The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F3. NURUL FAEZAH FIRJANI BINTI KAMARUZZAMAN. PENULISAN AKADEMIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faezah09-375, 2022-05-12 12:51:36

F3. NURUL FAEZAH FIRJANI BINTI KAMARUZZAMAN. PENULISAN AKADEMIK

F3. NURUL FAEZAH FIRJANI BINTI KAMARUZZAMAN. PENULISAN AKADEMIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)

BMMB3073
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NURUL FAEZAH FIRJANI BINTI
KAMARUZZAMAN
NO. KAD PENGENALAN 011008140096
ANGKA GILIRAN
KUMPULAN 2020192340053

PISMP F3

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK

NAMA PENSYARAH PUAN SHARIZAN ABD HAMID
TARIKH HANTAR 12 MEI 2022
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS

Penghargaan

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dapat juga saya siapkan kerja kursus EDUP3073 Budaya
dan Pembelajaran dengan jayanya. Berkat bantuan dan kerjasama pelbagai pihak
menjadikan kerja kursus ini lengkap dan sempurna. Pertama sekali, saya ingin ucapkan jutaan
terima kasih kepada pensyarah kursus saya iaitu Puan Sharizan binti Abd Hamid yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dari awal tugasan ini diedarkan sehinggalah
dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan
semasa menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa mereka mungkin tidak dapat saya
menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-
rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus dalam menghasilkan tugasan dan
bertukar-tukar idea serta bahan rujukan bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan saya agar dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang di masa hadapan. Di samping itu, saya juga berharap
dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri agar menjadi bakal pendidik yang
berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat dan bermanfaat untuk masyarakat.

Senarai Kandungan Muka Surat
1
Isi Kandungan 2
Pengenalan 1
Langkah-Langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya 2
3
Aspek Fizikal 4
Aspek Emosi 4
Aspek Sosial 5
Aspek Sosiolinguistik
Rumusan
Rujukan

1

Pengenalan

Keunikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya
mendorong kepada usaha untuk menjadikan rakyat Malaysia saling menerima dan
menghargai perbezaan yang wujud antara satu sama lain. Bidang pendidikan sememangnya
memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat yang saling menghargai
walaupun terdapat perbezaan budaya dan adat resam. Penerimaan boleh dipupuk dalam diri
masyarakat sejak mereka berada di peringkat sekolah lagi kerana sekolah merupakan sebuah
medium penyatuan masyarakat. Di sekolah, murid diletakkan dalam bilik darjah yang menjadi
tempat mereka menimba ilmu pengetahuan, saling bertukar pendapat dan belajar mengenai
budaya yang ada dalam kalangan masyarakat sama ada secara langsung mahupun secara
tidak langsung. Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan penting dalam
menguruskan bilik darjah mesra budaya di sekolah supaya dapat memupuk suasana harmoni
dan kondusif dalam sesebuah bilik darjah. Terdapat beberapa langkah menguruskan bilik
darjah mesra budaya yang boleh dilaksanakan oleh guru.

Langkah-Langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya
Pengurusan bilik darjah mesra budaya yang efektif akan melahirkan murid yang prihatin dan
mempunyai sifat tolenrasi yang tinggi. Hal ini kerana mesra budaya merujuk kepada
perhubungan dan kerjasama yang terjalin antara masyarakat tanpa memandang perbezaan
gaya hidup, etnik, budaya dan agama seseorang. Kepelbagaian budaya merangkumi
perbezaan kepercayaan, adat, latar belakang, keturunan dan bahasa yang mana ianya
mempengaruhi cara kehidupan dan hubungan sosial seseorang manusia (Ab Halim Tamuri &
Nur Hanani Hussin, 2017). Bagi merealisasikan konsep mesra budaya di dalam bilik darjah,
terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru iaitu aspek fizikal, aspek emosi,
aspek sosial dan aspek sosiolinguistik.

