The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PORTFOLIO PENYELIDIKAN SILAT CEKAK DAN SEPAK TAKRAW (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdnaufal02807, 2022-07-17 13:33:22

PORTFOLIO PENYELIDIKAN SILAT CEKAK DAN SEPAK TAKRAW (2)

PORTFOLIO PENYELIDIKAN SILAT CEKAK DAN SEPAK TAKRAW (2)

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN (SOE)
SGDA3103 (D) PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH







SEMESTER KEDUA SESI A212






PORTFOLIO PENYELIDIKAN
UNIT BERUNIFORM SILAT SENI CEKAK
DAN SUKAN SEPAK TAKRAW






DIHANTAR KEPADA:
MEJ (B) DR HJ MUA’AZAM BIN MOHAMAD






DISEDIAKAN OLEH:



BIL NAMA NO
MATRIK

1 ASHRAFF BIN SAIDAN 277477

2 MUHAMMAD NAUFAL BIN MOHD ZULHILMI 278589

SUKAN/PERMAINAN
SEPAK TAKRAW

SEJARAH DAN

PERKEMBANGAN







Sepak takraw merupakan sejenis permainan antara dua pasukan atau regu yang
dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Dua regu yang bertanding di
gelanggang dipisahkan dengan jaring yang berukuran sama seperti gelanggang
badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah
digantikan dengan penggunaan bola sintetik.

Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan
menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan tentang Raja Muhammad, Putera
Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga
tendangan Tun Besar.

Di Malaysia permainan ini disebut sepak raga di Filipina “sipa”, Burma “chinlone”, di Laos
“kator”dan Thailand “takraw”. Permainan sepak takraw yang ada sekarang merupakan
adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah
dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti
badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun
digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.

Sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa
pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa
Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku di
antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thailand dan
Burma bagi membincangkan nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur,
Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini
hendaklah dinamakan permainan Sepak Takraw, iaitu gabungan perkataan "sepak" dari
Malaysia dan 'takraw" dari Thailand lalu digabungkan menjadi satu perkataan. Pada masa
kini permainan sepak takraw telah pun mengalami evolusi. Permainan ini bukan sahaja
dimainkan oleh atlet lelaki tetapi dimainkan oleh atlet wanita. (Heriansyah, S. P., &
Suhartiwi, S. P., 2021) , (Namri sidek, 2018) dan (Bhagaian Sukan kementerian Pelajaran
Malaysia, n,.d)

TOKOH

RAJA LIBAS MALAYSIA : ADNAN SAIDIN

Sinonim dengan gelaran 'Raja Libas' dan 'Raja Sepak Takraw Malaysia', Adnan Saidin
mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam jiwa para peminat sukan tanah air. Libasan
mautnya sekitar era 1980-an yang amat digeruni pasukan lawan dan kekal segar dalam
lipatan sejarah negara. Kehebatan anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini turut mendapat
pengiktirafan apabila dinobatkan selaku “Pemain Terbaik Asia 1984”dan digelar “Raja Sepak
Takraw Asia 1986.

Adnan Saidin dilahirkan pada 25hb Februari 1957 di Alor Setar, Kedah, dan mempunyai
ketinggian 5' 7". Adnan Saidin menceburi sukan sepak takraw sejak berusia 10 tahun, dan
bersara sebagai pemain kebangsaan pada 1986 selepas beraksi dan memenangi kejuaraan
di peringkat antarabangsa termasuk menggondol pingat emas dalam Sukan SEA 1979, 1981
dan 1983. Antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan Adnan ialah sewaktu di
penghujung kariernya sebagai pemain sepak takraw dan dianugerahkan gelaran 'Raja
Sepak Takraw Asia' pada Kejohanan MAS-Utusan Malaysia-RTM 1986.

Anugerah itu diberikan kepadanya setelah membantu Malaysia menundukkan musuh
tradisi, Thailand bersama gandingannya Raziman Hassan (apit kanan) dan Azman Ismail
(tekong) pada perlawanan akhir 'antara regu terbuka' yang disaksikan oleh belasan ribu
penonton yang memenuhi Stadium Negara. Anugerah itu disampaikan oleh Datuk Seri
Najib Tun Razak yang merupakan Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu.

