16 . PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF
Penyataan Ketetapan
16.1 Semua guru ataupun staf sokongan digalakkan berusaha sentiasa memajukan dan meningkatkan
profesionalisme bagi memupuk budaya kerja cemerlang .
16.2 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian KPM perlu
menyediakan minit curai untuk tindakan seterusnya. Guru yang telah menghadiri kursus hendaklah
mengadakan kursus dalaman atau sekurang-kurangnya memberi taklimat mengikut keperluan.
16.3 Ketua Panitia hendaklah memastikan guru yang mengajar mata pelajaran bukan opsyen diberi
bimbingan sewajarnya berkaitan subjek berkenaan.
16.4 Semua guru hendaklah menghadiri 7 hari latihan dalam perkhidmatan (LADAP) dalam setahun.
39
Lampiran 1
1. PENYELARASAN FORMAT PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
TARIKH Di akhir pembelajaran, murid akan:
MASA
MATA PELAJARAN
TAHUN / KELAS
TEMA / TAJUK
STANDARD PEMBELAJARAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menghuraikan... Tingkah laku yang boleh diukur
Menyenaraikan...
Memberi pendapat …
Menyatakan …
KRITERIA KEJAYAAN Murid dikira Berjaya sekiranya:
AKTIVITI PdP CONTOH:
ELEMEN MERENTAS 1. Pendahuluan
KURIKULUM / PENGISIAN 2. Penerangan mengenai tajuk
KURIKULUM/ KEMAHIRAN 3. Murid melakukan gerak kerja kumpulan
NILAI TAMBAH 4. Pembentangan hasil kerja kumpulan dan soal jawab
5. Penilaian
Contoh:
Kreativiti & Inovasi, keusahawanan, Bahasa, sains dan teknologi,
pendidikan alam sekitar, nilai murni
BAHAN BANTU BELAJAR Contoh: LCD, helaian bercetak, carta, model, buku rujukan
dsbgnya
AKTIVITI PENGUKUHAN / Contoh:
PENTAKSIRAN PdP Melabel nama banjaran dalam peta
Untuk Pentaksiran Sekolah (PS) PBS, sila gunakan panduan
yang diberi dalam PPPM
REFLEKSI Nyatakan bilangan murid capai/tidak capai serta tindakan susulan.
Contoh :
30/36 murid dapat menghuraikan / menyatakan/ membanding beza
/ memberi pendapat (dan sebagainya) mengenai ……….
6 murid yang belum menguasai perlu dibimbing semasa PdP
berikutnya
Catatan Contoh : PdP tidak dapat dijalankan kerana cuti sakit
Objektif Pembelajaran mesti SMART.
Kriteria Kejayaan ialah proses mencapai Objektif Pembelajaran.
Aktiviti mesti ada elemen pembelajaran koperatif.
40
2. PENYELARASAN FORMAT PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SEWAKTU PEPERIKSAAN
/ UJIAN
TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN Contoh : 32/36
KELAS
KEHADIRAN MURID
AKTIVITI PdP Contoh:
Mengawas Peperiksaan (Sila nyatakan mata pelajaran dan tempoh
peperiksaan berjalan bagi mata pelajaran yang berkenaan)
Catatan:
Format di atas adalah asas yang perlu ada mengikut SPI bil 3/1999 dan cadangan dari pihak JNJK.
Guru-guru boleh membuat penambahan mengikut kesesuaian mata pelajaran masing-masing setelah
dibincangkan di peringkat panitia.
Penulisan dan sebarang tambahan yang dilakukan hendaklah selaras bagi setiap guru dalam panitia
masing-masing.
Sekiranya ada aktiviti dijalankan di sekolah, RPH perlu ditulis seperti biasa tetapi di bahagian catatan
sila nyatakan : “PdP tidak dilaksanakan kerana aktiviti …”
Sekiranya guru cuti sakit atau CRK secara tiba-tiba, RPH perlu ditulis seperti biasa pada hari guru
berkenaan cuti sakit / CRK dan tulis di bahagian catatan (bukan refleksi) – “PdP tidak dilaksanakan
kerana CUTI SAKIT / CRK”.
Sekiranya guru cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka panjang/ cuti haji/ cuti tanpa gaji,
sila buat catatan seperti yang berikut:
“Cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka panjang/ cuti haji/ cuti tanpa gaji
dari ………………………….. hingga ………………………..