Aspek Fizikal
Persekitaran fizikal merupakan antara aspek penting dalam mewujudkan pembelajaran mesra
budaya kerana ia melibatkan deria murid-murid untuk memahami dan menghayati sesuatu
suasana dan situasi yang berlaku di sekeliling mereka yang dapat dilihat, disentuh, didengar
dan dirasa oleh murid. Guru bertanggungjawab dalam membina sebuah persekitaran bilik
darjah yang kondusif iaitu dari segi kemudahan dan keselesaan murid supaya mereka dapat
menjalani pembelajaran dengan baik. Bagi membina persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya, guru perlulah menumpukan kepada peluang untuk murid dapat bergaul dengan
semua kaum yang ada dalam kelas tersebut. Peluang tersebut boleh dicipta dengan
menyusun kerusi dan meja murid dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai kaum.

2

Guru perlu menempatkan murid dalam kumpulan yang berbeza-beza mengikut aktiviti
pembelajaran supaya mereka berpeluang untuk bergaul dengan semua rakan sekelas dan
tidak tertumpu kepada ahli kumpulan yang sama sahaja. Hal ini secara tidak langsung dapat
memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid-murid di sekolah.

Selain itu, hiasan bilik darjah seperti sudut papan kenyataan dan sudut bacaan juga
boleh dimanfaatkan oleh guru untuk membentuk persekitaran mesra budaya di bilik darjah.
Guru boleh menyediakan keratan akhbar atau buku berkaitan dengan kebudayaan, nilai-nilai
murni dan kepelbagaian yang terdapat di Malaysia. Langkah ini dapat memberi peluang
kepada murid-murid untuk mencari maklumat berkaitan kepelbagaian kebudayaan dan
keunikan budaya di Malaysia. Dengan ini, murid-murid dapat meluaskan pengetahuan dan
menarik minat mereka untuk mempelajari tentang kepelbagaian bangsa di Malaysia. Dengan
ini, murid dapat belajar mengenai budaya masyarakat lain hasil daripada hiasan bilik darjah
yang memaparkan unsur kepelbagaian budaya. Menurut Che Nidzam Che Ahmad, Noraini
Mohamed Noh, Mazlini Adnan dan Marzita Puteh (2014), pembentukan persekitaran fizikal
yang teratur mestilah dioptimumkan dan dirancang selaras dengan matlamat dan keperluan
pembelajaran murid-murid di sekolah. Bilik darjah yang selesa dan menarik dapat
menghasilkan persekitaran pembelajaran yang sejahtera dan selamat kepada pelajar
(Marinah Awang et al., 2018). Oleh itu, tidak dinafikan bahawa suasana bilik darjah penting
dalam membentuk kesedaran serta penghayatan murid terhadap nilai sesebuah budaya dan
perpaduan.

Aspek Emosi
Aspek emosi juga merupakan aspek yang penting dalam membentuk bilik darjah yang mesra
budaya kerana emosi melibatkan perasaan seseorang yang akan terpapar melalui tindak
balas fisiologi sekiranya berlaku rangsangan terhadap emosi dalam sesuatu keadaan (Noriati
A. Rashid et al., 2017). Hal ini jelas menunjukkan jika seseorang itu gagal mengawal
emosinya, maka mereka akan bertindak melakukan perkara yang mungkin boleh menganggu
konsentrasi orang di sekelilingnya. Situasi ini perlu guru elakkan kerana seorang guru yang
prihatin perlu bijak mengawal emosi dan tidak menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran terganggu. Antara langkah yang guru boleh ambil untuk pengurusan emosi
dalam bilik darjah ialah guru perlu memberikan layanan yang adil kepada semua murid.
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, guru mestilah bersikap adil terhadap semua
murid tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Guru perlu menghindari sikap prejudis dan
tidak mengamalkan sikap pilih kasih berdasarkan kaum semasa sesi pengajaran berlangsung.
Hal ini kerana tindakan tersebut boleh mengganggu emosi murid dan menyebabkan murid
berasa disisihkan. Setiap murid mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran seperti menyuarakan pendapat, sesi perbincangan bersama

3

rakan, mengemukakan idea yang bernas dan saling berkongsi maklumat. Oleh itu, guru perlu
menghormati hak murid dan tidak menunjukkan nilai negatif terhadap murid-murid.

