The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Seksyen Pengurusan Strategik SPS, 2024-04-02 12:47:37

Vol .43, Buletin PK Feb 2024 (1)

Vol .43, Buletin PK Feb 2024 (1)

VOL. 43 I FEBRUARI 2024 R A N C A K3


Encik Muhammad Sukry bin Pauzi Encik Mohamad Ridzuan bin Yusof Puan Normaira binti Jalali Encik Mohamad Norraimi bin Abdul Hamid Encik Vimlen A/L Balakrishnan Cik Nur Ain Afini binti Rofli 2024 03-88863910 [email protected] linktree @PKKDN EDITOR MEDIA SIDANG EDITORIAL TROOPERS Encik Ahmad Hilmi bin Said Puan Ely Zarina binti Aman Encik Kamal bin Abdul Rahim PENAUNG Tuan NIk Yusaimi bin Yussof Encik Samsudin bin Sulaiman Puan Aqilla Farhana binti Mohd Amin


PROGRAM JEQ ANTARA TARIKAN UTAMA PENGUNJUNG Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024 berlangsung meriah selama 4 hari di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan kepada pengunjung antaranya ialah penyampaian perkhidmatan Kementerian, Jabatan, Agensi secara langsung kepada rakyat, jualan rahmah, persembahan seni dan budaya, konsert Gala POD dan banyak lagi. PK KDN turut terlibat menjayakan POD 2024 ini melalui Program Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ), advokasi, pameran serta hebahan media sosial di reruai Kementerian Dalam Negeri. 1-4 FEBRUARI 2024  | KHAMIS- AHAD KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA Putrajaya Open Day (POD) 2024 JEQ mendapat perhatian daripada YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Rata-rata pengunjung menyatakan JEQ merupakan program yang berimpak besar kepada masyarakat dan sewajarnya diperluaskan. PK KDN telah menampilkan Ustaz Mohd Farid Hadi bin Sharif, Penolong Setiausaha (Regulatori Al-Qur’an dan Hadith) sebagai panel bagi membincangkan tentang Al-Qur’an perakuan KDN dalam topik ‘KDN Menjaga Kemuliaan dan kesucian Al-Qur’an’ melalui podcast santai KDN secara langsung. BULETIN PK KDN 03


Lens@ PK KDN PUTRAJAYA OPEN DAY (POD) 2024 BULETIN PK KDN 04


BULETIN PK KDN 05 PK KDN TAMBAH BAIK FAEDAH KEPADA PEMAIN INDUSTRI DAN MASYARAKAT Taklimat Pindaan APTQ kepda Industri 8 FEBRUARI 2024  | KHAMIS IBU PEJABAT PK KDN, PUTRAJAYA PK KDN mengadakan sesi taklimat berkaitan Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 (Pindaan) 2023 bersama pihak industri penerbitan dan pencetakan Al-Qur’an. Pindaan ini akan menambahbaik faedah kepada pihak industri dan masyarakat melalui kawalan terhadap pencetakan, pengimportan, penjualan, penerbitan dan pengedaran teks dan bahan Al-Qur’an di negara ini. Melalui sesi taklimat ini, pihak industri yang juga merupakan rakan strategik PK KDN akan saling bekerjasama menjaga kemuliaan dan kesucian Al-Qur’an. Kerjasama ini juga membabitkan usaha menggalak masyarakat untuk memiliki AlQur’an yang diperakukan oleh KDN bagi menjayakan misi ‘Ke Arah Sifar Al-Quran Tiada Perakuan KDN’.


BULETIN PK KDN 06 Musyawarah Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur’an (LPPPQ) kali ke 110/bilangan 1.2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Nooh bin Gadot, Pengerusi LPPPQ dengan kehadiran ahli-ahlinya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan atau Raja Negeri masing-masing. Musyawarah ini telah diadakan secara atas talian dan diurusetiakan oleh PK KDN. Pada musyawarah kali ini sejumlah 14 permohonan pruf akhir teks Al-Qur'an telah diperaku dan disahkan serta meluluskan 1 permohonan lesen mencetak Al-Qur’an. Musyawarah juga turut memperaku laporan penguatkuasaan di bawah APTQ 1986 bagi tempoh 2023 dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM2.2 juta dan meluluskan pemuliaan (pelupusan) terhadap 8,771 unit teks Al-Qur’an dan bahan Al-Qur’an dari seluruh negara. LEMBAGA PENGAWALAN DAN PELESENAN PENCETAKAN AL-QUR’AN (LPPPQ) KALI KE 110 Musyawarah Pertama Tahun 2024 16 FEBRUARI 2024  | RABU IBU PEJABAT PK KDN, PUTRAJAYA BULETIN PK KDN 06


