ADAT PERKAHWINAN
MASYARAKAT MELAYU DI
KEDAH
DISEDIAKAN OLEH:
TAN ZI JUN 292311
TAN ZI WEI 293190
SITI NUR SYAHIRUNNISAA BINTI ZULKIFFLI 293293
NUR SHAFIKAH BINTI ABDULl KADIR 293317
MAISARAH BINTI AHMAD ZUBAIDI 293407
WOON KHER SIM 293470
E-MAJALAH
2023
KUMPULAN 15
TAN ZI JUN 292311 TAN ZI WEI 293190
SITI NUR NUR SHAFIKAH BINTI
SYAHIRUNNISAA BINTI ABDULl KADIR 293317
ZULKIFFLI 293293
MAISARAH BINTI WOON KHER SIM 293470 1
AHMAD ZUBAIDI 293407
ISI KANDUNGAN
Pengenalan MUKA SURAT
Adat Merisik
Adat Meminang dan Bertunang
Hantaran Perkahwinan 3
Adat Bersanding 4-5
Kenduri Kahwin 6-8
Rumusan 9-11
Rujukan 12-14
Lampiran 15-16
17
18
19
2
PENGENALAN
Adat perkahwinan masyarakat
Melayu ialah adat resam yang
dipegang teguh oleh orang Melayu
walaupun sudah sampailah zaman
moden. Secara ringkasnya, adat
perkahwinan masyarakat Melayu di
Kedah boleh dibahagikan kepada
lima langkah.
Yang pertama ialah merisik atau Langkah yang ketiga ialah
meninjau. Menurut adat resam hantaran perkahwinan. Wang hantaran
perkahwinan Melayu, pengantin hanya diberikan oleh pengantin lelaki
perempuan yang sesuai akan dicari kepada pengantin perempuan manakala
oleh ibu bapa pengantin lelaki bagi barang hantaran perlulah diberi kepada
anak lelaki mereka yang sudah kedua-dua pihak. Contoh hantaran
cukup umur untuk berkahwin. seperti kek, buah-buahan, jam tangan
Mereka akan menelitikan syarat- dan Set Al-Quran.
syarat calon yang dipilih dari segi
rupa, tahap pendidikan agama, Langkah yang keempat ialah adat
kemahiran rumah tangga dan bersanding yang dikenali sebagai
sebagainya. Walaubagaimanapun, kemuncak majlis perkahwinan. Tujuan adat
syarat utama yang dilihat oleh ibu bersanding diadakan bertujuan untuk
bapa ialah keupayaan anak dara menghebahkan pasangan pengantin
dalam pembacaan al-Quran dengan kepada masyarakat setempat sebagai
merdu dan fasih. bukti jalinan hubungan yang halal.
Biasanya majlis bersanding diadakan pada
Langkah yang kedua ialah adat waktu tengah hari.
meminang. Ibu bapa pengantin Langkah yang kelima ialah kenduri
kahwin. Kenduri kahwin merupakan majlis
lelaki akan meugaskan sekumpulan jamuan yang diadakan untuk menjemput
saudara mara bagi meraikan perkahwinan
orang tua yang rapat untuk sebagai tanda kesyukuran atas kelancaran
urusan nikah kahwin.
mengunjung ke rumah pengantin
3
perempuan bagi mendapatkan
persetujuan. Kemudian, pihak
pengantin perempuan akan
menugaskan sebilangan saudara
untuk menerima pinangan. Pada
masa itu, syarat-syarat perkahwinan
seperti hantaran kahwin dan
upacara hari perkahwinan juga
dibincangkan.
ADAT MERISIK
Merisik adalah peringkat
pertama sekali dan merupakan
tahap awal menjodohkan teruna
dan dara. Berdasarkan temu
duga dengan seorang profesor
dalam bidang pemasaran yang
tinggal di Kedah, beliau berkata
peringkat merisik merupakan
sesuatu proses yang
memperkenalkan keluarga
antara pihak lelaki dengan
gadis. Walaupun adat ini adalah
peringkat awal dalam adat
perkahwinan tetapi beliau juga
merasa peringkat ini kurang
penting dalam adat
perkahwinan.