Kehebatan libasan Adnan Saidin dapat dibuktikan ketika mewakili Kedah dalam
perlawanan akhir Piala Emas Khir Johari di Alor Setar pada penghujung 70-an dengan apit
kanan pasukan lawan pengsan sejurus perlawanan berakhir selepas beberapa kali terkena
bola takraw ketika membuat hadangan libasannya. Bola takraw yang direjamnya juga
pernah terkena dada apit kanan dari pasukan negara jiran pada Kejohanan Sukan SEA di
Jakarta pada 1979 hingga menyebabkan pemain tersebut rebah dan sesak nafas.

Di samping itu, pernah juga seorang rakan sepasukan Adnan dalam skuad Kedah yang
patah gigi akibat terkena bola libasannya yang melantun dan terkena mulut pemain
tersebut ketika sesi latihan Piala Emas Khir Johari di Dewan Datuk Syed Omar. Selain itu,
seorang penonton patah gigi apabila bola lantunan yang dilibas oleh Adnan mencecah
lantai gelanggang yang kemudiannya melantun ke muka penonton (Zairuddin, 2013).
.

PERATURAN DAN

UNDANG-UNDANG




S


PEMAIN

Bilangan pemain seramai 3 orang setiap regu.
Salah seorang pemain berada di belakang dan
dinamakan tekong.
Dua orang lagi berada di hadapan, seorang di sebelah
kiri (Apit Kiri) dan seorang di sebelah kanan (Apit
Kanan).
Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan
sedang dilangsungkan.

PEGAWAI-PEGAWAI

Permainan akan diurus oleh pegawai-pegawal yang berikut:

Seorang Pengadil Rasmi
Dua Pengadil
Enam Pengadil Garisan (4 di garisan tepi dan 2 di garisan
belakang)

Kedudukan dua orang pengadil garisan untuk garisan belakang
hendaklah bertentangan dengan pengadil.

KEDUDUKAN PEMAIN-PEMAIN SEMASA
SEPAK MULA

Semasa permainan bermula, semua pemain
hendaklah berada di dalam petak masing-masing
dalam keadaan bersedia.
Tekong yang membuat sepak mula hendaklah
sebelah kakinya berada di dalam bulatan sepak mula
dan sebelah lagi kakinya hendaklah berada di luar
bulatan sepak mula untuk menyepak bola.
Kedua-dua apit regu yang membuat sepak mula
mestilah berada di dalam suku bulatan masing-
masing.
Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana
kawasan di dalam petak gelanggangnya

PERATURAN DAN

UNDANG-UNDANG




PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN BATAL DALAM PERMAINAN

i. Pihak sepak mula (PENA HITAM_HITAM, n.d) DASN BAHAGIAN SUKAN KPM, n.d)



Apit yang melontar bola, memain-mainkan bola (melambung, menghempas, memberi kepada apit lain

dan lain-lain) selepas pengadil selesai mengumumkan mata pertandingan.

Mana-mana apit mengangkat kaki, memijak garisan atau melepasi Jaring atau menyentuh jaring

semasa campakan bola dibuat

Tekong semasa melakuan sepak mula, sebelah kakinya tidak menyentuh gelanggang atau memijak

garisan bulatan sepak mula.

Tekong tidak menyepak bola yang dilontar.

Bola menyentuh pemain regunya sebelum melintasi ke petak gelanggang lawan.

Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang,

Bola tidak melintasi ke petak gelanggang lawan.

ii. Penerima sepak mula
• Melakuan tingkah laku yang boleh mengganggu atau membuat bising
atau menengking terhadap pihak lawan.

iii. Kedua dua pihak semasa Permainan
Memijak garisan tengah.
Mana-mana pemain yang menyentuh bola di kawasan lawan.
Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan lawan sama
ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa follow-through Memainkan bola lebih dari 3 kali
berturutan. Bola menyentuh tangan. Memberhenti atau mengepit bola di bawah tangan/lengan, antara
kedua-dua paha/kaki atau badan. Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut pelilit kepala
dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh kekawasan lawan Bola terkena siling,
bumbung, dinding atau lain lain benda. Mana-mana pemain yang sengaja melambat-lambatkan
permainan

SISTEM KIRAAN MATA

Apabila perkara batal dilakukan oleh sama ada
bahagian sepak mula atau menerima sepak mula,
satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk
melakukan sepak mula seterusnya.
Mata kemenangan maksimum untuk setiap set ialah
21 mata.
Permainan dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit
rehat di antaranya,
Apabila kedudukan di mata 20-20, penggunaan mata
syiling 25 dijalankan. Kemenangan ditentukan
dengan perbezaan 2 mata sehingga mata 25.
Jika masing-masing regu memenangi 1 set
permainan akan ditentukan di dalam set ketiga yang
dinamakan Tie Break' dengan 15 mata.
Sebelum pusingan' Tie Break bermula, pengadil akan
membuat undian dan pasukan yang memenangi
undian akan membuat sepak mula. Tukar petak akan
berlaku apabila satu regu mencapai 8 mata.