PdP diambil alih oleh …………………………………………………… (sekiranya ada guru ganti)
41
3.. CARA PENULISAN RPH SEWAKTU ULANGKAJI
REKOD KERJA HARIAN
TARIKH Contoh : 25/25
MASA Contoh:
MATA PELAJARAN
KELAS i. Murid boleh menjawab soalan latihan peperiksaan
KEHADIRAN MURID ii. Murid boleh menjawab 50% soalan objektif
OBJEKTIF
AKTIVITI PdP Contoh:
a. Membaca dan menghafal- Nota peta minda
b. Mengingat dan mencatat maklumat yang dibaca
c. Bengkel –merangka jawapan-soalan percubaan negeri lain
d. Perbincangan dan klinikal
Refleksi 5/25 murid tidak dapat menjawab 50% soalan objektif yang diberi
4.. CARA PENULISAN RPH SEWAKTU KELAS RELIEF
REKOD KERJA HARIAN
Tampal slip relief yang telah dilengkapkan
5.. CARA PENULISAN RPH SEWAKTU PROGRAM SEKOLAH MENGIKUT TAKWIM
Contoh : SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
Tajuk / Perkara : Sukan Tahunan SK Batu Unjur
Catatan : a. Pegawai Sukan
b. Pembantu Pelepas
6.. CARA PENULISAN RPH BAGI GURU YANG JADUALNYA TIADA PdP PADA HARI-HARI TERTENTU
Aktiviti:
a. Menyediakan bahan PdP/BBM/lembaran kerja
b. Menyediakan soalan ujian / peperiksaan /latih tubi /modul
c. Memeriksa buku latihan/ nota /tugasan / buku kerja / ujian peperiksaan
d. Menjalani sesi klinikal / pengukuhan /pengayaan
42
A. PENYEDIAAN SOALAN
1. Soalan hendaklah disediakan mengikut tarikh akhir penghantaran seperti yang telah ditetapkan.
Sebaik-baiknya, soalan disediakan lebih awal dari tarikh akhir yang telah ditetapkan.
2. Soalan mesti ditaip dengan teliti dan kemas menggunakan jenis tulisan Arial bersaiz 11 bagi ujian 1
dan 2 dan Times New Roman bersaiz 12 bagi peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.
3. Format muka depan bagi Ujian 1 dan Ujian 2 adalah seperti di bawah:
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU UNJUR
Ujian Bulanan 1 (Mac) 2021
Bahasa Melayu
Masa : 1 Jam 15 minit
4. Format muka depan bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan percubaan adalah mengikut
format peperiksaan sebenar UPSR
5. Soalan objektif hendaklah ditaip dalam bentuk 2 column.
6. Bagi mata pelajaran yang mempunyai kertas 1 dan kertas 2, kertas ujian mestilah mengandungi soalan
berbentuk objektif dan esei atau struktur.
7. Kertas jawapan OMR (objektif) boleh digunakan jika jumlah soalan melebihi 30.
8. Tidak dibenarkan menyediakan soalan dengan menampal kecuali gambar rajah. Sebaik-baiknya,
penyedia soalan mengimbas (scan) gambar rajah yang ingin disertakan dalam soalan.
9. Soalan hendaklah disemak oleh guru mata pelajaran yang mengajar di tahun yang sama. Semak
soalan yang disediakan dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan semasa peperiksaan.
10. Soalan yang telah disemak hendaklah disahkan oleh pihak KP/PK.
11. Pastikan setiap soalan mempunyai jawapan yang tepat.
12. Di bahagian akhir soalan, hendaklah disertakan perkara yang berikut:
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
………………………………. ……………………………… ………………………………
() () ()
13. Soalan yang dibuat mestilah berdasarkan jadual spesifikasi ujian.
14. Soalan yang disediakan mestilah pada kadar yang berikut:
30% tahap mudah:
40% tahap sederhana
30% tahap tinggi
*Tertakluk kepada pindaan semasa.
15. Mengisi JSU sebelum menyediakan soalan dan menghantar JSU berserta skema jawapan kepada
Ketua Panitia / guru mata pelajaran bersama-sama kertas soalan untuk disemak.
16. Menyediakan skema pemarkahan yang lengkap untuk guru-guru yang lain dan menyerahkan kepada
guru pemeriksa sebaik sahaja peperiksaan tamat.
