Sejarah
Perkembangan
Bahasa Melayu
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN[PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH (SK)
KERJA KURSUS
BMMB 1074: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
TAJUK
TUGASAN 2 : PEMBINAAN E-PORTFOLIO
NAMA PELAJAR SWAYLIN ANAK HARRY
ANGKA GILIIRAN 2021022310130
NO. KAD PENGENALAN 030604-13-0410
KUMPULAN/UNIT PPRBMM1-5
KOD DAN NAMA KURSUS BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH PUAN HAJAH AINAH BINTI JULHEE
TARIKH HANTAR 26 NOVEMBER 2021
PENGAKIAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH
Nilaikan sejarah perkembangan tulisan, bahasa
Melayu sejak zaman pramerdeka sehingga
pascamerdeka serta cabaran dan masa depan
bahasa Melayu dengan mengaplikasikan
kemahiran alat berfikir serta memuatkan hasil
penilaian tersebut dalam sebuah e-book.
Isi Kandungan
Bil Senarai kandungan
1 Pengenalan diri
2 Perkembangan tulisan bahasa Melayu
3 Perkembangan bahasa Melayu zaman pramerdeka
4 Perkembangan bahasa Melayu pasca merdeka
5 Cabaran dan masa depan bahasa Melayu
6 Rumusan dan pandangan
7 Rujukan yang digunakan
Pengenalan diri
Nama pelajar Swaylin Anak Harry
Umur 18 tahun
Tarikh lahir 4 Jun 2003
Kaum Iban
Agama
Asal Kristian
Pusat pengajian Kuching,Sarawak
Institut Pengajian Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam,9800 Miri
Opsyen pengajian Sarawak
Bahasa Melayu pendidikan rendah (SK)
Kata pengenalan
Saya bersukur dan menghargai peluang yang diberi untuk
menghasilkan sebuah ebook buat pertama kali tentang perkembangan
tulisan bahasa Melayu, perkembangan bahasa Melayu zaman
pramerdeka ,perkembangan bahasa melayu pasca merdeka, cabaran
dan masa depan Bahasa Melayu serta rumusan dan pandangan tentang
sejarah bahasa Melayu.
Perkembangan tulisan
bahasa Melayu
Tulisan Rencong Tulisan Pallava Tulisan Kawi
Tulisan Jawi Tulisan Rumi
Perkembangan tulisan bahasa Melayu
Tulisan Rencong merupakan bentuk tulisan terawal di Nusantara. Tulisan ini banyak digunakan di Sumatera
Selatan iaitu di Bangkahulu, Hulu Palembang, Lampung, Rejang, Jambi serta Minangkabau. Bentuk tulisan ini
banyak ditulis di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu bersurat.
Malah, tulisan Rencong ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu di Kota Kapur, iaitu di Bangka
Barat. Tulisan ini kekal hingga abad ke-18, iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.
Menurut Nik Safiah Karim (2010), tulisan Pallava berasal dari India dan dibawa oleh orang Hindu
semasa mereka tiba di kawasan-kawasan Melayu seperti Srivijaya dan Palembang. Justeru tulisan Pallava banyak
menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Menurut Mohamed Anwar (2011), bahasa Melayu mudah lentur dan
mudah menerima istilah dan konsep dari bahasa-bahasa lain. Ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa
pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini terhad dalam kalangan golongan
istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan
menulis.Penemuan terawal tulisan Pallava ialah pada tiang batu persembahan (Yupa) di daerah Muara Kaman
iaitu pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala. Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi
Belanda dalam tahun 1879. Kini, Yupa tersebut disimpan di Muzium Nasional Jakarta.
Perkembangan tulisan bahasa Melayu
Tulisan Kawi ialah sistem tulisan pasca Pallava yang berkembang daripada sistem Pali. Istilah
Kawi berasal daripada istilah Sanskrit yang bermaksud penyair. Huruf Vangki (Wenggi), yang
diperkenalkan oleh orang India dari Coromandel, didakwa telah mengilhamkan penulisan ini. Tulisan Kawi
ini membantu untuk menulis bahasa yang dituturkan oleh orang Jawa pada zaman itu iaitu bahasa Kawi.
