JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT BULETIN EDISI MEI 2024
KANDUNGAN 1. Statistik Panggilan Kecemasan Sepanjang Bulan Mei 2024 2. Statistik Mangsa Kebakaran Dan Penyelamatan 3. Taksiran Kerugian Harta Dan Harta Yang Diselamatkan 4. Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Tahun 2024 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang 5. Latihan Simulasi Bencana Industri Negeri Pulau Pinang (Ex-Helang) Tahun 2024 6. Sesi Post-Morterm Kebakaran Rumah Kedai Di Balik Pulau 7. Lawatan Kerja Pegawai Malaysia Airport Fire Rescue Servis (AFRS) Pulau Pinang Ke Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pulau Pinang 8. Gotong-Royong Perdana Beserta Dengan Kempen Pengumpulan Barangan Terpakai & Kitar Semula Jbpm Negeri Pulau Pinang 9. Sedutan Operasi Kebakaran Sepanjang Bulan Mei 2024 10. Sedutan Operasi Penyelamatan Sepanjang Bulan Mei 2024 11. Sudut Informasi
RUMUSAN PANGGILAN KECEMASAN SEPANJANG BULAN MEI 2024 160 68 0 PANGGILAN KEBAKARAN PANGGILAN PENYELAMATAN PANGGILAN PALSU PANGGILAN TUGAS-TUGAS KHAS 357 585 JUMLAH PANGGILAN SEPANJANG BULAN APRIL 2024 PANGGILAN KEBAKARAN 27 % PANGGILANPENYELAMATAN61 %PANGGILAN TUGAS KHAS 12 %
STATISTIK PANGGILAN KECEMASAN BULAN MEI 2024 PANGGILANPALSUPANGGILAN TUGAS-TUGAS KHAS PANGGILAN PENYELAMATAN PANGGILAN KEBAKARAN JUMLAH PANGGILAN BIL BALAI 1 BBP JALAN PERAK 76 11 58 7 02 BBP BAGAN JERMAL 37 10 22 5 03 BBP LEBUH PANTAI 20 9 9 2 04 BBP PAYA TERUBONG 37 8 28 1 05 BBP BAYAN BARU 46 13 23 10 06 BBP TELUK BAHANG 9 0 8 1 07 BBP BALIK PULAU 29 5 23 1 08 BBP SERI BALIK PULAU 16 5 9 2 09 BBP PERAI 62 14 42 6 010 BBP BANDAR PERDA 29 8 20 1 011 BBP BUKIT MERTAJAM 24 9 13 2 012 BBP PENANTI 22 11 9 2 013 BBP SUNGAI BAKAP 18 7 9 2 014 BBP BATU KAWAN 19 1 18 0 015 BBP NIBONG TEBAL 35 20 11 4 016 BBP BUTTERWORTH 40 11 24 5 017 BBP KEPALA BATAS 27 11 10 6 018 BBP KUALA MUDA 10 0 7 3 019 BBP TASEK GELUGOR 20 5 14 1 020 BBP BERTAM 9 2 0 7 0JUMLAH 585 160 357 68 0
MANGSA KEBAKARAN DAN PENYELAMATAN SEPANJANG BULAN MEI 2024 MANGSA KEBAKARAN SEPANJANG BULAN APRIL MANGSA PENYELAMATAN SEPANJANG BULAN APRIL
STATISTIK MANGSA KEBAKARAN DAN PENYELAMATAN BULAN MEI 2024 KEBAKARAN PENYELAMATANBIL BALAI MATI CEDERA SELAMAT MATI CEDERA SELAMAT1 BBP JALAN PERAK 0 0 1 0 4 12 2 BBP BAGAN JERMAL 0 0 0 1 0 13 3 BBP LEBUH PANTAI 0 0 0 1 0 04 BBP PAYA TERUBONG 0 0 0 0 1 165 BBP BAYAN BARU 0 0 0 1 2 7 6 BBP TELUK BAHANG 0 0 0 0 1 1 7 BBP BALIK PULAU 0 0 0 1 0 1 8 BBP SERI BALIK PULAU 3 0 1 0 2 1 9 BBP PERAI 0 0 0 1 0 910 BBP BANDAR PERDA 0 0 0 0 0 3 11 BBP BUKIT MERTAJAM 0 0 0 1 0 012 BBP PENANTI 0 0 0 0 0 3 13 BBP SUNGAI BAKAP 0 0 0 0 0 1 14 BBP BATU KAWAN 0 0 0 0 0 2 15 BBP NIBONG TEBAL 0 0 0 1 2 016 BBP BUTTERWORTH 0 0 0 0 0 7 17 BBP KEPALA BATAS 0 1 0 0 2 418 BBP KUALA MUDA 0 0 0 1 0 019 BBP TASEK GELUGOR 0 0 0 0 0 1 20 BBP BERTAM 0 0 0 0 0 0JUMLAH 3 1 2 8 14 81
NILAI TAKSIRAN KERUGIAN DAN NILAI DISELAMATKAN BULAN MEI 2024 NILAI KERUGIAN RM 2,990,149.4677% NILAI DISELAMATKAN RM 9,734,269.98 23%
