DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM SESI II 2022/2023 e - FOLIO TAJUK: MEMPERKASAKAN PERLAKSANAAN GO GREEN DALAM KALANGAN PELAJAR DISEDIAKAN OLEH: DAYANGKU HAZNIZA BINTI AWANGKU HAMRAN DISEDIAKAN UNTUK: ENCIK ABDUL FATTAH BIN HAMDEN
2 | P a g e 1.0 PENGHARGAAN 3 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 4 3.0 PENGENALAN 5 4.0 ISI DAN KETERANGAN 4.1 TUJUAN GO GREEN DILAKSANAKAN 4.2 LANGKAH – LANGKAH MELAKSANAKAN GO GREEN 4.3 ISU SEMASA 6 7 8-9 5.0 KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN 10 11 12-14 ISI KANDUNGAN
3 | P a g e 1.0 PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur ke hadrat illahi kerana limpah Rahmat-Nya saya menyelesaikan tugasan kerja ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan ke Encik Abdul Fattah Bin Hamden, pensyarah bagi kursus Pengajian Islam (MPU 23012). Diatas kesudian beliau memberi tugasan ini. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses menjayakan tugasan ini. Selain itu, penghargaan kepada pelajar Politeknik Metro Betong Sarawak kerana telah memberikan Kerjasama yang baik semasa proses mengumpul maklumat sepanjang tempoh tugasan ini dijalankan. Akhir kata, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan – rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Sikap Kerjasama yang diberikan oleh rakan – rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan dalam menyiapkan tugasan diberi. Tanpa bantuan daripada mereka tidak mungkin saya dapat menyiapkan E – Folio ini dengan sempurna.
4 | P a g e 2.0 OBJEKTIF KAJIAN • Untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar • Memupuk keprihatinan yang tinggi dan menghargai persekitaran yang indah hasil daripada amalan Go Green • Untuk membantu mengekalkan persekitaran yang sihat dan selamat untuk generasi pada masa hadapan.
5 | P a g e 3.0 PENGENALAN Go Green adalah satu bentuk kempen kesedaran kepada masyarakat lebih – lebih lagi kepada pelajar yang bertujuan untuk memelihara dan melindungi bumi daripada perkara yang buruk seperti pencemaran alam sekitar, bencana alam dan pemanasan global. Hal ini semakin hari semakin membimbangkan kerana kesan daripada Tindakan dan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab serta tidak terkawal akan menjadikan pencemaran alam sekitar semakin memburuk. Pada masa kini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa penggunaan beg plastik telah menjadi kebiasaan dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, setiap pembelian yang mereka beli, mereka membuangnya ke merata – rata tempat. Hal ini bukan sahaja dapat mengotorkan persekitaran, malah penggunaan beg plastik secara berterusan akan menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar akibat bahan kimia daripada plastik. Hal ini juga menimbulkan kesan buruk kepada kesihatan pelajar dan ianya berlaku kerana tidak menerapkan amalan Go Green. Selain itu, sebagai pelajar mereka perlu mementingkan dan mengambil berat tentang amalan Go Green kerana mampu memberi kesan yang positif kepada bumi dan hidupan di bumi. Pelajar juga perlu menambah ilmu pengetahuan mereka dengan mendalam kepada amalan Go Green kerana ianya merupakan sesuatu ilmu yang harus ada pada diri pelajar dalam menjaga alam sekitar dengan sempurna. Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh, amalan Go Green merupakan amalan yang harus ada dalam diri masyarakat iaitu untuk menjaga alam sekitar agar tidak tercemar. Dalam Hal ini, IbuBapa berperanan penting dalam mendidik anak sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya untuk menerapkan amalan Go Green dalam diri anak anak demi kepetingan pada masa hadapan.
