The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Booklet Mesyuarat Agung PIBG SMK Kelibang

Hari: Sabtu
Tarikh: 27 April 2024
Masa: 8:30 pagi- 1:00 petang
Tempat: Dewan Imtiyaz SMK KELIBANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-06186843, 2024-04-23 08:46:37

BOOKLET MESYUARAT AGUNG PIBG SMK KELIBANG 2024

Booklet Mesyuarat Agung PIBG SMK Kelibang

Hari: Sabtu
Tarikh: 27 April 2024
Masa: 8:30 pagi- 1:00 petang
Tempat: Dewan Imtiyaz SMK KELIBANG

Keywords: PIBG,mesyuarat agung pibg,smk Kelibang

Dewan Imtiyaz 9:00 pagi Sabtu (27 April 2024) MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 S M K K E L I B A N G Dirasmikan oleh: Encik Mohd Hasbullah bin Salleh Pengarah SM PREMIX SDN BHD

2023 2024 T A H U N 2 0 2 3 / 2 4 AJK PIBG HALA TUJU S M K K E L I B A N G 2022 SKPMg2 Std 4 : 90 % GPS : 4.98 L. SIJIL : 93.97 % PBD : MINIMA TP4 KEHADIRAN: 91 % PAJSK : 2.30 SKPMg2 Std 4 : 92 % GPS : 4.84 L. SIJIL : 96.78 % PBD : MINIMA TP5 KEHADIRAN: 92 % PAJSK : 2.25 P E N A S I H A T PN. SA’DIAH BINTI ABDUL SAMAD PENGETUA SMK KELIBANG Y A N G D I P E R T U A P I B G EN. MUHAMMAD SHUHARDI BIN MAT SAAD N A I B Y A N G D I P E R T U A P I B G EN. MOHD HASBULLAH BIN SALLEH S E T I A U S A H A P I B G EN. MOHD HANIF BIN AZIZ P E N O L O N G S E T I A U S A H A P I B G CIK HASNAH BINTI AWANG B E N D A H A R I P I B G PN. YASMIN BINTI MAHDZAN P E N G U R U S A N EN. AIZAL AZRI BIN ZAKARIA (PK PENTADBIRAN) CIK NOORLIZA BT SAMSUDIN (PK HAL EHWAL MURID) PN. FADHILAH BINTI BUKIL (PK KOKURIKULUM) PN. NORZILA BINTI HANAFI (PK PENDIDIKAN KHAS) G U R U K A N A N M A T A P E L A J A R A N PN. NURUL AMYRAH RIFHAN BT AHMAD ZAINI (KEMANUSIAAN) PN. AZLINA BINTI AHMAD (BAHASA) PN. NOR MAZNI BT MOHAMMED ISA (SAINS & MATEMATIK) PN. NAZATUL ADLINA BT AHMAD (TEKNIK & VOKASIONAL) A J K G U R U PN. E PREM CHIT A/P IAKEROI EN. IZZUDDIN BIN HUSNI CIK TAN SHIN YEE A J K W A R I S EN. AZIZAN BIN RAMLI@YUSOF EN. ZULKURNAIN BIN ISHAK EN. NOOR AZMAN BIN SHUAIB EN. PONG CHEN YONG PN. OOI HUI HSIEN PN. SYAKILA BINTI MAN PN. SITI ROHANI BINTI KASSIM PN. NOOR LEELA BINTI OTHMAN PN. NOOR SHAFARIDAH BINTI KHIRIL BASHA P E M E R I K S A K I R A - K I R A EN. MOHD HASBULLAH BIN SALLEH EN. AZIZAN BIN RAMLI@YUSOF SKPMg2 Std 4 : 92 % GPS : 5.02 L. SIJIL : 92.70 % PBD : MINIMA TP5 KEHADIRAN: 88 % PAJSK :

