The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Teks ini telah diringkaskan mengikut sub topik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JMTcer.My, 2021-08-01 23:43:02

Buku Teks 2.3 Penuaian & Penyimpanan Hasil Tanaman

Buku Teks ini telah diringkaskan mengikut sub topik

Keywords: Buku Teks T5

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

UNIT 2.3 PENUAIAN DAN PENYIMPANAN HASIL TANAMAN

Penuaian adalah aktiviti memetik, mengutip dan memungut hasil tanaman yang telah mencapai
tahap kematangan yang dikehendaki untuk tujuan kegunaan sendiri atau untuk dijual. Penuaian
hasil yang tidak sempurna boleh menjejaskan kualiti, harga dan permintaan ke atas tanaman itu.
Penuaian perlu dilakukan dengan teknik dan peralatan yang betul untuk mengurangkan kerosakan
pada hasil tuaian seperti lebam, calar, pecah atau patah, layu, kecut dan lembik. Jadual 2.21
menunjukkan contoh cara menuai tanaman sayur-sayuran dan komoditi makanan.

Jadual 2.21 Cara menuai tanaman sayur-sayuran dan tanaman komoditi makanan

Cara Menuai Tanaman

Memotong dengan pisau, sekateur Bendi, kundur, peria, petola, timun,
atau sabit labu, koko dan kelapa sawit.
Mencabut
Sayur jenis daun (bayam, kangkung)
Memetik sayuran jenis umbisi (lobak) dan
kacang tanah.
Menggali dengan cangkul atau Sayur kekacang, cili, terung, tomato,
serampang lada hitam dan jagung.
Sayuran jenis umbisi seperti keledek,
keladi, sengkuang dan ubi kayu.

Penyimpanan hasil tanaman selepas tuai merupakan aktiviti penting dan perlu dipatuhi
bagi mengekalkan tempoh kesegaran produk hasil tanaman. Pelbagai cara penyimpanan boleh
digunakan dengan bantuan teknologi semasa. Kaedah penyimpanan jenis tanaman adalah berbeza-
beza mengikut keperluan. Kaedah paling mudah adalah dengan menyimpan hasil di dalam bangsal
teduhan pada suhu rendah dengan menggunakan bilik sejuk (Gambar foto 2.44).

Gambar foto 2.43 Memetik buah timun Gambar foto 2.44 Penyimpanan hasil

139

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.3.1 Penuaian Hasil

Aktiviti penuaian dilakukan apabila tanaman telah mencapai tahap kematangan yang dikehendaki.
Aktiviti ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan pascatuai (Rajah 2.25).

Sebelum Menuai Semasa Menuai Pascatuai

Rajah 2.25 Aktiviti penuaian

Sebelum Menuai

Sebelum menuai tentukan kaedah penuaian yang akan digunakan iaitu sama ada memetik atau
memotong menggunakan tangan atau menggunakan alatan, mesin atau jentera penuai yang sesuai.
Untuk tanaman sayur-sayuran pula, pastikan tanaman tidak disembur dengan racun perosak dua
minggu sebelum masa penuaian.

Indeks Kematangan Tanaman

Penentuan indeks kematangan tanaman yang sesuai adalah penting kerana ia mempengaruhi mutu
selepas tuai dan ketahanan semasa penyimpanan. Indeks kematangan adalah merujuk kepada
parameter yang digunakan dalam membuat anggaran peringkat kematangan yang sesuai bagi
penuaian sesuatu tanaman. Indeks kematangan tanaman adalah berbeza mengikut jenis tanaman
dan juga spesies. Bagi tanaman sayur-sayuran, indeks kematangannya adalah berdasarkan saiz
dan warna. Secara keseluruhannya, terdapat tiga kaedah untuk menentukan kematangan tanaman
seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.26 dan Jadual 2.22.

Kaedah Menentukan Kematangan Tanaman

Fizikal Kimia Fisiologi

Rajah 2.26 Kaedah menentukan kematangan tanaman

Fizikal Jadual 2.22 Kaedah menentukan kematangan tanaman

Kimia • Melalui penglihatan iaitu dengan melihat warna kulit, saiz, bentuk dan daun
Fisiologi sebelah luar yang menjadi kering.
140
• Senang dileraikan, melalui tekstur, bau, rasa masam, dan pahit serta bunyi
apabila ditepuk atau dijentik.

• Melakukan analisis kimia iaitu melalui ujian keasidan, menganalisis kandungan
gula (glukosa), kandungan kanji dan mengetahui pH.

• Melakukan pengiraan iaitu bilangan hari atau bulan selepas pokok mulai
berbunga atau diubah ke kawasan tanaman.

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Kepentingan indeks kematangan
• Menentukan strategi pemasaran
Harga sesuatu tanaman dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran. Melalui maklumat
mengenai indeks kematangan, petani boleh merancang pengeluaran hasil tanaman mereka
untuk mendapat harga yang premium.
• Menentukan kesesuaian waktu penuaian
Indeks kematangan yang optimum perlu dipastikan untuk mengelakkan hasil yang belum
matang atau terlalu masak untuk dituai.
• Pengurusan buruh dan sumber yang cekap
Tanaman di Malaysia adalah bermusim, oleh itu petani perlu merancang dengan tepat operasi
penuaian dan pengendalian supaya pengambilan tenaga buruh dan peralatan dapat diuruskan
dengan baik.
• Sebagai asas pengkelasan
Melalui indeks kematangan dapat dijadikan asas untuk mengasingkan hasil tanaman mengikut
kegunaan sama ada untuk pasaran domestik atau untuk dieksport. Selain dari itu gred juga
dapat ditentukan dengan cara ini.

