The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

BULETIN EDISI FEBRUARI 2024

BULETIN EDISI FEBRUARI 2024

BULETIN EDISI FEBRUARI 2024 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT


KANDUNGAN 1. Statistik Panggilan Kecemasan Sepanjang Bulan Februari 2024 2. Statistik Mangsa Kebakaran Dan Penyelamatan 3. Lawatan Mesra Pegawai Bahagian Operasi Ke BBP Kuala Muda 4. Taksiran Kerugian Harta Dan Harta Yang Diselamatkan 5. Mesyuarat Pengurusan Pasukan Khas JBPM Pulau Pinang 6. Mesyuarat Kajian Semula Persempadanan Balai 7. Naziran Dan Audit Ke Atas PBS Kuala Juru 8. Lawatan Kebajikan Menziarahi Anggota Sakit 9. Bengkel Pengukuhan Sistem Pelaporan Insiden 10. Sesi Perjumpaan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Bersama Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Negeri (PGO) Zon Utara 11. Sedutan Operasi Kebakaran Sepanjang Bulan Februari 2024 12. Sedutan Operasi Penyelamatan Sepanjang Bulan Februari 2024 13. Sedutan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) PBK II KUP Mohd Izuan Bin Illias 14. Sudut Informasi


RUMUSAN PANGGILAN KECEMASAN SEPANJANG BULAN FEBRUARI 2024 388 58 05 PANGGILAN KEBAKARAN PANGGILAN PENYELAMATAN PANGGILAN PALSU PANGGILAN TUGAS-TUGAS KHAS 313 765 JUMLAH PANGGILAN SEPANJANG FEBRUARI 2024


STATISTIK PANGGILAN KECEMASAN BULAN FEBRUARI 2024 PANGGILANPALSUPANGGILAN TUGAS-TUGAS KHAS PANGGILAN PENYELAMATAN PANGGILAN KEBAKARAN JUMLAH PANGGILAN BIL BALAI 1 BBP JALAN PERAK 83 33 45 5 02 BBP BAGAN JERMAL 55 39 16 0 03 BBP LEBUH PANTAI 19 11 8 0 04 BBP PAYA TERUBONG 45 22 23 0 05 BBP BAYAN BARU 43 14 23 5 1 6 BBP TELUK BAHANG 4 1 2 1 07 BBP BALIK PULAU 22 10 11 1 08 BBP SERI BALIK PULAU 21 12 6 3 09 BBP PERAI 80 39 31 8 2 10 BBP BANDAR PERDA 42 27 15 0 011 BBP BUKIT MERTAJAM 36 20 14 2 012 BBP PENANTI 43 20 21 2 013 BBP SUNGAI BAKAP 32 17 11 4 1 14 BBP BATU KAWAN 26 8 16 2 015 BBP NIBONG TEBAL 22 11 6 5 016 BBP BUTTERWORTH 76 45 26 4 017 BBP KEPALA BATAS 51 31 18 1 1 18 BBP KUALA MUDA 24 17 5 1 1 19 BBP TASEK GELUGOR 29 8 16 5 020 BBP BERTAM 12 3 0 9 0JUMLAH 765 388 313 58 5


MANGSA KEBAKARAN DAN PENYELAMATAN SEPANJANG BULAN FEBRUARI 2024


STATISTIK MANGSA KEBAKARAN DAN PENYELAMATAN BULAN FEBRUARI 2024 KEBAKARAN PENYELAMATANBIL BALAI MATI CEDERA SELAMAT MATI CEDERA SELAMAT1 BBP JALAN PERAK 0 0 4 0 7 162 BBP BAGAN JERMAL 0 1 4 0 0 7 3 BBP LEBUH PANTAI 0 0 0 0 0 1 4 BBP PAYA TERUBONG 0 0 0 0 4 5 5 BBP BAYAN BARU 0 1 6 0 0 86 BBP TELUK BAHANG 0 0 0 0 0 1 7 BBP BALIK PULAU 0 0 0 0 0 08 BBP SERI BALIK PULAU 0 0 0 0 1 09 BBP PERAI 0 1 0 3 3 3 10 BBP BANDAR PERDA 0 1 0 1 2 011 BBP BUKIT MERTAJAM 0 0 1 0 3 5 12 BBP PENANTI 0 0 0 0 1 1 13 BBP SUNGAI BAKAP 0 0 0 0 0 1 14 BBP BATU KAWAN 0 2 1 0 0 415 BBP NIBONG TEBAL 0 0 0 0 0 3 16 BBP BUTTERWORTH 0 0 0 1 2 2 17 BBP KEPALA BATAS 0 0 0 0 0 5 18 BBP KUALA MUDA 0 0 0 0 0 019 BBP TASEK GELUGOR 0 0 0 1 0 020 BBP BERTAM 0 1 0 0 0 0JUMLAH 0 7 16 6 23 62


