BULETIN PK KDN Vol.40-41, NOV-DISEMBER 2023 RANCAK-RANCAK RANCAK-RANCAK
02 Pengoperasian Ops Terminal yang mula berkuatkuasa pada 1 Mac 2023 Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Qur'an atau Lajnah Tasheh Al-Qur'an Majlis Kunjungan Hormat dan Penyerahan Mushaf Al-Qur’an KDN kepada TYT Negeri Melaka Kunjungan hormat, taklimat dan penyerahan Mushaf Al-Qur’an KDN kepada TYT Sabah Majlis Kunjungan Hormat dan penyerahan Mushaf Al-Qur’an KDN kepada TYT Pulau Pinang Rampasan alat mainan seks sebanyak 22,929 unit dianggarkan bernilai RM1.1 juta melalui Ops Maya di Pulau Pinang Dokumentasi Khas ‘Legasi Mushaf Al-Qur’an di TV Al-Hijrah Taklimat Pengoperasian PK KDN kepada MDN & TMDN Majlis Sembah Menghadap & Taklimat Mushaf Al-Qur’an KDN di Istana Arau, Perlis Diskusi khas perundangan bersama YB MDN dan AGC Sesi menghadap dan taklimat Mushaf AlQur’an KDN di Istana Terengganu, KL Program Pemuliaan Al-Qur'an bersama TKSU(K) KDN di Kuala Terengganu Peluncuran Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) oleh SUB PK Program JEQ raih perhatian YMM Raja Perempuan Kelantan Ops Mulia Ramadhan bernilai RM250,000 di Terengganu Majlis Pelancaran Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ) Peringkat Negeri Pahang Pelancaran JEQ oleh YB MDN Rampasan Al-Qur'an tiada perakuan bernilai RM160,000 di Pulau Pinang Sembah Menghadap Al-Qur’an Mushaf KDN kepada Sultan Perak Program taklimat khas kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat - RUU Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023 Ops Maya sita alat mainan seks bernilai RM1,021,428 di Pulau Pinang
03 Peranti elektronik bernilai RM61,890 disita melalui Smart Enforcement Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadith atau Lajnah Tahqiq Hadith ke 2/2023 Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Qur'an atau Lajnah Tasheh Al-Qur'an ke 2/2023 SLU KDN bersama Ahli Akademik (Sosiologi dan Keselamatan Awam) Mesyuarat Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur’an (LPPPQ) Bil 108/2.2023 Kunjungan Hormat Muhibbah LPPPQ Kepada TYT Melaka Program Pemuliaan Al-Qur’an PK KDN bersama TMDN di Pulau Pinang Ops Maya PK KDN Ibu Pejabat rampas alat mainan seks berjumlah RM109,969 Serbuan jam tangan promosi LGBTQ+ Sambutan Warna Warni Aidilfitri PK KDN Pembentangan Pindaan APTQ 1986 di Dewan Rakyat Parlimen. Kunjungan hormat dari Pusat Da'wah Islamiah Brunei SLU KDN Bersama Badan Perundangan (Sivil dan Syariah) Sidang Media -14,000 Al-Qur’an tanpa perakuan KDN telah ditukar melalui JEQ PK KDN Naib Juara Pertandingan Sudut Kemerdekaan KDN Madani. Kunjungan advokasi PK KDN ke SHOPEE MALAYSIA Advokasi dan pameran bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 Majlis Libat Urus KDN Bersama Cendekiawan Islam dan Asatizah Pelancaran IKRAR BERPADU Pemuliaan Al-Qur’an di dasar laut Johor Penyerahan Sijil Penurunan Kuasa serta Kad Kuasa JPPM kepada Pegawai Penguatkuasa Bahagian PK KDN
04 Mesyuarat Pemantapan Pelan Halatuju Kompetensi Penguatkuasa PK KDN Kunjungan hormat SUB PK ke PK Selangor, Perak, Melaka dan Pahang Lawatan SUB PK ke Kompleks Pemuliaan Al-Qur’an di Pahang Audit Sijil MS ISO 37001 : 2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) KDN Sesi Kick Off Kajian Kesauran PK KDN bersama Titanfour Program Taklimat Berpusat (PROTABS) 2.0 JEQ dapat sambutan luar jangka di Reruai KDN sempena Sambutan Setahun Bersama Kerajaan Madani Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PK KDN Ibu Pejabat bersama Pengarah-pengarah PK Negeri Pemeriksaan perbarisan penguat kuasa PK KDN SLU Kalimah Allah KDN Badan Pengurusan Syariah Malaysia Kerjasama PK KDN dan industri percetakan tempatan diperkukuh Pemurnian Garis Panduan APTQ 1986 Perintah larangan penerbitan jam Swatch berunsur LGBTQ+ KDN haramkan tayangan filem ‘Mentega Terbang’ Penempatan pegawai baharu meningkatkan azam dan semangat Pelancaran sukan PK KDN Ibu Pejabat disambut penuh semangat SLU KDN Bersama Badan Pengurusan Keharmonian Agama Mesyuarat Pemantapan Hala Tuju Strategik Sektor Keselamatan KDN Auditan Anti Bribery Management System (MS ISO37001:2016) KDN wartakan larangan terbit buku ‘When I Was A Kid 3’ Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Qur'an (JPPTQ) ke 3/2023 Pengharaman buku ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ kekal Mesyuarat Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur’an (LPPPQ) Bil 109/3.2023
