PROGRAM MINGGU PERTAMA SESI 2023/2024 DISEDIAKAN OLEH : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA MELAYU PANITIA BAHASA INGGERIS PANITIA MATEMATIK PANITIA SAINS PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI PANITIA SEJARAH PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL PANITIA MUZIK UNIT DISIPLIN BADAN PENGAWAS SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN BATU UNJUR JALAN BATU NILAM 1/KS6 TEL: 03-33263063 FAX : 03-33263064 Emel : bba0044@btpnsel.edu.my
JADUAL PROGRAM MINGGU PERTAMA SESI 2023/2024 HARI MASA AKTIVITI TEMPAT PERSONALIA ISNIN 7.00 - 7.20 PG - MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN MURID DI PINTU PAGAR BERSAMA MASKOT (AMALAN GURU PENYAYANG) PINTU PAGAR GURU BERTUGAS 7.20- 7.50 PG - PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH DATARAN TERBILANG SEMUA GURU 7.50 - 9.50 PG - PENGURUSAN KELAS KELAS GURU KELAS 9.50 - 10.10 PG REHAT 10.10 - 11.10 PG - IKRAR ABC KELAS PANITIA BM UNIT B&K 11.10 - 12.10 TGH - SURAT UNTUKMU 12.10 - 1.10 TGH - SALAM PERKENALAN SELASA 7.20 - 8.20 PG - SENAMROBIK “GAYA HIDUP SIHAT” DATARAN TERBILANG PANITIA PJK 8.20 - 9.50 PG - MELUKIS POSTER “ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK” (ABC) KELAS PANITIA PSV 9.50 - 10.10 PG REHAT 10.10 - 11.50 PG - EXPLORE SCIENCE 1 ( I LOVE MYSELF) KELAS PANITIA SAINS 11.50 - 1.10 TGH - EXPLORE SCIENCE 2 ( I LOVE NATURE) RABU 7.20 - 7.50 PG - TAKLIMAT BUKU TEKS DATARAN TERBILANG UNIT SPBT 7.50 - 8.50 PG - SENAMROBIK “GAYA HIDUP SIHAT” PANITIA PJK 8.50 - 9.50 PG - MENULIS LIRIK LAGU NEGARAKU KELAS PANITIA SEJARAH 9.50 - 10.10 PG REHAT 10.10 - 11.10 PG - CERAMAH IHYA RAMADHAN DATARAN TERBILANG PANITIA PAI PANITIA BA 11.10 - 12.10 TGH - BIJAK SIFIR KELAS PANITIA 12.10 - 1.10 MATEMATIK TGH - TEKA SILANG KATA
HARI MASA AKTIVITI TEMPAT PERSONALIA KHAMIS 7.20 - 7.50 PG TAKLIMAT NILAM DATARAN TERBILANG PSS 7.50 - 8.50 PG CERAMAH DISIPLIN MURID LELAKI UNIT DISIPLIN BADAN PENGAWAS UNIT B&K CERAMAH AWAL REMAJA DEWAN BESTARI 8.50 - 9.50 PG MELUKIS BENDERA MALAYSIA KELAS PANITIA SEJARAH 9.50 - 10.10 PG REHAT 10.10 - 11.10 PG ANAK CEMERLANG KELAS PANITIA MUZIK UNIT B&K 11.10 - 1.10 TGH REPLIKA MERCU TANDA KELAS PANITIA RBT JUMAAT 7.20 - 7.50 PG BACAAN YAASIN DATARAN TERBILANG PANITIA PAI PANITIA BA 7.50 - 8.50 PG KUIZ RAMADHAN KELAS 8.50 - 9.50 PG ASAS KOMUNIKASI “AKU PEMIMPIN” KELAS UNIT B&K 9.50 - 10.10 PG REHAT 10.10 - 11.10 PG FIND A FRIEND BINGO KELAS PANITIA BAHASA 11.10 - 12.10 INGGERIS TGH I CAN’T LIVE WITHOUT…
AKTIVITI MINGGU PERTAMA ISNIN 20 MAC 2023
AKTIVITI : IKRAR ABC (ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK) LANGKAH-LANGKAH 1. Guru perlu menerangkan maksud ABC kepada murid-murid. 2. Guru mengedarkan kertas A4 kepada murid-murid. 3. Murid-murid diminta menulis 5 Ikrar ABC dengan tulisan yang kemas dan cantik, tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Contohnya : Saya berjanji menjadi murid yang baik. 4. Guru memilih beberapa murid untuk membentangkan ikrar yang telah disenaraikan. AKTIVITI : SURAT UNTUKMU LANGKAH-LANGKAH 1. Guru perlu menerangkan aktiviti yang dijalankan pada hari ini. 2. Murid-murid diminta menulis satu surat impian kepada insan yang tersayang (ibu bapa / penjaga). 3. Guru akan memilih surat untuk dibaca di hadapan semua murid disusuli dengan alunan muzik instrumental.
