MPU21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PUAN WAHIDAH BINTI MAT SAID
TAJUK : INOVASI SOSIAL BERKENAAN
PERPADUAN
IMRAN YUNUS BIN ZULKIFLE 02LS22F1055
MUHAMMAD UWAIS BIN 02LS22F1033
SAID@SAIDI
AHMAD KHAIRUL DANIAL BIN 02DLS22F1051
AHMAD FAUZI BIJU
MUHAMMAD SYAZWAN BIN 02DLS22F1013
SHAMSUL
MUHAMMAD DANIAL HAIKAL 02DLS22F1073
1
ISI KANDUNGAN
1 PENGENALAN 3
2 KEPENTINGAN PERPADUAN 4
3 DEFINISI INOVASI 6
4 KEPENTINGAN INOVASI SOSIAL DENGAN 7
PERPADUAN
5 IMPAK POSITIF 8
6 IMPAK NEGATIF 9
7 LANGKAH-LANGKAH 10
8 PENUTUP 12
9 RUJUKAN 13
2
PENGENALAN
• Pada awal kemunculan peradaban, inovasi
tertumpu kepada pembangunan inovasi yang
berteraskan ekonomi. Namun pembangunan bukan
sahaja diukur berdasarkan pencapaian ekonomi
dan pembangunan fizikal, tetapi ia mesti
diintegerasikan dengan usaha-usaha dan program
untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi
nasional.
• Kewujudan inovasi sosial merupakan idea baru dan
praktikal bagi memenuhi keperluan sosial yang
belum dipenuhi. Dengan itu, pembangunan sosial
menjadi suatu dasar yang amat kritikal dalam
usaha membangunkan negara keseluruhannya.
3
KEPENTINGAN PERPADUAN
• Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa
yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat
Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang
kaum namun semangat tolong-menolong sesama
masyarakat amat penting untuk melaksanakan
sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap
saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat
yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset
terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan,
tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat
'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.
• Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan,
pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi
terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil
perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu
yang berganding bahu menuntut kemerdekaan
telah membuka mata pihak Inggeris supaya
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa
gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan
yang telah wujud kini adalah warisan daripada
warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
4
DEFINISI INOVASI
• Inovasi sosial adalah sesuatu produk dan
perkhidmatan yang ditambah nilai bagi memenuhi
keperluan komuniti, menjana pendapatan dan
mampu milik bagi meningkatkan kesejahteraan
masyarakat terutamanya kualiti kehidupan
golongan B40.
• Inovator atau usahawan sosial adalah seseorang
yang mencipta solusi dan idea inovatif kepada
permasalahan sosial.
• Konsep inovasi lebih menyeluruh melalui definisi
Hochgerner (2014), iaitu amalan baru untuk
menyelesaikan cabaran masyarakat, yang diterima
pakai dan digunakan oleh individu, kumpulan sosial
dan organisasi yang terlibat. Ia digunakan untuk
merujuk kepada idea-idea baru (produk,
perkhidmatan dan model) yang dibangunkan untuk
memenuhi keperluan sosial yang tidak dipenuhi
(The Young Foundation, 2012; Matei & Antonie, 2015).
Inovasi sosial mempengaruhi tingkahlaku sosial,
cara pemikiran, tindakan dan perlakuan seseorang
secara bersendirian ataupun bersama (Franz et al.,
2012). Definisi diguna pakai dalam konteks menilai
pembangunan inovasi sosial dalam kalangan
akademia. Peranan akademia secara mutlaknya
adalah menjana idea-idea baru melalui penyelidikan
dan diterjemahkan dalam konteks inovasi yang
memberi impak kepada kesejahteraan masyarakat
melalui pembangunan ekonomi, sosial dan alam
sekitar.
5
KONSEP INOVASI SOSIAL DENGAN PERPADUAN
• Inovasi sosial dengan perpaduan ialah amalan
baru untuk menyelesaikan cabaran masyarakat,
yang diterima pakai dan digunakan oleh individu,
kumpulan sosial dan organisasi yang terlibat.
Ianya mempengaruhi tingkah-laku sosial, cara
pemikiran, tindakan dan perlakuan seseorang
secara bersendirian ataupun bersama tidak kira
kaum, bangsa dan negara.
• Pembangunan negara tidak dapat dilaksanakan
dengan jayanya jika terdapat ketidakseimbangan
antara pembangunan sosial dalam kalangan rakyat.