SESI LIBAT URUS KDN BERSAMA CENDEKIAWAN ISLAM DAN ASATIZAH SESI LIBAT URUS KDN BERSAMA AHLI AKADEMIK (SOSIOLOGI DAN KESELAMATAN AWAM) 8 JUN 2023 | 8 JUN 2023 | KHAMIS SESI LIBAT URUS KDN BERSAMA BADAN PERUNDANGAN (SIVIL DAN SYARIAH) SESI LIBAT URUS KDN BERSAMA BADAN PENGURUSAN KEHARMONIAN AGAMA 09 OKTOBER 2023 | 09 OKTOBER 2023 | ISNIN 18 JULAI 2023 | SELASA 17 OGOS 2023 | KHAMIS SESI LIBAT URUS KDN BERSAMA BADAN PENGURUSAN SYARIAH MALAYSIA 17 SEPTEMBER 2023 | KHAMIS 5 SIRI SLU YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH KDN
06 10-12 OKTOBER 2023 | JUMAAT-AHAD LANGKAWI, KEDAH TKSU(K) KDN MANTAP MENERAJUI SEKTOR KESELAMATAN k Mesyuarat Pemantapan Hala Tuju Strategik Sektor Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah berlangsung di Langkawi, Kedah yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, TKSU (K) KDN. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Setiausaha Bahagian serta Pegawai-pegawai Kanan di bawah sektor ini. Mesyuarat ini diadakan bertujuan membincangkan isu-isu di bawah Sektor Keselamatan termasuk pencapaian Sektor bagi tahun 2023. Mesyuarat ini telah diakhiri dengan majlis penyerahan mushaf Al-Qur’an KDN kepada Pejabat Parol Daerah Langkawi, Kedah.
07 MAJLIS PENYERAHAN MUSHAF AL-QUR’AN KDN
27-28 OKTOBER 2023 | JUMAAT-SABTU SEPANG, SELANGOR PK KDN telah mengurussetiakan Mesyuarat Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan AlQur’an (LPPPQ) Bil 109/3.2023 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) buat kali ketiga pada tahun 2023. Mesyuarat ini melibatkan seramai 15 orang Ahli Lembaga dari seluruh negara yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan atau Raja. Kebanyakan Ahli Lembaga terdiri daripada Mufti-mufti Negeri. LPPPQ ditubuhkan bertujuan untuk memastikan kesucian dan kemuliaan teks Al-Qur’an di Malaysia terpelihara, sebagaimana tertakluk di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an (APTQ) 1986. Pada mesyuarat kali ini, LPPPQ membuat beberapa ketetapan termasuk memperaku dan meluluskan enam pruf akhir teks Al-Qur’an. PK KDN juga telah melaporkan kejayaan aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an (APTQ) 1986 (Pindaan 2023) dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM1 juta serta keberhasilan pelaksanaan 'Jom Exchange AlQur’an (JEQ) di seluruh negara sebanyak 18,371 naskhah Al-Qur’an tiada perakuan KDN, lusuh atau rosak berjaya ditukar. 08
09
10 BERITA HARIAN TARIKH : 29 OKTOBER 2023 BERITA AL-HIJRAH TARIKH : 29 OKTOBER 2023
09 Perhimpunan Semarak PK KDN bagi bulan Oktober 2023 telah dianjurkan oleh Seksyen Regulatori Penerbitan (SRP), PK KDN di Dewan Gemilang KDN dengan turut disertai oleh warga PK KDN seluruh negara secara dalam talian. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa serta ikrar ‘Berpadu PK’ dan seterusnya amanat SUB PK KDN, YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof. Selain itu, majlis turut memaklumkan warga baharu dan berpindah keluar serta penyampaian sijil penghargaan kepada pekerja contoh bagi bulan Oktober 2023. Sambutan ulang tahun kelahiran warga PK KDN bagi bulan Oktober turut diadakan. Kemuncak perhimpunan kali ini adalah pelancaran tabung kemanusiaan Palestin sebagai tanda solidariti warga PK KDN bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis serta deklamasi puisi oleh Puan Norhanita binti Kayat. Perhimpunan diakhiri dengan acara memotong kek, sesi bergambar dan laungan semangat “Berpadu” oleh semua warga PK. Amanat SUB PK KDN Penyampaian SijilPekerja Contoh bulan Oktober 2023 Deklamasipuisi Bacaan Ikrar Kami bersamuPalestin 31 OKTOBER 2023 | SELASA PUTRAJAYA Lapor ‘command ’ Pelancaran tabung kemanusiaan Palestin Penyampaian Kad Hari Kelahiran