12% NILAI TAKSIRAN KERUGIAN DAN NILAI DISELAMATKAN BULAN FEBRUARI 2024 NILAI KERUGIAN RM 2,633,453.3088% NILAI DISELAMATKAN RM 19,907,756.70


STATISTIK NILAI TAKSIRAN KERUGIAN / DISELAMATKAN BULAN FEBRUARI 2024 TAKSIRAN DISELAMATKAN(RM) TAKSIRAN KERUGIAN (RM) BIL BALAI 1 BBP JALAN PERAK 219,562.00 6,663,538.00 2 BBP BAGAN JERMAL 375,250.00 1,550,650.00 3 BBP LEBUH PANTAI 1,115.00 6,985.00 4 BBP PAYA TERUBONG 109,731.30 455,928.70 5 BBP BAYAN BARU 175,250.00 128,150.00 6 BBP TELUK BAHANG 0 0 7 BBP BALIK PULAU 76,000.00 1,005,000.00 8 BBP SERI BALIK PULAU 8,050.00 3,950.00 9 BBP PERAI 615,380.00 3,266,920.00 10 BBP BANDAR PERDA 144,400.00 2,372,600.00 11 BBP BUKIT MERTAJAM 18,050.00 493,950.00 12 BBP PENANTI 311,700.00 427,300.00 13 BBP SUNGAI BAKAP 18,280.00 1,350,320.00 14 BBP BATU KAWAN 168,500.00 1,048,600.00 15 BBP NIBONG TEBAL 200 1,800.00 16 BBP BUTTERWORTH 264,280.00 495,720.00 17 BBP KEPALA BATAS 65,100.00 216,900.00 18 BBP KUALA MUDA 57,000.00 3,000.00 19 BBP TASEK GELUGOR 605 1,445.00 20 BBP BERTAM 5,000.00 415,000.00 JUMLAH 2,633,453.30 19,907,756.70


AKTIVITI BAHAGIAN BULAN FEBRUARI 2024 MESYUARAT PENGURUSAN PASUKAN KHAS JBPM NEGERI PULAU PINANG 01 Februari 2024 (Khamis) - Mesyuarat PengurusanPasukan Khas JBPM Negeri Pulau Pinang telah diadakanpada jam 9.30 pagi bertempat di bilik Mesyuarat BOKP. Mesyuarat ini telah di Pengerusikan oleh PgKB I KhairyBin Sulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri JBPM Pulau Pinang. Turut hadir adalah PegawaiPegawai Bahagian Operasi Kebombaan danPenyelamatan JBPM Negeri Pulau Pinang, Ketua-ketuaAdvisor Pasukan Khas Negeri dan Desk Officer PasukanKhas Negeri.


AKTIVITI BAHAGIAN BULAN FEBRUARI 2024 MESYUARAT KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN BALAI JBPM NEGERI PULAU PINANG 02 Februari 2024 (Jumaat) - Mesyuarat Kajian SemulaPersempadanan Balai JBPM Negeri Pulau Pinang telahdiadakan pada jam 9.30 pagi bertempat di bilikMesyuarat PGO. Mesyuarat ini telah di Pengerusikanoleh Timbalan Pengarah JBPM Pulau Pinang, PPjB Ts. Zulfahmi Bin Sutaji. Turut hadir adalah PgKB I Khairy BinSulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPMNegeri Pulau Pinang, Ketua-Ketua Zon dan Ketua-KetuaBalai JBPM Negeri Pulau Pinang.


AKTIVITI BAHAGIAN BULAN FEBRUARI 2024 LAWATAN MESRA PEGAWAI BAHAGIAN OPERASI JBPMPULAU PINANG KE BBP KUALA MUDA06 Februari 2024 (Selasa) - Lawatan mesra oleh PgKB IKhairy Bin Sulaiman, Penolong Pengarah BahagianOperasi Negeri JBPM Pulau Pinang dan PgKB II Mohamad Amir Bin Ahmad Tamizi, Ketua CawanganPengurusan Operasi dan Balai, Bahagian Operasi Negeri JBPM Pulau Pinang ke BBP Kuala Muda Turut hadiradalah PgB Mohd Zain Bin Abdullah Ali, Pegawai Zon 4Pulau Pinang, Ketua Balai BBP Kuala Muda bersamaanggota bertugas.


