TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADHAN DAN
PENYAMPAIAN HADIAH HARI RAYA PRASEKOLAH SK TMN TASIK JAYA
OLEH YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR SK TMN TASIK JAYA
TUAN AZIRUDDIN BIN ABDUL AZIZ PADA 26 APRIL 2022 (SELASA)
UCAPAN ALUAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Yang Berusaha Pn. Norlinda bt Basiron
Penolong Kanan Pentadbiran
En. Rizal Hazri bin Bakhtiar
Penolong Kanan Kokurikulum
Dan seterusnya guru- guru , murid dan seluruh warga SK Taman Tasik Jaya yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera , salam Ngori, salam Staja saya
ucapkan.
KATA ALUAN
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan rahmat dan izinNya insyaallah kita
bersua di bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan bagi tahun 1443 Hijrah .
2. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-
Mubarak dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba kepada seluruh warga SK Taman
Tasik Jaya, guru- guru, ibu bapa dan murid-murid Prasekolah SK Tasik Jaya. Semoga kita semua dapat
menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
Hadirin dan hadirat sekalian
3. Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan ini, Unit Prasekolah SK Taman Tasik Jaya telah
merancang begitu banyak aktiviti yang bermanfaat untuk kita semua terutamanya untuk anak-anak
prasekolah SK Taman Tasik Jaya. Di sini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah pada guru-guru
dan ibu bapa serta penjaga untuk menggalakkan anak-anak prasekolah menunaikan ibadah puasa dan
menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Prasekolah STAJA. Saya begitu kagum dengan Komitmen yang
diberikan oleh Ibubapa dan Penjaga anak- anak Prasekolah.
4. Seterusnya saya juga menyeru agar kita sama-sama dapat menggunakan peluang yang masih ada
dalam beberapa hari ini lagi untuk meningkatkan amalan seperti berhafazan, bertadarus, bersedekah,
qiyamullail dan sebagainya. Amatlah rugi sekiranya Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihan ini kita
sia -siakan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
5. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa
Unit Prasekolah yang telah menjayakan setiap program dan aktiviti Ihya Ramadhan. Syabas dan tahniah
juga pada unit Prasekolah yang sentiasa memberi komitmen yang baik dalam memastikan setiap
program/aktiviti berjalan dengan lancar.
6. Terima kasih juga kepada En Rizal Hazri bin Bakhtiar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang
bekerjasama dengan unit Prasekolah dalam memastikan setiap program dan aktiviti Prasekolah sepanjang
Ramadhan berjalan dengan baik .
7. Juga tidak dilupakan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
Semoga ianya menjadi saham di akhirat kelak insyaAllah.
PENUTUP
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah. Sebagai pengakhir kata marilah kita renung bersama semoga
ramadhan ini dapat meningkatkan iman kita.
Selamat Berpuasa Kepada Semua,
Moga Amalan Kita Diterima,
Meski Harus Berlapar Dahaga,
Tak Terjangka Hebat Ganjarannya
Teguhkan Iman Di Bulan Ramadhan,
Tetapkan Diri Jalankan Kewajipan,
Allah Menduga Hanya Sebulan,
Inilah Peluang Dan Kesempatan
Marhaban Ya Ramadhan .... Selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat menyambut Hari Raya
Aidilfitri yang bakal tiba
Sekian, saya akhiri dengan Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.