The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lizuardibiz, 2018-12-19 19:35:57

MODUL 1 - KESELAMATAN T5

HPENERANGAN M1-T5

HELAIAN PENERANGAN

(Information Sheet)

TAJUK MODUL PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KECEMASAN

TAJUK SUB MODUL Akta Kilang dan Jentera

TAJUK TEORI T5 – Orang Yang Menjaga Perakuan Kekompetenan

OBJEKTIF PRESTASI / Memahami akta untuk mengadakan peruntukan dan
Performance Objective (PO) pengawalan kilang bagi perkara yang berhubungan dengan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang di dalamnya,
pendaftaran dan pemeriksaan jentera dan bagi perkara-perkara
yang berkaitan denggannya.

KOD RUJUKAN GM/KS/SW/M01/HP(5/15) MUKA: 1 DRP: 3
NAMA NO. K/P

TUJUAN : Supaya pelatih-pelatih dapat mengetahui kelayakan yang sah bagi
mengendalikan peralatan dan mesin di kilang-kilang dan premis-premis .

PENERANGAN :

1. Latihan dan Pengawasan Pekerja yang Tidak Berpengalaman

Seseorang tidak boleh diambil kerja pada mana-mana mesin atau dalam proses
yang boleh menyebabkan kecederaan badan kecuali:

a) Telah menerima arahan yang sepenuhnya tentang bahaya yang mungkin
berbangkit tentang kerja pada mesin atau proses itu.

b) Dibawah pengawasan yang mencukupi oleh seseorang yang mempunyai
pengetahuan dan pengalaman tentang mesin atau proses itu.

2. Pematuhan Perintah Khas yang dikeluarkan Ketua Pemeriksa

(a) Perintah khas boleh dibuat oleh Ketua Pemeriksa bagi kelakuan dan panduan
orang yang diambil kerja dalam mana-mana perkhidmatan yang melibatkan
pengurusan dan pengendalian atau penjagaan mana-mana jentera atau
proses yang dijalankan di dalam mana-mana kilang perlu ada bagi
memastikan keselamatan dan kesihatan mereka.

(b) Pekerja hendaklah memastikan perintah khas yang dikeluarkan dipatuhi dan
sedar jika bahaya terdedah kepada mereka.

KOD RUJUKAN GM/KS/SW/M01/HP(5/15) MUKA: 2 DRP: 3

(c) Suatu salinan perintah khas Ketua Pemeriksa yang dicetak atau ditulis dalam
bahasa yang sesuai dan ditampalkan ditempat yang mudah dilihat dan
diakses berhampiran dengan jentera.

3. Definisi Orang Muda dalam Penglibatan yang Melibatkan Pengurusan dan
Penjagaan Jentera

a) Subseksyen (1)
i. Tidak ada seorang pun orang muda boleh menjalankan kerja yang
melibatkan pengurusan atau penjagaan atau berdekatan dengan
jentera.

b) Pemilik kilang atau premis atau pekerja perlu mematuhi subseksyen (1).

c) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi orang muda yang berumur tidak kurang
daripada empat belas tahun yang menjalani kursus pengajaran di sekolah
teknik kerajaan atau institusi pendidikan lain atau yang berumur tidak
kurang dari lima belas tahun sekiranya sedang menjalani perantisan yang
diiktiraf.

d) Seorang pemeriksa boleh mengarahkan pekerja untuk mencegah
kemasukkan orang muda kedalam premisa tau mana-mana bahagian
jentera yang dipasang.

e) Subseksyen ini tidak terpakai bagi lawatan pendidikan ke kilang yang
diaturkan dan langkah- berjaga-jaga hendaklah diambil bagi tujuan
keselamatan.

4. Perakuan Kelayakan yang Sah Berhubung dengan Pengendalian Jentera

a) Premis ataupun kilang-kilang hendaklah memastikan jentera yang
ditetapkan berada dibawah jagaan seorang jurutera yang berperakuan.

b) Tiada seorang pun boleh menjaga mana-mana jentera yang ditetapkan
dibawah jagaan seorang jurutera kecuali:

i. Memegang perakuan kekompetenan sebagai seorang jurutera atau
drebar

ii. Mempunyai suatu kuasa bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua
Pemeriksa.

c) Seseorang yang memegang suatu perakuan kekompetenan yang
dikeluarkan di bawah AKta ini boleh membenarkan perakuan itu diperiksa
pada bila-bila masa oleh Pemeriksa.

KOD RUJUKAN GM/KS/SW/M01/HP(5/15) MUKA: 3 DRP: 3

RUJUKAN : PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK ( EDISI KEDUA ) ibsBUKU
I.E.E EDISI 16 BS7671:1992 PINDAAN 2.1997
 HAJI MD.NASIR HAJI ABD.MANAN

Pemasangan dan Penyenggaraan ELEKTRIK ( Edisi Kedua )
 Abd.Samad Hanif

Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur 2004

d)


Click to View FlipBook Version