The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ka Mi, 2024-03-08 00:00:06

Buku Pengurusan SK Rompin 2024/25

By Team Digital

BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 3. Menghantar kertas kerja ke JPN untuk kelulusan. 4. Tujuan lawatan mestilah berunsur pendidikan. 5. Mengedar surat makluman lawatan dan mengadakan taklimat. 6. Melaksanakan program lawatan. PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 92


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 Lampiran HEM 2023/24 - 1 JAWATANKUASA BERTINDAK KEBERSIHAN PERINGKAT SEKOLAH OBJEKTIF 1. Mewujudkan iklim serta sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria. 2. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum. 3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan. 4. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian. 5. kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah. 6. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah. SKOP DAN BIDANG TUGAS 1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan. Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah. Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan dengan agensi-agensi yang berkaitan. Menentukan keperluan-keperluan keersihan untuk kesejahteraan murid-murid sekolah. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam pendidikan kebersihan. Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dengan perjanjian kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama, pemberkal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah. 2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan murid. 3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan sekolah. 4. Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah. 5. Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan. 6. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain. 7. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan. 8. Menyedia dan membuat laporan berkala. PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 93


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 Lampiran HEM 2023/24 - 2 JAWATANKUASA BERTINDAK KESIHATAN SEKOLAH MATLAMAT Melahirkan warga sekolah yang sihat dan berkualiti. Situasi memberangsangkan dapat meningkatkan proses pembelajaran di sekolah dan seterusnya dapat membentuk warga negara yang sihat dan berketrampilan. OBJEKTIF 1. Melahirkan murid yang berperibadi unggul menerusi pemupukan pengetahuan sikap dan amalan yang berkekalan dalam sapek kesihatan. 2. Mewujudkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 3. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Kesihatan Sekolah. SKOP DAN BIDANG TUGAS 1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Program Pembangunan Kesihatan Murid: 1.1 Menentukan hala tuju program pembangunan murid selaras dengan perkembangan fizikal, psikososial dan kerohanian murid. 1.2 Menentukan program pendidikan dan penjagaan kesihatan dilaksanakan di sekolah. 1.3 Mewujudkan kerjasama yang menyeluruh antara sekolah dan Pejabat Kesihatan serta agensi-agensi lain. 1.4 Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Program Kesihatan Sekolah. 1.5 Merancang keperluan kewangan dan tenaga dalam Program Kesihatan Sekolah. 1.6 Menyebarkan maklumat program secara menyeluruh, sistematik dan efisyen. 1.7 Keperluan untuk menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan bersesuaian dengan keperluan murid dan situasi setempat. 2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di sekolah. 3. Membuat pemantauan Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan murid dan Program Kesihatan Sekolah. 4. Menyedia dan membuat laporan tahunan berkala. 5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan. 6. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu. PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 94


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 Lampiran HEM 2023/24 - 3 JAWATANKUASA BERTINDAK KESELAMATAN SEKOLAH MATLAMAT Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. OBJEKTIF 1. Melahirkan murid berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam sapek keselamatan. 2. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat. 3. meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Keselamatan Sekolah. SKOP DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BERTINDAK KESELAMATAN 1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Keselamatan Sekolah. 1.1 Menyediakan polisi, manual, tatacara tindakan berkaitan keselamatan di sekolah. 1.2 Menyediakan pelan tindakan kontingensi bagi mengatasi krisis dan bencana alam. 1.3 Menentukan keperluan kemudahan keselamatan untuk murid-murid dan sekolah. 1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Keselamatan. 1.5 Menentukan warga sekolah didedahkan dewngan kemahiran menghadapi kecemasan. 1.6 Bekerjasama dengan komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan. 2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah. 3. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi krisis. 4. Memastikan syarat-syarat perjanjian bidang tugas berkaitan keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah. 5. menentukan semua polisi, manual dan tatacara mengikut piawaian yang ditentukan oleh badan-badan profesional yang berkaitan keselamatan. PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 95


