The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ka Mi, 2023-03-14 21:17:39

Buku Pengurusan SK Rompin 2023/2024

By Team Digital

Lampiran HEM 2023/24 - 1 JAWATANKUASA BERTINDAK KEBERSIHAN PERINGKAT SEKOLAH OBJEKTIF 1. Mewujudkan iklim serta sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria. 2. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum. 3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan. 4. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian. 5. kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah. 6. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah. SKOP DAN BIDANG TUGAS 1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan. Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah. Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan dengan agensi-agensi yang berkaitan. Menentukan keperluan-keperluan keersihan untuk kesejahteraan murid-murid sekolah. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam pendidikan kebersihan. Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dengan perjanjian kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama, pemberkal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah. 2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan murid. 3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan sekolah. 4. Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah. 5. Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan. 6. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain. 7. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan. 8. Menyedia dan membuat laporan berkala.


Lampiran HEM 2023/24 - 2 JAWATANKUASA BERTINDAK KESIHATAN SEKOLAH MATLAMAT Melahirkan warga sekolah yang sihat dan berkualiti. Situasi memberangsangkan dapat meningkatkan proses pembelajaran di sekolah dan seterusnya dapat membentuk warga negara yang sihat dan berketrampilan. OBJEKTIF 1. Melahirkan murid yang berperibadi unggul menerusi pemupukan pengetahuan sikap dan amalan yang berkekalan dalam sapek kesihatan. 2. Mewujudkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 3. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Kesihatan Sekolah. SKOP DAN BIDANG TUGAS 1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Program Pembangunan Kesihatan Murid: 1.1 Menentukan hala tuju program pembangunan murid selaras dengan perkembangan fizikal, psikososial dan kerohanian murid. 1.2 Menentukan program pendidikan dan penjagaan kesihatan dilaksanakan di sekolah. 1.3 Mewujudkan kerjasama yang menyeluruh antara sekolah dan Pejabat Kesihatan serta agensi-agensi lain. 1.4 Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Program Kesihatan Sekolah. 1.5 Merancang keperluan kewangan dan tenaga dalam Program Kesihatan Sekolah. 1.6 Menyebarkan maklumat program secara menyeluruh, sistematik dan efisyen. 1.7 Keperluan untuk menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan bersesuaian dengan keperluan murid dan situasi setempat. 2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di sekolah. 3. Membuat pemantauan Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan murid dan Program Kesihatan Sekolah. 4. Menyedia dan membuat laporan tahunan berkala. 5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan. 6. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.


Lampiran HEM 2023/24 - 3 JAWATANKUASA BERTINDAK KESELAMATAN SEKOLAH MATLAMAT Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. OBJEKTIF 1. Melahirkan murid berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam sapek keselamatan. 2. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat. 3. meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Keselamatan Sekolah. SKOP DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BERTINDAK KESELAMATAN 1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Keselamatan Sekolah. 1.1 Menyediakan polisi, manual, tatacara tindakan berkaitan keselamatan di sekolah. 1.2 Menyediakan pelan tindakan kontingensi bagi mengatasi krisis dan bencana alam. 1.3 Menentukan keperluan kemudahan keselamatan untuk murid-murid dan sekolah. 1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Keselamatan. 1.5 Menentukan warga sekolah didedahkan dewngan kemahiran menghadapi kecemasan. 1.6 Bekerjasama dengan komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan. 2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah. 3. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi krisis. 4. Memastikan syarat-syarat perjanjian bidang tugas berkaitan keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah. 5. menentukan semua polisi, manual dan tatacara mengikut piawaian yang ditentukan oleh badan-badan profesional yang berkaitan keselamatan. Lampiran HEM 2023/24 - 4


