The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naniaz6973, 2022-09-11 22:10:06

MANUAL PENGURUSAN UNIT DISIPLIN DAN BADAN BADAN PENGAWAS SK SUNGAI KECHIL

MANUAL PENGURUSAN UNIT DISIPLIN SKSK

UNIT DISIPLIN
SK SUNGAI KECHIL

LOGO
SEK

MANUAL
PENGURUSAN

DISIPLIN

Kata-kata Aluan Guru Besar/Pengetua 1
Kata-kata Aluan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 2
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3
Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 4
Visi dan Misi Sekolah 5
Teras Perkhidmatan Awam 6
Budaya Kerja Sekolah 7
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM) 8
Tatasusila Profesion Perguruan 9
Penggal Persekolahan 10
Cuti Perayaan 11
Latar Belakang Sekolah 12
Latar Belakang Unit Disiplin Sekolah 13
Peraturan-Peraturan Sekolah 14
Jenis-jenis Kesalahan Disiplin 15
Jenis-jenis Hukuman 16
Jawatankuasa Unit Disiplin Sekolah 17
Badan Pengawas Sekolah 18
Takwim Perancangan Tahunan Unit Disiplin Sesi 2022/2023 19
Jadual Spot Check 20
Senarai Tugas Perhimpunan Mingguan 21
Kelab Pencegahan Jenayah 22
Catatan 23
Lampiran 24

PN. NORHAYATI BINTI MOHAMAD GAMBAR
GURU BESAR

SK SUNGAI KECHIL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, julung-julung
kalinya Buku Pengurusan Badan Pengawas bagi sesi 2022/23 dapat dihasilkan.
Kandungannya yang disusun rapi akan dapat memberikan panduan kepada guru-
guru disiplin ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan
berkesan.

Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya
meletakkan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah yang kurang masalah disiplin.
Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu
bapa yang memberikan sumbangan ke arah peningkatan mutu disiplin sekolah.

Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga
sekolah perlu berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk
memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang
kita ceburi ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam
menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah
SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta
mendapat kejayaan dan keredaanNya jua.

Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha
gigih kita agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi
kebanggaan kita bersama.

Selamat bertugas, sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

..............................................………
( NORHAYATI BINTI MOHAMAD )

Guru Besar
SK SUNGAI KECHIL

KATA-KATA ALUAN
GURU PENOLONG KANAN HEM

PN. HJH NOREMAH BINTI ISMAIL GAMBAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

SK SUNGAI KECHIL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dengan nama Allah, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad
s.a.w. serta sekalian sahabat-sahabat baginda,guru-guru, kaum keluarga dan warga
sekolah SK Sungai Kechil. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya
Buku Pengurusan Unit Disiplin sesi 2022/23 telah dapat dihasilkan dengan membawa
harapan buku pengurusan ini dapat membantu dan menjadi panduan semua warga
SK Sungai Kechil. Adalah diharapkan dengan terhasilnya Buku Pengurusan Unit Disiplin
Sesi 2022/23 ini akan memacu SK Sungai Kechil ke arah sifar disiplin.

Hasrat murni ini akan menjadi realiti apabila semua panduan yang disediakan
ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Selain itu, kepimpinan
peringkat sekolah perlulah efektif dan efisien, mempunyai barisan guru yang
berkualiti, berilmu pengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap serta sahsiah yang
unggul.

Adalah diharapkan pengemblengan tenaga semua pihak dapat melahirkan
generasi murid yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi juga dari
aspek sahsiah. Buatlah sesuatu yang terbaik pada anak-anak didik kita berdasarkan
kerelaan dan keikhlasan yang sejati. Tahun 2022 sudah bermula. Justeru, persiapan
yang rapi semaksimum mungkin perlu kita persiapkan bagi menghadapi cabaran
pendidikan masa kini. Seluruh warga sekolah wajar membuat tranformasi ke arah
peningkatan minda, nilai kualiti kerja serta pembentukan sahsiah terpuji agar sekolah
ini dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di arena Pendidikan Negara.

Selamat bertugas, sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

..............................................………
(NOREMAH BINTI ISMAIL)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK SUNGAI KECHIL

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini

adalah bagi melahirkan masyarakat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

INTELEK ROHANI

Ilmu Pengetahuan Insan yang Tanggungjawab
dan Akhlak Mulia Seimbang dan Dan Sumbangan
Kepada Masyarakat
Harmonis

JASMANI Kepercayaan EMOSI
Dan Kepatuhan
Kepada Tuhan

WARGANEGARA MALAYSIA YANG BAIK UNSUR INTELEK

❑ Percaya dan patuh kepada Tuhan. Unsur intelek ini mengambil kira aspek berikut :
❑ Berilmu pengetahuan
❑ Berakhlak mulia ❑ Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa
kepada kebenaran
❑ Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,
agama dan negara ❑ Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
❑ Daya pemikiran yang logik dan analisis
❑ Berbakti dan memberi sumbangan kepada ❑ Ilmu yang bermanfaat
masyarakat dan negara ❑ Masyarakat Malaysia yang berilmu

❑ Memiliki sahsiah yang seimbang yang pengetahuan memiliki sikap suka membaca
sepadu serta cintakan ilmu pengetahuan.

UNSUR JASMANI UNSUR ROHANI DAN EMOSI

Ciri-ciri unsur jasmani ialah : Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek
❑ Kecergasan fizikal dan kesihatan diri
❑ Dapat menggunakan anggota dan tenaga berikut :
❑ Keyakinan terhadap Tuhan
fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup ❑ Kepercayaan beragama
bermasyarakat. ❑ Kemantapan jiwa
❑ Penghayatan nilai-nilai murni dan norma

masyarakat
❑ Berbudi pekerti mulia
❑ Berbakti dan berkorban

HURAIAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN

VISI DAN MISI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

VISI KPM

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera”

MISI KPM
“Melestarikan Sistem Pendidikan

yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

VISI DAN MISI

SEKOLAH SK SUNGAI KECHIL

VISI SK SUNGAI KECHIL

MELESTARIKAN KEMENJADIAN
MURID DAN SEKOLAH BERKUALITI

MENJELANG TAHUN 2025

MISI SK SUNGAI KECHIL
Memastikan pencapaian yang
cemerlang dalam bidang kurikulum,
kokurikulum serta melahirkan modal
insan yang berketrampilan di
samping memanfaatkan guna tenaga
warga sekolah dan komuniti dalam
mewujudkan persekitaran dan
pembelajaran bermakna selaras
dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan

TERAS PERKHIDMATAN AWAM

Berazam meningkatkan
mutu perkhidmatan.

Bekerja dengan penuh
tanggungjawab.