STATISTIK NILAI TAKSIRAN KERUGIAN / DISELAMATKAN BULAN MEI 2024 TAKSIRAN DISELAMATKAN(RM) TAKSIRAN KERUGIAN (RM) BIL BALAI 1 BBP JALAN PERAK 14,400.00 949,600.00 2 BBP BAGAN JERMAL 37,400.00 938,300.00 3 BBP LEBUH PANTAI 16,400.00 291,900.00 4 BBP PAYA TERUBONG 6,100.00 204,640.00 5 BBP BAYAN BARU 45,430.46 545,748.98 6 BBP TELUK BAHANG 0 0 7 BBP BALIK PULAU 1,800.00 6,200.00 8 BBP SERI BALIK PULAU 1,372,300.00 689,700.00 9 BBP PERAI 352,550.00 1,694,450.00 10 BBP BANDAR PERDA 8,320.00 282,180.00 11 BBP BUKIT MERTAJAM 124,350.00 291,150.00 12 BBP PENANTI 240,140.00 233,860.00 13 BBP SUNGAI BAKAP 17,300.00 963,700.00 14 BBP BATU KAWAN 1,000.00 0 15 BBP NIBONG TEBAL 569,119.00 750,181.00 16 BBP BUTTERWORTH 81,100.00 335,400.00 17 BBP KEPALA BATAS 94,240.00 895,460.00 18 BBP KUALA MUDA 0 0 19 BBP TASEK GELUGOR 5,700.00 660,300.00 20 BBP BERTAM 2,500.00 1,500.00 JUMLAH 2,990,149.46 9,734,269.98
AKTIVITI BAHAGIAN OPERASI BULAN MEI 2024MAJLIS JALINAN MESRA AIDILFITRI TAHUN 2024 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG 07 Mei 2024 (Selasa) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda. Majlis bermula pada jam 8.00 malam. Majlis diserikan dengan kehadiran Pemangku Pengarah JBPM Pulau Pinang PPjB Ts. Zulfahmi Bin Sutaji. Turut hadir adalah tetamutetamu jemputan dari kalangan rakan agensi dan pihak berkepentingan serta warga JBPM Pulau Pinang bersama keluarga. Selain itu, antara aktiviti lain yang diadakan adalah pertandingan gerai/boot tercantik, pameran jentera bomba, pertunjukan bunga api dan pemberian sumbangan duit raya kepada anak-anak daripada kalangan warga JBPM Pulau Pinang.
AKTIVITI BAHAGIAN OPERASI BULAN MEI 2024LATIHAN SIMULASI BENCANA INDUSTRI NEGERI PULAU PINANG (EX-HELANG) TAHUN 2024 TARIKH : 21 MEI 2024 (SELASA) TEMPAT : PERAI BULK CARGO TERMINAL (PBCT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang telah turut serta di dalam Latihan Simulasi Bencana Industri Negeri Pulau Pinang (Ex-Helang) Tahun 2024. Latihan simulasi ini telah dirasmikan serta disaksikan oleh Y.A.B Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.Objektif utama latihan simulasi bencana yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan kecekapan interagensi dalam menghadapi bencana industri di Negeri Pulau Pinang. Simulasi ini lebih menumpukan kepada keberkesanan Pelan Kecemasan Luar Tapak di Pepasangan Bahaya Besar. Ia juga sebagai usaha untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran mengenai pengurusan bencana di kalangan agensi responder sejajar dengan Arahan MKN 20 yang menekankan kepentingan perancangan bencana dan penanganan yang efisien. Selain itu juga latihan ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta dalam menghadapi bencana industri. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai dan anggota JBPM Pulau Pinang yang terlibat dalam menjayakan latihan simulasi kali ini.