PANDUAN LATIHAN KECEMASAN Pendahuluan a. Kecemasan adalah suatu perkara yang berlaku tanpa diduga. b. Erti kecemasan adalah suatu yang berlaku dengan tiba-tiba atau serta merta dengan sebab beberapa kemungkinan seperti: KEBAKARAN, BANGUNAN RUNTUH, LETUPAN, PANGGILAN KECEMASAN KERANA ADA BOM DI KAWASAN SEKOLAH dan sebagainya. c. Sebagai sebuah institusi pendidikan yang mempunyai murid-murid di bangunan-bangunan berasingan, maka latihan bagaimana menghadapi dan menyelamatkan diri bila berlaku kecemasan itu amatlah perlu diadakan agar dapat bertindak dengan teratur dan sistematik. d. Oleh itu warga sekolah adalah dikehendaki bersama-sama menjalani Latihan ini demi keselamatan bersama di dalam menghadapi sesuatu kecemasan yang mungkin berlaku. Objektif A Melatih warga sekolah ini cara-cara menangani kecemasan yang berlaku tanpa diduga. B Membiasakan diri supaya bersikap tenang dan berhati-hati (tidak mudah cemas atau panic dan hilang tumpuan) C Sentiasa peka dan bersedia untuk menerima arahan. D Sentiasa bekerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain dalam apa jua keadaan. E Membiasakan diri dengan disiplin yang tinggi dan sentiasa patuh dengan Peraturan. Tanda-tanda kecemasan A Apabila loceng dibunyikan berterusan, ini bermakna ada sesuatu kecemasan berlaku di sekolah dan semua yang berada di sekolah hendaklah bersiap sedia untuk bertindak serta merta. B Apabila loceng dibunyikan panjang-panjang tetapi putus-putus, ini menandakan telah pulih dan selamat dan semua yang terlibat hendaklah bertindak seperti biasa dan mengikut peraturan. TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN


Apabila loceng kecemasan dibunyikan:- ► Semua guru yang sedang mengajar hendaklah memberhentikan pengajarannya serta merta. Arahkan semua murid keluar dan beratur. Guru hendaklah membawa bersama Buku Daftar Kedatangan kelas yang sedang diajar (jika ada di atas meja guru) dan terus serta merta membawa murid-murid keluar meninggalkan bangunan sekolah menuju ke tempat yang disediakan. ► Guru-guru yang sedang berehat samada di bilik guru atau di mana jua hendaklah keluar dan menuju ke tempat di mana semua murid di tempatkan. ► Kakitangan sekolah hendaklah keluar membawa dokumen-dokumen penting Seperti Daftar Kedatangan, buku-buku kewangan dan lain-lain menuju ke tempat yang disediakan. Pengusaha kantin juga hendaklah meninggalkan bangunan kantin dan bawalah perkara-perkara yang penting seperti wang dan terus menuju ke tempat yang disediakan. ► Mereka yang tidak berkenaan tetapi berada di sekolah pada waktu itu hendaklah juga bergerak keluar mengikut guru-guru atau sesiapa yang sesiapa yang berada bersamanya di waktu itu. ► Jika kecemasan berlaku pada waktu rehat, semua murid dan pekerja hendaklah bergerak menuju ke tempat yang disediakan. Begitu juga dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. ► Setelah semuanya berkumpul di tempat selamat guru-guru kelas hendaklah Menyemak semua muridnya berpandukan daftar kedatangan serta memastikan tiada yang tercicir. Apabila loceng isyarat keadaan telah pulih dibunyikan: ► Semua warga sekolah dan mereka yang terlibat hendaklah balik menuju ke tempat masing-masing. ► Kelas bolehlah disambung seperti biasa. PERINGATAN Hendaklah dipastikan bahawa semua pergerakan yang dilakukan dalam keadaan CEPAT, TERATUR, SENYAP DAN BERDISIPLIN (tidak riuh rendah, bersorak, menjerit-jerit atau berlari-lari). PENUTUP A Latihan ini akan diadakan dari semasa ke semasa untuk memastikan keberkesanannya dan mencapai objektif yang ditentukan. B Tercapai atau tidaknya objektif latihan ini terletak kepada komitmen dan kerjasama semua yang terlibat. Tanpa rasa tanggungjawab, tiada kejayaan yang akan dicapai. SETIAP TUGAS YANG DIJALANKAN DENGAN IKHLAS AKAN MENDAPAT GANJARANNYA. Lampiran HEM 2023/24- 5 PERLEMBAGAAN PENGAWAS CBA 8001 SK ROMPIN , KUALA ROMPIN, PAHANG


