KANDUNGAN 4 3
16
1 PROFIL GURU 19
1.1 Maklumat Peribadi dan Perkhidmatan 23
2 ASPIRASI GURU BESAR 58
3. SURAT PELANTIKAN TUGAS DAN PENYELIAAN 68
75
4 PROFIL SEKOLAH
4.1 Pelan Blok Bangunan dan Kedudukan Kelas 128
4.2 Surat Aku Janji
4.3 Sejarah, Logo Sekolah , Bendera, Lagu, dan Tag Line 260
4.4 Falsafah Pendidikan 262
4.5 Pelan Pembangunan Pendidikan
4.6 Visi dan Misi Sekolah
4.7 Piagam Sekolah
4.8 Gambar Pengurusan
4.9 Fokus dan Gerak Kerja KPP KPM
4.10 Hala Tuju JPNT
4.12 Hala Tuju PPDKN
4 .13 Sasaran Utama dan Hala Tuju Sekolah
4.14 Maklumat Peribadi dan Perkhidmatan
5 DASAR DAN PERATURAN SEKOLAH
5.1 Dasar dan Peraturan Sekolah
5.2 Pembelajaran dan Pemudahcaraan
3
6 TAKWIM TAHUNAN SEKOLAH
6.1 Hari Kelepasan Am Negeri
6.2 Penggal Persekolahan
6.3 Takwim Tahunan 2022/23
7 ARAHAN PENTADBIRAN
7.1 Program Mento Mentee
7.2 Jadual Pencerapan dan Penyeliaan
7.3 Jadual Bertugas Guru
7.4 Jadua Pemeriksaan Buku Latihan
7.5 Jadual Semakan eRPH
8 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
9 PENGURUSAN KURIKULUM
10 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
11 PENGURUSAN KOKURIKULUM
12 PENGURUSAN PPKI
13 PANDUAN TUGAS PPM/AKP
12.1 CARTA ORGANISASI
12.2 PANDUAN TUGAS
14 LAMPIRAN
MAKLUMAT PERIBADI DAN PERKHIDMATAN No. Cukai Pendapatan :
Kelulusan Ikhtisas/Opsyen:
Nama: Gred Jawatan:
No. Kad Pengenalan : Tarikh Mula Berkhidmat:
Tarikh Pengesahan Jawatan:
No. Fail Diri (PPD) Tarikh Masuk Skim Pencen:
No. Gaji:
No. Fail Diri (JPNT):
Tarikh Pergerakan Gaji:
No. Cukai Pendapatan:
Kelululusan Akademik
Tertinggi:
Tarikh Mula Berkhidmat Di
Sekolah Ini:
Tarikh Pengesahan Pelantikan:
Tarikh Kelulusan Pengisytiharan
Harta Terkini:
Alamat Sekarang:
Telefon:
Nama Isteri/ Suami:
Alamat Tempat Kerja Suami/
Isteri:
Pengalaman Mengajar Tahun Jawatan
Sekolah
SENARAI MAKLUMAT
BIL JANTINA KELA
NAMA PENUH
EMAIL AKADEMIK
TERTINGGI
CG AZLIA LIZA BINTI ALIAS
1. L IJAZAH
[email protected] P IJAZAH
P IJAZAH
2. CG ZARINA BINTI SENON L IJAZAH
[email protected] P IJAZAH
L IJAZAH
3. CG ZAHARAH BINTI MOHAMAD TAIB
[email protected] L IJAZAH
4. CG MARZUKI BIN AMAN
[email protected]
5. CG NORHASLINA BINTI ABDUL RAHMAN
[email protected]
6. CG AHMAD SHABRI BIN MOHD
[email protected]
7. CG ABDULLAH BIN MAMAT
[email protected]
GURU TAHUN 2022
AYAKAN OPSYEN GRED TARIKH TARIKH JAWATAN
IKTISAS LANTIKAN DAN MULA
PENGESAHAN MENGAJAR
DI SEKOLAH
SEKARANG
PSR BI DG42 01/07/2001 11/08/2021 GB
01/11/2002 PKP
PSR BI DG48 01/03/1993 02/01/2020 PK HEM
01/03/1996 PK KO
PSR BI DG42 01/01/1991 28/09/2021 PKPK
31/12/1991 GPK
PSR MUZIK DG 44 01/12/1994 16/07/2014
01/01/1995
PSR BM DG 44 05/08/1997 02/01/2008
05/08/2000
DPM PEN. DG 42 03/01/2006 29/03/2015
KHAS 03/01/2007
(PJ) 03/01/2006 03/01/2016 GP
03/01/2005
KPLI BI/PJK DG48
MT
8. CG AMIRUL ZAIREEN BIN MOHAMAD L IJAZAH
[email protected] p SPM
USTZ AMINAH BINTI AHMAD P IJAZAH
9. [email protected]
10 CG ASMAH HANI BINTI SHAHROM
[email protected]
11 CG BAHARUDIN BIN ABD RAHMAN L IJAZAH KPLI
[email protected]
P IJAZAH SIJIL
12 CG CHE AINI BINTI MOHAMAD
[email protected] PERGUR
13. USTZH HAFSAH BINTI TAHA P IJAZAH KPLI
[email protected]
P SPM DIPLOM
14 USTZH HASLINDA BINTI ALI
[email protected] PENDIDIK
15 USTZH HASNIZA BINTI ISMAIL P IJAZAH PSR
[email protected]
P SARJANA PSSR P
16. CG HAZLIZA BINTI MOHD HUSSEIN
[email protected] PENDIDIKAN SEK
PSR/PM PJK DG41 01/04/2014 26/07/2021 GPK
PSR PEN. DG38 13/05/2016 01/06/2014 GPI
PEN. 03/01/1989
ISLAM 01/03/1990
PSR PSV DG44 02/01/2009 26/07/2021 GP
02/01/2010
I BIMBINGAN DG48 01/03/2005 02/02/2017 GBK
DAN 01/03/2006
L DG44 01/01/2019 GPS
RUAN KAUNSELING DG44 01/01/1994 01/01/2014 GBA
I PEN. 01/01/1997 01/01/2019 GPI
16/08/2010 01/01/2021 GPI
PRA SEK 16/08/2010 03/01/2016 GPK
BA 01/02/1993
01/02/1996
MA BA DG38 17/01/2001
KAN PAI DG42 01/11/2002
R 16/07/2007
01/05/2008
PRA PRA SEK DG44
K
17. CG HERAWATI @ MASLINAH BINTI P SARJANA KPLI
MASAUDA PENDIDIKAN
[email protected]
P IJAZAH DIPLOM
18. CG IDAWATI BINTI BUANG
[email protected] L IJAZAH PSR
19 UST KAMARUDDIN BIN MUDA P IJAZAH DPM
[email protected]
P IJAZAH KPLI
20. CG KHAMISAH BINTI NIK
[email protected] L IJAZAH PSR
21. CG KHUZAIFAH BINTI MOHAMAD L IJAZAH PPKI
[email protected]
P IJAZAH KPLI
22. CG MAT FADHIL BIN YUSOF
[email protected]
23. CG MAT KILAU BIN MAT DAUD
[email protected]
24. CG MAZLIDA BINTI MOHD ZAIN
[email protected]
25. CG MAZNAH BINTI IBRAHIM P IJAZAH DPM
[email protected] L IJAZAH ISM
26. CG MEOR AHMAD NIZAM BIN AHMAD
SABRI
[email protected]
I PRASVSIV DG44 03/01/2007 16/06/2019 GPS
03/01/2008
MA PEN. DG42 17/01/2000 18/06/2017 GPK
PRA SEK 01/11/2002
AGAMA DG44 01/03/1989 01/06/2003 GPI
01/03/1990
M PEN. DG42 17/01/2000 16/06/2008 GPK
KHAS 01/11/2002
I MT DG44 16/02/2010 01/01/2017 GP
16/02/2011
R BI DG48 13/01/1998 09/08/2020 GP
17/02/2001
I PEN. DG44 03/01/2006 07/03/2021 GPK
KHAS 03/01/2007
I PBI DG44 12/01/2009 03/01/2016 GPK
12/01/2010
M PEN. MELAYU DG42 31/10/2000 01/02/2010 GP
GP
PS 01/11/2002
PEN. DG44 02/01/2008 21/06/2018
HUTAN 02/01/2009
27 CG MOHAMMAD KAMAL BIN CHE SALIM L SPM DIPLOM
[email protected] L
L SARJANA KPLI
28 UST MOHD JIRRAN BIN MOHD JEPERI L PENDIDIKAN J-QAF
[email protected]
IJAZAH PSR
29 CG MOHD NAWI BIN ISMAIL
[email protected] IJAZAH DIPLOM
30 UST MOHD SHUKRI BIN MUDA @ SU
[email protected]
31 CG MOHD SUKRI BIN SALLEH L IJAZAH PSR
[email protected] L
L IJAZAH KPLI
32 CG MOHD ZAKI BIN ABDULLAH P
[email protected] P IJAZAH PSR
33 CG MOHD ZUKI BIN MUDA IJAZAH DIPLO
[email protected] IJAZAH PENDIDIK
34 CG NIK KASMAWATI BINTI NIK HUSSIEN PSR
[email protected]
35 USTZH NOOR AZMA BINTI BIDI
[email protected]
36 CG NOR AISHAH BINTI JUNUS @ ABDUL P IJAZAH KPLI
RAZAK
[email protected]
MA SAINS DG38 01/03/1989 01/01/2003 GP
(KUP) 01/03/1990 11/07/2007 GPI
J-QAF 16/04/2011 GPK
DG44 01/08/2007 13/06/2017 GPI
PEN. (KUP) 01/08/2008
KHAS GP
DG44 01/03/1998 GP
MA PEN. 01/03/2001 GP
ISLAM DG42 GPK
PJ 11/12/1995 GPI
11/12/1998
R SAINS GP
DG44 04/01/2010 26/07/2021
I SAINS 04/01/2011 03/01/2016
DG44 01/01/2004
R PEN 01/01/2006 03/01/2016
MELAYU DG42 03/01/2007 01/06/2002
OMA 01/03/1989
KAN PEN. DG44 21/05/1991
R KHAS (KUP)
AGAMA DG42 04/11/2008
(KUP) 04/11/2009
12/08/1997
12/08/2000
I KH DG44 02/01/2008 01/06/2010
(KUP) 02/01/2009
37 CG NOR AZLITA BINTI JAAFAR P IJAZAH KPL
[email protected]
38 CG NORAZMI BIN AWANG L IJAZAH PSR
[email protected]
P SARJANA KPLI
39 USTZH NORMASITAH BINTI ALI PENDIDIKAN LPBS
[email protected] PSR
P IJAZAH BM
40 CG NORULHUDA BINTI MUDA P IJAZAH PSR
[email protected]
P IJAZAH KPLI
41 USTZ NUR AISYAH BINTI ALI P IJAZAH PSR
[email protected] P IJAZAH KPLI
42 CG NURHANIZLA BINTI ZULKAUPALI L IJAZAH PSR
[email protected]
43 USTZH RAHIMAH BINTI MUDA
[email protected]
44 USTZH ROSMAWATI BINTI SAID
[email protected]
45 CG ROHAZLAN BIN HASHIM
[email protected]
LI SAINS DG44 03/01/2007 01/01/2018 GP
(KUP)
03/01/2008 GP
GPI
R PM DG42 01/03/1989 21/12/2014 GP
GPI
01/03/1990 GP
GPI
I J-QAF DG44 08/01/2006 01/10/2013 GP
GP
S 01/08/2007
BM DG44 01/01/1991 01/01/2013
AGAMA DG42 31/12/1991 01/06/2002
01/03/1998
01/03/2001
I PEMULIHAN DG44 04/01/2010 01/06/2012
04/01/2011
PEN. DG42 01/07/1998 01/01/2003
ISLAM 01/07/2001
I PEN. DG44 16/08/2010 26/072021
ISLAM 16/08/2011
PJK DG44 16/01/2012 03/01/2016
BI 16/01/2013
46 CG ROHIMAH BINTI ALI P IJAZAH PSR
[email protected]
47 CG ROSINA BINTI ARIFIN P IJAZAH DIPLOM
[email protected] IJAZAH PENDIDIK
48 CG ROZILA BINTI YUSOF P PSR
[email protected] P
IJAZAH PSR
49 CG ROZILAH BINTI ROZALI
[email protected]
50 USTZH SAKINAH BINTI MUDA @ MUSA P IJAZAH KPLI
[email protected] DIPLOMA JQA
IJAZAH PSR
51 CG SALUYAH BINTI YUSOF P
[email protected] P PSR
52 CG SURIA BINTI WAHAB
[email protected]
53 CG TENGKU MAZLIANA TG IBRAHIM P SPM DIPLOM
[email protected] P IJAZAH KPLD
P
54 USTZH TENGKU RUZILAWATI BINTI IJAZAH PSR
TENGKU ABD. AZIZ
[email protected]
55 USTZH WAN NORHALIZA BINTI WAN
IBRAHIM
PEN. DG44 01/01/1995 01/01/2009 GP
MELAYU 01/01/1998 01/01/2019 GP
01/01/2017 GP
MA MT/ PI DG42 05/01/2003 01/08/2002 GP
KAN 06/12/2004 GBA
MT GP
R DG44 10/12/1995 GP
DG48 10/12/1998
MT 11/12/1995 GPK
11/12/1996 GPI
GPI
I BA DG44 08/07/2009 08/07/2009
AF 08/07/2010
PEN. DG38 01/07/1996 01/01/2017
MUZIK DG44 01/01/2018
01/09/1999
MT DG42 01/01/1997 01/06/2007
DG42 01/01/2000 16/12/2011
MA PEN. 17/07/2000
KHAS 01/11/2002
01/07/1998
D PAI 01/07/2001
PAI DG44 01/08/2006 20/01/2021
01/08/2007
[email protected]
56 CG WAN SAKINAH BINTI WAN ALI P IJAZAH DPM
[email protected] P
L IJAZAH PSR
57 CG YUSNIDA BINTI GHANI P
[email protected] P IJAZAH DIPLOM
P IJAZAH PENDIDIK
58 CG ZAIDI BIN SALLEH P
[email protected] P KDPM
L
59 CG ZALEHA BINTI IBRAHIM IJAZAH LPBS / J-
[email protected]
IJAZAH ISM
60 USTZ ZALEHA BINTI ISMAIL
[email protected] IJAZAH ISM
61 CG MASTURA BT SIDIK IJAZAH
[email protected]
IJAZAH ISM
62 CG SUHAINIAH BT ISMAIL
[email protected]
63 CG NAJIBAH BT ROSLAN
[email protected]
64 CG MOHD HAFIQ BIN NODIN
[email protected]
65 FATIMAH ZAHRAH BINTI ABD RASHID P IJAZAH UNISE
[email protected]
M MT DG44 01/07/2002 01/12/2007 GP
KT 01/07/2003 17/02/2021 GPM
PM DG42 01/01/2018 GPK
17/01/2000 01/06/2008 GPS
MA PEN. KHAS DG44 17/01/2003 02/07/2015 GPI
KAN INTEGRASI 22/03/2010 03/01/2022 GP
M PRA DG42 22/02/2011 03/01/2022 GP
02/01/2005 03/01/2022 GP
-QAF PEN. DG44 02/01/2006 03/01/2022 GP
ISLAM 01/08/2006
01/08/2007 01.03.2022 GP
MATEMATIK DG44 04/01/2010
04/01/2011
MATEMATIK DG44 06/08/1997
06/08/2000
BAHASA DG41 03/07/2017
INGGERIS 23/03/2019
01/07/2013
M REKABENTUK DG41 01/07/2014
DAN
01.03.2022
TEKNOLOGI
PEND. REN
EL BAHASA DG41
INGGERIS
Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya
kita masih dapat meneruskan agenda mendidik anak bangsa di Stars untuk sesi
persekolahan tahun 2021. Tahniah dan syabas buat semua guru serta Anggota
Kumpulan Pelaksa yang telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian
murid di semua peringkat. Saya juga berbangga dengan pencapaian guru-guru
yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti Microsoft
Innovative Education Expert (MIEE) sehingga melonjakkan Stars menjadi sekolah
pertama di Terengganu yang mendapat pengiktirafan sebagai Microsoft
Showcase School (MSS) oleh Microsoft Inc.
Kita juga merupakan sekolah Kohort 3 bagi Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) yang sekarang merupakan tahun ke 2 fasa pembudayaan. Oleh itu, sama-samalah kita meningkatkan kualiti hasil
kerja profesionalisme ke arah yang lebih gemilang. Teruskanlah amalan baik seperti projek KMR dan Pembelajaran Abad
21 selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Gelombang 2. Saya juga berharap agar Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) diberi perhatian serius dalam memastikan berlakunya kecemerlangan pendidikan kepada semua murid.
Perancangan intervensi Program Catch Up Plan KPM hendaklah dilakukan agar semua mencapai tahap penguasaaan
minimum terutama untuk murid-murid di kelas pemulihan dan peningkatan tahap penguasaan yang lebih baik bagi
murid-murid PPKI dan arus perdana yang lain.
Pada bahu guru-guru dan akp saya sandarkan harapan agar kita semua dapat meneruskan usaha cemerlang kita pada
tahun ini agar apa yang kita rancang dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, kemas dan tersusun. STARS mempunyai
VISI UTAMA 2022 untuk kita capai, iaitu:
1. 100% murid mencapai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum
2. 0% murid terlibat dengan kes salah laku berat
3. Sekurang-kurangnya 5% peningkatan pencapaian dan kecemerlangan di semua Semua Unit
Pengurusan (kurikulum, HEM, Ko-Kurikulum dan PPKIBP-KPKP)
4. Mengembangkan potensi murid sekurang-kurangnya 5% murid dengan kebitaraan ICT, catur dan
seni silat tempur sebagai niche areas TS25 dan Microsoft Showcase School
5. 90% guru menggunakan aplikasi Microsoft 365
6. 50% pengurusan fail eRPH, minit mesyuarat dan dokumentasi menggunakan Teams
Akhir sekali, saya sebagai Ketua Jabatan amat berharap seluruh ahli keluarga STARS sentiasa menyedari tanggungjawab
masing-masing, memperbetulkan niat kerja kerana Allah dan sentiasa meletakkan kepentingan hak murid di hadapan
dan seterusnya menjulang nama STARS ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Sekian, terima kasih.
“Mendepani Pendidikan Global”
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(AZLIA LIZA BT ALIAS)
Guru Besar
Ruj Kami : SKKST 600-01/04 /17 ( )
Tarikh : 28 Februari 2022
Semua Guru SK Kompleks Seberang Takir
Semua Kakitangan Sokongan SK Kompleks Seberang Takir
Tuan,
PERLANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA DAN TUGASAN SEBAGAIMANA DALAM
BUKU MANUAL PENGURUSAN SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR BAGI TAHUN 2022
Dengan segala hormatnya pekara diatas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dilantik untuk menjalankan tugas dan
tanggungjawab serta menganggotai jawatankuasa dan program yang telah diputuskan sebagaimana dalam
BUKU PERANCANGAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN dan TAKWIM SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR BAGI
TAHUN 2020 yang telah ditetapkan.
3.
4. Pihak pengurusan SK Kompleks Seberang Takir mengharapkan kesungguhan dan akauntabiliti
tuan/puan dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Cara perlaksanaan tugas mesti merujuk
kepada perintah am, surat perkeliling, surat siaran dan prosuder kewangan serta peraturan yang telah
ditetapkan.
Segala kerjasama tuan/puan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“Mendepani Pendidikan Global”
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(AZLIA LIZA BINTI ALIAS)
Guru Besar
s.k.
- Fail JKS
- Fail Panitia
Ruj Kami : SKKST 600-01/04 /17 ( )
Tarikh : 28 Februari 2022
Semua Guru
Semua Ketua Panitia
Semua Guru Penolong Kanan
Tuan/Puan,
PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI TAHUN 2022
Merujuk kepada perkara diatas, dengan hormat dan sukacita dimaklumkan pihak pengurusan akan
membuat pencerapan pengajaran dan pembelajaran untuk semua guru berdasarkan SPI Bil.3/1999
2. Sehubungan itu, tuan/puan hendaklah bersedia dengan melengkapkan penyedian ERPH
sebagaimana dikehendaki oleh SPI Bil.3/1999. Pekara-pekara dibawah perlu diberi perhatian:-
2.1 Melaksanakan tugas penyeliaan di kelas berdasarkan garis panduan dalam Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.3/1987.
2.2 Semua penyeliaan yang dilaksanakan sebagaimana keperluaan bagi memastikan kualiti
PDPC guru berdasarkan aspek-aspek yang ada dalam Standard 4 SKPMg2
2.3 Memastikan amalan Pengajaran PAK21 SENTIASA DIAMALKAN termasuk dengan kesediaan
bilik darjah yang bercirikan PAK21 serta kondusif
2.4 Melaksanakan Sesi PRA, Semasa dan Pasca Penyeliaan PDPC guru
2.5 Melaksanakan Aktiviti Pentaksiran Bilik Darjah sepanjang tahun.
2.6 Melaksanakan Pemeriksaan buku tulis murid.
2.7 Menggunakan Amalan ICT dalam PDPC Guru
3. Bersama dengan surat ini disertakan Jawatankuasa Penyeliaan PDPC yang terdiri dari Guru
Besar, Semua Penolong Kanan dan Ketua Panitia serta Jadual Penyeliaan PDPC guru.
Kerjasama dan komitmen tinggi daripada tuan/puan amatlah dihargai demi kecemerlangan pelajar
diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
“Mendepani Pendidikan Global”
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(AZLIA LIZA BINTI ALIAS)
Guru Bes
HALA TUJU PENGURUSAN SEKOLAH
1. AKADEMIK
1.1 100% murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi sekurang-kurang selepas
mengikuti pendidikan Tahap 1.
1.2 Memastikan sekurangnya 8 orang murid mendapat 6A dalam UPSR dan LSMP mencapai 88.79%.
1.3 Memastikan sifar murid yang mendapat semua E dalam UPSR.
1.4 Memastikan 90% murid Tahap 1 dan 95% murid Tahap 2 sekurang-kurangnya mencapai Tahap
Penguasaan 3
1.5 100% murid berumur 6 tahun prasekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira
dan menaakul.
1.6 100% pelaksanaan PAK21 oleh semua guru pada semua kelas
1.7 100% murid menguasai kemahiran j-QAF
1.8 Mengekalkan pengiktirafan STARS sebagai Microsoft Showcase School
2. HAL EHWAL MURID
2.1 Peningkatan 95% kehadiran murid ke sekolah
2.2 Bilik darjah yang kondusif dan menyokong Pembelajaran Abad 21
2.3 Melahirkan100% murid yang bersahsiah terpuji
2.4 Sifar buli
3. KOKURIKULUM
3.1 95% kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum.
3.2 Mewakili daerah sekurang-kurangnya 4 orng dalam bidang permainan.
3.3 Mewakili daerah sekurang-kurangnya 3 orang murid dalam bidang Kelab dan persatuan.Ko
akademik.
3.4 Mewakili daerah sekurang-kurangnya 3 dalam bidang unit beruniform.
3.5 Memperkasakan pasukan sepak takraw sebagai kebitaraan sekolah.
4. PERSEKITARAN DAN FIZIKAL SEKOLAH
4.1 Kawasan dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan kondusif
4.2 Bangunan sekolah yang selamat dan berinformasi
5. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
5.1 Memastikan semua guru dan staf sentiasa mengikuti perubahan terkini dalam pendidikan.
5.2 Latihan pada guru dan staf sekurang-kurangnya 7 hari termasuk latihan TMK
6. PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN PEJABAT
6.1 Komunikasi cekap dan berhemah kepada pelanggan
6.2 Memastikan suasana pejabat yang kondusif
6.3 Pengurusan fail yang berkesan
7. PENGURUSAN KEWANGAN
7.1 Memastikan Audit berstatus sekurang-kurangnya baik
7.2 Mengemaskini stok dan penggunaan aset sekolah secara sistematik dan optimum
8. HUBUNGAN KOMUNITI
8.1 Meningkatkan hubungan erat antara warga sekolah dengan PIBG dan komuniti.
8.2 Memastikan pihak sekolah sentiasa terbuka menerima perubahan serta penyaluran maklumat yang
efisen
SEJARAH PENUBUHAN
SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)
Nama dan alamat Sekolah
Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
Awalnya nama Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir ialah Sekolah Kebangsaan Sri Takir tetapi
tidak dipersetujui oleh penduduk kampung dan Wakil Rakyat ketika itu iaitu Dato’ Abdul Rashid bin Ngah.