MAJLISMESYUARATAGUNGKALIKE-20 TENTATIF Ketibaan ibu bapa/penjaga Ketibaan AJK PIBG 2023/24 Ketibaan Encik Mohd Hasbullah bin Salleh (Pengarah SM PREMIX SDN BHD) Acara bermula Lagu Negaraku Lagu Negeri Kedah Bacaan doa Ucapan aluan Muhammad Shuhardi bin Mat Saad (YDP PIBG) Ucapan Puan Sa’diah Binti Abdul Samad (Pengetua SMK Kelibang) Ucapan Perasmian oleh Encik Mohd Hasbullah Salleh Penyampaian penghargaan kepada AJK PIBG 2023/2024 Penyampaian cenderamata kepada perasmi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 Agenda mesyuarat: 1.Ucapan aluan Yang Dipertua PIBG SMK Kelibang. 2.Ucapan Penasihat PIBG. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 tahun 2023/24 3. 4.Perkara-perkara berbangkit. Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2023 5. 6.Pembubaran AJK PIBG tahun 2023/24 7.Pelantikan pengerusi sementara 8.Pelantikan AJK PIBG tahun 2024/2025 9.Cadangan kutipan sumbangan PIBG tahun 2024/2025 10.Membentangkan dan membahaskan usul 11.Hal-hal lain 12.Ucapan penangguhan Cabutan bertuah Jamuan hari raya Bersurai 8:30 pagi 8:45 pagi 9:00 pagi 9:10 pagi 10:30 pagi 12:30 t/hari 1:00 petang

MESYUARATAGUNGKALIKE-19 M I N I T MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19 TAHUN 2023/2024 SMK KELIBANG Tarikh : 20 Mei 2023 Masa : 9.00 hingga 12.30 tengah hari Tempat : Dewan Imtiyaz, SMK Kelibang Pengerusi : Yang Dipertua PIBG SMK Kelibang Kehadiran : 180 orang 1.0 Ucapan Aluan YDP PIBG 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para waris. Menurut pengerusi, kehadiran para waris ke mesyuarat pada pagi ini menggambarkan komitmen mereka terhadap usaha sekolah dalam membina kemenjadian murid. 1.2 Pengerusi juga meminta para waris memberi kerjasama dan menyokong pihak sekolah dalam mengatasi isu yang melibatkan anak-anak terutamanya masalah 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta masalah kehadiran murid tingkatan 5. 1.3 Pengerusi juga berharap agar para waris membuat pemilihan yang tepat semasa pelantikan AJK PIBG yang baharu supaya dapat membantu menjayakan program pembangunan anak-anak. 2.0 Ucapan Penasihat 2.1 Penasihat mengucapkan jutaan terima kasih kepada para waris kerana memberikan kerjasama atas kehadiran dan menunjukkan komitmen yang padu dengan pihak sekolah dalam usaha mendidik anak-anak mereka. 2.2 Penasihat mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG atas komitmen dan bantuan yang diberikan. 2.3 Penasihat juga berharap agar mesyuarat berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan dan organisasi PIBG SMK kelibang akan menjadi satu organisasi yang kukuh. 3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 18 3.1 Encik Razmi bin Rahmat membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan meminta para waris merujuk buku program yang telah diedarkan. 3.2 Puan Roslina binti Shamsudin mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Puan Sharizana bin Saharudin. 4.0 Perkara-perkara Berbangkit 4.1 Tiada perkara berbangkit. 5.0 Membentangkan Laporan Tahunan dan menerima Laporan Tahunan 2021 5.1 YDP PIBG membentangkan Laporan Tahunan 2021 berkaitan aktiviti PIBG dan mohon untuk cadangan pengesahan. 5.2 Puan Nor Nabila binti Yunus mencadangkan Laporan Tahunan 2021 disahkan dan disokong oleh Puan Siti Rohani binti Kassim.