Contoh Indeks Kematangan Tanaman Bijirin
• Indeks kematangan padi
Padi biasanya mengambil masa antara 105 hingga 125 hari selepas penanaman untuk matang,
iaitu apabila 80% buah masak dan ini juga bergantung kepada varieti. Pada ketika itu, warna
buah padi sudah menjadi kekuning-kuningan dan batangnya menunduk ke bawah sebab buah
telah berisi penuh.
• Indeks kematangan buah jagung
Purata buah jagung matang dan boleh dituai hasilnya kira-kira 68 hingga 72 hari selepas
ditanam. Tongkol jagung pada peringkat ini akan mempunyai rerambut berwarna perang.
Tongkol jagung sesuai dikutip sebagai jagung segar apabila kernelnya telah mencapai saiz
maksimum tetapi belum menunjukkan tanda kecut. Saiz maksimum lebih kurang 30cm
dengan berat 500gm.
Laman ICT

Indeks Kematangan Buah Jagung

141

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Contoh Indeks Kematangan Tanaman Sayur Terpilih

Indeks kematangan bagi kebanyakan sayur buah dan sayur daun adalah berdasarkan saiz dan
warna. Sayur buah pada peringkat muda seperti timun dan bendi, misalnya, boleh dipetik pada
beberapa saiz mengikut keperluan pasaran. Manakala, kebanyakan sayur buah yang diperlukan
pada peringkat matang seperti tomato dan cili, penuaian mungkin bergantung kepada perubahan
warna sayur tersebut. Bagi sayur daun pula, saiz biasanya digunakan sebagai kriteria utama
bagi indeks kematangan. Manakala, sayur seperti kubis, kepadatannya boleh digunakan sebagai
asas penuaian. Jadual 2.23 menunjukkan contoh indeks kematangan beberapa jenis sayur yang
dikeluarkan oleh FAMA.

Jadual 2.23 Indeks kematangan beberapa jenis sayur yang dikeluarkan oleh FAMA.

Jenis Sayur Indeks Kematangan

Sawi Mula dituai pada minggu keempat atau kelima selepas menyemai. Daun pokok telah
banyak dan saiz pokok memuaskan. Dituai sebelum daun pokok keras dan mula
mengeluarkan bunga.

Bayam Mula dituai pada minggu keempat selepas menyemai.
Pokok yang terlebih matang akan berserabut dan berbunga.

Kangkung Mula dituai pada minggu ketiga dan keempat selepas disemai.
Penuaian yang lewat menyebabkan batang dan daun menjadi liat.

Kailan Mula dituai pada minggu kelima dan keenam setelah daun pokok banyak. Batang
dan daun belum menjadi keras. Boleh juga dituai pada minggu ketiga atau keempat
sebagai baby kailan mengikut permintaan pengguna.

Salad Mula dituai pada minggu kelima.
Apabila daun pokok banyak dan saiz pokok memuaskan.

Timun Mula dituai selepas 50 hari ditanam. Penuaian dilakukan dua hari sekali selama satu
bulan atau lebih. Ukuran panjang buah sederhana dan bijinya belum matang.
Warna buah bertukar dari hijau gelap kepada hijau cerah dan berkilat. Tiada duri atau
benang sari pada hujung buah mula tanggal.

Tomato Kutipan hasil bergantung kepada permintaan dan tempat pasaran. Mula pengutipan
hasil selepas 55 hari ditanam. Untuk pasaran jauh, buah dituai pada peringkat hijau
matang. Untuk pasaran dekat, buah dituai pada peringkat bermulanya perubahan
warna tampuk daripada hijau kepada kemerahan.

Cili Mula dituai selepas 60 hari ditanam selama tiga hingga enam bulan. Hasil tuaian
dilakukan dua atau empat hari sekali. Buah dituai mengikut permintaan sama ada cili
hijau atau cili merah. Buah masak berwarna merah.

Terung Mula dituai selepas 60 hari ditanam. Buah sudah mencapai sederhana besar dan
berwarna ungu berkilat. Biji belum cukup matang dan buah rapuh.

Bendi Dituai ketika masih muda, lembut dan hujungnya mudah patah.

Kacang panjang Dituai apabila lenggai mulai membengkak.

Kacang buncis Tidak sesuai dituai apabila lenggai mula mengecut dan genting antara bijinya.

Laman ICT

Indeks kematangan sayur-sayuran
142

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Contoh Indeks Kematangan Tanaman Komoditi Terpilih
• Indeks kematangan buah kelapa sawit
Pokok kelapa sawit boleh mengeluarkan hasil selepas 2 ½ hingga 3 tahun ditanam dan boleh
dituai 5 hingga 6 bulan selepas pendebungaan berlaku. Tandan dikira masak apabila buah
kelapa sawit bertukar warna daripada warna gelap kepada warna jingga kemerah-merahan
dan terdapat sekurang-kurangnya sebiji buah lerai (gugur) daripada tandan buah. Tahap buah
masak ini disebut sebagai Buah Tandan Segar (BTS). Pada peringkat ini, BTS sudah boleh
dituai kerana buah berada pada tahap masak yang optimum dan kadar perahan minyak akan
tinggi. Berikut ialah klasifikasi kematangan buah kelapa sawit:

Tandan Muda Tandan Mengkal Tandan Masak
Tandan segar yang berwarna Tandan segar yang berwarna
hitam atau ungu kehitaman. jingga kemerahan atau ungu Tandan segar yang berwarna
Tiada buah lerai daripada kemerahan. Kurang daripada jingga dan mempunyai
tandan. 10 soket buah lerai daripada sekurang-kurangnya 10 soket
tandan. buah lerai dan 50% buah
masih melekat pada tandan.