PENDAHULUAN Lembaga Pengawas Sekolah merupakan sebuah badan yang ditubuhkan oleh pihak sekolah bertujuan membantu pihak pentadbir sekolah khususnya dalam bidang pengurusan disiplin dan peraturan sekolah. Oleh kerana badan ini merupakan sebagai satu keperluan dan bukan satu aksesori di sekolah, adalah wajar satu bentuk perlembagaan rasmi diadakan untuk dijadikan garis panduan dalam proses pemilihan pengawas sekolah. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar kewujudan Lembaga Pengawas Sekolah benar-benar dapat membantu dalam pengurusan disiplin murid di sekolah, selain dapat memperkembangkan potensi murid, baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1. PEMILIHAN PENGAWAS 1.1 Proses pemilihan pengawas untuk sesi tahun berikutnya bermula sebelum berakhir penggal ke dua persekolahan khasnya bagi murid-murid di Tahun 2, 3, 4 dan 5. 1.2 Calon pengawas sesi baru diperolehi melalui: 1.2.1 Cadangan guru-guru pengawas 1.2.2 Cadangan guru Bimbingan & Kaunseling 1.2.3 Cadangan guru kelas 1.2.4 Cadangan guru-guru lain 1.3 Semua calon pengawas yang telah disenaraipendek akan melalui proses temuduga yang akan dijalankan Panel Pemilihan Pengawas. 1.4 Semua calon pengawas yang berjaya dalam temuduga dimaklumkan melalui notis siaran 1.5 Calon-calon yang berjaya akan dimaklumkan kepada ibu bapa / penjaga. 2. KELAYAKAN SEBAGAI PENGAWAS Seseorang murid yang dicadangkan sebagai pengawas sekolah perlulah ada kriteria-kriteria berikut: 2.1 Pencapaian kurikulum dan kokurikulum yang memuaskan atau cemerlang 2.2 Mempunyai IQ (Tahap Kecerdasan) dan EQ (Tahap Emosi) yang baik 2.3 Sahsiah / Tingkahlaku / Peribadi / Nilai Moral yang baik. 2.4 Penampilan diri (berpakaian kemas dan bersih, rambut yang rapi. 2.5 Kebolehan berkomunikasi secara berhikmah (pertuturan yang sopan) 2.6 Karismatik dan ciri-ciri kepimpinan (Tegas, Berani, Berwibawa) 2.7 Rekod disiplin yang bersih. 2.8 Komited kepada tugas serta bertanggungjawab. 2.9 Kesihatan fizikal yang baik. 3. PERLANTIKAN PENGAWAS 3.1 Setiap pengawas yang berjaya dalam temuduga perlu melalui tempoh percubaan sekurang-kurangnya dalam masa satu bulan. 3.2 Pengawas yang gagal menjalankan tanggungjawab dalam tempoh percubaan akan digugurkan. 3.3 Pengesahan Pelantikan Pengawas akan dijalankan dalam satu majlis rasmi. 4. PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PENGAWAS


