The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMIK DIGITAL MUSOLLA AL HUDA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naniaz6973, 2020-10-21 01:12:30

KOMIK CERITERA PKP

KOMIK DIGITAL MUSOLLA AL HUDA

KOMIK

HAK CIPTA TERPELIHARA (UNTUK PAMERAN SAHAJA)
Penulis/Pelukis/Idea : Annuar Sahani

Sumbangan untuk MUSOLLA AL-HUDA SK Sg Kechil SPS Pulau Pinang

PKPP: Guru-guru menjadi model dan contoh kepada murid-murid.
Patuhilah SOP PKPP dalam kawasan sekolah tidak kira dimana anda berada…

#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang

PKPP: Patuhilah SOP PKPP ketika di sekolah.. Penjarakkan social di
seluruh kawasan sekolah… anda boleh..!!!

#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang

KOMIK

HAK CIPTA TERPELIHARA (UNTUK PAMERAN SAHAJA)
Penulis/Pelukis/Idea : Annuar Sahani

Terbitan : MUSOLLA AL-HUDA SK SG KECHIL SPS P.PINANG



Bismillahir Rahmanir Rahim…
Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari memohon maaf andai kata
segala penulisan dan lakaran didalam komik ini menyentuh perasaan dan
sensiviti mana-mana pihak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Sesungguhnya komik ini hanyalah lakaran dan khayalan penulis/pelukis
semata-mata. Bertujuan untuk mengisi masa lapang yang banyak terluang
ketika “Perintah Kawalan Pergerakkan”(PKP) yang dilaksanakan. Penulis
hanya ingin berkongsi cerita-cerita jenaka dan juga bertujuan untuk
menyemarakkan seni lukisan animasi Negara. Penulis ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan dan semua pihak yang
terlibat menyokong komik ini. Penghargaan khas buat rakan-rakan daripada
Pendang Bikers Club yang sudi berkongsi watak dalam komik ini. Ucapan
terima kasih juga kepada team Musolla al-Huda SK. Sg Kechil kerana
menerbitkan majalah komik ini secara bercetak. Semoga anda semua
terhibur. Salam PKP untuk semua. Maaf zahir dan batin.

Penulis / Pelukis :

Annuar Sahani
Pendang, Kedah.

Pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus ialah wabak
penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global berpunca daripada koronavirus
sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan pada
pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei China, dan telah diiktiraf
sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.
Sehingga 18 April, lebih daripada 2.3 juta (2,300,000) kes COVID-19 telah dilaporkan
dalam sekurang-kurangnya 180 negara. Pada 13 Mac WHO mengumumkan bahawa Eropah
telah menjadi pusat baru pandemik.

Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa
dengan influenza, melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap
paling mudah berjangkit apabila seseorang menerim tanda gejala, walaupun
penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul. Masa antara pendedahan dan
permulaan gejala biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat
belas hari. Gejala umum termasuk demam, batuk, dan sesak nafas. Komplikasi mungkin
termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan akut. Pada masa ini tiada
vaksin atau rawatan antiviral tertentu; Usaha terdiri daripada pengurangan simtom dan
terapi sokongan. Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuk membasuh
tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari orang lain (terutamanya
mereka yang tidak sihat), dan pemantauan dan pengasingan diri selama 14 hari untuk
orang yang mengesyaki mereka dijangkiti.

Usaha untuk mencegah penyebaran termasuk sekatan perjalanan, kuarantin,
pengurungan, penangguhan acara dan pembatalan, serta penutupan kemudahan. Ini
termasuk kuarantin Hubei, kuarantin seluruh negara Itali, Sepanyol, Perancis, Republik
Czech, dan Jerman, langkah-langkah pengurungan di China dan Korea Selatan, pelbagai
penutupan sempadan atau sekatan penumpang yang masuk,saringan di lapangan terbang
dan stesen kereta api, dan nasihat perjalanan mengenai kawasan dengan penghantaran
komuniti. Pandemik ini juga telah membawa kepada gangguan sosioekonomi
global,penangguhan dan pembatalan acara kebudayaan, keagamaan dan kesukanan, dan
ketakutan yang meluas dalam kekurangan bekalan yang telah mendorong pembelian panik.
Malaysia turut terkesan secara langsung dengan penularan Virus Covid-19 ini.

