Sulaiman Puan Aqilla Farhana binti Mohd Amin
BULETIN PK KDN 3 28 MAC 2024 | KHAMIS KUANTAN, PAHANG Majlis sambutan Nuzul Qur'an, bacaan yasin dan tahlil Al-marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-marhum Sultan Abu Bakar serta perasmian masjid baharu Alor Akar, Kuantan Pahang. Pelancaran mushaf Al-Sultan Abdullah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang edisi khas Kementerian Dalam Negeri. Paduka Baginda dalam titah menzahirkan rasa sukacita di atas penerbitan mushaf Al-Qur’an berkenaan yang mengandungi 72 penandaan hamzah wasal dan nun wiqoyah. Ucapan penghargaan kepada kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Dalam Negeri serta Tengku Ampuan Pahang di atas penerbitan mushaf Al-Qur’an berkenaan. Turut hadir YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Mohd Farid, Penolong Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri.
BULETIN PK KDN 4
BULETIN PK KDN 5 YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, KSU KDN mewakili YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, MDN serta seluruh warga KDN, menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, menyembahkan Mushaf Al-Qur’an Al-Karim iaitu “Mushaf Al-Sultan Abdullah” yang merupakan edisi khas KDN bersempena pemerintahan Tuanku sebagai Yang Dipertuan Agong yang lalu. Turut hadir, YBrs. Tuan Nik Yusaimi Bin Yussof, SUB PK KDN serta Ustaz Mohd Farid Hadi Bin Sharif, PSU Seksyen Regulatori AlQur'an dan Hadith. 27 MAC 2024 | RABU AMPANG, KUALA LUMPUR SEMBAH MENGHADAP DAN PENYERAHAN MUSHAF AL-SULTAN ABDULLAH KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG
BULETIN PK KDN 6
3-5 MAC 2024 | AHAD- SELASA PAHANG MEMPERKASAKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN KDN 2024 Mesyuarat Pengurusan PK KD YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Bahagian PK KDN Bil 1/2024 bertempat di Pahang. YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Bahagian PK KDN Bil. 1/2024 yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan PK KDN serta Pengarah PK KDN Negeri. Enam (6) pembentangan berkaitan pemantapan serta pemerkasaan terhadap fungsi dan peranan Bahagian termasuk kertas cadangan telah dibincangkan. SUB PK turut menegaskan agar pegawai-pegawai kanan serta Pengarah PK KDN Negeri mempunyai kefahaman yang sama agar segala mesej yang disampaikan difahami oleh setiap anggota di bahagian PK KDN seluruh negara. Mesyuarat pengurusan juga turut menyentuh isu pengurusan pentadbiran, kewangan dan sumber manusia supaya diuruskan dengan baik dan berintegriti. Pada mesyuarat ini juga diadakan penyerahan sijil penurunan kuasa beserta kad kuasa di bawah Seksyen 3B (1) Akta Pertubuhan 1966 daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) melalui SUB PK kepada Pengarah PK KDN Negeri. N BULETIN PK KDN 7
Lens@ PK KD MESYUARAT PENGURUSAN PK KDN BIL.1/2024 N BULETIN PK KDN 8
Sesi Libat Urus KD BERSAMA PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN BERHUBUNG AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN (AMCP) 1984 PINDAAN 2012 YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri telah menyempurnakan Sesi Libat Urus KDN bersama pihak-pihak berkepentingan yang bertujuan untuk mendapatkan input yang bersesuaian sebagai penambahbaikan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 Pindaan 2012. Sejumlah 48 peserta daripada pelbagai latar belakang telah menghadiri sesi libat urus ini. Sesi libat urus ini diadakan bagi mendapatkan pandangan serta cadangan berhubung keperluan kawal selia penerbitan dan pencetakan dalam memastikan tanggungjawab Kementerian untuk memelihara keselamatan dan ketenteraman awam terus relevan. 11 MAC 2024 | ISNIN DEWAN GEMILANG, KDN PUTRAJAYA N BULETIN PK KDN 9
Lens@ PK KD SLU KDN BERSAMA PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN BULETIN PK KDN 10 N
BULETIN PK KDN 11 PK KDN 2024 / 1445H Pelancaran Program Ihya’ Ramadan 12 MAC 2024 | SELASA DEWAN GEMILANG KDN PUTRAJAYA Majlis Pelancaran Sambutan Ihya’ Ramadan PK KDN Bagi Tahun 2024 Bersamaan 1445H telah diadakan di Dewan Gemilang KDN, Putrajaya. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan dirasmikan oleh YBhg. Tuan Nik Yusaimi Yussof, SUB PK KDN. Melalui ucapannya, beliau berharap agar warga PK cemerlang dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang digalas dengan sebaiknya dan seimbang melalui pelaksanaan programprogram ihya’ Ramadan yang dijalankan. Juga turut diadakan ceramah khas sempena Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Iszam bin Padil, KPSU Seksyen Regulatori Al-Qur’an dan Hadith, PK KDN. Pelbagai program yang akan dilaksanakan oleh PK KDN sepanjang bulan mulia ini antaranya tazkirah ‘Kapsul Ramadan’ yang disampaikan secara atas talian melalui media sosial rasmi PK KDN, Tadarus Al-Qur’an, bacaan Yassin dan majlis khatam Al-Qur’an serta Program JEQ di pelbagai lokasi.