• Indeks kematangan lenggai (pod) koko

Pokok koko mula berbunga pada umur 18 hingga 30 bulan selepas ditanam. Selepas 5 ke 6
bulan pendebungaan, buah koko yang warnanya hijau atau merah semasa muda akan bertukar
kepada warna kuning apabila matang. Pada peringkat ini buah koko sedia untuk dituai.

Koko Muda Koko Matang Terlalu Masak

Info Tambahan

Terdapat lima varieti koko yang disyorkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk ditanam di
negara ini iaitu KKM 22, MCBC1, PBC 123, QH 1003 dan MCBC 8. Disarankan juga penanaman
koko dilakukan dengan menggabungkan 3 hingga 6 jenis klon untuk mengurangkan risiko serangan
perosak dan penyakit.

143

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

• Indeks kematangan buah lada hitam
Indeks kematangan buah lada hitam dapat dikenal pasti apabila tangkai dengan satu atau
dua biji buah (beri) mula bertukar kepada kuning. Oleh yang demikian, buah itu sudah boleh
dipetik.

Gambar foto 2.45 Biji buah mulai kuning Gambar foto 2.46 Biji buah matang sepenuhnya

Semasa Menuai

Masa penuaian yang sesuai bagi sayur bergantung kepada iklim, musim penanaman tertentu,
varieti dan jenis sayur. Namun, waktu yang dicadangkan adalah pada awal pagi atau lewat petang.
Teknik penuaian pula berbeza mengikut jenis tanaman sama ada memotong, mencabut, memetik
atau menggali. Kerja-kerja penuaian hendaklah dilakukan dengan teliti bagi menjamin kualiti
sayur-sayuran supaya tidak mengalami sebarang kecederaan. Bahagian sayur yang tercedera akan
mudah dicemari mikroorganisma yang boleh mengakibatkan kerosakan pada sayur berkenaan.

Penuaian Tanaman Sayur-Sayuran
Alatan atau jentera yang digunakan untuk menuai
mestilah sesuai dengan tanaman yang hendak dituai.
Hasil tuaian akan diisi ke dalam bekas yang sesuai
dan bersih (Gambar foto 2.47). Bekas yang kotor
akan menambah kerosakan pada hasil tuaian.

Penuaian Padi Gambar foto 2.47 Bekas hasil tuaian cili

Penuaian tanaman padi perlu dilakukan mengikut masa dan peringkat yang betul. Ada dua cara
menuai iaitu menggunakan tenaga pekerja sepenuhnya seperti memotong batang padi dengan
menggunakan penyabit dan meleraikan padi dengan cara membanting di dalam tong khas. Selain
daripada itu mesin jentuai boleh digunakan di mana kerja-kerja menyabit, mengikat, melerai dan
mengumpul padi dilakukan serentak sebelum padi dikeringkan secara manual.

Penuaian Kelapa Sawit

Buah kelapa sawit yang telah matang

lazimnya dituai dengan cara memotong

tandannya menggunakan alatan secara

manual. Namun kekurangan tenaga

buruh di ladang pada masa ini telah

diatasi dengan terhasilnya mesin

pemotong buah kelapa sawit yang

memudahkan kerja-kerja memetik

buah kelapa sawit yang telah matang Gambar foto 2.48 Memotong tandan kelapa menggunakan
(Gambar foto 2.48). mesin penuai cantas bermotor

144

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Penuaian koko

Buah koko yang sudah masak dipetik
menggunakan alat pemotong yang tajam
seperti gunting pokok, sabit, sekateur atau
alat-alat tajam yang sesuai. Sekiranya
buah pada dahan yang tinggi, pisau
berbentuk sabit atau gunting yang tajam
digunakan. Jika buah koko boleh dicapai
dengan tangan, sekateur digunakan untuk
memotong tangkai buah. Buah koko boleh
dituai sepanjang tahun. Gambar foto 2.49
menunjukkan cara memetik buah koko.

Penuaian Lada Hitam Gambar foto 2.49 Cara memetik buah koko

Buah lada hitam dipetik secara manual dengan cara menggunting bahagian tangkainya. Tangkai
buah lada hitam yang telah dituai akan dileraikan untuk mengasingkannya daripada biji buah
(beri). Jika kuantiti buah yang banyak, mesin pelerai digunakan. Biji buah akan dibersihkan
untuk memastikan tiada daun, batang, tangkai atau bendasing bercampur dengan biji buah. Biji
buah akan direndam dalam air mendidih selama seminit dan proses ini dinamakan penceluran.

Pascatuai Tanaman Sayur-Sayuran

Pengendalian pascatuai tanaman sayur-sayuran bermula dari peringkat hasil tanaman dituai
sehingga ia dipasarkan. Secara amnya, pengendalian pascatuai merujuk kerja-kerja mengumpul,
memproses, menggred, membungkus, mengiklan, menyimpan dan menjual (Rajah 2.27).

Mengumpul Memproses Menggred

Membungkus Mengiklan Menyimpan

Menjual
Rajah 2.27 Aktiviti pascatuai tanaman sayur-sayuran

145

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Mengumpul

Mengumpul adalah proses meletakkan hasil Gambar foto 2.50 Mengumpul hasil tanaman
ladang yang telah dituai di suatu tempat tertentu
sama ada di ladang atau di pusat pengumpulan
kelompok (Gambar foto 2.50). Sekiranya hasil
ladang dikumpulkan di kawasan ladang, tempat
pengumpulannya ialah jalan utama ladang.
Tujuannya untuk memudahkan hasil dipunggah
dan dibawa ke kilang atau ke tempat pemprosesan.