09 PK Sabah PK Negeri Sembilan PK Selangor PK WPKL PK Perlis PK Melaka PK Johor PK Sarawak PK Pulau Pinang PK Pahang PK Perak PK Kedah PK Kelantan PK Terengganu SOLADARITI PALESTIN PK KDN SELURUH NEGARA
13 Mesyuarat Pemantapan Halatuju Kompetensi Bahagian PK KDN telah diadakan selama 3 hari di Cameron Highland, Pahang bertujuan untuk membincangkan dengan lebih fokus berkaitan pelan latihan pegawai serta anggota penguatkuasa PK KDN. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 12 orang pegawai dan anggota penguatkuasa daripada PK KDN Ibu pejabat dan Negeri. Selain membincangkan serta membangunkan modul kursus dalam pelan kompetensi penguatkuasa KDN, mesyuarat ini juga turut membincangkan inisiatif ‘cultural change‘ penguatkuasa KDN. 2-4 NOVEMBER 2023 | KHAMIS-SABTU PAHANG
14 SIRIM QAS International telah menjalankan auditan di Bahagian PK KDN bagi pensijilan MS ISO 37001 : 2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) KDN yang berlangsung selama sehari di Bilik Mesyuarat PK KDN Ibu Pejabat. Sistem Pengurusan Antirasuah atau Anti-Bribery Management System (ABMS) adalah sistem kawalan dalaman organisasi yang digunapakai oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mencegah, mengesan dan bertindakbalas terhadap perlakuan rasuah. PK KDN adalah komited dalam pelaksanaan sistem ini supaya amalan dan inisiatif anti-rasuah yang mencukupi dan dilaksanakan sebaiknya. Semakan dokumen terhadap skop Pengurusan Anti-Bribery merangkumi elemen di dalam standard dijalankan oleh Auditor SIRIM QAS iaitu Encik Sethuraman Ramasamy. 9 OKTOBER 2023 | KHAMIS PEJABAT PK KDN, PUTRAJAYA
15
16 Jawatankuasa Penilaian Pelesenan dan Penerbitan (JKPPP) meneruskan tanggungjawab dalam menilai permohonan Lesen Mesin Cetak (LMC) dan Permit Penerbitan (PP) di bawah AMCP 1984 melalui Mesyuarat JKPPP untuk kali ke-18 - 21 bagi tahun 2023. Pada mesyuarat kali ini, JKPPP telah menilai serta mengemukakan syor tindakan ke atas 269 penerbitan yang ditahan di lapangan dan di pintu-pintu masuk negara. 16, 27 NOV & 12 DISEMBER 2023 PK KDN PUTRAJAYA
ANTARA PENERBITAN DAN BAHAN PENERBITAN YANG DITAHAN TAHAN PENGHANTARSERAHAN LULUS CADANG PERINTAH LARANGAN 43 84 71 71 TOLAK PENGIMPORTAN keputusan JKPPP Bil. 18- 21/2023 KEPUTUSAN JKPPP BIL.18-21/2023 BAHARU - 9 PERTUKARAN - 21 PEMBATALAN - 128 LESEN MESIN CETAK PERMIT PENERBITAN BAHARU - 7 PERTUKARAN - 9 PEMBATALAN - 3 17
18 2 NOVEMBER 2023 | KHAMIS SHAH ALAM, SELANGOR YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat PK KDN Selangor yang turut disertai oleh DSP Mohd Fahmi bin Sumali mewakili Ketua Sektor Penguatkuasaan PK KDN Ibu Pejabat. Semasa lawatan ini, SUB PK telah menyampaikan amanat beliau dan pengharapan beliau terhadap warga PK KDN Selangor selain berinteraksi serta beramah mesra bersama warga. Semasa lawatan ini, Timbalan Pengarah PK KDN Selangor, Encik Ahmad Nasrul bin Jalaluddin telah menyampaikan taklimat pengoperasian dan pentadbiran PK KDN Selangor kepada SUB PK.
19 19 NOVEMBER 2023 | ISNIN MERU, PERAK Lawatan kerja SUB PK KDN, YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof diteruskan di PK KDN Perak. Ketibaan SUB PK telah disambut baik oleh semua warganya. Pengarah PK KDN Perak, Tuan Arnajid bin Jimy telah memberikan taklimat kepada SUB PK berkenaan pengoperasian dan pencapaian PK KDN Perak sebelum seterusnya sesi penyampaian amanat oleh SUB PK kepada warga PK KDN Perak. SUB PK turut beramah mesra bersama warga PK KDN Perak dengan melihat ruang kerja warga di samping mendengar luahan dan pengharapan warganya. Lawatan kerja ini akan diteruskan bagi mendekatkan hubungan warga negeri bersama SUB PK KDN.