6 | P a g e 4.0 ISI DAN KETERANGAN 4.1 TUJUAN GO GREEN DILAKSANAKAN Pada era globalisasi ini, masyarakat sering dihebahkan mengenai isu bumi hijau yang semakin hari semakin teruk dan ianya telah memberikan pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar dan hidupan bumi. Sebagai rakyat, kita haruslah mempunyai tangunggjawab dalam menjaga alam sekitar. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan dalam mengatasi masalah berkaitan alam sekitar agar kehijauan di bumi dapat dikekalan. Oleh itu, tujuan amalan Go Green ini dijalankan sememangnya adalah untuk menyedarkan masyarakat agar menjaga dan melestarikan alam sekitar bersama dengan sebaiknya demi kepetingan masa masa kini dan masa hadapan. Seterusnya, selain daripada menjaga kebersihan persekitaran atau kelestarian alam sekitar, sebab utama amalan Go Green perlu diperkasakan adalah untuk mengurangkan pemanasan global yang terjadi akibat lapisan ozon yang semakin menipis. Seperti yang kita sedia maklum, suhu bumi pada masa kini semakin hari semakin meningkat. Oleh itu, jika amalan Go Green ini dilaksanakan dengan sebaiknya oleh setiap masyarakat secara berterusan, maka ianya dapat mengelakkan bumi daripada panas yang melampau serta dapat mengekalkan kehijauan bumi . Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan Go Green dapat memberi kesedaran dalam kalangan pelajar bahawa pentingnya tumbuhan hijau kepada bumi sejagat. Jika tumbuhan di bumi semakin berkurang dan pupus serta lapisan ozon semakin menipis maka bumi akan menjadi panas dan penduduk bumi juga boleh menghidapi pelbagai jenis penyakit seperti batuk berdarah,pening yang melampau ,demam panas dan sebagainya. Ini sudah jelas menunjukan bahawa pentingnya mengamalkan amalan Go Green dalam diri. Kesimpulannya, sebagai seorang pelajar yang prihatin dan bertanggungjawab, amalan Go Green ini perlu diterapkan dan dijalankan agar kehijauan bumi berkekalan.
7 | P a g e 4.2 LANGKAH MELAKSANAKAN GO GREEN Terdapat pelbagai Langkah yang dapat dilakukan dalam melaksanakan amalan Go Green. Sebagai contoh pelbagai aktiviti dan program yang boleh dilakukan dan dijalankan oleh pelajar seperti menjalankan program kurangkan penggunaan plastik iaitu dengan membawa beg sendiri apabila membeli barangan di kedai. Oleh hal yang demikian, ianya dapat mengurangkan penggunaan beg plastik serta mengurangkan pembuangan plastik di merata – rata tempat. Hal ini kerana pelajar sering membuang beg plastik di merata – rata tempat. Selain itu, pelajar juga boleh bekerjasama dalam melakukan aktiviti menghijaukan bumi dengan menanam pokok – pokok di sekitar sekolah atau Kawasan rumah mereka. Hal ini bukan sahaja dapat menjaga alam sekitar daripada terus dijajah dengan perbuatan manusia dalam pembangunan, malah dapat mengurangkan pemanasan global yang berlaku di bumi dan pokok - pokok dapat membekalkan oksigen yang segar agar udara di bumi sentiasa segar. Di Samping itu, pihak yang bertangungjawab sama ada kerajaan atau bukan kerajaan perlu mengadakan kempen bersama untuk melahirkan kesedaran amalan Go Green dalam kalangan pelajar tentang betapa pentingnya tumbuhan hijau kepada bumi. Kempen yang berkaitan Go Green ini sedikit sebanyak dapat membuatkan golongan pelajar bertindak lebih berhati – hati apabila menggunakan bahan – bahan yang boleh menyebabkan pelupusan tumbuhan dan kepupusan haiwan serta pencemaran alam sekitar. Pada masa kini, Malaysia telah diperkenalkan dengan amalan 3R yang membawa maksud Reuse,Reduce,Recycle. Reuse disini bermaksud menggunakan semula barang yang terpakai seperti penggunaan tayar, botol plastik, tin dan banyak lagi. Recycle pula bermaksud mengitar semula barang yang terpakai seperti pihak bertanggungjawab telah menyediakan 3 jenis tong sampah mengikut jenis – jenis sampah. Sebagai contoh, tong sampah yang berwarna biru adalah untuk sampah berjenis kertas. Tong sampah berwarna coklat pula untuk kaca dan tong sampah berwarna jingga adalah untuk sampah berjenis tin aluminium dan tin keluli. Reduce bermaksud pengurangan seperti membeli apa yang diperlukan sahaja di dalam kehidupan. Justeru, perkara ini dapat menegaskan bahawa setiap pelajar perlu menerapkan amalan ini supaya tidak membakar sampah secara terbuka. Ini kerana, asap- asap yang terhasil daripada pembakaran tersebut dapat menipiskan lapisan ozon di udara dan pada akhirnya akan menyebabkan suhu bumi meningkat ke paras bahaya, tanah – tanah menjadi kering dan mengundang pelbagai penyakit berbahaya kepada manusia seperti demam panas, batuk berdarah, sakit tekak dan lain – lain.