Memproses

Memproses adalah aktiviti yang dilakukan untuk menentukan bentuk akhir hasil yang akan
dipasarkan. Tujuan memproses hasil ialah untuk menjadikan hasil lebih menarik, tahan lebih
lama, mendapatkan harga yang lebih tinggi serta mengekalkan kesegaran hasil. Hasil sayuran
lazimnya diproses dalam bentuk segar. Oleh itu setelah dituai, hasil dibersihkan daripada bahan
cemar atau membuang bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki. Pembersihan boleh dilakukan
secara basah atau kering.

Menggred

Penggredan tanaman sayur-sayuran bermaksud mengkelaskan produk mengikut tahap kualiti
berdasarkan spesifikasi piawaian gred yang ditetapkan agar lebih seragam dan mudah dipasarkan.
Lazimnya penggredan hasil sayuran dilakukan berdasarkan berat, saiz, rupa bentuk dan kebersihan.
Tujuan penggredan dilakukan adalah untuk:

• Mengasingkan produk mengikut kualiti.
• Mengikut kehendak pasaran.
• Mengurangkan kadar kerosakan pascatuai.
• Menambah nilai.
• Menjimatkan kos.
• Mengelakkan ketidakadilan dalam urus niaga.
• Meningkatkan kecekapan pemasaran melalui kaedah pemasaran yang cekap.
• Meningkatkan disiplin dalam sistem urusniaga untuk memastikan hasil berkualiti dijual

kepada pengguna.
• Mempercepatkan proses transaksi untuk memenuhi citarasa dan kehendak pengguna yang

sentiasa berubah.

Pengkelasan dan penggredan oleh FAMA adalah Kesegaran
berpandukan spesifikasi gred Malaysia Standard (MS). Kematangan
Sayur dikelaskan kepada tiga gred. Pengkelasan dan Kerosakan
penggredan ditunjukkan dalam Jadual 2.24. Ciri-ciri Kecacatan
menentukan gred sesuatu keluaran pertanian dibuat
berdasarkan lima ciri utama seperti Rajah 2.28.

Jadual 2.24 Pengkelasan dan penggredan oleh FAMA

Gred Premium Sayur yang bebas daripada kerosakan Keseragaman
Gred 1&2 dan kecacatan. Rajah 2.28 Ciri-ciri menentukan gred

Sayuran yang agak bebas daripada (Sumber: FAMA)
kerosakan dan kecacatan.

146

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Membungkus
Pembungkusan hasil tanaman sayur dilakukan menurut piawaian yang telah dikeluarkan oleh pihak
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Peraturan ini telah digubal berdasarkan
Seksyen 3(2)(c) Akta 141 yang menjelaskan kuasa FAMA untuk melaksanakan aktiviti penggredan,
pembungkusan dan pelabelan keluaran pertanian.

Kaedah pembungkusan yang baik dapat mengekalkan kesegaran hasil, menarik perhatian
pelanggan, mendapatkan harga yang tinggi, memelihara kualiti hasil dan memudahkan
penghantaran. Gambar foto berikut merupakan contoh-contoh pembungkusan hasil pertanian.

Gambar foto 2.51 Pembungkusan runcit Gambar foto 2.52 Pembungkusan borong

Gambar foto 2.53 Pembungkusan import Gambar foto 2.54 Pembungkusan eksport

Mengiklan

Mengiklan adalah satu teknik komunikasi pemasaran untuk menjelaskan serta menyampaikan
maklumat hasil atau produk kepada pengguna. Iklan yang berkesan berupaya mempengaruhi
pengguna untuk membeli hasil jualan. Mengiklan bertujuan:

• mewujudkan pasaran.
• menyampaikan maklumat tentang kualiti hasil.
• mengekal, mengubah, memperluas atau mencipta permintaan bagi meningkatkan keuntungan.
• memujuk pengguna untuk membeli hasil yang ditawarkan.

Terdapat pelbagai teknik pengiklanan seperti menghantar katalog atau risalah, mengedarkan
sampel, mengadakan demonstrasi, papan iklan, media cetak, elektronik dan media massa serta
mengadakan pameran.

147

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Menyimpan
Menyimpan adalah satu cara untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti hasil pertanian. Penyimpanan
dapat mengurangkan kadar respirasi dan aktiviti metabolisme supaya hasil pertanian lambat busuk
atau rosak. Jangka masa penyimpanan bergantung kepada kaedah penyimpanan yang digunakan.
Kaedah penyimpanan hasil sayur-sayuran yang sesuai adalah menggunakan suhu rendah. Hasil
disimpan dalam bilik sejuk atau peti sejuk dengan kedinginan antara 0oC hingga 4oC.

Menjual
Menjual adalah aktiviti menyampaikan hasil kepada pengguna akhir. Tujuannya ialah untuk
mendapatkan keuntungan dan memberi pulangan modal. Petani boleh menjual hasil ladang melalui
ejen, pemborong, peruncit atau menjual terus kepada pengguna.

Pascatuai Jagung

Pengendalian lepas tuai yang sempurna diperlukan sekiranya hasil jagung terpaksa disimpan untuk
tempoh yang lebih lama. Tongkol jagung boleh disimpan sehingga 3 minggu pada suhu 3oC hingga
5oC tanpa menjejaskan mutu. Oleh itu, hasil yang dipungut dibersihkan, digred dengan cepat dan
disejukkan dengan merendam tongkol dalam air pada suhu 1oC hingga 3oC. Melalui proses ini,
suhu tongkol jagung dapat diturunkan kepada 10oC. Tongkol yang disejukkan dibalut dalam filem
polietilena atau dimasukkan ke dalam beg polietilena yang berlubang dan disimpan dalam bilik
sejuk pada suhu 0oC hingga 1oC.

Pascatuai Kelapa Sawit

Buah kelapa sawit yang dituai akan
dikumpulkan di jalan utama ladang dan
perlu terus dihantar ke kilang pemprosesan
minyak kelapa sawit dalam masa 24 jam
selepas tandan-tandan itu dituai. Tujuannya
adalah untuk menjaga kualiti minyak yang
akan dihasilkan nanti.