6
IMPAK POSITIF
• Agihan tanggungjawab sebegini dapat memastikan
perkhidmatan sosial lebih berkesan dan menjamin
kehidupan masyarakat yang berkualiti berasaskan
konsep pembangunan sosial adalah tanggungjawab
bersama.
• Tahun 2020 adalah merupakan masa yang terbaik
untuk melonjakkan paradigma pembangunan negara
yang perlu didepani pembangunan sosial.
• Pendekatan ini bukan untuk memisahkan antara
pembangunan ekonomi dengan pembangunan
sosial,malah ianya memberi kesan ekonomi yang
lebih sejahtera dan makmur serta berpanjangan.
7
IMPAK NEGATIF
• Pengaruh media sosial menjadi ancaman baharu
perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara
ini berikutan tindakan pihak yang tidak
bertanggungjawab menggunakannya untuk
menyebarkan cerita tidak sahih yang boleh
menjejaskan keharmonian.
• Masyarakat tidak boleh tunduk dan terpengaruh
dengan ideologi yang bertujuan menyemai
kebencian dan syakwasangka antara kaum dan
budaya di negeri dan negara ini kerana keadaan itu
hanya mengsia-siakan pengorbanan orang yang
berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan
negara.
• Sesungguhnya kita tidak boleh ambil mudah
perpaduan dan keamanan yang kita kecapi hari ini,
ia memerlukan usaha dan keikhlasan semua untuk
mengekalkan perpaduan dan mengekalkannya.
8
LANGKAH-LANGKAH
• PerPaduan nasional harus menjadi misi Penting bagi
negara. Ia memerlukan kerangka bersifat komprehensif
yang akan mampu menterjemahkan sebaik mungkin wajah
kerencaman masyarakat majmuk malaysia.
• Keadilan, Penerimaan dan tolenrasi perlu menjadi nilai
asas kepada kerangka perpaduan nasional ini. Nilai itu
perlu dipraktikan dengan menjadikan islam kayu ukur
utama mendukung agenda perpaduan nasional dalam
konteks Malaysia .
• Kesantunan insan dalam mengurus Perbezaan dalam
masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu
dititikberatkan. Ini ialah realiti dan harus difahami dan
diterima semua pihak. Untuk berlaku adil jangan sesekali
kita berat di sebelah pihak ataupun kaum agar kesepaduan
kaum dan keharmonian kaum dan masyarakat dapat
diwujudkan. Oleh itu, kita hendaklah memupuk rasa
hormat tinggi antara kaum dan agama dalam diri kita.
Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan
masyarakat akan hanya dapat diwujudkan jika setiap
individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan
masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam
interaksi harian.
• hubungan baiK dalam masyaraKat berbilang bangsa juga
tidak boleh dijadikan sebagai taruhan oleh mana mana
pihak yang memperoleh agenda peribadi atau kelompok
tersendiri. Kita perlulah sentiasa berbelas kasihan
kepada rakyat yang menginginkan keamanan dan
kestabilan negara. Serta memberi peluang kepada generasi
seterusnya untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan
selamat dan terjamin.
9
10
PENUTUP
• Pengukuran pembangunan inovasi sosial
berdasarkan teori keupayaan penyerapan dilihat
dapat memenuhi teras inovasi sosial, iaitu
pembaharuan, pelaksanaan idea, memenuhi
keperluan masyarakat, keberkesanan dan
meningkatkan keupayaan masyarakat dalam
membentuk kesejahteraan masyarakat. Jurang
keupayaan potensi inovasi sosial organisasi dan
keupayaan kesedaran inovasi memerlukan
pengukuran di peringkat individu agar teras
pembangunan inovasi sosial dapat diperkukuhkan.
Idea inovasi sosial yang berkesan adalah dalam
bentuk hasil seperti kualiti, kepuasan, kos dan
kesan, berbanding penyelesaian yang ada.
• Penyelidikan yang memenuhi keperluan
masyarakat dan hasil yang efektif menggambarkan
kejayaan inovasi sosial. Walaupun isu pembangunan
sosial secara amnya telah lama diperdebatkan,
namun daripada segi konsep inovasi, ia masih baru
terutamanya di negara yang sedang membangun.
Justeru penumpuan kepada pembangunan inovasi
sosial diperlukan untuk menjana keseimbangan
pembangunan agar keseluruhan masyarakat
memperoleh manfaatnya.
11
RUJUKAN
https://inovasisosialberkenaandenganperpad2an.blogspot.com/?m=1
https://inovasisosialberkenaandenganperpad2an.blogspot.com/
https://ennashood.blogspot.com/
12