Berusaha mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.

Berkhidmat dengan penuh
muhibbah dan kemesraan.

Bekerjasama dalam
membanteras kelemahan dan
musuh-musuh negara.

Bekerja ke arah memajukan
pemikiran rakyat dan
pembangunan negara.

Berpegang teguh kepada ajaran
agama.

BUDAYA KERJA
SEKOLAH

Memahami dan menghayati Falsafah 01 Sentiasa bekerja dengan bersih,
Pendidikan Kebangsaan, Falsafah, 02 cekap dan amanah. 06
Matlamat dan Objektif sekolah.
Mengamalkan sikap jujur, ikhlas,
Memelihara dan mempertingkatkan amanah serta adil. 07
imej Sekolah, Jabatan dan
Mengamalkan perkhidmatan
Kementerian Pendidikan setiap masa. penyayang. 08

Mementingkan mutu dan kesan Kepimpinan melalui tauladan. 09
pendidikan. 03
Sentiasa memimpin dan menilai diri
Menentukan objektif bagi setiap sendiri. 10
tugasan. 04
Berusaha mempertingkatkan ilmu
Mengamalkan kerja sepasukan serta dan kemahiran. 11
bermesyuarat. 05

Kerja adalah ibadah. 12

TERAS 1 : MEMBINA NEGARA BANGSA

Dalam tempoh PIPP, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan dengan
memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut :

1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan
❑ Menggerakkan gelombang baru Memperkasakan Bahasa Kebangsaan.
❑ Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara (DBN) dengan membentuk
jawatankuasa induk penggerak DBN dan lima jawatankuasa kerja penggerak
DBN.
❑ Mengkoordinasi peranan semua pihak yang terlibat untuk menggiatkan aktiviti
kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
❑ Mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara.

2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
❑ Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya
menghormati Perlembagaan Malaysia.
❑ Meningkatkan semangat patriotik melalui Rukun Negara, penyebaran maklumat,
Kempen Cintakan Warisan Bangsa Negara dan aktiviti kokurikulum.
❑ Menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti
masyarakat pelbagai kaum.
❑ Mempergiatkan aktiviti RIMUP dengan mewujudkan JK RIMUP di semua peringkat
pernacangan, pelaksanaan dan pemantauan aktviti RIMUP.

3. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
❑ Membina kurikulum kesenian.
❑ Membina Sekolah Seni.
❑ Meningkatkan kerjasama dengan KeKKWa.
❑ Membudayakan penggunaan tulisan Jawi.

4. Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari
❑ Mempelbagai aktiviti untuk membimbing pelaksanaan Islam Hadhari dalam
pembentukan pemikiran dan kehidupan.

TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan membangunkan modal insan dengan memberi fokus dan
strategi pelaksanaan berikut:

1. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar
❑ Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang
pengkhususan.
❑ Meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan.
❑ Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara.

2. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan
❑ Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir
aras tinggi (higher order thinking skills)
❑ Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan.
❑ Melaksanakan Program Pembestarian Sekolah.
❑ Menyediakan pusat akses.
❑ Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
❑ Melaksanakan Program Pengkomputeran Sekolah.
❑ Melaksanakan perisisan yang lengkap dan pelbagai.
❑ Mengadakan latihan dan bimbingan.
❑ Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang berterusan.

3. Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan
❑ Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills.
❑ Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi
bahasa dan adab.
❑ Memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan dan kebersihan dan
kesihatan pelajar.

4. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik
❑ Menyediakan pentaksiran alternatif.
❑ Memantapkan pentaksiran sedia ada dengan unsur-unsur berasaskan kompetensi.
❑ Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan
tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.

TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

5. Memantapkan program kokurikulum dan sukan
❑ Penambahbaikan aktiviti sukan dan kokurikulum.
❑ Meningkatkan penyertaan murid.
❑ Meningkat semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan
dihayati sepenuhnya bermula daripada peringkat awal persekolahan.
❑ Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua.
❑ Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar
yang lebih menyeluruh.
❑ Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan.
❑ Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat
kokurikulum, kolej matrikulasi dan IPG.
❑ Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM.

6. Memperkukuh disiplin pelajar
❑ Meningkatkan serta memantapkan mekanisme pengurusan dan pemantauan
disiplin sekolah.
❑ Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan penguatkuasaan peraturan
disiplin pelajar.
❑ Mempelbagaikan saluran aduan terus.

7. Memantapkan kurikulum
❑ Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral,
serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
❑ Mempergiatkan pelaksanaan aktiviti kerjasama dengan pelbagai agensi.
❑ Memantapkan kurikulum sains dan matematik.

TERAS 3 : MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

Dalam tempoh PIPP ini, fokus dan strategi pelaksanaan berikut akan diberi tumpuan bagi
memperkasakan SK :

1. Peluasan Program Prasekolah
❑ Menambahkan bilangan kelas prasekolah KPM.
❑ Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
❑ Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah.
❑ Memastikan guru dan pembantu guru prasekolah mencukupi dan terlatih.

2. Pemantapan Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan Kualiti Guru
❑ Memantapkan kepimpinan Pengetua/Guru Besar.
❑ Meningkatkan kualiti guru.

3. Pengukuhan Budaya Sekolah
❑ Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang
sihat.

4. Pemantapan Kurikulum
❑ Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M.
❑ Memperluas j-QAF.
❑ Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil.
❑ Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas.
❑ Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah.

5. Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan
❑ Menambah baik aktiviti kokurikulum dan sukan.
❑ Meningkatkan penyertaan murid.

6. Penambahbaikan Sistem Sokongan
❑ Menambahbaik sistem sokongan.
❑ Menambah bilangan jawatan pembantu guru.

7. Peningkatan Prestasi Akademik
❑ Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah.
❑ Memantapkan program intervensi.

8. Menyediakan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas Mencukupi Dan Berkualiti
❑ Meningkatkan kualiti prasarana SK.
❑ Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan.
❑ Menambah bilangan sekolah rendah satu sesi.
❑ Pembestarikan sekolah.

TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN

Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan

kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut:

1. Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar
❑ Menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar dan pedalaman.
❑ Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM).
❑ Merapatkan jurang digital.

2. Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran
❑ Penguasaan 3M.
❑ Pengurangan kadar keciciran.
❑ Pemantapan program pendidikan bagi murid orang kurang upaya.
❑ Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua

kecacatan.
❑ Memantapkan program pendidikan khas inklusif.
❑ Menghasilkan kaedah penilaian yang diiktiraf.
❑ Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur satu

hari di pusat perkhidmatan.
❑ Meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua

kecacatan.
❑ Memantapkan instrumen saringan untuk kenal pasti murid berkeperluan khas.
❑ Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas.
❑ Mengeratkan kerjasama antara KPM, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat, Kem. Kesihatan, KPT dan Kem. Sumber Manusia.

3. Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman
❑ Peningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman.
❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.
❑ Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman.
❑ Menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar.
❑ Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna.

4. Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan

kumpulan minoriti
❑ Pemantapan sistem pengagihan bantuan.
❑ Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM).
❑ Memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan.
❑ Menilai impak program secara berkala.
❑ Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD).
❑ Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta.

TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi
tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan berikut:

1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru
❑ Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru.
❑ Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST),
temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris.
❑ Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan
keperluan opsyen.
❑ Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi.
❑ Pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard
minimum.

2. Memantapkan latihan perguruan
❑ Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
❑ Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat
kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru.
❑ Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru.
❑ Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem
Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management
System.
❑ Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihan dalam aspek
pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral care.
❑ Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina
sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah
meningkatkan profesionalisme guru.
❑ Meningkatkan kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program
Peningkatan Akademik PPP yang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak
Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dan sepenuh masa.
❑ Meningkatkan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan.
❑ Memperkasakan peranan Institut Aminudin Baki.

3. Memantapkan kerjaya guru
❑ Penambahan perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G.

TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

4. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru
❑ Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif.
❑ Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman,
luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih
rumah guru sedia ada.
❑ Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga
dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru.
❑ Mensifarkan GSTT.
❑ Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan.
❑ Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban
tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran.
❑ Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di
kawasan pedalaman.
❑ Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk
meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan
dan pembinaan baru.
❑ Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.
❑ Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut
opsyen.
❑ Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut
opsyen dan lokasi.

5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia
❑ Penyediaan mekanisme bekalan guru.
❑ Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru.
❑ Menambahbaik sistem maklumat guru.
❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman.

TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN

Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi
pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen
sokongan.
Bagi sekolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-perkara berikut :

1. Memastikan kepemimpinan teguh dan berkesan

❑ Pemantapan latihan kepemimpinan guru besar dan pengetua.
❑ Mengenalpasti memilih pengetua, guru besar dan guru penolong kanan.
❑ Menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pengetua, guru besar dan guru penolong

kanan.

2. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi

❑ Memilih guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan temu duga.
❑ Pengetua, guru besar dan guru bersama-sama akan menentukan KPI yang perlu

dicapai oleh guru dan jurulatih.
❑ Prestasi guru dan jurulatih akan menentukan sama ada jawatan dikekalkan.

3. Memilih kelompok sekolah cemerlang

❑ Perlantikan sekolah.
❑ Menigkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah.

4. Mewujudkan akauntabiliti

❑ Menyediakan pelbagai prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program.
❑ Melaksanakan penilaian sekolah kluster.
❑ Melaksanakan penarafan kendiri.
❑ Memperkukuh mekanisme pemastian kualiti kolej matrikulasi.
❑ Memastikan semua program dan ijazah keluaran IPG diiktiraf di dalam dan luar

negara.

5. Mewujudkan piawaian dan penandaarasan

❑ Menyediakan pengurusan perubahan dan mengenal pasti amalan terbaik.
❑ Melaksanakan penarafan kendiri.

TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN

6. Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan
❑ Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara.
❑ Meningkatkan jalinan antara IPG dengan universiti luar negara.
❑ Meningkatkan jalinan Bestari (Smart partnership) antara universiti luar negara.
❑ Mempakejkan dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali
sebagai pusat pendidikan guru.
❑ Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa untuk menarik
minat pelajar.
❑ Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing
negara dalam bidang pendidikan di rantau Asia.
❑ Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada
peringkat antarabangsa.
❑ Meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah cemerlang di dalam dan
luar negara.
❑ Penglibatan dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA.
❑ Menyertai lebih banyak kajian pada peringkat antarabangsa.
❑ Memperkasa kolej matrikulasi.

7. Merintis perubahan dan pembaharuan
❑ Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah.
❑ Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran (outcome based learning).
❑ Memperkenalkan program alternatif untuk kemasukan ke IPT seperti International
Baccalaureate dan peperiksaan Standard Admission Test (SAT)

Rujukan : 1) RMK-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Edisi Pelancaran.
BPPDP, 2006.

Kad Laporan keempat seperti Disember 2008.

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat

setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat
yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan

Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,

emosi, politik ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang

berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata

pelajaran-mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan

contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,

lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

1. Menghormati tenggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi

pendidikan dengan rumah tangga.
3. Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan

rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjelaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan
Rukun Negara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama.

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION
PERGURUAN

1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama bagi seorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
guru.

3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan.

5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.

6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

CATATAN : Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang
menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah
dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan
pendidikan).

KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,

Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU
PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN 11
1
21.03.2022 31.03.2022 9 12
1
01.04.2022 30.04.2022 21 13
3
01.05.2022 31.05.2022 16 7
3
1 01.06.2022 03.06.2022 3

JUMLAH HARI 49

CUTI PENGGAL 1, SESI 2022/2023

04.06.2022 - 12.06.2022 9

13.06.2022 30.06.2022 14

01.07.2022 31.07.2022 20

01.08.2022 31.08.2022 22

2 01.09.2022 02.09.2022 2

JUMLAH HARI 58

CUTI PENGGAL 2, SESI 2022/2023

03.09.2022 - 11.09.2022 9

12.09.2022 30.09.2022 14

01.10.2022 31.10.2022 17

01.11.2022 30.11.2022 22

01.12.2022 09.12.2022 7

3 JUMLAH HARI 60

CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023

10.12.2022 - 31.12.2022 22

03.01.2023 31.01.2023 18

01.02.2023 17.02.2023 13

JUMLAH HARI 31

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN, SESI 2022/2033

18.02.2023 - 12.03.2023 23

CUTI PERAYAAN

CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
TAHUN BARU CINA
01.02.2022 (Selasa) dan KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN

02.02.2022 (Rabu) 30.01.2022 (Ahad) 31.01.2022 (Isnin) Dua (2) Hari Cuti
Tambahan KPM

31.01.2022 (Isnin) 03.02.2022 (Khamis)

HARI RAYA AIDILFITRI 02.05.2022 (Isnin) 05.05.2022 (Khamis) Dua (2) Hari Cuti
03.05.2022 (Selasa) dan 05.05.2022 (Khamis) 06.05.2022 (Jumaat) Tambahan KPM

04.05.2022 (Rabu)

HARI GAWAI DAYAK 03.06.2022 (Jumaat) Satu (1) Hari Cuti
01.06.2022 (Rabu) dan Negeri Sarawak sahaja Tambahan KPM
02.06.2022 (Khamis)

HARI DEEPAVALI 23.10.2022 (Ahad) dan 25.10.2022(Selasa) dan Dua (2) Hari Cuti
24.10 2022 (Isnin) (kecuali 25.10.2022 (Selasa) 26.10.2022(Rabu) Tambahan KPM