Lokasi
Dipinggir Bandaraya Kuala Terengganu.
10 Kilometer dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu.
Pelan Lokasi Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir.
Sebab didirikan
• Memenuhi keperluan penduduk setempat (Kg Batin, Kg Hulu Takir, Kg Banggol Pauh , Kg Banggol Che Hing, Kg
Padang & Kg Leban).
• Pertambahan pembangunan dan kepadatan penduduk (pembukaan kawasan perumahan Taman Permin Perdana
Kg Batin
• Sekolah Kebangsaan Seberang Takir tidak lagi dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.
Keluasan Tapak
• Keluasan tapak pembangunan SK Kompleks SeberangTakir bersama SMK Kompleks Seberang Takir ialah
7.52327 hektar.
• Keluasan tapak pembangunan SKKST dianggarkan 3.5 hektar
• Asal tapak dipenuhi dengan Pokok Nipah (Nypa fruticans ) dan berpaya
. Pelan Tanah Pokok Nipah (Nypa fruticans )
Kerja – kerja Pembinaan
Bermula pada tahun 2000 dan siap dibina pada awal 2002
Bangunan/ Blok
• 1 bangunan pentadbiran 2 tingkat
• 2 bangunan 3 tingkat
• 1 bangunan 4 tingkat
• kantin
• buah pondok menunggu bas
• pondok jaga
Pecahan Bilik
• Terdapat 30 buah bilik utama yang dibahagikan kepada :
➢ 25 buah bilik darjah / kelas
➢ 15 buah bilik yang ditetapkan kepada :
o 1 bilik Guru
o 2 bilik Makmal Sains
o 1 bilik Kemahiran Hidup
o 2 bilik Komputer
o 1 bilik Perpustakaan
o 1 bilik Pemulihan
o 1 bilik Sumber
o 1 bilik Solat
o 1 bilik Pendidikan Seni
o 1 bilik Koperasi
o 1 bilik Klinik
o 1 bilik BOSS/ buku teks
o 1 bilik Bimbingan danKaunseling
Lapangan / Dataran
• 1 Dataran perhimpunan Kejap
• 1 Padang permainan berkongsi dengan SMKKST
• 1 Lapangan bola jaring
• 1 lapangan bola takraw
• 1 lapangan badminton
Pembukaan SK Kompleks Seberang Takir
• Secara tidak rasmi mengadakan solat hajat bersama guru pada 29 Julai 2002, Khamis turut dihadiri oleh
Allahyarham Datuk Hj Razali b Ismail ( Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu ).
• Rasmi menerima guru dan murid pada 1 Ogos 2002.
• Menerima guru dari SK Seberang Takir seramai 13 orang pada 1 Ogos 2002.
1. Mohd Zaidi b Yaakub ( Guru Besar )
2. Razak @ Harun b Embong ( PK 1 )
3. Noraini bt Hashim ( PK HEM )
4. Noor Azma bt Bidi
5. Nor Aisyah bt Ali
6. Mohd Zahari b Muda
7. Hasnah bt Embong
8. Rozilah bt Razali
9. Fadzilah bt Yusoff
10. Noraini bt Ibrahim
11. Din b Yahya
12. Rohana bt Samad
13. Mohamad Faudzi b Abdullah
14. Meriam bt Mat
15. Fauziah bt Baharuddin
• Jumlah murid yang diterima seramai 300 orang pada 1 Ogos 2002.
• Memulakan proses Pengajaran dan Pembelajaran ( P& P ) pada 1 Ogos 2002.
• Bilangan kelas yang dibuka 10 buah.
• Setiap aliran kelas tahun satu sehingga tahun lima sebanyak 2 kelas.
SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT MENGURUSKAN
SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR
BIL SEJARAH PERKHIDMATAN
Cg. Mohd Zaidi b Yaakob GURU BESAR
1 1 Jun 2002 – 15 Mac 2006
Cg Hj Ibrahim b Muda
2 16 Mac 2006 – 5 Disember 2007
3 Cg. Hajjah Mahani bt Jaafar
16 Disember 2007 – 1 Jun 2012
Cg Hajah Sharifah Kasmani bt Syed Akil
4 1 Jun 2012 – 12 Julai 2015
Cg Ahmad Suhaimi bin Said
5 27 Julai 2015 – 13 November 2019
Cg Mohd Fadli bin Sidik
6 17 November 2019 – 2 Jun 2021
Cg Shamsida Binti Hamzah
7 2 Jun – 3 Ogos 2021
8 Cg Azlia Liza bt Alias
11 Ogos 2021 hingga sekarang
LENCANA SEKOLAH
BENDERA SEKOLAH
Kuning
Mempunyai 3 warna dan 3 logo setiap satu mempunyai makna tertentu]
Kuning melambangkan Taat Setia kepada Tuhan, Raja, Negara, Ibu bapa dan Guru
Biru melambangkan Perpaduan di antara warga sekolah
Merah melambangkan Keharmonian didalam melahirkan pendapat yang bernas dan positif.