Data sehingga 11/06/2020

JUMLAH KES KUMULATIF JUMLAH KEMATIAN JUMLAH SEMBUH

8369 Kes 118 7065

(bermula 14/03/2020 hingga 11/06/2020)
(*Sumber rasmi KKM) *Baca dari bawah ke atas.

TARIKH / KES TARIKH / KES TARIKH / KES
BAHARU BAHARU
BAHARU
12/05 = 16 11/06 = 31
12/04 = 153 11/05 = 70 10/06 = 02
11/04 = 184 10/05 = 67 09/06 = 07
10/04 = 118 09/05 = 54 08/06 = 07
09/04 = 109 08/05 = 68 07/06 = 19
08/04 = 156 07/05 = 39 06/06 = 37
07/04 = 170 06/05 = 45 05/06 = 19
06/04 = 131 05/05 = 30 04/06 = 277
05/04 = 179 04/05 = 55 03/06 = 93
04/04 = 150 03/05 = 122 02/06 = 20
03/04 = 217 02/05 = 105 01/06 = 38
02/04 = 208 01/05 = 69 31/05 = 57
01/04 = 142 30/04 = 57 30/05 = 30
31/03 = 140 29/04 = 94 29/05 = 103
30/03 = 156 28/04 = 31 28/05 = 10
29/03 = 150 27/04 = 40 27/05 = 15
28/03 = 159 26/04 = 38 26/05 = 187
27/03 = 130 25/04 = 51 25/05 = 172
26/03 = 235 24/04 = 88 24/05 = 60
25/03 = 172 23/04 = 71 23/05 = 48
24/03 = 106 22/04 = 50 22/05 = 70
23/03 = 159 21/04 = 57 21/05 = 50
22/03 = 123 20/04 = 36 20/05 = 31
21/03 = 153 19/04 = 84 19/05 = 37
20/03 = 130 18/04 = 54 18/05 = 47
19/03 = 110 17/04 = 69 17/05 = 22
18/03 = 117 16/04 = 110 16/05 = 17
17/03 = 120 15/04 = 85 15/05 = 36
16/03 = 125 14/04 = 170 14/05 = 40
15/03 = 190 13/04 = 134 13/05 = 37
14/03 = 41



PKP01: Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) mula dilaksanakan
diseluruh Negara bermula 18 Mac 2020. Semua premis kerajaan, swasta,premis
perniagaan, tempat kunjungan awam, majlis keramaian, aktiviti perkumpulan dan
melibatkan sentuhan adalah dilarang dalam tempoh ini .Bertujuan untuk
menghapuskan rantaian jangkitan Covid19. Rakyat Malaysia dilarang kesana kesini
dan dikehendaki duduk dirumah…

#StayAtHome…!!!

PKP01: Kesian kawan-kawan daripada grup Pendang Bikers. Baru
seminggu arahan PKP ada yang tidur atas motor, ada yang hari-hari
basuh..lap..basuh..lap.. motor, ada yang selfie dengan motor da nada juga yang dah
mula bercakap dengan motor. Semuanya gara-gara gian nak naik motor. He..he..he..

#StayAtHome…!!!

PKP01: Antara reality dan animasi…. Candid kamera musim PKP…
#StayAtHome…!!!

PKP01: Antara realiti dan animasi…. (Angan-angan lepas tamat PKP)
#StayAtHome…!!!

PKP01: Khas buat FrontLiner kita.. ”KKM, PDRM, ATM, JPAM, RELA,
BOMBA, PBT & lain-lain yang sedang berjuang memerangi Covid-19. Merekalah
hero-hero kita. Sama-samalah kita membantu mereka dengan duduk di rumah di
musim PKP ini…

#StayAtHome…!!!



