PROFIL SYARIKAT
ET ENTERPRISE
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Syarikat
2.0 Visi, Misi & Polisi Syarikat
2.1 Visi
2.2 Misi
2.3 Polisi Syarikat
3.0 Objektif Syarikat
4.0 Strategi Syarikat
5.0 Perkhidmatan Syarikat
6.0 Maklumat Syarikat
6.1 Ahli Lembaga Pengarah & Ahli Pengurusan Syarikat
6.1.1 Pengerusi Eksekutif Kumpulan
6.1.2 Pengarah Eksekutif
7.0 Carta Organisasi Syarikat
8.0 Lampiran
8.1 Maklumat Korporat SSM
8.2 Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
8.3 Sijil lain
1.0 PENGENALAN
ET ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat pemilikan tunggal yang ditubuhkan pada 3
november 2020. Syarikat ini pada dasarnya ditubuhkan adalah untuk membawa produk makanan
yang diberi nama KEREPEK BAWANG MAK ET bagi menembusi pasaran industri makanan
iks di Malaysia. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat 100% milikan bumiputera yang
berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Syarikat ini mula bertapak di Felda Sri Ledang. Justeru, selain dari menumpukan dalam
menembusi pasaran industri makanan, syarikat ini juga diharapkan dapat memberikan
sumbangan kepada kemajuan Felda dalam pelbagai aspek memandangkan syarikat ini
ditubuhkan di kawasan Felda. Seterusnya diharapkan dengan pembangunan syarikat ini, dapat
memberikan sumbangan secara langsung terhadap perkembangan ekonomi Negara.
Dengan bantuan dan sokongan yang diberikan, syarikat ini mampu membuktikan bahawa mereka
mampu memberikan daya saing dengan perniagaan yang lain. Pihak syarikat ini juga berharap
dengan penubuhan syarikat ini dapat memberikan persaingan yang sihat antara pengeluar yang
lain dan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar yang tidak berpeluang
untuk mendapatkan pekerjaan dalam keadaan ekonomi Negara yang tidak menentu kini.
1.1 Latar belakang syarikat
ET ENTERPRISE (LA 0025659 U ) merupakan syarikat pemilikan tunggal yang dimiliki
sepenuhnya oleh Pn. Salmi binti Selamat dan dikenali ramai dengan nama panggilan Mak ET.
Beliau telah berjaya mencipta satu resepi kerepek bawang yang mana mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri. Maka, tertubuhlah syarikat ini bagi memberi beliau laluan
untuk lebih memperkenalkan dan memperluaskan produk kerepek bawang ini bagi memberi
pulang kepada orang ramai merasakan keistimewaannya.
Syarikat ini mula ditubuhkan pada 03 NOVEMBER 2020 bertempat di alamat A 102 FELDA
SRI LEDANG JEMENTAH 85200 SEGAMAT JOHOR. Lokasi penubuhan syarikat ini adalah
di kawasan Felda dengan membawa fokus utama beliau untuk memberikan peluang pekerjaan
kepada warga Felda dan penduduk berhampiran selain dari untuk mendapatkan keuntungan
semata-mata. Pemilihan lokasi ini juga adalah satu tindakan yang efektif apabila ia dilihat dapat
memberikan kemudahan pelbagai seperti kemudahan parking kepada pengunjung yang datang.
ET Enterprise menghasilkan produk kerepek bawang yang amat berkualiti untuk ditawarkan
kepada penggemarnya agar dapat mencapai tahap kepuasan maksima dari kalangan
penggemarnya. Kualiti serta rasa yang asli dan istimewa kerepek bawang ini akan terus di
kekalkan dan dipertingkatkan supaya dapat menarik minat pelanggan untuk terus setia
menjadikan produk syarikat ini sebagai pilihan mereka.
Perniagaan kerepek bawang Mak ET telah menunjukkan permintaan yang memberangsangkan
sehingga mampu memperkembangan lagi perniagaan ini dari masa ke semasa di sepanjang
tempoh penubuhan syarikat ET Enterprise selama beberapa tahun ini. Justeru, sejajar dengan
perkembangan dan prestasi semasa, syarikat ini diharapkan akan dapat memberikan saingan
dalam industri perniagaan dan seterusnya akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam
pelbagai aspek.