SURAT UNTUKMU MESEJ PERMATA UNTUK IBU BAPA KU Nama : …………………………………………………………………………….. Nama Bapa : ……………………………………………………………………………. Nama Ibu : ……………………………………………………………………………. Tahun : …………………. Saya ………………………………………………………………… ingin meluahkan rasa hati kepada ……………. yang kusayangi. Wahai ………………… ku tersayang yang bernama ……………………………..................... ............................................................................................................................................ Dengarlah luahan isi hati daripada anakandamu ini. ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… Ikhlas daripada anakandamu, ............................
AKTIVITI : SALAM PERKENALAN Modul : 1 Tajuk : Salam Perkenalan Objektif : Pada akhir sesi,: 1) Murid-murid dapat mengenali rakan- rakan di dalam kelas 2) Murid-murid dapat menyebut nama rakan-rakan di dalam kelas 3) Murid-murid dapat mengurangkan rasa malu dan takut berkomunikasi dengan rakan-rakan di dalam kelas Masa : 60 minit Bahan : Tiada Langkah –Langkah : Set Induksi : Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid di samping menunjukkan gaya / yell perkenalan diri. 1. Setiap murid diminta memperkenalkan nama penuh serta panggilan nama yang disukainya secara bergilir-gilir di samping menunjukkan gaya/yell masing-masing. 2. Guru memberi bimbingan kepada setiap murid dalam menggayakan yell murid-murid. 3. Guru bersoal jawab secara rawak nama dan gaya/ yell murid- murid di dalam kelas. 4. Seterusnya, guru meminta murid-murid membuat kiraan nombor 1,2,3,4,dan 5 secara bergilir-gilir sehingga semua murid mempunyai nombor masing-masing antara nombor 1,2,3,4, dan 5. 5. Guru meminta setiap murid mencari dan berkumpul mengikut nombor masing-masing tanpa bersuara. 6. Setelah semua murid berada di dalam kumpulan masing- masing, setiap kumpulan perlu memberikan nama kumpulan dan mencipta gaya/yell kumpulan masing-masing. 7. Setelah perbincangan, setiap kumpulan diminta membuat persembahan di hadapan kelas. 8. Guru memberi bimbingan dan membuat rumusan aktiviti. Penilaian : Murid-murid dapat mengenali rakan-rakan di dalam kelas. Rumusan : 1) Setiap individu mempunyai nama yang indah dan perlu disebut dengan betul. 2) Mengeratkan hubungan secara berkawan dengan rakan –rakan merupakan perkara yang menyeronokkan di sekolah. Falsafah : Hidup perlu berkawan dan berteman.
AKTIVITI MINGGU PERTAMA SELASA 21 MAC 2023
AKTIVITI : SENAMROBIK AKTIVITI : MELUKIS POSTER “ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK” LANGKAH-LANGKAH 1. Guru perlu menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini. 2. Murid-murid boleh melukis poster dalam kertas A4 ataupun kertas lukisan. 3. Murid-murid boleh menggunakan “water colour”, pensil warna atau krayon. 4. Gunakan kreativiti dalam menghasilkan karya. 5. Murid-murid perlu mewarnakan poster dengan penuh (background). 6. Hasil karya dihantar kepada guru subjek Pendidikan Seni kelas.
AKTIVITI : EXPLORE SCIENCE (I lOVE MYSELF) Tajuk : I LOVE MYSELF (PANITIA SAINS) Objektif : Pada akhir sesi,: 4) Murid-murid dapat mensyukuri kepada Tuhan atas penciptaan tubuh badan yang sempuna. 5) Murid-murid dapat menghargai tubuh badan dengan mendidik perlakuan yang baik. Masa : 1 jam 30 minit Bahan : Kertas Mahjung & Pen Marker Langkah –Langkah : 1. Guru perlu menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini 2. Guru meminta murid-murid membuat kiraan nombor 1,2,3,4,dan 5 secara bergilir-gilir sehingga semua murid mempunyai nombor masing-masing antara nombor 1,2,3,4, dan 5. 2. Guru meminta setiap murid mencari dan berkumpul mengiku nombor masing-masing tanpa bersuara. 3. Setiap kumpulan diminta melantik ketua kumpulan. 4. Guru meminta ketua untuk mengambil bahan dihadapan. 5. Murid-murid diminta melakar tubuh badan yang lengkap dan labelkan perlakuan yang baik.(Kepala, Muka, Badan, Tangan & Kaki) - (50 minit) Contoh : Perlakuan Yang Baik Kepala : Fikir perkara yang positif dan mendatangkan faedah Muka - Mata : Melihat perkara yang sopan. Hidung : Menghidu benda yang bersih yang wangi. (Tidak boleh menghidu Gam) Mulut : Perlu bercakap perkataan yang baik, sopan dan murni. (Tidak boleh mengutuk, merokok & buli bahasa ) Tangan : Membuat kebaikan dengan menolong guru dan rakan-rakan. Membuang sampah dalam tong sampah (Tidak boleh menconteng dinding dan buli fizikal) Kaki : Pergi tempat yang baik seperti sekolah, tempat Beriadah & tempat Beribadat (Tidak boleh buli fizikal) 6. Setelah siap tugasan setiap kumpulan perlu membuat perbentangan dihadapan kelas. (5 minit setiap kumpulan) 7. Guru memberi bimbingan dan membuat rumusan aktiviti.
AKTIVITI : EXPLORE SCIENCE (I LOVE NATURE) Tajuk : I LOVE NATURE ( PANITIA SAINS) Objektif : Pada akhir sesi,: 6) Murid-murid dapat mensyukuri ciptaan flora dan fauna dalam kehidupan seharian 7) Murid-murid dapat menghargai tumbuhan ciptaan Tuhan disekelilingi kita. Masa : 1 jam 30 minit Bahan : Kertas A4 & Gam atau selotape Langkah –Langkah : 1. Guru perlu menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini. 2. Guru meminta murid-murid membuat kiraan nombor 1,2,3,4,dan 5 secara bergilir-gilir sehingga semua murid mempunyai nombor masing-masing antara nombor 1,2,3,4, dan 5. 3. Guru meminta setiap murid mencari dan berkumpul mengikut nombor masing-masing tanpa bersuara. 4. Setiap kumpulan diminta melantik ketua kumpulan. 5. Guru meminta ketua untuk mengambil bahan dihadapan. 6. Setiap kumpulan perlu melakar bahagian-bahagian lengkap sebatang pokok atau tumbuhan. (Bahagian Tumbuhan : Daun, Bunga, Batang & Akar). 7. Dengan menggunakan teknik kolaj murid menghias lakaran dengan menampal daun, ranting, bunga, batang & akar dengan kreatif. 8. Setelah siap tugasan setiap kumpulan perlu membuat perbentangan dihadapan kelas. (5 minit setiap kumpulan) 9. Guru memberi bimbingan dan membuat rumusan aktiviti.
AKTIVITI MINGGU PERTAMA RABU 22 MAC 2023
AKTIVITI : TAKLIMAT BUKU TEKS AKTIVITI : SENAMROBIK “GAYA HIDUP SIHAT” AKTIVITI : MENULIS LIRIK LAGU NEGARAKU LANGKAH-LANGKAH 1. Guru perlu menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini. 2. Murid-murid diminta menulis lirik lagu “Negaraku” dengan tulisan berangkai di dalam buku Sejarah. 3. Guru akan memilih beberapa murid secara rawak untuk menyanyikan lagu yang telah dihasilkan. AKTIVITI : CERAMAH IHYA RAMADHAN
AKTIVITI : LATIHAN RODA SIFIR LANGKAH-LANGKAH LATIHAN RODA SIFIR 1. Guru meminta beberapa orang murid menjawab soalan sifir secara rawak di dalam kelas. 2. Guru mengedarkan Lembaran Latihan Roda Sifir. 3. Guru menerangkan cara untuk mengisi jawapan di Lembaran Latihan Roda Sifir. 4. Murid-murid diminta untuk menjawab semua soalan di lembaran.
AKTIVITI : TEKA SILANG KATA MATEMATIK LANGKAH-LANGKAH TEKA SILANG KATA MATEMATIK 1. Guru memberi penerangan tentang cara untuk menyelesaikan Teka Silang Kata Matematik kepada murid. 2. Guru mengedarkan Lembaran Teka Silang Kata kepada murid. 3. Murid menjawab Teka Silang Kata.
AKTIVITI MINGGU PERTAMA KHAMIS 23 MAC 2023
AKTIVITI : TAKLIMAT NILAM AKTIVITI : CERAMAH DISIPLIN (MURID LELAKI) CERAMAH AWAL REMAJA (MURID PEREMPUAN) AKTIVITI : MELUKIS & MEWARNA BENDERA MALAYSIA LANGKAH-LANGKAH 1. Guru perlu menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini. 2. Guru akan mengedarkan kertas A4 kepada murid-murid. 3. Murid-murid diminta melukis bendera Malaysia.
AKTIVITI : ANAK CEMERLANG Modul : 4 Tajuk : Anak Cemerlang Objektif : Pada akhir sesi,: 1) Murid dapat menyedari kepentingan peranan sebagai anak kepada ibu bapa masing-masing. 2) Murid dapat menyenaraikan tanggungjawab diri sebagai anak. Masa : 60 minit Bahan : Lampiran 2( Lagu Saya Anak Cemerlang ), Buku Tulis (Unit Disiplin & Unit B&K) Langkah –Langkah : Set Induksi : Guru menyanyikan lagu “ Anak Cemerlang ” bersama-sama murid- murid 1) Murid-murid diminta menyalin lirik lagu “ Saya Anak Cemerlang ” di dalam Buku masing-masing. 2) Murid-murid diminta menyanyikan lagu “ Anak Cemerlang ” dan menghayati lirik-lirik lagu tersebut. 3) Guru meminta murid-murid membincangkan lirik lagu tersebut 4) Guru seterusnya meminta murid-murid menyatakan peranan masing-masing sebagai anak kepada ibu bapa. 5) Guru membuat rumusan aktiviti. Penilaian : Murid-murid dapat menyatakan peranan sebagai anak kepada ibu bapa Rumusan : 1) Anak yang cemerlang merupakan kebanggaan ibu bapa 2)Murid perlu menghargai ibu bapa dengan menjadi anak yang dapat membanggakan ibu bapa masing-masing. Falsafah : Anak permata kesayangan ayah dan ibu
LAMPIRAN 2: LAGU SAYA ANAK CEMERLANG “ Sayalah permata Anak kesayangan, Kebanggaan ayah dan ibu Saya dibesarkan dengan kasih sayang Hanya yang terbaik untuk ku Menjadi harapan Di masa hadapan Sayalah anak yang cemerlang ”
AKTIVITI : PERTANDINGAN MEMBINA MERCU TANDA MALAYSIA LANGKAH-LANGKAH 1. Guru perlu memberi penerangan tentang mercu tanda dan kepentinhan bahan terbuang. 2. Murid menghasilkan mercu tanda menggunakan bahan terbuang. 3. Murid-murid membentangkan hasil kerja dengan aspek berikut : i. Bahan yg digunakan ii. Sejarah mercu tanda (nama & lokasi & kepentingan binaan) iii. Proses kerja 4. Guru memberi penilaian kepada hasil kerja murid.