4.1 Satu jawatankuasa pengawas akan dibentuk terdiri daripada pengawas-pengawas yang telah dilantik secara sah. Pembentukan Jawatankuasa Pengawas adalah di bawah pengawasan guru-guru pengawas. 4.2 Senarai jawatankuasa adalah seperti berikut: 4.2.1 Seorang Ketua Pengawas 4.2.2 Seorang Penolong Ketua Pengawas 4.2.3 Seorang Setiausaha 4.2.4 Seorang Penolong Setiausaha 4.2.5 Seorang Bendahari 4.2.6 7 orang jawatankuasa / Ketua sesi 4.3 Tugas jawatankuasa ini adalah merancang, menyusun dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bidang kuasa jawatankuasa pengawas. 4.4 Jawatankuasa ini bertanggungjawab terus kepada Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah. 5. BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS 5.1 Menguatkuasa peraturan dan disiplin sekolah. 5.2 Menjalankan tugas rutin / harian mengikut jadual yang digilirkan dalam kumpulan: 5.2.1 Kawalan darjah waktu pagi dan rehat 5.2.2 Kawalan di tempat letak basikal murid dan kenderaan guru waktu rehat. 5.2.3 Kawalan lalulintas di pintu masuk utama jalan sekolah. 5.2.4 Kawalan blok-blok bangunan utama sekolah. 5.2.5 Membantu pihak sekolah dan guru dalam tugas-tugas khas yang diperlukan dari semasa ke semasa. 5.2.6 Menjalankan tugas di majlis Perhimpunan Mingguan / Perhimpunan Khas. 5.2.7 Membantu jawatankuasa penganjur majlis-majlis sempena / sambutan yang diadakan di peringkat sekolah / daerah (Hari Guru / Sukan Tahunan / Hari Terbuka / Hari Kemerdekaan dan lain-lain.) 5.2.8 Membantu pihak sekolah dan guru-guru dalam tugas-tugas khas yang diperlukan dari semasa ke semasa. 6. PAKAIAN / UNIFORM PENGAWAS 6.1 Pakaian Pengawas Lelaki: Baju - Lengan panjang biru muda beserta vest Talileher - Ikut peraturan semasa (terpulang kepada pentadbir) Seluar - Panjang bewarna biru gelap Kasut - PVC, kulit atau kanvas berwarna hitam 6.2 Pakaian pengawas Perempuan: Baju - Lengan panjang biru muda beserta vest Tudung - Warna biru muda (Islam) Kain - Skirt labuh lipat belakang berwarna biru gelap Kasut - PVC, kulit atau kanvas berwarna hitam 6.3 Setiap pengawas dikehendaki sentiasa memakai uniform pengawas yang lengkap serta tandanama dan lencana sekolah. 6.4 Kos / Perbelanjaan untuk pakaian pengawas hendaklah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid. 7. PEMECATAN JAWATAN PENGAWAS


7.1 Seseorang murid yang dilantik sebagai pengawas adalah merupakan ‘role model’ kepada murid-murid lain. 7.2 Setiap pengawas tidak terkecuali daripada mematuhi peraturan dan disiplin sekolah seperti murid-murid lain, termasuk sistem merit dan demerit. 7.3 Nilai demerit pengawas adalah berganda berbanding murid lain. 7.4 Pengawas-pengawas yang dilantik secara sah boleh dilucutkan jawatannya sebagai pengawas apabila akauntabilitinya dipertikaikan di atas sebab-sebab berikut : 7.4.1 Tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah (dengan bukti-bukti kukuh) 7.4.2 Melakukan salahlaku berdasarkan Buku Peraturan Sekolah dan Peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia. 7.4.3 Tidak komited dengan tugas dan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah (mengutamakan urusan peribadi) 7.4.4 Tidak menunjukkan Peningkatan dan penguasaan kemahiran dalama laporan PBS dan Penilaian Kendalian Sekolah. 7.5 Keputusan memecat pengawas dibuat oleh pentadbir sekolah atas cadangan Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah 8. MESYUARAT DAN PERJUMPAAN PENGAWAS 8.1 Mesyuarat / Perjumpaan antara guru-guru pengawas dengan pengawas perlu diadakan 2 atau 3 kali sepenggal 8.2 Mesyuarat / Perjumpaan jawatankuasa 1 atau 2 kali sebulan 8.3 Mesyuarat / Perjumpaan antara ketua kumpulan dengan ahli-ahli seminggu sekali. 8.4 Perjumpaan Khas peringkat JK Pengawas, guru-guru pengawas dengan pengawas secara Ad Hoc bolehlah diadakan mengikut keperluan. 8.5 Setiap mesyuarat / perjumpaan perlu direkod secara rasmi dalam buku atau fail. Butiran maklumat mestilah mengandungi : 8.5.1 Tarikh / Hari 8.5.2 Masa 8.5.3 Tempat 8.5.4 Kehadiran 8.5.5 Agenda PENUTUP Dengan adanya Perlembagaan ini diharapkan semoga ianya dapat menjadi panduan yang berfaedah dan berguna kepada semua pihak yang terlibat dengan Lembaga Pengawas Sekolah. Di samping itu, perlembagaan ini juga akan membantu pengurusan badan ini agar dapat berjalan lebih lancar, teratur dan cekap untuk memastikan disiplin dan peraturan sekolah berada tahap yang terbaik. DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS, SK ROMPIN, KUALA ROMPIN, PAHANG