20 PK KDN Melaka telah menyambut baik kunjungan SUB PK, YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof bersama Tuan DSP Mohd Fahmi bin Sumali pada siri lawatan kali ini. SUB PK telah ditaklimatkan berkenaan pengoperasian pejabat serta pencapaian aktiviti penguatkuasaan PK KDN Melaka oleh pengarahnya, Puan Nurhazwani binti Musa dan diteruskan dengan penyampaian amanat oleh SUB PK. Pada siri lawatan kali ini, SUB PK telah melancarkan tabung kemanusiaan Palestin peringkat PK KDN Melaka sebelum sesi ramah mesra SUB bersama warga PK Melaka selain turut mendengar permasalahan serta pengharapan daripada warga. 22 NOVEMBER 2023 | RABU AYER KEROH, MELAKA
21 YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN telah meneruskan siri lawatan kerja beliau ke Pejabat PK KDN Pahang dengan disertai oleh Tuan DSP Mohd Fahmi bin Sumali mewakili Ketua Sektor Penguatkuasaan PK KDN Ibu Pejabat. Ketibaan beliau telah disambut oleh pengarahnya, Tuan Syolahuddin bin Noor Azmi dan turut memberikan taklimat berkaitan pengoperasian pejabat PK KDN Pahang serta pencapaian aktiviti penguatkuasaan negeri itu. Di kesempatan ini juga, SUB PK telah menyampaikan amanat kepada warga PK KDN Pahang. Selain lawatan ke pejabat PK KDN Pahang, SUB PK juga telah dibawa melawat ke Pusat Pelupusan AlQur’an Pejabat Agama Islam Daerah Chenor (PAID Chenor) Pahang dan berkesempatan melihat sendiri proses pemuliaan Al-Qur’an. 28 NOVEMBER 2023 |SELASA KUANTAN, PAHANG
Deepavali Sambutan Muhibbah Sambutan Muhibbah
09 Lapor ‘command ’ Penyampaian Kad Hari Kelahiran Penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Contoh Upacara memotong kek hari lahir 12 DISEMBER 2023 | SELASA DEWAN GEMILANG, KDN PUTRAJAYA Perhimpunan Semarak PK KDN terakhir untuk tahun 2023 iaitu bulan Disember telah dianjurkan oleh Seksyen Regulatori AlQur’an dan Hadith (SRQH) di Dewan Gemilang KDN. Perhimpunan semarak ini turut disertai oleh warga PK KDN seluruh negara secara dalam talian. Perhimpunan ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa serta lafaz ikrar ‘Berpadu PK’ dan seterusnya amanat SUB PK KDN, YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof. Beliau telah menekankan ‘cultural change’ sebagai agenda Bahagian yang perlu diamalkan oleh warga PK iaitu perubahan daripada budaya kerja yang lama kepada budaya kerja yang memberi impak yang tinggi. Pada perhimpunan semarak PK KDN kali ini, sesi penyerahan AlQur’an waqaf telah diadakan sebagai tanda sokongan industri terhadap program Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) yang dilaksanakan oleh PK KDN. Selain itu, penyerahan Al-Qur’an waqaf ini kepada wakil Bahagian turut diadakan. Acara kemuncak bagi perhimpunan semarak pada kali ini ialah pelancaran Modul Keputusan Semakan Al-Qur’an oleh SUB PK. Modul ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan keputusan daripada semakan Al-Qur’an dapat dikemaskini terus ke dalam sistem UPQ. Lafaz Ikrar Amanat SUB PK KDN Acarapersembahan dari SRQH Majlis Simbolik Penyampaian Al-Qur’an KDN ‘PK BERPADU’
24 7 DISEMBER 2023 | KHAMIS DEWAN GEMILANG, KDN PUTRAJAYA Program Taklimat Berpusat (ProTABS) 2.0 tahun 2023 telah diadakan bertujuan untuk menyeragamkan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan di seluruh negara termasuk pembentangan cadangan penambahbaikan pengoperasian Bahagian. ProTABS 2.0 telah disertai oleh semua anggota penguatkuasa di PK KDN Ibu Pejabat dan PK Negeri secara dalam talian. Taklimat dimulakan dengan ucapan aluan daripada SUB PK, YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof. Antara pembentangan dalam ProTABS 2.0 ialah penguatkuasaan Akta Pertubuhan Malaysia 1966 oleh Tuan ASP Shafiee bin Marsidi dari JPPM, pelaksanaan penahanan dan penyitaan, pelaporan kajian penerbitan, tindakan perintah larangan, pengurusan aduan, pengenalan kepada inisiatif Unggul dan arahan pusingan kerja.
25
26 PK KDN Ibu Pejabat telah mengadakan program Latihan Menembak kepada seluruh anggota Penguatkuasa PK KDN Ibu Pejabat bagi tahun 2023 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu Putrajaya, Latihan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran anggota penguatkuasa dalam pengendalian senjata api serta keupayaan anggota dalam teknik-teknik menembak yang menepati sasaran. Perasmian program latihan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN. Turut hadir bagi memantau sesi latihan ini ialah Pegawai Pemeriksa Bajet (BRO) Kementerian Kewangan Malaysia, wakil dari Bahagian Kewangan KDN dan Bahagian Khidmat Pengurusan KDN. 9 DISEMBER 2023 | SABTU PUTRAJAYA
27 8 - 10 DISEMBER 2023 | JUMAAT-AHAD BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR PK KDN telah turut serta dalam Sambutan Setahun Bersama Kerajaan Madani di Perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan pelaksanaan program Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) di tapak pameran KDN. SUB PK KDN, YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof telah turut meluangkan masa untuk hadir dan memeriahkan program JEQ selain turut bersama-sama menyampaikan Al-Qur'an yang mempunyai perakuan oleh pengunjung yang hadir. Selain melaksanakan JEQ, pengunjung turut diberikan pengetahuan berkenaan Al-Qur’an dengan perakuan KDN. Program yang berlangsung selama tiga hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang hadir di mana hampir 500 Al-Qur’an dengan perakuan KDN telah ditukarkan dengan Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN.