Huruf Kawi ini pada mulanya ditulis pada daun lontar, tetapi kemudiannya dimodenkan dan dipalikasikan
pada batu.Inkripsi yang ditemui di Joreng, Tapanuli, Sumatera Utara, menunjukkan bahawa tulisan Kawi
digunakan. Menurut Nik Safiah Karim (2010), kemudian, sistem tulisan Kawi telah diterima pakai dalam
beberapa bahasa daerah.Antaranya Batak, Rejang, Lampung, Kerinci, dan lain-lain.Dengan runtuhnya
kerajaan Majapahit pada tahun 1400 M, tulisan Kawi dianggap telah lenyap.
Tulisan Rencong
Tulisan Pallava
Tulisan Kawi
Tulisan Jawi
Tulisan jawi mulai digunakan di Tanah Melayu kira-kira pada abad ke-3 hijrah atau ke-10 Masihi yang
dikatakan oleh para sejarawan bermula di Kedah dan kemudiannya merebak ke Phang-Rang, Vietnam, Pahang,
Brunei dan Gerisik, Jawa Timur pada abad ke-11. Terdapat juga tulisan Jawi yang dijumpai penggunaannya
melalui buku undang-undang, hukum kanun, kitab agama, hikayat, prosa Melayu, catatan hasil cukai, geran
tanah, kira-kira baitulmal dan juga perubatan. Mohd Eezan Hamdzah dan Shahlan Surat (n.d.), kitab dan buku
juga ditulis menggunakan tulisan Jawi. Zurina Abdullah dan Adi Yasran Abdul Aziz (2020),tulisan Jawi bermula daripada
tulisan Arab, iaitu tulisan yang telah masuk ke Alam Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama
Islam.Pengembangan sistem tulisan Arab tersebut menyebabkan pelbagai bukti-bukti kewujudan tulisan Jawi pada
batu bersurat atau prasasti, manuskrip lama, surat perjanjian dan surat izin berniaga yang terlampau banyak
dijumpai pada masa itu.Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di
Tanah Melayu. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan
Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan
bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina
dan Indonesia.
Tulisan Jawi
Terdapat juga penggunaan tulisan Jawi dalam kesenian iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab,
pada dinding di dalam masjid, batu nisan dan sebagainya. Penemuan pertama batu nisan yang tertulis
dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah
menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan
menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya
bahasa orang Melayu yang telah menyumbang kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu.Terdapat
empat ciri utama yang terdapat pada skrip Jawi iaitu bertindan secara menegak ligature,aksara-kasara
berbaris atau mempunyai titik dan aksara bersambung. Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30
aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab dan enam Abjad tambahan.Aksara ialah
lambang unik yang digunakan dalam sistem tulisan sesuatu bahasa untuk menyampaikan maklumat.
Tulisan Jawi
Tulisan Rumi
Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi bahasa Melayu telah dilakukan oleh pedagang,
penggembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan. Pada ketika itu bahasa
Melayu menggunakan sistem ejaan tulisan huruf Rumi Latin. Mereka telah tertarik dengan tatabahasa
yang terdapat dalam sistem ejaan ini. Bermula pada abad ke-16 itu para pedagang, sarjana dan
penjelajah terus menggunakan tulisan Rumi Latin dalam bahasa Melayu.
Pada tahun 1902 perancangan awal terhadap sistem ejaan telah dilakukan oleh kerajaan tanah
melayu pada ketika itu. Hal ini bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah
menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang telah diketuai oleh R.J Wilkinson dan menghasilkan
sistem ejaan Wilkinson yang telah diterbitkan pada Oktober, 1904. Ejaan Wilkinson ini telah digunakan di
semua sekolah Tanah Melayu serta turut diaplikasikan dalam kamus bahasa Melayu iaitu Kamus Jawi-
Melayu-Inggeris (1903).