6.0 Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2021 6.1 Puan Yasmin binti Mahdzan (Bendahari PIBG), membentangkan Laporan Kewangan PIBG yang telah berakhir pada 31 Disember 2022. Beliau meminta para waris merujuk buku program pada muka surat 21. 6.2 Jumlah penerimaan ialah RM60, 254.24. Jumlah pembayaran pula ialah RM50,428.44. Baki pada akhir tahun ialah RM9,825.80. 6.3 Puan Rohana binti Isa menyatakan sumbangan RM55.00 dan aktiviti pelaksanaan daripada PPKI tidak dinyatakan dalam laporan kewangan. Respons: PK HEM memaklumkan bahawa mesyuarat PIBG bagi PPKI diasingkan daripada arus perdana dan terdapat Jawatankuasa Khusus PIBG bagi PPKI. Mesyuarat Agung PIBG PPKI telah dibuat. Pihak sekolah juga sentiasa memberi komitmen kepada pelajar PPKI. Isu ini akan dirujuk semula kepada PK PPKI sebagai makluman. 6.4 En. Farizal bin Padzil mencadangkan laporan Kewangan disahkan dan disokong oleh Puan Nordiana Dayana. 7.0 Pembubaran AJK PIBG Tahun 2019-2021 7.1 YDP PIBG memaklumkan pembubaran AJK PIBG bagi tahun 2019 -2021 dan berharap agar ahli dapat memilih barisan AJK PIBG baharu yang dapat membantu menjayakan program yang dirancang oleh pihak sekolah demi kemenjadian murid. 8.0 Pelantikan Pengerusi Sementara 8.1 Encik Razmi bin Rahmat mencadangkan penasihat sementara iaitu Encik Shamsulbadri bin Ishak sebagai pengerusi sementara dan disokong oleh Puan Norini binti Hat. 9.0 Pelantikan AJK PIBG Tahun 2023/2024 9.1 Pn. Norini Binti Hat mencadangkan Encik Zulkurnain bin Ishak sebagai YDP dan disokong oleh Puan Roslina binti Shamsudin. 9.2 Encik Mohd Hasbullah bin Salleh mencadangkan Encik Mohd Shuhardi bin Mat Saad sebagai YDP dan disokong oleh Encik Zulkurnain bin Ishak. 9.3 Encik Mohd Shuhardi bin Mat Saad mencadangkan Encik Mohd Hasbullah bin Salleh sebagai YDP dan disokong oleh Puan Noor Leela bin Othman. 9.4 Puan Syakila binti Man mencadangkan cadangan ditutup dan disahkan oleh Puan Nor Mazni binti Mohamed Isa. 9.5 Undian dibuat dan Encik Mohd Shuhardi bin Mat Saad dipilih sebagai YDP PIBG SMK Kelibang tahun 2023/24. 9.6 Pengerusi sementara dan semua ahli mesyuarat sebulat suara melantik Encik Mohd Hasbullah bin Salleh sebagai NYDP PIBG (undian ke-2 tertinggi) dan Encik Zulkurnain bin Ishak sebagai AJK waris.

9.7 Bagi pelantikan AJK waris seramai 7 orang calon dilantik: 9.7.1 Pn. Yasmin binti Mahdzan mencadangkan Encik Phong Chen Yong sebagai AJK waris dan disokong oleh En Azizan bin Ramli@Yusuf. 9.7.2 Encik Mohd Shuhardi bin Mat Saad mencadangkan Madam Ooi Hui Hsien dikekalkan sebagai AJK waris dan disokong oleh Puan Rohaya binti Ali. 9.7.3 En. Mohd Shuhardi bin Mat Saad turut mencadangkan Puan Siti Rohani binti Kassim dikekalkan sebagai AJK waris disokong oleh Encik Azizan bin Ramli@Yusuf. 9.7.4 Encik Azizan bin Ramli@Yusuf mencadangkan Puan Noor Shafaridah binti Khairil Basha sebagai AJK waris disokong oleh Encik Mohd Safri bin Harun. 9.7.5 Encik Mohd Shuhardi bin Mat Saad mencadangkan Encik Azizan bin Ramli@Yusuf dikekalkan sebagai AJK waris dan disokong oleh Encik Mohd Hasbullah bin Salleh. 9.7.6 Encik Mohd Shuhardi bin Mat Saad turut mencadangkan Puan Noor Leela binti Othman dan Puan Syakila binti Man dikekalkan sebagai AJK waris disokong oleh Encik Mohd Hasbullah bin Salleh. 9.7.7 Puan Ummi Hanani binti Zainol mencadangkan Encik Noor Azman bin Shuib sebagai AJK waris dan disokong oleh Pong Chia Yong. 9.7.8 Semua cadangan pelantikan AJK waris ini disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. 9.8 Senarai AJK PIBG 2023/2024: YDP PIBG : Encik Muhammad Shuhardi bin Mat Saad NYDP PIBG : Encik Mohd Hasbullah bin Salleh. AJK WARIS : 1. Encik Zulkurnain bin Ishak. 2. Encik Pong Chen Yong. 3. Madam Ooi Hui Hsien 4. Puan Siti Rohani binti Kassim 5. Puan Noor Shafaridah binti Khiril Basha 6. Encik Azizan bin Ramli@Yusuf 7. Puan Noor Leela binti Othman 8. Puan Syakila binti Man 9. Encik Noor Azman bin Shuaib 9.9 Sehubungan dengan perlantikan YDP PIBG dan NYDP PIBG yang baharu, tandatangan cek untuk Akaun PIBG Sekolah Menengah Kelibang (nombor akaun: 502072150332, Maybank Cawangan Langkawi) juga perlu ditukar. Bagi tujuan pengeluaran wang melalui cek, sekurang-kurangnya dua tandatangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi diperlukan.