28
29 SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE TARIKH : 10 DISEMBER 2023 SUMBER : SINAR HARIAN TARIKH : 10 DISEMBER 2023 SUMBER : NEW STRAITS TIMES TARIKH :10 DISEMBER 2023 SUMBER : BERNAMA TV TARIKH : 15 OGOS 2023 SUMBER : MALAYSIA KINI TARIKH : 18 OGOS 2023 SUMBER : MALAYSIA GAZZETTE TARIKH : 9 DISEMBER 2023
28 Projek Kajian Kesauran untuk pembangunan sistem Bahagian PK KDN telah mula dijalankan pada Disember 2023. Titanfour telah dilantik sebagai pengkaji untuk keperluan sistem ini. Sehubungan itu, Titanfour telah mengadakan sesi Ice Breaking bersama anggota penguatkuasa yang dilantik menjadi Subject Matter Expert (SME) Bahagian untuk memudahkan perkongsian maklumat disalurkan sepanjang kajian nanti. Di akhir sesi Ice Breaking, setiap SME telah membentangkan proses kerja yang dilaksanakan dengan tujuan untuk memberikan kefahaman kepada Titanfour dalam laporan kajian serta cadangan pembangunan sistem akan datang. 30 NOVEMBER 2023 | KHAMIS BILIK LAVENDAR, PUTRAJAYA
31 13-14 DISEMBER 2023 | RABU-KHAMIS BILIK SIDANG ULP, KDN PUTRAJAYA Mesyuarat Pengurusan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK KDN) telah dihadiri oleh semua pegawai kanan PK KDN Ibu Pejabat bersama Pengarah PK Negeri. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK bagi membincangkan isu-isu pengurusan dan aktiviti penguatkuasaan seluruh negara selain turut membincangkan perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2024. Dalam mesyuarat ini, beberapa kertas cadangan telah dibentangkan untuk dilaksanakan pada tahun 2024. Selain itu, SUB PK turut menzahirkan pengharapan beliau untuk tahun 2024 untuk disampaikan kepada semua warga.
32 14 DISEMBER 2023 | SELASA LOBI BLOK SP8, KDN PTRAJAYA
26 OKTOBER 2023 | KHAMIS KANGAR, PERLIS PK KDN Perlis telah menganjurkan Program Wacana Hadith Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 di Dewan Tuanku Syed Faizudin, Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), Kangar Perlis. Program ini telah disertai oleh sejumlah 70 orang peserta iaitu kakitangan daripada pelbagai Jabatan/Agensi kerajaan negeri ini. Program Wacana Hadith ini telah diisi dengan ceramah dan pengisian ilmu berkaitan Hadith yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat mengenai kaedah bagi mengenalpasti kesahihan sesuatu hadith. Selain ceramah, PK Perlis juga telah mengadakan pameran serta Program JEQ. BERITA NEGERI 33 PK PERLIS ANJUR PROGRAM WACANA HADITH PERINGKAT NEGERI 2023
AKTIVITI PENGUATKUASAAN RAMPASAN BAHAN-BAHAN MENYALAHI APTQ 1986, DAN AMCP 1984 OLEH PK KDN MELAKA 23 OKTOBER 2023 | ISNIN TAMAN TEKNOLOGI CHENG, MELAKA PK KDN Melaka telah merampas 931 unit perhiasan seperti rantai kunci Al-Qur’an mini yang menyalahi APTQ 1986 dan rantai kalimah Allah yang menyalahi AMCP 1984 selepas membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis pemborong barang serbaneka di Melaka. Operasi yang diketuai oleh Encik Azizul bin Lajis bersama-sama 6 orang anggota penguatkuasa telah merampas bahan-bahan yang menyalahi Akta tersebut. KASTAM SARAWAK RUJUK BARANG KES (SEX TOYS) KEPADA PK KDN SARAWAK Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Miri telah merujuk 68 konsainan yang dibawa masuk kepada PK KDN Sarawak. Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan mendapati barang tersebut menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. Kesemua Konsainan tersebut telah dilucut hak oleh Pihak Kastam Mas Kargo Miri. 25 OKTOBER 2023 | RABU PEJABAT MAS KARGO SARAWAK 34
PENJUALAN MUQADDAM RUMI MENYALAHI APTQ 1986 DITAHAN PK KDN Selangor telah menahan 6 naskah Muqaddam yang mengandungi tulisan rumi dan disyaki menyalahi APTQ 1986 selepas memeriksa sebuah premis menjual barang-barang perhiasan di Giant Shah Alam, Selangor. Rampasan ini dianggarkan bernilai RM60 kerana menyalahi Seksyen 14, APTQ 1986. 26 OKTOBER 2023 | KHAMIS SHAH ALAM SELANGOR NILAI RAMPASAN OPS PK KDN SARAWAK BERNILAI RM1,986 PK KDN Negeri Sarawak telah merampas sejumlah barang perhiasan (bingkai ayat Al-Qur’an) ketika melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di sebuah premis di Pasar Serikin, Bau, Sarawak. Pemeriksaan yang dilakukan terhadap penjualan penerbitan serta bahan Al-Qur'an di bawah AMCP 1984 & APTQ 1986 berjaya merampas barang-barang yang dianggarkan bernilai RM1,986 kerana menyalahi AMCP 1984 dan APTQ 1986. 04 NOVEMBER 2023 | SABTU BAU, SARAWAK 35