Tulisan Rumi
Sistem ejaan Rumi terus berkembang mengikut peredaraan masa dan keadaan sekeliling ketika itu.
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) telah ditubuhkan pada tahun 1922 adalah bagi meneruskan
perkembangan sistem ejaan di Tanah melayu. Beberapa buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tulisan
Rumi yang memperluaskan sistem ejaan sekolah yang berasaskan sistem ejaan Wilkinson telah disusun,
digubal dan diterbitkan oleh tokoh-tokoh bahasa, pengkaji bahasa dan tenaga pengajar di maktab
perguruan tersebut. Contoh bahan ilmiah yang telah berjaya dihasilkan seperti Kitab Loghat Melayu, Kitab
Kumpulan Nama Melayu (Ibrahim Dato’ Muda Linggi) dan Kitab Pelita Mengarang (rumi). Perkembangan
sistem ini bukan hanya terhenti disitu, malah kemunculan Sistem Ejaan Zaaba telah memartabatkan lagi
sistem ejaan Rumi di Tanah Melayu yang wujud pada tahun 1972. Sistem ejaan Zaaba telah diperkenalkan
oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC).
Tulisan Rumi
Selain daripada sistem ejaan Za’ba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942- 1945, terdapat
penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Za’ba di Tanah Melayu dan ejaan
van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan ’50 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini
sebagai ejaan rasmi mereka. Selain daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi
tanpa sistem apa-apa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada,
termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam
urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan buku. Sistem ejaan Rumi Za’ba
memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam dan mengakibatkan
ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan untuk semua urusan yang menggunakan
tulisan Rumi. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Za’ba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan
kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang
lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar
semenjak tahun 1920-an.
Tulisan Rumi
Pada tahun 1956, satu perhatian serius yang penting dan besar telah diberikan terhadap sistem
ejaan di tanah Melayu. Lantaran itu satu kongres telah diadakan iaitu Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu. Beberapa pembaharuan telah dirancang dan dilaksanakan. Semangat yang tinggi dalam
memperjuangkan sistem ejaan pada ketika itu telah mendapat perhatian dan sokongan dari kerajaan
sehingga sebuah Jawatankuasa Ejaan telah berjaya dibentuk. Pada tarikh 17 April 1959 satu perjanjian
persahabatan telah dimenterai Tanah Melayu dan negara Republik Indonesia. Hasil dari perjanjian
tersebut maka terbentuklah sistem Ejaan Kongres. Ejaan Kongres adalah sistem ejaan Rumi bagi
bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun
1956. Perkara ini dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi. Antara
dasar yang telah dipersetujui adalah ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disatukan atau
disamakan, peraturan ejaan hendaklah mudah; dan sistem fonologi diterima sebagai sistem yang lebih
baik daripada sistem fonetik dan satu fonom hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf)
saja.Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam. Kata-kata dari
bahasa-bahasa asing hendaklah disusunkan pengejaannya dengan hukum-hukum fonologi Melayu.
Tulisan Rumi
Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 memperlihatkan prinsip-prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan,
kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-
sistem yang terdahulu.
Tulisan Rumi
Bahasa Melayu yang
digunakan sebelum
merdeka dikenali bahasa
Melayu pramerdeka
Dewan Bahasa Perkembangan Penubuhan
dan Pustaka bahasa Melayu ASAS 50
(DBP) telah
ditubuhkan penubuhan ASAS 50 Lembaga Bahasa
Melayu (LBM) yang
Tulisan Rumi dan zaman diasaskan oleh guru-
Jawi digunakan pramerdeka guru Melayu pada
dalam persuratan tahun 1951.
