INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK JALAN BAKAM
98009 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN[PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH[SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104 : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK
BMMB1104
KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN
MELAYU
VALENTINA ROSSY ANAK KABIR
PPRBMM2-5
ISI KANDUNGAN
Perkara
1.0 Konsep kesusasteraan Melayu
Takrif kesusasteraan Melayu
2.0 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan Melayu
tradisional
2.1 Hiburan
2.2 Pendidikan
2.3 Dakwah
2.4 Kritikan sosial
3.0 Manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu
Membincangkan akal budi, pemikiran masyarakat Melayu
dalam pantun-pantun tradisional Melayu.
4.0 Kesimpulan
1.0 Konsep kesusasteraan Melayu
Takrif kesusasteraan
Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya
dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan
Melayu. Sastera merupakan satu bentuk ciptaan seni
yang disampaikan melalui bahasa. Selain itu, sastera
juga merupakan medium untuk mengekspresi fikiran
dan perasaan melalui bahasa. Sastera juga dapat
dikatakan sebagai seni bahasa yang mengindahkan
lagi penggunaan bahasa tertentu.
Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana
bahasa adalah medium pengantarnya. Sastera
ditandai dengan beberapa unsur khusus yang
mampu membentuk tamadun dan peradaban
sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap
dan pandangan pengarangnya. (Arba’ie Sujud, 2008)
Secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-
unsur yang berikut:
S – Seni bahasa yang indah
A – Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran
pengarang
S – Sensori atau daya sensitiviti pengarang
T – Tersurat & tersirat
E – Estetika atau keindahan dari segi bahasa
R – Realiti kehidupan
A – Alternatif
Takrif kesusasteraan
Kesusasteraan bermaksud segala penghasilan
sastera yang dinikmati atau disampaikan melalui
tulisan dan pembacaan serta melalui lisan dan
pendengaran. (Harun Mat Piah, 2006)
Hashim Awang (2006) menghuraikan lagi maksud
kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah
daripada kata susastera. Kata susastera itu
dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan
sastera. Su dikatakan membawa maksud indah,
baik, lebih berfaedah. Sastera pula membawa
maksud huruf atau buku. Ke-susastera-an
membawa maksud kumpulan buku-buku yang
indah bahasanya dan baik isinya.
2.0 Fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan
Melayu tradisional
Hiburan Pendidikan
Fungsi
kesusasteraan
Melayu
Kritikan sosial Dakwah
2.1 Hiburan
Keperluan untuk menghiburkan telah melahirkan karya
sastera yang membawa keseronokan yang indah.
Masyarakat terdahulu tidak mempunyai medium
hiburan yang menggunakan teknologi digital seperti
komputer, internet, telefon pintar dan sebagainya. Jadi,
masyarakat dahulu menggunakan keindahan kata-kata
yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun,
kemampuan karya sastera untuk membelai emosi
pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan
sebagainya. Kepentingan fungsi sastera sebagai hiburan
inilah yang menjadikan karya sastera seperti cerita
penglipur lara mendapat sambutan yang hangat dari
masyarakat. Kualiti menghiburkan dalam sesebuah
sastera misalnya dalam karya pantun iaitu rentak dan
rima yang bersukat menghasilkan irama dalam pantun.
Pantun yang mempunyai struktur bacaan tersendiri
menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Selain
daripada itu, masyarakat terdahulu menyampaikan
karya sastera seperti seloka, syair dan gurindam dalam
bentuk nyanyian. Ini membuktikan bahawa terdapat
banyak unsur hiburan dalam karya sastera.
2.2 Pendidikan
Karya-karya kesusasteraan sememangnya sarat dengan
unsur pendidikan atau pengajaran. Hal ini kerana
pengarang karya sastera mencurahkan segala
pengajaran atau pengalaman hidupnya dalam sesebuah
karya sastera. Pengalaman mereka ini yang menjadikan
karya sastera diadun dengan unsur-unsur pengajaran,
moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya.
Unsur pengajaran dan ilmu pengetahuan yang diserap
oleh pembaca ini menjadikan fungsi sastera sebagai
alat pendidikan sangat bernilai kerana ianya boleh
membentuk personaliti pembaca ke arah kebaikan.
2.3 Dakwah
Dakwah merupakan suatu proses penyampaian pesan
suci Tuhan kepada manusia. Fungsi sastera sebagai
dakwah pula kerana medium atau saranan dakwah
sudah semestinya melalui bahasa. Perluasan pengaruh
Islam di sekitar Nusantara telah dirancakkan lagi
dengan kewujudan kerajaan-kerajaan Islam di Alam
Melayu. Dari situ maka lahirlah jenis-jenis sastera yang
selari dengan ajaran Islam. Kebanyakan karya sastera
yang dipengaruhi dengan Islam adalah bertujuan untuk
menyampaikan dakwah, ilmu tauhid, rukun Islam,
rukun iman dan sifat dua puluh wujud dengan kuantiti
yang banyak. Misalnya ‘’Gurindam Menatap Ramadan’’
yang dipengaruhi dengan unsur Islam. Gurindam
tersebut menjelaskan amalan-amalan yang perlu
dilaksanakan oleh umat Islam semasa bulan Ramadan
sebagai usaha untuk membuat pahala dan
malaksanakan ajaran agama Islam. Amalan-amalan dan
ajaran agama sebegini diterjermahkan ke dalam bentuk
gurindam bertujuan untuk mengingatkan umat-umat
Islam supaya berpuasa dan mengamalkan ajaran
agama dengan sempurna dalam bulan yang mulia ini
seperti jangan sesekali meninggalkan solat dan
sebagainya.