Gambar foto 2.55 Buah kelapa sawit dikumpul
sebelum diproses

Pemprosesan BTS BTS dimasak BTS dimasukkan ke dalam
dan disterilkan mesin pengilang

Buah sawit diperah Minyak sawit mentah Proses penapisan
di dalam mesin

Produk hiliran

Rajah 2.29 Pemprosesan minyak kelapa sawit
148

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Pascatuai Padi

Padi yang dituai akan diproses menjadikan beras untuk dimakan. Jika penuaian dilakukan secara
manual, tiga proses berikut perlu dilakukan untuk penghasilan beras iaitu membanting, mengangin
dan mengilang. Sekiranya penuaian menggunakan jentera, padi yang telah terlerai akan terus
dibawa ke kilang untuk proses penggredan, pengeringan dan penyimpanan.

Penggredan

Padi digred mengikut kandungan kelembapan, ketulenan dan bendasing, ketidakmatangan dan
beras yang berkapur, dan beras yang hancur.

Pengeringan

Satu proses mengurangkan kadar kelembapan bijirin untuk tahap keselamatan semasa penyimpanan.
Kelewatan dalam pengeringan, pengeringan yang tidak sempurna akan menurunkan kualiti bijirin.

Penyimpanan

Penyimpanan boleh menggunakan bekas kontena kapasiti 1 tan untuk selama 6 bulan hingga
12 bulan. Suhu tempat penyimpanan kurang dari 5oC. Penyimpanan secara tradisional boleh
menggunakan anyaman buluh atau pelepah kelapa.

Laman ICT Laman ICT

Penanaman Padi Sistem Pengeringan dan
di Sekinchan Pengilangan Padi Secara

Komersial

Pascatuai Buah Koko

Proses pascatuai koko terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu pengumpulan, pembelahan,
fermentasi dan pengeringan. Rajah 2.30 menunjukkan proses pascatuai koko.

Pengumpulan Buah Pembelahan

Fermentasi Pengeringan

Rajah 2.30 Pascatuai koko

149

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Pengumpulan buah Pembelahan

Buah-buah koko yang telah siap dituai akan Buah-buah yang telah dituai perlu dibelah
dikumpulkan berhampiran dengan jalan ladang pada hari yang sama. Proses membelah
bagi memudahkan proses pengangkutan ke menggunakan belakang parang untuk
pusat memproses. memecahkan buah koko. Asingkan biji
koko daripada kulitnya dan
terus dimasukkan ke dalam
bekas (beg, guni, kotak
atau dulang) dan
disimpan.

Fermentasi

Penyimpanan buah bertujuan mengurangkan kemasaman biji koko kering dan meningkatkan
mutu perisa koko. Proses penyimpanan ini dinamakan fermentasi. Tempoh penyimpanan selama
5 hari. Buah-buah koko dimasukkan ke dalam kotak kayu yang bahagian bawahnya dipasang
tidak rapat dan boleh mengalirkan air.

Pengeringan
Selepas pemeraman, biji-biji koko masih lagi mengandungi kira-kira 55% kelembapan. Ianya
perlu dikeringkan sehingga kandungan kelembapan menjadi 6% hingga 7% bagi membolehkan
biji koko selamat disimpan. Proses ini dikenali sebagai tanning iaitu biji koko berubah warna
dari kemerahan kepada coklat bertujuan mengurangkan rasa pahit koko dan astrigen iaitu kesan
kebas pada lidah akibat tindak balas pengoksidan.

Laman ICT

Teknologi Penuaian dan
Pemprosesan Biji Koko.

150

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.3.2 Kaedah Penyimpanan Hasil Tuaian

Kaedah penyimpanan hasil tuaian ialah mengikut jenis hasil seperti sayur-sayuran daun, buah,
kekacang atau akar umbisi, bijirin seperti padi dan jagung, tanaman komoditi seperti padi, koko
dan lada hitam.

Penyimpanan Tanaman Sayur-Sayuran

Penyejukan serta merta sebelum penyimpanan hasil tuaian perlu dilakukan dan proses ini dinamakan
sebagai prapenyejukan. Proses ini penting dilakukan secepat mungkin untuk mengeluarkan haba
dalam sayuran yang baru dipetik. Tujuannya supaya dapat mengurangkan masa yang diambil
untuk menurunkan suhu hasil tanaman ke paras suhu simpanan. Selepas proses pra penyejukan,
barulah hasil tuaian dipindahkan ke bilik sejuk untuk penyimpanan seterusnya.

Sebelum hasil tuai disimpan, pra penyejukan perlu dilakukan. Proses ini bertujuan untuk
mengeluarkan haba ladang pada sayur-sayuran yang telah dituai. Kaedah ini sangat efektif bagi
sayur-sayuran berdaun bagi mengekalkan mutu dan kualiti di mana suhu minimumnya dikekalkan.
Kelebihan melakukan kaedah ini adalah:

• Mengurangkan degradasi enzim dan aktiviti respirasi.

• Mengelakkan kehilangan air (kelayuan).

• Mengelakkan pertumbuhan mikroorganisma pereput seperti kulat atau bakteria.

• Mengurangkan penghasilan etilena (agen pemasakan).

Terdapat beberapa kaedah pra penyejukan yang digunakan antaranya adalah dengan
menggunakan pendingin udara dan pendingin air.