Melayu Kongres Bahasa
dan Persuratan
Melayu Pertama
diadakan
Perkembangan bahasa Melayu
Pramerdeka
Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikenali bahasa Melayu pramerdeka yang
bermaksud zaman yang memperjuangkan taraf atau status bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan penubuhan ASAS 50 yang ditubuhkan
pada 6 Ogos 1950 dan penubuhan tersebut kekal sehingga era kemerdekaan. ASAS 50 atau Angkatan
Sasterawan 50 merupakan persatuan penulis yang bercita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu
sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan fikiran melalui
penulisan cerpen dan sajak. Ringkasnya, ASAS 50 merupakan pelopor pembaharuan kepada dunia
kesusasteraan Melayu moden selepas Perang Dunia Kedua.Kewujudan ASAS 50 telah menyebabkan
banyak lagi persatuan yang memperjuangkan bahasa Melayu muncul.
Perkembangan bahasa Melayu
Pramerdeka
Antaranya ialah Lembaga Bahasa Melayu (LBM) yang diasaskan oleh guru-guru Melayu pada
tahun 1951. Penubuhan LBM telah mengukuhkan lagi perjuangan untuk mempertahankan kedudukan
bahasa Melayu pada ketika itu. Seterusnya, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang
diadakan pada 12 dan 13 April 1952 di Singapura telah memutuskan bahawa asas perjuangan
perwakilan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, kongres
juga memutuskan tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa
tersebut sehingga lain-lain keputusan dibuat kemudian kelak. Kedudukan bahasa Melayu pada era
sebelum merdeka terus hangat diperjuangkan.
Perkembangan bahasa Melayu
Pramerdeka
ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk
bahasa Melayu. ASAS 50 terus-menerus memperjuangkan bahasa Melayu apabila mereka
mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah
sehingga ke peringkat universiti. Tanggal 22 Jun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah
ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah bangunan kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor.
Langkah pertama DBP adalah mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi negara merdeka.Pada bulan September 1956 ketika Persekutuan Tanah Melayu
diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa ditubuhkan yang dinamai sebagai Penyata
Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau lebih dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Jawatankuasa ini jelas
memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Bahasa Melayu telah
diisytiharkan sebagai
bahasa kebangsaan
Persekutuan Tanah
Melayu
Mengisytiharkan Perkembangan Faktor yang
bahasa Melayu bahasa Melayu menyebabkan
sebagai bahasa pasca Merdeka pemilihan
rasmi negara bahasa
Melayu
DBP berubah
tarafnya daripada
jabatan kerajaan
kepada badan
berkanun
Perkembangan bahasa Melayu pasca
merdeka
Dengan peruntukan undang-undang dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu telah
diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam perkara tersebut menyebut “
bahasa Kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen ”. Antara faktor yang menyebabkan
pemilihan bahasa Melayu adalah bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di Persekutuan
Tanah Melayu,bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini,penggunaan bahasa
Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan tidak menimbulkan masalah bagi komunikasi
umum dan bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu.
Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). Pada tahun 1959, DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila
Palimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.Pada 1 September 1967, DYMM Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Perisytiharan ini
adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan
dalam sidang yang berlangsung pada bulan Mac 1967.
Persaingan dalam Cabaran dan Persepsi negatif
bahasa Inggeris di masa depan terhadap bahasa
bahasa Melayu
negara sendiri Melayu
Malaysia.
Penggunaan
Persoalan tentang bahasa rojak dan
kemampuan guru bahasa singkatan
mengajar bahasa
Melayu.
Persaingan dengan bahasa Inggeris di
negara sendiri, Malaysia
Cabarannya ialah persaingan dengan bahasa Inggeris di negara sendiri, Malaysia. Pengaruh
penggunaan bahasa Inggeris tidak dapat dinafikan, dan ia terpaksa diterima kerana bahasa Inggeris
telah lama menjadi bahasa ilmu dan komunikasi. Dengan kata lain, bahasa Melayu meminjam banyak
perkataan daripada bahasa Inggeris dan memasukkannya ke dalam kosa kata bahasa Melayu. Catalog
(katalog), number (nombor), activity (aktiviti), dan message (mesej) adalah contoh perbendaharaan kata
bahasa Inggeris yang dipinjam.Kebergantungan bahasa Melayu terhadap kosa kata bahasa Inggeris
menidakkan keaslian dan ketulenan bahasa Melayu itu sendiri.Cabaran ini dibuktikan dengan
pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada
2003.Perubahan dasar ini mengurangkan keyakinan orang ramai bahawa bahasa Melayu mempunyai
peranan yang lemah sebagai bahasa pengantar dalam bidang tersebut.