AKTIVITI BAHAGIAN BULAN FEBRUARI 2024 NAZIRAN DAN AUDIT KE ATAS PASUKAN BOMBA SUKARELA KUALA JURU PULAU PINANG 08 Februari 2024 (Khamis)– Naziran dan Audit ke atasPBS Kuala Juru oleh PKPgB Yuhannas Faizal BinOthman, Ketua Cawangan Pasukan Bomba Sukarela / Bomba Bantuan, Bahagian Operasi Kebombaan JBPMNegeri Pulau Pinang. Turut hadir adalah PBK II AhmadTanusi Bin Ismail dari Balai Bomba dan PenyelamatPerai


AKTIVITI BAHAGIAN BULAN FEBRUARI 2024 LAWATAN KEBAJIKAN MENZIARAHI ANGGOTA YANG SAKIT 22 Februari 2024 (Khamis) - PKPgB Mohd Zairi bin Zainal Abidin, Pegawai Operasi Negeri mewakili PenolongPengarah Bahagian Operasi Kebombaan & PenyelamatJBPM Negeri Pulau Pinang hadir menziarahi PBK II (KUP) Mohd Munizar bin Mohd Yusof (BBP Perai) bertempat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Pada18 Februari 2024 lalu, beliau telah di masukkan ke CCUHospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedahdisebabkan mengalami serangan jantung dandibenarkan discaj pada 22 Februari 2024 (Khamis). Didoakan semoga Encik Munizar cepat sembuh dandipermudahkan segala urusan. Amin.


AKTIVITI BAHAGIAN BULAN FEBRUARI 2024 BENGKEL PENGUKUHAN SISTEM PENGURUSAN INSIDEN (SPI) DAN SISTEM PELAPORAN PENYIASATAN KEBAKARAN (eSPPK) TAHUN 2024 27 HINGGA 29 Februari 2024 – Bengkel PengukuhanSistem Pelaporan Insiden (SPI) dan Sistem PenyiasatanKebakaran (Esppk) telah diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di bilik Mesyuarat PGO. Bengkel ini telahberlangsung selama 3 hari yang dihadiri oleh semuapenyelia-penyelia JBPM Negeri Pulau Pinang. Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah sebagai Latihanpengukuhan kepada penyelia-penyelia di balai.


AKTIVITI BAHAGIAN BULAN FEBRUARI 2024 SESI PERJUMPAAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN) BERSAMA KETUA CAWANGAN PUSAT GERAKAN OPERASI NEGERI ZON UTARA 29 Februari 2024 (Khamis) – Sesi Perjumpaan TimbalanKetua Pengarah (Pembangunan), YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram Bin Osman bersama Ketua-KetuaCawangan Pusat Gerakan Negeri Zon Utara. Perjumpaantersebut telah diadakan pada jam 2.30 petangbertempat di bilik Mesyuarat Aras 1, JBPM Pulau Pinang. Turut hadir adalah PPjB Mohamad Shoki Bin Hamzah, Ketua Cawangan Pusat Pengurusan Operasi (PPO).


SEDUTAN OPERASI KEBAKARAN BULAN FEBRUARI 2024KEBAKARAN BAS DI ALAMAT JALAN BURMA, GEORGETOWN, PULAU PINANG TARIKH / MASA PANGGILAN : 03.02.2024 / 1710 PETANG MANGSA: TIADA KEANGGOTAAN: BBP BAGAN JERMAL RINGKASAN KEJADIAN : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benar terdapat kebakaran bas Rapid (PLA 7457) terbakar di bahagian belakang termasuk enjin dengan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran 50%. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat. Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya. Komander Operasi lapor operasi tamat pada Jam 1806 hrs dan menyerahkan kes kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya. KEBAKARAN BILIK DARJAH DI ALAMAT SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAR YOOI, JALAN MERBAU KUDONG, KEPALA BATAS, PULAU PINANGTARIKH / MASA PANGGILAN: 05.02.2024 / 0806 PAGI MANGSA: TIADA KEANGGOTAAN: BBP TASEK GELUGOR, BBP BUTTERWORTH (BANTUAN)RINGKASAN KEJADIAN : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benar kebakaran didalam bilik darjah (Kelas A) melibatkan peralatan meja dan kerusi. Kebakaran turut melibatkan strukturbangunan bilik darjah dengan anggaran keluasan 20 x 20 kps. Anggaranperatusan kemusnahan kebakaran sebanyak 10 % .Komander Operasimelaporkan tiada mangsa yang terlibat