AKTIVITI BAHAGIAN OPERASI BULAN MEI 2024SESI POST-MORTERM KEBAKARAN RUMAH KEDAI TARIKH : 27 MEI 2024 (ISNIN) TEMPAT : BILIK MESYUARAT PUSAT GERAKAN OPERASI Sesi Post-Morterm Kebakaran Rumah Kedai yang berlaku di Jalan Balik Pulau, Pulau Pinang pada 25 Mei 2024 yang lalu telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Gerakan Operasi, JBPM Pulau Pinang. Mesyuarat ini telah di Pengerusikan oleh PgKB I Khairy Bin Sulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri JBPM Pulau Pinang. Turut hadir adalah PgKB II Mohamad Amir Bin Ahmad Tamizi, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Bahagian Operasi Negeri JBPM Pulau Pinang, PKPgB Mohd Hafifi Bin Roslan, Pegawai Pusat Gerakan Operasi JBPM Pulau Pinang, PPgB Mohd Faris Bin Mansor, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau bersama semua anggota yang terlibat semasa kebakaran.
AKTIVITI BAHAGIAN OPERASI BULAN MEI 2024LAWATAN KERJA PEGAWAI MALAYSIA AIRPORT FIRE RESCUE SERVIS (AFRS) PULAU PINANG KE PUSAT GERAKAN OPERASI (PGO) JBPM PULAU PINANG TARIKH : 29 MEI 2024 (RABU) TEMPAT : PUSAT GERAKAN OPERASI JBPM NEGERI PULAU PINANG Seramai 2 orang pegawai daripada Malaysia Airport Fire Rescue Servis (AFRS) Pulau Pinang telah hadir membuat lawatan ke Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Negeri Pulau Pinang. Kehadiran pegawai ini telah disambut oleh PgB Muhd Sabri Bin Jamalludin, Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi, JBPM Pulau Pinang dan pegawai yang bertugas. PgB Muhd Sabri Bin Jamalludin turut memberikan penerangan berkaitan pengoperasian di Pusat Gerakan Operasi (PGO) kepada pegawai-pegawai dari Malaysia Airport Fire Rescue Servis (AFRS) Pulau Pinang.Objektif lawatan ini adalah untuk mengeratkan jalinan kerjasama dan perkongsian maklumat antara Malaysia Airport Fire Rescue Servis (AFRS) Pulau Pinang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang.Turut hadir adalah PgKB I Khairy Bin Sulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Pulau Pinang.
AKTIVITI BAHAGIAN OPERASI BULAN MEI 2024GOTONG-ROYONG PERDANA BESERTA DENGAN KEMPEN PENGUMPULAN BARANGAN TERPAKAI & KITAR SEMULA JBPM NEGERI PULAU PINANG TARIKH : 31 MEI 2024 (JUMAAT) TEMPAT : IBU PEJABAT JBPM NEGERI PULAU PINANG Pegawai-Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang turut serta dalam gotong-royong perdana beserta kempen pengumpulan barangan terpakai & kitar semula peringat Ibu Pejabat JBPM Pulau Pinang. Aktiviti gotong royong perdana ini bermula jam 9.00 pagi serentak diadakan di Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang, Pejabat Zon dan semua balai. Antara pengisian program adalah senamrobik, jamuan secara potluck, gotong-royong dan pengumpulan barangan terpakai & kitar semula. Turut hadir adalah Pemangku Pengarah JBPM Pulau Pinang PPjB Ts. Zulfahmi Bin Sutaji.