BIL NAMA LAMA NAMA BARU JAWATAN 1. Razmi Bin Rahmat Muhammad Shuhardi Bin Mat Saad Yang DiPertua PIBG 2. Azizan Bin Ramli Mohd Hasbullah Bin Salleh Naib Yang Dipertua PIBG 3. Yasmin Binti Mahdzan -kekal- Bendahari JENIS KUTIPAN TING 1 TING 2 TING 3 TING 4 TING 5 Keceriaan RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 Bahan Bercetak RM40.00 RM40.00 RM40.00 RM70.00 RM70.00 PIBG RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 Peningkatan Prestasi RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 Tabung Pembangunan Sekolah (Infak) RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 JUMLAH RM140.00 RM140.00 RM140.00 RM170.00 RM170.00 10.0 Cadangan Kutipan Sumbangan PIBG Tahun 2023 10.1 Cik Noorliza binti Samsudin selaku PK HEM memaklumkan kutipaan Sumbangan PIBG 2023 terdapat sedikit kenaikan memandangkan sudah 5 tahun (2019-2022) tiada perubahan. Kenaikan dibuat memandangkan kos barangan semakin meningkat terutamanya bagi kos pencetakan yang melibatkan peperiksaan. 0.2 Puan Noor Leela binti Othman mencadangkan jumlah Kutipan Sumbangan PIBG bagi tahun 2023 diterima dan disokong Puan Syakila binti Man. 11.0 Membentang dan Membahaskan Usul 11.1 Usul 1: (i)Kutipan wang dilakukan untuk keceriaan kelas dan pembelian barang-barang untuk pembersihan kelas seperti penyapu sampah dan sebagainya. (ii) Sediakan loker dalam kelas secara berperingkat-peringkat (isu beg sekolah berat). Usul ini dicadangkan oleh: Puan Ku Haryati binti Ku Cheek Respons: Pencadang usul tidak hadir, namun YDP PIBG telah mengulas bahawa penyediaan loker melibatkan kos yang besar. Makluman 11.2 Usul 2: (i) Membuat tempat meletakkan motosikal di atas. Usul ini dicadangkan oleh: Encik Abu Bakar Respons: Pencadang usul tidak hadir, namun tuan Pengetua menjelaskan bahawa jika tempat meletakkan motosikal di atas diwujudkan, maka akan menambahkan kesesakan. Namun ibu bapa dibenarkan untuk menghantar dan mengambil anak-anak di kawasan meletak kenderaan di atas. Makluman

