POSTER TENTANG KESELAMATAN DI TEMPAT AWAM
(TEMPAT LETAK KERETA)
( Sumber : https://images.app.goo.gl/SghXGT8wzQyaSNzX8 )
Poster ini menerangkan tentang beberapa langkah yang perlu diambil
oleh individu apabila berada di kawasan parkir ataupun tindakan yang perlu
dilakukan sebelum memarkir kenderaan serta memilih tempat parkir yang
sesuai. Individu sewajarnya peka dengan keadaan sekeliling di kawasan
tempat meletak kenderaan agar keselamatan diri dan kenderaan terjamin.
Jika terdapat sesuatu yang aneh, mintalah bantuan daripada pengawai
keselamatan. Sentiasa memastikan keselamatan di dalam kenderaan
sebelum masuk. Tidak lupa juga untuk memastikan kunci sudah bersedia di
tangan semasa ingin masuk ke dalam kenderaan. Selepas sahaja masuk
dalam kenderaan, pastikan tidak lupa untuk mengunci kenderaan. Langkah-
langkah keselamatan ini sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua
pengguna tempat meletak kenderaan terutamanya pada waktu malam hari.
Oleh itu, semua individu diingatkan supaya sentiasa mengambil langkah
berjaga-jaga walau berada di mana sahaja.