UNIT 2.2
PENGAWALAN PEROSAK
TANAMAN
PERUNDANGAN ALAM SEKITAR DALAM
PENGAWALAN PEROSAK TANAMAN
AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974 (AKTA 149)
• Tujuan untuk mengawal atur penggunaan racun makhluk
perosak melalui perlesenan.
• Memastikan pengendaliannya berkesan dan selamat.
AKTA KUARANTIN TUMBUHAN 1976
• Sekatan pergerakan ke atas komoditi
• Menghalang kemasukan makhluk perosak ke kawasan yang
tidak wujud makhluk perosak itu.
• Mencegah, mengawal, menyekat dan menghapuskan
makhluk perosak tumbuhan.
• Memastikan bahan tanaman yang dieksport memenuhi
peraturan kuarantin negara pengimport.
PERUNDANGAN ALAM SEKITAR DALAM
PENGAWALAN PEROSAK TANAMAN
AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974
•Mencegah, menghapus, mengawal
pencemaran dan memulihara alam
sekitar.
•Berkaitan dengan keperluan melindungi
alam sekitar dan keseimbangan
ekosistem dalam melaksanakan
pembangunan negara.
•Pencemaran mencakupi :
•Pencemaran tanah / air / bunyi / laut /
udara
PENCEMARAN PUNCA KESAN
TANAH - Hakisan atau runtuhan - Pencemaran sungai
AIR tanah - Ketidaksuburan tanah
- Banjir
BUNYI - Penggunaan baja
berlebihan - Ketiadaan air bersih
- Menjejaskan hidupan air
- Sisa buangan industry - Mengganggu aktiviti
- Sisa pertanian
rekreasi
- Kesesakan lalulintas - Kesan kepada kesihatan
- Bunyi kapal terbang
- Kerja – kerja pembinaan mental dan fizikal
LAUT - Sisa pengeluaran industri - Memusnahkan kehidupan
- Tumpahan minyak ikan dan makanan laut
- Aktiviti pelancongan dan
rekreasi terjejas
UDARA - Asap kenderaan - Gangguan pernafasan
- Pembakaran terbuka - Menjejaskan penglihatan
- Kebakaran hutan - Gangguan aktiviti
- Ribut pasir
pengangkutan dan
rekreasi
PENGURUSAN PENGAWALAN
PEROSAK TANAMAN
Amalan • Pengurusan ladang mengikut
Pertanian standard dan undang - undang
Baik (GAP)
• Mengawal dan mengurangkan risiko
terhadap pengeluaran pertanian
• Meningkatkan produktiviti, menjaga
keselamatan dan kebajikan pekerja
• Menjaga keselamatan makanan dan
pemuliharaan alam sekitar
Amalan • Pensijilan oleh Jab Petanian kepada
Pertanian ladang yang menjalankan GAP
Baik Malaysia
(MyGAP) • Penjenamaan semula menggantikan
Skim Amalan Ladang Baik Malaysia
(SALM)
CONTOH PENSIJILAN
PENGURUSAN PENGAWALAN
PEROSAK TANAMAN
Skim Amalan • Pengiktirafan kepada lading yang
Ladang Baik mengalmalkan GAP
Malaysia • Mengeluarkan hasil tanaman
(SALM) yang berkualiti dan selamat
dimakan
• Pensijilan sah untuk tempoh 2
tahun
Skim Organik • Pengiktirafan kepada lading yang
Malaysia diusahakan secara organic.
(SOM)
• Perladangan yang tidak melibatkan
penggunaan bahan kimia spt racun perosak
dan baja kimia
• Memelihara alam sekitar dan menghasilkan
produk berkualiti dan selamat dimakan
• Sayuran berkualiti dan dijual dengan harga
yang agak mahal.
CONTOH COP & SIJIL
KAEDAH PENGAWALAN
PEROSAK TANAMAN
Kawalan Kawalan
Kultur Fizikal
Kawalan KAEDAH Kawalan
organik Biologi
Pengurusan
perosak
bersepadu
Perundangan Kawalan
Kimia
KAWALAN KULTUR
• Kawalan perosak yang akan mengganggu
perkembangan atau kitaran hidup perosak.
• Menyekat perosak daripada sumber
makanannya dan mendedahkan perosak
kepada keadaan tidak sesuai.
CONTOH AMALAN
KAWALAN KULTUR
• Memugar Tanah • Pengiliran tanaman
• Perosak akan musnah • Tanaman ditanam
apabila terkena alat bergilir-gilir di tapak
pemugar. tanaman.
• Ia akan memusnah • Perosak akan mati
sarang-sarang atau kerana sukar
perumahan perosak. mendapat makanan
dan tidak dapat
melengkapkan kitaran
hidup disebabkan
punca makanan
terputus.