11.3 Usul 3: Mempertingkatkan tahap kebersihan tandas sekolah. Usul ini dicadangkan oleh: Encik Mohamad Zani bin Saad Respons: Pencadang usul tidak hadir, namun PK Pentadbiran Ustaz Husbanizam bin Hussain menjelaskan bahawa pihak sekolah sentiasa memantau keadaan tandas sekolah dan setiap hari pekerja swasta akan membersihkan tandas-tandas sekolah. Makluman 11.4 Usul 4: Guru-guru diharapkan dapat memasuki kelas setiap waktu supaya murid-murid dapat belajar setiap waktu pelajaran. Guru juga diharapkan dapat memantau murid yang tidak masuk kelas. Contohnya, ponteng sekolah dan sebagainya. Usul ini dicadangkan oleh: Puan Zuriati bnti Ismail Respons: Pencadang usul tidak hadir, namun PK Pentadbiran Ustaz Husbanizam bin Hussain menjelaskan bahawa guru terikat dengan arahan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk menghadiri kursus, taklimat dan mesyuarat di luar sekolah dan terpaksa meninggalkan kelas. Pihak sekolah tidak akan membiarkan kelas guru tersebut kosong dan diganti dengan jadual relief untuk mengelakkan risiko yang tidak diingini. Tindakan: Pengetua dan PK pentadbiran 11.5 Usul 5: Memperluaskan lagi pembelajaran anak-anak. Usul ini dicadangkan oleh: Puan Rohayu Respons: Pencadang usul tidak hadir namun usul dibincang pada usul 15. Makluman 11.3 Usul 6: Menyediakan kemudahan penapis air Coway atau Cuckoo supaya dapat mengurangkan kos pembelian air di kantin terutamanya pelajar yang kurang berkemampuan. Tambahan pula cuaca yang semakin panas yang memerlukan air yang banyak untuk tetap berhidrasi. Usul ini dicadangkan oleh: Encik Farizal bin Padzil Respons: PK HEM, Cik Noorliza binti Samsudin memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan penapis air Coway dan diletakkan di pantri bilik guru untuk mengelakkan kerosakan dan dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Sekiranya pelajar ingin mengambil air Coway boleh minta izin guru. Penyediaan penapis air Coway ini telah dimasukkan dalam bajet PIBG. Makluman 11.4 Usul 7: Adakan tuisyen sekolah pada sesi petang. Usul ini dicadangkan oleh: Puan Shafinas binti Ab Rahman Respons: Pencadang usul tidak hadir, namun usul dibincang pada usul 15. Makluman 11.3 Usul 8: (i) Penyediaan penapis air untuk anak-anak minum air dengan mudah. (ii) Penyediaan kelas tambahan berbayar (iii) Ketatkan disiplin anak-anak Usul ini dicadangkan oleh: Puan Siti Masturah Respons: Pencadang usul tidak hadir namun usul dibincang pada usul 6 dan 15. Makluman 11.4 Usul 9: (i) Kenderaan sesak semasa mengambil pelajar pulang. (ii) Menambah kelas tambahan bagi pelajar yang kurang pandai. Usul ini dicadangkan oleh: Cik Ani binti Abu Bakar Respons: Pencadang usul tidak hadir namun usul dibincang pada usul 15 Makluman