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 Lampiran HEM 2023/24 - 4 PANDUAN LATIHAN KECEMASAN Pendahuluan a. Kecemasan adalah suatu perkara yang berlaku tanpa diduga. b. Erti kecemasan adalah suatu yang berlaku dengan tiba-tiba atau serta merta dengan sebab beberapa kemungkinan seperti: KEBAKARAN, BANGUNAN RUNTUH, LETUPAN, PANGGILAN KECEMASAN KERANA ADA BOM DI KAWASAN SEKOLAH dan sebagainya. c. Sebagai sebuah institusi pendidikan yang mempunyai murid-murid di bangunan-bangunan berasingan, maka latihan bagaimana menghadapi dan menyelamatkan diri bila berlaku kecemasan itu amatlah perlu diadakan agar dapat bertindak dengan teratur dan sistematik. d. Oleh itu warga sekolah adalah dikehendaki bersama-sama menjalani Latihan ini demi keselamatan bersama di dalam menghadapi sesuatu kecemasan yang mungkin berlaku. Objektif A Melatih warga sekolah ini cara-cara menangani kecemasan yang berlaku tanpa diduga. B Membiasakan diri supaya bersikap tenang dan berhati-hati (tidak mudah cemas atau panic dan hilang tumpuan) C Sentiasa peka dan bersedia untuk menerima arahan. D Sentiasa bekerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain dalam apa jua keadaan. E Membiasakan diri dengan disiplin yang tinggi dan sentiasa patuh dengan Peraturan. Tanda-tanda kecemasan A Apabila loceng dibunyikan berterusan, ini bermakna ada sesuatu kecemasan berlaku di sekolah dan semua yang berada di sekolah hendaklah bersiap sedia untuk bertindak serta merta. B Apabila loceng dibunyikan panjang-panjang tetapi putus-putus, ini menandakan telah pulih dan selamat dan semua yang terlibat hendaklah bertindak seperti biasa dan mengikut peraturan. PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 96


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN Apabila loceng kecemasan dibunyikan:- ► Semua guru yang sedang mengajar hendaklah memberhentikan pengajarannya serta merta. Arahkan semua murid keluar dan beratur. Guru hendaklah membawa bersama Buku Daftar Kedatangan kelas yang sedang diajar (jika ada di atas meja guru) dan terus serta merta membawa murid-murid keluar meninggalkan bangunan sekolah menuju ke tempat yang disediakan. ► Guru-guru yang sedang berehat samada di bilik guru atau di mana jua hendaklah keluar dan menuju ke tempat di mana semua murid di tempatkan. ► Kakitangan sekolah hendaklah keluar membawa dokumen-dokumen penting Seperti Daftar Kedatangan, buku-buku kewangan dan lain-lain menuju ke tempat yang disediakan. Pengusaha kantin juga hendaklah meninggalkan bangunan kantin dan bawalah perkara-perkara yang penting seperti wang dan terus menuju ke tempat yang disediakan. ► Mereka yang tidak berkenaan tetapi berada di sekolah pada waktu itu hendaklah juga bergerak keluar mengikut guru-guru atau sesiapa yang sesiapa yang berada bersamanya di waktu itu. ► Jika kecemasan berlaku pada waktu rehat, semua murid dan pekerja hendaklah bergerak menuju ke tempat yang disediakan. Begitu juga dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. ► Setelah semuanya berkumpul di tempat selamat guru-guru kelas hendaklah Menyemak semua muridnya berpandukan daftar kedatangan serta memastikan tiada yang tercicir. Apabila loceng isyarat keadaan telah pulih dibunyikan: ► Semua warga sekolah dan mereka yang terlibat hendaklah balik menuju ke tempat masing-masing. ► Kelas bolehlah disambung seperti biasa. PERINGATAN Hendaklah dipastikan bahawa semua pergerakan yang dilakukan dalam keadaan CEPAT, TERATUR, SENYAP DAN BERDISIPLIN (tidak riuh rendah, bersorak, menjerit-jerit atau berlari-lari). PENUTUP A Latihan ini akan diadakan dari semasa ke semasa untuk memastikan keberkesanannya dan mencapai objektif yang ditentukan. B Tercapai atau tidaknya objektif latihan ini terletak kepada komitmen dan kerjasama semua yang terlibat. Tanpa rasa tanggungjawab, tiada kejayaan yang akan dicapai. SETIAP TUGAS YANG DIJALANKAN DENGAN IKHLAS AKAN MENDAPAT GANJARANNYA. PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 97


