The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESY AGUNG PIBG STARS 2022 KALI KE 15

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nik Kasmawati Stars, 2022-06-15 21:56:29

MINIT MESY AGUNG PIBG STARS 2022 KALI KE 15

MINIT MESY AGUNG PIBG STARS 2022 KALI KE 15

SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR,
21300 KUALA NERUS, TERENGGANU

MESYUARAT AGUNG PIBG STARS KE 15
TAHUN 2022/2023

TARIKH : 18 JUN 2021
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK KOMPLEKS

SEBERANG TAKIR

PERASMIAN:
TUAN HAJI ABDUL MUIE BIN NGAH
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

1

Isi kandungan Muka surat
2
Bil Perkara 3
1 Isi Kandungan 4
2 Surat Jemputan 5
3 Aturcara Majlis ( Tentatif ) 6
4 Ucapan Tuan Guru besar 7
5 Ucapan Yang Dipertua PIBG 8
6 Ucapan Perasmian 9
7 Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
8 Agenda Mesyuarat PIBG 2022 10-12
9 Minit Mesyuarat Agung PIBG Ke 14 2021/2022 13
10 Penyata kewangan berakhir September 2021 14
11 Jawatankuasa Mesyuarat PIBG 2022 15
12 Penghargaan

2

Ruj Kami : SKKST.900-01/01/Jld ( )
Tarikh : 4 JUN 2022

YDP,
Guru Besar,
Semua Pengurusan Sekolah,
Semua Guru dan Staf,
Semua AJK PIBG STARS,
Semua Ibu Bapa / Penjaga.

Tuan,

NOTIS DAN JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SEBERANG TAKIR
(STARS) KALI KE-15 TAHUN 2022

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG STARS seperti berikut:

Tarikh : 18 Jun 2022

Hari : Sabtu

Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat : Dewan SK. Kompleks Seberang Takir (STARS)

3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar Datuk/Datin,,tuan/puan dapat hadir semasa majlis tersebut.

4. Kerjasama dan keperihatinan yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD ZUKI BIN MUDA)
Setiausaha PIBG,
SK. Kompleks Seberang Takir,

s.k.
1. Fail

3

Aturcara Majlis (Tentatif)

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke - 15
SK Kompleks Seberang Takir

9.00 Pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru
Ketibaan Dif – dif Jemputan

9.30 Pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Yang DiPertua PIBG
Ucapan Perasmian
Cabutan Bertuah Sesi 1

10.30 Pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 15
Cabutan Bertuah Sesi 2

12.30 Tgh : Bersurai

4

Ucapan Aluan Guru Besar

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia rahmat-NYA, kita dapat bersama-sama
berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 tahun 2022.
Kehadiran para ibu bapa amat dihargai serta besar ertinya kepada pihak sekolah. Saya mengambil kesempatan
ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru serta semua agensi yang telah
berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi dan keselamatan murid-murid dan
warga sekolah.

Kami sentiasa berusaha untuk merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada
setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa manfaat
kepada murid-murid. Kejayaan yang telah diraih oleh warga sekolah sama ada dalam
bidang kurikulum, sahsiah dan kokurikulum adalah hasil daripada kesepaduan muafakat
bersama. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua
pihak amat penting untuk memastikan anak-anak dapat menempuh gelombang
perubahan IR5.0 walaupun sentiasa diduga dengan pelbagai cabaran. Mendokong
hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Gelombang 2 yang sudah hampir ke
penghujung, maka kami menggalas tanggungjawab untuk menyediakan kemahiran-
kemahiran ICT, STEM, softskills dan keusahawanan agar mereka mempunyai daya
saing yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan di masa akan datang.

Oleh itu, sokongan dan sumbangan PIBG sekolah ini dari segi material
mahupun idea-idea yang bernas serta sokongan moral merupakan nadi penggerak
dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana sekolah telah banyak
memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah dalam
pelbagai bidang. Terima kasih juga kepada semua guru atas usaha gigih mereka dan
penghargaan kepada semua jawatankuasa PIBG dan semua ibu bapa yang telah
memberikan sokongan, sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam memajukan sekolah.