15 JANUARI 2024  | KHAMIS PEJABAT PK KDN JOHOR BULETIN PK KDN 07 Sidang Media PK KDN GEMPUR STOR PENYIMPANAN ALAT MAINAN SEKS DI JOHOR PK KDN telah berjaya mengempur sebuah stor penyimpanan di Masai dan membongkar trend penjualan alat mainan seks secara terbuka di premis jualan barangan kosmetik, kesihatan dan cenderamata selain secara dalam talian. Dari 18 Januari hingga 6 Februari 2024, PK KDN telah berjaya merampas sejumlah 2,295 unit alat mainan seks dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM70,000 melibatkan operasi di empat negeri iaitu Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Perak. Johor mencatatkan rampasan terbanyak dengan jumlah 2,012 unit anggaran nilai rampasan sebanyak RM37,350 dan ia merupakan kes terbesar. PK KDN akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan terhadap pengedaran dan penjualan alat mainan seks di seluruh negara memandangkan tren permintaannya semakin membimbangkan. Alat mainan seks ini dipercayai diimport dari luar negara dan penjualannya dilarang di negara ini kerana berlawanan dengan nilai dan budaya masyarakat, bersalahan dengan undangundang dan membawa pengaruh negatif khususnya kepada golongan muda


Liputan Media RAMPASAN ALAT MAINAN SEKS DI EMPAT NEGERI RAMPASAN ALAT MAINAN SEKS DI EMPAT BULETIN PK KDN 08 T BERITA HARIAN ARIKH : 15 FEBRUARI 2024 MALAYSIA POST TARIKH : 15 FEBRUARI 2024 HARIAN METRO TARIKH : 15 FEBRUARI 2024 NEW STRAIT TIMES TARIKH : 15 FEBRUARI 2024 SINAR HARIAN TARIKH : 15 FEBRUARI 2024 MALAY MAIL TARIKH : 15 FEBRUARI 2024 GOODY MALAYSIA OFFICIAL TARIKH : 15 FEBRUARI 2024


BULETIN PK KDN 09 Jawatankuasa Penilaian Pelesenan dan Penerbitan (JKPPP) telah bermesyuarat untuk kali ke 3 & 4 bagi tahun 2024 bertujuan menilai permohonan Lesen Mesin Cetak (LMC) dan Permit Penerbitan (PP) di bawah AMCP 1984. Pada mesyuarat kali ini, JKPPP telah membuat penilaian serta mengemukakan syor tindakan ke atas 123 penerbitan yang ditahan di lapangan dan di pintu-pintu masuk utama negara. 6, 22 FEBRUARI 2024  | SELASA,KHAMIS IBU PEJABAT PK KDN, PUTRAJAYA JKPPP 123 TAJUK PENERBITAN YANG DITAHAN, DIBENTANG & DINILAI


BULETIN PK KDN 10


BULETIN PK KDN 11 ANTARA PENERBITAN DAN BAHAN PENERBITAN YANG DITAHAN LESEN MESIN CETAK PERMIT PENERBITAN KEPUTUSAN JKPPP BIL.03 & 04/2024 BAHARU PERTUKARAN PEMBATALAN 6 2 - BAHARU PERTUKARAN PEMBATALAN 6 11 33 TAHAN PENGHANTARSERAHAN LULUS CADANG PERINTAH LARANGAN TOLAK PENGIMPORTAN KEPUTUSAN TINDAKAN 7 52 14 9


BULETIN PK KDN 12 JEQ MENAWAN HATI MASYARAKAT KUALA SELANGOR Program Madani Rakyat Zon Tengah telah berlangsung pada 23 hingga 25 Februari 2024 bertempat di Kompleks Sukan Kuala Selangor. Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember lalu. Program ini akan diteruskan ke peringkat negeri mengikut zon. PK KDN telah dijemput menjayakan reruai KDN dengan memberi peluang kepada pengunjung untuk menukar Al-Qur’an perakuan KDN dengan percuma. Rata-rata pengunjung menzahirkan rasa terharu dan gembira dapat menukar Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN dengan Al-QUr’an baharu yang mempunyai perakuan KDN. Pendekatan mesra petugaspetugas advokasi PK KDN juga turut mendapat perhatian dan pujian dari masyarakat Kuala Selangor 23-25 FEBRUARI 2024 | JUMAAT-AHAD KOMPLEKS SUKAN KUALA SELANGOR Program Madani Rakyat Zon Tengah BULETIN PK KDN 12