SEDUTAN OPERASI KEBAKARAN BULAN FEBRUARI 2024KEBAKARAN RUMAH (KELAS C) DI ALAMAT 104, JALAN PADANG TEMBUSU, KG PADANG TEMBUSU, PENAGA, PULAU PINANG TARIKH / MASA PANGGILAN: 06.02.2024 / 1620 PETANG TINDAKAN : BBP Kuala Muda Catatan : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benar kebakaran melibatkan satu (1) unit rumah (kelas C) dengan anggaran keluasan 30 x 40 kps. Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah sebanyak 90 %. dan tiada mangsa dilaporkan terlibat. Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya. Komander Operasi lapor operasi tamat pada jam 1806 hrs dan menyerahkan kes kepada Pegawai Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya. KEBAKARAN BENGKEL MOTOSIKAL (KELAS B) DI ALAMAT LAN MOTOR WORKSHOP, 1929, JALAN ARUMUGAM PILLAI, KG GUAR PERAHU, PULAU PINANG TARIKH / MASA PANGGILAN : 08.02.2024 / 0318 PAGI TINDAKAN : BBP PENANTI BANTUAN : BBP PERAI, BBP BUKIT MERTAJAMCatatan : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapatibenar kebakaran melibatkan satu (1) unit bengkel motosikal (Kelas B) dengananggaran keluasan 20 x 30 kps dengan peratusan kemusnahan akibat kebakaransebanyak 70%. Kebakaran turut melibatkan 23 unit motosikal dan satu (1) unit ATVdengan anggaran peratusan kemusnahan akibat kebakaran sebanyak 90%. Tiadamangsa yang dilaporkan terlibat. Pasukan Bomba dan Penyelamat telah berjayamemadamkan kebakaran tersebut sepenuhnya. Komander Operasi lapor operasitamat pada Jam 0550 dan menyerahkan kes kepada Pasukan PenyiasatanKebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya.


SEDUTAN OPERASI KEBAKARAN BULAN FEBRUARI 2024KEBAKARAN MOTOSIKAL DI ALAMAT BLOK 90, APARTMENT KOTA EMAS, 267, LORONG SEREMBAN, KG DODOL, JELUTONG, PULAU PINANG TARIKH / MASA PANGGILAN : 13.02.2024 / 2144 MALAM TINDAKAN : BBP JALAN PERAK MANGSA : Tiada Catatan : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benar terdapat kebakaran melibatkan lima (5) unit motosikal di tempat parking. Kebakaran telah mengakibatkan kemusnahan tiga (3) unit motosikal (belum dikenalpasti) dengan anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 90% manakala dua (2) unit motosikal jenis Honda Ex5 (PDK 2565) dan SYM (PJT 5354) dengan anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 5%. Kerja-kerja pemadaman turut dibantu oleh PBS berdekatan. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat. Pasukan Bomba dan Penyelamat telah berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya. Seterusnya Komander Operasi lapor operasi tamat pada Jam 2303 hrs dan menyerahkan kes kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya. KEBAKARAN RUMAH (KELAS B) DI ALAMAT NO.343,JALAN SUNGAI NIBONG BAYAN LEPAS, PULAU PINANG TARIKH / MASA PANGGILAN : 14.02.2024 / 1139HRS TINDAKAN : BBP BAYAN BARU MANGSA (JIKA ADA) : TIADA RINGKASAN KEJADIAN : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadiandidapati benar kebakaran melibatkan sebuah rumah (Kelas B). Kebakaran dianggarkanberkeluasan 50 x 50 kps dan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 80 %.Kebakaran turut melibatkan tiga buah kenderaan. Kenderaan pertama jenis lori (PCU 925560% Kemusnahan, Kenderaan kedua jenis Proton Isawara (PFM 6567) 10% kemusnahan dansebuah Perodua Bezza (PPT 5891) terkena bahangan. Turut melibatkan dua buah motosikaljenis honda dash (5206) dan Honda Vario (PPF 1725) terkena bahangan. Komander Operasilapor tiada mangsa yang terlibat. Kerja pemadaman turut dibantu oleh PBS berhampiran.Kebakaran dapat dikawal pada jam 1228 hrs dan telah dapat dipadamkan sepenuhnya padajam 1238 hrs. Pasukan bomba seterusnya menjalankan kerja-kerja "overhaul" bagimemastikan tiada kemerbahayaan lain. Operasi tamat pada jam 1330 hrs dan menyerahkanlokasi kepada Pegawai Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya.


SEDUTAN OPERASI KEBAKARAN BULAN FEBRUARI 2024KEBAKARAN RUMAH KEDAI (KELAS A) DI ALAMAT LIM WAH THAI PRODUCT, NO 3- A, JALAN GOTTLIEB, GEORGETOWN, PULAU PINANG TARIKH / MASA PANGGILAN: 15.02.2024 / 0709 PAGI MANGSA: TIADA KEANGGOTAAN: BBP BAGAN JERMAL, BBP LEBUH PANTAI (BANTUAN) RINGKASAN KEJADIAN : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benar kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai 2 tingkat (Kelas A). Anggaran keluasan bangunan 40 x 50 kps dan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 40 %. Operasi pemadaman turut dibantu PBS berhampiran. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat. Pasukan Bomba dan Penyelamat telah berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya. Komander Operasi lapor operasi tamat pada jam 0829 hrs dan menyerahkan kes kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya. KEBAKARAN GUDANG DI ALAMAT BELAKANG HOSPITAL SEBERANG JAYA,KAMPUNG TAMAN BARU, SEBERANG JAYA,PULAU PINANGTARIKH / MASA PANGGILAN: 15.02.2024 / 2146 MALAMMANGSA: TIADA KEANGGOTAAN: BBP PERAI, BBP BUTTERWORTH (BANTUAN) RINGKASAN KEJADIAN : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempatkejadian didapati benar kebakaran melibatkan sebuah gudang jenis terbuka (KelasC) penyimpanan wayar dengan anggaran keluasan 100 x 30 kps. Anggaranperatusan kemusnahan kebakaran sebanyak 20 %. Komander Operasi melaporkantiada mangsa dilaporkan terlibat. . Kebakaran dapat dikawal pada jam 2200 hrsdan telah dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 2210 hrs. Pasukan bombaseterusnya menjalankan kerja-kerja ""overhaul"" bagi memastikan tiadakemerbahayaan lain. Komander Operasi lapor operasi tamat pada jam 2301 hrsdan menyerahkan lokasi kepada Pegawai Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuktindakan selanjutnya.