9.00pg - 9.30pg 13 MAC - 4 APRIL 2024 2 - 24 RAMADAN 1445H BULETIN PK KDN 12
BULETIN PK KDN 13 Ybrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN telah dijemput untuk sesi temu bual secara langsung di konti radio Nasional FM dengan topik ‘Ke Arah Sifar Al-Qur'an Tiada Perakuan KDN’. Temu bual ini bertujuan untuk memberi penerangan serta kesedaran masyarakat berkaitan Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN termasuk menerangkan usaha-usaha PK KDN dalam menangani Al-Qur'an tiada perakuan KDN melalui Program Jom Exchnage Al-Qur’an (JEQ) dan pemuliaan Al-Qur'an. BERSAMA SUB PK KDN Temu Bual Radio Nasional FM 14 MAC 2024 | KHAMIS ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR
7 & 19 MAC 2024 | KHAMIS & SELASA IBU PEJABAT PK KDN, PUTRAJAYA Jawatankuasa Penilaian Pelesenan dan Penerbitan (JKPPP) telah bermesyuarat buat bilangan ke 5 & 6 bagi tahun 2024 bertujuan untuk menilai permohonan Lesen Mesin Cetak (LMC) dan Permit Penerbitan (PP) di bawah AMCP 1984. Pada mesyuarat kali ini, JKPPP telah membuat penilaian serta mengemukakan syor tindakan ke atas 182 penerbitan yang ditahan di lapangan dan di pintu-pintu masuk negara. 182 TAJUK PENERBITAN YANG DITAHAN, DIBENTANG & DINILAI JKPPP BULETIN PK KDN 14
BULETIN PK KDN 15
BULETIN PK KDN 16 ANTARA PENERBITAN DAN BAHAN PENERBITAN YANG DITAHAN LESEN MESIN CETAK PERMIT PENERBITAN KEPUTUSAN JKPPP BIL.05 & 06/2024 BAHARU PERTUKARAN PEMBATALAN 6 3 54 BAHARU PERTUKARAN PEMBATALAN 1 1 2 TAHAN PENGHANTARSERAHAN LULUS CADANG PERINTAH LARANGAN TOLAK PENGIMPORTAN KEPUTUSAN TINDAKAN 19 149 13 1
BULETIN PK KDN 17 Dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia, PK KDN telah mengadakan program berbentuk advokasi dan penggantian Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN kepada warga KDN melalui Program berimpak JEQ bersempena dengan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Penenerapan Nilai-Nilai Murni KDN 2024. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri dan program JEQ telah mendapat sambutan luar jangka oleh warga KDN ketika dilaksanakan. SAMBUTAN LUAR JANGKA WARGA KDN Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) 21 MAC 2024 | KHAMIS AUDITORIUM SETIA PERKASA 8, PUTRAJAYA
BULETIN PK KDN 18 TAKLIMAT SOLUSI KEWANGAN & PROGRAM BIMBINGAN KEWANGAN Program Pencegahan Keberhutangan Serius: Taklimat Solusis Kewangan dan Program Bimbingan Kewangan merupakan satu program yang dianjurkan oleh Seksyen Kewangan PK KDN. Matlamat taklimat ini diadakan adalah bertujuan untuk mencegah keberhutangan serius dan membina kesejahteraan kewangan sekaligus meningkatkan produktiviti penjawat awam di dalam kerjaya dan organisasi. Adalah penting untuk seseorang individu mempersiapkan diri dengan literasi kewangan sebagai langkah pencegahan agar tidak terjerumus dalam kancah keterhutangan ini. Mereka perlu mengawal perbelanjaan dengan bijaksana dan berhemah serta mempunyai simpanan. Taklimat program ini telah disampaikan oleh wakil daripada Bank Islam Malaysia. Program berakhir pada jam 4.30 petang dan bersurai. 25 MAC 2024 | ISNIN DEWAN GEMILANG, KDN PUTRAJAYA
BULETIN PK KDN 19 26 MAC 2024 | SELASA TRAXX FM, ANGKASAPURI, KL Dont Miss I t !!! Temubual secara live streaming telah berlangsung di Radio Traxx FM melalui segmen Dont Miss It!!! dengan topik "Advocacy On Printing Presses And Publications Act" bersama Puan Norhanita Kayat, KPSU Seksyen Regulatori Penerbitan PK KDN. Temubual ini bertujuan bagi memberikan penerangan kepada para pendengar mengenai Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan garis panduan penerbitan, permit penerbitan serta lesen mesin cetak. Selain itu, temubual ini turut menyelitkan pengenalan fungsi dan peranan Bahagian PK KDN serta isu serta cabaran dalam mengawalselia dan penguatkuasaan AMCP 1984. ADVOCACY ON PRINTING PRESSES AND PUBLICATION ACT