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ROMPIN TAHUN 2023/2024 ENROLMEN MURID TAHUN 2023/2024 Bil Nama Kelas Kelas Lelaki Perempuan Jumlah 1 Brilliant, Intelligent, Excellent, Genius Prasekolah 48 52 100 2 Brilliant, Intelligent, Excellent Tahun 1 62 58 120 3 Brilliant, Intelligent, Excellent, Genius Tahun 2 56 71 127 4 Brilliant, Intelligent, Excellent, Genius Tahun 3 51 65 116 5 Brilliant, Intelligent, Excellent, Genius Tahun 4 70 57 127 6 Brilliant, Intelligent, Excellent, Genius Tahun 5 45 49 94 7 Brilliant, Intelligent, Excellent Tahun 6 43 64 107 JUMLAH BESAR - 375 416 791 1


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 1. BIDANG TUGAS PK KOKURIKULUM ▪ Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – rancangan jangka Panjang/pendek. ▪ Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. ▪ Menentukan peraturan kokurikulum sekolah ▪ Menentukan takwim dan jadual aktiviti ▪ Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh. ▪ Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat Daerah/Negeri/Kebangsaan. ▪ Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. ▪ Menentukan Tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa. Hari Kokurikulum dan kegiatan lain. ▪ Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. ▪ Memastikan sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah. 2.1.1 Sukan Dan Permainan ▪ Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. ▪ Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. ▪ Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat. ▪ Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah. ▪ Menguruskan pemilihan peserta sukan untuk elit bagi mewakili sekolah. ▪ Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya. 2


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 2.1.2 Kelab dan Persatuan ▪ Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan yang bercorak akademik. ▪ Memastikan perlaksanaan program kelab dan persatuan berjalan mengikut jadual. 2.1.3 Unit Beruniform ▪ merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah ▪ Menyelaras pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual. ▪ Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual. 2.1.4 Pengurusan ▪ Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum. ▪ Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum ▪ Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum diambil. ▪ Membantu dan Mengurus segala penerbitan majalah / artikel sekolah. ▪ Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan / rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi dalam setiap rumah. ▪ Mengurus dan menyediakan peralatan dan kemudahan kokurikulum ▪ Memastikan rekad-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik. ▪ Mengenal pasti guru / pelajar yang berpotensi untuk maju mengadakan program khas untuk mereka. 3


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 2.2 SETIAUSAHA SUKAN ▪ Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah. ▪ Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD, MSSS, MSSM. ▪ Membantu Guru Besar mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan. ▪ Menetapkan pelajar dalam rumah sukan. ▪ Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. ▪ Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. ▪ Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekoalah. ▪ Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan iventori peralatan sukan. ▪ Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan. ▪ Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. ▪ Sentiasa berbincang dengan Guru Besar/Penolong kanan Pentadbiran/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. ▪ Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Fail Rekod Pencapaian Sukan Sekolah/PAJSK dan ePRESSPAHANG. 2.2.1 Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah. ▪ Menentukan objektif sukan sekolah tercapai. ▪ Merancang aktiviti sukan sekolah jangka Panjang / pendek. ▪ Mengenalpasti TOV (take of value) dan merancang aktiviti sukan. ▪ Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan. ▪ Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah. ▪ Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan. ▪ Menambahkan kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman / luaran. ▪ Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan , kelancaran dan kelicinan pelaksanaan. 2.2.2 Ketua Rumah Sukan ▪ Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar). ▪ Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli Rumah Sukan. 4


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 ▪ Membentuk jawatan kuasa rumah dikalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan. ▪ Menjalankan Mesyuarat Agung rumah sukan dan permainan. ▪ Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah. ▪ Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan / Penolong Kanan Kokurukulum sekiranya menghadapi masalah. ▪ Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod. ▪ Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah. 2.2.3 Guru Rumah Sukan ▪ Menguruskan Latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan. ▪ Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu Latihan rumah sukan. ▪ Kedatangan dicatat dalam buku kehadiran. ▪ Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan rumah sukan. ▪ Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah. ▪ Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil Tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir. ▪ Mengawasi keselamatan pelajar waktu Latihan. ▪ Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar. ▪ Sentiasa berbincangan dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan. 2.3 PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN / KELAB DAN PERSATUAN / UNIT BERUNIFORM ▪ Mengatur dan menyelia perjalanan sukan dan permainan / kelab dan persatuan / unit beruniform ▪ Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. ▪ Menyelaras semua aktiviti. ▪ Menyediakan borang kebenaran ibubapa / penjaga untuk pelajar memasuki sukan dan permainan /kelab dan persatuan /unit beruniform. ▪ Menentukan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. ▪ Memastikan Peraturan/ Perlembagaan dan minit Mesyuarat Agung direkodkan dan failkan. ▪ Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. ▪ Menguruskan / Menyelia Fail aktiviti mingguan kokurikulum. 5


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 ▪ Mengagihkan Fail aktiviti mingguan kokurikulum kepada guru untuk dikemaskini. ▪ Mengutip Kembali dari guru untuk simpanan dan rekod di bilik PK Kokurikulum. ▪ Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti. i. Borang senarai AJK dan Ahli ii. Buku Laporan Kegiatan iii. Fail-Fail yang diperlukan. ▪ Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod. ▪ Mengumpulkan Laporan Tahunan dan Fail Kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod. ▪ Membuat Laporan Tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian Kokurikulum sekolah. 2.3.1 Guru Penasihat Sukan dan Permainan / Kelab dan Persatuan / Unit Beruniform ▪ Membentuk jawatankuasa. ▪ Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. ▪ Memastikan adanya peraturan / perlembagaan. ▪ Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan. ▪ Merancang aktiviti tahunan dengan Kerjasama pelajar dan menyerahkan kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod. ▪ Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. ▪ Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan failkan. ▪ Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan Sukan dan Permainan / Kelab dan Persatuan / Unit Beruniform. ▪ Bekerjasama dengan pihak pentadbir untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Upacara, Hari Guru dan lain-lain. ▪ Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah. ▪ Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya. ▪ Memastikan tidak ada unsur subvertif tersebar / atau disebarkan dikalangan ahli. ▪ Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada jawatankuasa Kokurikulum. 2.3.2 SETIAUSAHA KOKURIKULUM ▪ Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan PPD, JPN dan KPM sepanjang tahun. ▪ Membahagikan murid mengikut kelab dan persatuan. 6


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 ▪ Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah, daerah dan negeri. ▪ Mengatur rancangan lengkap untuk program utama kelab dan persatuan seperti Hari Kokurikulum, Perkhemahan Unit Beruniform dan sebagainya. ▪ Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan. ▪ Membantu dan menyelaraskan penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan unit beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain. ▪ Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan / unit beruniform dengan keadaan yang baik. ▪ Mengemaskini buku stok kelab / persatuan / unit beruniform. ▪ Menyediakan Langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab/persatuan / unit beruniform sekolah. ▪ Membantu PK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah. ▪ Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod. ▪ Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod. ▪ Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan. ▪ Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum. ▪ Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar dari masa ke semasa. 7