“Peringkat merisik adalah penting dalam Kedah kerana adalah suatu proses
atau langkah sebelum masuk peringkat meminang” , kata daripada seorang
professor dalam bidang Bahasa English. Beliau menjelaskan adat ini bagi pihak
lelaki untuk mengetahui latar belakang gadis seperti status social dan keadaan
keluarga gadis.
Sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu, kalau hendak minang anaknya,
pinanglah ibu bapanya terlebih dahulu. Proses adat ini dijalankan oleh saudara
mara terdekat pihak lelaki dan bertemuan dengan orang tua si gadis terlebih
dahulu. Wakil pihak lelaki akan memberitahu keadaan kehidupan, perkejaan dan
sebagainya tentang pihak lelaki kepada pihak si gadis sebelum gadis menerima
lamaran pihak lelaki. Selepas itu, barulah mereka masuk adat meminang.
4
Ibu bapa dan saudara pengantin lelaki mengunjungi ke rumah
pengantin perempuan untuk kenal-kenalan
5
ADAT MEMINANG
Meminang bermaksud ‘meminta atau memohon seorang perempuan
untuk dijadikan isteri’ mengikut kamus dewan. Pihak lelaki akan berjumpa
dengan pihak perempuan untuk menjalankan adat meminang setelah
keluarga pihak lelaki telah setuju untuk menjadikan perempuan itu sebagai
isterinya. Pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin belah rotan
sebagai tanda janji sudah diikat antara dua belah pihak.
Pertama sekali, Sekumpulan orang tua akan dipilih oleh ibu bapa
pengantin lelaki supaya mewakili mereka untuk meminang degan
perempuan yang dipilih agar mendapat persetujuan.
Berdasarkan temu duga
dengan seorang profesor dalam
bidang pemasaran yang tinggal di
Kedah, beliau berkata "biasanya,
mengikut adat ibu bapa kepada
anak gadis sepatutnya diberi
tempoh untuk membuat
pertimbangan apabila pihak lelaki
meminang tetapi jika ibu bapa
kedua-dua sudah lama mengenali
antara satu sama lain maka
memberikan jawapan segera pada
hari peminangan.” kata daripada
temu ramah professor dalam
bidang pemasaran
Beliau menjelaskan seiring dengan perubahan zaman moden sesetengah
adat tidak begitu tegas. Saudara-mara yang terditi daripada kedua-dua pihak
juga berunding untuk menentukan tarikh serta masa yang sesuai bagi
menjalankan adat bertunang pada hari meminang. Seterusnya, perbincangan
juga akan diadakan berkenaan dengan syarat-syarat perkahwinan seperti
bilangan rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang hari
upacara perkahwinan, hantaran kahwin, belanja dan sebagainya akan
dibincangkan dan diselesaikan pada hari yang sama.
6
ADAT BERTUNANG
Selepas peminangan pihak lelaki telah diterima oleh pihak
perempuan serta perbincangan diselesaikan, majlis pertunangan
akan dijalankan dan ahli keluarga bagi pihak lelaki dan saudara
mara terdekatnya akan mewakili lelaki untuk upacara bertunang.
Pada hari bertunang, satu majlis kenduri diadakan di rumah
pihak perempuan, hantaran seperti tepak sirih akan diterima oleh
pihak perempuan sebagai bingkisan utama. Selain itu, cincin dan
hantaran lain seperti kuih,muih, buah-buahan, bunga rampai dan
pakaian juga akan diberi oleh pihak lelaki.
“Dengan nilainya hantaran tersbut tidak had ia bergantung
kepada kehendak hati serta keupayaan kewangan keluarga lelaki.
Biasanya tanda itu adalah dalam bentuk cincin emas atau berlian.”
kata daripada temu ramah professor dalam bidang Bahasa English.
Hantaran biasanya dihantar dalam bilangan ganjil iaitu lima,
tujuh, Sembilan dan lain-lain kerana bilangan genap dianggap
membawa implikasi yang buruk.