PKP02: Hanya ketua keluarga seorang sahaja yang dibenarkan keluar
untuk membeli barang-barang keperluan asas. Ahli keluarga yang lain tidak
dibenarkan keluar rumah tanpa tujuan…

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP02: Di musim PKP ni… para suami yang keluar beli barang-barang
tu.. suruh lah isteri-isteri tulis siap-siap, barang-barang apa yang hendak dibeli.
Baru lah tak kelam kabut. Betul tak…?

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP02: Buat ibubapa dan para waris, gunakanlah kesempatan tempoh
PKP ini untuk menjadi guru yang terbaik buat anak-anak. Ajarlah.. didiklah mereka
dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Buktikan kebolehan anda…!

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP02: Awasilah pergerakkan anak-anak kita diwaktu PKP… Jangan
sampai kena tahan dengan polis. Tak berbaloi nak bayar denda sampai RM1000
tau..?

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP02: Bilakah kali terakhir ibu-ibu dan ayah-ayah sekelian buka al-
Quran..? Ambillah kesempatan di musim PKP ini untuk membaca dan mentelaah
sekurang-kurangnya satu mukasurat setiap hari. Kalau tak mahir Tajwid, boleh
minta tunjuk ajar daripada anak-anak, sebab mereka memang ada kemahiran itu..
Jangan dibiarkan masa yang terluang ini berlalu begitu sahaja… Ayuh…!

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP02: Ramai pula yang sahut cabaran FB CHALLENGE di musim
Covid-19 ini… Silap haribulan pecah habis rahsia… hehe…

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP02: Waktu PKP macamni la ayah-ayah dan para suami sekelian nak
tunjuk bakat memasak dirumah… Pakat wak keluar habis apa sahaja ilmu yang ada…
Jangan malu, jangan segan, tunjukkan kebolehan anda.. Kaum ibu mesti setuju
kan…?
#StayAtHome
#StopCovid19

PKP02: Buat para suami, berilah sokongan yang kuat kepada isteri
anda yang bertugas sebagai Barisan Hadapan Negara (KKM, PDRM, ATM, JPAM,
RELA dan lain-lain). Mereka sedang berisiko tinggi melawan Virus Covid-19.
Sokongan moral daripada anda sangat diperlukan oleh mereka…

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP02: Hari yang ke 24 Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Err… No
komen ya….. he..he..he…

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP02: Dah diumumkan, Perintah Kawalan Pergerakkan disambung lagi
dua minggu menjadi PKP03. Sabar lah no.. Sabarkan sebahagian daripada iman..!

#StayAtHome
#StopCovid19



PKP03: BERNAMA – “Rakyat perlu bersedia untuk tempoh PKP
dilanjutkan dalam tempoh lama –PM”. (Awas yang tiada IC atau IC palsu)…!!!

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP03: SINAR HARIAN – “Jangan risau, anak anda baik di IPT” (-
Menteri Kanan Keselamatan Dato’ Seri Ismail Sabri). Siapa yang ada anak kat
Asrama sekarang? Doakan moga virus Covid-19 ini cepat berlalu pergi… amin.

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP03: Setiap Pemimpin ada slogan masing-masing. Jika digabungkan
ketiga-tiga slogan ini, maka jadinya…“Wawasan 2020.., 1 Malaysia Dudok di Rumah”.
He..he..he..

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP03: Mulai esok.. alasan keluar rumah untuk cari makanan sudah
tidak relevan.. cari lah alasan lain yang lebih munasabah ya… hihihi..

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP03:

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP03: Simpan pi la tarikh-tarikh keramat ni untuk diceritakan pada
cucu-cucu di kemudian hari hihihi..
PKP Fasa 1 (18 Mac - 31 Mac 2020), PKP Fasa 2 (01 April - 14 April 2020),
PKP Fasa 3 (15 April – 28 April 2020).

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP03: HARIAN METRO : “Boleh mohon pulang jika terkandas di
kampong”. – Menteri Kanan Keselamatan.