BULETIN PK KDN 20 MAC 2024 Semarak PK KDN Perhimpunan Semarak PK KDN bagi Bulan Mac dianjurkan oleh Seksyen Khidmat Pengurusan (SKP) bersekali dengan Majlis Khatam Al-Qur’an PK KDN 2024/1445H. Perhimpunan ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa serta ikrar ‘Berpadu PK’ dan seterusnya amanat SUB PK KDN, YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof. Majlis diadakan secara ringkas dan diteruskan dengan pengumuman pekerja contoh bulanan dan penyampaian kad ucapan hari lahir. Majlis diakhiri dengan meraikan ulangtahun kelahiran warga PK serta sesi bergambar bersama warga PK cemerlang. Majlis perhimpunan ditamatkan untuk memberi laluan kepada Majlis Khatam Al-Qur’an PK KDN 2024/1445H. 26 JANUARI 2024 | SELASA RUANG LEGAR ARAS 6 PK KDN PUTRAJAYA
BULETIN PK KDN 21 Majlis Khatam Al-Qur’an
BULETIN PK KDN 22 YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) Kementerian Dalam Negeri telah hadir sebagai jemputan dalam temu bual siaran langsung TV1 bagi Rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) dengan tajuk kupasan “Ke Arah Sifar Al-Qur’an Tiada Perakuan KDN (KASAQTPK)” bertempat di Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur. 27 MAC 2024 | RABU ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR BERSAMA
BULETIN PK KDN 23 Temu bual secara langsung di Bernama TV dalam segmen “Apa Khabar Malaysia’ telah diadakan dengan topik "Ke Arah Sifar Al-Qur’an Tiada Perakuan KDN” (KASAQTPK) bersama Tuan Iszam bin Padil, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri. Temubual ini bertujuan untuk memberikan kesedaran serta penerangan bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat berkaitan Al-Qur'an yang mempunyai perakuan dan tiada perakuan KDN serta hebahan mengenai Program Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ). 27 MAC 2024 | RABU BERNAMA TV, KUALA LUMPUR Temu bual secara langsung di Bernama TV
BULETIN PK KDN 24 YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemuliaan Al-Qur’an Darul Kalam di Batu Caves, Selangor. Lawatan bertujuan untuk melihat tatacara pengendalian pemuliaan Al-Qur'an dilaksanakan dengan tertib dan teliti bagi memelihara kemuliaan Al-Qur'an. 27 MAC 2024 | RABU BATU CAVES, SELANGOR
KEMENTERIAN DALAM NEGERI BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Pameran Agensi Kerajaan Senamrobik Pertandingan mewarna Pemeriksaan Kesihatan Booth makanan & minuman dll. PK KDN SELANGOR 8:00am - 4:00pm kediaman pangsapuri semarak, setia alam Program Jom Exchange Qur’an (JEQ) Pameran Advokasi Ceramah Podcast, aduan dll. PK KDN WPKL 4:00PM - 10:00PM Masjid Al-NAJIHIN, BANDAR SRI PERMAISURI Sambutan Hari PK KDN telah diadakan pada 2 Mac 2024 secara serentak di setiap negeri di seluruh Malaysia. Hari PK KDN diadakan bertujuan untuk mendekati masyarakat setempat seiring dengan tema PK KDN 2024 iaitu ‘PK Berpadu Masyarakat Sejahtera’. Pelbagai acara dan aktiviti telah dilaksanakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti setempat. Antaranya Program Jom Exchange Al-Qur’an, pameran Agensi Kerajaan, pemeriksaan kesihatan percuma dan banyak lagi. BULETIN PK KDN 26
Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) Kaunter Khidmat Pelanggan (PADU) Kaunter Pameran Pemeriksaan Kesihatan Slot Sembang Santai dll PK KDN N.SEMBILAN 8:00am - 11:00AM DEWAN KOMUNITI TAMAN SEDIA RAJA, CHEMBONG Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) Pameran dari Agensi di bawah KDN Bual Bicara Ahli Lajnah Tasheh Al-Qur’an KDN Kaunter Khidmat Pelanggan Kempen Derma Darah Pertandingan tulisan Jawi, Khat & mewarna dll. PK KDN melaka 8:00am Masjid Al-Hasanah, Sungai Rambai, Melaka. Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) Pameran Pertandingan mewarna, bola sepak penalti & kuiz berpadu Taklimat dll. PK KDN JOHOR 10:00am - 4:30pm AUDITORIUM ARAS 6, BLOK 1, KOMPLEKS kDN,taman setia tropika
Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) Pameran Agensi Kerajaan Kaunter Khidmat Pelanggan (PADU) Pertandingan mewarna Bual Bicara Santai dll. 9:00am - 4:00pm PK KDN KEDAH perkarangan Masjid Al-Muttaqin, Taman Mahsuri, Jitra Kedah Program Jom Exchange Qur’an (JEQ) Ceramah Rasm Uthmani Dari Sheikh Dr. Hazli Ismail Kaunter Khidmat Pelanggan Pameran dari Agensi Kerajaan Pertandingan mewarna dll. 8:00am Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) Pameran Taklimat Bahagian PK KDN dll. PK KDN PERLIS 8:30am - 5:30pm KAMPUNG LAT SERIBU, TAMBUN TULANG, ARAU PK KDN PERAK ARENA square, kuala kangsar
Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) Program Cegah Denggi Pameran Agensi Kerajaan Kaunter Khidmat PADU Taklimat Bahagian PK dll. PK KDN P.PINANG 8:00am - 2:00pM DEWAN TERBUKA KOMUNITI (DEWAN BADMINTON TAJ) BUKIT MERTAJAM Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) Sembang Santai Bersama Pengarah PK KDN Pahang Pameran Agensi Kerajaan Pemeriksaan Kesihatan (KKM) Kaunter Pendaftaran PADU dll. PK KDN PAHANG 9:00am - 1:00pm kariah masjid as-syarif taman tas Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) pertandingan mewarna Sepak Raga Bulatan Penalti Bola Jaring Cabutan bertuah dll. PK KDN terengganu 8:00am - 2:00pM perkarangan surau al-hidayah pakr cerang guling
Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) Pameran Agensi Kerajaan Pemeriksaan Kesihatan (KKM) Pertandingan Karaoke Pertandingan Mewarna & sukaneka dll. PK KDN SARAWAK 8:00am - 9:00pm KAMPUNG SINAR BUDI BARU, BATU kawa , KUCHING Program Jom Exchange Qur’an (JEQ) Senamrobik Wayang Pacak Ceramah dll. PK KDN SABAH 8:00am RUANG LEGAR BOOTH PAMERAN, ARAS 2, BLOK A kompleks kerajaan persekutuan sabah Program Jom Exchange Qur’an (JEQ) Pameran Ceramah liga Penalti Pertandingan mewarna dll. PK KDN KELANTAN 8:00am - 12:00pm taman maka utama , pasir mas BULETIN PK KDN 30
BULETIN PK KDN 31 19 MAC 2024 | SELASA ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR PK KDN SELANGOR PK KDN Selangor telah mengadakan Program Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ) bersama SelangorFM. Jelajah Ramadan RTM 2024 dilaksanakan di 3 lokasi berbeza iaitu di Dewan MBPJ Kg. Lindungan Bulan, PPR Lembah Subang 2 dan Masjid Ara Damansara. Melalui Program JEQ ini, penduduk sekitar berkesempatan menukar mana-mana Al-Qur'an yang tiada perakuan KDN, lusuh atau rosak kepada Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN. Melalui Program ini, penduduk sekitar berkesempatan menukar manamana Al-Qur'an yang tiada perakuan KDN, lusuh atau rosak kepada AlQur'an yang mempunyai perakuan KDN. Selain Program JEQ, PK KDN Selangor turut mendampingi penduduk setempat dengan aktiviti pameran, program ziarah kasih, pengagihan bubur lambuk serta sumbangan kepada anak yatim dan asnaf. . Lens@ Pilihan
JEQ DAN JELAJAH RAMADAN RTM 2024 BULETIN PK KDN 32
BULETIN PK KDN 33 23-24 MAC 2024 | SABTU-AHAD DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR PK KDN WPKL Program Iftar@KL 2024 yang merupakan anjuran jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama rakan strategik Islamic Tourism Centre (ITC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), jabatan/agensi kerajaan dan persatuan-persatuan lain dan menjemput PK KDN untuk turut serta bersama program ini bagi mengimarahkan dan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah serta keprihatinan sesama insan melalui pengisian aktiviti seperti program JEQ, penyediaan bubur lambuk, tadarus Al-Qur’an, solat tarawih, persembahan nasyid dan pelbagai lagi. Melalui Program JEQ, pengunjung berkesempatan menukar mana-mana AlQur'an yang tiada perakuan KDN, lusuh atau rosak kepada Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN. Meskipun ini merupakan penyertaan buat pertama kali, JEQ dilihat sebagai satu program yang sangat bagus dan memberi manfaat serta kebaikan secara berterusan kepada umat Islam di Malaysia. Lens@ Pilihan