Lens@ PK KDN PROGRAM MADANI RAKYAT ZON TENGAH


BULETIN PK KDN 14 FEBRUARI 2024 Semarak PK KDN Perhimpunan Semarak PK KDN bagi Bulan Februari dianjurkan oleh Seksyen Pematuhan dan Penguatkuasaan (SPP) di Dewan Gemilang KDN. Perhimpunan semarak ini turut disertai oleh warga PK KDN seluruh negara secara fizikal dan maya. Perhimpunan ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa serta ikrar ‘Berpadu PK’ dan seterusnya amanat SUB PK KDN, YBrs. Tuan Nik Yusaimi bin Yussof. Acara kemuncak pada perhimpunan semarak PK KDN kali ini adalah gimik pelancaran lagu PK - PK KDN TERUNGGUL. Majlis tersebut juga turut dimeriahkan dengan pengumuman pekerja contoh bulanan, kenaikan pangkat dan majlis diakhiri dengan meraikan ulangtahun kelahiran warga PK. Majlis perhimpunan ditamatkan dengan sesi memotong kek dan bergambar beramai-ramai. 23 JANUARI 2024  | SELASA DEWAN GEMILANG , KDN PUTRAJAYA


Pelancaran LAGU : MieStylo LIRIK : Nikmi Kami warga PK KDN Cemerlang… PK.. KDN Termasyur Kami warga PK KDN Gemilang… PK.. KDN Terunggul… Chorus : Rancak-rancak kami bertindak, Adil, cekap, berintegriti, Demi Keselamatan negara, rakyat sejahtera harmoni, Wahai wargaku tekunlah berusaha Mencipta kecemerlangan Berpadu membina Reputasi agar Kita semua.... gemilang Yakin setia dan terus mara PK KDN TERUNGGUL BULETIN PK KDN 15


BULETIN PK KDN 16 Lens@ PK SEMARAK PK KDN BULAN FEBRUARI 2024


BULETIN PK KDN 17 SRQH BERSAMA SYARIKAT PENYEDIA APLIKASI 28 FEBRUARI 2024 | RABU IBU PEJABAT PK KDN, PUTRAJAYA Seksyen Regulatori Al-Qur’an dan Hadith (SRQH) telah mengadakan satu perbincangan bersama syarikat penyedia aplikasi bagi tujuan untuk membangunkan aplikasi Al-Qur’an dalam talian. Turut dijemput dalam perbincangan bersama ini adalah wakil dari Bahagian Teknologi Maklumat, KDN. Perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan inisiatif dari pihak penyedia aplikasi untuk melaksanakan aplikasi Al-Qur’an dalam talian yang mendapat perakuan KDN. Perbincangan Al-Qur’an Dalam Talian


BULETIN PK KDN 18 27 FEBRUARI 2024  | SELASA PEJABAT PK KDN KELANTAN Sidang Media KDN PANTAU APLIKASI AL-QUR’AN DALAM TALIAN TIADA KELULUSAN PK KDN sedang memantau beberapa aplikasi Al-Qur’an dalam talian di pasaran yang tidak mendapat kelulusan serta perakuan KDN dan diguna pakai oleh masyarakat Islam. Aplikasi Al-Qur’an yang tidak mendapat kelulusan dan perakuan KDN serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini dibimbangi akan mengelirukan masyarakat Islam. Aplikasi-aplikasi ini tiada perakuan kerana tidak melalui proses semakan oleh Lajnah Tashih Al-Qur’an Malaysia. Dalam sidang media ni, Tuan Nik Yusaimi Yussof, SUB PK KDN memaklumkan hanya aplikasi Smart Qur’an yang mempunyai kelulusan dan terbukti kesahihan untuk diguna pakai oleh masyarakat Islam di negara ini mengikut Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an (APTQ) 1986. Aplikasi itu dibangunkan dengan kerjasama KDN dan mendapat kelulusan JAKIM serta berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). *Gambar oleh Berita Harian Online