Manual Pengurusan SK RO CARTA ORGANISASI PENGURUSAN K


OMPIN, ROMPIN 2023/2024 KOKURIKULUM SK ROMPIN 2023/2024 8


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 PENYELARAS UNIT BADAN BERUNIFORM : MUSTAKIM BIN DAUD UNIT BERUNIFORM GURU PENASIHAT TKRS Ketua Unit : SYED KAMARULKHAIRID B SYED IDROS 1. MOHD NOR FAISAL B MOHAMED YASHIM 2. KHAIRUL ANUAR B MD IDRIS 3. MUSLIM BIN ABDULLAH 4. MOHD NABIL B MOHAMAD KHAIRUDDIN 5. NURUL ANWAR BIN SIMAON 6. SALIM BIN SALEH 7. MOHAMAD HAFIZI BIN ZAKARIA 8. SITI FARAHIYAH BT MUSTAFA 9. NUR IZZA BT HASHIM 10.NORHAZITA BT SAAD 11.MOHD ZAKI B ISMAIL UNIT BERUNIFORM GURU PENASIHAT PENGAKAP Ketua Unit : MUSTAKIM B DAUD 1. AHMAD SAIDI B BAHAROM 2. NORMAN B MOHAMAD 3. AMRAN BIN ISA 4. MOHAMAD RIDZUAN B ISMAIL @ MAT ALI 5. MARZILA BT OSMAN 6. SUHANA BT MUSA 7. SABARIAH BT RAMLI 8. NOR SALIHAH BT YACOB 9


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 UNIT BERUNIFORM GURU PENASIHAT PUTERI ISLAM Ketua Unit : SAZANA BT MOHAMAD JAAFAR 1. NORIDAH BT ABD GHANI 2. NORMALA BT AHMAD 3. ROHAIMI BT K MOHAMAD 4. NURLIZAWATI BT ABDUL MOIN 5. SHARIFAH BT KASIM 6. ANITA BT OMAR 7. FAAIZANI BT MOHAMAD YUSUF 8. NUR AFIFAH BT SAUTI 9. FARAH LIYANA BT NAZARUDDIN 10. NOORMALA BT HAMZAH 11. SITI FATIMAH AZZAHRA BT AZHAR UNIT BERUNIFORM GURU PENASIHAT PANDU PUTERI TUNAS Ketua Unit : ZAINI BINTI SULAIMAN 1. SITI ROHAYA BT MOIN 2. ROSLIZA BT ABU HASSAN 3. NOPIAH BT MAT SAMAN 4. RADILAH BT HASSAN 5. NOOR HIDAYAH RUSMI BT RUSLI 6. NOR ASHIKIN BT YAHYA 7. KAMILAH BT RAMLY 8. NORHASHIMAH BT HUSIN 9. NOOR ELIZAWATI BT ISMAIL 10. ZAINI BT SULAIMAN 11. AZNIZA BT ABDULLAH 10


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 PENYELARAS UNIT PERSATUAN DAN KELAB: MARZILA BT OSMAN PERSATUAN & KELAB GURU PENASIHAT BAHASA MELAYU KETUA : NORMAN B MOHAMAD AMRAN BIN ISA ROSLIZA BT ABU HASSAN SITI ROHAYA BT MOIN BAHASA INGGERIS KETUA : KAMILAH BT RAMLY MARZILA BT OTHMAN NORHASIMAH BT HUSIN MOHD NABIL B MOHAMAD KHAIRUDDIN SPBT KETUA : FAAIZZANI BT MOHAMAD YUSOF SITI FATIMAH AZZAHRA BT AZHAR SUHANA BT MUSA AHMAD SAIDI B BAHAROM AGAMA ISLAM KETUA : ROHAIMI BT K MOHAMAD ANITA BT OMAR SAZANA BT MOHAMAD JAAFAR NORMALA BT AHMAD RUKUN NEGARA KETUA : NORHAZITA BT SAAD NUR AFIFAH BT SAUTI SALMI ASILAH @ SALIM B SALLEH NURUL ANWAR BIN SIMAON SENI DAN KEBUDAYAAN KETUA :NUR ASIKIN BT YAHYA NOOR HIDAYAH RUSMI BT RUSLI NOOR ELIZAWATI BT ISMAIL SABARIAH BT RAMLI KEWANGAN PEAJAR KETUA : SHARIFAH BT KASIM RADILAH BT HASSAN MUSTAKIM B DAUD NOR SALIHAH BT YACOB KOMPUTER KETUA : KHAIRUL ANUAR B MD IDRIS MUSLIM B ABDULLAH MOHD ZAKI B ISMAIL ZAINI BT SULAIMAN DOKTOR MUDA KETUA : MOHAMAD HAFIZI B ZAKARIA NOPIAH BT MAT SAMAN AZRA WANI BT IBRAHIM NUR IZZA BT HASHIM ALAM SEKITAR KETUA : FARAH LIYANA BT NAZARUDDIN NORIDAH BT ABDUL GHANI SITI FARAHIYAH BT MUSTAFA MOHD NOR FAISAL B MOHAMED YASHIM 11