Negeri Sarawak) Semua Negeri Kumpulan Satu (1) Hari Cuti
B kecuali Sarawak Tambahan KPM

24.10.2022 (Isnin)

Sarawak sahaja

TAHUN BARU CINA 24.01.2023 (Selasa) 20.01.2023 (Jumaat) Satu (1) Hari Cuti
22.01.2023 (Ahad) dan Tambahan KPM

23.01.2023 (Isnin)

KUMPULAN A :
Sekolah-sekolah di negeri : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

MANUAL
PENGURUSAN

DISIPLIN

LATAR BELAKANG
UNIT DISIPLIN

SEKOLAH SK SUNGAI KECHIL

VISI DAN MISI

UNIT DISIPLIN SEKOLAH

VISI

MELESTARIKAN KEMENJADIAN MURID DAN
SEKOLAH BERKUALITI MENJELANG TAHUN

2025

MISI

MEMASTIKAN PENCAPAIAN YANG CEMERLANG
DALAM KURIKULUM, KOKURIKULUM SERTA
MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG

BERKETRAMPILAN DI SAMPING MEMANFAATKAN
GUNA TENAGA WARGA SEKOLAH DAN KOMUNITI

DALAM MEWUJUDKAN PERSEKITARAN DAN
PEMBELAJARAN BERMAKNA SELARAS DENGAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DEFINISI

DAN MATLAMAT

UNIT DISIPLIN SEKOLAH

DEFINISI

Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan
Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979
mentakrifkan disiplin sebagai :

Kesanggupan seseorang individu menghormati
undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan
dan luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga
bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja

atau membuat sesuatu dengan cukup tertib,
kesanggupan menghormati hak individu lain,
kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang

baik dan tidak mengganggu orang lain,
kesanggupan menghormati antara satu dengan

yang lain dan mempunyai semangat tolong-
menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan

yang sedia ada menerusi usaha yang membina
serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

MATLAMAT

Disiplin akan menjadikan seseorang pelajar itu
sebagai manusia yang dapat memimpin diri
sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan.
disiplin diri bagi individu adalah mustahak
dalam usaha mewujudkan satu masyarakat
Malaysia yang bertatasusila, bersepadu,
demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin
diri juga akan melahirkan individu-individu
yang kreatif serta mempunyai kesedaran
harga diri dalam masyarakat yang bergerak
ke arah kemajuan.

CIRI-CIRI

UNIT DISIPLIN SEKOLAH

CIRI-CIRI

Seorang pelajar yang berdisiplin sentiasa
mematuhi dan taat kepada ajaran-ajaran
agama, mengamalkan nilai-nilai kebudayaan
Malaysia, memahami dan menghayati Rukun
Negara serta mematuhi peraturan sekolah dan
undang-undang negara. Antara ciri-ciri penting
murid berdisiplin adalah seperti berikut :
1. Memahami dan mematuhi peraturan-

peraturan
2. Menepati waktu
3. Rajin dan berdaya usaha
4. Jujur dan ikhlas
5. Sentiasa bersedia berkhidmat dan

bekerjasama
6. Berbudi bahasa, bersopan-santun dan

berdiplomasi
7. Taat kepada agama
8. Menghormati orang lain
9. Taat setia kepada raja dan negara
10. Kasih dan sayang kepada ibu bapa serta

guru
11. Mencintai sekolah
12. Berfikiran luas dan berpandangan jauh.

TANGGUNGJAWAB

MURID

UNIT DISIPLIN SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB PELAJAR
KEPADA SEKOLAH

Sekolah adalah rumah kedua bagi pelajar dan
Pengetua serta guru-guru menjadi pengganti
bagi ibu bapa. Oleh sebab itu murid-murid
hendaklah :

1. Mematuhi dan Menghormati peraturan sekolah.

Setiap pelajar bukan sahaja perlu mengetahui dan memahami peraturan
sekolah tetapi juga perlu mematuhi dan mengamalkannya setiap masa.

2. Menjaga dan meningkatkan kebersihan sekolah.

Kebersihan amat dihargai dan kerana itu pelajar perlu menjaga dan
meningkatkan kebersihan seluruh kawasan sekolah termasuklah bilik darjah,
bilik-bilik khas, kantin, tandas dan lain-lain.

3. Menjaga dan memelihara harta benda sekolah.

Semua peralatan dan kemudahan yang disediakan di sekolah hendaklah
digunakan dengan cermat dan pelajar bersama-sama bertanggungjawab
terhadap keselamatannya. penyalahgunaan harta benda sekolah jika
didapati hendaklah dilaporkan kepada guru-guru.

4. Menjaga keceriaan sekolah.

Pelajar adalah digalakkan mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti-
aktiviti mengindahkan kawasan sekolah seperti menanam dan memelihara
pokok-pokok bunga, melukis mural, membin arca dan sebagainya.

5. Menimbulkan suasana pembelajaran dan sayang akan
sekolah.

Setiap pelajar hendaklah sentiasa bekerjasama mewujudkan suasana
pembelajaran yang menggalakkan dan berkesan dengan mematuhi
peraturan sekolah. Semangat kekitaan dan kekeluargaan seharusnya
diamalkan di sekolah melalui hubungan baik sesama pelajar dengan guru,
dengan pengetua dan kakitangan sekolah yang lain.

TANGGUNGJAWAB

MURID

UNIT DISIPLIN SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB PELAJAR
KEPADA GURU

Pelajar harus sedar bahawa semasa berada
di sekolah, guru-gurulah yang menjadi
pengganti kepada ibu bapa atau penjaga
pelajar. Sebagaimana pelajar menghormati
ibu bapa sendiri maka begitulah juga kepada
guru-guru. Pelajar juga harus sentiasa
bertanggungjawab kepada guru-guru dan ini
dapat dilakukan melalui cara berikut :

1. Menghormati dan mematuhi ajaran dan nasihat guru.
2. Memberikan perhatian sepenuhnya kepada pengajaran guru di bilik

darjah.
3. Memberikan sepenuh kerjasama supaya pengajaran dan pembelajaran

dapat berjalan dengan sempurna.
4. Menghargai jasa guru yang ingin mendidik pelajar-pelajar menjadi insan

yang berguna.
5. Mewujudkan hubungan yang baik dan mesra dengan guru.

TANGGUNGJAWAB

MURID

UNIT DISIPLIN SEKOLAH

TANGGUNGJAWAB PELAJAR
KEPADA PELAJARAN

Tuntutlah ilmu dan bualan hingga ke liang
lahad”..... dan sememangnya agama
menuntut kita mencari ilmu untuk
mendapatkan pendidikan. Kerajaan telah
menyediakan berbagai-bagai kemudahan.
Anak-anak dalam lingkungan umur
persekolahan boleh mendapat pendidikan
secara percuma di sekolah-sekolah rendah
dan menengah.

Pelajaran dapat memberikan kita antara lain :
1. Keselesaan dan kesejahteraan hidup.
2. Pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi masa hadapan.
3. Panduan menjadi warganegara yang berguna, berakhlak dan berbudi

pekerti.
4. Peluang memilih kerjaya yang bersesuaian.
5. Pedoman hidup bermasyarakat.

CARA

PENYELESAIAN

UNIT DISIPLIN SEKOLAH

CARA MENYELESAIKAN MASALAH
DAN MENYATAKAN PENDAPAT.

Bagi membantu pelajar-pelajar yang
menghadapi masalah atau pelajar yang ingin
menyatakan pendapat, pihak sekolah ada
menyediakan beberapa saluran dan cara.
walaupun kemampuan sekolah adalah terhad
tetapi guru-guru, sebagai pengganti ibu bapa
dan pihak sekolah sentiasa bersedia
membantu pelajar. Antara saluran yang boleh
digunakan oleh pelajar adalah sebagaimana
berikut .

Iaitu secara langsung pelajar boleh menemui :
1. Kaunselor Rakan Sebaya
2. Ketua Darjah/Pengawas
3. Guru Tingkatan/Darjah
4. Guru Disiplin/Guru Pengawas
5. Guru Agama
6. Guru Kebajikan
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling
8. Guru Kanan Akademik
9. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
10. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
11. Guru Penolong Kanan Petang
12. Guru Penolong Kanan Pentadbiran
13. Pengetua

Atau menemui mana-mana guru pilihan pelajar. Sebagai panduan, pelajar
boleh merujuk kepada guru-guru berkenaan mengikut bidang sebagaimana
dinyatakan.

MANUAL
PENGURUSAN

DISIPLIN

PERATURAN-PERATURAN
SEKOLAH

OBJEKTIF

PERATURAN

UNIT DISIPLIN SEKOLAH

OBJEKTIF
PERATURAN SEKOLAH

1. Untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia demi
kesempurnaan masyarakat.

2. Untuk mewujudkan sifat hormat-menghormati
antara satu dengan lain, dan mempunyai
semangat tolong-menolong.

3. Untuk menjadikan pelajar insan yang
bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan
menjadi warga negara yang baik.

4. Untuk memberi layanan dan hak sama rata kepada
semua pelajar.

5. Untuk membantu Guru Besar/Pengetua dan guru-
guru dalam menjaga keharmonian, ketenteraman
dan kelicinan pentadbiran sekolah.

6. Untuk menentukan bahawa mereka yang bersalah
akan menerima hukuman yang setimpal dengan
kesalahan mereka.

OBJEKTIF
HUKUMAN SEKOLAH

1. Mencegah pelajar yang bersalah daripada
mengulangi kesalahan mereka.

2. Mencegah pelajar yang lain daripada melakukan
kesalahan yang sama.

3. Mengawal pelajar yang berbahaya atau
bermasalah daripada mempengaruhi pelajar yang
lain.

4. Memastikan setiap kesalahan yang terbukti dan
sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang
setimpal.

5. Memperbaiki perilaku pelajar yang bersalah.

PERATURAN UMUM

Isnin dan Selasa:
TAHAP 1 : 7.40 pagi hingga 1.00 petang
TAHAP 2 : 7.40 pagi hingga 1.30 petang

Rabu dan Khamis
TAHAP 1 : 7.40 pagi hingga 1.00 petang
TAHAP 2 : 7.40 pagi hingga 1.00 petang

Jumaat
TAHAP 1 : 7.40 pagi hingga 11.30 pagi
TAHAP 2 : 7.40 pagi hingga 12.00 tengahari

MASA SESI PERSEKOLAHAN

1. Loceng pertama dibunyikan lima minit sebelum masa pertama sesi pagi. Semua
pelajar sesi pagi mestilah sudah berada di sekolah selewat-lewatnya sebelum
loceng pertama dibunyikan. Semua pelajar sesi pagi mestilah berbaris di luar kelas
masing-masing apabila loceng waktu pertama dibunyikan manakala para pelajar
sesi petang berbaris di luar kelas berbaris di luar kelas masing-masing Ketika loceng
pertama menandakan berakhirnya sesi persekolahan berbunyi sehinggalah loceng
kedua dibunyikan menandakan waktu pulang.

2. Pelajar tidak dibenarkan melalui/berada di Kawasan flat guru pada bila-bila masa.
3. Pelajar tidak dibenarkan pulang atau keluar daripada Kawasan sekolah semasa

sesi persekolahan kecuali mendapat keizinan daripada pihak sekolah.
4. Semua pelajar mestilah berada di dalam kelas semasa sesi pdp berjalan. Bagi

pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran tertentu, mereka mestilah berada di
perpustakaan atau di tempat-tempat yang telah ditentukan oleh guru berkenaan.
5. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada waktu rehat.
6. Sebelum waktu pertama, semua pelajar sesi pagi mestilah berbaris di luar bilik
darjah sehingga guru waktu pertama masuk.
7. Kehadiran ke sekolah adalah wajib dan kedatangan akan diambil pada waktu
pertama setiap hari.

PERHIMPUNAN

1. Perhimpunan akan diadakan sekali dalam seminggu kecuali mendapat arahan
sebaliknya daripada Guru Besar.

2. Kehadiran pelajar dalam perhimpunan adalah wajib.
3. Semua pelajar hendaklah berbaris berdua-dua mengikut kelas masing-masing di

tempat yang telah ditentukan.
4. Pelajar hendaklah berdiri tegak dan menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri,

Lagu Sekolah dan lagu-lagu lain dengan penuh bersemangat.
5. Semua pelajar hendaklah dian dan mendengar dengan teliti semua pengumuman

yang dibuat semasa perhimpunan dijalankan.

MAJLIS RASMI SEKOLAH

1. Semua pelajar mestilah berbaris berdua-dua dan berjalan masuk ke upacara/majlis
yang diadakan tanpa berbuat bising.

2. Semasa lagu rasmi dinyanyikan semua pelajar mestilah berdiri tegak dan menyanyi
dengan penuh semangat.

3. Semua pelajar hendaklah diam dan mendengar dengan teliti semua ucapan yang
dibuat.

4. Semua pelajar tidak dibenarkan bergerak atau pulang sebelum upacara/majlis
tamat.

Berikut adalah butir-butir peraturan sekolah ini. Semua pelajar wajib pada
setiap masa mematuhi semua peraturan-peraturan yang termaktub di
bawah ini :

BIL PERKARA PERATURAN

1. Pendaftaran ❑ Semua pelajar wajib berdaftar sebagai pelajar SK
Sungai Kechil, Nibong Tebal

2. Hari Persekolahan ❑ Isnin hingga Jumaat
❑ Mengikut arahan pihak jabatan dan pihak sekolah.
❑ Jumlah hari persekolahan setahun adalah tidak

kurang daripada 190 hari.
❑ Pelajar wajib hadir ke sekolah melainkan dalam

keadaan tertentu dengan sebab yang

munasabah.
❑ Pelajar yang tidak hadir sebanyak tanpa sebab

akan dikenakan tindakan tatatertib.

3. Waktu Persekolahan 7.30 pagi hingga 1.30 petang
Rasmi
Isnin – Jumaat ❑ Waktu Hari Persekolahan Gantian dan Kelas
Tambahan adalah sama dengan waktu
Hari Gantian/Kelas persekolahan rasmi melainkan diberitahu oleh
Tambahan pihak sekolah.

❑ Wajib hadir ke sekolah selewat-lewatnya 5 minit
sebelum masa pertama Pdpc berjalan.

❑ Pelajar yang bertugas mesti hadir lebih awal untuk
bertugas membersihkan kelas.

❑ Tidak dibenarkan balik/keluar dari kawasan sekolah
tanpa kebenaran bertulis daripada Guru
Besar/Pengetua.

BIL PERKARA PERATURAN
4. Perhimpunan Sekolah/
❑ Semua pelajar wajib hadir.
Majlis Rasmi Sekolah ❑ Berpakaian seragam sekolah lengkap dan kemas.
❑ Mematuhi peraturan yang ditetapkan.
5. Proses Pengajaran dan ❑ Menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan
pembelajaran dalam
Kelas Lagu Sekolah serta lagu-lagu yang diarahkan oleh
juru acara dengan penuh semangat dan
6. Waktu Rehat berdisiplin.
❑ Dilarang melakukan perkara yang boleh
mengganggu majlis.

❑ Wajib berada dalam kelas sebelum guru masuk.
❑ Tidak dibenarkan keluar tanpa izin guru, berdiri di

luar kelas dan merayau-rayau selepas tamat
sesuatu mata pelajaran.
❑ Menghormati guru, kakitangan sekolah dan rakan.
❑ Tidak melakukan perbuatan yang boleh
mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
❑ Wajib membawa buku teks, buku nota, buku kerja,
buku latihan (mengikut arahan guru)
❑ Terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
❑ Membuat tugasan yang diberikan guru.
❑ Sebarang pengumuman tidak dibenarkan dibuat
semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan (kecuali mendapat kebenaran daripada
pihak sekolah).

Tahap 1
9.40 pagi hingga 10.00 pagi
Tahap 2
10.10 pagi hingga 10.30 pagi

❑ Pelajar tidak dibenarkan berada dalam kelas.
❑ Pelajar dilarang sama sekali makan dan minum

dalam kelas.

BIL PERKARA PERATURAN

7. Pakaian Seragam LELAKI
Sekolah
BAJU :
❑ Kemeja Putih
❑ Berlengan pendek (panjang lengan tidak kurang

2cm daripada siku) atau
❑ Berlengan panjang (Jika dilipat, hendaklah dilipat

ke paras siku)
❑ Tidak Ketat/kecil
❑ Labuh kemeja mestilah sekurang-kurangnya 20cm

daripada paras pinggang
❑ Tidak dinilakan.
❑ Kain Cotton/Kapas dan tetron sahaja.
❑ Wajib memak.
❑ Sentiasa kemas dan baju sentiasa dimasukkan ke

dalam seluar sekolah (tug in)

SELUAR :
❑ Seluar panjang yang menutupi buku lali.
❑ Berwarna biru gelap
❑ Fesyen biasa (Tidak Ketat/Sendat dan Tidak berciri

seluar jeans)
❑ Poket tidak melebihi 3 buah (dua tepi dan satu

belakang tidak bertutup dan bukan jenis

bertampal.
❑ Purata ukuran kaki seluar ialan 16cm – 20cm

PEREMPUAN

BAJU :
❑ Baju Kurung Tradisional/biasa (teluk belanga) dan

sentiasa berbutang.
❑ Tidak dinilakan.
❑ Kain dari jenis cotton atau tetron.
❑ Tidak nipis dan ketat sehingga menampakkan

bentuk badan.
❑ Poket hanya sebelah tepi sahaja.
❑ Poket depan tidak dibenarkan.

BIL PERKARA PERATURAN

8. Pakaian semasa SKIRT/KAIN:
Pendidikan Jasmani ❑ Biru navy
❑ Tidak Ketat
9. Baju Dalam ❑ Kain menutup buku lali.

TUDUNG :
Pelajar Perempuan beragama Islam wajib memakai
tudung.
❑ Warna putih, berbentuk 3 segi atau seakan-akan

bulat.
❑ 6 inci melepasi bahu, hujung depan mengenai

pusat dan hujung belakang separas siku.
❑ Tudung dalam (anak tudung) mestilah berwarna

putih.
❑ Tudung dalam (anak tudung) berwarna

dibenarkan untuk Badan Sokongan Sekolah
sahaja.

❑ Semua pelajar wajib mengikut Pendidikan Jasmani
dan tidak boleh berada di dalam kelas semasa
pelajar lain mengikuti Pendidikan Jasmani.

❑ Wajib memakai T-Shirt sekolah yang lengkap.
❑ Memakai seluar track suit berwarna hitam atau biru

tua.
❑ Memakai kasut sekolah
❑ Tidak dibenarkan memakai seluar jogging pants.

LELAKI
❑ Singlet berlengan atau tidak.
❑ Berwarna putih sahaja, tidak bergambar, bertulis

atau berconteng.

PEREMPUAN
❑ Singlet (Camisole) putih dan berkain dalam.
❑ Singlet (camisole) tidak bertali kecil, bercorak,

bergambar dan sebagainya.

BIL PERKARA PERATURAN
10. Tali Leher
❑ Tali leher berlogo sekolah sahaja dibenarkan.
11. Lencana ❑ Tidak diconteng dengan sebarang bentuk/corak.
12. Tanda Nama ❑ Panjang tali leher tidak melebihi paras pusat.
❑ Wajib dipakai dengan kemas sepanjang masa
13. Tali Pinggang (Wajib
Pakai) persekolahan.

14. Kasut ❑ Lencana yang telah ditetapkan oleh sekolah.
Wajib dijahit penuh sebelah kiri atas poket atau
15. Stokin tudung atau pinafore.