AKTIVITI DALAM SEPAK

TAKRAW YANG BOLEH

DIJALANKAN DI SEKOLAH




AKTIVITI MEMANASKAN DAN MENYEJUKKAN BADAN YANG


BETUL UNTUK MENGIKUTI SUKAN SEPAK TAKRAW

Permainan Sepak Takraw memerlukan pelajar untuk mempunyai tahap
regangan badan yang baik bagi mengelakkan kecederaan. Oleh itu
pelajar harus menjalani aktiviti memanaskan badan yang betul sebelum
bermain Sepak Takraw. Antara teknik yang sesuai adalah seperti berikut:

Memanaskan badan selama 15 minit.
Latihan kalistenik (tumpuan pada bahagian kaki)
Senaman regangan statik (seperti dalam gambar
Senaman regangan dinamik
Aktiviti menyejukkan badan perlu dilakukan selepas sahaja menjalankan
permainan Sepak Takraw.
Dijalankan selama 10 minit.
Aktiviti gerak kendur seperti pergerakan badan dan kaki sepakan.

AKTIVITI MEMPELAJARI KEMAHIRAN SEPAK TAKRAW
Permainan Sepak Takraw mempunyai teknik yang tersendiri.
Guru penasihat kelab Sepak Takraw boleh mengadakan latihan
bagi mengajar pelajar kemahiran yang terdapat dalam sukan
Sepak Takraw. Antara kemahiran-kemahiran tersebut ialah:

Sepak Sila
Kemahiran menanduk
Kemahiran rejaman
Sukan Sepak Takraw hanya mempunyai tiga kemahiran asas
sahaja. namun begitu, kemahiran ini sukar untuk dikuasai jika
tidak mengetahui teknik yang betul. Latihan yang berterusan
dapat memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran asas
dalam sukan ini

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

Guru penasihat kelab boleh mengadakan pertandingan Sepak
Takraw dalam kalangan ahli kelab sepak takraw. Antara tujuan
pertandingan ini dijalankan adalah untuk memberikan peluang
kepada pelajar untuk merasai pengalaman bermain Sepak Takraw
mengikut peraturan dalam sukan tersebut. Pertandingan ini juga
membolehkan guru untuk mengenalpasti pelajar yang mempunyai
bakat dalam sukan ini. Pelajar- pelajar ini boleh dilatih secara
khusus bagi mengasah bakat mereka. Pelajar-pelajar yang berbakat
ini boleh dipilih guru untuk mewakili sekolah dalam sukan ini. Guru
penasihat kelab bertanggungjawab untuk membawa pelajar ini
untuk menyertai pertandingan Sepak Takraw. Pertandingan Sepak
Takraw ini boleh disertai pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan.

PENILAIAN PRESTASI
TERHADAP PEMAIN SEPAK

TAKRAW

OBJEKTIF UJIAN PENILAIAN PRESTASI DILAKUKAN.


Mengukur tahap kecergasan fizikal pemain Sepak Takraw

Membuat perbandingan tahap kecergasan fizikal pemain Sepak
Takraw
Membantu pihak pengurusan untuk meningkatkan tahap
kompenan kecergasan fizikal yang diuji bagi setiap posisi
pemain.

JENIS UJIAN YANG DIJALANKAN: (Noor dan Rahman, 2008)
Kajian fleksibiliti
Ujian Sit up and Reach
Ujian kepantasan 40 meter sprint
Ujian Kekuatan otot Push Up

UJIAN PUSH UP UNTUK MENGUKUR KEKUATAN OTOT PEMAIN:
Ujian Push Up akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu sebelum
dan selepas.
Setiap pemain diminta untuk melakukan Push Up sebanyak
mungkin dalam masa satu minit dan direkodkan seperti di
bawah.

Bilangan Push Up akan direkodkan untuk dianalisis bagi
mendapatkan skor min. Nilai skor Min ini akan menentukan
kecergasan pemain iaitu sangat baik, baik, sederhana dan lemah.

PERALATAN DAN

PAKAIAN



PERALATAN : BOLA TAKRAW


S Bola Takraw merupakan antara peralatan yang
membezakan sukan ini dengan sukan yang lain. Pada
asalnya bola takraw diperbuat daripada rotan yang
dianyam dalam bentuk sfera. Perkembangan terus
berlaku apabila bola ini diperbuat daripada sintetik.

Bagi pelajar darjah 3 dan 4, bola yang digunakan
ialah bola getah bersaiz 3 yang lilitannya 50 hingga 55
cm. pelajar darjah 5 dan keatas boleh menggunakan
bola takraw sedia ada.

PERALATAN : JARING

Jaring hendaklah diperbuat daripada tali biasa
atau nylon yang halus dengan siratan berukuran
di antara 0.06m hingga 0.08m. Jaring berukuran
0.7m lebar dan tidak melebihi 6.10m panjang.
pada kedua-dua hujung jaring dilekatkan dengan
pita 0.05m dari bahagian atas hingga ke bawah
dan hendaklah dalam kedudukan sebaris dan
menegak dengan garisan tepi. pita ini dinamakan
pita sempadan.

PAKAIAN (Bahagian Sukan Kementerian
Pelajaran Malaysia, n.d)

Pemain hendaklah menggunakan baju dan seluar yang
sesuai dengan permainan Sepak Takraw.
Pada kebiasaannya, pemain Sepak Takraw akan memakai
seluar pendek bagi memudahkan pemain untuk melakukan
libasan.
Bagi pelajar sekolah, pelajar hendaklah menggunakan
pakaian yang sopan dan menutup aurat. sarung kaki atau
stoking hendak dipakai bagi mengelakkan kecederaan pada
kaki.
Contoh etika etika pakaian boleh dirujuk pada gambar di
sebelah.

PAKAIAN : KASUT

Pelajar hendaklah menggunakan kasut yang sesuai dengan
sukan ini
Kasut yang disarankan ialah kasut yang bertapak getah
kasut yang bertapak getah disaranakan kerana lebih Mudah
untuk bergerak, fleksibel dan dapat mengelakkan kecederaan
berlaku.

CADANGAN TAKWIM

PERLAKSANAAN AKTIVITI

KELAB SEPAK TAKRAW





BIL. NAMA AKTIVITI TARIKH

PERLAKSANAAN

MESYUARAT PELANTIKAN JAWATANKUASA

1 Memperkenalkan guru penasihat. 13 April 2022

Perkenalkan aktiviti sepanjang tahun dan lain

lain.

LANTIKAN/TAKLIMAT PERATURAN PERMAINAN 11 Mei 2022
Lantikan AJK 2022 25 Mei 2022

2 Menunjukkan peralatan untuk permainan
Sepak Takraw
Sejarah perkembangan Sepak Takraw
Taklimat peraturan permainan

3 LATIHAN MENIMBANG BOLA
Aktiviti sepak sila

LATIHAN SERVIS 8 Jun 2022
4 Servis atas Sepak Takraw
22 Jun 2022
Servis bawah Sepak Takraw 13 Julai 2022
17 Ogos 2022
5 LATIHAN MENGUMPAN BOLA 28 September 2022

6 LATIHAN MENANDUK BOLA

7 PERLAWANAN/PERTANDINGAN TAKRAW

8 JAMUAN AHLI KELAB

PENUBUHAN KELAB

KRITERIA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM
MENUBUHKAN KELAB SEPAK TAKRAW DI SEKOLAH

Dalam menubuhkan sesebuah Kelab Sepak Takraw di sekolah, pihak sekolah perlulah
mengenal pasti beberapa kriteria yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu. Antara
kriteria tersebut adalah seperti yang berikut (Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran
Malaysia, n.d)

Mengenal pasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik)
Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab Sepak Takraw , pihak pengurusan
perlulah mengambil kira aspek-aspek kepakaran sedia ada daripada guru-guru itu sendiri.
Kepakaran ini merujuk kepada penglibatan guru tersebut dari bangku sekolah lagi, di Institut
Pendidikan Guru (IPG) atau di Universiti. Sememangnya bukan semua guru mempunyai
pengalaman yang luas dalam bidang sukan Sepak Takraw, namun sekurang-kurangnya
pengalaman sejak dari bangku sekolah juga boleh dijadikan asas kepada pertimbangan bagi
pelantikan seorang guru itu sebagai guru penasihat sesebuah kelab Sepak Takraw sekolah.