SEDUTAN OPERASI KEBAKARAN BULAN FEBRUARI 2024KEBAKARAN KERTAS KITAR SEMULA DI ALAMAT KILANG MUDA PAPER MILL SDN BHD, JALAN TASEK, SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG TARIKH / MASA PANGGILAN: 28.02.2024 / 1936 HRS MANGSA: TIADA KEANGGOTAAN: BBP SUNGAI BAKAP Catatan: Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benar kebakaran melibatkan bongkah kertas kitar semula yang berada di luar gudang. Kebakaran tersebut tidak melibatkan struktur bangunan. Anggaran keluasan kebakaran 100x100 kps dan peratusan kemusnahan kebakaran adalah sebanyak 70 %. Komander Operasi melaporkan tiada mangsa yang terlibat. Kebakaran telah dapat dikawal pada jam 2021 hrs dan kerja- kerja pemadaman turut dibantu oleh PBS berhampiran. KEBAKARAN RUMAH DI ALAMAT LORONG SEMBILANG 14, TAMAN SEMBILANG, SEBERANG JAYA, PULAU PINANG TARIKH / MASA PANGGILAN : 29.02.2024 / 1919 HRS TINDAKAN : BBP PERAI, BBP BUTTERWORTH DAN BBP PENANTI MANGSA : TIADA RINGKASAN KEJADIAN : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadiandidapati benar kebakaran melibatkan 7 buah rumah kluster 2 tingkat (Kelas A) berkeluasan20 x 40 kps bagi setiap unit. Peratusan kebakaran rumah pertama dianggarkan sebanyak 70% dan rumah kedua sebanyak 50 % manakala lima buah rumah berhampiran hanya terkenakesan bahangan dari kebakaran tersebut. Komander Operasi melaporkan tiada mangsa yangterlibat. Komander Operasi membuat "size up" dan bertindak menjalankan kerja-kerjapengawalan dan pemadaman. Kebakaran dapat dikawal pada jam 1954 hrs dan telah dapatdipadamkan sepenuhnya pada jam 2007 hrs. Pasukan bomba seterusnya menjalankan kerjakerja "overhaul" bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain. Komander Operasi laporoperasi tamat pada jam 2153 hrs dan menyerahkan lokasi kepada Pegawai PenyiasatanKebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya.


SEDUTAN OPERASI PENYELAMATAN BULAN FEBRUARI 2024KEMALANGAN JALANRAYA DI KM 5.7, JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH, BATU KAWAN, PULAU PINANG TARIKH / MASA : 03.02.2024 / 1208 TENGAHARI TINDAKAN : BBP BATU KAWAN RINGKASAN KEJADIAN : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benar terdapat kemalangan jalanraya melibatkan 2 buah kenderaan (kenderan 1-Mazda Cx 3 PQW3161, kenderaan-2 Mazda Cx 5) dan kenderaan-2 terbakar dengan peratusan 80% .Terdapat 3 mangsa (kenderaan -1) 2 mangsa telah dibawa ke Hospital Sg Bakap dan 1 mangsa dalam keadaan selamat (Kenderaan-2) terdapat 1mangsa yang telah dibawa ke hospital oleh orang awam. Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya. Komander Operasi lapor operasi tamat pada Jam 1332 hrs dan menyerahkan kes kepada Pegawai Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya. MENYELAMAT (ANCAMAN BUNUH DIRI) DI ALAMAT KING FISHER, JALAN GREEN LAND, JELUTONG, PULAU PINANGTARIKH / MASA PANGGILAN : 06.02.2023 / 2218 MALAMMangsa : 1 x MANGSA WANITA (SELAMAT) KEANGGOTAAN : BBP JALAN PERAK RINGKASAN KEJADIAN : Komander Operasi lapor setibanya jentera di lokasikejadian didapati benar terdapat seorang mangsa wanita berbangsa cina(30 tahun) cubaan hendak membunuh diri dari tingkat 20 sebuahbangunan. Mangsa telah berjaya diselamatkan oleh anggota polis dan dibawa turun dari lokasi mangsa cubaan bunuh diri. Mangsa telah diserahkankepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