BULETIN PK KDN 34 23 MAC 2024 | SABTU KUANTAN, PAHANG PK KDN PAHANG Majlis Berbuka Puasa Madani disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri yang berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota, Kuantan. Majlis dimulakan dengan sesi Penyerahan AlQur’an (JEQ), Penyampaian Sumbangan Zakat dan Tazkirah Ramadan. YAB Perdana Menteri juga turut beramah mesra bersama penduduk sekitar yang hadir ke majlis tersebut. Turut hadir Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, dan Ketua- Ketua Jabatan termasuk SUB PK KDN, Tuan Nik Yusaimi bin Yussof dan Pengarah PK KDN Pahang, Tuan Syolahuddin bin Noor Azmi. Lens@ Pilihan MAJLIS BERBUKA PUASA MADANI NEGERI PAHANG BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, PERDANA MENTERI
6 MAC 2024 | RABU KUALA LUMPUR OPS MAYA FOLDER RISIKAN PK KDN WPKL Ops Maya folder risikan telah dijalankan oleh PK KDN WPKL di bawah pemeriksaan Akta Pencetakan Al-Qur’an 1986 (APTQ) dan telah berjaya merampas Al-Qur’an yang didapati telah menyalahi Akta. Al-Qur’an yang dirampas adalah berbentuk sejadah elektronik sebanyak 768 unit, Plug In Al-Qur’an 114 unit, LED Book AlQur’an 1 naskhah dan Qur’an speaker light sebanyak 40 unit. Sebanyak 2 buah premis terlibat dalam pemeriksaan ini. PK KDN Pahang telah mempergiat Ops Mulia di negeri tersebut dengan melaksanakannya secara bersepadu bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an (APTQ) 1986. Hasil daripada ops ini, sebanyak 15 unit bingkai ayat Al-Qur’an disyaki menyalahi APTQ 1986 yang dianggar nilai sebanyak RM3,790. 7 MAC 2024 | KHAMIS PEKAN, PAHANG OPS BERSEPADU PK KDN PAHANG BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP) BULETIN PK KDN 35
18 MAC 2024 | ISNIN PERAI, PULAU PINANG RAMPASAN BAHAN-BAHAN AL-QUR’AN MENYALAHI APTQ 1986 OLEH PK KDN PULAU PINANG PK KDN Pulau Pinang telah merampas 6 unit bingkai Kalimah Muhammad yang disyaki telah menyalahi APTQ 1986 selepas membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis di Perai, Pulau Pinang. Operasi yang diketuai oleh Puan Maizura binti Azmi bersama-sama 5 orang anggota penguatkuasa telah merampas bahan-bahan yang disyaki menyalahi Akta berkenaan. 19 MAC 2024 | SELASA KUCHING, SARAWAK OPS MULIA BERSEPADU PK KDN SARAWAK BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK DAN IPK SARAWAK PK KDN Sarawak telah mempergiat Ops Mulia di negeri Sarawak dengan melaksanakannya secara bersepadu bersama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Bahagian Ekstremis Sosial Cawangan Khas (E2) IPK Sarawak di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an (APTQ) 1986. Hasil daripada ops ini, rampasan berjumlah RM1,345 ke atas bahanbahan cetakan teks Al-Qur’an yang disyaki menyalahi seksyen 14(1) APTQ 1986 diserahkan kepada PK KDN Sarawak untuk tindakan lanjut. BULETIN PK KDN 36