2.0 VISI, MISI & POLISI SYARIKAT
2.1 Visi
i) membantu dan membangunkan komuniti masyarakat demi memenuhi kehendak
Negara, masyarakat dan pengguna.
2.2 Misi
i) Menghasilkan produk dan memberi perkhidmatan yang terbaik pada setiap masa.
2.3 Polisi syarikat
i) Mengamalkan sikap jujur dan nilai integrity yang tinggi semasa bekerja.
ii) Membantu dan menawarkan perkhidmatan dan kualiti produk yang terbaik kepada
pelanggan.
3.0 OBJEKTIF SYARIKAT
i) Memastikan setiap tindakan dan perancangan yang dibuat memberi kebaikan dan
keuntungan kepada syarikat.
ii) Memberi perkhidmatan yang terbaik dari segi kualiti kerja.
iii) Menjaga nama baik syarikat dengan perkhidmatan yang cepat, tepat dan berkualiti.
iv) Mengutamakan kehendak pelanggan.
v) Memelihara alam sekitar.
vi) Menjaga hak asasi setiap pekerja.
vii) Memberi latihan yang mencukupi kepada setiap pekerja sebelum memulakan pekerjaan.
viii) Meningkatkan prestasi kerja dengan sistem kawalan.
ix) Memastikan setiap tindakan yang diambil tidak menyalahi undangundang.
x) Bergerak seiring dengan wawasan kerajaan.
4.0 STRATEGI SYARIKAT
STRATEGI JANGKA PENDEK
1) Pemulihan dan pengukuhan operasi dan kewangan melalui:
i) Pengukuhan operasi syarikat.
ii) Kawalan dan penjimatan perbelanjaan syarikat.
iii) Pengurusan aser secara cermat.
2) Penjanaan hasil yang memuaskan melalui:
i) Menumpukan terhadap pengeluaran dan penjualan produk.
ii) Memenuhi dan menyaingi kehendak pasaran.
iii) Meningkatkan mutu perkhidmatan bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
iv) Memaksimakan penghasilan dari bahan mentah yang terhad.
STRATEGI JANGKA PANJANG
i) Pemulihan dan pengukuhan operasi dan kewangan.
ii) Mengenal pasti dan memperluaskan kawasan pasaran.
iii) Mempelbagaikan jenis produk.
5.0 PERKHIDMATAN SYARIKAT.
Perkhidmatan dan pengeluaran produk makanan.
PEMBUATAN DAN PEMBUNGKUSAN
PEMBUATAN KEREPEK BAWANG BERMULA DARIPADA PEMBUTAN
SEHINGGA KE PEMBUNGKUSAN
1. 1 PAKET 400 GRAM
2. 1 BUNDLE 4 KILOGRAM
6.0 MAKLUMAT SYARIKAT
NAMA PERNIAGAAN : ET ENTERPRISE
NO SSM : LA 0025659 U
TARIKH PENUBUHAN : 03 NOVEMBER 2020
STATUS BUMIPUTERA : 100% BUMIPUTERA
JENIS SYARIKAT : PEMILIKAN TUNGGAL
ALAMAT SYARIKAT : A 102 FELDA SRI LEDANG
JEMENTAH 85200 SEGAMAT JOHOR
MODAL PERMULAAN :
NO TELIFON : 0142755424 / 07-7581887
NAMA PEMILIK : PN SALMI BINTI SELAMAT
6.1 Ahli Lembaga Pengarah & Ahli Pengurusan Syarikat
6.1.1 Pengerusi Eksekutif
Nama Penuh : SALMI BINTI SELAMAT
No. Kad Pengenalan : 700809015766
Tarikh Lahir : 09/08/1970
Umur : 52
Jantina : PEREMPUAN
Alamat Tetap : A102 FELDA SRI LEDANG 85200
JEMENTAH JOHOR
Nombor Telefon : 0142755424
Taraf Perkahwinan : BERKAHWIN
Kursus Yg Pernah Dihadiri:
Kemahiran :
Pengalaman :
Pekerjaan Sekarang : PENGUSAHA SYARIKAT ET ENTERPRISE
7.0 CARTA ORGANISASI SYARIKAT
8.0 Lampiran
8.1 Maklumat Korporat SSM