Persepsi negatif terhadap
bahasa Melayu
Cabaran kedua ialah persepsi negatif terhadap bahasa Melayu. Contohnya, golongan pelajar
menganggap bahasa Melayu hanya perlu dipelajari atas keperluan peperiksaan sahaja.Tidak cukup
dengan itu, persepsi negatif terhadap bahasa Melayu turut dizahirkan dengan persepsi yang
mengatakan bahawa graduan yang belajar dalam bahasa Inggeris mempunyai peluang pekerjaan yang
tinggi dengan tawaran pendapatan yang lumayan berbanding graduan bahasa Melayu. Persepsi
masyarakat yang terlalu mengagumi kelebihan bahasa Inggeris menyebabkan kepentingan bahasa
Melayu diabaikan.Segelintir pemimpin juga penyumbang kepada persepsi negatif kerana mereka turut
memandang enteng akan keupayaan bahasa Melayu.Ada pemimpin yang sering berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris dalam sesuatu majlis formal bahkan didapati juga pemimpin tidak gemar menggunakan
bahasa Melayu sepenuhnya apabila menyampaikan maklumat semasa sidang media diadakan secara
langsung menerusi paparan televisyen.
Persepsi negatif terhadap
bahasa Melayu
Menurut Awang Sariyan (2020), “bahasa Melayu belum betul-betul dangkat sebagai
bahasa cerminan jati diri negara dalam majlis rasmi,mesyuarat dan pelbagai acara lain”
(p. 10). Tidak hairanlah jika pemimpin kita sanggup membiarkan bahasa asing untuk
menjalankan tanggungjawab sebagai bahasa pengantar ilmu utama dalam sistem
pendidikan negara bagi subjek Matematik dan Sains.
Persoalan tentang kemampuan
guru mengajar bahasa Melayu
Cabaran ketiga ialah persoalan tentang kemampuan guru mengajar bahasa Melayu. Kekurangan
guru Bahasa Melayu yang menyebabkan subjek ini terpaksa diajar oleh guru mata pelajaran lain.
Faktornya pada masa kini, kegilaan para pentadbir sekolah untuk mendapatkan guru-guru Bahasa
Melayu yang berkualiti mengajar di sekolah mereka sudah tiada lagi seperti pada tahun 1980-an dan
1990-an. Pada mereka, subjek Bahasa Melayu bukan lagi subjek penting yang harus menduduki tempat
tertinggi di sekolah. Bukan sekadar itu sahaja, bilangan guru yang berkualiti untuk mengajarkan Bahasa
Melayu juga sudah tidak diambil peduli lagi. Pembelajaran Bahasa Melayu tidak lagi memerlukan guru
yang berkebolehan dalam bidang tersebut untuk mengajarkannya. Ustazah, ustaz, guru sains dan
matematik, guru pendidikan jasmani atau sesiapa sahaja boleh disuruh untuk mengajarkan subjek yang
penting ini. Guru yang tidak pernah kenal dengan tatabahasa bahasa Melayu dipaksa mengajarkan
subjek bahasa Melayu. Hal tersebut mungkin tidak janggal kepada masyarakat di luar sekolah, tetapi
dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekaligus dikhuatiri yang lahir daripada pengajaran guru
berkenaan bukan sistem bahasa yang betul.