7
Penerimaan cincin dan hadiah-hadiah iringan secara
tradisinya bermakna kedua-dua pihak menerima syarat-syarat
perkahwinan yang berikut. Adat pemakaian cincin oleh wakil
pihak lelaki iaitu ibu atau sadara perempuannya kan
menyarungkan cincin tanda pada jari manis perempuan dan
adat ini merupakan kemuncak majlis pertunangan.
Selepas itu, pertunangan tersebut menjadi rasmi.
8
HANTARAN
PERKAHWINAN
Adat memberi hantaran telah diamalkan sejak sekian lama sehingga ia
sukar untuk dihakis. Kesan daripada pengaruh dan budaya perkahwinan
Hindu dan Buddha yang telah lama bertapak sejak sebelum kedatangan
Islam ke Tanah Melayu telah menyebabkan tradisi memberi wang
hantaran ini wujud. Hantaran ialah pemberian hadiah daripada pihak
pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan semasa majlis
pertunangan dan majlis akad nikah. Bentuk hantaran terbahagi kepada
dua iaitu wang dan barangan.
Jumlah wang dan jenis
barangan hantaran ditentukan
oleh keluarga pihak perempuan
dan dipersetujui oleh pihak
lelaki. Bagi wang hantaran,
hanya pihak lelaki sahaja yang
bertanggungjawab untuk
memberikannya tetapi bagi
barang hantaran, kedua-dua
pihak perlu saling memberi.
Wang hantaran dan segala pemberian
bukanlah sesuatu perkara yang wajib
seperti memberi mas kahwin tetapi ia
sering dijadikan kayu pengukur kepada
tahap kemampuan perkahwinan pasangan
pengantin tersebut. Meskipun begitu, jika
wang dan barangan hantaran itu telah
dipersetujui dan dijanjikan semasa majlis
pertunangan, pihak perempuan
dibenarkan untuk menuntutnya daripada
pihak lelaki seandainya pertunangan
mereka diputuskan dan perkahwinan
mereka dibatalkan.
9
Pemberian wang hantaran kepada pengantin perempuan
dilakukan semasa upacara akad nikah dan dicatatkan dalam sijil
nikah walaupun tidak disebut semasa majlis ijab dan qabul
berlangsung. Manakala pemberian barang hantaran pula diletakkan
di atas dulang dan diarak bersama pasangan pengantin sebelum
kedua-dua mempelai itu bersanding. Barangan hantaran ini
diberikan dengan menggunakan konsep berbalas dulang. Jumlah
hantaran adalah ganjil dan pihak perempuan perlu memberi
hantaran lebih dua dulang kepada pihak lelaki. Hal ini bermaksud
jika pihak pengantin lelaki menghantar lima dulang hantaran, pihak
pengantin perempuan perlu membalas dengan tujuh dulang
hantaran. Pengantin boleh memilih sama ada ingin menghantar
dulang tiga berbalas lima, lima berbalas tujuh, atau tujuh berbalas
sembilan.
Antara barang yang sering
dijadikan hantaran ialah tepak
sirih, telekung, naskhah al-Quran,
barang kemas, jam tangan,dan
sebagainya bergantung kepada
pilihan keluarga masing-
masing.Wang hantaran juga
biasanya diletakkan di dalam
dulang, namun masih terdapat
pengantin lelaki yang
menyerahkan wang tersebut terus
ke tangan pengantin perempuan
sebaik sahaja mereka sah 10
menjadi pasangan suami isteri.
Barangan hantaran tersebut akan dibawa oleh para
pengiring pengantin lelaki semasa berarak dari rumah
pengantin lelaki menuju ke rumah pengantin perempuan.
Setelah pihak pengantin perempuan menyambut rombongan
tersebut, dulang-dulang yang dibawa itu akan disusun dengan
kemas di hadapan pelamin, iaitu tempat di mana mempelai
tersebut bersanding.
Tepak sirih Naskhah Al-Quran
Barang kemas Telekung
11
ADAT BERSANDING
Adat bersanding merupakan adat yang berlaku di
dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Majlis bersanding
ini diadakan adalah kerana ingin menghebahkan sesuatu
hubungan bagi kedua mempelai atau pasangan pengantin
adalah sah sebagai suami isteri.