KEJAYAAN OPS PK KDN SELANGOR DENGAN NILAI RAMPASAN BERJUMLAH RM11,688 Ops yang dijalankan oleh PK KDN Selangor dengan diketuai oleh Encik Ahmad Faisal bin Arshad memfokuskan kepada aktiviti penjualan penerbitan serta bahan Al-Qur'an di bawah AMCP 1984 dan APTQ 1986. Ops ini dilaksanakan di sebuah premis yang menjual penerbitan dan bahan Al-Qur'an. Hasil daripada Ops tersebut, pasukan operasi telah merampas barang-barang yang dianggarkan bernilai RM11,688 kerana menyalahi AMCP 1984 & APTQ 1986. 06 NOVEMBER 2023 | ISNIN PETALING JAYA, SELANGOR FILEM TIADA PERAKUAN BERNILAI RM1,666 DIRAMPAS PK KDN PERAK PK KDN Perak telah menyerbu sebuah premis menjual filem di bawah Akta Penapisan Filem (APF) 2002 selepas menjalankan risikan terhadap aktiviti penjualan filem tiada perakuan di premis berkenaan. Dalam serbuan tersebut, pasukan operasi telah merampas sejumlah 238 filem DVD pelbagai tajuk yang tiada perakuan B yang menyalahi Seksyen 18 APF 2002 dengan nilai rampasan berjumlah RM1,666. 07 NOVEMBER 2023 | SELASA KAMUNTING, PERAK 36
OPS COTA BERSEPADU DI PERAK Ops Cota secara bersepadu telah dilaksanakan oleh PK KDN Perak bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang, Perak serta Perkeso Perak melibatkan pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Ops ini menyasarkan sekolah-sekolah sekitar Bidor, Perak. 08 NOVEMBER 2023 | RABU BIDOR, PERAK OPS COTA BERSEPADU PK KDN KEDAH DAN JPPM Bertindak atas aduan, pasukan penguatkuasa PK KDN Kedah yang diketuai oleh Puan Mastura binti Kassim dan Puan Fariaton binti Khamis (JPPM) telah menjalankan pemeriksaan terhadap Persatuan Penganut Sri Muniswarar, Sungai Petani, Kedah. Berdasarkan pemeriksaan yang dilaksanakan, terdapat teguran yang memerlukan tindakan lanjut oleh persatuan tersebut. 08 NOVEMBER 2023 | RABU SUNGAI PETANI, KEDAH 37
OPS COTA BERSEPADU PK KDN PERAK DI TAPAH, PERAK PK KDN Perak telah menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang, Perak dan Perkeso Perak di bawah Akta Agensi Persendirian (AAP) 1971. Operasi ini diketuai oleh Mohd. Nasri bin Ab Mutalib dengan kekuatan seramai 3 orang anggota penguatkuasa PK KDN. Dalam operasi ini dua (2) premis di Tapah, Perak telah diperiksa melibatkan sejumlah 5 orang pengawal keselamatan. 09 NOVEMBER 2023 | KHAMIS TAPAH, PERAK PEMERIKSAAN LESEN MESIN CETAK ALQUR’AN (LMCQ) DAN LESEN MESIN CETAK (LMC) DI PNB TERENGGANU Satu pemeriksaan LMCQ dan LMC telah dijalankan di Pencetakan Nasional Berhad (PNB) Terengganu oleh PK KDN Terengganu bersama-sama PK KDN Ibu Pejabat. Pemeriksaan turut menyemak kadar kepatuhan PNB sebagai pemegang pruf teks Al-Qur’an dalam membuat cetakan Al-Qur’an mengikut pruf akhir yang diluluskan oleh KDN. 16 NOVEMBER 2023 | SABTU KUALA TERENGGANU, TERENGGANU 38
PK KDN IBU PEJABAT BERPADU BERSAMA PK KDN SELANGOR DALAM OPS MAYA Ops Maya telah berjaya menemui sebuah gudang alat mainan seks hasil risikan anggota penguatkuasa. PK KDN Ibu Pejabat telah bersama-sama anggota penguatkuasa PK Selangor menyerbu gudang berkenaan dan berjaya merampas 4,336 unit alat mainan seks yang dianggarkan bernilai RM121,070 kerana menyalahi Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan. 30 NOVEMBER 2023 | KHAMIS SUNGAI BULOH, SELANGOR 39
OPS BERSEPADU PK KDN PAHANG BERSAMA JAIP, PAID TEMERLOH & MARAN PK KDN Pahang telah menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh dan Pejabat Agama Islam Daerah Maran (PAID Temerloh, Maran) memeriksa bahan penerbitan dan teks Al-Qur'an di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan Akta Pencetakan Teks AlQur’an (APTQ) 1986. Operasi dijalankan di empat (4) premis di sekitar Temerloh selain turut melaksanakan advokasi terhadap penjual mahupun pemilik premis. 13 DISEMBER 2023 | RABU TEMERLOH, PAHANG OPERASI BERSEPADU DI PINTU MASUK LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA SENAI, JOHOR Satu pemeriksaan telah dijalankan oleh PK KDN Johor bersama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di bawah AMCP 1984 dan APTQ 1986. Sebanyak 30 naskhah penerbitan pelbagai tajuk dalam bahasa Melayu dan Arab telah ditahan oleh JKDM untuk diperiksa. Pemeriksaan telah dilaksanakan bagi memastikan tiada kemasukan bahan larangan yang menyalahi akta yang dikuatkuasakan. 13 DISEMBER 2023 | RABU SENAI, JOHOR 40
KUNJUNGAN HORMAT KE PENGARAH IMIGRESEN PERAK 24 OKTOBER 2023 | SELASA PERAK PK KDN Perak membuat kunjungan hormat bersama Pengarah Imigresen Perak dalam usaha untuk memperkenalkan fungsi dan peranan PK selain turut membincangkan program-program ataupun kerjasama yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan. Semasa kunjungan ini, sejumlah 17 sejadah premium wakaf dari pihak Persatuan India Muslim Malaysia Perak telah disampaikan kepada Pengarah Imigresen Perak. 41 23 OKTOBER 2023 | ISNIN SARAWAK KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT MUFTI NEGERI SARAWAK PK KDN Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mufti Negeri Sarawak bersama pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak. Selain beramah mesra bersama Mufti, penerangan berkenaan peranan, fungsi dan program-program PK KDN turut disampaikan. Perancangan pelaksanaan kerjasama pada masa hadapan juga turut dibincangkan bagi merancakkan sinergi yang terjalin.