Majlis dimulakan dengan Sesi Penyampaian Amanat daripada Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, SUB PK KDN kepada pegawai-pegawai lantikan baharu sebelum Sesi Penyerahan Surat Penempatan. Kesemua 9 orang lantikan baharu Pembantu Penguatkuasa KP19 ini ditempatkan di Seksyen Pematuhan dan Penguatkuasaan (SPP), PK KDN Ibu Pejabat Putrajaya. Pegawai-pegawai terbabit adalah :- MUHAMAD NAIMULLAH BIN MOHAMED KHALID MOHAMAD FARHAN BIN FRANE MOHAMAD ADHA BIN YUSOFFF SYAZRIN FITRI BIN SABRI Majlis diteruskan dengan pemakaian vest penguatkuasa kepada Pembantu Penguatkuasa lantikan baharu dan diakhiri dengan sesi menandatangani Aku Janji, Lafaz Ikrar PK KDN di hadapan pegawai-pegawai PK KDN dan sesi bergambar bersama-sama. Lantikan Baharu Pembantu Penguatkuasa KP19 21 FEBRUARI 2024 | RABU IBU PEJABAT PK KDN PUTRAJAYA NUR ASYIQIN BINTI AHMAD RAMIZI NUR SUHAINIE BINTI ABDULLAH FATIN NASYITAH BINTI NOOR AZHAM ASSEYLINA BINTI SHAMSUDIN@ROSDIN DAYANG NURAIN BINTI PUDIN


BULETIN PK KDN 20 29 FEBRUARI 2024  | KHAMIS JETI BAHTERA BONDA, JOHOR PK KDN JOHOR MISI PELARUTAN ABU AL-QUR'AN DI PERAIRAN LAUT DALAM, SELAT MELAKA PK KDN Johor bersama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sekali lagi telah dilantik sebagai urusetia dan pemerhati di Program bagi misi pelarutan abu Al-Qur’an yang dianjurkan oleh sebuah NGO dikenali sebagai Pertubuhan Amal Muhibbul Qur’an Malaysia (MQM). Program telah diadakan di Jeti Bahtera Bonda Kg. Bukit Treh / laluan muara Sg. Muar ke laut dalam, Selat Melaka. PK KDN Johor diwakili oleh Y.M Tengku Nasarudin bin Tengku Ahmad (Ketua Seksyen Penguatkuasaan, Encik Jonyman bin Che Ismail (Ketua Seksyen Kawalan) dan Ustaz Syamsul Rizal bin Mohd Rozali (Ketua Seksyen Al-Quran dan Hadith). Agensi/Jabatan lain yang turut serta adalah PUSPEN Negeri Melaka, APMM Batu Pahat dan Polis Marin Batu Pahat. Majlis berjalan dengan lancar dan sempurna mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (kaedah pemuliaan Al-Qur'an mengikut syarak) serta SOP agensi lain seperti APMM dan Polis Marin. Lens@ Pilihan


5 FEBRUARI 2024 | ISNIN GOPENG, PERAK OPERASI BERSEPADU LAWATAN PEMATUHAN KONTRAK PERKHIDMATAN BERSAMA JPN PERAK, PERKESO & PPD KINTA SELATAN PK KDN Perak telah mengadakan Ops Cota secara bersepadu memfokuskan penguatkuasaan ke atas pengawal keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN), Pertubuhan keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak (PPD) Kinta Selatan. Pemeriksaan telah dijalankan ke atas sejumlah 5 orang pengawal keselamatan. Hasil pemeriksaan, seorang pengawal keselamatan didapati tiada tapisan keselamatan Berikutan tular di Facebook mengenai penjualan buku berunsur lucah di sebuah kedai buku, PK KDN Selangor telah bertindak menjalankan operasi mengesan buku-buku tersebut. Hasil daripada pemeriksaan di kedai buku tersebut, PK KDN Selangor telah menahan sebanyak 4 buah buku yang disyaki berunsur lucah dan LGBT, buku-buku tersebut disyaki menyalahi AMCP 1984. 5 FEBRUARI 2024 | ISNIN SHAH ALAM, SELANGOR PK KDN SELANGOR TAHAN BUKU MENYALAHI AMCP 1984 BULETIN PK KDN 21