Menurut temu ramah kami bersama Dr. Normalisa,
adat bersanding Melayu Kedah in lebih ringkas dan mudah
dalam persiapan majlisnya. Majlis bersanding yang
diadakan juga terus kepada tujuan majlis diadakan sahaja
tanpa adanya adat lain sewaktu pertemuan bagi pasangan
pengantin tersebut. Majlis bersanding ini, kebiasaannya
dibuat pada waktu tengah hari tetapi pada zaman
sekarang, ada juga yang melakukan majlis pada waktu
malam.
12
Terdapat dua majlis bersanding yang dibuat iaitu majlis
bahagian perempuan dan majlis bahagian lelaki. Jemputan
yang hadir pada hari persandingan adalah daripada
kalangan ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan
jiran tetangga. Tuan rumah akan memberi cenderahati
kepada tetamu-tetamu yang hadir sebagai hadiah kepada
tetamu yang hadir pada hari persandingan. Tetamu-tetamu
juga tidak datang dengan tangan kosong tetapi mereka
akan memberi hadiah atau sejumlah wang ringgit yang
dimasukkan ke dalam sampul untuk diberi kepada
pasangan pengantin.
Majlis bersanding ini menyediakan pelbagai jenis
makanan dan pencuci mulut. Makanan utama yang menjadi
pilihan bagi majlis bersanding ialah nasi minyak. Nasi
minyak merupakan nasi utama atau rasmi yang biasa
disediakan di majlis persandingan. Majlis persandingan
menunjukkan pasangan pengantin duduk bersebelahan di
atas pelamin yang dihias indah mengikut tema pilihan
pengantin itu sendiri.
13
Daun Setawar Beras Kunyit
Bunga Rampai Air Bunga Mawar
Sewaktu pengantin duduk di atas pelamin, ahli keluarga akan
melakukan istiadat merenjis tepung tawar yang merupakan adat
bersanding. Bahan yang digunakan dalam merenjis tepung tawar
ialah daun pandan atau daun setawar untuk merenjis, tepung beras
yang ditumbuk dicampurkan dengan sedikit air dan perahan daun
setawar, beras kunyit, bunga rampai dan air bunga mawar.
14
KENDURI KAHWIN
Kenduri Kahwin merupakan salah satu adat yang terakhir dilakukan oleh
masyarakat melayu. Kenduri Kahwin atau dikenal juga sebagai
walimatulurus dilangsungkan bagi meraikan pasangan pengantin baru.
Antara tujuan lain adat ini adalah untuk memberitahu dan menguar-uarkan
kepada masyarakat bahawa pasangan pengantin telah melangsungkan
perkahwinan dan sekaligus untuk mengelakkan fitnah daripada berlaku.
Secara umumnya, terdapat beberapa adat yang akan dilakukan sebelum
dan semasa berlangsungnya kenduri kahwin. Contohnya, rewang
merupakan acara yang dijalankan sebelum kenduri kahwin berlangsung.
Acara ini pada asalnya dijalankan oleh penduduk kampung dan para jiran
untuk membantu dalam menyediakan persiapan kenduri seperti menyiapkan
dan menghidang makanan kepada para tetamu. Namun, adat ini semakin
berkurangan dalam masyarakat melayu kerana semua persiapan dan
penyediaan makanan dilakukan secara tempahan dengan menggunakan
perkhidmatan ‘katering’.
Menurut temubual yang dilakukan bersama Dr. Normalisa, beliau hanya
melangsungkan satu kenduri kahwin di sebelah pihak pengantin perempuan
sahaja. Tambahan lagi, persiapan kenduri yang dilakukan hanya secara
ringkas. Dr. Normalisa juga menyatakan kenduri kahwin pada zaman dahulu
hanya mempunyai bunga telur sebagai buah tangan kepada tetamu, namun
kini ramai pasangan pengantin memberikan buah tangan yang lain seperti
biskut, coklat atau cawan bersama dengan bunga telur.
