The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1. Nayatakan 5 kesan penderaan Kanak-kanak
2.Cari satu video tentang berita tentang Penderaan Kanak-kanak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by teacher sally, 2021-09-28 17:28:48

KESAN PENDERAAN KANAK-KANAK

1. Nayatakan 5 kesan penderaan Kanak-kanak
2.Cari satu video tentang berita tentang Penderaan Kanak-kanak

Kesan Penderaan Kanak-kanak

Menerusi berita atau surat khabar, kita dapat lihat berlakunya penderaan
kanak-kanak yang semakin berleluasa. Tidak kira bayi yang baru berumur 3 bulan
mahupun kanak-kanak yang sudah boleh membezakan baik atau buruknya sesuatu
perkara. Justeru, apakah keburukan atau kesan negatif yang dihadapi oleh mangsa
penderaan fizikal ? Kesan yang mudah dilihat oleh mata kasar adalah pada keadaan
fizikal kanak-kanak. Kebiasaannya, kanak-kanak yang didera ini akan terdapat lebam
atau bengkak di mana-mana bahagian badan. Lebih drastik lagi, terdapat kesan luka
terbakar di anggota tubuh mereka. Ini mungkin kesan daripada puting rokok yang
dihalakan ke badan mangsa penderaan.

Penderaan juga mampu mengganggu proses perkembangan kanak-kanak.
Sudah semestinya berlaku ketidakseimbangan emosi, kognitif dan sosial anak-anak
yang didera ini kerana tekanan yang sentiasa diberikan oleh si pendera. Mereka lebih
gemar menyendiri kerana sangat sukar untuk memberikan perhatian sepenuhnya
terhadap apa yang mereka dengar. Oleh itu, kehidupan kanak-kanak yang menjadi
mangsa buli ini lebih terdedah kepada gejala yang kurang sihat. Pada masa yang
sama, tingkah laku mangsa buli didapati berubah kerana kecenderungan mereka
terhadap sikap tidak mempercayai sesiapa dan kurang yakin terhadap diri sendiri.
Kesannya, mereka tidak yakin untuk membina sebarang jenis persahabatan bersama
sesiapa.

Pada amnya, kanak-kanak yang didera sukar untuk tidur malam atau jika
mereka tidur, mereka akan mengigau tentang apa yang pernah berlaku ke atas
mereka. Tabiat pemakanan mereka menjadi tidak teratur seperti kanak-kanak yang
lain yang mendapat sepenuh perhatian daripada ibu bapa. Oleh yang demikian,
tindakan cuba mencederakan diri sendiri tidak asing lagi untuk berlaku. Tuntasnya,
sebagai ibu bapa atau penjaga kita tidak sewajarnya melepaskan perasaan geram ke
atas anak-anak mahupun sesiapa sahaja yang kita ingini sehingga mendatangkan
kesan penderaan. Ini adalah selari dengan akta dan undang-undang negara. Maka,
semua pihak harus sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam mengelakkan
daripada kes penderaan terus berlaku tanpa sempadan.


Click to View FlipBook Version