2.4 Kritikan sosial
Kritikan merupakan penghakiman yang disertai dengan
hujahan dan pertimbangan dari sisi positif dan negatif.
Istilah sosial pula bermaksud segala perkara yang
berkaitan dengan masyarakat atau kemasyrakatan.
Kritikan sosial adalah salah satu tindakan dalam
membanding, mengamatt dan menilai sesuatu
perkembangan secara cermat tentang kesan baik atau
buruk yang perlu ada dalam masyarakat. (Herman J.
Waluyo, 1987). Kritikan sosial dalam sesebuah karya
amat penting kerana ia berfungsi sebagai penyampai
mesej yang berbaur nilai pengajaran dan teguran
kepada masyarakat. Kritikan sosial dalam sesebuah
karya sastera boleh secara tersurat ataupun tersirat.
Misalnya dalam cerita Mat Jenin, penulis telah
mengkritik golongan yang gemar berangan-angan tanpa
diikuti dengan usaha pastinya tidak akan membuahkan
hasil.
3.0 Manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu
Membincangkan ak
al budi, pemikiran
masyarakat Melayu dalam pantun-pantun
tradisional Melayu.
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Rangkap 1:
Akal budi masyarakat Melayu dapat dilihat melalui
perlakuan seharian. Dalam dua baris terakhir rangkap
pantun ini iaitu “baik dibawa resmi padi, semakin berisi
semakin tunduk” , penulis pantun menggunakan padi
sebagai contoh. Kita sepastinya sudah tahu bahawa
padi yang semakin berisi maka semakin tunduk padi
tersebut. Maksud tersirat dalam dua baris terakhir
rangkap pertama pantun di atas bermaksud
mempunyai ilmu pengetahuan atau pangkat yang
tinggi tetapi menerapkan sikap merendahkan diri. Ini
secara tidak langsung menunjukkan bahawa rangkap
ini sarat dengan unsur pendidikan dan pengajaran.
Pengajaran disampaikan secara halus dan tersirat
melalui mesej-mesej yang terdapat dalam karya
pantun ini.
Rangkap 2:
Menurut Norazimah Zakaria et. al (2017), keindahan
dalam pantun terdiri daripada dua aspek iaitu
keindahan luaran (aspek stailistik) yang merujuk kepada
penggunaan gaya bahasa, intonasi suara, penggunaan
bahasa yang bersukat, berirama dan berentak. Manakala
keindahan dalaman pantun dilihat daripada isi
kandungan yang mempunyai unsur-unsur emotif dan
sebagainya. Dalam rangkap pantun ini, penulis telah
menggunakan dua teknik ini. Teknik ini telah
menimbulkan keindahan bunyi irama yang mengasyikkan
dan keindahan bahasanya menunjukkan kekreatifan dan
kebijaksanaan dalam menyampaikan pengajaran atau
pendidikan. Maksud tersirat dalam dua baris terakhir bagi
rangkap kedua ini ialah orang yang berbudi akan
dipandang mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari
segi bahasa dan tutur kata. Ini menunjukkan akal budi
masyarakat Melayu yang mementingkan nilai adab dan
berbudi bahasa. Pantun ini sangat menegaskan
masyarakat supaya mementingkan budi bahasa dan
menyeru masyarakat supaya menjaga bahasa yang
digunakan dalam tutur kata supaya nilai martabat bangsa
kita tidak akan runtuh.
Rangkap 3:
Dua baris terakhir dalam rangkap pantun ini
menunjukkan kalau kita hanya mengharapkan ilmu
untuk datang kepada kita maka ilmu yang ada dalam
diri kita sangat terhad. Pembayang pantun ini sudah
menjelaskan dengan terang bahawa jika kita hanya
berburu di padang jajar, maka kita janganlah
mengharapan benda yang lebih dari rusa berbelang
kaki. Padang jajar ini merupakan padang yang luas
namun tidak kedapatan haiwan selain rusa berbelang
kaki. Rusa berbelang kaki di sini sebenarnya membawa
maksud sejenis belalang. Akal budi masyarakat Melayu
amat mementingkan elemen kesedaran dalam diri
masyarakat. Dua rangkap terakhir bagi pantun ini
bertujuan untuk mengkritik dan memberi kesedaran
secara halus golongan yang malas menimba ilmu.
4.0 Kesimpulan
Hasil karya sastera meru
pakan satu khazanah
negara yang harus kita pelihara supaya tidak luntur
ditelan zaman. Kita selaku warga Malaysia haruslah
mencintai dan menghayati karya sastera kita kerana
ia merupakan warisan bangsa dan mencerminkan
identiti kita.
(1048 patah perkataan)
Rujukan: