The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT BERSAMA KETUA-KETUA BALAI BIL.1 TAHUN 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT BERSAMA KETUA-KETUA BALAI BIL.1 TAHUN 2024

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT BERSAMA KETUA-KETUA BALAI BIL.1 TAHUN 2024

Minit Mesyuarat Pengurusan Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat Bersama Ketua Balai Bil. 1/2024 1 MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT BERSAMA KETUA-KETUA BALAI BIL. 1/2024 Tarikh : 06 OKTOBER 2024 Masa : 2.00 PETANG Tempat : BILIK MESYUARAT PUSAT GERAKAN OPERASI, JBPM NEGERI PULAU PINANG SENARAI KEHADIRAN : 1. PgKB I Khairy bin Sulaiman Pengerusi Penolong Pengarah Bahagian Operasi 2. PgKB II Mohamad Amir bin Ahmad Tamizi Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai 3. PgB Muhd Sabri bin Jamalludin Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi 4. PgB Nafis Ariff bin Abdullah Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai 5. PKPgB Helmie Junaidie bin Sulaiman Ketua Cawangan Pengurusan Logistik 6. PKPgB Ahmad Nazri bin Zakariah Ketua Cawangan Pengurusan PBS/PBB 7. PKPgB Mohd Zaidi bin Mohd Rejab Cawangan Pusat Gerakan Operasi 8. PKPgB Mohd Hafifi Bin Roslan Cawangan Pusat Gerakan Operasi 9. PPgB Mohammad Affis bin Zakaria Cawangan Pusat Gerakan Operasi 10. TPgB I A'azelan bin Hassan BBP Jalan Perak


Minit Mesyuarat Pengurusan Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat Bersama Ketua Balai Bil. 1/2024 2 11. TPgB II (KUP) Mohd Fauzi bin Suid @ Shuaib BBP Bandar Perda 12. PKPgB Mohamad Rafizi Bin Arafpin BBP Bagan Jermal 13. PKPgB Mohd Shakir bin Abdullah BBP Paya Terubong 14. PKPgB Mohamad Tarmizi bin Abdul Salam BBP Sungai Bakap 15. PKPgB Mohd Razlan bin Khalid BBP Butterworh 16.PKPgB Ahmad Shukri Bin Hashim BBP Kepala Batas 17.PPgB Mahadzir Bin Magribi BBP Lebuh Pantai 18.PPgB Mohd Farid bin Idris BBP Teluk Bahang 19.PPgB Mohd Faiz Bin Helmi BBP Seri Balik Pulau 20.PPgB Mass Rafiuddin bin Mass Ariffin BBP Bukit Mertajam 21.PPgB Noor Asfariza binti Mohamad Abdul Kadir BBP Batu Kawan 22.PPgB Mohd Khairul Anuar bin Kamaruddin BBP Nibong Tebal 23.PPgB Mohamad Yazi bin Taib BBP Tasek Gelugor 24.Ahmad Muhaimin bin Abdul Manaf BBP Kuala Muda 25.PBT II Mohd Salleh bin Kadim BBP Penanti 26.PBT II Mohd Asri bin Abdul Wahab BBP Penanti


Minit Mesyuarat Pengurusan Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat Bersama Ketua Balai Bil. 1/2024 3 27.PBT II Supiahtul Kamaliah binti Saad BBP Bertam 28.PBT II Mohamad Yusup bin Yahaya Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai 29.PBK I Roozaidie bin Ibrahim BBP Bayan Baru 30.PBK I Muhammad Isharuddin bin Ismail Cawangan Pengurusan Logistik 31.PBK I (KUP) Fairus bin Omar BBP Balik Pulau 32.PB Tunku Ahmad Nasaruddin bin T Abdul Manan Cawangan Pengurusan PBS/PBB 33.PB Muhamad Shayuti Bin Shamsudin Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Urus setia/Pencatat minit BIL PERKARA TINDAKAN 1 UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memberi salam dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir kerana dapat meluangkan masa bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini. 1.2 Pengerusi memaklumkan Sistem Tugasan Balai (STB) akan dilaksanakan di setiap balai JBPM Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa pada 15 Oktober 2024 seperti surat dari Ibu Pejabat JBPM. Semua KC/Ketua Balai 1.3 Pengerusi memperkenalkan PKPgB Ahmad Nazri bin Zakariah sebagai Ketua Cawangan PBS/PBB yang baru kepada semua. Makluman 1.4 Pengerusi memaklumkan Unit Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang melalui info dari MET Malaysia maklum peralihan Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 dijangka bermula pada November 2024 dan berterusan sehingga pertengahan tahun 2025 dan meminta balai-balai untuk bersiapsiaga dari segi keanggotaan dan logistik agar berada dalam keadaan baik. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua balai kerana telah menghantar laporan bencana. Ketua Balai


Minit Mesyuarat Pengurusan Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat Bersama Ketua Balai Bil. 1/2024 4 BIL PERKARA TINDAKAN 1.5 Pengurusi memaklumkan pada tahun ini JBPM Negeri Pulau Pinang banyak terlibat dengan latihan pengurusan bencana dan mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program. Makluman 1.6 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada BBP Bayan Baru yang menerima lawatan dari delegrasi Hong Kong, kepada BBP Bagan Jermal kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Video Integriti dan kepada TPgB I A'azelan bin Hassan, telah menerima Anugerah Pegawai Cemerlang Integriti. Makluman 1.7 Pengerusi memaklumkan kepada semua Arahan MKN No. 20 telah diganti kepada Arahan NADMA No 1 : Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara dan mohon semua untuk membaca. Semua KC/Ketua Balai 1.8 Pengerusi memaklumkan Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat bersama dengan Bahagian Keselamatan Kebakaran akan melaksanakan naziran kepada semua balai. Semua KC/Ketua Balai 1.9 Pengerusi memaklumkan semasa mesyuarat PPON baru-baru ini, YAS Dato’ KP menekankan kepada semua negeri supaya menggunakan teknologi baru dan menjalinkan kerjasama yang baik dengan agensi lain. Dalam mesyuarat itu juga YAS Dato’ KP meminta penambahbaikan kepada semua balai seperti memastikan keselesaan persekitaran balai, kebersihan dan landskap. Semua KC/Ketua Balai 1.10 Pengerusi juga memaklumkan bahawa ramai anggota tidak patuh BMI hasil dari ujian kecergasan jasmani dan beliau menggalakkan balai-balai melakukan aktiviti sukan. Semua Ketua Balai 1.11 Pengerusi mengigatkan kepada semua supaya memberi peringatan kepada pemandu jentera dan utiliti agar berhati-hati dan memandu secara berhemah serta bertanggung jawab semasa pemanduan. Memastikan checklist, pemeriksaan kenderaan dititik beratkan. Semua Ketua Balai 1.12 Pengerusi memaklumkan cadangan persempadanan balai yang baru diterima oleh Bahagian Operasi dari semua balai tiada perubahan. Pengerusi juga memaklumkan akan mengadakan satu pembentang berkaitan persempadanan balai kepada Timbalan Pengarah dan memohon kepada semua balai untuk membuat persediaan, tarikh akan ditetapkan kemudian. Semua Ketua Balai 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Minit Mesyuarat Pengurusan Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat Bersama Ketua Balai Bil. 1/2024 5 BIL PERKARA TINDAKAN 2.1 Minit Mesyuarat Pengurusan Bahagian Operasi bersama Ketua-ketua Balai Bil. 2/2023 dicadangkan oleh TPgB I A'azelan bin Hassan dan disokong oleh Mohamad Tarmizi bin Abdul Salam dengan pindaan sekiranya ada. 3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada 4 PEMBENTANGAN OLEH KETUA CAWANGAN PENGURUSAN OPERASI DAN BALAI 4.1 Ketua Cawangan POB telah membentangkan perkara berikut: i) Statistik panggilan kecemasan JBPM Negeri Pulau Pinang tahun 2024; ii) Laporan pencapaian KPI Response Time sehingga suku tahun ke-3; iii) Status penghantaran laporan Objektif Kualiti dan 4 Element 9 Perkara, status penghantaran laporan Pra Insiden (RPI) dan Kajian Kawasan; iv) Statistik Salinan Laporan Kebakaran/Kecemasan (SLKK); v) Permohonan Khidmat Khas Berbayar; vi) Status kemalangan kenderaan Jabatan tahun 2024; vii) Status Pasukan Khas dan pemandu kenderaan khas; viii) Pengurusan kuarters JBPM Negeri Pulau Pinang tahun 2024; dan ix) Pengurusan sumber air dan pili bomba. Makluman 4.2 Pengerusi mengingatkan supaya balai-balai membuat kajian semula punca ketidakcapaian KPI Response Time dan membuat semula penetapan zon. Ketua Balai 5 PEMBENTANGAN OLEH KETUA CAWANGAN PGO 5.1 Ketua Cawangan PGO telah membentangkan perkara berikut: i) Status Terminal GIRN JBPM Negeri Pulau Pinang; ii) Laporan Ujian Radio Komunikasi; dan iii) Status kekerapan penggunaan kenderaan utiliti di bahagian, zon dan balai. Makluman 6 PEMBENTANGAN OLEH KETUA CAWANGAN PENGURUSAN LOGISTIK Ketua Cawangan Logistik telah membentangkan perkara berikut: i) Agihan stok-stok Jabatan ke balai-balai tahun 2024; ii) Pembaikan peralatan tahun 2024; dan iii) Perancangan pembaikan peralatan tahun 2025. Makluman


Minit Mesyuarat Pengurusan Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat Bersama Ketua Balai Bil. 1/2024 6 BIL PERKARA TINDAKAN 7 PEMBENTANGAN OLEH KETUA CAWANGAN PENGURUSAN BOMBA SUKARELA/ BOMBA BANTUAN 7.1 Ketua Cawangan PBS/PBB telah membentangkan perkara berikut: i) Statistik aktiviti PBS tahun 2024; dan ii) Status keanggotaan PBB di balai-balai. Makluman 7.2 Mesyuarat dibentangkan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KKP) seperti berikut: i) Pelaporan kemalangan dan kecederaan anggota; ii) Pengungsian bangunan; iii) Pemeriksaan tempat kerja, premis/bangunan, jentera, pengurusan bahan berbahaya; dan iv) Peruntukakan kesihatan serta kebajikan pekerja/anggota. Makluman 7.3 Pengerusi mengingatkan supaya balai-balai melaksanakan latihan pengungsian bangunan diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali dan laporan perlu dihantar untuk direkod. Beliau juga mengigatkan balai-balai supaya menjalankan pemeriksaan berkala ke atas bangunan balai dan pemeriksaan harian jentera mengikut checklis yang ditetapkan serta penyelenggaraan berjadual bagi memastikan sistem kerja yang selamat. Ketua Balai 8 TAKLIMAT SISTEM TUGASAN BALAI (STB) 8.1 PgB Mohd Zain Bin Abdullah Ali telah menyampaikan taklimat berkaitan perlaksanaan Sistem Tugasan Balai (STB). Semua KC/Ketua Balai 9 PENANGGUHAN MESYUARAT 9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan berharap semua tindakan yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kali ini dapat dilaksanakan. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 5.30 petang. Minit Mesyuarat Disediakan Oleh: Urusetia Mesyuarat Pengurusan Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bersama Ketua - Ketua Balai JBPM Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2024


Click to View FlipBook Version