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 Lampiran HEM 2023/24- 5 PERLEMBAGAAN PENGAWAS CBA 8001 SK ROMPIN , KUALA ROMPIN, PAHANG PENDAHULUAN Lembaga Pengawas Sekolah merupakan sebuah badan yang ditubuhkan oleh pihak sekolah bertujuan membantu pihak pentadbir sekolah khususnya dalam bidang pengurusan disiplin dan peraturan sekolah. Oleh kerana badan ini merupakan sebagai satu keperluan dan bukan satu aksesori di sekolah, adalah wajar satu bentuk perlembagaan rasmi diadakan untuk dijadikan garis panduan dalam proses pemilihan pengawas sekolah. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar kewujudan Lembaga Pengawas Sekolah benar-benar dapat membantu dalam pengurusan disiplin murid di sekolah, selain dapat memperkembangkan potensi murid, baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1. PEMILIHAN PENGAWAS 1.1 Proses pemilihan pengawas untuk sesi tahun berikutnya bermula sebelum berakhir penggal ke dua persekolahan khasnya bagi murid-murid di Tahun 2, 3, 4 dan 5. 1.2 Calon pengawas sesi baru diperolehi melalui: 1.2.1 Cadangan guru-guru pengawas 1.2.2 Cadangan guru Bimbingan & Kaunseling 1.2.3 Cadangan guru kelas 1.2.4 Cadangan guru-guru lain 1.3 Semua calon pengawas yang telah disenaraipendek akan melalui proses temuduga yang akan dijalankan Panel Pemilihan Pengawas. 1.4 Semua calon pengawas yang berjaya dalam temuduga dimaklumkan melalui notis siaran 1.5 Calon-calon yang berjaya akan dimaklumkan kepada ibu bapa / penjaga. 2. KELAYAKAN SEBAGAI PENGAWAS Seseorang murid yang dicadangkan sebagai pengawas sekolah perlulah ada kriteria-kriteria berikut: 2.1 Pencapaian kurikulum dan kokurikulum yang memuaskan atau cemerlang 2.2 Mempunyai IQ (Tahap Kecerdasan) dan EQ (Tahap Emosi) yang baik 2.3 Sahsiah / Tingkahlaku / Peribadi / Nilai Moral yang baik. 2.4 Penampilan diri (berpakaian kemas dan bersih, rambut yang rapi. 2.5 Kebolehan berkomunikasi secara berhikmah (pertuturan yang sopan) 2.6 Karismatik dan ciri-ciri kepimpinan (Tegas, Berani, Berwibawa) 2.7 Rekod disiplin yang bersih. 2.8 Komited kepada tugas serta bertanggungjawab. 2.9 Kesihatan fizikal yang baik. PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 98