SEDUTAN OPERASI PENYELAMATAN BULAN FEBRUARI 2024ANCAMAN BUNUH DIRI DI ALAMAT KM 3.4, JAMBATAN PULAU PINANG, PERAI, PULAU PINANG TARIKH / MASA PANGGILAN: 09.02.2024 / 1334 HRS MANGSA: 1 X MANGSA WANITA, BERBANGSA INDIA, BERUMUR 24 TAHUN STATUS : SELAMAT KEANGGOTAAN: BBP PERAI Catatan: Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian dipercayai benar terdapat seorang wanita (India) yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 (PHS 2642) hendak membunuh diri dengan cara terjun kedalam laut dari atas jambatan. Mangsa telah berjaya dipujuk oleh orang awam sebelum pihak Bomba tiba dilokasi. Mangsa diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 1407 hrs. MENYELAMAT MANGSA SESAT DALAM HUTAN DI ALAMAT PENANG NATIONAL PARK, JALAN HASSAN ABBAS, TELUK BAHANG, PULAU PINANGTARIKH / MASA PANGGILAN : 19.02.2024 / 1807 PETANGTINDAKAN : BBP TELUK BAHANG, BANTUAN : BBP BALIK PULAUMANGSA : 1 X MANGSA LELAKI, WARGANEGARA PERANCIS, BERUMUR 37 TAHUNSTATUS : SELAMAT Catatan : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapatibenar terdapat satu (1) orang mangsa telah sesat di dalam hutan ketikamenjalankan aktiviti pendakian. Mangsa masih boleh dihubungi melalui taliantelefon. Pasukan Bomba dan Penyelamat bertindak menjalankan kerja-kerjamencari dan menyelamat mangsa dengan melakukan pendakian serta bantuan botoleh pihak Taman Negara Pulau Pinang untuk ke Teluk Kampi. Mangsa berjayaditemukan dalam keadaan selamat pada Jam 0122 oleh Pasukan Bomba danPenyelamat dan seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakanselanjutnya. Komander Operasi lapor operasi tamat pada Jam 0458 hrs.


SEDUTAN OPERASI PENYELAMATAN BULAN FEBRUARI 2024KEMALANGAN JALAN RAYA DI ALAMAT JALAN AZYZIE, TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG TARIKH / MASA PANGGILAN : 20.02.2024 / 1102 HRS MANGSA : 1 ORANG MANGSA WANITA BERBANGSA CINA STATUS : CEDERA KEANGGOTAAN: BBP BAGAN JERMAL Catatan: Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benar terdapat kemalangan jalanraya melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva bernombor pendaftaran PJH 4833. Terdapat seorang mangsa wanita berbangsa cina 70 an tersepit dibahagian pemandu.Tindakan anggota berjaya mengeluarkan mangsa tersebut. Mangsa mengalami kecederaan ringan dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya. KEMALANGAN JALAN RAYA DI ALAMAT JALAN PAYA TERUBONG, RELAU, AYER ITAM, PULAU PINANG TARIKH / MASA PANGGILAN : 21.02.2024 / 0912 HRS MANGSA : 1 X MANGSA LELAKI, BERBANGSA MELAYU, BERUMUR 42 TAHUNSTATUS : CEDERA (PATAH KAKI) KEANGGOTAAN : BBP PAYA TERUBONG Catatan: Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benarterdapat kemalangan jalanraya melibatkan dua (2) unit kenderaan iaitu kereta jenisPerodua Viva bernombor pendaftaran (PJH 8932), Toyota Hilux (KV 895) dan satu (1) unitvan kilang no pendaftaran (WUK 2678). Terdapat satu (1) orang mangsa iaitu lelaki yangmerupakan pemandu kenderaan Van Kilang telah tersepit di ruang pemandu. Mangsatersebut telah berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat. Mangsamengalami kecederaan pada bahagian kaki dan seterusnya dibawa ke Hospital denganmenaiki Ambulans St. John untuk menerima rawatan selanjutnya. Manakala dua (2) orangmangsa lain iaitu pemandu kenderaan Toyota Hilux dan Perodua Viva selamat dan tidakmengalami apa-apa kecederaan. Kes diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakanselanjutnya. Komander Operasi lapor operasi tamat sepenuhnya pada Jam 1013 hrs