CONTOH AMALAN
KAWALAN KULTUR
• Tanaman perangkap • Tanaman campuran
• Menanam tumbuhan • Menanam dua atau
yang rentan dan jenis tanaman pada
menarik perosak. kawasan dan masa
yang sama.
• Bau yang dikeluarkan
oleh tanaman
perangkap menarik
perosak untuk
menjangkitinya.
Penggunaan variati CONTOH AMALAN
resisten KAWALAN KULTUR
• Menanam varieti Menjaga kebersihan ladang
tanaman yang tahan
daripada serangan • Penghapusan dan
perosak dan sakit. pemusnahan tumbuh-
tumbuhan
• Tanaman tidak akan berpenyakit,rumpai, dan
mati dan masih bahagian tumbuhan yang
mengeluarkan hasil. mungkin menjadi punca
kepada penyakit dan
perosak.
KAWALAN FIZIKAL
• Menggunakan alatan atau keadaan fizikal untuk mengawal
perosak.
• Kaedah ini tidak menimbulkan kesan sampingan dan
mudah dihasilkan.
KEKURANGAN KAWALAN FIZIKAL
• Memerlukan modal permulaan yang tinggi
• Keberkesanannya hanya sementara
CONTOH KAWALAN FIZIKAL
• Perangkap cahaya – memerangkap serangga perosak
• Plastik pelekat berwarna kuning – menarik perhatian perosak
• Plastik @ surat khabar sebagai pembalut – mengelakkan
serangan perosak seperti lalat buah.
KAWALAN BIOLOGI
• Memperkenalkan musuh semulajadi atau agen
biologi seperti parasitoid, pemangsa dan pathogen
ke kawasan tanaman untuk mengurangkan
perosak.
• Merupakan komponen utama pengurusan perosak
dalam sistem pertanian organik.
KAEDAH PENERANGAN / CONTOH
➢ Haiwan yang memburu, menangkap dan memakan mangsanya.
Penggunaan • Contoh :
Pemangsa - Kumbang kura-kura memakan afid
- Lelabah memakan bena perang (perosak padi)
- Burung jelapang memakan tikus (perosak padi, koko dan kelapa sawit)
Penggunaan ➢ Serangga yang bersifat spesifik memparasit serangga lain dengan hidup
Parasitoid di dalam badan serangga perosak (perumah).
➢ Perumah mati di makan dari dalam.
• Contoh :
- Penyengat Apanteles sp. Menyerang ulat beluncas (perosak kelapa
sawit)
- Penyengat Cortesia plutellae menyerang kepompong rama2 (perosak
sawi dan kubis)
Penggunaan ➢ Hidupan seni atau mikrob seperti kulat, bakteria dan virus yang
Patogen menyebabkan penyakit atau kematian ke atas serangga.
➢ Bersifat antagonis iaitu merencatkan perkembangan mikrob penyebab
penyakit tanaman.
• Contoh :
- Kulat Metarrhizium anisopliae membunuh ulat kumbang badak perosak
kelapa sawit.
- Kulat Iseria paecilomyces membunuh ulat beluncas perosak kelapa
sawit.
- Bakteria Bacillus thuringiensis menyebab penyakit keatas ulat rama2 intan
perosak sawi dan kubis.
KAWALAN KIMIA
JENIS KETERANGAN BAHAN AKTIF
RACUN
Racun perut • Bentuk cecair, serbuk, bintil atau • Racun serangga :
umpan. Malathion
Racun
sentuh • Membunuh apabila dimakan oleh • Racun tikus : zink fosfida
perosak. dan warfarin
Racun
sistemik • Racun dijadikan umpan atau • Racun serangga :
disembur. karbaril, heptachlor dan
BHC.
• Membunuh apabila terkena perosak.
• Memasuki sistem peredaran darah, • Racun kulat : Kuprum
dan raksa
sistem pernafasan atau mengganggu
sistem saraf. • Racun rumpai :
• Digunakan dalam bentuk semburan Paraquat
kabus.
• Racun kulat : Benomil
• Meresap melalui sistem vaskular • Racun serangga :
tumbuhan.
Dimetoat dan furadan
• Meyebabkan tanaman menjadi
beracun kepada perosak.
Racun • Racun dalam bentuk wasap. • Metil bromide,
pewasap
(fumigan) • Racun masuk ke dalam sistem respirasi Kloropikrin, Natrium
melalui pernafasan oleh perosak. fluoride dan Vapam
KAWALAN ORGANIK
• Bahan kawalan organik boleh didapati di pasaran atau
disediakan sendiri.
• Ramuan yang digunakan adalah dari bahan2 dapur
spt cili api, bawang putih dan sabun (detergan).
