The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM TEKNOLOGI PEMBINAAN RUMAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairiyah.kamaruddin18, 2021-12-12 20:41:37

APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM TEKNOLOGI PEMBINAAN RUMAH

APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM TEKNOLOGI PEMBINAAN RUMAH

SIDANG EDITOR

E MAJALAH

KHAIRIYAH BINTI KAMARUDDIN
17DAS20F2017

NASYIRAH WADIHAH BINTI NUR SYAHIRA BINTI ISMAIL
MOHAMMAD ASRI 17DAS20F2015
17DAS20F2011

SIDANG EDITOR

E MAJALAH

BUKHARI SHAH BIN UBAIDILAH
17DAS20F2019

MUHAMMAD ADAM MUHAMMAD NURAMIN
DANISH BIN ABDULLAH BIN MAN ZAILAN
17DAS20F2008
FOUAD
17DAS20F2013

ISI KANDUNGAN

E MAJALAH

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
KATA-KATA ALUAN 1
PENGENALAN 2
OBJEKTIF KAJIAN 3

ISU-ISU 4-6

KESAN 7-11
KESIMPULAN 12
RUJUKAN 13

KATA KATA SEINDAH BICARA ,
ALUAN
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ,
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

SEGALA PUJI BAGI ALLAH , TUHAN YANG
MEMELIHARA DAN MENTADBIR SEKALIAN
ALAM, TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI
MAHA PENGASIH , TUHAN YANG MENGUASAI
HARI PEMBALASAN KEPADAMULAH KAMI
MEMOHON PERTOLONGAN. TUJUKKANLAH
KAMI KEJALAN YANG LURUS IAITU JALAN-
JALAN ORANG YANG ENGKAU BERI NIKMAT
KEPADA MEREKA, BUKAN JALAN ORANG-
ORANG YANG ENGKAU MURKAI DAN BUKAN
PULA JALAN ORANG-ORANG YANG SESAT .
BERSYUKUR KAMI DENGAN LIMPAH
KURNIANYA DAPAT JUGA KAMI MENYIAPKAN
TUGASAN BERKUMPULAN YANG
DIAMANAHKAN KEPADA KAMI OLEH ENCIK
NAHRAWI BIN KASSIM DEANGAN BAIKNYA .
SEMOGA SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI DAN
DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK.

1

PENGENALAN

Kehidupan yang berlandaskan syariat Islam adalah cara hidup yang paling baik
untuk manusia sejagat. Apabila ia diadaptasikan dalam segala pekerjaan dan
rutin harian, ia menghasilkan kesan kedamaian dan ketenangan yang optima.
Begitu juga dalam membina kediaman. Apabila ia dibina mengikut cara Islam,
rumah yang terbina akan memberikan kesan yang positif seperti memberi
keselesaan kepada penghuni dan tetamu yang datang ke rumah. Islam
menjadikan rumah itu sebagai tempat perlindungan manusia daripada bahaya,
tempat perlindungan manusia dari cuaca yang buruk, tempat manusia menjaga
maruah dan aurat, tempat untuk membentuk peribadi diri, serta tempat untuk
merapatkan silaturahim dan akhir sekali yang paling utama ialah tempat untuk
menunaikan ibadah. Dalam islam tiada syarat khas atau khusus untuk membuat
pembinaan rumah, mengikut cara Islam baik dari segi rupa bentuknya mahupun
dari segi ornamen dan aksesorinya. Yang paling penting adalah nasihat dan
saranan di dalam Al-Quran dan Al Hadis akan ciri-ciri kediaman yang elok dan
bagaimana adab yang perlu dijaga di dalam rumah untuk mengekalkan
keselesaan dan kedamaian sebagai seorang muslim.

2

OBJEKTIF KAJIAN

 Mengenal pasti tentang kaedah
fiqah dalam sains teknologi
kejuruteraan Islam.

 Mengkaji tentang isu-isu semasa yang
berkaitan teknologi pembinaan rumah dalam
kefahaman prinsip-prinsip syariah Islam

 Memahami tentang konsep
pembinaan rumah kediaman dari
perspektif Islam.

 Menyatakan tentang pandangan pakar dan
orang ramai berkaitan teknologi
pembinaan rumah dalam Islam.

3

ISU-ISU APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM TEKNOLOGI
PEMBINAAN RUMAH

1 Memudahkan pemahaman terhadap hukum-
hakam untuk diguna pakai dalam persoalan

sains teknologi dan kejuruteraan.

Kaedah fiqah telah menetapkan formula teras atau asas untuk
diguna pakai sebagai rujukan sebelum memulakan sesuatu
penyelidikan. Setiap persoalan baharu yang timbul dalam

kajian sains, teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada
al-Quran dan hadis serta kaedah fiqah bagi menentukan

sesuatu hukumnya yang timbul. Justeru , segala ciptaan dan
inovasi yang dihasilkan sebenarnya menjurus kepada kaedah

fiqah.

4

ISU-ISU APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM

TEKNOLOGI PEMBINAAN RUMAH

2 Membantu manusia khususnya para saintis,
teknokrat dan jurutera untuk menyelesaikan
persoalan yang melibatkan isu-isu dalam bidang

sains teknologi dan kejuruteraan.

Kaedah fiqah telah membantu saintis, teknokrat dan jurutera untuk

mengenal pasti dan menyelesaikan isu dalam operasi mereka. Isu –
isu dalam sains teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui
panduan kaedah ini supaya operasi dalam penyelidikan dan inovasi
mendapat keberkatan Allah SWT . Justeru, dengan adanya kaedah ini
para saintis dan golongan terknokrat akan dapat mengatasi masalah
kesulitan manusia dan membantu menyelesaikan masalah fiqah yang

berlaku dalam masyarakat pada hari ini.