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 3. PERLANTIKAN PENGAWAS 3.1 Setiap pengawas yang berjaya dalam temuduga perlu melalui tempoh percubaan sekurang-kurangnya dalam masa satu bulan. 3.2 Pengawas yang gagal menjalankan tanggungjawab dalam tempoh percubaan akan digugurkan. 3.3 Pengesahan Pelantikan Pengawas akan dijalankan dalam satu majlis rasmi. 4. PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PENGAWAS 4.1 Satu jawatankuasa pengawas akan dibentuk terdiri daripada pengawas-pengawas yang telah dilantik secara sah. Pembentukan Jawatankuasa Pengawas adalah di bawah pengawasan guru-guru pengawas. 4.2 Senarai jawatankuasa adalah seperti berikut: 4.2.1 Seorang Ketua Pengawas 4.2.2 Seorang Penolong Ketua Pengawas 4.2.3 Seorang Setiausaha 4.2.4 Seorang Penolong Setiausaha 4.2.5 Seorang Bendahari 4.2.6 7 orang jawatankuasa / Ketua sesi 4.3 Tugas jawatankuasa ini adalah merancang, menyusun dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bidang kuasa jawatankuasa pengawas. 4.4 Jawatankuasa ini bertanggungjawab terus kepada Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah. 5. BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS 5.1 Menguatkuasa peraturan dan disiplin sekolah. 5.2 Menjalankan tugas rutin / harian mengikut jadual yang digilirkan dalam kumpulan: 5.2.1 Kawalan darjah waktu pagi dan rehat 5.2.2 Kawalan di tempat letak basikal murid dan kenderaan guru waktu rehat. 5.2.3 Kawalan lalulintas di pintu masuk utama jalan sekolah. 5.2.4 Kawalan blok-blok bangunan utama sekolah. 5.2.5 Membantu pihak sekolah dan guru dalam tugas-tugas khas yang diperlukan dari semasa ke semasa. 5.2.6 Menjalankan tugas di majlis Perhimpunan Mingguan / Perhimpunan Khas. 5.2.7 Membantu jawatankuasa penganjur majlis-majlis sempena / sambutan yang diadakan di peringkat sekolah / daerah (Hari Guru / Sukan Tahunan / Hari Terbuka / Hari Kemerdekaan dan lain-lain.) 5.2.8 Membantu pihak sekolah dan guru-guru dalam tugas-tugas khas yang diperlukan dari semasa ke semasa. 6. PAKAIAN / UNIFORM PENGAWAS 6.1 Pakaian Pengawas Lelaki: Baju - Lengan panjang biru muda beserta vest Talileher - Ikut peraturan semasa (terpulang kepada pentadbir) Seluar - Panjang bewarna biru gelap Kasut - PVC, kulit atau kanvas berwarna hitam PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 99


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 6.2 Pakaian pengawas Perempuan: Baju - Lengan panjang biru muda beserta vest Tudung - Warna biru muda (Islam) Kain - Skirt labuh lipat belakang berwarna biru gelap Kasut - PVC, kulit atau kanvas berwarna hitam 6.3 Setiap pengawas dikehendaki sentiasa memakai uniform pengawas yang lengkap serta tandanama dan lencana sekolah. 6.4 Kos / Perbelanjaan untuk pakaian pengawas hendaklah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid. 7. PEMECATAN JAWATAN PENGAWAS 7.1 Seseorang murid yang dilantik sebagai pengawas adalah merupakan ‘role model’ kepada murid-murid lain. 7.2 Setiap pengawas tidak terkecuali daripada mematuhi peraturan dan disiplin sekolah seperti murid-murid lain, termasuk sistem merit dan demerit. 7.3 Nilai demerit pengawas adalah berganda berbanding murid lain. 7.4 Pengawas-pengawas yang dilantik secara sah boleh dilucutkan jawatannya sebagai pengawas apabila akauntabilitinya dipertikaikan di atas sebab-sebab berikut : 7.4.1 Tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah (dengan bukti-bukti kukuh) 7.4.2 Melakukan salahlaku berdasarkan Buku Peraturan Sekolah dan Peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia. 7.4.3 Tidak komited dengan tugas dan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah (mengutamakan urusan peribadi) 7.4.4 Tidak menunjukkan Peningkatan dan penguasaan kemahiran dalama laporan PBS dan Penilaian Kendalian Sekolah. 7.5 Keputusan memecat pengawas dibuat oleh pentadbir sekolah atas cadangan Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah 8. MESYUARAT DAN PERJUMPAAN PENGAWAS 8.1 Mesyuarat / Perjumpaan antara guru-guru pengawas dengan pengawas perlu diadakan 2 atau 3 kali sepenggal 8.2 Mesyuarat / Perjumpaan jawatankuasa 1 atau 2 kali sebulan 8.3 Mesyuarat / Perjumpaan antara ketua kumpulan dengan ahli-ahli seminggu sekali. 8.4 Perjumpaan Khas peringkat JK Pengawas, guru-guru pengawas dengan pengawas secara Ad Hoc bolehlah diadakan mengikut keperluan. 8.5 Setiap mesyuarat / perjumpaan perlu direkod secara rasmi dalam buku atau fail. Butiran maklumat mestilah mengandungi : 8.5.1 Tarikh / Hari 8.5.2 Masa 8.5.3 Tempat 8.5.4 Kehadiran 8.5.5 Agenda PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 100