❑ Wajib dipakai setiap masa.

❑ Wajib dipakai setiap masa.
❑ Wajib dijahit penuh di sebelah kiri atas poket dan di

bawah lencana.
❑ Tidak diconteng atau dilukis dengan sebarang

bentuk/corak.

❑ Wajib dipakai dan lebar 3cm/1 inci sahaja dan
berkepala kecil.

❑ Warna hitam dan biru sahaja dibenarkan.

❑ Kain kanvas putih dan hitam.
❑ Jika berjalur-jalur yang halus berwarna hitam/biru

tua di sekeliling tapak kasut sahaja dibenarkan.
❑ Kasut kulit, boot, high cut, jenama Convers tidak

dibenarkan.
❑ Tali kasut tidak panjang dan tidak dililit di kaki.
❑ Kasut wajib mengikut saiz yang sesuai.

❑ Wajib dipakai.
❑ Warna putih/hitam tanpa jalur atau sebarang

warna/gambar.
❑ Tidak pendek (sekurang-kurangnya 7-10cm/ 4-5 inci

dari paras buku lali)
❑ Tidak boleh dinila.

BIL PERKARA PERATURAN
16. Songkok
17. Rambut ❑ Digalakkan

18. Beg Sekolah LELAKI
❑ Ukuran rambut 3/2/2 atau 3/3/3 (ikut potongan
19. Jam Tangan
mesin rambut)
❑ Tidak berfesyen.
❑ Wajib berambut pendek setiap masa.
❑ Side burn tidak melebihi garis tengah hidung/anak

telinga.
❑ Membotakkan kepala tidak dibenarkan.

PEREMPUAN
❑ Diikat jika jatuh hingga ke bahu.
❑ Warna reben yang dibenarkan hanya warna

hitam/biru gelap/putih.
❑ Hujung rambut depan tidak menutupi mata dan

wajib diklipkan (klip warna hitam sahaja)
❑ Tidak diwarnakan.

❑ Pelajar wajib membawa beg ke sekolah.
❑ Beg jenis kulit, jeans dan plastik tidak dibenarkan.
❑ Saiz beg sekurang-kurangnya 1 kali (30cm lebar

dan 2 kaki (60cm) panjang.
❑ Hanya beg belakang sahaja dibenarkan dan

bertali 2.
❑ Beg bergambar atau berlogo besar, berconteng

dan mempunyai tulisan yang besar tidak
dibenarkan.
❑ Beg berunsurkan sesuatu yang negatif adalah
dilarang.
❑ Aksesori di beg tidak dibenarkan.

❑ Tidak besar dan tidak berfesyen.
❑ Jam berkamera tidak dibenarkan.

BIL PERKARA PERATURAN
20. Telefon Bimbit
21. Misai dan Janggut ❑ Tidak dibenarkan sama sekali membawa telefon
22. Perhiasan Diri bimbit ke sekolah.

23. Harta Benda Sekolah ❑ Pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas
kehilangan peralatan tersebut.
24. Keceriaan dan
Kebersihan Sekolah ❑ Tidak dibenarkan melainkan bulu roma halus yang
tumbuh bagi pelajar yang beransur baligh.

❑ Dilarang membawa alat solek ke sekolah termasuk
celak mata.

❑ Semua jenis barang kemas adalah dilarang
dibawa ke sekolah.

❑ Dilarang memakai sebarang jenis barang kemas
(lelaki dan perempuan)

❑ Tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang dan
mewarnakan rambut.

❑ Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas
kehilangan barang kemas yang dibawa ke
sekolah.

❑ Dilarang sama sekali menconteng bangunan
sekolah dan semua harta benda sekolah.

❑ Semua pelajar wajib menjaga harta benda
sekolah.

❑ Harta benda sekolah meliputi semua yang ada
dalam kawasan sekolah termasuklah harta milik
guru serta kakitangan bukan mengajar dan semua
harta milik kerajaan.

❑ Pelajar wajib membersihkan kelas setiap hari
sebelum masa pertama (pagi) dan waktu akhir
(petang)

❑ Pelajar wajib menjaga kebersihan diri, persekitaran
dan keceriaan sekolah.

❑ Pelajar dilarang membuang sampah dan berludah
di merata-rata tempat.

❑ Pelajar wajib mengutip sampah di kawasan
sekolah.

BIL PERKARA PERATURAN

25. Alat Komunikasi, ❑ Tidak dibenarkan sama sekali membawa peralatan
Peralatan video/rakaman dan kamera (pelajar perlu
Video/Rakaman, mendapat keizinan guru disiplin dengan syarat
Kamera terdapat pemantauan daripada guru semasa
menggunakannya.

❑ Tindakan merampas akan diambil jika ingkar.
❑ Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika

peralatan itu hilang, rosak atau musnah semasa
dalam simpanan pihak sekolah.
❑ Jika terdapat kehilangan semasa peralatan
tersebut di bawa ke sekolah, pihak sekolah tidak
akan bertanggungjawab.

26. Membawa Komputer ❑ Membawa komputer riba atau media storan

Riba atau media storan seperti kad memori, disket, CD dan DVD atau apa

seperti kad memori, jua bahan multimedia adalah dilarang.

disket, CD dan DVD ❑ Penggunaan jika dibenarkan hendaklah dibawah

atau apa jua bahan penyeliaan dan pemantauan ketat guru mata

multimedia pelajaran. Sebarang penyalahgunaan atau

pembawaan alat atau bahan tanpa kebenaran

atau penyeliaan guru akan dirampas.

❑ Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika

alat/bahan tersebut hilang semasa di sekolah.

27. Pemadam jenis cecair ❑ Penggunaan bahan pemadam jenis cecair adalah
dan peralatan dilarang dan boleh dirampas tanpa perlu
tajam/berbahaya dikembalikan.

❑ Pelajar dilarang sama sekali membawa peralatan
tajam/berbahaya ke sekolah.

BIL PERKARA PERATURAN
28. Penyalahgunaan
❑ Pelajar tidak dibenarkan sama sekali memuat naik
internet/media apa jua bahan, video atau gambar berkaitan
elektronik dan media dengan aktiviti sekolah atau pelajar di sekolah, di
massa. media massa dan internet/media elektronik.

29. Peras Ugut dan Buli ❑ Siasatan akan dibuat, dan jika terbukti pelajar
bersalah, tindakan disiplin seperti ganting atau
30. Kawasan Larangan buang sekolah akan diambil.

31. Surat/Borang Sakit ❑ Laporan polis juga akan diambil terhadap
kesalahan yang dilakukan.

❑ Kes peras ugut dan buli adalah satu kesalahan
yang amat serius.