11.10 Usul 10:(i) Menukar warna baju sukan pelangi. (ii) Memperbanyakkan menu di kantin. Usul ini dicadangkan oleh: Encik Fadly bin Idris. Respons: Pencadang usul tidak hadir, namun PK Pentadbiran menjelaskan mengenai warna baju sukan sekolah. Warna baju sukan sekolah dipilih berdasarkan bendera sekolah untuk tujuan mengidentitikan sekolah serta melahirkan rasa cinta dan bangga pada sekolah. Pengetua juga memaklumkan bahawa urusan jualan diurus olek pihak koperasi sekolah dan pihaknya telah membuat tempahan serta melibatkan kos yang banyak. Makluman 11.11 Usul 11: (i) Memohon pengawal keselamatan lelaki mengawal lalu lintas disebabkan selalu terjadi kesesakan waktu pulang sekolah di mana banyak kereta waris membuat "double park" yang menyukarkan aliran masuk dan keluar kereta. (ii) Banyak mendapat rungutan dari pelajar tentang jualan makanan di kantin yang tiada banyak pilihan dan kurang memuaskan daripada segi rasa dan kuantiti. Usul ini dicadangkan: Encik Farisal bin Padzil Respons: PK HEM menerangkan bahawa pihak sekolah akan berbincang dengan pihak keselamatan mengenai masalah “double park”. Bagi menu di kantin, pihak sekolah akan berbincang dengan pihak kantin serta AJK kantin untuk menyediakan menu yang sesuai dan pelbagai. PKHEM juga mencadangkan kepada pihak waris boleh secara sukarela untuk bertugas mengawal lalu lintas. Sekiranya bersetuju pihak waris boleh hadir ke sekolah untuk berbincang dengan guru. Tindakan: PK HEM, Pihak Keselamatan dan Pihak Kantin serta AJK kantin. 11.12 Usul 12: Pada musim panas terik ini, pelajar dilepaskan dari sekolah lewat lebih kurang jam 2 petang. Saya sebagai seorang waris meminta pihak sekolah untuk habiskan waktu persekolahan lebih awal supaya dapat mengelakkan pelajar tertekan. Usul ini dicadangkan oleh: Encik John Rajaselven a/l Gooindasami Respons: PK Pentadbiran memaklumkan bahawa sekolah terikat dengan pekeliling yang wajib diikuti. Untuk makluman para waris setiap mata pelajaran telah diperuntukkan masa tertentu untuk dihabiskan dalam seminggu. Contoh bagi mata pelajaran pendidikan islam masa yang diperuntukkan seminggu 2 jam 30 minit. Pelaksanaan jumlah masa bagi setiap mata pelajaran harus dipatuhi oleh pihak sekolah. Jadi usul yang dicadangkan tidak dapat dilaksanakan. PK Pentadbiran juga menjelaskan bahawa mengikut jadual waktu terkini, sesi persekolahan bermula pada pukul 7.50 pagi dan berakhir pada pukul 1.50 petang berbanding sebelum ini iaitu persekolahan bermula 7.40 pagi dan berakhir 1.40 petang. Tujuan pihak sekolah membuat perubahan ini kerana untuk mengelakkan kesesakkan semasa datang dan pulang sekolah. Selain itu, pihak sekolah sedang berusaha mengatasi masalah kehadiran murid lewat ke sekolah, dan usaha ini menunjukkan kesan positif. PK Pentadbiran turut menjelaskan mengenai cara mengatasi musim panas, aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar bilik darjah tidak akan dilaksanakan. Sekiranya ingin melaksanakan aktiviti luar, boleh dilaksanakan di dewan sekolah. Pengetua turut memaklumkan murid dibenarkan memakai pakaian sukan sempena musim panas. Ibu bapa juga pastikan anak-anak dibekalkan air serta payung ke sekolah jika perlu. Makluman

11.13 Usul 13: Pintu tandas sekolah kurang selesa kerana selalu rosak sewaktu hendak digunakan. Mohon pihak sekolah mengambil tindakan supaya pintu tandas diperbaiki untuk keselesaan murid. Usul ini dicadangkan oleh: Puan Lizawati binti Md Din Respons: PK Pentdabiran memaklumkan pada tahun lepas pihak sekolah telah membuka sebanyak mungkin tandas di setiap hujung blok. Tetapi beberapa masalah timbul: i. Penyalahgunaan tandas berlaku masalah vape dan rokok serta vandalisme. Guru tidak mampu untuk memantau sepenuhnya pergerakan murid. ii. Masalah bekalan air. PK Pentadbiran juga memaklumkan pihak sekolah telah membuka dua tandas iaitu tandas lelaki dan perempuan. Manakala masalah ketiadaan cangkuk di tandas telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Dari masa ke semasa pihak sekolah akan memantau kerosakan-kerosakan yang berlaku di tandas. Pihak sekolah akan cuba menyelenggara kerosakan yang berlaku. Makluman 11.14 Usul 14: Menyarankan segala aktiviti kokurikulum atau aktiviti melibatkan sukan dan permainan dihentikan buat sementara waktu ekoran daripada cuaca panas yang berpanjangan. Sekiranya aktiviti ini terpaksa diteruskan, pihak sekolah boleh menggunakan dewan untuk anak-anak berlatih dan menjalankan aktiviti kokurikulum. Usul ini dicadangkan oleh: Puan Nurain binti Johari Respons: Pencadang usul tidak hadir. Usul dibincangkan di usul 12. Makluman 11.15 Usul 15: Tuisyen "extra" yang dikenakan bayaran dan diberi kepada tenaga pengajar, terutama bagi yang menduduki PT3 dan SPM. (secara one to one atau secara kumpulan) Usul dicadang oleh: Puan Nadiah Hanim binti Mohd Rosni Respons: PK Pentadbiran memaklumkan bahawa pihak sekolah telah merangka aktiviti ini dalam mesyuarat peningkatan prestasi tingkatan 1 hingga 4. Pihak sekolah akan cuba menyusun jadual mengikut keperluan dan kesesuaian serta penerimaan murid. Post-mortem tuisyen 2022: i. Masalah kehadiran. 60% sahaja hadir. Kehadiran kelas pada hari Jumaat dan Sabtu tidak memuaskan. ii. Rungutan daripada murid bahawa mereka penat sekiranya tuisyen sambung selepas waktu persekolahan. PK Pentadbiran juga memohon para waris untuk memberi kerjasama dalam memastikan kehadiran murid ke kelas tuisyen yang disediakan. Kesediaan guru untuk mengajar tiada masalah dan tidak mengharapkan bayaran. Sebelum ini, banyak tuisyen “ekstra” disediakan sama ada dari pihak sekolah atau NGO seperti Bank Rakyat, MARA dan Yapiem. Makluman