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 PENUTUP Dengan adanya Perlembagaan ini diharapkan semoga ianya dapat menjadi panduan yang berfaedah dan berguna kepada semua pihak yang terlibat dengan Lembaga Pengawas Sekolah. Di samping itu, perlembagaan ini juga akan membantu pengurusan badan ini agar dapat berjalan lebih lancar, teratur dan cekap untuk memastikan disiplin dan peraturan sekolah berada tahap yang terbaik. DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS, SK ROMPIN, KUALA ROMPIN, PAHANG PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 101


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 PENGURUSAN KOKURIKULUM SK ROMPIN TAHUN 2024/2025 ENROLMEN MURID TAHUN 2024/2025 Bil Nama Kelas Kelas Lelaki Perempuan Jumlah 1 Brilliant, Intelligent, Excellent, Genius Prasekolah 56 44 100 2 Brilliant, Intelligent, Excellent Tahun 1 52 44 96 3 Brilliant, Intelligent, Excellent Tahun 2 49 63 112 4 Brilliant, Intelligent, Excellent, Genius Tahun 3 60 56 116 5 Brilliant, Intelligent, Excellent, Genius Tahun 4 61 71 132 6 Brilliant, Intelligent, Excellent, Genius Tahun 5 46 70 116 7 Brilliant, Intelligent, Excellent, Genius Tahun 6 65 54 119 JUMLAH BESAR - 388 403 791 PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 102


PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 103


STRUKTUR ORGANISASI UNIT KO-KURIKULUM SK ROMPIPELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 IN 104


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 105


JURULATIH UTAMA PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 PASUKAN SEKOLAH 106


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 UNIT BERUNIFORM SK ROMPIN 2024 Penyelaras : Mustakim bin Daud Unit Guru Penasihat Pengakap 1. Mustakim b Daud [Ketua] 2. Ahmad Saidi b Baharom 3. Amran b Isa 4. Salmi Asilah @ Salim bin Saleh 5. Sabariah bt Ramli 6. Nor Salihah bt Yacob 7. Suzila bt Mohamad Noor 8. Siti Fatimah Azzahra bt Azhar 9. Nurfatisha Azlin bt Md Lotfi 10. Azra Wani bt Ibrahim Puteri Islam 1. Sazana bt Mohamad Jaafar [Ketua] 2. Noridah bt Abd Ghani 3. Normala bt Ahmad 4. Rohaimi bt K Mohamad 5. Sharifah bt Kasim 6. Nurlizawati bt Abdul Moin 7. Anita bt Omar 8. Faaizzani bt Mohamad Yusuf 9. Nur Afifah bt Sauti 10. Farah Liyana bt Nazaruddin 11. Noormala bt Hamzah 12. Suhana bt Musa Pandu Puteri Tunas 1. Zaini bt Sulaiman [Ketua] 2. Siti Rohaya bt Moin 3. Rosliza bt Abu Hassan 4. Nopiah bt Mat Saman 5. Radilah bt Hassan 6. Noor Hidayah Rusmi bt Rusli 7. Nor Asikin bt Yahya 8. Kamilah bt Ramly 9. Norhasimah bt Husin 10. Noor Elizawati bt Ismail 11. Azniza bt Abdullah 12. Cik Wan Norhayati bt Wan Abdul Rahman PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 107