Semoga komitmen yang ditunjukkan akan dapat mewujudkan kerjasama yang
berterusan antara sekolah dan komuniti demi kelangsungan pembelajaran bermakna untuk
anak-anak. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-15 tahun 2022. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

“Stars The Best”

Cikgu Azlia Liza Binti Alias

5

Ucapan Aluan YDP PIBG

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kita dapat
bersama-sama hadir dalam mesyuarat kali ini mengikut norma baru
iaitu mengadakan mesyuarat Agung Secara atas talian (online).
Saya bagi pihak YDP dan mewakili semua AJK PIBG STARS
merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana
komitmen yang tinggi demi anak didik dalam norma baru di era
covid-19 ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang
bertungkus lumus membuat persiapan sempena Mesyuarat Agung
PIBG STARS kali ke-15 tahun 2021.

Sebagaimana maklum, kita berada di era pendamik covid 19, Semoga semua pihak menerima situasi
keadaan negara dan juga tidak melunturkan semangat pihak guru mendidik demi kejayaan murid-murid
STARS. Justeru terima kasih kepada guru-guru STARS kerana menjalankan PDPR secara era baru
dengan Penjajaran Kurikulum baru.

Tahniah juga kepada guru-guru STARS yang berjaya di peringkat daerah, negeri dan peringkat
kebangsaan seterusnya mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan. Terima kasih juga kepada ibu
bapa yang menghantar anak ke sekolah khasnya PRA dan kelas Pendidikan khas (KPKP) dan semoga
kehadiran mencapai 100 peratus.

Selain itu pihak PIBG dan sekolah menjemput Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus untuk
merasmikan mesyuarat kali ini, bertujuan untuk memberi pendedahan secara khusus kepada ibu bapa
agar tidak perlu bimbang menghantar anak ke sekolah walaupun kita berada di era pendamik covid 19.

Akhir kata marilah kita sama-sama berdoa agar musibah covid-19 dihapuskan sama sekali di bumi
Allah agar kita semua dapat menjalani hidup seperti sediakala dan seterusnya dapat mendidik anak didik
kita secara bersemuka. Terima kasih sekali lagi kepada pihak sekolah kerana berusaha mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG secara atas talian dan semoga apa juga usaha kita mendapat keberkatan daripada
Allah S.W.T
Sekian, terima kasih.
“Stars The Best”

HJ APLI BIN YUSOFF

6

UCAPAN PERASMI
MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SEBERANG TAKIR

KALI KE-14 TAHUN 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis yang
bermakna pada hari ini. Seterusnya, saya mengucapkan tahniah kepada Yang DiPertua PIBG kerana berjaya
mengadakan mesyuarat agung pada tahun ini walaupun dengan norma baharu.

Tuan Puan yang dirahmati Allah sekalian,

Ramai dalam kalangan ibu bapa pada hari ini risau tentang keselamatan anak-anak untuk hadir ke
sekolah kerana endemik Covid19 yang belum berakhir ini. Jangan bimbang, saya percaya pihak sekolah telah pun
mengambil langkah-langkah pencegahan mengikut garis panduan yang telah dibincangkan dan dipersetujui
bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Majlis Keselamatan Negera.

Ibu bapa mestilah memberi kepercayaan yang tinggi kerana semua agensi kerajaan diarahkan untuk
mematuhi SOP ketat bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga sekolah berada pada tahap yang
maksimum. Sekiranya berlaku kes Covid19 di sekolah, anak-anak yang bergejala ini akan diuji dengan
menggunakan kit ujian kendiri Covid19 yang akan dikendalikan oleh pengurusan sekolah atau guru kesihatan yang
bertugas. Selain itu, ibu bapa boleh juga membeli kit ujian tersebut untuk membuat saringan kendiri atau boleh ke
Klinik Kesihatan yang hampir dengan tempat tinggal.

Sebagai ibu bapa, kita seharusnya melatih anak-anak untuk membiasakan diri dengan amalan SOP
pencegahan Covid19 iaitu memakai pelitup muka 3 lapis, mencuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan
dengan betul, menjaga penjarakan fizikal dan memastikan anak-anak tidak bergejala sebelum menghantar mereka
ke sekolah. Jika mampu, tuan puan bolehlah memberi makanan tambahan yang sesuai untuk meningkatkan
imuniti badan kepada anak-anak.