6 FEBRUARI 2024 | ISNIN IPOH, PERAK OPS MAYA BERJAYA RAMPAS ALAT MAINAN SEKS BERNILAI RM6,050 DI PERAK Bertindak hasil maklumat risikan, ASP Haszalie bin Hassan (xx) telah mengetuai operasi Flying Squad bersama dengan 13 orang anggota dari PK KDN IBu Pejabat dan PK KDN Perak. Operasi mensasarkan sebuah premis yang menjual alat mainan seks. Hasil dari serbuan tersebut, sebanyak 46 unit alat mainan seks yang dianggar bernilai RM6,050 telah dirampas kerana disyaki menyalahi Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan. 8 FEBRUARI 2024 | KHAMIS BATU GAJAH, PERAK 8 PENGAWAL KESELAMATAN DIPERIKSA DALAM OPS COTA BERSEPADU Ops Cota secara bersepadu telah dilaksanakan oleh PK KDN Perak bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN), Pertubuhan keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Tenaga Manusia, Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak (PPD) Kinta Selatan yang melibatkan pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 di beberapa sekolah sekitar Batu Gajah, Perak. Ops ini telah diketuai oleh Encik Shahri bin Saat. Seramai 8 orang pengawal keselamatan diperiksa dalam operasi ini. BULETIN PK KDN 22


6 FEBRUARI 2024 | SELASA BAYAN LEPAS, PULAU PINANG ALAT MAINAN SEKS BERNILAI RM15,732 DISITA DALAM OPS MAYA BERSEPADU Ops Maya bersepadu telah dilaksanakan oleh PK KDN Ibu Pejabat, Putrajaya berserta 8 orang anggota PK KDN Pulau Pinang telah berjaya merampas alat mainan seks sebanyak 102 unit yang disyaki menyalahi Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan. Operasi berasaskan kes folder risikan ini diketuai oleh ASP Firdaus bin Haji Abdullah telah mensasarkan sebuah kedai serbaneka di pusat membeli belah. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM15,732. BULETIN PK KDN 23


SANA SINIPK 01 FEBRUARI 2024 |KHAMIS PK KDN KELANTAN Kunjungan hormat oleh PK KDN Perak ke Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak telah diketuai Pengarahnya, Tuan Lee Chan Sing bertujuan untuk membincangkan kes yang berkaitan akta-akta yang dikendalikan dan dikuatkuasakan serta kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi memantapkan impak penguatkuasaan. 01 FEBRUARI 2024 |KHAMIS PERAK KUNJUNGAN HORMAT JPPM KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT APM Kunjungan hormat oleh Pengarah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Kelantan ke Pejabat PK KDN Kelantan bertujuan untuk meningkatkan jaringan kerjasama selain membincangkan usaha sama yang boleh dijalankan pada masa akan datang. Pada pertemuan kali ini, masing-masing telah menerangkan fungsi dan peranan jabatan yang mana menjadi titik pemula kepada usaha sama yang bakal dilaksanakan kelak. BULETIN PK KDN 24


01 FEBRUARI 2024| KHAMIS PK KDN SARAWAK 01 FEBRUARI 2024| KHAMIS SEBERANG PERAI, PULAU PINANG PK KDN Negeri Sarawak mengadakan program Simbolik Penyerahan Lencana Warga Cemerlang Unggul Berpadu kepada seluruh warga PK KDN negeri. Lencana ini adalah simbolik kepada semangat warga KDN yang terus berpadu dalam menjalankan apa jua aktiviti, program dan operasi. Program advokasi berkenaan fungsi dan peranan PK KDN disampaikan di Pesta Buku Pulau Pinang oleh PK KDN negeri. Penerangan meningkatkan kesedaran mempunyai Al-Qur’an ada perakuan KDN diterangkan kepada para pengunjung yang datang ke pameran. Kepentingan dan kelebihan Al-Qur’an mempunyai perakuan KDN juga diterangkan kepada pengunjung. Selain itu akta-akta lain juga turut diadvokasikan bagi memastikan maklumat dan fungsi KDN tercapai. PENYERAHAN LENCANA WARGA CEMERLANG UNGGUL ADVOKASI PESTA BUKU PULAU PINANG 2024 BULETIN PK KDN 25


05 FEBRUARI 2024 | ISNIN MELAKA Pengarah PK KDN Melaka, Tuan Mohammad Amir bin Azizan menghadiri mesyuarat berkenaan pembentangan proses kerja perkhidmatan pemuliaan Al-Quran dan buku agama tanpa bakar berteknologi hijau (deinking) oleh Pengurus Syarikat Attin Sdn. Bhd. Jawatankuasa Pelaksana Pemuliaan Al-Qur’an Negeri Melaka menyokong matlamat pihak syarikat untuk memelihara Al-Qur’an menggunakan kaedah tersebut. 05 FEBRUARI 2024 | ISNIN PERAK PK KDN Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Perak. Kunjungan ini diketuai oleh Pengarahnya, Tuan Lee Chan Sing adalah bertujuan untuk membincangkan kolaborasi dan kerjasama yang boleh dilaksanakan khususnya melibatkan pegawai keselamatan. Kunjungan ini juga adalah langkah PK KDN Perak mengeratkan hubungan antara kedua-dua jabatan. MESYUARAT PERKHIDMATAN PEMULIAAN AL-QUR’AN KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT CGSO BULETIN PK KDN 26