Selain itu, guru juga mestilah sentiasa menunjukkan keperibadian yang baik dari segi
perwatakan, percakapan dan tingkah laku. Sebagai contoh, guru memuji murid yang
menyiapkan tugasan, menasihati murid dengan niat untuk menegur bukan untuk memalukan
mereka dan sentiasa menjaga hubungan dengan murid. Dengan ini, secara tidak langsung
dapat menyemai sikap dan nilai yang positif dalam diri murid selaras dengan anjakan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu melahirkan masyarakat dengan
penghayatan nilai. Tidak dinafikan bahawa nilai positif dan hubungan yang sihat mampu
membina kestabilan sosio-emosi murid yang positif dan seimbang (Hanisah Halim, Jusiah
Idang, Guan Teik Ee, Murnizam Halik & Sabariah Sharif, 2019). Pujian yang diberikan dapat
menaikkan semangat dan motivasi murid dan secara langsung menjadikan murid boleh
memiliki emosi yang stabil dan menimbulkan perasaan ceria atau seronok dalam diri.

Aspek Sosial
Guru yang berwibawa mestilah menitikberatkan aspek sosial murid kerana setiap murid
mempunyai latar belakang dan personaliti yang berbeza yang mampu mempengaruhi gaya
kehidupan seharian mereka. Teori pembelajaran sosial menekankan bahawa aspek
pemerhatian sebagai proses pembelajaran yang berkesan (Noriati A. Rashid et al., 2017).
Sehubungan dengan itu, guru boleh meningkatkan kemahiran sosial murid dengan
pembelajaran berasaskan pemerhatian. Bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran mesra
budaya dari aspek sosial, guru mestilah bijak mengatur dan merancang pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan murid-murid supaya mereka dapat menjalani
pembelajaran yang bermakna dan mampu mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Aktiviti yang dijalankan perlulah sesuai mengikut kebolehan murid agar mereka dapat
memahami topik pelajaran dengan baik tanpa sebarang gangguan atau tekanan. Misalnya,
guru boleh mengadakan aktiviti mencipta kad ucapan hari jadi atau kad ucapan terima kasih
sebagai unsur mengeratkan silaturrahim murid dengan kawan-kawan dan guru (Noriati A.
Rashid et al., 2017). Melalui aktiviti ini, murid dapat memerhatikan kesungguhan rakan-rakan
untuk menghargai rakan sekelas dan guru-guru mereka. Maka, hal ini akan mendorong
kepada pembinaan hubungan yang positif antara rakan rakan di samping dapat meningkatkan
kemahiran interpersonal murid. Oleh itu, murid akan saling menghargai dan menerima antara
satu sama lain walaupun berbeza pendapat, bangsa dan kepercayaan.

4

Aspek Sosiolinguistik
Aspek sosiolingusitik menumpukan kepada penggunaan bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran murid. Malaysia mempunyai pelbagai bahasa ibunda berdasarkan kaum-kaum
yang ada di Malaysia. Namun begitu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan
merupakan medium penyatuan masyarakat Malaysia. Bahasa kebangsaan digunakan secara
meluas untuk membolehkan setiap bangsa yang berlainan bahasa boleh berkomunikasi
dengan berkesan antara satu sama lain. Pada peringkat sekolah, bagi mewujudkan bilik
darjah yang mesra budaya dalam aspek sosiolinguistik, guru boleh mengadakan pelbagai
aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid. Aktiviti tersebut dapat menyemai
rasa bangga dalam diri murid terhadap bahasa kebangsaan dan memupuk semangat
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Hasilnya, murid akan berusaha
mempelajari dan menggunakan bahasa kebangsaan sama ada dalam bilik darjah mahupun
di luar bilik darjah.