11.16 Usul 16: (i) Meletakkan kon dipintu masuk utama untuk menghalang kenderaan waris diletakkan disitu yang mengundang kesesakan. (ii) Meletakkan pemantul cahaya di hadapan menara untuk mengelakkan kenderaan melanggar tembok di awal pagi. (iii) Menyediakan “cota” berlampu kepada pengawal keselamatan yang bertugas untuk mengawal pelajar melintas di awal pagi. Usul dicadang oleh: Encik Md Saad bin Bashiran Respons: PK Pentadbiran memaklumkan isu lalu lintas sering dibangkitkan dalam mesyuarat. Salah satu penyelesaian yang pihak sekolah telah mlaksanakan ialah membuat perubahan masa PDPC anak-anak iaitu waktu persekolahan dilewatkan dari 7.40 kepada 7.50 pagi bagi mengelakkan kesesakan di waktu pagi. Makluman PK Pentadbiran akan berbincang dan meminta pihak keselamatan menyediakannya pemantul cahaya untuk memudahkan para waris. Manakala masalah parking di tepi jalan akan dibincangkan bersama pihak yang bertanggungjawab. Tindakan: Pihak sekolah, Pihak Keselamatan dan AJK PIBG 12.0 Hal-hal lain 12.1 Puan Norini binti Hat memohon pihak sekolah supaya membuat pemohonan penurapan jalan yang berlubang kepada pihak yang bertanggungjawab. 12.2 Puan Suzaine binti Omar memaklumkan agar para waris mengambil berat tentang keselamatan anak-anak terutama pemakaian topi keledar. 12.1 Puan Roshita binti Mahmod meminta pihak sekolah membuat penyelenggaraan kipas. 12.2 Encik Azman bin Shuib memohon pihak sekolah untuk menjemput wakil Majlis Sukan Negara (MSN) untuk turut hadir ke sekolah menghadiri mesyuarat PIBG. 12.3 Puan Rohana binti Isa memohon pihak sekolah menyediakan minuman ketika berlangsungnya mesyuarat PIBG. 13.0 Ucapan Penangguhan 13.1 YDP PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada para waris yang hadir untuk menjayakan mesyuarat kali ini. Beliau menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 pada jam 12.30 tengah hari.

P E N Y A T A K E W A N G A N P I B G 2 0 2 4 / 2 5

JENIS KUTIPAN TING 1 TING 2 TING 3 TING 4 TING 5 PPKI Keceriaan RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00 - Bahan Bercetak RM40.00 RM40.00 RM40.00 RM70.00 RM70.00 - PIBG RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 Peningkatan Prestasi RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 - Tabung Pembangunan Sekolah Infak RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 RM30.00 JUMLAH RM140.00 RM140.00 RM140.00 RM170.00 RM170.00 RM60.00 CADANGAN KUTIPAN SUMBANGAN P I B G 2 0 2 4 / 2 5

MESYUARATAGUNGKALIKE-20 USUL-USUL

Click to View FlipBook Version