06 FEBRUARI 2024 | SELASA IPD KAMPAR, PERAK Pengarah PK KDN Perak, Tuan Lee Chan Sing telah mengadakan kunjungan hormat bersama beberapa pegawai beberapa pegawai kanan yang lain ke Pejabat Ketua Polis IPD Kampar. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama strategik serta mebincangkan perancangan program yang boleh dilaksanakan bersama pada masa akan datang. KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KETUA POLIS IPD KAMPAR 06 FEBRUARI 2024 | SELASA PERPUSTAM, MELAKA Pengarah PK Melaka, Tuan Mohammad Amir bin Azizan telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. Kunjungan hormat ini disambut baik oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuhkan jalinan kerjasama dan perkongsian idea serta pandangan mengenai usaha sama yang boleh digerakkan dalam memperkasakan bentuk kolaborasi kedua-dua jabatan. KUNJUNGAN HORMAT KE PERPUSTAM BULETIN PK KDN 27


09 FEBRUARI 2024 | JUMAAT SAMARAHAN, SARAWAK PK KDN Sarawak telah mengadakan Program Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ) di Masjid Darul Ikhlas, Kg Sindang Baru, Kota Samarahan. Melalui Program ini, penduduk sekitar berkesempatan menukar mana-mana Al-Qur'an yang tiada perakuan KDN, lusuh atau rosak kepada Al-Qur'an yang mempunyai perakuan KDN. Selain Program JEQ, PK KDN Sarawak turut mengadakan aktiviti pameran serta taklimat bagi memberikan penerangan berkaitan Al-Qur'an perakuan KDN dan APTQ 1986. Program ini dapat menarik perhatian orang ramai serta mendapat respon positif dari pengunjung-pengunjung. 09 FEBRUARI 2024 | JUMAAT PK KDN MELAKA YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) telah melawat pejabat Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Melaka sempena lawatan beliau ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri Melaka. PROGRAM JOM EXCHANGE AL-QURAN (JEQ) DI SAMARAHAN LAWATAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KE KDN MELAKA BULETIN PK KDN 28


09 FEBRUARI 2024 | JUMAAT PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA MELAKA Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Negeri Melaka menyambut baik rombongan kunjungan hormat PK KDN Melaka yang diketuai oleh Tuan Mohammad Amir bin Azizan. Peranan dan fungsi bahagian disampaikan bagi menjelaskan lebih mendalam. Kerjasama dan kolaborasi dalam penguatkuasaan juga menjadi isu perbincangan bagi melancarkan lagi aktiviti bagi kedua-dua pihak. KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MELAKA 20 FEBRUARI 2024 | SELASA PEJABAT PK KDN PERAK Persatuan Industri Keselamatan Malaysia Negeri Perak membuat kunjungan hormat ke PK KDN Perak bagi mengeratkan silaturahim antara agensi. Selain itu, bagi menjamin kolaborasi dan kerjasama terus terjalin, perbincangan dan perancangan program bagi tahun 2024 diputuskan agar aktiviti penguatkuasaan dan pematuhan peraturan terhadap anggota keselamatan. PK KDN PERAK MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PERSATUAN INDUSTRI KESELAMATAN MALAYSIA NEGERI PERAK BULETIN PK KDN 29


15 FEBRUARI 2024 | KHAMIS PK KDN PULAU PINANG PK KDN Pulau Pinang membuat permohonan inspektorat kepada CGSO pada sesi kunjungan hormat sebelumnya. Pengarah berkesempatan memberi sedikit taklimat berkenaan dengan fungsi, peranan, dan latar belakang Bahagian kepada CGSO. INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN CGSO Pegawai dan kakitangan PK KDN Sabah didedahkan dengan kepentingan keselamatan fizikal dalam pejabat kerajaan. Selain itu, amali mengendalikan kunci kombinasi peti besi juga dikongsi oleh wakil pegawai CGSO. TAKLIMAT KESELAMATAN FIZIKAL OLEH PEGAWAI CGSO 23 FEBRUARI 2024 | JUMAAT KOTA KINABALU, SABAH BULETIN PK KDN 30


Program ‘Ke Arah Sifar Al-Qur’an Tiada Perakuan KDN’ terus dirancakkan di Kuala Terengganu. Selain menerangkan fungsi dan peranan PK KDN, pengunjung yang datang dapat menukar Al-Qur’an tiada perakuan secara percuma. Advokasi berkenaan kepentingan memiliki Al-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN telah disampaikan kepada pengunjung. 20 FEBRUARI 2024 | SELASA KUALA TERENGGANU 21 FEBRUARI 2024 | RABU KUALA TERENGGANU Kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Terengganu diketuai oleh Puan Nur Nabiha Izzati binti Wahit, Pengarah PK KDN Terengganu bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Kerjasama ini menjurus kepada pengurusan kes siasatan dan pendakwaan agar tindakan penguatkuasaan diambil selaras dengan peruntukan undang-undang. PK KDN TERENGGANU TERUS RANCAKKAN PROGRAM JEQ PK KDN TERENGGANU MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN PENDAKWA RAYA TERENGGANU BULETIN PK KDN 31


22 FEBRUARI 2024 | KHAMIS BUKIT KATIL, MELAKA Pengarah PK KDN Melaka mengetuai rombongan kunjungan hormat ke atas Ahli Lajnah Tahsih AlQur’an Negeri Melaka di KAQSA. Selain beramah mesra, kunjungan juga turut membincangkan sesi perbincangan berkaitan kolaborasi program bagi tahun 2024. KUNJUNGAN HORMAT PK KDN MELAKA KE KOLEJ AL-QUR’AN SAYYIDINA ALI (KAQSA) 24 FEBRUARI 2024 | SABTU MERLIMAU, MELAKA Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya’ban bersama komuniti telah diadakan di Masjid Jamek Ar Rahman, Kg. Pulai, Merlimau, Melaka. PK KDN Melaka telah dijemput untuk program advokasi serta pameran. Menerusi program ini, seramai 200 orang peserta terdiri daripada kariah masjid dan komuniti telah hadir berkunjung ke majlis ini dan diberi peluang untuk mendengar penerangan mengenai bahan-bahan yang bercangggah dengan APTQ 1986. Program JEQ juga turut diadakan bersempena dengan majlis sambutan ini. PAMERAN DAN ADVOKASI SEMPENA SAMBUTAN NISFU SYA’BAN DI MERLIMAU, MELAKA BULETIN PK KDN 32


19 FEBRUARI 2024 | ISNIN ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR 24 FEBRUARI 2024 | SABTU MERLIMAU, MELAKA PK KDN Melaka telah berkunjung ke Penjara Negeri Melaka, dan disambut baik oleh YBhg. Datuk Roslan bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Satu sesi perbincangan dua hala serta perkongsian maklumat telah diadakan di antara kedua-dua belah pihak. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan dan jaringan kerjasama antara PK KDN Melaka dan Penjara Melaka. Satu temubual secara langsung di radio Selangor.fm dalam segmen Ya Bos telah diadakan dengan topik "Ke Arah Sifar Al-Qur’an Tiada Perakuan KDN" bersama Puan Sharifah Rohaiza binti Syed Rozali, Pengarah PK KDN Selangor. Temubual ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan masyarakat berkaitan Al-Qur'an yang tiada perakuan KDN serta hebahan mengenai Program Jom Exchange Al-Qur'an (JEQ). ‘KE ARAH SIFAR AL-QUR’AN TIADA PERAKUAN KDN’ (KASAQTPK) DI RADIO SELANGOR.FM LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT PK KDN MELAKA KE PENJARA NEGERI MELAKA BULETIN PK KDN 33


27 FEBRUARI 2024 | SELASA KUANTAN, PAHANG Kunjungan hormat PK KDN Pahang ke Jabatan Penerangan Negeri (JAPEN) Pahang telah disambut oleh Pengarah dan pegawai-pegawai kanan JAPEN Pahang. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama strategik bagi mengadakan program/aktiviti berbentuk advokasi dan kemasyarakatan. JABATAN PENERANGAN NEGERI PAHANG MENYAMBUT KUNJUNGAN PK KDN PAHANG PROGRAM JEQ TERUS DIRANCAKKAN DI SARAWAK PK KDN Sarawak menerima kunjungan orang ramai untuk menukar Al-Qur’a tiada perakuan KDN atau rosak/lusuh kepada Al-Qur’an baharu yang mempunyai perakuan KDN. Program ‘Ke Arah Sifar Al-Qur’an Tiada Perakuan KDN’ dilaksanakan secara berterusan di Sarawak bertujuan memberi kesedaran dan manfaat khususnya kepada masyarakat setempat. 28 FEBRUARI 2024 | RABU PK KDN, SARAWAK BULETIN PK KDN 34


