The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tokoh Kemerdekaan Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lynnlaujj, 2021-09-04 09:21:28

Rentap

Tokoh Kemerdekaan Malaysia

Rentap terkenal sebagai seorang
pahlawan Dayak -Iban dalam
sejarah negeri Sarawak. Beliau
menentang pemerintahan Raja
Brooke di Sarawak pada kurun
ke-19. Beliau bersama pengikutnya memberikan
tentangan hebat ke atas rancangan perluasan
wilayah keluarga Brooke di sekitar Sungai
Skrang. Kehebatan Rentap ditonjolkan melalui
semangat juang ibarat biar putih tulang, jangan
putih mata. Gelaran Rentap diperoleh apabila
beliau berjaya memenggal kepala musuh yang
pertama.

Nama pujiannya, "Rentap Tanah, Runtuh
Menua", diterjemahkan dari bahasa
Iban sebagai "Bumi-gegar, Penggoncang-
dunia". Slogan beliau yang paling terkenal dan
sering digunakan adalah "Agi idup, Agi
ngelaban" yang bermaksud "Masih hidup, masih
melawan".

Nama Chu Darren

Kelas 6Z

E-mel [email protected]

Sekolah SJK(C) Pandan

Alamat Jalan Senduduk 1,
Kampung Baru Pandan
81100 Johor Bahru,
Johor

Tempat Lahir

Sungai
Kapuas

Tahun Lahir

1800

Seorang pejuang yang tidak pernah
berputus -asa untuk menentang

penjajahan British di tanahair tercinta.

Rentap ialah pejuang kebebasan dan
nasionalis yang berjuang untuk menghalang
kuasa asing daripada meluaskan kuasa dan
pengaruhnya ke bumi Sarawak. Rentap
bangkit menentang pemerintahan Brooke di
Sarawak dan berjaya menyerang penjajah
Brooke di kubu British berhampiran Sungai
Krang pada 19 Ogos 1844. Keberanian dan
kekuatan Rentap telah mendapat sanjungan
dan sokongan padu orang Sarawak.

Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke yang menganggap
orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun. Rentap tidak puas hati
dengan pemerintahan Brooke. James Brooke mendirikan kubu di Sungai
Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban. Tindakan James Brooke
merampas dan menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang
mencetuskan kebangkitan Rentap. Orang Sarawak juga dipaksa
membayar pelbagai cukai.

Rentap akhirnya merancang untuk
menyerang penjajah Brooke di kubu British
dekat Sungai Skrang pada 19 Ogos 1844.
Buat pertama kalinya, Rentap berjaya dan
kemenangan ini buat lebih ramai orang
Iban menyanjunginya.

Pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu
di Sungai Skrang dan berjaya membunuh Allan Lee. Kejayaan ini telah
mengharumkan nama Rentap.

Pada tahun 1854, James Brooke menawan
kubu Rentap di Sungai Lang. Kawasan
perkampungan Rentap dibakar. Rentap
dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok.
Penduduk Iban menyokong Rentap dan
menggelar beliau sebagai Raja Ulu.

Pada tahun 1857, Charles Brooke
mengetuai 3000 orang Iban dan 500
orang Melayu menyerang kubu Rentap di
Bukit Sadok. Pertahanan Rentap yang
kukuh berjaya menewaskan pasukan
Charles Brooke.

Pada tahun 1858, Charles Brooke menyerang Bukit Sadok sekali lagi
tetapi masih tewas.

Pada tahun 1863, James Brooke
menggunakan meriam tembaga yang
bernama Bujang Sadok untuk menyerang
kubu Rentap di Bukit Sadok, manakala
Rentap mempertahankan Bukit Sadok
dengan meriam besi yang bernama
Bujang Timbang. Rentap tewas dalam
pertempuran tersebut dan berundur ke
Entabai untuk menyusun strategi baharu.

Meriam besi
Bujang Timbang

Rentap merupakan pejuang Makam Rentap
sejati kerana beliau tidak pernah
tunduk kepada pemerintahan
Brooke sehingga ke akhir
hayatnya. Sehingga ke hari ini,
makam pahlawan Rentap telah
dibaik-pulih oleh kerajaan
negeri Sarawak bagi mengenang
jasa beliau.


Click to View FlipBook Version