17. Mengisi Borang Pesanan Cetakan dan serahkan borang cetakan berserta soalan kepada PK
Pentadbiran untuk semakan dan cetakan.
18. Uruskan kertas soalan dengan teliti untuk memastikan kertas soalan yang dibungkus adalah betul dan
bilangan soalan mencukupi.
19. Mengisi Lampiran Peperiksaan dan menyerahkan bungkusan soalan kepada Setiausaha Peperiksaan
untuk disimpan sehingga hari peperiksaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
20. Menyerahkan 2 salinan soalan beserta jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk Bank
Soalan, dan 1 salinan kepada Ketua Panitia.
21. Guru Penyedia soalan perlu meronda kelas selepas 10 minit peperiksaan berjalan untuk
memastikan kertas soalan mencukupi.
43
B. GURU PENGAWAS PEPERIKSAAN
1. Guru pengawas hendaklah berada di kelas mengikut jadual walaupun waktu peperiksaan masih
lambat untuk dimulakan. Mulakan peperiksaan tepat pada waktunya dan memastikan kelas bersih
sebelum peperiksaan dimulakan.
2. Kutip kertas soalan sekiranya terdapat murid yang tidak hadir kerana mewakili sekolah dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum, koakademik dan sebagainya.
3. Memastikan murid-murid tidak membawa bekas pensel, beg, buku atau nota ke dalam bilik
peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan.
4. Guru-guru tidak dibenarkan membaca, menggunakan telefon bimbit atau membuat kerja-kerja
bertulis semasa mengawasi peperiksaan bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.
5. Melaporkan sebarang masalah disiplin atau kes peniruan kepada Setiausaha Peperiksaan dan
guru mata pelajaran terlibat.
6. Mengisikan bilangan calon yang hadir dan nama calon yang tidak hadir pada Lampiran
Peperiksaan.
7. Jangan kutip kertas soalan sebelum tamat waktunya kerana ini akan menyebabkan kelas
menjadi bising dan mengganggu murid-murid yang lain.
8. Serahkan sendiri kertas jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan yang bertugas di Bilik
Peperiksaan. Tidak dibenarkan menyuruh murid menyerahkan kertas jawapan kepada guru
pemeriksa atau ke Bilik Peperiksaan.
C. GURU KELAS
1. Menyediakan susun atur kerusi dan meja murid sehari sebelum peperiksaan bermula.
2. Mengisi ruangan kehadiran dan ulasan guru.
3. Mencetak 1 salinan Lembaran Markah dan meminta semua murid menyemak markah.
4. Memaklumkan guru mata pelajaran sekiranya terdapat kesalahan dan meminta guru mata
pelajaran membuat pembetulan secepat mungkin. Kemudian mencetak 2 salinan Lembaran
Markah (1 salinan untuk simpanan guru dan 1 salinan diserahkan kepada Setiausaha
Peperiksaan setelah ditandatangani oleh pentadbir).
5. Slip Keputusan Murid perlu dibuat 1 salinan dan disimpan dalam Fail Peribadi Murid.
6. Slip Pelaporan Murid yang sudah siap hendaklah dihantar ke pejabat mengikut tarikh yang
ditetapkan untuk ditandatangan oleh guru besar.
7. DIWAJIBKAN menyerahkan Slip Pelaporan Murid kepada murid-murid mengikut tarikh yang
ditetapkan.
D. GURU MATA PELAJARAN
1. Sila semak kertas jawapan murid dalam tempoh yang ditetapkan.
2. Mengisi SAPS mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
3. Membuat perubahan markah dalam SAPS jika ada secepat mungkin.
E. MURID
1. Semua murid wajib hadir dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Murid yang tidak hadir sewaktu
peperiksaan dijalankan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kertas yang berkenaan kecuali
ketidakhadiran kerana menghadiri aktiviti sekolah.
2. Murid yang didapati melakukan penyelewengan sewaktu peperiksaan akan menyebabkan markah
kosong (0) diberi bagi kertas yang diseleweng. Tindakan disiplin akan dikenakan kepada murid yang
terlibat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
3. Murid yang tidak hadir bagi mana-mana kertas dianggap tidak hadir untuk mata pelajaran tersebut.
4. Sebarang perubahan tentang perkara (3) tertakluk kepada keputusan yang dirancangkan semasa
Mesyuarat Pengurusan Sekolah
44
4
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)
1.0 PENGENALAN
Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini
bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk
menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan.
Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat
seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang
lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah
mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam
sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana murid-murid merupakan aset negara masa
depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh
pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek
sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang
mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan
strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam
bidang akademik dan bukan akademik.
2.0.DASAR PENGURUSAN KELAS
2.1 Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid Di Sekolah KPM
Latar Belakang.
Pengurusan rekod kehadiran murid merupakan salah satu aspek penting dan utama dalam
pengurusan HEM di sekolah. Rekod kehadiran setiap murid dicatat setiap hari persekolahan berdasarkan
takwim persekolahan. Rekod ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah membuat keputusan dengan
tepat berkaitan perancangan dan strategi pengurusan pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.
Selain itu, rekod kehadiran murid juga adalah rekod rasmi sekolah yang perlu diurus dan ditadbir
dengan baik, cekap dan kemas serta sistematik bagi memastikan rekod tersebut dapat digunakan untuk
membantu pihak pengurusan sekolah membuat keputusan dan tindakan berkaitan pembangnan,
kebajikan, keselamatan termasuk kesejahteraan murid.
Pelaksanaan
Bermula pada tahun 2019, semua rekod kehadiran murid di sekolah hendaklah direkodkan oleh
guru kelas dengan menggunakan Sistem Kehadiran Murid dipautan https://apdm.moe.gov.my atau
aplikasi mudah alih (mobile app) eKehadiran Murid. Sekolah tidak perlu lagi merekodkan kehadiran murid
di dalam Jadual Kedatangan Murid (JKM).
Rujukan : SPI KPM Bil.1 2019.
Jika sekolah mengalami gangguan capaian internet, kehadiran murid perlu dicatatkan
menggnakan Borang Kehadiran Sementara. Kehadiran perlu dikemaskini ke dalam Sistem Kehadiran
Murid setelah capaian internet pulih.
Guru kelas hendaklah mengemaskini dan merekod kehadiran murid di dalam sistem Kehadiran
Murid sebelum tamat sesi persekolahan hari berkenaan.Mengemaskini sebab ketidakhadiran murid dalam
Sistem Kehadiran Murid berdasarkan dokumen yang diserahkan oleh murid sebaik sahaja hadir ke
sekolah pada hari berikutnya.
Penyelaras setiap kelas bertanggungjawab atas ketidakhadiran guru kelas kerana bercuti atau
menjalankan tugas di luar pejabat untuk merekod kehadiran murid-murid kelas yang berkenaan. Analisis
bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak, dicetak, disah oleh GPK HEM dan difailkan pada hari
terakhir bagi setiap bulan.
59
3.0 MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (MBWN)
a) Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), Yuran Warga Asing (fee) sebanyak RM120.00
bagi sekolah rendah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun Jabatan Pelajaran atau di PPD terlebih
dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada pihak
sekolah. Setiap MBWN juga dikenakan bayaran tambahan mengikut arahan Pendaftar Sekolah.
b) Rujuk Sektor Pengurusan Sekolah - surat kebenaran sekolah bagi bukan
warganegara.
4.0 FAIL PERIBADI MURID
4.1 Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.
4.2 Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama
fail. Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport).
4.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan
Peperiksaan Dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan (UPSR, PMR, SPM)
disimpan dalam fail ini. Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan
disimpan di Bilik Kesihatan / Bilik Dokumentasi/ Bilik HEM.
4.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan
atau bertukar sekolah.
4.5 Semua fail perlu disimpan dalam bekas berlabel di bilik khas.
4.6 Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga bagi
memaklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung /
buang sekolah yang dikeluarkan disimpan dalam fail ini
5.0 PENDAFTARAN MURID BARU
5.1 Guru Kelas menerima murid baru daripada pihak pentadbir (PK1/PK HEM/PK Petang). Status
kewarganegaraan murid telah dikenal pasti terlebih dahulu.
5.2 PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM) dilengkapkan oleh ibu
bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama borang SMM dari sekolah asal,
sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.
5.3 Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa /
bantuan dan melaporkan kepada Guru Biasiswa / Guru Kebajikan.
5.4 Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas dan yang
memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll), serta melaporkan kepada PK HEM
untuk tindakan lanjut.