SEDUTAN OPERASI PENYELAMATAN BULAN FEBRUARI 2024BOT KARAM DI ALAMAT PERSISIRAN LAUT BERHAMPIRAN PERSIARAN KARPAL SINGH, JELUTONG, PULAU PINANG TARIKH / MASA PANGGILAN: 28.02.2024 / 1440 HRS MANGSA : 4 X MANGSA LELAKI 2 X MANGSA CEDERA RINGAN, 2 X MANGSA SELAMAT KEANGGOTAAN : BBP JALAN PERAK Catatan : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benar terdapat sebuah bot hampir karam di persisiran laut. Tindakan Pasukan Bomba dilokasi membantu pihak APMM membuat pemantauan menyeluruh ke atas bot berkenaan dan didapati tiada mangsa yang terlibat. Tindakan selanjutnya, Pasukan Bomba bergerak ke Jabatan Laut Wilayah Utara bagi mendapatkan maklumat terperinci status pemilikan bot tersebut dan setelah semakan dilakukan didapati pemilik bot tersebut ialah En Rusdi Bin Sulung. Bot yang karam akibat dari "Generator" di dalam bot telah meletup dan terdapat empat orang mangsa telah berjaya di selamatkan oleh nelayan pada masa kejadian dan kini sedang mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Komander Operasi lapor operasi tamat sepenuhnya pada jam 1709 hrs. KEMALANGAN JALAN RAYA DI ALAMAT KM 141, LEBUHRAYA UTARA SELATAN, PERAI, PULAU PINANG TARIKH / MASA PANGGILAN : 29.02.2024 / 0343 HRS MANGSA: 1 X MANGSA LELAKI, BERBANGSA INDIA, BERUMUR 26 TAHUNSTATUS: MENINGGAL DUNIA KEANGGOTAAN: BBP PERAI Catatan : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benarterdapat kemalangan jalanraya melibatkan satu (1) unit kereta jenis Toyota Vios (PJV 8875)yang terbabas dengan sendirinya dan melanggar pembahagi jalan. Terdapat satu (1) orangmangsa iaitu lelaki telah tersepit di ruang pemandu.Tindakan- Komander Operasi membuat"size up" dan mengarahkan anggota dengan PPE lengkap dan peralatan khas " Rescue Tool"melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsatelah berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat dan telah disahkanmeninggal dunia oleh pihak KKM yang berada di lokasi. Kes diserahkan kepada pihak PDRMuntuk tindakan selanjutnya. Komander Operasi lapor operasi tamat sepenuhnya pada Jam0454 hrs.


BERITA KEMATIAN PEGAWAI BOMBA SEMASA BERTUGAS Dukacita dimaklumkan PBK II KUP Mohd Izwanbin Illias (42 tahun) yang bertugas di BalaiBomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth,JBPM Negeri Pulau Pinang yang telah terjatuh kedalam sungai ketika sedang menjalankan ujianpenyelenggaraan Hydraulic power trim enjinbot (kevlar) pada jam 10.10 malam, 22 Februari2024 di Pengkalan Marin, Jeti Sungai MakMandin, Butterworth, Pulau Pinang. MayatAllahyarham berjaya ditemui oleh pasukanBomba pada jam 5.32 petang, 23 Februari 2024di hadapan jeti Pengkalan Marin. Salam takziah kepada seluruh ahli keluargaAllahyarham. Bersama-sama kita mendoakansemoga Allahyarham ditempatkan bersamasama kalangan orang-orang yang beriman danberamal soleh serta rohnya dicucuri rahmat.