KAWALAN SECARA UNDANG -
UNDANG
KUARANTIN
• Memeriksa dan menguji tanaman yang dibawa masuk
dari negara luar dalam jangka masa tertentu untuk
disahkan bersih sebelum dibenarkan masuk.
PENGUATKUASAAN UNDANG – UNDANG
• Penguatkuasaan dan pemeriksaan dokumen dan
konsainan secara visual yang konsisten.
• Konsainan boleh dilepaskan untuk pemeriksaan
selepas 30 hari dari tarikh eksport dari negara asal.
• Mengambil sampel untuk tujuan penyaringan perosak
dan kuarantin selepas masuk (KSM)
PENSIJILAN
• Biji benih atau bahan tanaman yang dibawa masuk
perlu ada sijil perakuan yang sah.
• Bertujuan untuk membuktikan bebas daripada
sebarang penyakit sebelum dibenar masuk.
• Contoh sijil :
- Sijil Perakuan Pematuhan Penggredan,
Pembungkusan dan Pelabelan (Import / Eksport)
- Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
PENGHAPUSAN
- Tanaman dan buah yang diserang penyakit akan
dikutip dan dimusnahkan.
PENGURUSAN PEROSAK
BERSEPADU (PPB)
• Kaedah kawalan yang dijalankan secara bersepadu
untuk mengurangkan penggunaan racun makhluk
perosak bagi menyelamatkan alam sekitar.
• Mengawal dan menguruskan perosak ke tahap yang
rendah tetapi tidak menjejaskan hasil tanaman.
KONSEP PPB
1. Merangkumi kawalan perosak, kawalan rumpai dan amalan kutur.
2. Mengambilkira faktor ekonomik, ekologi dan sosiologi.
3. Kawalan dilaksanakan apabila populasi perosak mengancam dan
mengurangkan hasil.
4. Memberi keutamaan kepada kawalan biologi.
5. Mengambil kira kitaran hidup perosakyang menyerang tanaman.
6. Merendahkan populasi perosak bukan menghapuskan.
7. Racun perosak digunakan apabila perlu sahaja.
KESAN PENGAWALAN PEROSAK TANAMAN
KAEDAH KESAN BAIK KESAN BURUK
KAWALAN
Kawalan • Mengurangkan kos pengeluaran, • Memerlukan banyak tenaga buruh.
Kultur
penyebaran penyakit dan serangan Penggunaan jentera terhad.
Kawalan
Biologi perosak, perumah perosak termusnah. • Keberkesanan dilihat dalam jangka
• Meningkatkan kesuburan tanah. masa panjang.
• Hasil tanaman tidak dicemari.
• Kesihatan manusia terjamin. • Haiwan lain turut dimusnahkan.
• Nutrien dalam tanah bertambah • Keberkesanan perlahan dan sukar
akibat perkumuhan binatang. diperhatikan.
• Tumbesaran tumbuhan tidak tergugat. • Bilangan perosak lain meningkat.
Kawalan • Bertindak cepat dan kesan dapat • Menyebabkan keasidan tanah oleh
Kimia bahan benzene dan klorida.
dilihat segera.
• Berspektrum luas dan mampu • Menyebabkan keracunan makanan.
• Meyebabkan pencemaran air dan
mengawal banyak sepsis sekaligus.
udara.
Kawalan • Tidak merosakkan kualiti hasil lepas
Fizikal • Memerlukan modal yang tinggi bagi
tuai. pembelian dan penyelenggaraan
Kawalan • Tiada kesan sampingan. alat dan jentera.
Organik • Mudah dikendalikan.
• Menjejaskan keluasan untuk
• Hasil tanaman selamat dimakan. tanaman utama kerana perlu
• Kos efektif. menanam tanaman penolak.
• Tidak berlaku pencemaran alam
• Keberkesanan membunuh perosak
sekitar. tidak terjamin.
KESAN AKTIVITI PENGAWALAN PEROSAK
TANAMAN TERHADAP ALAM SEKITAR
• PENCEMARAN AIR
➢ Perubahan yang berlaku dari segi kandungan, fizikal dan
warna.
➢ Sisa racun yang larut di dalam air mengalir ke sungai, tali
air, kolam dan tasik mengganggu ekosistem.
• PENCEMARAN TANAH
➢ Berlaku pertukaran warna, hilang kesuburan dan hakisan
tanah.
➢ Bahan toksik daripada bahan kimia yang digunakan
dalam aktiviti pertanian dilepaskan ke tanah.
➢ Menyebabkan ketidaksuburan tanah kerana tanah
berasid menyukarkan nutrient diserap oleh pokok.
• PENCEMARAN UDARA
➢ Melalui semburan racun perosak secara besar – besaran
di kawasan penanaman.
➢ Mengganggu kesihatan manusia dan hidupan lain.