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP03: Rasa-rasanya tahun ni buat pertama kalinya di bulan puasa dan
raya tanpa dentuman mercun. Pintu sempadan pun dah lama tutup, tak boleh nak
seludup mercun lagi dah.. he..he… aman dunia…!

#StayAtHome
#StopCovid19



PKP04: Kenapa para isteri dan kaum ibu suka share resepi masakan
mereka di media soisial..? Sebabnya mereka sehari suntuk sibuk menguruskan
rumah dan penat memasak di dapur.. Itulah caranya mereka menghiburkan hati dan
menghilangkan penat. Biarkan saja.. baru meriah suasana.. betul tak?

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP04: Err… Sambungan kisah “Masak Apa Tak Jadi Hari Ini..”
Errr…pastu… No komen no….. hihihi….

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP04: Pada Fasa ke4 ini sudah dibenarkan 2 orang bagi 1 rumah
untuk keluar bersama-sama membeli barang-barang keperluan. Tetapi ingat..!
jangan salah gunakan kebenaran dan ambil kesempatan ya…!

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP04: Mulai 04 Mei 2020, beberapa jenis sukan yang tidak
melibatkan sentuhan dan tidak berkumpul seperti Jogging, badminton, golf dan
memancing individu telah dibenarkan dengan syarat mengamalkan jarak social dan
tiada sentuhan badan…

#StayAtHome
#StopCovid19

PKP04: Pada Fasa ke4 ini juga sudah dibenarkan keluar rumah berdua.
Suami tunggu dalam kereta, isteri pergi beli barang-barang. Beli barang ja no..
jangan lama-lama pulak…

#KitaJagaKita
#StopCovid19

PKP04: THE SUNDAILY 06 MEI 2020 –“Express busses and
motorcycles not allowed for interstate travel – Bukit Aman HQ”.

#KitaJagaKita
#StopCovid19

PKP04:

#KitaJagaKita
#StopCovid19



PKPB: Sambung lagi sebulan PKPB sehingga 09 Jun 2020. Mesti rindu
dengan aktiviti seharian kita sebelum PKP dilaksanakan. Saya juga rindu dengan
anak-anak buah saya terutamanya pasukan sepak takraw skkj. Moga mereka semua
sentiasa diberkati dan dilindungi-Nya. Teringat dengan aksi-aksi hebat mereka di
gelanggang…

#KitaJagaKita
#StopCovid19

PKPB: Walaupun pergerakkan sangat terbatas di Bulan Ramadan tahun
ini, tetapi boleh diatur majlis Ihya’ Ramadan seperti Majlis Tadarus Al-Quran
secara online bersama rakan-rakan seperti yang dibuat oleh Kelab Pendang Bikers.
Tahniah untuk semua yang terlibat…

#KitaJagaKita
#StopCovid19

PKPB: “Aktiviti Ziarah untuk Hari Raya Aidil Fitri dibenarkan hanya
pada hari pertama perayaan sahaja”. – MKN
p/s:(Jangan buat kueh raya banyak sangat no.. takut tak habis makan. Hihi..)

#KitaJagaKita
#StopCovid19

PKPB: Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia.
Biasakanlah diri anda dengan Norma Baharu ya…!

#KitaJagaKita
#StopCovid19

PKPB: “Moga beroleh keberkatan Malam Lailatul Qadar buat kita
semua. Amin…”

#KitaJagaKita
#StopCovid19

PKPB: BERITA HARIAN 16 MEI 2020: “Lelaki jual mercun dan
bunga api ditahan polis di Kampung Bukit Sekechong Pendang..”
(p/s: “Hati-hati no.. nak raya dah ni..”)

#KitaJagaKita
#StopCovid19

PKPB: SINAR HARIAN 24 MEI 2020 : “Jangan ghairah balik
kampong hingga orang tua dijangkiti Covid-19”. -MKN

#KitaJagaKita
#StopCovid19


Click to View FlipBook Version