42 24 OKTOBER 2023 | SELASA PERAK PK KDN PERAK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH AADK Pengarah AADK negeri Perak, Tuan Haji Mohamad Nor Bin Musa telah berkunjung ke pejabat PK KDN Perak dan disambut baik oleh Pengarahnya, Tuan Arnajid bin Jimy dalam sesi ramah mesra bersama Agensi/Jabatan di Kompleks KDN Perak. Semasa sesi tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama dalam aktiviti penguatkuasaan selain usaha sama lain yang boleh dilaksanakan secara kolaborasi pada masa akan datang. PK KDN Kelantan telah melaksanakan program JEQ di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia sempena Program MyPHT 2023. Selain pelaksanaan JEQ, pensyarah dan pelajar turut diberikan penerangan berkaitan penerbitan yang menyalahi AMCP 1984 serta teks dan bahan Al-Qur’an yang menyalahi APTQ 1986. 24 OKTOBER 2023 | SELASA KOTA BAHRU, KELANTAN PROGRAM JEQ ANJURKAN PK KDN KELANTAN
43 25 OKTOBER 2023 | RABU MELAKA PROGRAM JEQ DILAKSANAKAN DI POLITEKNIK MELAKA Pelaksanaan program JEQ di Politeknik Melaka telah diterima baik oleh pihaknya atas usaha PK KDN Melaka ke arah sifar Al-Qur’an tiada perakuan KDN. Sebanyak 40 naskhah Al-Qur’an yang berjaya ditukar dengan AL-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN. Selain pelaksanaan JEQ, pengetahuan berkenaan Al-Qur’an perakuan KDN turut disampaikan supaya ianya dapat disebar luas di kalangan pelajar serta tenaga pengajar. KURSUS KOMPETENSI PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN IBU PEJABAT PK DAN PK NEGERI Bahagian PK KDN berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan dan akaun melalui Kursus Kompetensi Pengurusan Kewangan dan akaun yang dianjurkan oleh Seksyen Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat dengan penglibatan Pengarah PK KDN Negeri dan Ketua Pembantu Tadbir Kewangan Ibu Pejabat dan Negeri. 27-29 OKTOBER 2023 | JUMAAT-AHAD LANGKAWI, KEDAH
44 29 OKTOBER 2023 | AHAD SUBANG JAYA , SELANGOR PROGRAM JEQ DISAMBUT BAIK MASYARAKAT SUBANG JAYA SELANGOR Program JEQ terus mendekati masyarakat dengan pelaksanaannya di Masjid Al Mukminin USJ. Sebanyak 100 nashkah Al-Qur’an tiada perakuan KDN telah ditukar kepada Al-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN pada kali ini. Selain itu, pengunjung yang hadir juga diberikan informasi berkenaan kepentingan memiliki Al-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN. 31 OKTOBER 2023 | SELASA KUALA TERENGGANU, TERENGGANU SEMINAR PENERBITAN RASM UTHMANI DI KUALA TERENGGANU PK KDN Terengganu bekerjasama dengan pihak Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu bagi melaksanakan seminar Rasm Uthmani peringkat negeri Terengganu. Antara pengisian semasa seminar ini ialah ceramah berkaitan ancaman terhadap AlQur’an serta penulisan Al-Qur’an dalam Rasm Uthmani masing-masing telah disampaikan oleh Ahli Lajnah Tahseh Al-Qur’an iaitu Dr Azizul Hassan dan Ketua Unit Al-Qur'an Hadith iaitu Ustaz Mohd Firdaus Che Daud.
45 01 NOVEMBER 2023 | RABU MASJID WILAYAH, KUALA LUMPUR PK KDN KUALA LUMPUR ANJUR PROGRAM WACANA HADITH Program Wacana Hadith peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur dengan kehadiran seramai 130 orang peserta dari pelbagai latar belakang. Dalam program ini, penceramah jemputan iaitu Prof Madya Dr Nik Yusri Bin Nik Musa telah berkongsi ilmu bersama peserta mengenai Hadith Lemah dan Palsu serta bahaya Hadith Palsu kepada masyarakat setempat dan negara. 02 NOVEMBER 2023 | KHAMIS KUANTAN, PAHANG ILMU PENGENDALIAN SENJATA API ANGGOTA DIMANTAPKAN PK KDN Pahang telah menjayakan Kursus Pengendalian Senjata Api kepada anggotanya yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan serta kemahiran berkaitan pengendalian senjata api. Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Insp. Norizan Bin Hj. Othman. Melalui kursus ini peserta dapat didedahkan dengan tatacara pengendalian senjata api yang betul serta teknik menembak dengan tepat.
46 02 NOVEMBER 2023 | KHAMIS PK KDN, KELANTAN PROGRAM PERKONGSIAN ILMU (PPI) DAN SOLIDARITI PALESTIN PK KDN Kelantan telah mengadakan Program Perkongsian Ilmu (PPI) sebagai tanda sokongan dan solidariti warga ke atas keganasan yang berlaku di Palestin. Dalam program ini juga turut diselitkan Majlis Khatam Al-Qur'an dan doa selamat. Program diakhiri dengan ucapan ringkas oleh pengarahnya, Tuan Muhammad Afiq bin Abu Hasan dan diakhiri dengan laungan takbir oleh warga PK KDN Kelantan. JEQ DISAMBUT BAIK DI EKSPO KASIH MADANI, PUTRAJAYA 04-05 NOVEMBER 2023 | SABTU-AHAD PUTRAJAYA Program Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ) dan pameran telah dilaksanakan di Ekspo Kasih Madani, Putrajaya sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Program yang berlansung selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YAB PM Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yng hadir.
