HELAIAN PENERANGAN
(Information Sheet)
TAJUK MODUL PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KECEMASAN
TAJUK SUB MODUL Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja
TAJUK TEORI T3 - Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan
OBJEKTIF PRESTASI / Memahami akta bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan
Performance Objective (PO) kebajikan orang-orang yang sedang bekerja dan bagi melindungi
orang lain terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan
berkaitan dengan aktiviti orang-orang yang sedang bekerja serta
selari dengan kehendak NIOSH.
KOD RUJUKAN GM/KS/SW/M01/HP(3/15) MUKA: 1 DRP: 2
NAMA
NO. K/P
TUJUAN : Memahami tujuan dan fungsi penubuhan jawatankuasa keselamatan
dan kesihatan.
PENERANGAN :
Seksyen 30. Penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
(1) Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja mengikut seksyen ini jika:
(a) terdapat empat puluh orang atau lebih diambil kerja di tempat kerja; atau
(b) Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa sedemikian di tempat
kerja.
(2) Keanggotaan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan di bawah
subseksyen (1), pemilihan atau perlantikan orang-orang ke jawatankuasa itu, kuasa
anggota-anggota jawatankuasa itu dan apa-apa perkara lain yang berhubungan
dengan penubuhan atau prosedur jawatankuasa itu hendaklah sebagaimana yang
ditetapkan.
(3) Tiap-tiap majikan hendaklah berunding dengan jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan itu dengan tujuan untuk membuat dan menyenggarakan perkiraan yang
akan membolehkannya dan pekerja-pekerjanya bekerjasama dengan berkesan dalam
menggalakkan dan membangunkan langkah-langkah untuk mempastikan
keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja di tempat kerja, dan dalam mengukur
keberkesanan langkah-langkah itu.
KOD RUJUKAN GM/KS/SW/M01/HP(3/15) MUKA: 2 DRP: 2
(4) Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan
dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 31. Fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan.
Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan di tempat kerja menurut
seksyen 30:
(a) hendaklah sentiasa mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan orang-orang di tempat kerja;
(b) hendaklah menyiasat apa-apa perkara di tempat kerja ---
(i) yang dianggap oleh anggota jawatankuasa itu atau orang yang diambil kerja di
tempat kerja itu adalah tidak selamat atau merupakan risiko kepada kesihatan ; dan
(ii) yang telah dibawa kepada perhatian majikan ;
(c) hendaklah cuba menyelesaikan apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (b)
dan, jika ia tidak berupaya berbuat demikian, hendaklah meminta Ketua Pengarah
supaya menjalankan suatu pemeriksaan tempat kerja itu bagi maksud itu ; dan
(d) hendaklah mempunyai apa-apa fungsi lain yang boleh ditetapkan.
RUJUKAN: UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA 514
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994
NATIONAL INSTITUTE FOR OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)