Penggunaan bahasa rojak dan
bahasa singkatan
Cabaran keempat ialah penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan. Bahasa rojak ialah
bahasa yang terhasil campuran penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan juga bahasa-
bahasa lain ke dalam pertuturan dan penulisan.Contohnya, I nak pergi shopping di supermarket. (Saya
hendak pergi membeli-belah di pasar raya.), Cutenya baby itu. (Comelnya bayi itu.) dan sorry, I tak
sengaja (Maaf, saya tidak sengaja.)Bahasa singkatan pula merujuk kepada ko” (engkau), “amik” (ambil),
“yg” (yang), “dr” (dari), “mkn” (makan), “askum” (assalamualaikum) dan “awk” (awak). Perkataan
singkatan ini dilihat mencemari minda bangsa Malaysia dan pelajar cenderung menggunakan bahasa
SMS dalam esei sekolah dan tugasan universiti mereka hasil daripada amalan ini. Keadaan ini
menunjukkan kurangnya perasaan cinta terhadap bahasa sendiri. Jika dibiarkan, bahasa Melayu akan
terpinggir dan hilang keupayaan untuk bersaing dengan bahasa lain dalam dunia komunikasi.
Cabaran dan masa depan bahasa Melayu
Zaman pramerdeka Zaman pascamerdeka Zaman dasar ekonomi
(sebelum 1957) (1957-1970) baru (1971-1990)
• Laporan Barnes 1951 • Ordinan Pelajaran 1957 digubal • Bahasa Melayu sebagai bahasa
berdasarkan Laporan Razak 1956 pengantar sepenuhnya pada
menyemak dan memperbaiki peringkat menengah di
keadaan Pendidikan kaum Melayu • Mengutamakan perpaduan dan menjadi Semenanjung Malaysia dan
• Laporan Fen teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sabah (1982), Sarawak(1990).
Wuu 1951menyemak pendidikan • Pelan Akta Pelajaran 1961 yang • Sekolah rendah bantuan yang
kaum Cina menggariskan bahasa Melayu sebagai menggunakan bahasa Cina atau
• Ordinan Pelajaran 1952 bahasa pengantar utama menyebabkan Tamil sebagai bahasa pengantar
Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh diteruskan.
Mengesyorkan sekolah Jawatankuasa Rahman Talib 1960
kebangsaan sebagai corak sistem • Semakan semula pelaksanaan
persekolahan • Laporan ini menjadi asas kepada dasar Pendidikan oleh
• Laporan Razak 1956 penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang jawatankuasa Kabinet mengkaji
menggariskan Bahasa Melayu sebagai pelaksanaan dasar pelajaran
meletakkan asas memupuk bahasa pengantar utama pada semua 1979.
perpaduan melalui Sistem peringkat Pendidikan serta
Pelajaran Kebangsaan untuk penggunaan kurikulum dan
semua.Bahasa Melayu sebagai peperiksaan yang sama untuk semua
bahasa pengantar utama. pelajar.
Rumusan dan pandangan
Bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari zaman purba sehingga zaman moden khasnya dari aspek sistem
tulisan. Kedatangan pengaruh kuasa barat dan pengaruh Islam menyebabkan berlaku penyerapan istilah-istilah
bangsa ini dalam bahasa Melayu.Pengaruh ini membuahkan hasil yang baik dengan adanya perluasan kosa kata
dan istilah -sitilah dalam bahasa Melayu serta menyaksikan sistem tulisan mengalami evolusi.Bahasa Melayu yang
semakin mantap telah menjadikannya sebagai bahasa kebangsaan.Masyarakat perlu mengambil tahu tentang
sejarah perkembangan bahasa Melayu supaya masyarakat didedahkan bahawa tidak semua istilah bahasa Melayu
mempunyai ketulenan kerana banyak perkataan bahasa Inggeris yang dipinjam contohnya block(blok) dan
mesej(message).Kesedaran untuk membekalkan diri dengan pengetahuan bahasa Melayu bukan hanya bertujuan
untuk menguasai bahasa tersebut tetapi sebagai rujukan supaya masyarakat tidak terikut-ikut untuk mencemarkan
bahasa Melayu kerana pencemaran bahasa ini dibimbangkan akan melahirkan bangsa yang kurang mempunyai
perasaan cinta terhadap Bahasa Melayu dengan mengagungkan-agungkan bahasa lain.
Rujukan
2477 patah perkataan