21 MAC 2024 | KHAMIS BATU GAJAH, PERAK PK KDN PERAK RAMPAS BINGKAI AL-QUR’AN YANG MENYALAHI APTQ 1986 PK KDN Perak telah menahan 39 bingkai mengandungi ayat-ayat Al-Qur’an yang disyaki menyalahi APTQ 1986 selepas memeriksa 2 buah premis menjual barangbarang perhiasan di bandar Seri Iskandar dan Batu Gajah, Perak. Rampasan ini dianggarkan bernilai RM870 kerana disyaki menyalahi Seksyen 14(1), APTQ 1986. 21 MAC 2024 | KHAMIS KUALA TERENGGANU OPS MULIA BERSEPADU DIPERLUAS DI TERENGGANU Ops Mulia secara bersepadu telah dilaksanakan oleh PK KDN Terengganu bersama Jabatan Imigresen Negeri Terengganu (JIM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melibatkan pemeriksaan dilakukan terhadap teks dan bahan Al-Qur’an yang menyalahi APTQ 1986 di beberapa premis sekitar Kuala Terengganu, Terengganu. Ops ini diketuai oleh Encik Yusri Md. Daud. Hasil pemeriksaan, ops ini berjaya merampas sejumlah bahan Al-Qur’an seperti bingkai serta naskah AlQur’an yang tiada perakuan KDN. BULETIN PK KDN 37
21 MAC 2024 | KHAMIS MELAKA KEJAYAAN OPS MULIA BERSEPADU PK KDN MELAKA DENGAN NILAI RAMPASAN BERJUMLAH RM64,702 Ops bersepadu yang dijalankan oleh PK KDN Melaka bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan RELA Malaysia, diketuai oleh Encik Azizul bin Lajis memfokuskan kepada aktiviti penjualan penerbitan serta bahan Al-Qur'an di bawah APTQ 1986. Ops ini dilaksanakan di 2 buah premis yang menjual penerbitan bahanbahan Al-Qur'an. Hasil daripada Ops tersebut, pasukan operasi telah merampas barangan yang dianggarkan bernilai RM64,702 kerana menyalahi Seksyen 8(1) dan 14(1) APTQ 1986. PK KDN Kedah telah melaksanakan Ops Mulia dengan menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa premis di sekitar Sg. Petani, Kedah. Hasil daripada ops tersebut, PK KDN Kedah telah merampas sejumlah Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN dianggarkan bernilai RM21,664 di premis dan di dalam sebuah kenderaan kerana menyalahi APTQ 1986. 21 MAC 2024 | KHAMIS SG. PETANI, KEDAH PENGUATKUASAAN PK KDN KEDAH LIBATKAN RAMPASAN BERNILAI RM21,664 BULETIN PK KDN 38
21 MAC 2024 | KHAMIS BATU GAJAH, PERAK BAHAN AL-QUR’AN YANG MENYALAHI APTQ 1986 DIRAMPAS DI BAYAN LEPAS, PULAU PINANG PK KDN Perak telah menahan 39 bingkai mengandungi ayat-ayat Al-Qur’an yang disyaki menyalahi APTQ 1986 selepas memeriksa 2 buah premis menjual barangbarang perhiasan di bandar Seri Iskandar dan Batu Gajah, Perak. Rampasan ini dianggarkan bernilai RM870 kerana menyalahi Seksyen 14(1), APTQ 1986. 21 MAC 2024 | KHAMIS KUALA TERENGGANU 40 UNIT BINGKAI PERHIASAN MEMPUNYAI TEKS AL-QUR’AN DIPERIKSA PK KDN SELANGOR PK KDN Selangor telah memeriksa sebanyak 40 unit bingkai perhiasan yang mempunyai teks Al-Qur’an dan 16 unit darinya disyaki menyalahi Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 (APTQ) di sebuah premis di Sungai Buloh, Selangor. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1,770. PK KDN Selangor sentiasa mempergiatkan pemeriksaan di pelbagai lokasi berikutan dengan ops Mulia yang dilancarkan. BULETIN PK KDN 39
25-26 MAC 2024 | ISNIN-SELASA JOHOR BAHRU, JOHOR OPS MULIA PK KDN JOHOR LIBATKAN RAMPASAN BERNILAI RM19,409 Ops Mulia yang dilaksanakan oleh PK KDN Johor telah rampasan sebanyak 17 naskhah AlQur’an dan 595 unit bahan Al-Qur’an yang disyaki menyalahi seksyen 8(1) dan 14(1) Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an (APTQ) 1986 dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM19,409 serbuan ke atas beberapa buah premis di beberapa kawasan di Johor Bahru, Johor. Ops turut diketuai oleh Tuan Nashuddin bin Haji Daud, Pengarah PK KDN Johor dan turut melibatkan beberapa kumpulan penguatkuasa. BULETIN PK KDN 40
24 MAC 2024 | AHAD ALOR SETAR, KEDAH OPS MULIA PK KDN KEDAH DI ALOR SETAR Ops Mulia PK KDN Kedah telah diketuai oleh Encik Mohd Abdulwali bin Nawi, memfokuskan kepada penjualan bahan Al-Qur'an seperti ayat kaligrafi Al-Qur’an di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an 1986. Ops telah dijalankan di beberapa buah premis yang menjual bahan AlQur'an seperti hiasan rumah di Alor Setar, Kedah. Hasil pemeriksaan di premis-premis berkenaan didapati terdapat bahan yang disyaki menyalahi APTQ 1986 dan rampasan telah dibuat dengan nilai dianggar berjumlah RM6,600. BULETIN PK KDN 41