5.5 PK HEM perlu mendapatkan dokumen murid-murid yang berpindah dari sekolah terdahulu jika
tidak dibawa bersama semasa mendaftar. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail
murid dan dokumen berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru kelas tersebut.
5.6 Seterusnya guru kelas akan mendaftarkan murid tersebut ke kelasnya. Guru kelas juga
memastikan tarikh masuk kelas dalam sistem APDM bagi setiap murid adalah tepat supaya
tidak menjejaskan rekod kehadiran dalam system kehadiran murid.
6.0 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
6.1 PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah yang dipohon sebelum
mengeluarkan Borang Jadual Ketiga ( yang telah dilengkapi ) kecuali pertukaran antara negeri /
wilayah dan surat perakuan ibubapa/penjaga. (Rujuk SPS)
6.2 Bagi pertukaran keluar negara, PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah dipulangkan
dan senarai judul buku yang dipulangkan diserahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan
tindakan lanjut.
6.3 Untuk pertukaran dalam Negara, PK HEM merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah
baru dan menyerahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.
6.4 Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak
sekolah baru.
60
6.5 Sijil Tamat Sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6 sahaja. Bagi kes berhenti sekolah,
Sijil Berhenti Sekolah hanya dikeluarkan jika permohonan menyertakan dokumen sokongan
daripada ibu bapa/ penjaga
6.6 Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan Sijil Tamat sekolah
selain yang dinyatakan dalam perkara 6.5. selagi murid itu berada dalam lingkungan umur
pendidikan wajib.
7.0 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS
7.1 Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:
a) Ketua Kelas
b) Penolong Ketua Kelas
c) Bendahari
d) AJK Kebersihan & Keceriaan
e) Keselamatan
7.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:
7.2.1 Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas
7.2.2 Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas
7.2.3 Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.
7.2.4 Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru
7.2.5 Inventori Kelas - ditampal pada pintu
7.2.6 Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas.
7.2.7 Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel Berinformasi & isu
semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.
7.2.8 Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk sampah,
bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai.
7.2.9 Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan.
7.2.10Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian.
7.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas) atau di tempat
yang mudah dilihat.
7.4 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja
mencukupi dan telah diberi nombor siri. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa
turun untuk disimpan di dalam stor peralatan sekolah.
7.5 Kebersihan kelas:
7.5.1 AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.
7.5.2 Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa
bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar
dari kelas berkenaan.
7.5.3 AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan
bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
7.5.4 Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja
dalam keadaan kemas dan teratur.
7.5.5 Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum
meninggalkan kelas.
7.5.6 Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.
7.6 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab ketua
kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak.
7.7 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
7.7.1 Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
7.7.2 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
7.7.3 Membimbing dan menyeliaJawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.
61
8.0 DASAR PENGURUSAN DISIPLIN
8.1 Ponteng Sekolah
8.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa
8.1.2 surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam eKehadiran dengan sebab-sebab tidak hadir
seperti:
a. Aktiviti sekolah
b. Ancaman keselamatan
c. Bencana Alam
d. Cuti Sakit
e. Lain-lain sebab
f. Masalah peribadi
g. Tiada sebab
h. Urusan Keluarga
8.1.3 Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:
Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala/
Amaran I Tidak Berterusan
Amaran II 3 hari berturut-turut
10 hari
7 hari selepas surat
Amaran I 10 hari selepas Surat
Amaran I
Amaran III 7 hari selepas surat 20 hari selepas Surat
Amaran II Amaran II
Buang Sekolah 14 hari selepas surat 20 hari selepas Surat
Amaran III Amaran III
Jumlah
Keseluruhan 31 hari 60 hari
8.1.4 Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod
Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas).
8.1.5 Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
a) Amaran 1 Ditandatangani oleh GB/PKHEM
b) Amaran 2 Ditandatangani oleh GB/PKHEM
c) Amaran 3 Ditandatangani oleh GB/PKHEM
d) Buang Sekolah Ditandatangani oleh Guru Besar
* Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah
Laku dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Kelas.
* Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh Guru Besar.
* Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti berikut: AP: Amaran
Pertama AK: Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah.
8.1.6 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut
hendaklah dipatuhi:
a) Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga
masing-masing.
62
b) Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga
masing-masing dan berjumpa dengan GPKHEM terlebih dahulu.
c) Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga dan
berjumpa dengan Guru Besar. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Guru Besar
berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat aku janji.
Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh
pihak JPN Selangor.
8.2 Buku Kawalan Kelas (BKK)
8.2.1 Semua Guru Kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari.BKK
hendaklah sentiasa berada di kelas dan diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap
waktu.
8.2.2 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut.
8.2.3 Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/ lambat masuk kelas/
ponteng kelas semasa guru mengajar.
8.2.4 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur
sebelum menandatangani BKK.
8.2.5 Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru
berkenaan semasa waktunya.Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk
tindakan Guru Disiplin. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam
BKK dan terus maklumkan kepada Guru Disiplin / GPK HEM.
8.2.6 Guru Disiplin (Penyelaras BKK) akan menyemak BKK setiap minggu dan mengambil
nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya.
8.2.7 Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut susunan
minggu dan bulan dan menyerahkannya kepada PK HEM pada setiap akhir penggal 1 & 2.
8.2.8 Sekiranya BKK hilang , Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Ketua Guru Disiplin
sekolah dengan segera.
8.2.9 Nama guru yang tidak hadir mengajar dalam BKK ,Guru Disiplin hendaklah melaporkan
kepada PK HEM dan Pengetua / Guru Besar.
8.3 Disiplin Murid
8.3.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid
mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
8.3.2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu
melakukan kesalahan disiplin.
8.3.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada
Guru Disiplin atau GPK HEM.
8.3.4 Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta
setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan
menerima hukuman dengan rela hati.
8.3.5 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan
prasangka kepada murid.
8.3.6 Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada murid-murid.
8.4 Kawalan /Tanggungjawab Guru
8.4.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini diangap sebagai satu usaha bahawa
guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. (Amalan
Budaya Penyayang)
8.4.2 Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan
masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan
kerjasama.
8.4.3 Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid- murid tidak memberi
tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri.
8.4.4 Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid
lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
63
8.4.5 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan
melaporkan kepada pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan lanjut.
8.4.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat
kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan
yang sewajarnya.
8.5 Dasar Umum Disiplin
8.5.1 Pada awal tahun permulaan persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan
tentang peraturan sekolah dan tindakan- tindakan disiplin yang dikuatkuasakan.
8.5.2 Ceramah dan taklimat berkenaan dengan disiplin dan peraturan sekolah akan dijalankan
dengan penceramah-penceramah jemputan.
8.5.3 Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan kepada
murid-murid dari semasa ke semasa.
8.6 Pemeriksaan Mengejut
8.6.1 Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada
di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
8.6.2 Guru disiplin/guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan bantuan
pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan disaksikan oleh murid
berkenaan.
8.6.3 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru
berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan akan disimpan di dalam almari
berkunci di bilik GPK HEM.
8.6.4 Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/
penjaga murid selepas berjumpa dengan Guru Besar atau PK HEM dan menandatangani surat
perjanjian.
8.6.5 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah diputuskan
dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
8.6.6 Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid yang
berkenaan.
8.7 Kaedah Mengatasi Disiplin
8.7.1 Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
a) semua guru
b) bilik-bilik khas
8.7.2 Kes-kes disiplin kesalahan ringan - semua guru perlu menanganinya secara berhemah dengan
kadar segera sebelum ia menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat.
8.7.3 Guru mata pelajaran / guru kelas hendaklah:
a) Merekod kesalahan murid di dalam buku kawalan kelas
b) Guru Disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya dibawa ke mesyuarat
disiplin mengikut keperluan.
c) Senaraikan nama murid dan pamer di papan kenyataan HEM:
- Kedatangan penuh - 2 kali setahun
- Sijil Sifar Ponteng - Kelas yang berjaya mengekalkan sifar
ponteng akan diberikan sijil setiap bulan. Walaupun tidak hadir, ianya mesti
bersebab.
- Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada
akhir tahun.
8.7.4 Pengurusan Perhimpunan
64
a) Perhimpunan adalah acara rasmi sekolah dan diadakan sekurang-kurangnya sekali
seminggu (Isnin) bagi sesi pagi dan petang. Masa perhimpunan 30 minit untuk sekolah
rendah dan dimasukkan dalam jadual waktu induk dan kelas.
b) Perhimpunan akan diuruskan oleh guru bertugas mingguan dan pengawas sekolah di
bawah kendalian JK Pengawas Sekolah. Semua guru dan murid wajib menghadiri
perhimpunan kecuali tidak sihat atau sakit.
c) Kumpulan Guru Bertugas dikehendaki membuat laporan Perhimpunan Mingguan selain
laporan harian guru bertugas.
9.0 DASAR BANTUAN DAN KEBAJIKAN MURID
9.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk data dalam Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM) yang sentiasa dikemaskini oleh guru kelas berdasarkan
arahan semasa.
9.2 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
9.2.1 Memastikan semua murid mendapat buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi
persekolahan.
9.2.2 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) –
17Mac 2008).
9.2.3 Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis
nama serta mengingatkan tentang penjagaan buku teks yang dipinjamnya.
9.2.4 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang
ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
9.2.5 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.
9.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
9.3.1 Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat fokus utama
iaitu:
a) Pembangunan sahsiah diri murid
b) Peningkatan disiplin diri murid
c) Pendidikan kerjaya murid
d) Psikososial dan kesejahteraan mental murid
9.3.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi dan hanya boleh
memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit
didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.
9.3.3 GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara
individu atau kelompok.
9.3.4 GBK harus membimbing murid bermasalah.
9.3.5 GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi
surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung / dibuang
sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan
laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.
9.3.6 Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang memerlukan
bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.
9.3.7 GBK hanya boleh menjalankan tugas di luar sekolah dengan kadar 10% daripada hari persekolahan
setahun.
65
9.4 Dasar Bantuan Murid
9.4.1 Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat murid berdasarkan APDM.
a) Bilangan anak yatim di dalam kelas.
b) Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah.
9.4.2 Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh murid-murid
berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan seperti:
a) Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
b) Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
c) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
d) Susu Percuma
e) Bantuan Pakaian Seragam
f) Derma Kebajikan
9.4.3 Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya
yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
9.4.4 Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan
sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.
10.0 DASAR KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
10.1 Rekod Kesihatan Murid
10.1.1 Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan.
10.1.2 Buku Rekod Kesihatan Murid ini akan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah
menengah.
10.1.3 Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, murid
boleh mendapatkanya daripada PK HEM.
10.1.4 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila
pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi diberikan kepada murid oleh
pegawai kesihatan.
10.1.5 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan
bersama Fail Peribadi murid berkenaan.
10.2 Kad Pergigian Murid
10.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.
10.2.2 Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk
mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.
10.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan
akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.
10.3 Surat Rawatan Murid
10.3.1 Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
10.3.2 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau mana- mana Penolong Kanan.
10.3.3 Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana
hospital atau klinik kerajaan secara percuma.
10.4 Murid Sakit
10.4.1 Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat
pada hari tersebut.
10.4.2 Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru Kelas boleh
menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.
10.4.3 Guru Bertugas atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke
rumah walau pun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
66
10.4.4 Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru
bertugas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau
hospital terdekat dengan diiringi oleh ibubapa/penjaga murid samada menggunakan kenderaan
sendiri, kenderan sekolah atau menghubungi ambulan.
10.4.5 Guru kelas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan
Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid yang ditanda tangani oleh ibubapa murid di pejabat.
10.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
10.5.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas,
tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.
10.5.2 Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan
dan keceriaan kelas masing-masing.
10.5.3 Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan
kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses Pembelajaran
dan Pengajaran.
10.5.4 Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab mempastikan kelas dibersihkan setiap
hari iaitu 5 minit sebelum waktu pertama persekolahan.
10.5.5 Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan
bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan Pengajaran.
10.5.6 Murid-murid dikehendaki membersihkan kelas masing-masing sebelum meninggalkan kelas
pada waktu akhir persekolahan.
10.6 Kantin Sekolah
10.6.1 Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin
mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga kebersihan seluruh kawasan
kantin.
10.6.2 Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak
Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN
10.6.3 Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika
berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.
10.6.4 Pihak pentadbir sekolah perlu melaporkan kes keracunan makanan ke JPN dengan kadar segera
sebaik sahaja menerima aduan daripada murid.
10.6.5 Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan murid-murid supaya mengamalkan pemakanan
seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar kawasan
sekolah.
10.6.6 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian hendaklah berada di kantin bersama-sama pengawas
bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
10.6.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan
kebenaran khas.
10.7 Kebersihan Kelas
10.7.1 Murid mesti membersihkan kelas 5 minit sebelum waktu pertama bermula.
10.7.2 Guru kelas atau guru mata pelajaran hendaklah memeriksa kelas sebelum waktu pertama
bermula dan untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan.
10.7.3 Guru bertugas harian hendaklah membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa
sepanjang minggu bertugas.
11.0 DASAR KESELAMATAN SEKOLAH
11.1 Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan).
11.2 Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah
dari jam 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan sesi petang.
11.3 Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan dan diwajibkan
membeli Skim Insuran Takaful.
11.4 Setiap aktiviti yang dilaksanakan diluar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah / Jabatan Pelajaran dan ibubapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam mana-mana
67
aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring.
Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan
maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan.
11.5 Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak terutama
semasa, sebelum dan selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan.
11.6 Latihan Kecemasan Kebakaran
11.6.1 Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2 kali setahun.
11.6.2 Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
11.6.3 Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan segera,
tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah
dibantu keluar oleh guru mereka.
11.6.4 Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan
gas ditutup sebelum keluar.
11.6.5 Guru Kelas mestilah membawa senarai nama murid kelas masing-masing di tempat berkumpul
dan mengira bilangan murid dengan segera. Mana- mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan
kepada Pentadbir dengan serta-merta
11.7 Polisi Keselamatan Sekolah
11.7.1 Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah iaitu :-
i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
ii. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.
11.7.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap
masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah (sila rujuk
surat pekeliling iktisas yang berkaitan)
11.8 Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat
11.8.1 Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
11.8.2 Guru-guru dan warga sekolah diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan mereka
dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Had laju kenderaan di
dalam kawasan sekolah telah ditetapkan dan wajib dipatuhi.
11.8.3 Kenderaan pelawat tidak dibenarkan dibawa masuk parkir di kawasan sekolah semasa ingin
berurusan dengan sekolah.
11.8.4 Guru-guru hendaklah meletakkan kereta di tempat yang disediakan dan mengikut aturan
yang ditetapkan. ‘Sticker’ sekolah juga hendaklah dipasang pada setiap kenderaan.
11.9 Pondok Kawalan Keselamatan
11.9.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati
tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
11.9.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan
dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan Mendapatkan Pas
Pelawat terlebih dahulu di pondok pengawal.
11.9.3 Khidmat pengawal juga diperlukan untuk menjaga lalulintas bagi mengawal pergerakan
murid keluar dan masuk .
68
12.0 MESYAURAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
12.1 Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid hendaklah di adakan sekurang- kurangnya empat kali
setahun.
12.2 Agenda tetap:
12.2.1 Ucapan Pengerusi
12.2.2 Pengesahan minit mesyuarat
12.2.3 Perkara berbangkit / maklum balas
12.2.4 Pembacaan kuat dasar-dasar baru / SPI / Surat siaran rasmi
12.2.5 Analisis Laporan Salah Laku Murid
12.2.6 Laporan Program 3K
12.2.7 Hal-hal lain.
13.0 SENARAI JAWATAN KUASA BERKAITAN HAL EHWAL MURID YANG PERLU DITUBUHKAN:
13.1 Jawatan Kuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid :
13.1.1 JK Bimbingan Dan Kaunseling
13.1.2 JK PPDa
13.1.3 JK Guru Penyayang
13.1.4 JK Disiplin
13.1.5 JK Pengawas Dan Kelab Pencegahan Jenayah
13.1.6 JK 3K (Kebersihan, Keselamatan,
13.1.7 JK Kebajikan & Bantuan
13.1.8 JK Keselamatan
13.1.9 JK KWAPM
13.2.0 JK Guru Penyayang
13.2.1 JK Pendaftaran Pra Sekolah
13.2.2 JK Kebersihan dan Keceriaan
13.2.3 JK Rancangan Makanan Tambahan
13.2.4 JK Orientasi & Pendaftaran Tahun 1
13.2.5 JK Penempatan Tahun 6 & Sijil
13.2.6 JK Kesihatan
13.2.7 JK Skim Pinjaman Buku Teks
13.2.8 JK Hari Kanak-Kanak
13.2.9 JK Data & APDM
13.3.0 JK Aset & Inventori
13.3.1 JK Kantin
69
70
71
CARTA ORGANISASI
SK BATU U
7
I HAL EHWAL MURID
UNJUR 2021
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86