Hadirin sekalian,

Pembelajaran bersemuka penting untuk kelangsungan hidup anak-anak kita di masa akan datang.
Janganlah berasa gusar kerana saya dimaklumkan bahawa semua guru dan warga sekolah ini telah divaksin.
Semoga dengan usaha ini, kita semua dilindungi daripada wabak Covid19. Akhir kata, bersama-samalah kita
memutuskan rantaian Covid19 dengan meningkatkan kawalan kendiri. Kita jaga kita.

Dengan lafaz Bismillahirahmannirrahim, saya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir Kali Ke-14 Tahun 2021.

Sekian, terima kasih.

Dr. Aizuniza binti Abdullah
Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus

7

AJK PIBG Stars 2021/2022

TN. HJ APLI BIN YUSOFF YDP
EN. JAILANI BIN HARUN NYDP

AJK IBU BAPA
EN. MOHD NOR BIN HASSAN
EN MUHAMAD NOOR ASYRAF ANWAR BIN MANAF
EN. AHMAD SYAWAL BIN ALIAS
EN JAFNI BIN ALIAS
EN ZALI BIN MOHAMAD

PN NORLIAH BT ABDULLAH
PN ROHAIDA BT MOHAMAD
PN. RUHAIDA BT MAMAT
PN SHARIFAH NURULHUDA BT SYED MOHD
PN. AMIRA BT MOHAMAD
PN AZIZAH BT WAHAB
PN NOR FADHILAWATI BT MOHD SHAH

AJK GURU PN AZLIA LIZA BINTI ALIAS (GB)
EN MOHD ZUKI BIN MUDA
PENASIHAT PN NURHANIZLA BT ZULKAUPALI
SETIAUSAHA PN WAN NORAINA AYUNI BT ARIFIN
BENDAHARI
N/BENDAHARI

PENGURUSAN SEKOLAH

PN ZARINA BT SENON
PN ZAHARAH BT SAID
EN MARZUKI BIN AMAN
PN NORHASLINA BT ABD RAHMAN

AJK
EN BAHARUDDIN B. ABD RAHMAN
US. KAMARUDDIN B. MUDA
PN MAZLIDA BT MOHD ZAIN
UST. NUR AISYAH BT ALI
PN. WAN SAKINAN BT WAN ALI
PN HJH CHE AINI BT MOHAMAD

PEMERIKSA KIRA-KIRA
EN. MARZUKI BIN AMAN
EN. YUSUF BIN MUDA

8

Agenda Mesyuarat

Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-15
SK Kompleks Seberang Takir Tahun 2022

AGENDA 1
Ucapan aluan pengerusi
AGENDA 2
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke-14
AGENDA 3
Membincangkan perkara-perkara berbangkit
AGENDA 4
Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Mei 2022
AGENDA 5
Membentang dan Membahaskan Usul-Usul
AGENDA 6
Pemilihan AJK PIBG Sesi 2022 / 2023
AGENDA 7
Hal-hal lain
AGENDA 8
Ucapan Penangguhan

9

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 14 Tahun 2021

TARIKH : 29 Oktober 2021
HARI : Jumaat
MASA : 9.30 Pagi – 12.30 Tengah hari
TEMPAT : Secara Online Google Meet
PERASMI : Dr. Aizuniza binti Abdullah

KEHADIRAN Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus
: 100 orang atas talian ( kehadiran terhad ).dan 161 secara google form

AGENDA 1: UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (Tuan Haji Apli bin Yusoff)

1.1 Merakam ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan perasmi yang hadir
1.2 Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerana dapat mengadakan mesyuarat Agung Tahunan

secara atas talian dan juga kepada pihak sekolah kerana sentiasa memberi kerjasama dengan
program-program yang dilaksanakan oleh PIBG sepanjang tahun 2021 walaupun sekolah berada
dalam keadaan pendamik covid19
1.3 Semoga semua pihak menerima situasi keadaan negara dan juga tidak melunturkan semangat pihak
guru mendidik murid-murid STARS. Apa lagi dengan penerangan Dr. Aizuniza binti Abdullah,, Pegawai
Kesihatan Daerah tadi, memberi kefahaman yang jelas kepada kita dan ibubapa semua

Makluman: Semua hadirin

AGENDA 2: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-14

2.1 Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat 2021 secara atas talian dan memohon maaf jika
ada sebarang kesulitan.