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 Tunas Kadet Remaja Sekolah 1. Syed Kamarulkhairid b Syed Idros [Ketua] 2. Mohamad Hafizi b Zakaria 3. Mohd Nor Faisal b Mohamed Yashim 4. Khairul Anuar b Md Idris 5. Muslim bin Abdullah 6. Mohd Nabil b Mohamad Khairuddin 7. Nurul Anwar b Simaon 8. Mohd Zaki b Ismail 9. Siti Farahiyah bt Mustafa 10. Nur Izza bt Hashim 11. Norhazita bt Saad 12. Yasmin bt Yasin 13. Elin Aliesha bt Azirwan Tan PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 108


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 GURU PENASIHAT KELAB DAN PERSATUAN 2024 Penyelaras : YASMIN BINTI YASIN Unit Guru Penasihat Bahasa Melayu Amran b Isa [Ketua] Nurfatisha Azlin bt Md Lotfi Siti Rohaya bt Moin Mustakim b Daud Bahasa Inggeris Kamilah bt Ramly [Ketua] Norhasimah bt Husin Mohd Nabil b Mohamad Khairuddin Cik Wan Norhayati bt Wan Abdul Rahman SPBT Faaizzani bt Mohamad Yusof [Ketua] Siti Fatimah AzzahrabtAzhar Suhana bt Musa Ahmad Saidi b Baharom Agama Islam Rohaimi bt K Mohamad [Ketua] Anita bt Omar Sazana bt Mohamad Jaafar Normala bt Ahmad Kelab Pencegahan Jenayah Rosliza bt Abu Hassan [Ketua] Sharifah bt Kasim Radilah bt Hassan Nor Salihah bt Yacob Doktor Muda Sabariah bt Ramli [Ketua] Mohamad Hafizi b Zakaria Nopiah bt Mat Saman Yasmin bt Yasin Nur Izza bt Hashim PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 109


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 Seni dan Kebudayaan Nur Asikin bt Yahya [Ketua] Noor Hidayah Rusmi bt Rusli Noor Elizawati bt Ismail Suzila bt Mohamad Noor KKJR Azniza bt Abdullah [Ketua] Noormala bt Hamzah Syed Kamarulkhairid bin Syed Idros Mohd Zaki b Ismail Rukun Negara Norhazita bt Saad [Ketua] Nur Afifah bt Sauti Salmi Asilah @ Salim b Salleh Nurul Anwar bin Simaon Azra Wani bt Ibrahim Komputer Khairul Anuar b Md Idris [Ketua] Muslim b Abdullah Nurlizawati bt Abdul Moin Zaini bt Sulaiman Alam Sekitar Farah Liyana bt Nazaruddin [Ketua] Noridah bt Abdul Ghani Siti Farahiyah bt Mustafa Mohd Nor Faisal b Mohamed Yashim Elin Aliesha bt Azirwan Tan PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 110