28 FEBRUARI 2024 | RABU MARANG, TERENGGANU Program ‘Ke Arah Sifar Al-Qur’an Tiada Perakuan KDN’ terus dirancakkan di program komuniti PK KDN Terengganu bertempat di Masjid Haji Muda, Kampung Binjai Rendah, Marang, Terengganu. Pengunjung yang datang diberi penerangan tentang kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 selain dapat menukarkan Al-Qur’an yang tiada perakuan KDN kepada Al-Qur’an yang ada perakuan KDN. 29 FEBRUARI 2024 | KHAMIS KUALA TERENGGANU, TERENGGANU Advokasi berkenaan fungsi PK KDN dan Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 disampaikan oleh Pengarah dan anggota PK KDN Terengganu kepada pengunjung yang datang ke pameran yang diadakan. Pengunjung juga berpeluang untuk menukarkan Al-Qur’an tiada perakuan KDN atau rosak kepada Al-Qur’an yang mempunyai perakuan KDN. PROGRAM KOMUNITI PK KDN TERENGGANU DIRANCAKKAN DENGAN JEQ PROGRAM JEQ DAN ADVOKASI PK KDN TERENGGANU SEMPENA DENGAN KARNIVAL MARITIM PERKASA 2024 BULETIN PK KDN 35


PENGUKUHAN PK KDN LATIHAN KAWAD PK SARAWAK PK IBU PEJABAT PK KEDAH PK MELAKA PK PERAK PK PERLIS PK TERENGGANU PK SABAH


PROGRAM PERKONGSIAN ILMU PK PULAU PINANG PK SARAWAK PK KELANTAN PK JOHOR PK PAHANG PK JOHOR (KSAB) PK PERLIS PK KEDAH PK KELANTAN PK PERLIS


TIPS NUMBER 1 52 BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 16 LAPANGAN PINTU MASUK 1-31 JANUARI 2024 AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 AAP 1971 2,965 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI LAPANGAN 1,149 JUMLAH AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI PINTU MASUK AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2002 JUMLAH KESELURUHAN 4,114 SERBUAN : 18 PEMERIKSAAN : 1201 NAZIRAN LMC : 10 NAZIRAN PP : 18 RAMPASAN : 4366 NILAI RAMPASAN: RM122,490 SERBUAN : 2 PEMERIKSAAN : 434 RAMPASAN : 238 NILAI RAMPASAN : RM1,666 KOMPAUN : RM2,500 SERBUAN : 20 PEMERIKSAAN : 890 RAMPASAN : 1384 NILAI RAMPASAN : RM242,052 OPERASI BERSEPADU : 8 PEMERIKSAAN : 314 NAZIRAN SYARIKAT : 50 PK TIADA TAPISAN : 114 PENGAWAL HARAM : 18 PEMERIKSAAN : 650 KONSAINAN : 204,951 PEMERIKSAAN : 354 KONSAINAN : 2,299 PEMERIKSAAN : 145 KONSAINAN : 2,298 STATISTIK STATISTIK PROGRAM ADVOKASI TAKLIMAT/ CERAMAH JEQ HEBAHAN MEDIA MASSA PAMERAN JUmlah PROGRAM JUmlah PROGRAM 12 8 16


PAUTAN MEDIA SOSIAL Stay Connected! BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN linktr.ee/PKKDN BAHAGIAN PK KDN MOHA ENFORCEMENT OFFICIAL


KAJIAN PENERBITAN HENDAKLAH DISELESAIKAN HENDAKLAH DISELESAIKAN DALAM TEMPOH BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 30 HARI DARIPADA TARIKH NOTIS TAHAN DIKELUARKAN DIKELUARKAN


UNIT INTEGRITI KEMENTERIAN DALAM NEGERI HADIRKAN DIRI Ketua Unit Integriti Kementerian Dalam Negeri Aras 6, Blok SP9, Kompleks Setia Perkasa, 62546 Putrajaya TELEFON 03-88852845/2846 ADUAN E-MEL [email protected] TOLERANSI SIFAR TERHADAP RASUAH LAPORKAN SEGERA!


TALIAN HOTLINE PK KDN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 03-88893145 Aduan, pertanyaan dan maklum balas boleh disalurkan ke TALIAN HOTLINE PK KDN dan saluran sedia ada [email protected]


Click to View FlipBook Version