SEDUTAN OPERASI KEBAKARAN BULAN MEI 2024 JENIS INSIDEN: KEBAKARAN KEDAI TARIKH / MASA PANGGILAN: 14.05.2024 / 2332HRS ALAMAT : JALAN BATU MAUNG, BATU MAUNG, PULAU PINANG KEANGGOTAAN: BBP BAYAN BARU , BBP SERI BALIK PULAU (BANTUAN) MANGSA: TIADA Ringkasan Kejadian : Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan satu (1) unit kedai (Kelas C) dengan anggaran keluasan 20 x 15 kps. Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah sebanyak 90% dan tiada mangsa yang terlibat. Komander Operasi membuat "size up" dan mengarahkan anggota dengan PPE lengkap menjalakan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman. Kebakaran dapat dikawal pada jam 2353 hrs dan telah dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 0015 hrs. Pasukan Bomba seterusnya melakukan kerja-kerja "overhaul" bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain. Komander Operasi lapor operasi tamat sepenuhnya pada jam 0044 hrs dan menyerahkan lokasi kepada pihak FIO untuk tindakan selanjutnya.
SEDUTAN OPERASI KEBAKARAN BULAN MEI 2024 JENIS INSIDEN: KEBAKARAN RUMAH KEDAI (KELAS A) TARIKH / MASA PANGGILAN: 25.05.2024 / 0706HRS ALAMAT: NO 40, PERNIAGAAN SAIDA MOHAMED, JALAN BALIK PULAU, PULAU PINANG. MANGSA: 4 ORANG Maklumat mangsa :- 1. Lelaki/ 30/ India Muslim/ Warganegara - Selamat 2. Lelaki/ 33/ India Muslim/ Warganegara - Meninggal Dunia 3. Wanita/ 58/ India Muslim/ Warganegara - Meninggal Dunia 4. Wanita/ 20/ India Muslim/ Warganegara - Meninggal Dunia KEANGGOTAAN: BBP SERI BALIK PULAU , BBP BALIK PULAU (BANTUAN) KOMANDER OPERASI: PPgB MOHD FARIS BIN MANSOR Catatan: Kebakaran melibatkan satu (1) unit rumah kedai (2) tingkat (Kelas A) dengan anggaran keluasan 20 x 60 kps. Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran semasa adalah sebanyak 70%. Terdapat (4) orang mangsa ( 3 orang mangsa terperangkap di dalam bangunan di tingkat bawah dan 1 mangsa selamat). Ketiga - tiga (3) mangsa yang terperangkap telah meninggal dunia dan telah disahkan oleh Pihak KKM. Lokasi diserahkan kepada Pihak FIO dan kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
SEDUTAN OPERASI KEBAKARAN BULAN MEI 2024 JENIS INSIDEN: KEBAKARAN SEKOLAH (KANTIN) TARIKH / MASA PANGGILAN: 25.05.2024 / 1856 HRS ALAMAT: SK SEBERANG JAYA, PERSIARAN SIAKAP, SEBERANG JAYA, PULAU PINANG. MANGSA: TIADA KEANGGOTAAN: BBP PERAI KOMANDER OPERASI: PBK II 13030 NOOR SAKILA BT SAID Catatan: Kebakaran melibatkan sebuah kantin di dalam bangunan sekolah dengan anggaran keluasan 20 x 70 kps. Kebakaran telah dipadamkan oleh orang awam dan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran 20% dan tiada mangsa yang terlibat. Komander Operasi membuat "size up" dan mengarahkan anggota dengan PPE lengkap menjalakan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman. Kebakaran dapat dikawal pada jam 1906 hrs. Pasukan Bomba seterusnya melakukan kerja-kerja "overhaul" bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain. Komander Operasi lapor operasi tamat sepenuhnya pada jam 1936 hrs dan menyerahkan lokasi kepada pihak FIO untuk tindakan selanjutnya.