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 SUKAN DAN PERMAINAN SK ROMPIN 2024 Penyelaras : Syed Kamarulkhairid b Syed Idros Unit Guru Penasihat Olahraga Mohd Nor Faisal b Mohamed Yashim [Ketua] Norhasimah bt Husin Siti Farahiyah bt Mustafa Siti Fatimah Azzahra bt Azhar Azniza bt Abdullah Elizawati bt Ismail Bola Sepak Mohd Nabil b Mohamad Khairuddin [Ketua] Salim b Salleh Nurul Anwar bin Simaon Bola Jaring Noormala bt Hamzah [Ketua] Rosliza bt Abu Hassan Norhazita bt Saad Siti Rohaya bt Moin Elin Aliesha bt Azirwan Tan Nor Asikin bt Yahya Sofbol Ahmad Saidi b Baharom [Ketua] Kamilah bt Ramly Nor Salihah bt Yacob Suzila bt Mohamad Noor Bola Tampar Mohd Zaki b Ismail [Ketua] Noor Hidayah Rusmi bt Rusli Nur Afifah bt Sauti Farah Liyana bt Nazaruddin Anita bt Omar Cik Wan Norhayati bt Wan Abdul Rahman PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 111


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 Badminton Radilah bt Hassan [Ketua] Khairul Anuar b Md Idris Mustakim b Daud Faaizzani bt Mohamad Yusof Rohaimi bt K Mohd Nur Izza bt Hashim Suhana bt Musa Sepak Takraw Amran b Isa [Ketua] Syed Kamarulkhairid b Syed Idros Bola Baling Mohamad Hafizi b Zakaria [Ketua] Yasmin bt Yasin Nurlizawati bt Abdul Moin Nopiah bt Mat Saman Sharifah bt Kasim Sabariah bt Ramli Zaini bt Sulaiman Ping pong Muslim b Abdullah [Ketua] Noridah bt Abd Ghani Sazana bt Mohamad Jaafar Normala bt Ahmad Azra Wani bt Ibrahim Nurfatisha Azlin bt Md Lotfi PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 112


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 RUMAH SUKAN GURU-GURU SK ROMPIN 2024 MERAH 1. Mohd Nabil b Mohamad Khairuddin [Ketua] 2. SalmiAsilah @ Salim b Salleh 3. Nurul Anwar b Simaon 4. Suhana bt Musa 5. Nurlizawati bt Abdul Moin 6. Siti Rohaya bt Moin 7. Nur Afifah bt Sauti 8. Azra Wani bt Ibrahim 9. Noormala bt Hamzah 10. Yasmin bt Yasin 11. Cik Wan Norhayati binti Wan Abdul Rahman. KUNING 1. Muslim b Abdullah [Ketua] 2. Syed Kamarulkhairid b Syed Idros 3. Mohamad Hafizi b Zakaria 4. Norhasimah bt Husin 5. Normala bt Ahmad 6. Norhazita bt Saad 7. Nor Asikin btYahya 8. Radilah bt Hassan 9. Nur Izza bt Hashim 10. Siti Farahiyah bt Mustafa 11. Suzila binti Mohamad Noor 12. Nurfatisha Azlin bt Md Lotfi HIJAU 1. Mohd Zaki b Ismail [Ketua] 2. Amran b Isa 3. Ahmad Saidi b Baharom 4. Faaizzani bt Mohamad Yusof 5. Sabariah bt Ramli 6. Noor Hidayah Rusmi bt Rusli 7. Nor Salihah bt Yacob 8. Nopiah bt Mat Saman 9. Sazana bt Mohamad Jaafar 10. Siti Fatimah Azzahra bt Azhar 11. Azniza bt Abdullah 12. Zaini bt Sulaiman BIRU 1. Khairul Anuar b Md Idris [Ketua] 2. Mustakim bin Daud 3. Kamilah bt Ramly 4. Noridah bt Abd Ghani 5. Anita bt Omar 6. Rohaimi bt K Mohamad 7. Rosliza bt Abu Hassan 8. Sharifah bt Kasim 9. Farah Liyana bt Nazaruddin 10. Noor Elizawati bt Ismail 11. Elin Aliesha bt Azirwan Tan PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 113


BUKU PENGURUSAN SK ROMPIN 2024/2025 PELAJARAN MEMBENTUK FIKIRAN 114


Click to View FlipBook Version