Kaedah Penyejukan Pendingin Udara Gambar foto 2.56 Hasil pertanian disimpan dalam
stor berhawa dingin
Merupakan kaedah biasa dan murah. Kaedah
ini memerlukan bilik sejuk di mana sayur-
sayuran dibungkus di dalam bekas dan disusun
di dalam bilik tersebut (Gambar foto 2.56).
Perlukan ruang antara bekas yang secukupnya
bagi memastikan pengudaraan sejuk dapat
meliputi keseluruhan tempat. Kaedah ini
sesuai untuk sayur-sayuran jenis buah. Cara
yang dilakukan ialah:

• Alir udara sejuk 0oC pada halaju yang
tinggi pada hasil tanaman yang disusun
dalam bekas tertentu selama 8 minit ke 10
minit.

• Bekas yang mengandungi hasil tanaman
disusun dengan teratur untuk mendapat
peredaran udara yang maksimum.

• Periksa kelembapan sayur-sayuran agar
tidak kehilangan air yang banyak semasa
pendingin udara dipasangkan.

151

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Kaedah Penyejukan Pendingin Air

Sayur-sayuran yang telah dituai akan disiram atau direndam dengan air sejuk (2oC) selama 5 minit
hingga 10 minit. Air sejuk ini akan mengeluarkan haba panas daripada hasil tanaman. Kaedah ini
sesuai untuk sayur-sayuran daun.

Selepas proses pra penyejukan, sayur-sayuran boleh disimpan ke dalam tempat penyimpanan
untuk tujuan pemasaran. Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang sesuai bagi sayur-sayuran
terpilih ditunjukkan dalam Jadual 2.25.

Jadual 2.25 Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang sesuai bagi sayur-sayuran terpilih

Jenis Suhu (oC) Kelembapan Bandingan (%) Tempoh Simpanan
Bayam 5 90-95 1-1.5 minggu
Cili 5 90-95 8 minggu
Kacang bendi 95 3-4 hari
Kacang panjang 7-10 95 7-10 hari
Kailan 4-7 90-95 1-1.5 minggu
Kangkung 5 90-95 1-1.5 minggu
Kubis bulat 5 90-95 6-12 minggu
Lobak merah 1-2 98-100 4-6 minggu
Sawi 0 90-95 1-1.5 minggu
Terung 5 90-95 1 minggu
Timun 8-12 95 10-14 hari
Tomato hijau 10-13 90-95 1-3 minggu
Tomato masak 13-21 90-95 4-7 hari
Ubi keledek 8-10 85-90 4-7 bulan
13-16
Sumber : MARDI

Ketika membasuh sayur-sayuran adalah dicadangkan untuk menaburkan sedikit garam
ke dalam air, rendam selama 10 minit dan dibilas serta toskan sayur itu. Apakah fungsi
garam yang digunakan itu? Bincangkan.

Info Tambahan

Penyimpanan pada suhu yang sesuai adalah sangat penting bagi mendapatkan tempoh penyimpanan
yang optimum dan mengurangkan kehilangan mutu lepas tuai serta mengelakkan kecederaan dingin
(chilling injury ) atau kecederaan beku (freezing injury). Beberapa kaedah pra penyejukan lain yang
digunakan adalah sejukan vakum (vacuum cooling), sejukan tekanan udara (forced-air cooling),
sejukan berwap (evaporative cooling) dan berais (icing).

152

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Penyimpanan Padi

Padi perlu dikeringkan dan dibersihkan daripada bendasing seperti batu, benih rumput, tanah
dan batang padi sebelum penyimpanan. Semasa penyimpanan, mutu beras perlu dikawal untuk
menjamin kualitinya. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

• Simpan pada suhu rendah iaitu kurang 5oC bagi menstabilkan perubahan dalam kandungan
asid lelemak bebas untuk mengelakkan padi menjadi tengik.

• Penyimpanan secara pukal memerlukan pengudaraan yang efisien. Pastikan suhu dan
kelembapan seragam pada keseluruhan tempat penyimpanan.

Penyimpanan Jagung

Tongkol jagung untuk pasaran tempatan tidak memerlukan kemudahan penyimpanan yang khas
sekiranya hasil dapat dipasarkan dalam tempoh yang singkat. Untuk pasaran tempatan, pungutan
hasil jagung boleh dijalankan pada waktu petang. Tongkol diisi dalam guni atau raga plastik dan
diangkut ke destinasi pasaran pada sebelah malam supaya jualan runcit boleh dijalankan pada
waktu pagi keesokannya.

Penyimpanan Koko

Kerja-kerja penyisihan dan pengasingan koko kering daripada biji leper, biji slati (tidak diperam),
biji berkulat, biji bergumpal, biji bercambah dan biji yang telah diserang oleh serangga perosak
perlu dilakukan sebelum memasukkan ke dalam guni jut. Tempat penyimpanan biji-biji koko
hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:

• Suhu dan persekitaran yang baik, tidak terlalu lembab.
• Bebas daripada serangan perosak, kulat dan lain-lain.
• Tidak bercampur dengan hasil tanaman lain seperti lada, kelapa sawit dan lain-lain.
• Simpan dalam guni jut (Gambar foto 2.57).
• Letakkan guni atas para-para kayu (Gambar foto 2.58).
• Pencahayaan yang sesuai iaitu tidak terlampau gelap.

Gambar foto 2.57 Biji-biji koko dalam guni jut Gambar foto 2.58 Guni-guni diletakkan di atas
para kayu
153

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Penyimpanan Lada Hitam
Buah lada hitam yang telah dituai perlu dikeringkan di atas pelantar dan dijemur di bawah sinar
matahari. Biji buah lada hitam perlu dikeringkan dengan secukupnya bagi mengelakkan kerosakan
akibat serangan kulat atau tercemar. Biji buah lada yang telah dikeringkan secukupnya (12%
tahap kelembapan) boleh dimasukkan ke dalam beg-beg plastik bagi mengelakkan penyerapan
kelembapan berlaku.