8 | P a g e Akhir sekali, dengan kemajuan teknologi pada masa kini, kerajaan harus bertindak bijak iaitu dengan mengurangkan pengunaan kertas serta memberi kelonggaran kepada pelajar untuk membawa gajet ke sekolah agar usaha mengurangkan pengunaan kertas lebih efektif. Seperti sedia maklum, proses pembuatan kertas adalah daripada pokok – pokok. Jika penggunaan kertas dapat dikurangkan, maka kita dapat mengurangkan pelupusan pokok – pokok di bumi daripada terus digunakan untuk aktiviti manusia. Sekaligus ianya dapat mengekalkan kehijauan bumi.
9 | P a g e 4.3 ISU SEMASA Dalam meniti arus kemodenan ini, pengunaan penyedut minuman plastik sudah kurang digunakan di kedai – kedai makan di Malaysia. Mereka lebih gemar menggunakan penyedut minuman yang diperbuat daripada kertas untuk menggantikan penyedut minuman plastik. Terdapat juga pelanggan yang menggunakan penyedut minuman stainless steel di mana mereka membawa sendiri daripada rumah ke kedai makan. Hal ini kerana penyedut minuman plastik mempunyai bahan kimia dan mengambil masa yang lama untuk mereput. Selain itu, penyedut minuman plastik juga boleh menjejaskan dan menganggu hidupan akuatik. Hal ini terjadi apabila barangan yang berunsurkan plastik dibuang merata – rata tempat di persisiran pantai atau sungai. Oleh itu, perkara seperti ini boleh menyebabkan hidupan akuatik termakan plastik – plastik yang hanyut di air kerana haiwan tersebut menganggapnya sebagai makanan yang boleh dimakan. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kisah benar iaitu seekor penyu yang mati terdampar di persisiran pantai dan apabila disiasat penyu tersebut didalam badannya terdapat plastik yang banyak sehingga menyebabkan ususnya bermasalah. Selain daripada itu, penggunaan kertas juga perlu dikurangkan kerana pada masa kini pelajar lebih gemar menggunakan kemudahan teknologi maklumat seperti notebook, ipad, dan computer riba. Dengan penggunaan gajet seperti ini ianya dapat memudahkan pelajar untuk membuat apa apa tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah dan mereka boleh menghantar tugasan tersebut melalui QR code yang boleh dihantar melalui e-mel pensyarah atau google classroom. Terdapat juga alternatif lain yang boleh digunakan untuk mengekalkan budaya tidak menggunakan kertas. Justeru, bagi pelajar yang gemar membuat nota ringkas untuk memudahkan mereka mengingati apa yang mereka pelajari, penggunaan gajet dalam Pendidikan amat membantu mereka. Oleh itu, mereka boleh membuat nota – nota ringkas tersebut dengan menggunakan aplikasi notes atau notepad. Mereka juga dapat menghiasi nota mereka dengan kreatif agar lebih menarik untuk dibaca. Dengan ini jelaslah bahawa penggunaan alatan yang canggih juga mampu mengurangkan penggunaan kertas dan dapat menjaga persekitaran alam sekitar.