Kemudahan prasarana sukan yang ada di sekolah
Prasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi pelaksanaan program sukan di
sekolah. Sekolah yang mempunyai padang akan mempunyai kelebihan yang banyak dalam
menyusun atur program sukan khususnya sukan-sukan yang sering menjadi amalan di
sekolah tersebut. Bagi sekolah yang mempunyai gelanggang perlu bijak menyusun program-
program sukan yang berasaskan gelanggang manakala sekolah yang mempunyai dewan
tertutup pula mempunyai kelebihan tersendiri dalam merancang program sukan di sekolah.

Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah
Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Pelbagai aspek
perlu dilihat secara menyeluruh dalam menyediakan peralatan sukan di sekolah. Pihak
sekolah mungkin boleh mempertimbangkan aspek bilangan jenis sukan yang akan
diwujudkan dalam sekolah, bilangan murid yang akan menyertai sesuatu jenis sukan dan
bilangan guru penasihat yang boleh menyelenggarakan sesuatu peralatan sukan itu. Sesuatu
jenis peralatan sukan ini juga mungkin akan dipengaruhi oleh harga dan jangka hayat alatan
tersebut. Antara peralatan yang harus ada untuk menjalankan sukan Sepak Takraw ialah bola
takraw, jaring, tiang dan peratalatn tambahan seperti wisel, kon dan sebagainya.

CARTA ORGANISASI
KELAB SEPAK TAKRAW

BIDANG TUGAS
JAWATANKUASA KELAB

SEPAK TAKRAW

I. Pengerusi ii. Naib Pengerusi

Mempengerusikan semua mesyuarat dan Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua dan tanggungjawab yang diberi;
mesyuarat Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan
Meneliti catatan minit mesyuarat dan pengerusi dan
memastikan segala keputusan yang diputuskan Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
diambil tindakan yang sewajarnya; dan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.





iii. Setiausaha iv. Penolong Setiausaha

Mengurus hal-hal surat menyurat: Membantu Setiausaha dalam menjalankan
Mencatat dan menandatangani minit segala tugas dan tanggungjawabnya; dan
mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan: Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
Mencatat kehadiran ahli; oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan
persatuan; dan

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

V. Bendahari vi. Penolong Bendahari

Bertanggungjawab berkenaan semua hal Membantu Bendahari dalam menjalankan segala
kewangan kelab; tugas dan Tanggungjawabnya; dan
Melakukan dan menyimpan kira-kira kewangan Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
dan bertanggungjawab atas kesahihannya; oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan
tahunan serta menandatanganinya:

Melaporkan kedudukan kewangan kelab di
dalam mesyuarat ahli
Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit
dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung;
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

BIDANG TUGAS
JAWATANKUASA KELAB

SEPAK TAKRAW

vii. Ahli Jawatankuasa viii. Pemeriksa kira-kira

Membantu menjalankan tugas dalam segala Memeriksa, menyemak serta mengesahkan
program dan aktiviti yang dilaksanakan; Laporan Kewangan Tahunan dan
Mempengerusikan biro sekiranya dilantik dan Bertanggungjawab ke atasnya, dan
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Memastikan pengurusan kewangan diurus
oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. dengan betul.





Dalam mengendalikan kelab sukan, guru penasihat perlulah menyelaras dan memantau
perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan aktiviti yang telah
ditetapkan. Guru penasihat perlulah memberi maklumat dan dorongan kepada
jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik bagi
memberikan keseronokan kepada ahli-ahli kelab. Bidang kerja yang diberikan merupakan
cadangan pecahan bidang tugas jawatankuasa kelab sukan yang bakal dibentuk nanti.

UNIT BERUNIFORM
SILAT CEKAK

SEJARAH PENUBUHAN
DAN PERKEMBANGAN

Silat Seni Cekak merupakan suatu seni yang asalnya meluas di negeri
Kedah Darul Aman. Seni pertahan diri ini dipercayai wujud selepas
kedatangan Islam di negeri tersebut. Sewaktu zaman kegemilangan
Sultan Ahmad Tajuddin II, Silat Cekak diamalkan oleh para panglima
sebagai kemahiran untuk pertahankan diri.
Antara panglima yang terkenal mempelajari dan mengamalkan silat
ini ialah Panglima Ismail. Beliau amat terkenal dengan ceritanya yang
mana beliau berjaya mengalahkan seorang Batak yang bernama Tuah
di Kubang Kerian.