15
Lauk-pauk yang dihidangkan
semasa kenduri kahwin
Tetamu yang sedang memilih
makanan
Tetamu menikmati makanan
semasa kenduri kahwin
16
RUMUSAN
Kesimpulannya, adat tradisional perkahwinan Melayu di
Kedah masih diamalkan pada zaman kini. Ini dapat
dibuktikan melalui temu bual yang telah dijalankan dengan
pensyarah-pensyarah yang berketurunan Melayu Kedah di
Universiti Utara Malaysia (UUM). Adat-adat perkahwinan
Melayu di Kedah seperti adat merisik, meminang, hantaran
perkahwinan, bersanding serta kenduri kahwin yang biasa
diamalkan oleh masyarakat Melayu sebagai tanda
penghormatan kepada nenek moyang yang telah mewarisi
adat tradisi tersebut secara turun-temurun walaupun
menghadapi banyak cabaran seperti penjajahan kuasa luar
ke atas tanah air yang cuba menghapuskan adat dan budaya
masyarakat Melayu.
Adat perkahwinan
tradisi masyarakat
Melayu haruslah
dipelihara dan
diwarisi dari satu
generasi ke generasi
yang baharu kerana
ia merupakan identiti
kepada sesuatu kaum
dan bangsa.
17
RUJUKAN
7 Tips Adat Merisik Yang Harus Anda Tahu Sebelum Datang Bertandang. (2019,
September 13). Retrieved January 6, 2023, from
https://www.pengantinbaru.com.my/adat-merisik/
Adat Resam Perkahwinan Melayu. (2010, December 10). Retrieved January 6,
2023, from https://hayatidungun.wordpress.com/2010/12/10/
Barang Hantaran Tunang dan Hantaran Kahwin. (2022, November 16).
Retrieved January 6, 2023, from https://mypt3.com/barang-hantaran-tunang-
kahwin
Hantaran Kahwin – 40 Idea Ekslusif Untuk Persiapan Nikah Anda. (n.d.).
Retrieved January 7, 2023, from
https://suamisihat.com.my/perkahwinan/hantaran-kahwin/
Hukum Bersanding. (2010, June 29). Retrieved January 7, 2023, from
https://muis.org.my/2010/06/hukum-bersanding/
Iskandar, J. (Ed.). (2017, January 22). Cara Merenjis Tepung Tawar Dengan
Betul. Retrieved January 7, 2023, from https://www.alammelayu.my/blog/9/cara-
merenjis-tepung-tawar-dengan-betul/
Kamarulzaman, A. (Ed.). (2, November 2020). Retrieved January 6, 2023, from
Adat Merisik/ Meminang sangat DITUNTUT Sebelum Dua Hati Disatukan-
Umpamanya Nak "Reserve", Saling Kenal: https://gempak.com/intrend/adat-
merisikmeminang-sangat-dituntut-sebelum-dua-hati-disatukan-umpamanya-nak-
reserve-saling-kenal-43346
Nabila, M. (2023, January 3). Adat Perkahwinan Melayu Di Kedah.
Normalisa, D. (2023, January 2). Adat Perkahwinan Melayu Di Kedah.
Numair, A. (Ed.). (2016, May 22). Adat Bersanding Dalam perspektif Islam Da
Fatwa-fatwa Ulama Tentangnya. Retrieved January 7, 2023, from
https://ilmusunnah.com/adat-bersanding-dalam-perspektif-islam/
Rafi. (n.d.). Adat Resam Perkahwinan Melayu- Adat Merisik. Retrieved january
6, 2023, from https://redaksi.com/814-adat-resam-perkahwinan-melayu-adat-
merisik
Stephanie (Ed.). (2020, November 14). ADAT PERKAHWINAN MELAYU 101 –
18
PERTUNANGAN. Retrieved January 7, 2023, from
https://story.wedding.com.my/blog/adat-perkahwinan-melayu-101-pertunangan/
LAMPIRAN
Temu ramah dengan Dr. Normalisa
Temu ramah dengan Madam Nabila
19
Semoga rumah tangga yang
didirikan menjadi tunggak
kebahagiaan hingga akhir hayat.
Pen.M'sia : RM12.90
E.M'sia : RM15.90