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 YASMIN BT YASIN KKJR KETUA : NURLIZAWATI BT ABDUL MOIN MOHAMMAD RIDZUAN B ISMAIL MAT ALI NOORMALA BT HAMZAH SYED KAMARULKHAIRID BIN SYED IDROS AZNIZA BT ABDULLAH 12


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 CARTA ORGANISASI JK PENGURUSAN PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH 2023/2024 13


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 SUKAN & PERMAINAN (1M1S) PENYELARAS UNIT SUKAN & PERMAINAN : SYED KAMARULKHAIRID B SYED IDROS Unit Guru Penasihat OLAHRAGA KETUA: MOHD NOR FAISAL B MOHAMED YASHIM NORHASIMAH BT HUSIN NOR ASIKIN BT YAHYA SITI FARAHIYAH BT MUSTAFA SITI FATIMAH AZZAHRA BT AZHAR AZNIZA BT ABDULLAH BOLA SEPAK KETUA: MOHD NABIL B MOHAMAD KHAIRUDDIN SALIM B SALLEH NURUL ANWAR BIN SIMAON BOLA JARING KETUA: ELIZAWATI BT ISMAIL NOORMALA BT HAMZAH ROSLIZA BT ABU HASSAN NORHAZITA BT SAAD SITI ROHAYA BT MOIN SOFBOL KETUA: AHMAD SAIDI B BAHAROM SYED KAMARULKHAIRID B SYED IDROS KAMILAH BT RAMLY MARZILA BT OSMAN NOR SALIHAH BT YACOB BOLA TAMPAR KETUA: MOHAMMAD RIDZUAN B ISMAIL @ MAT ALI NUR AFIFAH BT SAUTI NOOR HIDAYAH RUSMI BT RUSLI FARAH LIYANA BT NAZARUDDIN ANITA BT OMAR BADMINTON KETUA: RADILAH BT HASSAN KHAIRUL ANUAR B MD IDRIS MUSTAKIM B DAUD FAAIZZANI BT MOHAMAD YUSOF ROHAIMI BT K MOHD NUR IZZA BT HASHIM SUHANA BT MUSA 14


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 SEPAKTAKRAW KETUA: AMRAN B ISA NORMAN B MOHAMAD MOHAMAD HAFIZI B ZAKARIA BOLA BALING KETUA: MOHD ZAKI B ISMAIL NURLIZAWATI BT ABDUL MOIN NOPIAH BT MAT SAMAN SHARIFAH BT KASIM SABARIAH BT RAMLI ZAINI BT SULAIMAN PING PONG KETUA: MUSLIM B ABDULLAH NORIDAH BT ABD GHANI SAZANA BT MOHAMAD JAAFAR NORMALA BT AHMAD AZRA WANI BT IBRAHIM YASMIN BINTI YASIN 15


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 CARTA ORGANISASI JK PENGURUSAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 16


Manual Pengurusan SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 * JK KERJA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH AKAN DITUBUHKAN MENGIKUT KEPERLUAN DAN PERLAKSANAAN 17


Manual Pengurusa


an SK ROMPIN, ROMPIN 2023/2024 18


Click to View FlipBook Version