Ilmu persilatan ini seterusnya telah diwariskan kepada Panglima Tok
Rashid yang mana beliau terpaksa berpindah ke negeri Perak. Hal ini
dikatakan kerana ketika itu wabak taun sedang menular di Kedah, yakni
di kawasan tempat tinggalnya sebelum itu. Warisan ilmu silat ini tidak
berhenti di situ sahaja di mana ianya diturunkan pula kepada Yahya Said
atau lebih terkenal dengan gelaran Pak Yahya Said.
Kemudian, ilmu terus diperkembangkan di sekitar Kuala Lumpur seperti
di kawasan perkampungan Kampung Bumiputera dan Kampung Datok
Keramat sebelum ianya berjaya didaftarkan sebagai Persatuan Seni Silat
Cekak Malaysia (PSSCM). Di Malaysia, silat cekak ini terbahagi kepada
beberapa jenis seperti Silat Cekak Ustaz Hanafi, Silat Cekak Harimau dan
Silat Cekak Pahang .

VISI & MISI SILAT CEKAK

VISI: Silat Melayu berdedikasi untuk
memelihara yang asli, khususnya seni
silat Melayu Silat Melayu serta kesucian
semua takhayul yang tidak sesuai dengan
agama Islam.

MISI: Memimpin dan membentuk
anggota PSSCM Melayu khususnya dan
amnya untuk mempercayai dan bersatu
mempertahankan agama, bangsa dan
negara.

MATLAMAT SILAT CEKAK

(a) Menghidupkan, memperkenalkan serta mempersebatikan
pusaka bangsa yang merupakan seni kebudayaan keturunan yang
hampir dilupakan.
(b) Menanamkan perasaan cinta dan kasih akan hak dan warisan
mutlak bangsa Melayu.
(c) Menanamkan semangat bahawa kitalah yang
bertanggungjawab menjaga diri sendiri, tanpa bergantung kepada
orang lain.
(d) Memberi pengertian tujuan dan matlamat bersilat, juga tujuan
dan mengapa hidup serta matlamat sebenar hidup itu.
(e) Membasmi dan menentang tahyul dan khurafat yang tidak
sesuai dengan iktikad Islam.
(f) Menanamkan semangat dan roh Islam sebagai pegangan bagi
menghadapi apa jua keadaan.

SYARAT KEAHLIAN

Syarat keahlian bagi menyertai seni silat cekak ini amat mudah iaitu
terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan yang berumur

16 tahun dan ke atas, beragama Islan serta sihat tubuh badan dan
berfikiran waras.

TOKOH SILAT CEKAK

YM TUAN HAJI ISHAK BIN ITAM

Dalam dunia persilatan, YM Tuan Haji Ishak bin Itam atau lebih
mesra dengan panggilan Pak Ak adalah sosok yang dikenali sebagai
tokoh seni silat cekak kerana beliau adalah antara penyumbang
terbesar kepada perkembangan silat cekak ini di Malaysia.
Almarhum Tuan Haji Ishak telah dikurniakan Pingat Setia PSSCM
dan Pingat Darjah Negeri (DJN). Beliau merupakan anak jati Kedah
yang mana beliau dilahirkan di Kampung Benua, Simpang Empat
Kangkong, Mukim Tebengau pada tarikh 22 Julai 1935.
Beliau telah diijazahkan oleh Almarhum Ustaz Haji Hanafi iaitu
pengasas silat ini. Setelah pemergian tuan gurunya itu, Tuan Haji
Ishak telah diisytiharkan sebagai guru utama dan presiden PSSCM.
Beliau kemudian menyambung perjuangan Ustaz Haji Hanafi dalam
memperkembang dunia silat ini dan telah berjaya melahirkan ramai
anak didik yang handal dalam persilatan.
Banyak pesanan yang ditinggalkan oleh beliau dan yang paling
terkenal ialah "Cekak membawa erti tanggungjawab terhadap
keluarga, diri dan sebagainya. Permainan Cekak berdiri lurus sama
seperti seseorang itu diajar jangan berbohong sombong atau
berdabik dada sebaliknya jujur, tetapkan pendirian dan pelbagai
lagi,"

PERALATAN DAN PAKAIAN

KERIS

Keris adalah senjata tikam yang bermata dua. Ianya digunakan untuk
mempertahankan diri sewaktu bersilat. Keris juga turut digunakan dalam
sesi latihan silat bersenjata dengan pemantau ketat daripada guru silat.

PAKAIAN

Secara asasnya, pakaian bagi pelatih dan pelajar silat adalah sama iaitu
berwarna hitam. Selalunya bagi pesilat lelaki, lenggan bajunya pendek
manakala lengan bagi pakaian wanita panjang. Namun, yang membezakan
antara pangkat para pesilat adalah melalui tali pinggang yang disarung
seperti yang tertera dalam grafik di atas.