LAGU SEKOLAH
KST – Kompleks Seberang Takir
Ketaqwaan Sahsiah Terpuji
Guru- guru Menyebar Ilmu
Melahir Insan Berilmu
Akhlak Mulia Beriman dan Berketrampilan
Melahir Insan Sejahtera
Murid- murid yang Berwawasan
Melahir Insan Cemerlang
Generasi Gemilang
KST – Kompleks Seberang Takir
Ketaqwaan Sahsiah Terpuji
Guru – guru menyebar Ilmu
Menjadi insan Mulia … ( ulang 3 kali )
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
VISI SEKOLAH
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
MISI SEKOLAH
MELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI
ASPIRASI
PIAGAM PELANGGAN
PEMEGANG TARUH/STAKEHOLDER
1. Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu,
masyarakat dan negara.
2. Menentukan hasil pendidikan yang diberi mempunyai nilai-nilai teras selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
3. Mengambil tindakan terhadap arahan dan surat menyuarat selewat-lewatnya 3 ari selepas diterima.
4. Melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh kpm/jpn/ppd.
5. Mengambil tindakan kepada semua urusan dalam tempoh yang ditetapkan dan sentiasa peka serta bersedia
menerima pandangan dan cadangan yang konstruktif.
6. Memberi Pendidikan nberkualiti selaras dengan kurikulum Pendidikan sekolah rendah.
7. Memastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan.
MURID
1. Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan selamat.
2. Memberi peluang yang sama kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang dan keturunan.
3. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar sepanjang waktu persekolahan.
4. Bersedia membantu pelajar memperkembangkan potensi positif untuk mempertingkatkan
keterampilan pelajar melalui aktiviti kokurikulum dan pem,bangunan insan keperingkat tertinggi.
IBU BAPA/PENJAGA
1. Sentiasa memberi layanan yang mesra,adil dan bersopan kepada semua ibu bapa.
2. Setiap aduan akan disiasat dan maklumbalas dikeluarkan dalam tempoh 3 hari
3. Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan.
GURU & ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA
1. Menggalakkan guru menyertai kursus anjuran KPM/JPN/PPD untuk membangunan
diri dan organisasi dan menyediakan latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun..
2. Menggalakkan guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar yang terbaik dalam
pengajaran dan pembelajaran.
3. Memastikan surat atau edaran guru dapat disampaikan dalam tempoh 1 hari dari
tarikh penerimaan surat
4.1 DASAR DAN PERATURAN SEKOLAH
1. Arahan Am
1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam
Perintah Am Kerajaan dan Sijil Akur Janji Perkhidmatan awam.
1.2 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara, Visi dan Misi,
PPPM 2013 - 2025, TS25, MBMMBI, PLC, PAK 21, KSSR, KBAT dan 1M1S.
2. Falsafah, Matlamat Dan Objektif Sekolah
2.1 Semua guru dikehendaki memahami serta menghayati Falsafah, Visi, dan Misi sekolah.
2.2 Guru - guru hendaklah sama - sama berusaha gigih bagi membolehkan matlamat dan
objektif dapat dicapai dan dihayati serta bermakna.
3. Kehadiran
3.1 Jadual waktu pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mesti dipatuhi seperti ditetapkan
oleh pihak sekolah. Guru dikehendaki berada di sekolah sebelum pukul 7.30 pagi hingga
1.30 petang.
3.2 Guru wajib merakam kehadiran thumb print masing – masing sewaktu tiba dan
waktu pulang sebaik sahaja tiba di sekolah dan sebelum pulang.
3.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat wajib mendapatkan kelulusan daripada
Guru Besar serta memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran secepat mungkin
supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. Guru juga perlu memaklumkan dalam telegram
Keberadaan Guru dan mengisi dalam google form setelah mendapat kelulusan daripada Guru
Besar.
3.4 Waktu Kokurikulum :
• Waktu Kokurikulum ialah seperti berikut :
Selasa : 2.00 hingga 6.00 petang
(Berselang-seli minggu untuk Unit Beruniform / 1M1S / Persatuan dan Kelab)
• Guru akan ditugaskan sebagai Guru Penasihat untuk kegiatan kokurikulum. Tugas ini
hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. Keselamatan murid semasa aktiviti ini di
bawah tanggungjawab Guru Penasihat pada hari berkenaan.
4. Keluar Waktu Mengajar/Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja
4.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali
jika ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan / Pejabat
Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar.
4.2 Guru dikehendaki mengisi Buku Kebenaran Keluar Waktu Bertugas Rasmi selepas
mendapat kebenaran Guru Besar.
4.3 Guru yang hendak meninggalkan negeri kerana bercuti / tugas peribadi, wajib mengisi borang
khas di pejabat sekolah dan berjumpa dengan Guru Besar.