25 MAC 2024 | ISNIN KOTA KINABALU, SABAH BARANG PERHIASAN DAN JAM DINDING DISITA MELALUI OPS MULIA PK KDN SABAH PK KDN Sabah telah menyita 16 unti barang perhiasan serta jam dinding melalui Ops Mulia yang dijalankan di sebuah premis di Kota Kinabalu kerana ianya disyaki menyalah seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks dan AlQur’an 1986. Kesemua barang yang disita dianggarkan berjumlah sebanyak RM3,286. Sebanyak 35 unit bahan Al-Qur’an seperti bingkai hiasan pelbagai surah bersaiz kecil yang diletakkan di rak jualan di premis tersebut yang disyaki menyalahi seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 (Pindaan) 2023. Rampasan dilakukan oleh anggota peguatkuasa dalam ops mulia ini melibatkan jumlah rampasan yang dianggar sebanyak RM140. 25 MAC 2024 | ISNIN KUANTAN, PAHANG PK KDN PAHANG RAMPAS BAHAN AL-QUR’AN YANG DISYAKI MENYALAHI APTQ 1986 BULETIN PK KDN 42
25 - 26 MAC 2024 | ISNIN - SELASA KUCHING, SARAWAK OPS MULIA PK KDN SARAWAK RANCAK DI PENGHUJUNG RAMADAN Rampasan oleh PK KDN Sarawak melibatkan bahan Al-Qur’an pelbagai jenis dan saiz termasuklah bingkai kaligrafi, jam dinding, ukiran, cetakan yang mengandungi ayat Al-Qur’an serta audio seperti zikir dan bacaan Al-Qur’an. Ianya dirampas kerana disyaki menyalahi seksyen 14 (1) Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 (Pindaan) 2023 dan juga pelanggaran di bawah garis panduan, pembuatan, pengendalian, penjualan dan pelupusan bahan-bahan penerbitan dan perhiasan mengandungi ayat suci Al-Qur’an. Jumlah keseluruhan rampasan dianggar berjumlah RM13,616 melalui serbuan 5 buah premis di sekitar Kuching, Sarawak. BULETIN PK KDN 43
SANA SINIPK 01 MAC 2024 |JUMAAT KUCHING, SARAWAK 05 MAC 2024 |SELASA KOTA KINABALU, SABAH PK KDN Sabah dan Sarawak diberikan taklimat berkenaan pelaksanaan perakaunan pengurusan dan sesi Hands on Sistem Mycost. Taklimat diberikan oleh wakil PK KDN Seksyen Kewangan Putrajaya kepada pegawai-pegawai bahagian akaun di PK KDN Sabah dan Sarawak. PROGRAM KELESTARIAN MASYARAKAT PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAKLIMAT PELAKSANAAN PERAKUNAN PENGURUSAN PK KDN Sarawak menyampaikan bantuan khidmat masyarakat bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Jawatankuasa Kampung dan Agkatan Pertahanan Awam kepada masyakat kampung Sinar Budi di Dewan R-Piang Pusat Pemindahan Sementara mangsa banjir . Selain itu, PK KDN Sarawak juga turut memberikan advokasi berkenaan fungsi dan peranan Bahagian kepada masyarakat setempat. BULETIN PK KDN 44
07 MAC 2024| KHAMIS BATU PAHAT, JOHOR 02 MAC 2024| SABTU DRAWBRIDE, TERENGGANU 06 MAC 2024| RABU LIMBANG, SARAWAK 06 MAC 2024| RABU IPOH, PERAK 07 MAC 2024| KHAMIS KANGAR, PERLIS 08 MAC 2024| JUMAAT JITRA, KEDAH 10 MAC 2024| AHAD AYER KEROH, MELAKA Program advokasi melalui JEQ terus rancak dilaksanakan di seluruh negara. Penerangan bagi meningkatkan kesedaran mempunyai Al-Qur’an yang ada perakuan KDN dihebahkan kepada para pengunjung yang hadir ke program yang dilaksanakan. Selain itu, para pengunjung boleh menukar Al-Qur’an yang tiada perakuan atau lusuh/rosak kepada Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN. PROGRAM JEQ TERUS DIRANCAKKAN DISELURUH NEGARA BULETIN PK KDN 45
26 MAC 2024| SELASA PAROI JAYA, NEGERI SEMBILAN 21 MAC 2024| KHAMIS PK SARAWAK 21 MAC 2024| KHAMIS JOHOR BHARU, JOHOR 27 MAC 2024| RABU TASOH, PERLIS 27 MAC 2024| RABU SEBERANG JAYA, PULAU PINANG PROGRAM JEQ TERUS DIRANCAKKAN DI SELURUH NEGARA BULETIN PK KDN 46