2.2 Setiausaha juga memaklumkan buku minit ini telah dihantar ke group kelas untuk tindakan dan
makluman ibu bapa

2.3 Minit MesyuaratAgung Kali ke 14 diterima
Pencadang: En Mohamad Noor Asraf Anwar bin Manaf
Penyokong: Pn. Norizan bt Mustapa

2.4 Setiausaha membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG sesi 2020/2021 seperti Lampiran

Makluman: Semua hadirin

10

AGENDA 3: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

AGENDA 4: PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 SEPTEMBER 2021

4.1 Bendahari membentangkkan Penyata Kewangan tanpa pindaan seperti lampiran
4.2 Pencadang: Cg Nik Kasmawati binti Nik Hussien

Penyokong: Puan Junizam binti Mohd

AGENDA 5: MENCADANG DAN MEMBAHAS USUL
Tiada

AGENDA 6: PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2022/2023
6.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju agar pemilihan jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 ditangguhkan

AGENDA 7: HAL-HAL LAIN
7.1 Tuan YDP PIBG mencadangkan agar taklimat pembukaan semula sekolah untuk ibu bapa diadakan
dalam bentuk video. Ini bagi membolehkan ibu bapa yang tidak berkesempatan menyertai sesi taklimat
tersebut boleh mendapat manfaat melalui video rakaman.

Tindakan: Guru Besar

7.2 Tuan YDP PIBG mencadangkan agar ALUMNI Stars ditubuhkan

Tindakan: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

7.3 Tuan YDP PIBG memaklumkan tiada kutipan sumbangan PIBG daripada ibu bapa untuk tahun ini
kerana semua keluarga terkesan dengan pandemik Covid19 dan anak-anak hanya belajar dari rumah.
Walaubagaimanapun, jika ada ibu bapa yang berhajat memberikan sumbangan, ia dialukan.

Makluman: Semua hadirin

AGENDA 8: UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Tuan Guru Besar memaklumkan kejayaan sekolah seperti berikut untuk makluman semua ibu bapa

• STARS telah diiktiraf sebagai sekolah Microsoft Showcase School 2021 di peringkat
antarabangsa

• Seramai 11 orang guru STARS telah diiktiraf sebagai guru MIE Expert
• Menjadi Hos Semarak Tari sekolah menengah peringkat kebangsaan
• Pertandingan catur peringkat negeri dan sekolah mendapat tempat ke 2 dan ke 8 secara

online
• Mendapat tempat ke 3, Pertandingan catur maya secara online di peringkat negeri
• Dua orang guru mendapat sijil Digital Competency Score. Peringkat daerah
• Naib Johan untuk silat seni tempur putra secara atas talian
• Tempat ke 4 untuk silat seni tari putera secara atas talian

11

• Johan seni silat tari putra secara atas talian peringkat daerah
• Catur peringkat antarabangsa pingat gangsa
• Tempat Ke 2 dan ke 4 untuk cabaran speak takraw peringkat daerah
• Johan dan tempat ke 4 kemahiran badminton dalam talian peringkat daerah
• Pingat Perak dan gangsa kuiz. PBSM peringkat negeri
• Johan dan Naib Johan adab menilai sekolah rendah peringkat PKG
• Dua orang murid pendidikan khas team Muhabbah secara online peringkat daerah Kuala

Nerus, seorang johan dan seorang lagi sijil penyertaan
• Tempat kelima Kejohanan Ritual Pendidikan Khas peringkat daerah
• Dua orang murid menyertai kejohanan eSport timbang bola secara atas talian peringkat

daerah dan mendapat tempat pertama dan ke 2. Manakala seorang murid terpilih ke
peringkat negeri mendapat tempat ke 4