Bagi tujuan pemprosesan lada putih, biji buah lada hitam akan direndam dalam air selama
beberapa hari sehingga kulit buah mereput keseluruhannya. Selepas itu, buah akan dicuci bersih
bagi membuang sisa-sisa kulit yang tertinggal. Lada putih itu akan dijemur hingga kering (12%
tahap kelembapan). Biji buah lada putih yang telah kering akan disimpan di dalam beg plastik
untuk mengelakkan penyerapan kelembapan berlaku.
Penyimpanan Kelapa Sawit
BTS terus diangkut dan dikumpulkan di kilang pemprosesan seperti Gambar foto 2.59. BTS perlu
dihantar ke kilang dalam tempoh 24 jam untuk mengurangkan peningkatan ‘Free Fatty Acid’ yang
akan mengurangkan kualiti minyak yang akan diperah.

Gambar foto 2.59 BTS dikumpulkan di dalam kilang pemprosesan

154

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.3.3 Pemantauan Kualiti Hasil Tanaman Di Tempat Penyimpanan

Penyimpanan yang bersistem Tempoh Kelembapan Suhu
membolehkan kualiti tanaman Penyimpanan
dikekalkan untuk jangka masa Faktor Yang
panjang sebelum digunakan. Mengekalkan
Penyimpanan yang bersistem juga Kualiti Hasil
membolehkan perancangan teratur
dilakukan untuk memudahkan Tanaman
pemasaran terutama ketika hasil
tanaman berkurangan atau berlebihan
pada sesuatu masa. Antara faktor
yang mengekalkan kualiti hasil
tanaman ditunjukkan dalam Rajah
2.31.

Kelembapan

Kelembapan bandingan (Relative Pengudaraan
Humidity) bermaksud kandungan

air dalam udara. Kelembapan relatif

di tempat penyimpanan hasil sayur-

sayuran perlu dikekalkan antara 90%

hingga 95%. Rajah 2.31 Faktor yang mengekalkan kualiti hasil tanaman

Kelembapan bandingan yang rendah akan menyebabkan kelayuan dan kekeringan pada sayur.
Kelembapan bandingan yang terlalu tinggi akan menyebabkan pertumbuhan kulat dan bakteria.
Bijirin perlu disimpan dalam keadaan kering. Kandungan kelembapan (Moisture Content) bijirin
perlu dikekalkan di antara 12% hingga 14%.

Suhu

Suhu dalam tempat penyimpanan yang baik adalah antara 1oC hingga 2oC. Suhu yang terlalu
rendah akan menyebabkan pembekuan dan merosakkan sayur-sayuran, manakala suhu yang tinggi
menyebabkan hasil tanaman menjadi layu. Suhu yang rendah mengurangkan kadar respirasi,
melambatkan proses penuaan dan pematangan hasil tanaman. Hasil tanaman sayur-sayuran perlu
disimpan pada suhu yang rendah.

Pengudaraan

Pengudaraan merupakan faktor yang perlu diberi perhatian ketika penyimpanan hasil tuaian.
Peningkatan suhu semasa dalam tempoh penyimpanan akan menyebabkan berlakunya biological
heating di mana pertumbuhan bakteria, kulat, hamama atau serangga berlaku. Pengudaraan yang
kurang baik di tempat penyimpanan menyebabkan berlakunya kelompokan (clumping) bijirin yang
akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Untuk menstabilkan keadaan ini, udara yang lembap perlu
disedut keluar dari ruang penyimpanan. Keadaan ini boleh dielakkan dengan memastikan ruang
penyimpanan mempunyai pengedaran udara yang baik. Bagi hasil tanaman bijirin seperti beras
dan jagung lazimnya disimpan di dalam bekas kedap udara atau bekas plastik yang dimampatkan.

155

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tempoh penyimpanan

Tempoh penyimpanan hasil sayur-sayuran lazimnya tidak lama berbanding hasil bijirin. Tempoh
penyimpanan dipengaruhi oleh kelembapan bandingan dan kandungan kelembapan dan suhu.
Ini juga bergantung kepada jenis tanaman atau bijirin yang disimpan. Bagi bijirin, penyimpanan
yang lama memerlukan ia dikeringkan semula untuk mengekalkan kandungan kelembapan antara
12% hingga 14%. Bijirin yang disimpan pada kelembapan bandingan, kandungan kelembapan
dan suhu yang betul akan menjadikannya dorman dan dalam keadaan metabolisma tidak aktif.
Keadaan ini akan merencatkan respirasi aerobik yang menyebabkan tiada proses peleraian. Bijirin
yang disimpan tidak membebaskan karbon dioksida serta wap air, maka kandungan kelembapan
dan suhu kekal seperti asal. Bijirin yang disimpan pada kandungan kelembapan tinggi, akan
meningkatkan kelembapan bandingan kerana respirasi masih berlaku yang akan mengakibatkan
bijirin rosak dan berbau hapak. Pemantauan hasil tanaman di tempat penyimpanan boleh dilakukan
dengan peralatan dan kaedah seperti Jadual 2.26.

Jadual 2.26 Pemantauan hasil tanaman

Faktor/Alatan Aspek yang perlu Kepentingan
dipantau

Kelembapan Uji tahap kadar • Mengawal mutu hasil tanaman.
Alatan higrometer kelembapan udara (85%
hingga 90%). • Kelembapan terlalu rendah akan
menyebabkan hasil tanaman layu atau
kering.

• Kelembapan terlalu tinggi menggalakkan
pertumbuhan kulat dan berlaku pembusukan.