Selain itu, guru juga boleh menyelitkan adat resam budaya lain dalam pengajaran
bahasa kebangsaan. Sebagai contoh, guru mengadakan aktiviti bercerita yang berteraskan
etnik Iban dalam pengajaran bahasa Melayu. Maka, guru boleh menggunakan lagu etnik
Kadazan-Dusun dalam sesi cerita tersebut. Guru juga boleh memperkenalkan budaya etnik
Iban dalam cerita tersebut di samping menyelitkan penggunaan perkataan-perkataam bahasa
Iban dalam sesi penceritaan tersebut. Di samping dapat memartabatkan penggunaan bahasa
kebangsaan, guru dan murid juga boleh mempelajari bahasa ibunda etnik Iban dan budaya
mereka. Oleh itu, guru perlu menjadi kreatif dan memiliki pemikiran kritis bagi membelahkan
bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan.

Rumusan
Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan langkah-langkah
pengurusan bilik darjah mesra budaya agar dapat membina anak bangsa yang berkualiti dari
segi fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial. Guru bertanggungjawab menyemai nilai
perpaduan dalam diri murid-murid agar mereka dapat membentuk sebuah negara yang aman
dan harmoni walaupun mempunyai pelbagai perbezaan kaum, bahasa dan kepercayaan.
Bukan itu sahaja, murid-murid ini juga mestilah diterapkan serta didedahkan dengan
hubungan yang mesra dan baik supaya tidak wujudnya sifat rasis atau diskriminasi terhadap
orang lain (Ab Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin, 2017). Oleh itu, guru mestilah cakna
terhadap persekitaran pembelajaran mesra budaya kerana ia merupakan antara pendorong
kepada pembelajaran yang berkesan dan membentuk perubahan tingkah laku yang baik
dalam diri murid.

5

Rujukan
Ab Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin (2017). Pendidikan abad ke-21 dalam kepelbagaian

budaya: cabaran dan harapan .
https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kep

elbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan

Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan & Marzita Puteh. (2014).

Pengaruh persekitaran fizikal bilik darjah terhadap tahap keselesaan pengajaran dan

pembelajaran. https://www.researchgate.net/profile/Che-Nidzam-Che-

Ahmad/publication/294886469_PENGARUH_PERSEKITARAN_FIZIKAL_BILIK_DA

RJAH_TERHADAP_TAHAP_KESELESAAN_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARA

N/links/56cb9c0508aee3cee5419155/PENGARUH-PERSEKITARAN-FIZIKAL-BILIK-

DARJAH-TERHADAP-TAHAP-KESELESAAN-PENGAJARAN-DAN-

PEMBELAJARAN.pdf

Hanisah Halim, Jusiah Idang, Guan Teik Ee, Murnizam Halik & Sabariah Sharif. (2020).
Tinjauan perspektif guru terhadap kepentingan pembelajaran sosio-emosi dalam
meningkatkan kompetensi sosio-emosi pelajar sekolah rendah di Sabah. Jurnal
Penyelidikan Lanjutan dalam Sains Sosial dan Tingkah Laku. (18)1. 1-11.
https://www.akademiabaru.com/doc/ARSBSV18_N1_P1_11.pdf

Marinah Awanga, Mohd Ezrizal Zakariab & Ramlee Ismail. (2018). Hubungan persekitaran
fizikal bilik darjah dan kesejahteraan dan keselesaan pembelajaran dan pengajaran.
Jurnal Penyelidikan Pengurusan. (7)1. 86-99.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2017). Siri pendidikan guru budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wong Poh Yee & Faridah Yunus. (2021). Kesan persekitaran fizikal dan sosial kepada
perkembangan kanak-kanak dari perspektif neurosains: kajian sorotan sistematik.
Jurnal Dunia Pendidikan. (3)2. 98-112. file:///C:/Users/Z/Downloads/13501-1405-
45328-1-10-20210530.pdf


Click to View FlipBook Version