Makluman: Semua hadirin

8.2 Cg Zarina binti Senon memaklumkan bahawa pendedahan tentang Microsoft Showcase School dan
aplikasi Microsoft untuk ibu bapa dan murid akan diadakan pada tahun 2022. Murid kelas 6 Ibnu Sina
dan 5 Ibnu Sina telah diberikan ID Microsoft dan murid boleh muat turun pada peranti sendiri secara
percuma

Makluman: Semua hadirin

8.3 Tuan Asyraf Anuar mengucapkan terima kasih di atas kepimpinan sekolah dan PIBG kerana
berusaha mengekang penularan pandemic Covid19 di sekolah ini. Semioga usaha yang berterusan
dan jalinan strategik dengan pihak berkepentingan dapat memastikan anak-anak di Stars dapat
meneruskan pembelajaran di dalam persekitaran yang sihat dan selamat.

Makluman: Semua hadirin

8.4 Tuan YDP PIBG mengucapkan tahniah dan terima kasih buat semua guru dan ibu bapa yang komited
di dalam memacu kecemerlangan Pendidikan di sekolahini
Makluman: Semua hadirin

Mesyuarat Agung PIBG STARS Kali Ke -14 ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan Oleh:

MOHD.ZUKI BIN MUDA AZLIA LIZA BINTI ALIAS HJ. APLI BIN YUSOFF
Setiausaha PIBG Guru Besar YDP PIBG

12

PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR BERAKHIR 31 MEI 2022

BIL PENERIMAAN RM BIL PERBELANJAAN RM
170.00
1 Baki bawa ke hadapan 8 303.77 1 Cenderahati MAT PIBG 2021
Sumbangan Ria Academy & 1 080.00
2 Signboard 3D I LOVE STARS,
2 Consultancy Sdn Bhd 4 427.50
4 427.50 papan tanda keselamatan 20 000.00
3 Sumbangan Zakat Bank Rakyat
untuk murid Asnaf berkaitan had laju dan kesihatan 500.00
1 000.00
4 Sumbangan YB Dato Dr Cg Hj murid
Ahmad Razif (Hari Anugerah 770.00
Cemerlang) 20 000.00 3 Memasang awning laluan murid 1 000.00
di makmal komputer 1 106.46

1 000.00 4 Zakat Bank Rakyat untuk murid
asnaf

5 Majlis Sanjungan Budi Lestari
Kasih

6 Naik taraf makmal komputer

7 Makan minum murid dan Kek
Hari Guru/ Raya

8 Hari Anugerah Cemerlang 2021

9 Lembaran Kerja dan modul
pembelajaran murid

Jumlah 30 053.96
Baki di bank 3 677.31

RM 33 731.27 RM 33 731.27

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(NURHANIZLA BINTI ZULKAUPALI) (MARZUKI BIN AMAN) (TN HJ APLI BIN YUSOFF)
Bendahari Pemeriksa Kira-kira Yang DiPertua

DERMA SURAU
SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR BERAKHIR 31 MEI 2022

BIL PENERIMA RM BIL PERBELANJAAN RM
1 Sumbangan RM 2 000.00
RM 2 000.00 1 Penyelenggaraan dan baik pulih surau
RM 0
Baki RM 2 000.00

RM 2 000.00

13

14

SEKALUNG PENGHARGAAN

SALAM PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA

TN HJ ABD MUIE BIN NGAH
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

GURU BESAR STARS
PN AZLIA LIZA BINTI ALIAS
TN. HJ. APLI BIN YUSOFF (YDP PIBG)
EN. JAILANI BIN HARUN (NYDP PIBG)

SEMUA BARISAN PENTADBIR STARS
SEMUA GURU DAN STAF STARS
AJK PIBG STARS
ADAM CAFE DAN STAF CAFE

SEMUA PEKERJA SWASTA SEKOLAH
DAN SALAM SILATURRAHIM KEPADA

SEMUA DIF-DIF JEMPUTAN
IBU BAPA DAN PENJAGA

YANG SAMA-SAMA MENYERIKAN MESYUARAT AGUNG
PIBG STARS KALI KE - 15

SEKIAN, TERIMA KASIH

15


Click to View FlipBook Version