10 | P a g e 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, para pelajar perlulah sedar dan peka tentang keadaan alam sekitar yang semakin nazak dengan kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Oleh itu, dengan wujudnya amalan Go Green ini serba sedikit memberi insentif dan membantu membina impak positif terhadap bumi agar pemandangan hijau dapat dikekalkan dan haiwan – haiwan juga dapat hidup berterusan dan mengelakkan berlakunya kepupusan haiwan yang terancam Segala langkah yang dicadangkan dan diberikan diharapkan dapat dijalankan dengan sempurna dan dilakukan sebaik mungkin dalam usaha menjaga alam sekitar. Sebagai masyarakat, kita seharusnya tidak tidak memandang rendah atau tidak mengambil peduli tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita. Pelajar – pelajar haruslah menyedarkan komuniti masyarakat tentang pentingnya tumbuhan hijau dan haiwan – haiwan kepada bumi. Dalam sedar tidak sedar, negara pada masa kini masing - masing mengejar pembangunan yang pesat dengan menghakis alam sekitar dan hal ini secara tidak langsung menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap bumi bagi tempoh masa yang Panjang.Oleh itu, kita seharusnya perlu menjaga tumbuh – tumbuhan di negara sendiri agar kekal hijau sebelum memandang serong terhadap negara – negara luar. Haiwan – haiwan di Malaysia yang hampir pupus seperti kancil, harimau dan orang utan perlulah dilindungi dengan sebaik mungkin agar haiwan-haiwan ini dapat terus tinggal di dunia dan generasi di masa hadapan masih mengenal haiwan-haiwan ini. Demi kesejahteraan negara, diharapkan usaha menjaga alam sekitar seperti amalan Go Green ini dapat dilakukan kerana amalan ini dapat memberi banyak kebaikan bukan sahaja kepada alam sekitar malah dapat memberi kebaikan kepada hidupan bumi seperti manusia dan haiwan. Sesungguhnya pemanasan global dan pencemaran alam sekitar boleh memberikan kesan buruk terhadap seluruh ekosistem dan hidupan bumi. Akhir kata, jadilah masyarakat yang betanggungjawab dan sayang akan negara. Cintailah tumbuhan dan haiwan serta kekalkan kehijauan bumi untuk kesejahteraan negara.
11 | P a g e RUJUKAN PELAJAR POLITEKNIK METRO BETONG ( Beberapa soalan diberikan kepada pelajar PMBS iatu melalui Google Form dalam proses mencari info, maklumat dan maklumbalas pelajar terhadap amalan Go Green ) https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScC3jSFGGI9PC7AprRHTYBIW95QtOXO0LXfNRreYVGbnLx1Q/viewform?embedde d=true https://m.facebook.com/104100741506205/photos/a.104147691501510/104 147614834851/?type=3 https://prezi.com/p/r9skzgdsm39y/go-green/ https://anyflip.com/udxlk/ywww/basic https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad =rja&uact=8&ved=2ahUKEwi4jqeRvYT_AhUqXWwGHfxWALEQFnoECAgQAw& url=http%3A%2F%2Fwww.myhealth.gov.my%2Fkempen-gogreen%2F&usg=AOvVaw3pvgmwjP7_KFmFcck3q_q5 https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=&cad =rja&uact=8&ved=2ahUKEwjzz96_4YT_AhVgcGwGHVMgCzsQFnoECCgQAQ&ur l=https%3A%2F%2Ftheecohub.com%2Fwhat-does-it-mean-to-gogreen%2F&usg=AOvVaw2RCsV59FxZgZ8RH3PmhASN
12 | P a g e LAMPIRAN
13 | P a g e LAMPIRAN
14 | P a g e
15 | P a g e LAMPIRAN