05 MAC 2024 | SELASA BUTTERWORTH, PULAU PINANG PK KDN Pulau Pinang menerima kunjungan hormat dari Sektor Infrastruktur dan Perolehan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. PK KDN Pulau Pinang berkesempatan menerangkan fungsi dan peranan Bahagian kepada tetamu yang hadir. Selain, pertukaran idea dan maklumat, kolaborasi terhadap penguatkuasakan undang-undang di bawah AAP 1971 pada tahun 2024 telah dapat diputuskan bersama. 06 MAC 2024 | RABU KOTA KINABALU, SABAH PK KDN Sabah telah melaksanakan pelupusan barang kes dengan menjemput Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebagai saksi. Pelupusan barang kes ini yang melibatkan sebanyak 21 kes kertas siasatan disiasat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pindaan 2012. KUNJUNGAN HORMAT DARI SEKTOR INFRASTUKTUR DAN PEROLEHAN JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG PELUPUSAN BARANG KES OLEH PK KDN SABAH BULETIN PK KDN 47
06 MAC 2024 | RABU PK KDN WPKL PK KDN WPKL menerima kunjungan PDRM bagi menjalankan pemeriksaan senjata api dari Bahagian Persenjataan Bukit Aman. Pemeriksaan terhadap kesemua senjata api, lesen membawa dan mengguna (C&U), tempat penyimpanan, rekod penggunaan dan pergerakan senjata api. Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi memastikan PK KDN WPKL sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan. 07 MAC 2024 | KHAMIS PANGKALAN KUBOR, KELANTAN Semua agensi yang berada di ICQS menyambut baik lawatan kerja Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM. Turut terlibat sama Bahagian PK KDN Kelantan dalam lawatan kerja ini. Antara perkara yang dibincangkan adalah isu keselamatan di sempadan MalaysiaThailand, pengenalan fungsi agensi di sempadan dan penyelesaian kepada isu keselamatan sempadan negara termasuk masalah penyeludupan sempadan pintu masuk negara. PEMERIKSAAN SENJATA API DI PK KDN WPKL PROGRAM LAWATAN KERJA PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN JPM BULETIN PK KDN 48
07 MAC 2024 | KHAMIS SEGAMAT, JOHOR Majlis penutupan kursus Certified Security Guard (CSG) Siri 4/2024 telah diadakan di Segamat Johor, Ulu kinta Perak, dan Kuching Sarawak. Kursus ini telah dihadiri oleh hampir 200 orang peserta setiap negeri sebelum ditugaskan di pelbagai tempat. Tujuan kursus ini adalah bagi memastikan kesemua pengawal keselamatan mahir dan memahami ilmu berkenaan Akta Agensi Persendirian 1971. 14 MAC 2024 | KHAMIS BUKIT PALAH, MELAKA Pengarah PK KDN Melaka telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka selaku rakan kerjasama strategik. Perbincangan berkaitan penyelarasan penguatkuasaan, pemuliaan Al-Qur’an dan program - program yang akan dijadualkan dan dilaksanakan bersama bagi tahun 2024. MAJLIS PENUTUPAN KURSUS CSG SIRI 4/2024 KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA 08 MAC 2024 | JUMAAT ULU KINTA, PERAK 08 MAC 2024 | JUMAAT KUCHING, SARAWAK BULETIN PK KDN 49
Pengarah PK KDN Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Pertubuhan Regenasi Sosial Malaysia (MYSRO). Dalam pertemuan ini, PK KDN Kelantan dapat menerangkan fungsi dan peranan Bahagian kepada wakil yang hadir. Perbincangan yang memfokuskan kepada Program Anak Muda Ramadhan 1445H supaya ianya dapat dilaksanakan bersama. Pertemuan ini juga, bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik antara dua agensi dalam melaksanakan program dan aktiviti bersama pada masa hadapan. 14 MAC 2024 | KHAMIS KOTA BHARU, KELANTAN 15 MAC 2024 | JUMAAT KUCHING, SARAWAK Program taklimat ini merupakan modul latihan kepada anggota PK KDN Sarawak dalam melaksanakan EKSA di pejabat berkenaan. Ianya telah disampaikan oleh Puan Vikcy Christine anak Vincent Ahang, Pengarah Kanan Bahagian Pemodenan Tadbiran Awam Sarawak. MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT MYSRO TAKLIMAT PENGENALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM BULETIN PK KDN 50