Khatam Al Quran MRSM Batu Pahat Johor 2024 Majlis
Bulan Ramadhan adalah bulan mulia yang sangat dinantinantikan. Bagi menambahkan lagi keberkatan dan kemeriahan bulan Ramadan al-Mubarak tahun ini, Jawatankuasa Majlis Khatam Al Quran Dan Iftar Ramadan dengan kerjasama semua warga Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat akan menganjurkan Majlis Khatam Al-quran dan Majlis Berbuka Puasa peringkat maktab. Majlis Majlis Khatam Al Quran Dan Iftar Ramadan merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan di MRSM Batu Pahat yang melibatkan guru, staff sokongan, pekerja swasta dan juga semua pelajar
OBJEKTIF 1) Mengeratkan hubungan ukhuwah antara pelajar, guru dan warga MRSM Batu Pahat. 2) Memberikan pengiktirafan kepada pelajar dan warga kerja yang telah khatam Al-Quran. 3) Mendapatkan keberkatan berbuka secara beramai-ramai 4) Mendidik pelajar untuk mendalami ilmu Al-Quran. 5) Menjadikan Al-Quran sebagai sumber motivasi bagi peningkatan diri yang berterusan untuk mencapai kejayaan di dunia & di akhirat.
Khatam Al Quran MRSM Batu Pahat Johor
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.
JK Program Ihya ’ Ramadan kerjasama dengan Kelab Guru dan Staf(@star) Unit Pendidikan Islam , Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad dan Muafakat MRSM Batu Pahat