4.4 Jika seseorang guru keluar melebihi 3 jam daripada waktu rasminya, guru tersebut
hendaklah mengambil Cuti Rehat Khas atau cuti lain yang berkelayakan.
5. Cuti
5.1 Cuti Penggal
Mengikut Perintah Am Bab C, 50 (a), guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal
sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jawatan boleh memanggil guru-guru untuk
menjalankan tugas – tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa
yang tidak melebihi separuh daripada cuti penggal sekolah dalam satu – satu tahun itu.
5.2 Cuti Sakit
5.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-
turut perlu disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
5.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam
setahun.
5.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau ‘putus –
putus’ akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
5.3 Cuti Rehat Khas (CRK)
5.3.1 Kerajaan telah bersetuju memberi Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak sepuluh (10)
hari dalam satu tahun kalendar.
5.3.2 CRK tidak lebih daripada sepuluh (10) hari diberi kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2017
5.3.3 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai
Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.
5.3.4 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru
Kontrak.
5.3.5 Kelulusan diberikan oleh Guru Besar dengan syarat tidak menjejaskan
keberkesanan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah.
5.3.6 Kuasa yang meluluskan permohonan CRK ialah Guru Besar atau pegawai yang
diberi kuasa semasa ketiadaan Guru Besar.
5.3.7 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan
yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am 1 (IX) Bab C)
5.3.8 Permohonan hendaklah dibuat sekurang – sekurangnya 3 hari sebelum bercuti kecuali atas
sebab – sebab kecemasan (maklumkan kepada Guru Besar melalui telefon, WhatsApp
atau Telegram)
5.4 Cuti Keluar Negara
5.4.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan terlebih dahulu
daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu sebelum bercuti keluar
negara. Sila isikan borang permohonan dan perlindungan insuran (eLampiran A)
melalui www.jpats.gbsb.my dan semua dokumen hendaklah diserahkan di pejabat
selewat – lewatnya 1 bulan sebelum tarikh keluar negara. Sila berjumpa dengan Guru
Besar untuk mendapatkan sokongan permohonan.
5.5 Cuti Khas – Isteri Bersalin
5.5.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada anggota perkhidmatan
lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini
dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
5.6 Cuti Tanpa Rekod
5.6.1 Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan
pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan /
persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan
ikhtisas, mengambil bahagian sukan dan tugas khas perubatan.
5.7 Cuti Urusan Kematian Terdekat
5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari
sebagai Cuti Tanpa Rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah ; suami atau isteri,
anak-anak, ibu dan bapa kandung serta ibu dan bapa mentua. Pengiraan cuti
termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan.
5.8 Cuti Tibi, Kusta Dan Barah
5.8.1 Seseorang pegawai yang disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah akan
diberi keistimewaan mendapat rawatan perubatan percuma, termasuklah
pengecualian bayaran wad dalam hospital Kerajaan, seperti yang diperuntukan
dalam Perintah Am, Bab F.
6. Tugas Guru
6.1 Memahami dan menghayati Misi dan Visi Sekolah. Bekerja dalam satu pasukan untuk
mencapai Visi, Misi dan Piagam Pelanggan Sekolah. Guru-guru adalah tertakluk kepada
arahan yang terdapat dalam Perintah Am.
6.2 Guru-guru adalah penjawat awam yang tertakluk kepada Perintah-perintah Am serta
peraturan- peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
6.3 Guru hendaklah hadir bertugas pada masa dan hari yang telah ditetapkan.
6.4 Sentiasa berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. Tingkah laku guru menjadi contoh dan
tauladan kepada murid.
6.5 Guru akan diberi tugasan berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Guru hendaklah
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
6.6 Semua program yang dirancang di peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan dengan
sempurna.
6.7 Meningkatkan minat murid kepada pelajaran.
6.8 Menggantikan guru-guru yang tidak hadir apabila diperlukan.
6.9 Menyempurnakan tugas-tugas khas seperti Guru Kelas, Guru Penasihat, Guru Bertugas
Mingguan, Guru SPBT, Guru Data dan seumpamanya.
6.10 Guru dan kakitangan mestilah mendapat kebenaran Guru Besar sekiranya ingin ke JPNT atau
PPD atas urusan rasmi.
6.11 Guru-guru dilarang membuat perundingan dengan pembekal alatan sekolah tanpa kebenaran
daripada Guru Besar.
6.12 Menitikberatkan tentang kebersihan kelas dan kawasan sekolah.
6.13 Memberi kerjasama dalam urusan pejabat sekiranya diperlukan.
6.14 Sentiasa menjaga batas pergaulan di antara sesama rakan guru, staf sokongan dan murid-
murid. Jalinkan hubungan profesional secara baik dan sihat.
6.15 Sentiasa bekerjasama di antara rakan sekerja bagi mewujudkan keseronokan semasa
bertugas.
6.16 Sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada murid-murid dan sekolah.
6.17 Guru-guru adalah dilarang untuk terlibat dalam apa-apa perkara atau aktiviti yang boleh
mencemarkan nama baik sekolah atau profesion perguruan secara keseluruhan.