AKTIVITI MINGGU PERTAMA JUMAAT 24 MAC 2023
AKTIVITI : BACAAN YAASIN AKTIVITI : KUIZ RAMADHAN AKTIVITI : ASAS KOMUNIKASI “AKU PEMIMPIN” Tajuk : Asas Komunikasi- ‘Aku Pemimpin’ Objektif : Pada akhir sesi murid dapat : 1. Murid memahami asas kemahiran kominikasi dengan baik. 2. Murid menyedari potensi dan kebolehan dalam berkomunikasi dengan lebih baik. Masa : 60 minit Sasaran : Tahun 6 Bahan : Buku Unit Disiplin & Unit UBK Langkahlangkah : Set Induksi : Perbincangan spontan tentang kumpulan pemimpin pelajar seperti Pengawas, Pustakawan, PRS dan lain-lain. 1. Guru menerangkan mengenai kemahiran asas komunikasi dan tugasan. 2. Guru membahagikan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. 3. Setiap kumpulan diberikan peranan sebagai Pengawas Sekolah,Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber,Pembimbing Rakan Sebaya dan murid biasa. 4. Setiap kumpulan diarah membincangkan satu isu semasa. Pengawas Sekolah – Kes Buli. Ketua Kelas – Murid bising di dalam kelas. Pengawas Pusat Sumber – Murid yang tidak pulangkan buku. PRS - Murid kurang menghormati guru. Murid Biasa – Pengawas pilih kasih. 5. Setelah selesai, wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan kemahiran asas komunikasi. 6. Perbincangan mengenai aplikasi asas komunikasi dan kritikan. 7. Guru membuat rumusan . Penilaian : Membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan asas komunikasi. Falsafah : 1. Setiap individu boleh berkomunikasi dan telah memiliki asas komunikasi 2. Kemahiran berkomunikasi boleh ditingkatkan melalui proses latihan. 3. Komunikasi yang berkesan member impak dalam kehidupan seharian.
AKTIVITI : FIND A FRIEND BINGO LANGKAH-LANGKAH 1.Guru meminta beberapa orang murid menjawab benda kesukaaan mereka 2.Guru mengedarkan Lembaran Aktiviti Bingo dan membahagikan murid kepada kumpulan 3.Guru menerangkan cara untuk mengisi jawapan di Lembaran Latihan Bingo 4. Murid-murid diminta untuk menjawab semua soalan di lembaran.
AKTIVITI : I CAN’T LIVE WITHOUT… LANGKAH-LANGKAH 1. Guru meminta beberapa orang murid menjawab hobi dan benda kesukaaan mereka 2. Guru mengedarkan kertas lukisan kepada setiap murid. 3. Guru menerangkan cara membuat aktiviti dengan memberi contoh 4. Murid-murid diminta menyiapkan aktiviti dan mengadakan gallery walk dalam kelas
EXAMPLES :
SEKIAN, TERIMA KASIH…