Suhu • Bacaan suhu optimum Suhu dingin diperlukan untuk:
Jangka suhu
tempat penyimpanan. • Mengurangkan kadar respirasi.
Tempoh masa
Memastikan tempoh • Pelarasan suhu mengikut • Melambatkan proses penuaan (aging) dan
masa penyimpanan
Sanitasi jenis tanaman. kematangan (ripening).
Kebersihan tempat
penyimpanan • Mengurangkan kehilangan air.

156 • Mengurangkan kerosakan akibat aktiviti
mikroorganisma lain.

• Melambatkan pertumbuhan/pertunasan.

Rekodkan: • Tujuannya adalah untuk mengelak hasil
• Tarikh disimpan. rosak dalam tempoh simpanan.
• Tarikh luput.

• Ruang penyimpanan. • Mengelakkan kemungkinan serangan kulat,
• Sanitasi komoditi terutama pada kelembapan tinggi.

dilakukan dengan • Mengelakkan daripada jangkitan kepada
memisahkan bahan yang hasil yang elok.
rosak.
• Sanitasi peti simpanan. • Mengelak daripada bau busuk dalam ruang
• Peredaran udara. penyimpanan.

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

PENUAIAN DAN PENYIMPANAN HASIL TANAMAN

Penuaian Hasil

Aktiviti penuaian iaitu sebelum menuai, semasa menuai dan pascatuai.
Sebelum menuai:

• Menentukan indeks kematangan melalui kaedah fizikal, kimia dan fisiologi.
• Kepentingan indeks kematangan adalah untuk menentukan strategi pemasaran,

mengurus buruh dan sumber dan sebagai asas pengkelasan.
• Indeks kematangan padi, jagung, sayur terpilih, kelapa sawit, koko dan lada hitam.

Semasa menuai:
• Menentukan teknik penuaian sayur-sayuran, padi, kelapa sawit, koko dan lada hitam.

Pascatuai

Sayur-sayuran : Melibatkan proses mengumpul, memproses, menggred, membungkus,

mengiklan, menyimpan dan menjual.

Kelapa sawit : Buah Tandan Segar (BTS) kelapa sawit terus dihantar ke kilang dalam

tempoh 24 jam selepas dituai.

Padi : Padi yang dituai dengan jentera akan melalui proses penggredan,

pengeringan dan penyimpanan.

Koko : Selepas dituai, buah koko melalui proses pengumpulan buah, pembelahan,

fermentasi dan pengeringan.

Kaedah Penyimpanan Hasil

Sayur-sayuran : Menggunakan kaedah pendingin udara dan pendingin air.

Padi : Anyaman buluh, pelepah kelapa (secara tradisional) dan kontena untuk

padi yang ditanam secara komersial.

Jagung : Disimpan dalam guni atau bakul plastik sebelum dipasarkan.

Koko : Disimpan dalam guni yang diletakkan di atas para kayu.

Lada hitam : Dimasukkan dalam beg plastik.

Kelapa sawit : BTS dibawa terus ke kilang untuk proses memerah minyak mentah.

Pemantauan Kualiti Hasil Di Tempat Penyimpanan

• Faktor mempengaruhi kualiti hasil tanaman adalah kelembapan, suhu, pengudaraan dan
tempoh penyimpanan.

• Kelembapan bandingan tempat penyimpanan perlu dikekalkan antara 90% hingga 95%.
• Kandungan kelembapan bijirin perlu dikekalkan di antara 12% hingga14%.
• Suhu dalam tempat penyimpanan yang baik adalah antara 1oC hingga 2oC.
• Tempoh penyimpanan yang lama akan mempengaruhi kelembapan bandingan,

kandungan kelembapan dan suhu.

157

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Jawab Semua Soalan

1. Nyatakan dua aktiviti yang terlibat dalam penuaian hasil tanaman.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................

2. Apakah yang dimaksudkan dengan indeks kematangan tanaman?
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................

3. Nyatakan tiga kaedah untuk menentukan kematangan tanaman.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii)......................................................................................................................................

4. Nyatakan tiga kepentingan menentukan indeks kematangan tanaman sayur.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii)......................................................................................................................................

5. Terangkan tiga spesifikasi gred Malaysia Standard (MS) yang dikeluarkan oleh FAMA.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................

6. Nyatakan lima ciri utama gred keluaran pertanian yang ditentukan oleh FAMA.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
iv).....................................................................................................................................
v)......................................................................................................................................

7. Beras yang dihasilkan daripada padi perlu melalui empat proses. Nyatakan proses itu.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
iv).....................................................................................................................................

158

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

• Mencapai kematangan selepas 60 hari ditanam
• Tuaian dilakukan dua atau empat hari sekali

8. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan kaedah menuai dan nama sayur tersebut.
..........................................................................................................................................

9. Apakah yang perlu dilakukan pada tahap Buah Tandan Segar (BTS) kelapa sawit dan kenapa?
.........................................................................................................................................

10. Nyatakan tiga jenis aktiviti ketika melakukan pengumpulan tanaman sayur-sayuran.
.........................................................................................................................................

11. Ali hendak memasarkan hasil tanaman sawinya di pasar malam. Jelaskan piawaian yang perlu
diikuti oleh beliau.
........................................................................................................................................

12. Fermentasi adalah satu proses pascatuai yang dilakukan kepada hasil tanaman.
a) Namakan hasil tanaman itu
.....................................................................................................................................
b) Nyatakan dua sebab melakukan proses itu
i)....................................................................................................................................
ii)....................................................................................................................................

13. Pada pendapat anda, apakah perkara paling penting yang perlu dilakukan dalam pengendalian
pascatuai? Nyatakan sebabnya.
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................

14. Nyatakan tujuan melakukan proses pra penyejukan kepada tanaman sayur-sayuran.
.......................................................................................................................................

159


Click to View FlipBook Version