47 05 NOVEMBER 2023 | AHAD SETIA TROPIKA, JOHOR ILMU PRA PERBICARAAN DAN TEKNIK PENDAKWAAN DITERAPKAN DALAM PPI PK KDN Johor mengadakan Program Perkongsian Ilmu (PPI) bersama warganya berkaitan aktiviti pendakwaan yang menjurus kepada Pra Perbicaraan dan Teknik Pendakwaan. Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Encik Zamshul Kamal bin Zakaria dan Encik Achmad Albarr bin Abu Bakar Sidek. 10 NOVEMBER 2023 | JUMAAT PK KDN, PAHANG KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI PAHANG Dalam usaha menjalinkan kerjasama strategik bersama Jabatan/Agensi berkaitan, satu kunjungan hormat telah diadakan antara Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Pahang dengan PK KDN Pahang. Melalui kunjungan hormat ini, JPPM dan PK KDN bersetuju untuk saling memberikan kerjasama dalam merangka gerak kerja dan tugasan yang mendatang. Selain itu, topik mengenai kolaborasi operasi dan pemeriksaan dalam menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966 turut dibincangkan.
48 15 NOVEMBER 2023 | RABU PK KDN, SABAH PK KDN Sarawak menjalankan pemeriksaan aset alih kepada PK KDN Sabah bagi memastikan pengurusan aset di PK KDN Sabah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Antara perkara yang diperiksa ialah pendaftaran aset dan pengurusan kenderaan. Laporan pemeriksaan terperinci akan dikemukakan kepada PK KDN Ibu Pejabat untuk tindakan lanjut. Pemeriksaan seperti ini dijalankan bagi memastikan semua pejabat PK seluruh negara dapat menguruskan aset PK KDN dengan baik dan cemerlang mengikut peraturan yang telah ditetapkan. PK KDN SARAWAK LAKSANA AUDIT ASET KE PK KDN SABAH 15 NOVEMBER 2023 | RABU KUCHING, SARAWAK ANCAMAN TERHADAP PENERBITAN AL-QUR’AN FOKUS PK KDN SARAWAK Bersempena Program Ziarah Imarah Masjid dan Surau Tahun 2023, PK KDN Sarawak menganjurkan wacana bertajuk Ancaman Terhadap Penerbitan Al-Qur'an kepada masyarakat sekitar Bukit Panchor, Kuching. Wacana yang dilaksanakan di Masjid Darul Ibadah ini telah dianjurkan dengan kerjasama JAKIM Sarawak. Selain itu, fungsi dan peranan PK KDN turut dihebahkan kepada masyarakat setempat yang hadir dalam usaha untuk mendidik masyarakat berkaitan kepentingan membaca Al-Qur’an dengan perakuan KDN.
49 23 NOVEMBER 2023 | KHAMIS PK KDN, JOHOR PK KDN Johor telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul dan Solidariti Bersama Palestin peringkat PK KDN Johor. Program ini telh mendapat sambutan seluruh warganya sebagai tanda solidariti terhadap Palestin. Antara pengisian aktiviti yng dilaksanakan ialah tayangan video, bacaan Yasin, solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah. PK KDN JOHOR ANJUR PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN SOLIDARITI PALESTIN 08 DISEMBER 2023 | JUMAAT KEPALA BATAS, PULAU PINANG KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (JKPTG) PK KDN berusaha meningkatkan jaringan dan kerjasama strategik bersama Jabatan/Agensi di negeri. Oleh yang demikian, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh PK KDN Pulau Pinang yang diketuai Pengarahnya, Tuan Muhamad Hafizu bin Bukhori ke JKPTG Pulau Pinang. Melalui kunjungan hormat ini, JKPTG dan PK KDN telah sepakat untuk saling bekerjasama dalam merangka gerak kerja dan tugasan yang mendatang.
50 PK KDN Negeri Sarawak telah mengadakan pameran sempena Seminar Kesedaran Bahan-bahan Terbitan anjuran Pustaka Negeri Sarawak. Seminar ini telah dihadiri YB Datuk Maclaine @ Martin Ben, Timbalan Menteri Industri Makanan Komoditi & Pembangunan Wilayah. Pameran ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada orang awam berkenaan dengan fungsi dan peranan serta tanggungjawab PK KDN dalam mengawal selia dan menguatkuasakan perihal penerbitan di negara ini. 11 DISEMBER 2023 | ISNIN SERIAN, SARAWAK PAMERAN SEMPENA SEMINAR KESEDARAN BAHAN-BAHAN TERBITAN ANJURAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK 08 DISEMBER 2023 | JUMAAT KEPALA BATAS, PULAU PINANG KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PENILAIAN & PERKHIDMATAN HARTA (JPPH) Pengarah PK KDN Pulau Pinang, Tuan Muhammad Hafizu bin Mohd Bokhari telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Pulau Pinang Kunjungan hormat ini diadakan dengan tujuan untuk penilaian penambahan ruang pejabat dan semakan silang proses dokumentasi pembaharuan kontrak sewaan pejabat.