SEDUTAN OPERASI KEBAKARAN BULAN MEI 2024 JENIS INSIDEN: KEBAKARAN RUMAH (KELAS B) TARIKH / MASA PANGGILAN: 31.05.2024 / 0422 HRS ALAMAT: 4550 KAMPUNG PERTAMA, PERMATANG PAUH, PULAU PINANG. MANGSA: TIADA KEANGGOTAAN: BBP PENANTI, BBP BANDAR PERDA, BBP PERAI, BBP KEPALA BATAS (BANTUAN) KOMANDER OPERASI: PBK II 6440 AZAHARI BIN AHMAD Catatan: Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benar kebakaran melibatkan satu (1) unit rumah (2) tingkat (Kelas B) berkeluasan 50 x 60 kps dengan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 80%. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat. Komander Operasi membuat "size up" dan mengarahkan anggota dengan PPE lengkap menjalakan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman. Kebakaran dapat dikawal pada jam 0449 hrs. Kebakaran telah dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 0507 hrs. Komander Operasi lapor operasi tamat sepenuhnya pada jam 0545 hrs dan menyerahkan lokasi kepada pihak FIO untuk tindakan selanjutnya.
SEDUTAN OPERASI KEBAKARAN BULAN MEI 2024 JENIS INSIDEN : KEBAKARAN BENGKEL TARIKH / MASA PANGGILAN : 31.05.2024 / 1830 HRS ALAMAT : 1382 MUKIM 18 JALAN BUKIT TEH - KAMPUNG BUKIT THE, BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG. KEANGGOTAAN : BBP BUKIT MERTAJAM KOMANDER OPERASI : PBK II 9818 MOHD SHARIFF BIN MD RAIS Catatan: Kebakaran melibatkan sebuah bengkel memproses kerisik separuh kekal (Kelas B) berkeluasan 40 x 20 kps dengan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 60%. Kebakaran juga turut melibatkan 2 unit mesin memproses krisik/ cili dengan anggaran kemusnahan kebakaran 20%. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat. Komander Operasi membuat "size up" dan mengarahkan anggota dengan PPE lengkap menjalakan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman operasi turut dibantu oleh PBS berdekatan. Kebakaran dapat dikawal pada jam 1900 hrs. Kebakaran telah dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 1915 hrs. Komander Operasi lapor operasi tamat sepenuhnya pada jam 1949 hrs dan menyerahkan lokasi kepada pihak FIO untuk tindakan selanjutnya.
SEDUTAN OPERASI PENYELAMATAN BULAN MEI 2024 JENIS INSIDEN: KEMALANGAN JALAN RAYA TARIKH / MASA PANGGILAN: 14.05.2024 / 2335 HRS ALAMAT: LBR TUN DR LIM CHONG EU, GEORGETOWN, PULAU PINANG. MANGSA: 6 ORANG Kenderaan Perodua Bezza :- Mangsa Pertama ( Wanita /India/ 40 An/Cedera Parah Dan Tersepit) Mangsa Kedua ( Lelaki /India/ 60 An/Cedera Ringan) Mangsa Ketiga ( Wanita /India/ 20 An/Cedera Ringan) Kenderaan Bmw:- Mangsa Keempat ( Lelaki /Cina/ 30 An/Cedera Parah) Kenderaan Toyota Estima :- Mangsa Kelima ( Tidak Dapat Dikenalpasti / Selamat) Kenderaan Motosikal Modenas :- Mangsa Keenam ( Lelaki /Cina/ 30 An/Cedera Parah) KEANGGOTAAN: BBP JALAN PERAK Catatan: Kemalangan jalan raya melibatkan 4 buah kenderaan iaitu 3 buah kereta dan 1 buah motosikal. Kenderaan yang terlibat adalah sebuah kereta jenis Perodua Bezza (PPV 3160), sebuah kereta jenis BMW (SS18 Y ), sebuah kereta jenis Toyota Estima (DDP 2155) dan sebuah motosikal jenis modenas (PNE 4832). Terdapat enam (6) orang mangsa di lokasi dan 1 mangsa dari kenderaan Perodua Bezza telah tersepit di ruangan pemandu dan telah berjaya dikeluarkan pada jam 0004 Hrs.