❑ Tindakan rotan, gantung atau buang sekolah
boleh dikenakan atas kesalahan ini.

❑ Laporan polis juga akan dibuat.

❑ Kawasan Pejabat Pentadbiran, Bilik Guru, Makmal
Sains, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Gerakan, Bilik ICT,
Bengkel RBT, kawasan meletak kenderaan,
prasekolah, dan kawasan dengan tanda amaran
adalah kawasan larangan.

❑ Dapatkan kebenaran guru sebelum memasuki
kawasan yang disenaraikan.

❑ Pelajar boleh memohon surat/borang sakit untuk
tujuan ke hospital atau klinik daripada Guru
Bertugas.

❑ Sila kembalikan keratan surat sakit kepada guru
kelas setelah mendapatkan rawatan daripada
hospital atau klinik.

❑ Pelajar tidak boleh meninggalkan kawasan sekolah
tanpa disertai oleh ibu bapa atau penjaga yang
diperakui.

MANUAL
PENGURUSAN

DISIPLIN

JENIS-JENIS KESALAHAN
DISIPLIN

I. Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan
seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia
ada seperti mana Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Kesalahan yang mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau
murid lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan
dengan kehendak-kehendak peraturan dan matlamat yang hendak dicapai.

II. Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang
didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh –sungguh
pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu
ketenteraman maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan sehingga boleh
dibuang sekolah.

III. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.

Tindakan : Hukuman :
1. Hubungi ibu/bapa/penjaga. 1. Amaran keras.
2. Hubungi agensi berkaitan/polis. 2. Dirotan 1-3 kali.
3. Laporkan kepada JPN. 3. Membayar ganti rugi.
4. Kaunseling. 4. Digantung persekolahan tidak melebihi
5. Mendokumentasikan.
14 hari.
5. Dibuang sekolah.
6. Mahkamah.

Kuasa Pelaksana :
1. Pengetua.
2. Guru Besar.
3. Guru yang diberi kuasa.

❑ A01 : Menyimpan, membawa mengedar, menghisap atau bersubahat dalam
kegiatan dadah berbahaya.

❑ A02 : Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.

❑ A03 : Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman beralkohol atau
sebarang benda yang memabukkan/ menghayalkan.

❑ A04 : Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.

❑ A05 : Membunuh/menyebabkan kematian/cuai menyebabkan kematian.

❑ A06 : Mengancam, menyerang, memukul dan mencederakan.

❑ A07 : Biadap dan tingkah laku tidak sopan.

❑ A08 : Memeras ugut dan mengugut yang membawa kepada ketakutan/harta
benda.

❑ A09 : Membawa/menyimpan/menggunakan senjata api, senjata berbahaya, bahan
letupan atau alat berbahaya.

❑ A10 : Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain.

❑ A11 : Mencuri, merompak,samun, memecah masuk dan menceroboh kawasan
larangan.

❑ A12 : Menganjur, melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.

❑ A13 : Mencetak, menerbit, mempamerkan, mengedar atau menyimpan rencana,
majalah atau pita rakaman dan multimedia yang dilarang.

❑ A14 : Membabitkan diri dalam kumpulan haram atau kongsi gelap/gengsterisme.

❑ A15 : Melacur/menjadi bohsia/bohjan/ gigolo/ lesbian/ gay dan kecelaruan gendar.

❑ A16 : Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral
/bercumbuan.

❑ A17 : Menulis atau mengeluarkan kenyataan media dan perbuatan yang
mencemarkan nama sekolah.

❑ A18 : Merosakkan harta benda sekolah dan kepunyaan orang lain.

❑ A19 : Menulis perkataan atau melukis gambar lucah.

❑ A20 : Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.

❑ A21 : Menyalahgunakan alat permainan, atau bahan-bahan multimedia.

❑ A22 : Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang
bertentangan dengan nilai-nilai masyakarakat Malaysia.

❑ A23 : Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut), selama 31 hari atau
berkala selama 60 hari dalam satu tahun sesi persekolahan.

❑ A24 : Menganggu/menjejaskan kuasa Pengetua atau guru yang menjalankan tugas.

❑ A25 : Mengedar,memiliki , membawa , melukis dan mempamerkan bahan lucah.

❑ A26 : Mengeluarkan kata-kata lucah,kesat dan melakukan perbuatan lucah.

❑ A27 : Melakukan hubungan yang mencurigai.

❑ A28 : Tidak amanah , menipu dan meniru ketika ujian/peperiksaan.

❑ A29 : Melibatkan diri dalam ajaran sesat /parti-parti politik dan menyebarkan
fahaman serta mengedar risalah atau lambing-lambang.

❑ A30 : Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa sekolah.

❑ A31 : Melakukan mana-mana kesalahan sederhana melebihi tiga kali.

PERINGATAN

Pengetua, Guru Besar dan guru yang diberi kuasa diingatkan bahawa setiap
kesalahan berat yang serius yang melibatkan undang-undang negara adalah
DIMESTIKAN melaporkan kejadian tersebut kepada pihak POLIS DIRAJA MALAYSIA
dengan segera. Di antara jenis-jenis kesalahan yang serius adalah seperti berikut :

1. Membunuh/menyebabkan kematian / cuai menyebabkan kematian
2. Pengedaran dadah berbahaya
3. Mengugut /Pemerasan
4. Rogol / Mencabul kehormatan
5. Gaduh berkumpulan/ dengan senjata api /Merusuh
6. Memiliki /Menggunakan senjata api / bahan letupan
7. Mendatangkan cedera parah
8. Menculik
9. Membawa / mengedarkan bahan-bahan lucah
10. Samun / merompak / mencuri
11. Mana-mana kesalahan yang dianggap serius.

I. Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan
ketenteraman sekolah tetapi tidak sampai mendatangkan bahaya dan
kemudahan kepada diri atau murid lain atau pihak lain.

II. Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid itu
melakukannya boleh membawa kepada ikutan oleh murid lain dan kemudahan,
keharmonian sistem pendidikan di sekolah.

III. Lebih meningkat perlakuan negatif ini yang didatangkan maka lebih tingkat
pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan.

IV. Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.

Tindakan : Kuasa Pelaksana :
1. Surat kepada ibubapa/penjaga 1. Pengetua.
2. Kaunseling 2. Guru Besar.
3. Mendokumentasikan 3. Guru yang diberi kuasa.

Hukuman :
1. Amaran keras.
2. Dirotan 1 – 3 kali.
3. *Membayar ganti rugi.
4. Digantung persekolahan tidak melebihi 14 hari.
5. Dibuang sekolah.
6. Mahkamah


Click to View FlipBook Version