UJIAN KELAYAKAN

& PENILAIAN

Sebagai ujian kelayakan, pelajar diperkenalkan dengan 21 buah-
buah asas (basic) sambungan daripada kaedah A, B, C dan D; dilatih
bergerak sekali tangan dan kaki. Ianya menekankan kepada 99%
mempertahankan diri dan 1% menyerang Semakin banyak buah-
buah gerakan yang mereka kuasai, bermakna mereka semakin
bersedia untuk menyarung tali pinggang yang berwarna lain iaitu
peringkat yang lebih tinggi. Nama-nama buah asas silat yang
dimaksudkan adalah seperti yang berikut:

UJIAN KELAYAKAN

& PENILAIAN

PERINGKAT ASAS

Sebagai ujian kelayakan, pelajar
diperkenalkan dengan 4 kaedah Silat Cekak
iaitu kaedah A, B, C dan D. Kaedah A
diilhamkan dari perbuatan do’a, kaedah B
diilhamkan dari perbuatan qiam, kaedah C
diilhamkan dari perbuatan rukuk, dan
kaedah D diilhamkan dari perbuatan
takbiratulihram.

Kemudian pelajar diperkenalkan dengan 21
buah-buah asas (basic) sambungan
daripada kaedah A, B, C dan D; dilatih
bergerak sekali tangan dan kaki.

UJIAN KELAYAKAN
& PENILAIAN

PERINGKAT JATUH

Buah-buah pecahan atau buah-buah anak sambungan daripada buah-buah
asas pelajaran diperkenalkan pada peringkat kedua. Dengan buah-buah
pecahan inilah mampu untuk mempertahankan diri daripada segala rupa
serangan.

Buah-buah asas dan pecahan-pecahan ini adalah buah-buah segala ilmu
keputusan seluruh silat Melayu di dalam alam Melayu seperti Keputusan
Sendeng, Keputusan Gayung Fatani, Keputusan Silat Harimau dan lain-lain
seperti yang disebutkan pada bahagian awal tadi.

PERINGKAT POTONG

Peringkat ini ialah peringkat

rahsia. Pelajar didedahkan dengan

pembelajaran cara untuk

memotong atau menyekat

kesemua 21 buah yang disebutkan

di atas. Andainya pengamal Seni

Silat Cekak menyerang dan

musuh menggunakan salah satu

buah yang tersebut, buah itu tak

terdaya memakan atau

menangkap Seni Silat Cekak;

bahkan Seni Silat Cekak dapat memakan balik dengan salah satu buah-buah
yang tersebut. Di sinilah tegaknya falsafah Seni Silat Cekak yang berbunyi:
PAKAI TAK PAKAI, TAK PAKAI PAKAI

PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM
SILAT CEKAK DI SEKOLAH

PERINGKAT TAMAT & KEMAHIRAN

Apabila sampai pada pelajaran tamat; bererti sesama ahli Seni Silat Cekak
tak terdaya melawan lagi kerana sama-sama faham pelajaran silat.
Di peringkat tamat juga, pengajaran taktik menyerang lawan supaya
membunuh buah-buahnya sendiri dan juga buah silat yang lain. Uniknya
dalam Seni Silat Cekak, sambil menyerang sambil menangkap. (Cekak
menyerang, Cekak menangkap). Menurut penyelidikan yang dibuat tidak
ada satu silat yang sekiranya ia menyerang ia dapat menangkap.
Pelajar juga diajar menangkis segala pukulan tongkat dengan tangan
kosong; tidak menggunakan dua tongkat seperti yang terdapat dalam silat-
silat lain yang bercorak kesukanan. Begitu juga menangkis segala tikaman
dengan tangan kosong juga; tidak mengguna dua pisau.
Disamping itu, pengajaran mengguna Parang Lading buah menunggu
segala rupa serangan yang menggunakan senjata pendek. Penyerangan
terhadap musuh tidak dilakukan kerana Seni Silat Cekak percaya bahawa
penyerangan itu lebih merbahaya kepada dirinya.
Di peringkat ini, seterusnya pelajar akan mengikuti Kelas Kemahiran untuk
menduduki Ujian Sijil Rendah untuk melayakkan pelajar tersebut
dianugerahkan Sijil Rendah Silat Cekak Malaysia.

