The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lizuardibiz, 2018-12-19 19:35:22

MODUL 1 - KESELAMATAN T4

HPENERANGAN M1-T4

HELAIAN PENERANGAN

(Information Sheet)

TAJUK MODUL PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KECEMASAN

TAJUK SUB MODUL Akta Kilang dan Jentera

TAJUK TEORI T4 – Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan

OBJEKTIF PRESTASI / Memahami akta untuk pengawalan kilang bagi perkara yang
Performance Objective (PO) melibatkan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang di
dalamnya, pendaftaran dan pemeriksaan jentera dan bagi
perkara-perkara yang berkaitan denggannya. berpandukan akta
kilang dan jentera 1967.

KOD RUJUKAN GM/KS/SW/M01/HP(4/15) MUKA: 1 DRP: 3
NAMA
NO. K/P

TUJUAN : Supaya pelatih dapat mengetahui tentang asas-asas keselamatan kawasan
tempat kerja, risiko kecederaan dan kesihatan.

PENERANGAN :

Premis-premis atau mana-mana kilang perlu mematuhi perkara berkaitan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan

1. Peruntukan yang berkaitan dengan keselamatan

Premis-premis atau mana-mana kilang perlu mematuhi asas-asas keselamatan di
kawasan tempat kerja seperti:

(a) Asas dan lantai hendaklah cukup kuat untuk menahan beban-beban mengikut
reka bentuknya dan tidak boleh melebihi beban.

(b) Bumbung hendaklah cukup kuat untuk menampung jika ada beban terampai.

(c) Semua lantai, lantai kerja, platform, dek, tangga lorong, laluan, titi sambung,
tangga dan anak tangga hendaklah dibina dengan selamat untuk mencegah
risiko orang daripada jatuh dan dengan struktur yang baik untuk mencegah risiko
keruntuhan dan hendaklah disenggara.

(d) Memastikan akses yang selamat ke mana-mana tempat ruang bekerja pada
bila-bila masa.

KOD RUJUKAN GM/KS/SW/M01/HP(4/15) MUKA: 2 DRP: 3

(e) Setiap bukaan, takungan bahan buangan, lubang atau bejana yang dilekatkan
pada lantai atau lantai kerja hendaklah ditutup dengan selamat atau dipagar
dengan selamat untuk mencegah risiko orang daripada jatuh.

(f) Semua barang, benda dan bahan yang disimpan atau disusun hendaklah
ditempatkan atau disusun mengikut cara yang boleh memastikan:

i. Kestabilan yang terbaik bagi mencegah apa-apa keruntuhan barang,
benda atau bahan atau sokongannya.

ii. Tiada gangguan pada pembahagian cahaya yang mencukupi, pengalihan
udara yang mencukupi, pengendalian jentera yang sempurna,
penggunaan laluan atau titi sambung yang tidak tempat dihalang dan
pengendalian atau penggunaan kelengkapan pemadam api yang
berkesan.

2. Risiko kecederaan daripada bahan letupan, mudah terbakar dan beracun

a) Peraturan dan langkah-langkah yang telah ditetapkan perlu dipatuhi oleh
premis-premis bagi mengelakkan risiko kecederaan badan daripada bahan
letupan, mudah terbakar, beracun atau menghakis pancaran ion.

3. Peruntukan berkaitan dengan kesihatan

a) Kilang ataupun premis perlu memperuntukan perkara-perkara seperti berikut:

i. Keadaan kilang ataupun premis berada dalam keadaan bersih dan
dan bebas dari bau busuk yang timbul daripada mana-mana parit.
Perlulah dibersihkan pada masa yang ditetapkan seperti menyapu
kapur atau menyapu warna, mengecat, memvarnis, membubuh
ubat mencegah kuman atau mencegah bau.

ii. Bilangan maksimum orang yang diambil kerja pada bila-bila masa di
dalam mana-mana bilik kerja dalam mana-mana kilang hendaklah
mengikut amaun ruang kaki padu dan permukaan kaki kawasan
lantai yang dibenarkan dalam bilik kerja.

iii. Menyenggara pengalihan udara yang mencukupi melalui peredaran
udara segar dalam tiap-tiap bahagian kilang dan premis supaya
bebas daripada semua gas, wasap, habuk dan kekotoran lain yang
boleh memudaratkan kesihatan

iv. Menyenggara suatu suhu yang akan memastikan keadaan
keselesaan yang munasabah dan mencegah daripada kecederaan
badan kepada mana-mana orang yang diambil kerja di dalam
sesuatu kilang.

KOD RUJUKAN GM/KS/SW/M01/HP(4/15) MUKA:3 DRP: 3

4. Peruntukan berkaitan dengan kebajikan

a) Kilang ataupun premis perlu memperuntukan perkara-perkara bagi
kegunaan orang yang diambil bekerja adalah seperti berikut:

i. Tempat yang mencukupi dan sesuai untuk pakaian yang tidak
dipakai semasa waktu kerja

ii. Bekalan air minum yang mencukupi yang selamat dan berkhasiat

iii. Kemudahan yang mencukupi dan sesuai untuk membasuh yang
hendaklah disimpan dalam keadaan bersih

iv. Menyediakan dan disenggarakan suatu peti atau almari pertolongan
cemas

RUJUKAN: UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA 514
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994
NATIONAL INSTITUTE FOR OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)


Click to View FlipBook Version