SEDUTAN OPERASI PENYELAMATAN BULAN MEI 2024 JENIS INSIDEN: KEMALANGAN JALAN RAYA TARIKH / MASA PANGGILAN: 15.05.2024 / 1234 HRS ALAMAT: BERHAMPIRAN EASTIN HOTEL, BAYAN BARU, PULAU PINANG. MANGSA: 2 ORANG MANGSA LELAKI STATUS: CEDERA DI BAHAGIAN KAKI KEANGGOTAAN: BBP BAYAN BARU Catatan: Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benar kemalangan jalan raya melibatkan 2 buah lori bernombor pendaftaran (PQP 3962) dan (VKT 995). Terdapat dua (2) orang mangsa yang terlibat iaitu satu (1) orang lelaki berbangsa melayu berumur 60 tahun tersepit di ruang pemandu manakala satu (1) orang lagi telah dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan selamat sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat. Kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa telah berjaya dikeluarkan pada jam 1253 Hrs dan diberikan rawatan awal oleh Unit EMRS. Komander operasi lapor operasi tamat sepenuhnya pada jam 1309 Hrs.
SEDUTAN OPERASI PENYELAMATAN BULAN MEI 2024 JENIS INSIDEN: MANGSA HILANG DI HUTAN (BANTUAN POLIS) TARIKH / MASA PANGGILAN: 19.05.2024 / 0747 HRS ALAMAT: HILL TOP BATU KAWAN, BATU KAWAN, PULAU PINANG. MANGSA: 1 X MANGSA LELAKI BERBANGSA MELAYU STATUS : SELAMAT KEANGGOTAAN: BBP BATU KAWAN DAN PASUKAN KHAS (STORM, MUST DAN UNIT K9) KOMANDER OPERASI: PGKB I KHAIRY BIN SULAIMAN (PINANG 03) PEGAWAI KANAN YANG HADIR: PGKB II AZHAR BIN HAMAT (KETUA ZON 3) PGKB II MOHAMAD AMIR BIN AHMAD TAMIZI (PINANG 04) PPGB MOHD KHAIRUL ANUAR BIN KAMARUDDIN (BKN 01) TPGB II MOHD SUFIAN BIN HASSAN (PRI 01@ PEGAWAI MUST) TPGB II AZRUL KHAIRI BIN ABU BAKAR (BBU 01) PPGB ZARA'IM BIN MOHD LAZIM (PEGAWAI STORM) PPGB MOHAMAD ZAIDI BIN ROSALAIN (PEGAWAI STORM) LAPORAN AKHIR (22.05.2024) Catatan: Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati benar 1 mangsa sesat di dalam hutan. Kerja-kerja mencari dan menyelamat telah dijalankan. Kerja – kerja mencari dan menyelamat dilakukan dengan pembahagian kepada 3 sektor (A,B dan C) yang turut disertai oleh Pasukan Khas Unit STORM & MUST serta agensi luar dari PDRM dan APM. Kawasan pencarian dilakukan di laluan pendakian, kawasan puncak bukit dan juga di persisir pantai. Unit Pengesan K9 JBPM dan Unit Dron PDRM juga digunakan bagi kerja – kerja pencarian. Pada jam 1436 hrs, mangsa telah dijumpai oleh orang awam berhampiran jeti nelayan belakang SMK Batu Kawan dalam keadaan lemah (selamat) dan diserahkan kepada Pihak KKM untuk menerima rawatan selanjutnya.
SUDUT INFORMASI BENDERA RASMI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
1. Bendera JBPM terbahagi kepada 2 bahagian, 3 segi berwarna merah dengan logo jabatan, jalur kuning dan biru dalam satu 3 segi yang lain. 2. Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi di kalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara. 3. 15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah jabatan bomba dan penyelamat negeri-negeri. 4. Jalur kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhdmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada pelanggan dan “stakeholders” ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara. 5. Jalur biru melambangkan air yang digunakan sebagai media pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.
LOGO RASMI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
1. Bahagian atas logo JBPM, terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja jabatan. 2. Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel jabatan yang memberikan perkhidmatan yang profesional. 3. Tiga butir bunga padi disusun berlapis sembilan dalam dua lingkaran melambangkan sembilan Negeri Beraja, kuasa jabatan untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan juga kemakmuran negara. 4. Ikatan tali ‘clove’ melambangkan jabatan menjalankan kerja-kerja penyelamatan. 5. Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, manakala warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada komuniti.