CADANGAN TAKWIM
PELAKSANAAN SILAT CEKAK DI

SEKOLAH


AKTIVITI
BULAN


Mesyuarat Penubuhan kelab
JANUARI


Mempelajari peringkat asas secara teori
FEBRUARI


Mempelajari cara mandi bunga
MAC Sesi pembelian baju silat


Sesi mempratikkan mandi bunga
APRIL Latihan asas 1


Mempelajari seni silat buah asas
MEI


Mempelajari seni silat
JUN Latihan asas 3


Membuat persediaan persembahan hari sukan
JULAI


Latihan asas 4
OGOS Mempratikkan seni silat


Mempratikkan seni silat
SEPTEMBER Latihan asas 5


Memperkukuhkan latihan asas
OKTOBER

REFLEKSI PENUBUHAN UNIT
BERUNIFORM SILAT CEKAK DI

SEKOLAH

Saya berpendapat bahawa Silat Seni Cekak ini adalah suatu seni
pertahankan diri yang relevan sepanjang masa dan sepatutnya
digalakkan kepada semua pelajar untuk menuntut ilmu ini. Selain
ianya berguna untuk pelajar ketika situasi yang memerlukan
pertempuran atau pertahankan diri, ianya juga bermanfaat dalam
mengukuhkan rohani yakni “dalaman” pelajar. Bukan itu sahaja, seni
silat cekak ini wajar untuk diwariskan turun temurun agar identiti
Melayu itu dapat dikekalkan sehingga akhir zaman kelak.

Oleh itu, idea dan strategi mengimplimentasikan seni silat cekak
sebagai unit beruniform di sekolah merupakan suatu usaha yang
murni bagi menyemarakkan rasa cinta pelajar sekolah terhadap
dunia persilatan. Guru dan ibu bapa seharusnya memberikan galakan
kepada mereka agar mereka terdorong untuk mendalami ilmu
persilatan ini bermula di sekolah di samping aktif dalam aktviti
kokurikulum.

RUJUKAN

Heriansyah, S. P., & Suhartiwi, S. P. (2021). PERMAINAN SEPAK TAKRAW SEJARAH,
TEKNIK DASAR, PERATURAN PERTANDINGAN DAN PERWASITAN. Jakad Media
Publishing.

Kementerian Pelajaran Malaysia (n.d), Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat
Kleab Sukan Sekolah "Sukan Sepak Takraw Sekolah Menengah".
https://anyflip.com/aklso/rigd

Namri Sidek, (2018) Sejarah Sukan Sepak Takraw. https://iluminasi.com/bm/sejarah-
sukan-sepak-takraw.html

Noor dan Rahman (2008) Kekuatan, K. Menilai Tahap Kecergasan Fizikal Pemain
Sepak Takraw Sukma 2008 Negeri Johor.
https://www.academia.edu/download/51146754/Menilai_Tahap_Kecergasan_Fizikal_P
emain_Sepak_Takraw_Sukma_2008_Negeri_Johor_Bagi_Komponen_Kekuatan.pdf

Pena Hitam_putih (n.d), https://penahitamputih.wordpress.com/1-sejarah-sepak-
takraw/peraturan-sepak-takraw/

Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, (2022), Takwim Aktiviti Kokurikulum Sukan
Sekolah dan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) Tahun 2022/2023
https://anyflip.com/kooxx/naop/basic

Zairuddin, (2013). Adnan Saidin: Raja Sepak Takraw Malaysia,

http://chedinsphere.blogspot.com/2013/02/adnan-saidin-raja-sepak-takraw-

malaysia.html

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. (2022, Jun 22). Daripada Laman Web Aktiviti
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. https://www.silatcekak.org.my/

PSSCM CJDT. (2022). Daripada Laman Web Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cawangan Johor Darul Takzim. http://psscm-cjdt.org/pengenalan.html

‌ Misi & Visi. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. (2021, Januari 15).
https://www.silatcekak.org.my/misi-visi/

Ain, A. (n.d.). Asal Usul Seni Silat Cekak Harimau. http://silat-
cekak.blogspot.com/2011/03/asal-usul-silat-seni-cekak-harimau.html.
Di Sabah, U. H., Osman, M. S. A. B., & Warisan, S. D. (n.d). Persatuan Seni Silat Cekak
Pusaka.

Janudin, S., & Yusoff, Z. (2021). Asal usul Silat Cekak dari Kedah: Analisa Persejarahan
sejak Zaman Keagungan Pra Langkasuka ke Era Imperialisme Thai 1821. Jurnal Dunia
Pengurusan, 3(3), 72-92.


Click to View FlipBook Version