SEDUTAN OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SAR) PBK II KUP MOHD IZUAN BIN ILLIAS JENIS KEJADIAN : MENYELAMAT - MANGSA JATUH SUNGAI LOKASI / ALAMAT : PANGKALAN MARIN, JETI SUNGAI MAK MANDIN, BUTTERWORTH, PULAU PINANG. TARIKH : 22.02.2024 / 2220 HRS TINDAKAN : BBP BUTTERWORTH JENTERA BANTUAN : BBP PERAI, BBP BAGAN JERMAL (PPDA), BBP BUKIT MERTAJAM (EMRS),BBP TASEK GELUGOR (EMRS), BBP SUNGAI BAKAP (EMRS DAN BOT), BBP JALAN PERAK (BOT), PPDA ABPM WILAYAH UTARA X 6 ANGGOTA, PPDA KEDAH X 13 ANGOTA, PPDA PERAK X 9 ANGGOTA, UNIT K9 X 2 EKOR ANJING BERSAMA 3 X PEGAWAI, UNIT DRONE X 1 PEGAWAI JUMLAH KEANGGOTAAN : 84 ANGGOTA TERMASUK PEGAWAI KANAN KOMANDER OPERASI : PgKB I KHAIRY BIN SULAIMAN PEGAWAI KANAN YANG HADIR : YAS KPjB DATO' TS. NOR HISHAM BIN MOHAMMAD TPjB NORDIN BIN FAUZI TPjB OTHMAN BIN ABDULLAH PgKB I NORIZAN BIN SAAD PgKB I MOHD SHUKOR BIN FADZIL PgKB II ALI BIN MOHAMAD PgKB II MOHAMAD AMIR BIN AHMAD TAMIZI PgKB II ABDUL RAHIM BIN ISMAIL PgKB II MOHD FAIZAL BIN SULAIMAN PgKB II AMIRUL BIN ABDUL AZIZ PgB SHAHRIZAL BIN SHAARI (UNIT DRONE) PgB MUHAMMAD SYAFIQ BIN NOR AZMAN PgB MOHD ZAIN BIN ABDULLAH ALI PKPgB ZULKIFLI BIN MOHD SAID PKPgB AHMAD SYUKRI BIN HASHIM PKPgB MOHAMED SYAFIQ BIN MOHAMED YUSOF PKPgB MOHAMAD RAFIZI BIN ARAFPIN PPgB MOHD AZRI BIN MAD SAAD PPgB MOHAMAD YAZI BIN TAIB PPgB ZARA 'IM BIN MOHD LAZIM RINGKASAN KEJADIAN : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamattiba di tempat kejadian dan mendapat makluman oleh PegawaiBomba yang bertugas di Jeti Marin memaklumkan terdapat 1 oranganggota Bomba telah terjatuh ke dalam sungai ketika menjalani ujianbot (kevlar) pada anggaran jam 2210 hrs . TINDAKAN YANG DILAKUKAN (AKHIR) : Kerja-kerja mencari danmenyelamat (SAR) telah diaktifkan dengan kekuatan anggotaPasukan PPDA dari JBPM Pulau Pinang (40 Anggota), JBPM Kedah (13 Anggota) dan JBPM Perak (9 Anggota) dan ABPM Wilayah Utara(6 Anggota) bersama 2 ekor Anjing dari Unit Pengesan K9, dibantuoleh Pasukan Unit Drone Bahagian Udara Wilayah Utara (FOBBertam) telah tiba di lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerjapencarian. Operasi dipecahkan kepada 7 pasukan SAR bersama 7buah bot Aluminium Bomba dengan membuat pencarian di sekitarkawasan kejadian dan di kawasan tebing sungai sehingga ke AmpangJajar (Jarak 5km). Pasukan PPDA juga membuat pencarian di dasarsungai di mana lokasi mangsa terjatuh. Operasi juga dibantu olehPasukan Polis bersama 1 Unit Kevlar dan 1 Unit Bot dari PasukanBomba Sukarela. Pada jam 1732 hrs, PKB lapor mangsa telah berjayaditemui di permukaan sungai oleh pasukan PPDA berhampiran lokasimangsa jatuh. Mangsa telah dibawa naik ke jeti dan telah disahkanmeniggal dunia oleh pihak KKM. Mangsa telah diserahkan kepadapihak Polis seterusnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya. Operasitamat pada jam 1853 hrs.


SEDUTAN OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SAR) PBK II KUP MOHD IZUAN BIN ILLIAS


SEDUTAN ISTIADAT DAN PROTOKOL PENGHORMATAN TERAKHIR JENAZAH ALLAHYARHAM PBK II KUP MOHD IZUAN BIN ILLIAS


SUDUT INFORMASI CUACA PANAS DAN KERING SEHINGGA HUJUNG MAC 2024Berdasarkan info cuaca daripada MetMalaysia yang dikeluarkan pada 13Februari 2024, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yangdijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024. Dalam tempoh ini,litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakantempat, terutamanya di kawasan Utara Semenanjung termasuk Perak, Pahangdan Kelantan. Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkancuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.Cuaca panas yang dialamipada ketika ini adalah satu fenomena berulang yang berlaku saban tahun padasetiap Februari hingga Mei. Dalam tempoh ini, suhu maksimum harian bolehmelebihi 35°C pada awal petang. Setakat ini, suhu tertinggi yang dicatatkanoleh stesen meteorologi utama MET Malaysia adalah 36.9°C, iaitu di Chuping,Perlis pada 8 Februari lalu. Berikutan fenomena El Nino kuat yang sedangmelanda dunia pada ketika ini, dijangkakan suhu maksimum harian di negarakita boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat. Musim panas yang dialami negara pada ketika ini menyebabkan orang ramaidiserang tanda awal strok haba dan jika dibiarkan akan mengakibatkanserangan strok haba yang boleh membawa maut. Anggota-anggota Bombaberisiko tinggi mengalami serangan strok haba sewaktu menjalankan tugastugas pengoperasian. Oleh yang demikian, semua anggota dinasihatkansupaya menjaga kesihatan diri dan minum air secukupnya bagi mengelakkanterjadinya strok haba. Di musim panas sebegini, pihak Bomba di seluruhMalaysia “meriah” dengan panggilan kebakaran terbuka seperti hutan, lalang,belukar, tanah gambut. Masyarakat juga dinasihatkan agar tidak melakukansebarang aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelakkan keadaan menjadilebih buruk.


SUDUT INFORMASI AMBIL PEDULI CUACA PANAS PENYAKIT BERKAITAN CUACA PANAS TANDA-TANDA AWAL STROK HABA


Click to View FlipBook Version