5

ISU-ISU APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM
TEKNOLOGI PEMBINAAN RUMAH

3 Menyediakan keperluan hukum-hukum yang
menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam

bidang sains teknologi dan kejuruteraan.

Hukum – hukum yang sudah ditetapkan dalam kaedah fiqh sangat
sesuai untuk menjawab segala persoalan tentang cabang atau

sampingan tentang sains tenologi dan kejuruteraan. Isu-isu yang
berkaitan sains teknologi dan kejuruteraan amat luas dan

memerlukan kaedah ini bagi membantu mencari jalan keluar dan
menyelesaikan masalah hukum dari sudut syarak, Pelbagai

kajian,ciptaan dan inovasi telah dilakukan oleh para saujana dunia
yang memerlukan penyelesaiaan dan jawapan terhadap isu dan

permasalahan yang timbul berdasarkan hukum menurut perspektif
Islam.

6

KESAN TEKNOLOGI
PEMBUATAN RUMAH

Agama Islam antara lain telah menetapkan panduan untuk
umatnya dengan lengkap dalam segala aspek termasuklah
perkara yang melibatkan kehidupan seharian manusia
seperti hal yang berkaitan dengan posisi dan susun atur
kediaman.
Pada hakikatnya, ciri-ciri kediaman yang sempurna mengikut
panduan agama Islam akan memberikan anda kehidupan
yang lebih harmoni dan bahagia dengan bantuan teknologi
yang ada pada masa kini. Secara khusus, teknologi juga
memainkan peranan yang penting dalam menjamin
pembuatan atau pembinaan sesebuah rumah.

7

Antara kesan yang boleh dilhat adalah seperti
berikut :

1)Memiliki setiap ruang
yang mencukupi dan
selesa.
Sebuah rumah tidak perlu
bersaiz terlalu besar atau
terlalu kecil asalkan
memenuhi keperluan
penghuninya. Rumah yang
baik adalah sebuah rumah
yang menyediakan ruang
secukupnya mengikut
bilangan ahli keluarga dan
cukup untuk menjalani
ibadah dengan selesa.

8

2)Mempunyai ruang transisi agar penghuni
lebih terlindung.
Apa yang dimaksudkan dengan transisi
adalah sebuah ruang atau koridor. Menurut
ajaran Islam, sebuah rumah yang bagus
susun aturnya ialah rumah yang
mempunyai ruang penghubung antara pintu
masuk dengan ruang utama di dalam
rumah. Hal ini adalah bagi memastikan
apabila tetamu masuk melalui pintu utama,
penghuni yang berada di dalam rasa

terganggu dan terdedah aurat.

9

3)Menjaga privasi setiap anggota penghuni.
Sebuah rumah muslim hendaklah memiliki pembahagian ruang yang
dapat melindungi privasi penghuninya. Sebagai contoh, bilik tidur
utama milik ibu bapa yang dipisahkan daripada bilik tidur anak atau
anggota keluarga yang lain. Begitu juga bilik tidur anak lelaki yang
diasingkan daripada bilik tidur anak perempuan. Selain itu ruang
dapur juga sebaiknya diletakkan pada bahagian belakang rumah dan
ruang tamu diletakkan penghadang bagi melindungi aurat ahli
keluarga dan wanita.

10

4) Kebersihan rumah terjaga dan
terjamin
Kebersihan adalah sebahagian
daripada iman oleh sebab itu,
rumah seorang muslim
hendaklah sentiasa dalam
keadaan bersih, kemas dan
teratur terutamanya di kawasan
melakukan ibadat.

1

Secara kesimpulannya, aplikasi kaedah fiqh dalam teknologi
pembinaan rumah yang dibincangkan di sini memberi impak
yang besar kepada pembinaan berteraskan Islam. Kelestarian
pembinaan itu sendiri adalah berkaitan dengan isu yang telah
dibincangkan. Sebenarnya Fiqh tidak terlepas ataupun

K berpisah daripada pembinaan, kerana fiqh merupakan cabang
hukum Islam, walaupun masih berpandukan al-Quran dan

E Hadis, ia selaras dengan perubahan zaman. Bagi mencapai
pembinaan yang bermatlamatkan keredhaan Allah, fiqh
mestilah menjadi salah satu agenda pembinaan yang penting

S khususnya dalam pembangunan ekonomi dan politik.
I Selain itu, kajian ini membincangkan tentang aplikasi kaedah

fiqh dalam teknologi pembinaan rumah. Didapati penerapan

M fiqh dalam pembinaan telah diterapkan dalam pembangunan
ekonomi, politik, peradaban dan sosial. Dapatan kajian

P menunjukkan bahawa fiqh tidak boleh dipisahkan daripada
pembinaan untuk menghasilkan pembinaan yang menepati
syariat Islam. Penerapan fiqh dianggap berpotensi untuk

U pembangunan ekonomi, politik, peradaban dan sosial
khususnya. Justeru itu, ilmu fiqh tidak terhad kepada

L perbincangan dan ibadah masyarakat Islam, tetapi
dikembangkan di dalam pembangunan negara.

A
N

12

R • https//www.canva.com
• https://anyflip.com

U • https://pembuatansenjatadalamisla
J m.wordpress.com/2020/02/29/aplik
asi-kaedah-fiqh-dalam-pembuatan-

U rumah/

K

A

N

13


Click to View FlipBook Version